Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, January 28, 2019

Jika orang asli pun nampak, takkan mereka yang ‘tidak asli’ tidak nampak

8:55 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments
https://www.ismaweb.net/2019/01/28/jika-orang-asli-nampak-takkan-mereka-tidak-asli-tak-nampak/


Jika orang asli pun nampak, takkan mereka yang ‘tidak asli’ tidak nampak

Keputusan PRK Cameron Highland sebenarnya mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, melihat kepada jentera pilihan raya yang turun daripada kedua belah pihak, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), ternyata memberikan kelebihan kepada PH, bukan BN.

Semua jentera PH turun berkempen, daripada yang tertinggi sehingga yang paling rendah.  Jarang berlaku dalam PRK, Perdana Menteri turut berkempen. Tetapi di PRK CH, PM sendiri turut berkempen. Begitu juga mereka yang bergelar menteri, timbalan dan lain-lain, berhadapan dengan pembangkang yang rata-rata bermodalkan air liur.

Ikut kertas, PH memang akan memenangi PRK ini. Namun, kuasa Allah adalah segalanya. Barisan Nasional, bukan sahaja menang, tetapi majoritinya turut meningkat. Terkejut dengan kemenangan BN, maka berbagai ulasan yang berat sebelah dilontarkan. Bersentimen dan beremosi kerana tidak puas hati dengan kekalahan PH. Zaman bodek membodek sehingga maruah entah ke mana.

Lebih hina lagi, ada seorang pensyarah bernama Dr Mazlan (UTM) yang mengaitkan dengan dekatnya tarikh PRK CH dengan Tahun Baharu Cina yang akan disambut 10 hari lagi daripada tarikh mengundi PRK CH, yang menyebabkan peratusan mengundi orang Cina rendah. Ternyata beliau amat naif dalam memahami psiki dan budaya masyarakat Cina. Jika tidak faham isu, lebih baik diam. Apatah lagi bercakap soal silang budaya.  Saya selaku orang Cina, amat memahami sentimen orang Cina.

Apa kaitan dengan PRK CH dengan Tahun Baharu Cina yang agak jauh lagi? Melihat kepada semangat ultra kiasu mereka, saya tidak fikir mereka tidak mahu balik untuk mengundi? Mereka sudah pun mengundi. Yang tidak balik mengundi itu adalah Cina yang tidak ultra kiasu, yang sudah menyampah dengan PH. Cina tidak ultra kiasu inilah Cina baik, Cina yang dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.

Sebab itu, naif sangat ulasan mengaitkan kekalahan PH dengan sambutan Tahun Baharu Cina.  Mengaku sahajalah bahawa rakyat hari ini sudah semakin hari semakin meluat dan muak dengan lakonan ultra kiasu.

Mujahid Yusuf Rawa, selaku menteri di JPM (Hal Ehwal Islam) berkata, kempen menggunakan sentimen perkauman dan agama oleh BN dengan kerjasama PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menjadi punca kekalahan calon Pakatan Harapan (PH). Sentimen dimainkan pakatan pembangkang itu jelas merupakan fitnah terhadap beliau dan kerajaan PH. BN menuduh PH tidak menjaga agama, jual Tabung Haji (TH) dan ikut telunjuk DAP. Kata beliau, semua itu fitnah.

Jika itu fitnah, tangkislah. Inikan zaman siber. Gunakan alat teknologi komunikasi untuk menangkis semua itu. Bukankah kejayaan atau Pakatan Rakyat (PR) dan PH dalam PRU 12, 13 dan 14, atau disebut sebagai tsunami politik, disebabkan oleh kecanggihan alat teknologi kemunikasi. Semua maklumat dapat diakses begitu cepat melalui telefon komunikasi pintar?

Menurut Mujahid lagi, berikutan kemenangan BN pada PRK itu, pihaknya bimbang BN akan menggunakan sekali lagi sentimen perkauman dan agama pada PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih, Selangor dan Rantau di Negeri Sembilan.

Jika menurut logik Mujahid dan ulasan beberapa pusat penyelidikan pro PH yang menggunakan fakta yang sama,  apakah orang asli turut termakan kempen agama dan sentimen perkauman? Saya tidak fikir BN berkempen di kawasan orang asli membangkitkan isu agama dan sentimen kaum. Apakah kajian tidak dibuat, kenapa orang asli turut menolak PH? Jika orang asli pun nampak, takkan orang yang tidak asli tidak nampak!

Kemenangan BN minggu lalu dalam PRK Parlimen Cameron Highlands memberikan kemenangan kepada calon BN, Ramli Mohd Noor,meraih 12,038 undi, menewaskan calon PH M.Manogaran (8,800 undi), dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee 276 undi.

Kenapa kita mahu menutup fakta bahawa rakyat telah mula bangkit. Kesatuan yang berlaku antara PAS dan UMNO, benar-benar memberikan impak kepada PRK CH. Tidak mustahil selepas ini akan turut diterjemahkan dalam PRK Semenyih dan Rantau. Kita perlu rasional dalam menilai kebangkitan rakyat.

Semasa kempen PRK CH sudah menampakkan tanda-tanda kemenangan berpihak kepada BN. Ternyata, ceramah atau kempen BN jauh lebih mendapat sambutan daripada PH.

Ini mengingatkan saya kepada kempen PAS ketika menjadi pembangkang menghadapi BN selaku pemerintah suatu masa dahulu.

Ketika itu kita dapat lihat, dalam kempen PAS, begitu ramai yang hadir berbanding dengan BN. Bila berlaku pilihan raya, bilangan dalam kempen yang ramai tidak memihak kepada PAS. Rata-rata berpihak BN walaupun ceramah mereka hambar.

Hari ini, zaman sudah berubah. Bilangan (crowd) yang hadir ketika ceramah dan kempen, itu adalah tanda kemenangan seseorang calon itu. Dalam maksud, rakyat mahu tahu, apa sebenarnya yang berlaku, apa pula yang dijanjikan oleh calon yang bertanding.

Saya tidak fikir rakyat akan termakan dengan kempen berbau hasutan, fitnah, perkauman, sentimen agama dan sebagainya, kerana ia boleh ditangkis dengan mudah?

Ingatan saya kepada PH, tidak perlu menjadi rumah siap pahat pun berbunyi. Bersedialah menghadapi PRU15 yang akan datang dengan lebih sengit dan mencabar.

Zaman sekarang, adalah zaman buat kerja, dan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara selaras dengan prinsip demokrasi, bukannya sedap duduk dikerusi empuk sehingga lupa masalah rakyat jelata.

Rakyat hari ini yang menjadi petani sedang merintih disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi. Saya difahamkan ada yang terpaksa mengikat perut kerana tidak cukup makan disebabkan harga komoditi jatuh merudum. Lebih malang lagi, minyak sawit kita turut tidak diterima di persada antarabangsa.

Hentikanlah sindrom menyalahkan BN dan Najib Razak. Lakukan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Jangan lagi menjadi kuda tunggangan ultra kiasu. Rakyat mahu melihat, apa sikap pimpinan negara, terutama yang beragama Islam, terhadap isu Allahyarham Adib yang menjadi mangsa rusuhan kuil. Jangan hanya begitu beriya-iya dengan isu Teoh Beng Hock, tetapi menikus dalam isu Allahyarham Adib.

Jangan hanya nampak NGO-NGO sahaja mempertahankan beliau. Yang lain bagaimana? Keadilan mesti diberikan untuk Adib. Begitu juga dengan isu-isu berkaitan Islam yang perlu kepada pembelaan.

Rakyat sudah dapat menilai antara PH dan BN. Begitu juga dengan kerjasama antara biru dan hijau. Kalau saya seorang peniaga makanan hari ini, pasti saya akan menjual kuih berwarna biru hijau. Kuih seri muka biru hijau, kuih lapis biru hijau atau kek berbelang biru hijau. Saya yakin, pasti laku dan berebut-rebut orang akan membelinya. Malangnya, saya bukan peniaga.
Kepada cendekiawan yang berada di menara gading, tidak usahlah bersentimen sangat dengan membuat ulasan membodek yang jelas menampakkan kenaifan diri sendiri sehingga menjadi manusia tidak bermaruah. Berkata benarlah walaupun pahit.


Monday, January 21, 2019

Universiti Merdeka yang diharamkan sudahpun wujud apabila Melayu berpecah

3:23 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

https://www.ismaweb.net/2019/01/21/universiti-merdeka-diharamkan-sudah-wujud-apabila-melayu-berpecah/


Minggu lalu saya dipanggil oleh Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC), Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam sesi sumbang saran mengenai Unified Examination Certificate (UEC). Panel tersebut diketuai oleh anak Profesor sejarah terkenal negara Khoo Kay Kim, iaitu Eddin Khoo Bu Eng, ahli-ahlinya adalah Tan Yew Sing (Dong Zong) dan Mohamad Raimi Ab Rahim (ABIM).

Bertuah sekali dapat berkenalan dengan Eddin Khoo. Seperti bapanya, beliau begitu profesional, jati diri sebagai anak Malaysia terserlah. Berbanding dengan Tan Yew Sing, walaupun mengatakan dia bebas, tetapi nampak begitu defensif. Yew Sing tidak banyak bertanya soalan kepada saya, tetapi lebih kepada menjawab pendapat dan pandangan yang saya lontarkan. Saya menjadi keliru, siapa pasukan petugas, siapa panel pakar sumbang saran?

Pun begitu, belumpun ada lagi keputusan UEC, tiba-tiba kita dikejutkan  Kementerian Kewangan telah mengadakan majlis  memberikan bantuan kewangan kepada Sekolah Persendirian Cina (SPC) yang mengeluarkan sijil UEC dan ‘abang’ UEC iaitu Kolej Universiti New Era. Kedua-dua institusi ini dipunyai oleh NGO Cina yang sama iaitu Dong Zong dan Jiao Zong.

Dalam memberikan respon mengenai bantuan Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan, peruntukan yang diberikan kepada kedua-dua institusi ini datang daripada Kementerian Kewangan, bukan KPM. KPM berkata mereka tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk kolej swasta daripada dana yang disediakan kepadanya melalui Belanjawan 2019.

Sejak bila Kementerian Kewangan bertindak sebagai KPM, memberikan peruntukan kepada institusi bukan dalam kawalan mereka? Sama ada bantuan datangnya daripada Kementerian apa sekalipun, ia tetap wang kerajaan, wang rakyat, bukan milik individu tertentu. Semua telah sedia maklum, kedua-dua institusi mendapat bantuan yang melimpah ruah daripada syarikat dan jutawan Cina. Kenapa kerajaan masih membantu?

KPM juga membangkitkan kerajaan yang diterajui BN juga pernah memberi peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Kutar) yang bukan universiti awam, antara RM30 juta hingga RM69.25 juta dalam Bajet 2012 hingga 2018. Kenapa setiap kali perlu dibanding dengan BN. BN selalu dijadikan kambing hitam dalam menjustifikasikan tindakan mereka. Jika BN salah, betulkan. Takkan nak sama-sama terjun ke laut. Janganlah ikut perkara yang salah.

Kerajaan sering berkata, negara berada dalam keadaan kegawatan ekonomi disebabkan oleh pimpinan terdahulu. Persoalannya, bagaimanakah Kementerian Kewangan memberikan peruntukan khas secara terus, di saat rakyat dicanang bahawa kewangan kerajaan berada di dalam keadaan tenat kerana skandal 1MDB? Kata tak ada duit, kenapa boleh beri kepada institusi perkauman yang tidak banyak membantu pembinaan negara bangsa?

Kolej Universiti New Era berada bawah kelolaan Dong Jiao Zong Higher Learning Center Berhad. Dong Jiao Zong merupakan suara kepada pendidikan Cina yang mahu mempromosi dan membangunkan sistem pendidikan aliran Cina di Malaysia. Universiti Merdeka sebenarnya sudah lama wujud, atas nama-nama yang berlainan walaupun ia tidak dibenarkan beroperasi.

Menurut Lee Ban Chen (2002), apabila  Sijil SPC yang dikenali sebagai UEC telah berjaya dilaksanakan pada 1975. Pemimpin gerakan pendidikan Cina ini, Lim Fong Seng dan pemimpin Dong Jiao Zong yang lain dipanggil oleh Menteri Pendidikan ketika itu. Mereka diberitahu bahawa Kabinet memutuskan untuk melarang UEC diadakan. Jika diteruskan juga mereka akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Namun, kumpulan ini tidak pernah berputus asa. Tidak takut kepada ugutan ISA.  Akhirnya, Jawatankuasa Kerja UEC telah berjaya mengemaskinikan kurikulum dan penerbitan buku teks baru, latihan semula guru dan sebagainya serta mendapat pengiktirafan luar negara.

Pada tahun 1993,  bangunan Pusat pendidikan Dong Jiao Zong telah dibina pada 1993 di Kajang, dan permohonan penubuhan Kolej New Era juga diluluskan dan pengambilan pelajar bermula pada tahun 1998. Inilah sebenarnya Universiti Merdeka.

Apakah kita sudah lupa apabila pada tahun 1978, apabila permohonan penubuhan Universiti Merdeka ditolak, Majlis Universiti Merdeka diketuai Lim telah membawa kes penolakan penubuhan Universiti Merdeka ke mahkamah. Namun, kes Universiti Merdeka ditolak oleh mahkamah pada Jun 1982.

Walaupun gagal, Lima tidak berputus asas. Menjelang Pilihan Raya Umum 1986, Lim dan pemimpin 15 persatuan di bawah pimpinannya telah mengemukakan satu dokumen bersejarah yang dikenali “Deklarasi Bersama Persatuan-persatuan Cina Malaysia dan sokongan lebih 5,000 persatuan Cina. Dokumen itu mengandungi pelbagai permintaan dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sosial.

Bagi memastikan suara bertambah kuat dan diterima, akhirnya mereka telah menyertai parti ultra kiasu bagi memastikan agenda universiti merdeka tercapai. Begitulah liciknya perancangan mereka.

Pendek kata, Universiti Merdeka sudah lama wujud dengan nama berlainan, meskipun ketika itu parti ultra kiasu belum lagi bersama kerajaan. Kini, setelah ultra kiasu ini menang besar dalam PRU 14, apa yang telah dirancangkan pada masa dahulu telah membuahkan hasilnya pada masa ini disebabkan oleh perpecahan Melayu yang begitu ketara. Inilah akibatnya apabila Melayu terlalu banyak berpecah dan menjadi lemah. Hidup mati bergantung kepada orang lain.

Kesimpulannya, dalam sesi sumbang saran tersebut, saya tegaskan bahawa perpaduan kaum seharusnya bermula daripada peringkat sekolah. Sudah tentu dalam hal ini, persekolahan di peringkat rendah atau dasar. Malangnya kita telah dipisahkan sejak tadika lagi. Rakyat Malaysia berbilang kaum tidka pernah bercampur sejak kecil lagi.

Sudah tentu sekolah dan institusi berasaskan kaum tidak akan membantu malah memburukkan lagi keadaan.

Ketika dipertanyakan soalan mengenai pengiktirafan UEC, saya dengan tegas mengatakan, tidak boleh wujud pembinaan sekolah dalam sekolah dan pembinaan negara dalam negara. Sijil ini tidak wajar diktiraf kerana ia bertentangan dengan asas hidup bernegara dan perlembagaan negara.

Memetik kata-kata Profesor Shad Saleem Farudi, undang-undang hanya memberikan kebenaran belajar bahasa ibunda, bukan belajar dalam bahasa ibunda.

Kebenaran yang diberikan sudah melebihi daripada itu, proses pencinaannya teramat ketara dan jelas ternyata

Kegagalan Sekolah Wawasan yang mengabungkan tiga buah sekolah menggunakan fasiliti yang sama Sekolah Kebangsaan, SJKC, SJKT, ternyata telah gagal walaupun ideanya sangat baik untuk dilaksanakan

Orang Cina tidak memberikan respon dan sambutan, kerana mereka tidak mahu menjadi Cina pisang. Penguasaan Cina akan menjadi lemah jika anak-anak ini bercampur.

Jelas sekali, mereka lebih mementingkan bangsa daripada negara. Jika begitulah keadaannya, apalah erti hidup dalam sebuah negara yang mendaulatkan agenda bernegara.

Proses pencinaan teramat ketara dalam sekolah Cina sehinggakan menjadikan ia lebih Cina daripada sekolah Cina di negara komunis Cina

Jika UEC mahu diktiraf juga, maka semua proses pembelajaran dan pengajaran mesti diselia dan dikawal sepenuhnya oleh KPM, bukannya oleh Dong Zong dan Jiao Zong. Belum ada lagi bukti sistem pendidikan dunia sistem dikawal selia oleh NGO. NGO bukan warga pendidik

Apabila perkara ini saya bangkitkan wakil Dong Zong dalam PPDUEC berkata bukan soal NGO atau tidak, tetapi soal kualiti pendidikan. Dalam maksud, adakah UEC lebih baik daripada SPM? Adakah beliau mahu mengatakan bahawa SPM, STPM, diploma, ijazah kita hari ini tidak berkualiti. Yang berkualiti hanya UEC dan Sijil Kolej Universiti New Era.

Ketika menutup perbincangan, saya ditanyakan apakah sebenarnya sistem pendidikan kita telah gagal? Saya jawab, Ya. Sistem pendidikan kita telah gagal dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Sistem pendidikan kita menjadi caca merba kerana ia diperjudikan. Semua tindakan berasaskan berapa banyak undi yang boleh diperolehi dalam pilihan raya, termasuk PRK Cameron Highland yang sedang berlangsung.


Monday, January 14, 2019

Selamatkan Malaysia Sebelum Terlambat

12:22 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

https://www.ismaweb.net/2019/01/14/selamatkan-malaysia-sebelum-terlambat/

KEBELAKANGAN ini, sejak kerajaan Malaysia dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH), membabitkan kumpulan ultra kiasu, mereka seolah-olah seperti kaduk naik junjung. Keceluparan dan kebiadaban ultra kiasu semakin menjadi-jadi.

Apakah ultra kiasu merasakan bahawa mereka telah berjaya duduk dalam kerajaan, melalui pegangan beberapa jawatan strategik, maka mereka berhak melakukan apa sahaja, meskipun melanggar perkara asas bernegara yang termaktub dalam Perlembagaan?
Ingatan saya, hentikan keceluparan dan kebiadaban ini sebelum nasi menjadi bubur. Kesabaran umat Islam dan orang Melayu ada had dan batasnya.

Saya ucapkan syabas kepada pihak polis yang bertindak segera terhadap pemilik akaun Facebook – Eric Liew – kerana secara jelas menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Beliau mengaitkan peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, kerana baginda sibuk ‘berzina’. Begitu juga tindakan yang sama dikenakan ke atas dua Melayu yang lain. 

Tindakan ultra kiasu ini adalah suatu penghinaan dan fitnah jahat yang melampau terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Sultan. Kalau di negara lain termasuk negara jiran Thailand, orang seperti ini sudah lama dihumban dalam penjara tidak kurang 14 tahun mengikut undang-undang di Thailand, lèse majesté 1908. Ini termasuk menghina raja dan perkara teras berkaitan bangsa dan agama orang Siam.

Raja boleh ditegur tetapi dengan cara berhikmah dan memahami adab budaya Melayu. Inilah masalah ultra kiasu, apabila mereka hidup dalam sebuah negara berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu tetapi tidak pernah cuba untuk memahami adab, cara hidup dan budaya Melayu.

Akhirnya, keluar komen-komen atau kritikan yang begitu mengguris jiwa dan perasaan. Saya tidak tujukan kepada ultra kiasu sahaja, malahan kepada semua, termasuk orang Melayu yang sudah tidak mengenali diri sendiri dan tercabut akar Melayunya.

Eric Liew dalam Facebook beliau didapati menulis berkaitan bekas YDPA; “Too busy fornicating with his new bride” dalam ruang komen berita ChannelNewsAsia.com.

Pendapat beliau mendapat kecaman hebat daripada netizen, terutama dalam kalangan orang Melayu yang merasakan kebelakangan ini, sebahagian ultra kiasu Cina semakin kurang ajar.

Biasalah, tidak ramai bukan Melayu yang mengecamkan kerana perkara yang tidak menguntungkan mereka. Sama seperti isu kematian Adib dalam rusuhan kuil, disenyapkan. Tidak seperti isu Teoh Beng Hock. Heboh sehingga ke hari ini walaupun telah hampir 10 tahun. Apakah isu Adib akan senyap tidak sampai satu tahun? Kita tunggu dan lihat.

Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Pertamanya, disebabkan oleh kelemahan orang Melayu yang terlalu banyak berpecah sehingga menjadikan kaduk naik junjung.

Ultra kiasu merasakan merekalah yang kuat. Kebanyakan jawatan strategik negara telah mereka kuasai berbanding orang Melayu yang semakin lemah. Orang Melayu pula yang berkuasa terlalu bergantung kepada undi ultra kiasu. Sedikit demi sedikit agenda Melayu dan negara tergadai.

Apakah ultra kiasu tidak pernah terfikir bahawa kami umat Islam tidak pernah campur tangan dalam urusan agama dan budaya hidup mereka. Bukan itu sahaja, ultra kiasu mendapat hak kesenangan dan hidup senang lenang tanpa diganggu dan keselamatan mereka turut terjamin?
Jika mereka tuduh bekas YDPA sibuk ‘berzina’, bagaimana pula dengan remaja dan muda mudi mereka berzina setiap hari sebelum berkahwin secara sah. Saya berani mengatakan semua atau majoriti ultra kiasu ini sudah tinggal sekali sebelum sah bergelar suami isteri.
Amat mujurlah mereka berkahwin, jika tidak ditinggalkan begitu sahaja. Terpaksa gadis-gadis yang telah rosak ini mencari jantan yang lain. Sudah menjadi budaya ultra kiasu melakukan hubungan seks sebelum mendaftar perkahwinan mereka.

Kedua, semua ini berlaku kerana mereka tidak faham, adab budaya dan cara hidup orang Melayu. Inilah hasil atau produk sekolah vernakular, yang tidak berjaya memahamkan anak-anak Cina ini mengenai budaya cara hidup bangsa majoriti. Apabila adab dan budaya ini tidak difahami maka akan keluarlah kata-kata atau perkataan yang mengguris hati orang lain.

Persoalannya, adalah hati orang bukan Melayu (Cina ) tidak terguris? Saya berani mengatakan, bangsa majoriti Melayu lebih memahami budaya bangsa minoriti (Cina dan India) daripada bangsa lain memahami budaya bangsa Melayu dan Bumiputera itu sendiri?

Buktinya orang bukan Melayu boleh hidup senang lenang tanpa diganggu-gugat tinggal di kampung Melayu. Malah, menjadi kaya raya berniaga. Berbanding dengan Melayu yang tinggal di kawasan bukan Melayu.

Bukti lain, orang Melayu bertemu Cina atau India, bercakap Melayu akan menukar pelat atau accent atau slang Melayunya kepada cara percakapan Cina atau India. Orang Melayu tanpa segan silu akan memahami pakaian budaya Cina atau India seperti samfo, kurta, sari dan lain-lain pakaian tradisi mereka.

Berbanding dengan orang Cina, teramat jarang sekali untuk mereka memakai berbaju Melayu, termasuk ketika berhari raya.
Sebab itulah, sudah sampai masa kedudukan bahasa Melayu di sekolah vernakular (SJKC) dimartabatkan agar ultra kiasu dapat memahami roh dan adab budaya Melayu. Bahasa Melayu hendaklah diseragamkan. Tidak timbul soal BM di SJKC dan Sekolah Persendirian Cina mesti dipermudahkan.

Satu lagi subjek yang mesti diajar adalah memahami adat budaya dan cara hidup Melayu selaku penduduk asal dan bangsa majoriti. Subjek ini amat penting, supaya apabila puak-puak ultra kiasu ini berbahasa dan berbudaya, tidak akan keluar daripada norma-norma dan cara hidup Melayu.

Saya amat yakin, kata-kata lucah yang dihamburkan kepada bekas YDPA adalah disebabkan oleh kejahilan ultra kiasu ini dalam memahami adab dan budaya Melayu. Kursus ini hendaklah diwajibkan kerana kita tinggal di kawasan atau negara majoriti Melayu. Sama seperti orang Cina Thailand atau Cina Indonesia yang amat memahami bangsa majoriti di sana.

Ketiga, apabila polis bertindak menggunakan Akta Hasutan, ultra kiasu begitu lantang mengkritik kerana ultra kiasu tidak mahu lagi akta itu digunakan. Mereka mahu ianya dimansuhkan seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nasib baiklah pimpinan kerajaan hari ini yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bijaksana mengambil keputusan dan melakukan sesuatu perkara.

Saya tetap berpendirian, Akta Hasutan ini mesti dikekalkan dalam keadaan apa jua sekalipun, demi keamanan dan keselamatan negara, selepas ISA dimansuhkan. Kita dapat lihat betapa kurang ajarnya ultra kiasu sejak ISA dimansuhkan. Inilah pula Akta Hasutan selepas ini.

Memang sejak dahulu lagi ultra kiasu mahukan akta ini dihapuskan supaya mereka bebas untuk melakukan apa sahaja, terutama dalam isu yang amat sensitif yang begitu mengguris hati orang Melayu.
Apabila akta ini sudah tiada lagi, mudahlah bagi mereka untuk meranapkan orang Melayu kerana mereka sudah bebas untuk bercakap di khalayak mengenai isu sensitif. Lihatkan strategi psywar dan psyop mereka ‘menyerang’ dan ‘menelanjangkan’ institusi Islam seperti Tabung Haji, Amanah Iktiar Malaysia, zakat dan sebagainya. Kita tidak nafikan ada kelemahan institusi Islam ini.

Perlu juga diingatkan, adakah institusi ultra kiasu semuanya bersih daripada segala penyelewengan dan rasuah. Pergilah siasat juga institusi keagamaan dan tidak kurang syarikat perniagaan mereka seperti syarikat pelancongan.

Hari ini, ultra kiasu begitu lantang mengkritik institusi Islam bagi melebarkan lagi pengaruh dan sayap mereka untuk memenangi hati orang Melayu bagi menyertai parti mereka.

Apakah kita sudah lupa hari ini agak ramai juga dalam kalangan orang Melayu menyertai parti mereka. Terbaharu, dua orang bekas tentera, termasuk Askar Melayu Diraja. Saya mengenali rapat bekas tentera itu. Jiwa dan hati Melayu mereka telah lama mati. Kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan Melayu. Apatah lagi untuk menjejak masjid dan tikar sembahyang.