Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, June 24, 2013

Siapa akan mengalah?

7:21 AM Posted by RIDHUAN TEE 37 comments


(Sinar Harian 24 Jun 2013)

Tidak ramai yang tahu, sekarang ini berlaku perebutan tanah seluas 0.13 hektar, di Jalan Pasar, Kuala Lumpur antara SJKC Chin Woo dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK). Tanah tersebut adalah milik KPK bagi membina Kampung Budaya, projek Kota Warisan yang sedang rancak berjalan.

Malangnya, tanah tersebut telah digunakan oleh SJKC Chin Woo. Atas alasan mereka telah mendapat ‘kelulusan’ daripada penjajah British sejak tahun 1938 untuk menggunakan dan membangunkan tanah tersebut. KPK tidak ada hak ke atas tanah tersebut menurut Lembaga Pentadbir SJKC Chin Woo.

KPK sebaliknya berkata, tanah itu adalah miliknya berasaskan geran yang ada. KPK tidak teragak-agak membawa perkara ini ke muka pengadilan sebagai jalan penyelesaian.

Peliknya, bagaimana SJKC Chin Woo boleh menggunakan tanah tersebut tanpa kelulusan DBKL? Apakah mungkin mereka menggunakan tanah tersebut sesuka hati? Atau apakah mungkin DBKL memberikan kelulusan? Jika tidak, kenapa SJKC Chin Woo begitu berani?  

Kes yang hampir sama berlaku di Kuantan. Pada akhir tahun lalu, Gereja Katolik mencabar percubaan Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri Pahang untuk mengambil alih tanah di mana gereja St Thomas berada. Isu tanah ini timbul, apabila kerajaan mahu mengambil alih tanah milik gereja Katolik, yang telah dibina sekolah St Thomas di situ.

Pihak gereja mengatakan mereka telah mendapat kelulusan sejak zaman British 1905. Kes ini mungkin sedikit berlainan, geran tanah tersebut gereja yang empunya. Pihak gereja bermatian-matian mempertahankan tanah tersebut dan membawa perkara ini ke muka pengadilan.

Walaupun pada saya, sepatutnya pihak gereja menyerahkan tanah tersebut untuk pembangunan sekolah, kerana sudah banyak gereja di sekitar Kuantan berskala besar, sedangkan tidak ramai penganut Kristian di sana. Janganlah ultra kiasu. Saya difahamkan kerajaan negeri mengalah kerana tanah tersebut bukan miliknya, walaupun kerajaan negeri adalah hak jika mahukan tanah tersebut bagi tujuan pembangunan sekolah. Lagi pula, gereja  dan sekolah St Thomas adalah dari kumpulan yang sama. Kenapa gereja tidak mahu mengalah?

Sama juga isu tanah di Jalan Pasar, SJKC. Pihak KPK tidak seharusnya mengalah seperti tindakan gereja tersebut. Kenapa SJKC begitu berani menceroboh tanah yang bukan miliknya? Mereka tahu kerajaan akan mengalah. Saya tidak akan membantah jika SJKC Chin Woo mahukan tanah tersebut jika mereka mengikut agenda kebangsaan.

Tetapi melihat kepada nama sekolah yang tertera di bangunan SJKC ini sudah memualkan.   Di bangunan sekolah ini tertera nama besar dalam bahasa Cina dan nama bahasa Inggeris Chin Woo School. Persoalan saya, di manakah bangunan ini berada di Malaysia atau negara China? Kenapa tidak ditulis SJKC Chin Woo dalam bahasa Melayu. Di mana langit dijunjung?

Kadangkala saya terfikir, kerajaan sudah membantu SJK dalam segala segi. Peruntukan yang diberikan sama seperti aliran sekolah yang lain, kenapa agenda negara tidak disambut? Paling kurang, daulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Cina digunakan di dalam sekolah tersebut. Kenapa perlu mencinakan semua sekali sekolah seperti ini.

Mungkin para pembaca nampak isu ini kecil, tetapi impaknya besar. Pelajar-pelajar ini tidak berasa mereka berada di Malaysia, sebuah negara yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu dan menjunjung BM sebagai bahasa kebangsaan.

Cina bentuk bagaimana yang ingin kita lahirkan? Cina yang lebih Cina daripada Cina di China? Sedangkan bahasa dialek Cina yang lain sudah kuasai seperti Kantonis dan Hokkien. Adakah wajar sehingga mereka langsung tidak boleh berbahasa Melayu hanya kerana mahukan mereka menguasai semua bahasa Cina. Cuba tanya Cina di Thailand dan Indonesia? Apakah kita akan terus melahirkan generasi yang menterbalikkan jalur gemilang

Di Singapura, bukan hendak memuji, negara ini diperintah oleh Cina. Kenapa mereka sekolah mereka tidak menjadi secina-cinanya? Kenapa di Malaysia kita mahu menjadi sedemikian cinanya. Kenapa Cina di Singapura boleh menerima Inggeris sebagai bahasa utama? Kenapa BM sukar diterima di sini?

Jawapannya, BM tidak ada nilai komersial. Mereka memandangkan rendah pada BM. Menguasai BM tidak ke mana-mana. Tidak ada nilai tambah. Hanya akan menjadi Melayu. Lebih membimbangkan jika jadi Cina seperti saya, dituduh lebih Melayu dari Melayu. Saya lebih rela menjadi lebih Melayu dari Melayu daripada menjadi secina-cinanya dalam sistem kenegaraan Melayu.  Walaupun saya tidaklah sedemikian Melayunya.

Buktinya, jangan harap Cina sama Cina bertemu mereka berbual dalam BM. Jika ada, petanda kiamat. Kecuali orang seperti kami. Itupun sudah kekok berbahasa Melayu jika bertemu Cina, kerana sosialisasi perkauman, kecuali bertemu Teo Kok Seong atau Khoo Kay Kim.

Bahasa adalah alat penyatuan. Tanpa satu bahasa sebagai bahasa negara, agak sukar untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa. Jika alasan ekonomi China semakin menguasai dunia, kenapa Singapura sendiri tidak menjadi secina-cinanya, tetapi negara kecil ini tetap maju? Mana lebih penting, bahasa atau sikap. Pandai berbagai bahasa sekalipun, tidak ada gunanya, jika sikap tidak berubah.

Justeru, sudah sampai masanya Akta Derhaka diwujudkan. Bukan sahaja derhaka kepada raja, tetapi derhaka kepada agenda negara yang termaktub dalam perlembagaan.

Berbalik kepada tanah yang digunakan SJKC China Woo, siapakah yang akan mengalah? Saya fikir para pembaca sudah dapat meneka dalam kesamaran…

Monday, June 17, 2013

Beza Cina Malaysia dengan China

7:23 AM Posted by RIDHUAN TEE 50 comments


(Sinar Harian 17 Jun 2013)

Apabila isu pendidikan Cina dibangkitkan Profesor Teo Kok Seong, Dong Zong begitu agresif dan defensif. Dong Zong mewakili Zong yang lain, tetap berkeras tidak mahu pendidikan Cina diusik sedikitpun hatta oleh kerajaan. Mereka mahu menjadi secina-cinanya dalam apa jua keadaan. Dong Zong tetap mahukan silibus bahasa Melayu (BM) dan jadual waktu BM dikekalkan seadanya, tanpa diubahsuaikan. Pendek kata, subjek BM mesti melukut kepada subjek silibus Cina lain.

Untuk pengetahuan, kerajaan berhasrat untuk menyeragamkan silibus BM sama seperti Sekolah Kebangsaan. Setakat ini, subjek BM di SJKC/T lebih mudah berbanding SK. Pelajar di SK perlu mengambil subjek BM yang agak susah sedikit, berbanding BM di SJKC yang jauh lebih mudah. Apakah istimewanya pelajar SJKC sehingga silibus mereka dimudahkan? Berbanding negara lain, tidak ada pilihan sebegini. Suka atau tidak, jika mahu tinggal di sini, setiap warga mesti mematuhi akur agenda negara.

Kerajaan melihat sudah sampai masanya ianya diseragamkan. Apabila perkara ini dicadangkan, ianya ditentang oleh semua persatuan Cina, kerana dengan berbuat demikian, kononnya akan menyusahkan pelajar Cina. Kenapa tidak boleh bersusah sedikit untuk negara? Perlukah kita menjadi secina-cina dalam sebuah negara berasaskan kenegaraan Melayu?

Peliknya, mereka tidak pernah risau soal pelajar Cina tidak dapat menguasai BM sebagai bahasa negara. Mereka cuma risau pelajar  Cina tidak dapat menguasai bahasa Cina sepenuhnya. Sedangkan bahasa dialek Cina yang lain sudah kuasai seperti Kantonis dan Hokkien, yang menjadi bahasa harian. Apa isi hati mereka sebenarnya? Pembentukan Cina bagaimana yang dimahukan? Cuba tanya Cina di Thailand dan Indonesia?

Pelajar-pelajar di universiti saya yang ingin mengkaji keupayaan BM di kalangan pelajar Cina dihalang oleh pihak pentadbiran sekolah. Kenapa? Mereka tidak mahu ada bukti yang menunjukkan bahawa pelajar Cina memang tidak boleh menguasai bahasa negara. Jika ada bukti ini, menyukarkan mereka untuk menjawab.

Saya berikan dua situasi untuk difikirkan bersama. Situasi pertama, kes anak-anak saya dan adik saya, seperti juga anak-anak Melayu yang  menyekolahkan anak mereka di SJKC. Tujuan kami agar mereka dapat menguasai bahasa asing mandarin, bukan untuk menjadi secina-cinanya. Balik rumah, sosialisasi mereka berbeza. Adunan sosialisasi bangsa dengan sosialisasi negara. Mereka tidak ada masalah untuk bertutur dalam BM, BC dan lain-lain.

Mereka tidak ada masalah untuk berkawan dengan anak Melayu dan anak Cina, serta lain-lain bangsa. Sebab persekitaran tidak terlalu kecinaan. Bagi orang seperti kami, jika kerajaan mahu melakukan penambahbaikan BM di SJKC, silakan. Cukuplah anak saya dapat menutur dan membaca BC, tidak perlu menjadi secina-cinanya. Lagipun ini bukan negara China.

Misalnya, Presiden MCA dan Setiausaha Agung DAP bukan datang dari SJKC. Mereka masih boleh menggunakan bahasa Cina dengan baik. Kenapa? Persekitaran kecinaan mereka sudah cukup menjadikan mereka cina. 

Mereka masih tetap orang Cina dan boleh berbahasa Cina. Bayangkan mereka yang seratus peratus melalui sosialisasi Cina. Persoalannya, kenapa kita mahukan mencinakan mereka sepenuhnya pelajar Cina, sedangkan di negara Chinapun tidak sedemikian? Mereka terpaksa patuh kepada sekolah di bawah sistem komunis.

Kita pula biarlah SJKC beroperasi mengikut kehendak mereka, bukan kehendak negara. Orang Cina dari negara China menggeleng-geleng kepala apabila saya cerita proses pencinaan yang begitu ultra di sini. Mereka pun tidak seultra ini seperti contoh kes kedua ini.

Anak Cina yang mendapat pendidikan dan persekitaran mereka secina-cinanya. Anak Cina yang berada di SJKC, berkawan dengan Cina, balik rumah cakap Cina, jiran Cina, tonton tv Cina, dengar radio tv dan buka internet Cina. Akhirnya, mereka kekok berkawan bangsa lain, tidak boleh bercakap BM. Sosialisasi perkauman. 

Jika mereka tidak berada di sekolah Cina pun, penguasaan BC masih lagi baik kerana persekitarannya amat kecinaan seperti dua pemimpin ultra kiasu tadi. Kes kedua ini yang paling ramai dan menjadi semakin ultra kiasu.

Jika tidak percaya, pergilah ke rumah-rumah Cina. Saya yakin tidak ada seorangpun yang akan menonton TV1, TV2, TV3, TV8 dan TV9 (termasuk radio). Jika adapun yang tonton hanya ketika tayangan filem atau drama Cina. Selebihnya 24 jam menonton siaran Cina berbayar. Sosialisasi Cina amat kecinaan.

Kadangkala, saya tidak sangat menyalahkan ultra kiasu, kuasa di tangan kita atau boleh dikatakan semua di tangan kita. Kenapa kuasa itu tidak digunakan. Kita biarkan mereka melakukan sesuka hati.

Misalnya, Pelancaran kabel digital TV ABN Xcess yang dihadiri PM baru-baru ini. Pengerusi stesen TV adalah orang Melayu dan orang kuatnya adalah bukan Melayu. Amat menjelekkan, pembukaan dimulakan dengan lagu Cina penyanyi Taiwan, diikuti penyanyi dari India dan penyanyi Indonesia. 

Persoalannya, kenapa bukan penyanyi  Malaysia yang menyanyikan lagi asli atau identiti Melayu seperti keroncong, inang dan zapin? Sepatutnya kita tetapkan syarat-syarat selaras Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ini tidak, kita biarkan  penganjur melakukan sesuka hati mereka. Malangnya, orang Melayu turut jahil sama. Identiti negara berdagang di bumi sendiri. Salah siapa?

Monday, June 10, 2013

Bahaya Ultra Kiasu Kepada Negara

12:24 PM Posted by RIDHUAN TEE 27 comments

Bahaya ultra kiasu kepada negara (SH 10 Jun 2013)

Pada 1 Jun minggu lalu saya telah dijemput untuk berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, apabila setiba dikaunter imigresen, saya telah ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.

Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada imigresen dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.

Saya disoalsiasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi. Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan. Saya menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.

Saya bertanya kenapa saya ditahan dan disoalsiasat. Pihak imigresen Singapura (Cina ultra kiasu) mengatakan ia prosedur biasa. Kenapa saya, bukan pelancong lain? Tiada jawapan. Sejurus dilepaskan, saya bertanya kepada pihak penganjur. Mereka mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia, tidak ketinggalan di Singapura.

Jangkaan saya selama ini benar. Apa yang saya tulis kebelakangan ini, tidak disenangi oleh pihak berkuasa ultra kiasu di sana. Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura. Tidak menghairankan kerana mereka adalah sama. Cuma berlainan huruf, satu bermula dengan P dan satu lagi D. Asal-usul sejarah mereka sama. Mereka adalah adik-beradik.

Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia, berhati-hatilah. Jangan gadaikan kepentingan negara seperti hartanah, rumah, air dan sebagainya atas nama persabahatan dan sangka baik. Belum tentu mereka menghargainya. Mereka mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja. Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia).

Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini? Bahaya ultra kiasu kepada negara. Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu. Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua partinya. Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Berbeza dengan  orang tidak seagama, apatah lagi jika tidak sebangsa. Siapa saudara, siapa musuh? Perlu disedari dan kenali.

Saudara tetap saudara, musuh tetap musuh. Benar, kita perlu berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.

Bukanlah maksud saya kita turut bertindak memusnahkan mereka. Paling penting, kita perlu bertegas dengan mereka mulai sekarang. Jangan terlalu fikirkan soal pembangunan dan  undi. Menang sorak kampong tergadai. Kaduk naik junjung.

Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan bahasa), yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan haraplah dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.

Insiden yang saya alami cukup jelas. Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka. Mereka cepat-cepat akan mengambil tindakan. Wal hal artikel saya hanya mengingatkan umat Islam di Malaysia. Pihak berkuasa Singapura tidak perlu takut dan terasa.

Rupa-rupanya tidak. Mereka tidak ada sedikitpun unsur-unsur yang boleh menghalang perancangan mereka. Awal-awal lagi sudah dibenteras. Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.

Jika berceramah, perkara yang tidak boleh disentuh adalah; polisi dan dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik, isu Israel tidak boleh disentuh, isu agama apatah lagi. Pendek kata, jika berceramah di Singapura, hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja. Jangan unsur-unsur sindirin, hasutan dan sebagainya.

Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan mereka. Kita terlalu memberi banyak kebebasan, sehingga ultra kiasu menjadi semakin berani. Sama ada itu tersebut sensitif atau tidak, semuanya dilanyak. Kerajaan terus berdiam diri. Jika pihak berkuasa cuba bertindak, maka dituduh melanggar hak asasi manusia. Kitapun mengalah.

Lihatlah bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Pada mereka, itu tidak salah, malah dibenarkan. Sedangkan ultra kiasu tahu itu salah. Mereka begitu berani. Kenapa? Jawapannya, mudah, kerana adanya ultra kiasu menyebelahi mereka. Siapakah mereka? Itulah PKR. Saya harap PAS masih lagi rasional.

Contoh lain, titah YDPA baru-baru ini. Saya tidak nafikan, draf titah ucapan itu disediakan oleh kerajaan (UMNO). YDPA boleh, untuk tidak bersetuju dan mengubahnya. Itu adalah hak YDPA. Tetapi jika YDPA bersetuju, itu bermakna titah tersebut adalah titah YDPA. Rakyat perlu terima, walaupun tidak bersetuju.

Kenapa harus dipertikaikan? Bayangkan jika kerajaan PR yang memerintah. Teks yang sama akan disediakan PR dan dititahkan. Ketika itu, UMNO akan bantah, apakah reaksi PR? Saya ingin bertanya kepada PAS, siapakah yang mendrafkan titah ucapan sultan Kelantan selama ini? Siapakah yang memasukkan isu royalti minyak dalam titah tersebut?

Sebagai rakyat jelata, saya akan menerima titah tersebut, walaupun drafnya disediakan oleh PAS atau PKR. Kerana apa? Jawapan, Baginda Sultan telah bersetuju dengan titah tersebut. Maka hamba dengar dan hamba taat.

Kesimpulannya, janganlah kita asyik menuding jari kepada saudara seagama. Lihatlah sama musuh kita itu, kerana mereka lebih bahaya dari saudara seagama.

Wednesday, June 05, 2013

Jangan kurang ajar dengan PAS

12:46 PM Posted by RIDHUAN TEE 15 comments

Sdr sekelian, terima kasih ingatkan saya akan artikel SH 3 Jun 2013. Keluar pada hari yang sama. 

Sinar Harian 3 Jun 2013

Mutakhir ini, PKR semakin kurang ajar dengan PAS. Sebaik sahaja PR berjaya menawan Selangor dalam PRU13, Ketua Wanitanya yang menang bertanding di kawasan saya, dengan bongkaknya berkata kerusi MB adalah hak PKR. Cerminlah diri dahulu sebelum berkata, berapa kerusi DUN yang dimenangi. 

PKR juga marah kepada PAS kerana menyebabkan mereka kehilangan kerusi DUN Kota Damansara dan Semenyih kerana PAS turut bertanding di sana. Jika tidak, PKR kononnya mendakwa, sudah tentu mereka mendapat dua tambahan kerusi menjadi 16, berbanding 14 yang diperolehi sekarang.

Ringkasnya, PR kalah di semua tujuh kerusi yang ditandingi sesama mereka melawan UMNO. PKR menyalahkan PAS kerana ‘mengacau’ kerusi mereka.

PKR tidak membuat muhasabah diri, siapakah pemilik asal kerusi DUN tersebut. Kalau boleh, semua kerusi mahu ditandingi bersama ultra kiasu, mengenepikan PAS.

Kadang kala, saya kasihan melihat PAS. PAS terlalu banyak berkorban untuk orang lain, sampai dirinya sendiri terkorban. PAS kelihatan seperti melukut di tepi gantang. Sedangkan, majoriti rakyat yang tidak sukakan UMNO bersama PAS, bukan PKR, kecuali ultra kiasu.

Itupun PAS masih dipersalahkan oleh parti baru setahun jagung ini yang menyangkakan dirinya kuat. Tunggulah pemimpin nombor satunya ‘pencen’, kita akan lihat bagaimana rakusnya perebutan kuasa nanti. 

Muhasabah untuk PAS, semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya hormati pendirian PAS. PAS tidak mahu bersuhabat dengan sosialis sekularis. Mereka ini menjadi duri dalam daging, menentang agenda PAS menegakkan negara Islam. Mereka tidak faham, jahil Islam, dan cuba berlagak hebat. Sebab itu PKR tidak ada majlis ulamak, berbanding PAS. Jika adapun ulamak PKR, mereka berada dalam keadaan dilema untuk menjatuhkan hukum.

Saya memuji Pemuda PAS Selangor yang berani menempelak PKR, kerana kecabulan mulut pemimpin mereka menghina pemimpin PAS di khalayak ekoran ‘kehilangan' dua kerusi tersebut.

Dalam khalayak tersebut, Pemuda PKR mahu PAS mengambil tindakan tegas termasuk memecat ahlinya yang melanggar arahan pimpinan parti dengan bertanding menentang calon PKR. Persoalan saya, siapakah PKR ini? Kuat sangatkah mereka, termasuk juga ahli parlimen Shah Alam yang menentang arus Pemuda PAS.

Menurut PAS, PKR tidak seharusnya membuat kenyataan seumpama itu jika PKR tidak faham makna tahaluf siyasi. Memang PKR jahil soal selok belok Islam. Mereka sanggup melakukan matlamat menghalalkan cara dengan memberikan laluan kepada calon sosialis sekularis. Jiwa Islam mereka kosong. Apatah lagi untuk memahami tahaluf siyasi.

Sosialis sekularis sukar untuk memahami istilah ini kerana mereka tidak pernah terlibat dalam gerakan Islam. Mereka adalah bekas ahli UMNO yang kecewa dan ingin membalas dendam terhadap UMNO. Mereka biasa hidup selesa. Mereka lebih selesa bersama ultra kiasu DAP daripada PAS. PAS mesti berhati-hati agar tidak diperalatkan dan dipergunakan dalam usaha tahaluf siyasi.

Untuk makluman pembaca, tahaluf siyasi merupakan konsep atau perjanjian oleh dua pihak atau lebih untuk menjalin kerjasama menghadapi lawan, yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam beberapa bidang yang dipersetujui, untuk menghadapi ‘musuh atau lawannya’. Misalnya, kerjasama PAS dengan PKR dan DAP (walaupun menentang Islam) untuk melawan UMNO. Sudah tentu ada ahli PAS yang berbelah bahagi dalam isu ini. UMNO juga orang Islam dan mahukan Islam, cuma cara berbeza.

Sebahagian ulamak seperti Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah, dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama dengan mereka yang menentang Islam. Mereka menghukumkan kerjasama ini haram. Ada juga ulamak yang mengharuskan tahaluf siyasi seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan dan sebagainya.

Justeru, perlaksanaan tahaluf siyasi perlu dibuat secara berhati-hati, bukan semberono, sebab rakan dalam PR menentang agenda Islam PAS. Lagipun, PAS adalah parti jauh lebih senior daripada yang lain. Perjuangan PAS jelas. PAS pula amat matang dalam selok belok gerakan Islam dan pilihan raya. Rata-rata kerusi yang dimenangi oleh PKR hari ini adalah milik PAS dahulunya. PAS serahkan kepada ultra kiasu Melayu atas dasar tahaluf siyasi. 

PKR tidak ada apa-apa jika PAS tidak membantu dan menyokong mereka. PAS berdiri selama inipun tanpa bantuan PKR, walaupun banyak kali kalah. Justeru, janganlah PKR terlalu takbur. PAS yang mematangkan PKR.  Sebenarnya, PKR hidup atas belas ehsan PAS.

Sama juga seperti kedudukan MCA. MCA dapat bertahan sehingga ke hari ini kerana sokongan orang Melayu (UMNO). Sangat kelakar apabila ada segelintir ultra kiasu MCA berpendapat, jika MCA bertanding di Parlimen Gelang Patah dan Wangsa Maju, sebelum ‘dipinjamkan’ kepada UMNO, pasti MCA akan menang. Kebimbangan saya, MCA akan hilang wang deposit, kerana tsunami Cina memang jelas berlaku di kawasan ini, tak kiralah siapa yang bertanding.

Kesimpulannya, PAS memperjuangkan Islam. Sudah tentu lebih baik daripada PKR. Saya pasti memilih PAS jika bertembung dengan PKR. Memangkah PKR belum tentu dapat pahala kerana mereka tidak memperjuangkan Islam malah bersekongkol dengan ultra kiasu berpandu kepada sosialis sekularis.