Kenapa hanya
Chong Wei? (SH 29.8.16)
Kenapa
hanya berita Chong Wei yang diperbesarkan sedangkan orang lain pun dapat pingat
juga dalam Sukan Olimpik? Bagaimana perasaan atlet lain seperti Pandelela
Rinong, Azizulhasni dan lain-lain. Layak ke Olimpik itu adalah suatu kejayaan
besar.
Apakah
kita sudah lupa kepada anak remaja, Khairul
Idham Pawi, juara perlumbaan Moto3 Grand
Prix Jerman. Sebelum ini di Argentina. Beliau terpaksa mengeluarkan wang
sendiri untuk membiayai kejohanan tersebut.
Sejujurnya,
saya akan rasa lebih bangga jika Chong Wei beraksi di final dengan rubber game, tetapi dia kalah straight sets. Nasib yang sama menimpa
pasangan beregu. Maknanya, kita masih jauh lagi untuk mendapatkan emas, ketika
negara lain juga bersedia pada masa depan? Kita selalu beranggapan kita jauh
lebih bagus, hakikat sebenar belum tentu lagi.
Banyakkan
kerja daripada berpolitik. Saya tidak kisah jika pihak swasta memberikan
imbuhan. Habuan yang dijanjikan selama ini sudah mencukupi. Jangan bandingkan
dengan imbuhan Singapura. Mereka negara kaya. Ramai lagi rakyat miskin yang
memerlukan wang rakyat (negara).
Kita
perlu berlaku adil kepada semua. Saya sangat kasihan kepada atlet lain seperti
Zulfadli (badminton), yang dahulu bakatnya sangat menyerlah, sehingga mampu
menggugat Chen Long. Kini, senyap sepi. Mana pergi semua atlet Melayu? Kita
perlu berlaku adil.
Sukan
pada hari ini sudah menjadi perniagaan, mencari populariti, lubuk duit, bukan
lagi patriotisme. Patriotisme hanya di
bibir bukan di hati.
Sukan
bolasepak dan hoki misalnya, terlalu sukar menarik perhatian orang bukan Melayu
seperti dahulu. Kenapa? Jangan bandingkan bola tampar dan bola keranjang yang
sudah sinonim.
Hari
ini, kita lebih mengejar acara individu kerana di situ lubuk duit. Manakala
berpasukan seperti bola sepak memerlukan kekuatan jamaah.
Sebab
itu, semua mahu fokus kepada acara individu daripada berjamaah kerana ganjaran
lebih besar. Inilah sifat individualistik yang ada kaitan dengan ultra kiasu
yang selalu saya perkatakan.
Orang
Melayu masih dengan sifat suka berkenduri. Memang tepat jenaka Melayu sebelum ini. Jika seorang dia tidur,
berdua, mengumpat, ramai main kenduri. Nampak
lawak, tapi bagus.
Sempena
Kemerdekaan ke 59, marilah kita melakukan muhasabah patriotisme. Pertama, keselamatan negara. Banyak rahsia negara bocor
kepada musuh hanya kerana benci kepada pemimpin negara, sehingga memudahkan
musuh untuk campurtangan. Teruja melihat PM Singapura rebah ketika berucap. Tidak
ada satupun kamera yang fokus kepada kejadian tersebut kerana itu adalah aib.
Lihat cara ultra kiasu menjaga pemimpin mereka.
Kedua,
perkemaskan ATM. Berikan latihan sepenuhnya supaya perut mereka tidak buncit. Maklumlah
tidak ada peperangan. Buat latihan peperangan tanpa henti di kawasan strategik
seperti Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan bandar-bandar besar. Sedih
kadangkala melihat pegawai kanan ATM lebih buncit daripada PDRM. Wal hal profesion
PDRM lebih mencabar daripada ATM. Walaupun tiada perang, PDRM bekerja siang
malam meskipun imbuhan ATM lebih baik daripada PDRM. Saya hanya tersenyum bila
ada tentera pencen mahukan lebih gelaran dan pingat berbanding atlet. Yakinlah,
malaikat tidak tanya gelaran, pangkat dan pingat, melainkan sumbangan kepada
agama, negara dan bangsa.
Kedua,
dalam sukan, utamakan sukan berpasukan. Berikan insentif seperti yang dilakukan
oleh pasukan Johor. Tetapi jangan pulak terlalu kenegerian sehingga bergaduh,
berdarah-darah. Untuk atlet individu, pelbagaikan warna. Ke mana hilangnya
atlet Melayu?
Ketiga,
cintakan alam. Hijaukan bumi ini. Ambil tindakan terhadap mereka yang rakus pembalakan
haram, bauksit dan sebagainya. Kitar semula. Jangan biarkan alam marah kepada
sehingga ditonggang-terbalikkan suatu masa nanti. Banyakkan program gotong-royong
menghijaukan alam melibatkan semua kaum.
Keempat,
perpaduan nasional. Perhebatkan program komuniti melibatkan semua kaum. Kenal
antara satu sama lain. Berinteraksi menggunakan bahasa kebangsaan. Perkuatkan
JKKK dan Rukun Tetangga. Tangkap PATI. Hapuskan gangsterisme. Banteras dadah.
Kelima,
fahami kontrak sosial dan perlembagaan. Hari ini, semua mahu dilupakan.
Semangat ultra kiasu sayangkan bangsa daripada negara sangat tinggi.
Asyik-asyik mahu tambah kerusi dan pulangkan kerusi yang ‘dipinjamkan’. Saya
ulas minggu depan.
Keenam,
tangkap perasuah dan penerima rasuah hingga ke lubang cacing. Mereka inilah
yang menjahanamkan negara. Ramai lagi dalam PBT, Pejabat Daerah, Kastam,
Imigresen, Polis, ahli politik dan masih berleluasa. Isytiharkan harta mereka
tanpa berkecuali. Setakat ini hanya penerima rasuah yang ditangkap. Pemberi
rasuah macam mana?
Kita
tidak akan ke mana-mana jika semua bidang mahu dipolitikkan. Negara Asean lain
sudah mula meninggalkan kita. Kita masih perasan kita lebih bagus.
Biarkan
pakar dengan kerja kesepakarannya. Jangan ganggu mereka. Orang politik berilah
sokongan, tidak perlu campurtangan berlebihan. Ini tidak, orang politik, mahu
ke depan sokmo.
Biarkan
yang pakar berfikir siang malam untuk memajukan sukan, bukan berpolitik dalam
sukan. Masalahnya bila orang politik mengetuai sukan, dia akan berfikir soal
kepentingannya dalam politik. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 59. Majulah
sukan untuk negara.