Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, April 30, 2018

Tolak calon ultra kiasu dan sekutu komunisnya

3:00 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

Dalam banyak Pilihan Raya Umum (PRU), PRU14 adalah yang paling getir dan kritikal, ibarat antara hidup dan mati, semua parti-parti politik yang bertanding, terutama BN, PAS dan PH. Sama ada BN dapat meneruskan kesinambungan legasinya atau tidak, bergantung kepada keputusan PRU14 itu nanti, yang hanya tinggal lebih kurang seminggu.

Justeru, pengundi mesti membuat pilihan yang bijak sama ada memilih BN, PAS atau PH. Salah pilih, kita akan merana untuk 5 tahun akan datang. Ada orang berkata, bagilah peluang kepada pakatan ultra kiasu, tengok dan buat perbandingan mana lebih baik. Jika mereka gagal, tukar balik 5 tahun lagi. 

Persoalannya, bukan mudah untuk ditukar balik, selepas mereka berjaya memerintah. Contoh, apabila terlepas Pulau Pinang dan Selangor, bukan senang diambil balik. Ultra kiasu akan pancing hati rakyat dengan pelbagai insentif dan gula-gula yang akan diberikan. Ultra kiasu ini bukan bodoh, mereka dalam kalangan orang bijak dan licik. Kita sahaja yang bodoh, mudah terpedaya dan terperangkap dengan gula-gula mereka.

Ultra kiasu telah sekian lama dapat membaca psiki dan pemikiran orang Melayu. Ultra kiasu akan suap orang Melayu untuk mencairkan hatinya, sehingga kita berkata, bagus sungguh dia, walaupun bukan Islam sanggup membantu kita”. Misalnya, bantuan ultra kiasu kepada masjid dan surau  yang mungkin lebih sedikit sebelum ini, seperti yang dilakukan oleh ultra kiasu Pulau Pinang dan Selangor. Setelah mendapat bantuan tersebut, maka dalam kalangan kita akan berkata, “bagus sungguh kerajaan ultra kiasu Pulau Pinang (Selangor). Walaupun bukan Islam, sanggup membantu masjid dan surau.” 

Sebab itu, janganlah terlalu hairan, jika ultra kiasu memberikan sedikit lebih bantuan kepada rakyat berbanding kerajaan sebelumnya. Mereka mesti melakukan sedemikian, malah kelihatan seolah-olah lebih baik. Jika mereka tidak melakukan sedemikian, sudah tentu riwayatnya akan tamat dalam PRU 15. Justeru, kita mesti bijak membuat pilihan dalam PRU 14 kali ini.

Sekian lama saya menulis, betapa bahayanya ultra kiasu. Tidak terlepas daripada mendedahkan kebobrokkan ultra kiasu. Dalam keadaan genting dan kritikal hari ini, saya ulangi lagi, kita mesti menolak calon ultra kiasu, jangan undi mereka. Alasannya adalah;

Pertama, ultra kiasu anti Islam. Ultra kiasu hanya mahukan pluralisme. Tidak ada agama yang mengakar, semuanya sama. Islam dengan agama-agama lain semuanya pukul sama rata. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Islam tidak boleh dipukul sama rata dengan agama-agama lain. Malah agama lain pun tidak mahu disamakan dengan agama Islam.

Islam mesti didaulat seperti mana termaktubnya Ia dalam perlembagaan. Bukan bermakna, kita mahu menindas agama lain. Tidak sama sekali. Sejarah Islam membuktikan, Islam tidak pernah menindas bukan Islam. Rata-rata kita lihat, bukan Islam dapat hidup senang lenang dalam sebuah negara Islam. Namun, belum tentu Islam dapat hidup aman dalam negara bukan Islam. 

Kedaulatan agalam Islam di Malaysia ini ada sejarahnya. Islam adalah agama penduduk majoriti pribumi negara ini, agama orang Melayu. Sebab itu, agama Islam termaktub dalam perlembagaan. Agama yang mengakar Alam Melayu sekian lama, agama majoriti penduduk Alam Melayu.

Ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia, ia adalah perkara biasa. Agama majoriti akan mengakar. Sama seperti negara lain seperti Buddha mengakar di Thailand, China, Sri Lanka dan sebagainya. Di Thailand misalnya, jangan ada sesiapa pun yang cuba mempertikaikan agama Buddha, termasuk bangsa Siam sendiri dan rajanya. Semua perkara ini dilindungi. Jika ada sesiapa yang berani menghina atau merendah-rendahkan, mereka akan dimasukkan ke penjara.

Kedua, ultra kiasu anti Melayu. Ultra kiasu tidak mahu orang Melayu yang menjadi ahli dalam parti mereka, yang ada jati diri Melayu, kuat pegangan Islamnya, hebat akhlaknya dan sebagainya. Ultra kiasu hanya mahukan Melayu yang liberal, tidak solat, minum arak dan anti undang-undang Islam. Melayu yang sudah tidak ada jatinya, anti bangsa mereka sendiri dan anti kepada agamanya sendiri itulah pilihan mereka yang akan diangkat menjadi calon dan pemimpin mereka. Mereka akan cari dalam kalangan sosial, komunis dan liberalis. Ini tidak termasuk melaksanakan agenda Kristian Evangelis mereka.

Saya amat mengharapkan rakyat dapat menolak parti ultra kiasu dan fahaman komunis yang dibawanya. Ultra kiasu ini berselindung di bawah sistem demokrasi untuk menyebarkan ideologi komunis yang dipegang. Sekian lama saya bercakap, kali ini mula terbukti, terserlah belangnya apabila parti ultra kiasu ini mencalonkan cucu kepada pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Melayu  dalam PRU14. Kenapa tidak letak calon Melayu ultra kiasu yang lebih baik, seperti bekas wartawan Utusan Malaysia?

Ternyata, orang seperti bekas wartawan Utusan Malaysia yang ada jiwa Islam, yang menyertai ultra kiasu, bukanlah pilihan ultra kiasu. Tetapi yang dipilih adalah cucu pemimpin PKM berfahaman komunis. Tidak puas hati dengan pemilihan ultra kiasu komunis ini, maka Melayu ultra kiasu yang tidak terpilih itu mencabar cucu pemimpin PKM untuk berdebat bagi membuktikan dia tidak komunis.

Dakwa Melayu ultra kiasu tersebut, cucu pemimpin PKM tersebut memasuki DAP pada tahun 2016, terus diangkat menjadi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan kini diangkat lagi sebagai calon PRU 14. Ultra kiasu Melayu yang tidak tercalon itu mengatakan tindak-tanduk dan agenda-agenda yang dilakukan oleh Melayu komunis ini banyak kepada mirip agenda songsang.

Cucu pemimpin PKM tersebut menggesa semua pihak tidak menghakiminya berdasarkan neneknya, sedangkan sebelum ini, beliau menyatakan neneknya adalah idolanya dan menyifatkannya sebagai "wirawati dan pejuang bangsa".

Sejak bila pula PKM menjadi wira pejuang kemerdekaan dan pejuang bangsa? Komunis tetap komunis. Agenda untuk menguasai Tanah Melayu amat jelas. Setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah dalam Perang Dunia Kedua 1945, komunis telah keluar daripada hutan untuk menguasai Tanah Melayu. Nasib baik, British cepat sampai dalam tempoh 14 hari, jika tidak pasti negara ini telah diperintah Komunis.

Sebelum ini saya turut membaca kenyataan cucu pemimpin komunis tersebut betapa beliau sangat teruja menjadi ahli parti ultra kiasu kerana perjuangan Malaysian Malaysia yang dibawa. Apakah cucu PKM ini faham akan maksud Malaysian Malaysia? Jika tidak faham mari saya ajarkan.

Malaysian Malaysia adalah perjuangan ultra kiasu sekian lama. Malaysia untuk rakyat Malaysia. Memang benar, Malaysia untuk rakyat Malaysia. Tetapi apakah kita faham maksud yang terselindung di sebalik konsep ini? Ternyata bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Dalam maksud, mereka mahukan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dihapuskan supaya semuanya menjadi sama.

Ketiga, ultra kiasu anti perlembagaan. Mereka tidak mahu ada perkara kelebihan yang berkaitan dengan Melayu, seperti kedudukan Islam, bahasa Melayu, kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Perkara ini amat penting untuk mereka melunaskan agenda Evangelis Kristian yang dibawanya.

Caranya dengan memecahkan parti-parti politik Melayu yang menjadi sekutunya supaya dia dapat menguasai.

Lahirnya PKR, PAN dan PPBM adalah sebahagian perancangan mereka. Setelah parti Melayu berpecah, ultra kaisu pecahkan dalam kalangan mereka sesama parti untuk melemahkan mereka lagi. Sekali lagi berjaya. Nasib baik PAS dapat mencium baunya, maka PAS keluar dan rela bersendirian.

Pendek kata, politik Malaysia hari ini, tidak boleh berharapkan sesiapa lagi melainkan UMNO dan PAS. Bukan kerana saya terlalu menyokong kedua parti ini. Tetapi inilah parti yang masih lagi belum berjaya dikuasai ultra kiasu.  Pilihan kita hanya dua, sekiranya kita menolak Umno, maka beralihlah kepada Pas, kerana itulah sahaja pilihan yang kita ada




Monday, April 23, 2018

Bagilah lagi apa yang Cina mahu

9:39 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments

Bagilah lagi apa yang Cina mahu


Bagilah lagi apa yang Cina mahu, kerana mereka pasti mengundi BN dan menolak Pakatan Harapan (PH). Itulah kejayaan besar ultra kiasu Cina dalam meyakinkan pemimpin negara (BN), dalam mendapatkan apa yang dihajati.

Mengenali ultra kiasu ini sekian lama, terus terang undi mereka tidak akan beralih kepada BN. Jika adapun terlalu kecil. BN melalui wakil Cinanya MCA dan Gerakan, akan tetap kalah di kawasan majoriti Cina. Manakala Cina BN yang begitu bersungguh-sungguh mahukan kerusi kawasan majoriti Melayu tetap akan menang.

Melayu yang memenang Cina BN. Sedangkan Melayu di kawasan majoriti Cina, berputih mata. Ini realiti politik Malaysia hari ini. Kita begitu terbuka, manakala bangsa lain begitu sempit. Sama juga seperti MIC. Kasihan saya kepada MyPPP. Namun, jika UMNO masih mahu terus memberikan kerusi majoriti Melayu kepada MCA, Gerakan dan MIC, tidak mustahil kali ini akan kecundang. Biarkan mereka bertanding di kawasan majoriti mereka. Ditadkirkan kalah, masih diperlukan dalam kabinet, lantik mereka sebagai senator untuk menduduki kerusi menteri, jika mereka mahu. Yakinlah! Kerajaan yang memahami Islam tidak akan menganiaya orang bukan Islam kerana ia asas hidup beragama.

Terbaharu, Sekolah Menengah Persendirian Cina Choong Hwa, Sentul, Kuala Lumpur diberikan pajakan sebidang tanah berkeluasan 1.2 hektar bagi tujuan pembinaan kompleks sukan, selama 99 tahun. Tidak sampai 6 bulan, dua bidang tanah telah dipajakkan kepada sekolah tersebut di tengah-tengah Kota Raya, yang harga atau nilai tanah seperti emas.  Berilah lagi kepada semua sekolah persendirian yang ada, saya mahu tengok adakah undi Cina akan beralih kepada BN.

Bersyukur sangat menjadi ultra kiasu ketika menjelang PRU, mereka akan minta apa yang selama ini mereka tidak dapat.

Siapa untung siapa rugi? Jawapannya sudah berada di kepala masing-masing. Air mata menitis melihat Sekolah Agama persendirian seperti Maahad Tahfiz, ibarat hidup segan mati tak mahu. Sekolah Persendirian Cina yang masih tidak diiktiraf sijil peperiksaannya (UEC), diberikan layanan sebegitu hebat.

Boleh dikatakan semua Sekolah aliran perdana tidak ada kompleks sukan kerana keterbatasan kawasan dan budget, jadi apa istimewanya sekolah persendirian Cina diberikan pajakan tanah untuk pembinaan kompleks sukan. Ya, tidak dinafikan mereka membinanya dengan wang sendiri, tetapi wajarkah kera di hutan disusukan anak di rumah mati tak makan?

Saya tidak mahu komen panjang, semua orang sudah tahu. Cukuplah dengan melontarkan pertanyaan, sebenarnya kita mahu membina negara bangsa atau mahu membina bangsa? Kita mahu membina negara untuk 100 tahun atau membina negara untuk setiap 5 tahun, setiap kali datangnya pilihan raya?

Jika matlamat kita untuk 5 tahun. Lima tahun akan datang, kita akan terus memainkan politik melepaskan tali. Saya bimbang selepas ini tidak ada tali yang boleh dihulurkan lagi, semuanya sudah menjadi milik orang. Pribumi merempat di bumi sendiri.

Tidakkah kita sedar bahawa semua sekolah Cina yang beroperasi hari ini, sama ada sekolah bantuan penuh atau sekolah persendirian, prasarana dan infrastruktur mereka sudah mengalahkan sekolah berasrama penuh. Ada sekolah (SJKC dan persendirian) yang kelas sepenuhnya berhawa dingin. Penyata kewangan PIBG mereka setiap tahun berakhir dengan 7 angka. Baki wang mereka begitu banyak. Ini tidak termasuk pembinaan demi pembinaan baharu yang dilakukan.

Apa yang ingin saya sampaikan, sokongan dan bantuan daripada jutawan dan kaum mereka begitu tinggi bagi memastikan survival bahasa dan bangsa. Apabila kerajaan turut membantu, sudah tentu ia menjadi mencurah-curah sehingga melimpah. Kerajaan beri gaji dan bangunan. Jutawan mereka tambah dengan segala kemudahan. Yang paling ironi, SJKC yang paling kurang murid dengan hanya ada 1 pelajar Cina dan selebihnya 22 pelajar Melayu di Hulu Langat, tidak boleh ditutup hanya kerana namanya SJKC.

Jika perkara yang sama berlaku kepada sekolah agama atau sekolah kebangsaan, pasti ia sudah lama ditutup daripada beroperasi. Inilah nasib kita. Saya sudah tidak tahu nak kata apa. Setiap kali saya mengeluarkan kata-kata, saya akan dituduh macam-macam kata-kata nista. Biarkan masa yang akan menentukan.  

Wahai negarawan dan pemimpin yang tercinta! Saya sering dilabelkan sebagai rasis, ekstremis dan berbagai label lagi. Saya terima apa juga label kerana sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membina negara bangsa, bukan mahu membina bangsa. Bangsa tidak akan kekal. Setiap orang pasti akan mati, tetapi yang akan kekal adalah negara sehinggalah berlakunya, kiamat.

Ultra kasu amat bijak dan licik. Hari ini kita berikan mereka sekeping tanah, selepas ini ini mereka akan membina kompleks. Jutawan mereka akan berbondong-bondong memberikan derma bagi memastikan kompleks sukan menjadi realiti. Mereka akan minta pengecualian cukai. Selepas itu, mereka akan mendekati wakil rakyat, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan dana tambahan.

Strategi terakhir, mereka akan jemput kepimpinan tertinggi negara untuk merasmikan bangunan tersebut. Mereka akan minta dana tambahan ketika merasmikan, kemuncaknya mereka akan dapat lagi tambahan beberapa juta. Inilah yang telah berlaku kepada beberapa bangunan berasaskan kaum yang telah dibina bagi menyempurnakan pembinaannya dan kelengkapannya.

Sudah tentu apabila didekati, sebagai pemimpin, mereka akan beri, sebab mahukan undi mereka. Lihatlah bangunan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) di Serdang, tersergam indah di tepi lebuh raya. Bangunan ini berdiri megah dengan bantuan kerajaan. Selain daripada menjadi tempat operasi dan menempatkan segala kegiatan mereka, bangunan ini juga menempatkan Universiti merdeka dengan bahasa Cina sebagai pengantara. Bertambah lagi universiti berasaskan bangsa. Akhirnya, mereka dapat semua, kita melopong. Undi entah ke mana. Sekolah persendirian agama, tetap tidak berubah. Apakah berbaloi politik sebegini?

Secara tidak langsung, pemberian pajakan tanah ini, bermakna kita telah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), sijil yang dikeluarkan dan dikelolakan sendiri oleh sekolah persendirian ini. Perlu diidingat, UEC sudah menjadi manifestto BN pada PRU14. Bermakna jika BN menang, UEC akan diiktiraf dengan beberapa syarat. Manakala, jika PH menang, lebih cepat lagi untuk diiktiraf kerana dalam manifesto PH akan mengiktiraf UEC tanpa syarat. PH lebih berani dalam matlamat menghalalkan cara, berbanding BN. Sudah tentu dalam hal ini BN lebih baik daripada PH. Ternyata PH mahu membina negara dalam negara. Politik sebegini amat bahaya dan rakyat mesti menolaknya.   

Saya tidak kisah langsung, malah akan menyokong sepenuhnya, jika kerajaan mahu membantu Cina (begitu juga bangsa lain) yang gelandangan bagi mengeluarkan mereka daripada kemiskinan, kerana ia amat penting dalam pembangunan negara bangsa. Kemiskinan adalah isu yang amat besar dalam pembinaan negara bangsa. Tetapi memperkayakan lagi sekolah mereka yang sudah sedia kaya, maaf, saya terpaksa bersuara walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko.

Tidak timbul saya sebagai seorang Cina tidak menyokong bangsa sendiri. Maaf, saya lebih mengutamakan pembinaan negara bangsa daripada pembinaan bangsa. Pembinaan bangsa hanya akan meruntuhkan sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan yang selama ini kita bina. Pastinya perpaduan kaum akan tergugat apabila ada sesuatu bangsa yang merasakan mereka lebih superior daripada bangsa lain. Lebih malang, apabila mereka tidak dapat dikeluarkan daripada kemiskinan.














Mufti tidak boleh cari jalan selamat

9:38 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments

Mufti tidak boleh cari jalan selamat

Saya agak terkejut apabila ada seorang mufti begitu aktif dalam laman sosial hatta sampai ke tahap PRU yang sudah semakin hampir. Jika komennya neutral tidak mengapa juga, tetapi sehingga mahu menentukan parti tertentu yang seharus dipilih, seperti parti bunga raya. Saya fikir, ini sudah melampaui ciri-ciri kemuftian.

Mufti ini seolah-olah mahukan kita menerima parti tertentu dan menolak parti tertentu. Saya fikir ini bukan tugas mufti.

Mufti sepatutnya neutral bukan mahu menjadikan dirinya relevan untuk semua parti politik, dan membolehkan dia melompat ke parti yang memerintah nanti.

Mufti tersebut ingin mencari jalan selamat jika ditakdirkan kerajaan bertukar. Besar kemungkinan, beliau tidak akan dipecat apabila kerajaan bertukar.

Sudah menjadi kebiasaan, apabila kerajaan bertukar, maka mereka akan mencari orang baharu yang dapat menggantikan kedudukan orang lama yang dikatakan pro kerajaan lama.

Di sini kebangangan yang kerap berlaku dalam politik Malaysia hari ini. Mereka tidak melihat kepada kepakaran atau kebolehan melakukan kerja. Yang dilihat adalah mereka ini orang aku atau bukan. Jika bukan, bekukan mereka. Tukar dengan pegawai yang pro mereka.

Saya fikir mereka yang opportunis tidak selayak memegang jawatan yang begitu penting kepada sesebuah negara.

Saya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana mufti tetapi mencari jalan selamat tersebut sepatutnya tidak berlaku kepada mufti.

Saya amat yakin apabila kerajaan berubah jika ditakdirkan, semua mufti akan ditukarkan kecuali satu sahaja mufti yang akan kekal dan tidak mustahil dilantik sebagai mufti besar atau menteri agama, iaitu mufti yang terlalu aktif dalam laman sosial, sehingga saya tertanya-tanya apakah tugas mufti ini sebenarnya? Apakah setiap hari mengaktifkan media sosialnya.

Sebab itu, saya mohon, mufti tersebut tidak terlalu pro mengambil sikap menyelamatkan diri kerana ia menjadi terlalu hodoh untuk orang jahil seperti saya melihat perkara tersebut.

Mufti tidak sepatutnya bercakap dalam semua perkara, terutama melibatkan politik kepartian.

Saya bukanlah selayaknya untuk memberikan komen terhadap mufti. Tetapi sebagai rakyat saya mempunyai tanggungjawab terhadap mufti.

Saya boleh bersetuju dengan beberapa pendapat bahawa mufti tidak sepatutnya terlalu aktif dengan dengan blog FB, twitter dan whatsAppnya. Begitu juga menulis puisi dan menulis lagu. Mufti adalah seorang yang diberikan mandat oleh Sultan atau Raja sebagai pemegang fatwa sesebuah negeri atau negara.

Pendek kata, tugas mufti amat berat selepas sultan, termasuk menulis fatwa, menyimpan dan membatalkan fatwa. Mufti sebenar setaraf dengan hakim. Seperti semua sedia maklum, hakim tidak boleh hidup seperti rakyat biasa seperti ke pasar, berjumpa orang ramai sewenang dan banyak lagi. Dia mesti menjaga adab-adab sebagai sebagai seorang hakim. Begitu juga dengan mufti

Tidak ramai yang mengetahui begitu juga sifat sebagai seorang mufti. Kata-kata mufti itu mengikat rakyat seperti saya. Melebihi kitab-kitab lama karangan para ulamak terdahulu. Misalnya, jika ada ulamak mengatakan bermain gitar itu haram, manakala pendapat mufti itu kata harus, maka leburlah pendapat ulamak terdahulu. Demikianlah tingginya darjat seorang mufti.

Dalam kata lain, mufti bukanlah hanya seorang pendakwah, tetapi lebih tinggi daripada itu seorang pendukung. Tugasnya bukan menegakkan agama, tetapi memelihara agama. Tidak sepatutnya seseorang mufti sama cara hidup nya seperti rakyat jelata yang lain, apatah lagi untuk berpuisi, berblog, bertwitter dan aktif sepanjang hari berwhatsApp dengan rakan-rakan separti dan sejawatan

Menurut Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2008), mufti adalah tokoh terpenting dalam hierarki masyarakat dan kerajaan Islam. Mufti memikul amanah cukup berat lagi getir dalam memimpin umat manusia amnya dan umat Islam khususnya ke arah kebajikan dan kesejahteraan sejagat. Bahkan mufti adalah satu jawatan yang diberikan kepada seorang alim yang berkelayakan dan berkemampuan serta mempunyai kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Akan tetapi tidak semua orang alim itu layak menjadi mufti dan sebaliknya seorang mufti adalah seorang ulama berkewibawaan.

Mufti juga mendapat kedudukan istimewa di sisi undang-undang di samping mendapat pengiktirafan daripada Islam sebagai jawatan yang bertanggungjawab penuh dalam misi penjelasan terhadap isu keagamaan serta mengajak seluruh umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan hadis sebagai wadah kesejahteraan ummah.

Justeru, mufti tidaklah perlulah menyerang parti-parti politik yang tidak sebulu dengannya. Cukup cakap secara umum sahaja. Jika mufti mahu juga bercakap mengenai PRU14 maka tegurlah perkara yang lebih besar yang tidak bersifat partisan.

Misalnya, perbelanjaan atau pembaziran kempen pilihan raya sehingga menelan belanja berbilion ringgit. Tidakkah lebih baik wang tersebut digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan seperti fakir dan miskin, ibu tunggal serta mereka yang berada dalam persimpangan antara hidup dan mati seperti kanak kanak di Syria yang dibunuh kejam oleh regim Assad.
Saya tidak boleh bayangkan berapa ratus juta mungkin mencecah billion ringgit  terpaksa digunakan bagi tujuan kempen PRU14 akan datang. Ini tidak termasuk merasuah pengundi. Bayangkan duit tersebut digunakan untuk membantu sifakir dan simiskin, berapa ramai dalam kalangan mereka boleh dikeluarkan daripada kemiskinan dan kepapaan. Berapa ramai pula yang boleh dibantu bagi merancakkan penglibatan dalam perniagaan.  

Semua sudah sedia maklum, rakyat sudah membuat pilihan parti masing-masing yang mahu diundi. Apatah lagi PRU14 hanya ada tiga parti besar yang bertanding iaitu BN, PAS, PKR (PH) dalam konteks Semenanjung. Mungkin sedikit berbeza di Sabah dan Sarawak. Jadi, berpada-padalah apabila berkempen. Perang poster yang keterlaluan hanya satu pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku tatkala rakyat sudah menetapkan  pilihan parti yang akan diundi. Begitu juga dalam keadaan rakyat dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

Mufti patut tampil membuka minda masyarakat, bukannya turut terlibat meminta rakyat menolak parti-parti tertentu. Ini bukan mufti namanya. Negara telah menetapkan sistem demokrasi sebagai asas pemerintahan, bermakna rakyat adalah raja kepada sistem ini. Berilah mereka kebebasan untuk memilih bila tiba pilihan raya. Tidak perlulah seorang mufti tampil ke hadapan untuk mendogmakan rakyat. Bila perkara ini berlaku, nampak sangat hodohnya wajah seorang yang bergelar mufti. Bertindaklah secara neutral.

Contohilah mufti Wilayah Persetukuan, mufti yang sangat saya hormati. Beliau mengambil tahu isu semasa, termasuk juga kehidupan kontroversi artis. Aktif dalam laman sosial, tetapi terkawal dan berpada-pada. Pendapat dan komennya neutral serta menyenangkan. Antara pendapat yang menarik hati saya adalah hukum mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya serta melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus, selagi tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada kemuliaan Islam dan kepakaran dalam melaksana tugas.

Kata beliau, hasil penelitian yang dilakukan mendapati tiada dalil muktamad melarang orang Islam mengundi calon bukan Islam dalam PRU di Malaysia, termasuk melantik mereka sebagai pemimpin. Namun, mengundi mereka menjadi larangan jika bukan Islam memusuhi agama Islam dan orang Islam. Bagi golongan bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan tersebut tidak terpakai.

Kata-kata sebeginilah yang kami sebagai rakyat, mahu dengar daripada seorang yang bergelar mufti, bukannya mengecam pihak-pihak tertentu yang tidak sebulu dengannya. Saya memuji keberanian sebahagian mufti mengemukakan pendapat dan hujahnya, tetapi biarlah berani pada tempatnya. Berani berkata benar. Tetapi jangan pula diam apabila kena kepada kawan baiknya. Bukan apa, mufti yang terlalu diam pun tidak boleh juga. Nanti rakyat akan berkata pula, mufti ini tidak buat kerjakah?





Berlakukah tsunami Melayu?

9:37 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments

Berlakukah tsunami Melayu?

Sama ada diperangkap atau terperangkap, apa ke jadahnya seseorang pemimpin atau wakil rakyat beragama Islam, minum kopi di kelab malam atau kelab karaoke? Tidakkah di situ akan mengundang fitnah dan mehnah? Saya dah naik menyampah melihat gelagat segelintir pemimpin yang menyusahkan pimpinan parti untuk menjawab masalah yang ditimbulkan, gara-gara memenuhi kehendak nafsu sarakah mereka yang tidak dapat dikawal. Hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tidak mustahil ultra kiasu akan menaja makan minum mereka, kerana perancangan licik mahu mencairkan identiti dan jati diri umat Islam. Malangnya, umat Islam sengaja tidak mahu ambil tahu atau buat-buat tidak tahu kerana mahukan keseronokan duniawi.

Peliknya, banyak lagi tempat yang boleh pergi untuk minum kopi atau teh, seperti Warung Pak Mad, Pak Ayob, Mak Temah, Mak Jenab dan lain-lain warung Pak dan Mak lagi, yang sudah tentu terjamin halal, kenapa yang dipilih kelab malam atau karaoke? Tempat bersarangnya arak. Kalau nak standard lagi pergilah ke Paparich dan restoran makanan segera, atau hotel-hotel berbintang yang tidak terlalu menonjol kemungkaran. Ini tidak, kelab malam. Nama pun kelab malam, kelab yang beroperasi pada waktu malam. Mana ada kelab siang jika kelab ini benar-benar halal.

Kelab malam atau yang sewaktu dengannya,  sudah disinonim dengan tempat maksiat. Tempat syaitan bersarang. Segelas kopi bukannya murah di situ berbanding dengan gerai biasa. Ini tidak termasuk berkaraoke. Saya ingatkan mereka sudah menjadi Islamik dalam zaman kebangkitan Islam sekarang, rupanya masih ada segelintir yang jahil. Bagaimanakah kita mahu mengharapkan mereka mampu menjadi imam solat atau memimpin rakyat ke jalan yang benar?

Maka berhati-hati, jika dipelawa, meskipun dibelanja percuma. Banyak lagi tempat boleh berjumpa. Melambak. Tak tahu pulak mahu jadi seperti As-Syahid Hasan Al-Banna, pejuang dan pendakwah hebat, sanggup berdakwah sehingga ke kelab malam. Adakah terdapat pemimpin sehebat As-Syahid Hasan Al-Banna pada hari ini? Tetapi melihat kepada perwatakan mereka yang ditangkap, jauh sekali untuk menjadi seperti Hasan Al-Banna.

Justeru, bertaubatlah wahai pemimpin sekelian. Berubahlah. Rakyat sedang memerhatikan dan menilai kamu. Meskipun ditakdirkan rakyat tidak nampak, pasti Allah Yang Maha Mengetahui tahu duduk perkara sebenar.

Pendek kata, orang sebegini tidak layak dianggap sebagai pemimpin meskipun nanti dibuktikan tidak bersalah. Apa tujuan masuk ke kelab malam? Itu satu persoalan yang sentiasa bermain di kepala saya. Soal terlibat dengan dadah tidak, kencing positif dadah tau tidak, letak ke tepi dahulu.

Sebelum ini kita telah dikejutkan dengan pelancaran koleksi pakaian muslimah dan tudung oleh seorang artis yang kononnya telah berhijrah. Apabila insiden tersebut menjadi viral, masih lagi mahu mempertahankan tindakannya. Namun, setelah peminatnya naik muak, mampu menggugat perniagaannya, barulah nak bertaubat. Boleh percayakah orang sebegini?

Sempena menjelang PRU14, saya menyeru semua parti politik, supaya mengemukakan calon yang bersih dan berakhlak mulia, jika dirasakan mereka mahu menang. Begitu juga jika dirasakan tidak mahu akan berlaku tsunami politik Melayu yang ketara. Tsunami politik tidak mustahil berlaku jika kita masih tidak berubah. Tidak ada lagi zon selesa sekarang. Apa jua berita dan kejadian boleh didapati dan dibaca dalam sekelip mata. Bukan macam dahulu kita disogok dengan media sehala sahaja. Hari ini makcik-makcik dan peniaga-peniaga pasar pun boleh mendapat maklumat hanya dengan satu sentuhan.

Saya masih teringat, ketika bertemu dengan beberapa peniaga pasar dalam mendapatkan pandangan mengenai PRU14, ketika ditanya, maka jawapannya, tanpa ragu, berasaskan kepada rutin harian melayan pelanggan; “asalnya bukan dia” Siapakah dia itu? Saya fikir semua sudah faham apa yang saya maksudkan. Pendapat seorang peniaga pasar ini, boleh mewakili lebih seribu orang.

Justeru, saya mohon kepada semua pemimpin parti yang mahu menang, zaman sekarang, rakyat sudah tidak melihat parti, tetapi memilih pemimpin manakah yang paling berintegriti. Percaya! Pemikiran rakyat Malaysia sudah berubah. Mereka tidak lagi boleh digula-gulakan. Apatah lagi dengan ledakan teknologi maklumat. Maklumat boleh diakses dengan hujung jari, begitu cepat. Kenapa berlaku tsunami pada PRU12 2008? Persoalan yang sudah terjawab. Sama ada berita benar atau tidak, melalui perkembangan teknologi, rakyat sudah mampu membuat perbandingan.

Justeru, bangunlah. Cerminlah diri. Bertanyalah. Apakah aku layak menjadi seorang pemimpin? Apakah aku mengutamakan rakyat atau tidak? Pada hemat saya, beberapa perkara berikut hendaklah diambilkira oleh pimpinan parti politik sebelum mengenengahkan pemimpin mereka untuk bertanding dalam PRU14:

Pertama, pemimpin mesti dapat menunjukkan akhlak yang mulia kepada rakyat. Mereka hendaklah dalam kalangan yang terdiri daripada kurang melakukan dosa dan maksiat. Dalam kata lain, pemimpin hendaklah berilmu dan beriman, bagi membolehkan mereka dapat menjaga diri dan tidak terpesona dengan godaan dunia. Syarat ini juga terpakai kepada pemimpin bukan Islam. Mereka mesti percaya kepada kewujudan Tuhan dan patuh kepada perintahNya.

Kedua, selain daripada ciri-ciri di atas, mereka juga hendaklah juga professional, terdiri dalam kalangan yang mampu mengurus dan mentadbir negara ini dengan baik. Lulusan agama atau tidak, tidak menjadi masalah, asalkan mereka terdiri dalam kalangan golongan takutkan Allah s.w.t atau Tuhan kepada bukan Islam. Sudah tentu pemimpin yang melangkah ke kelab malam perlu ditolak.
Ketiga, tunaikan tagline 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Jika sudah terlalu banyak duit, tidak perlulah dihabiskan dengan makan minum di tempat yang mewah-mewah. Gunakan lebihan wang yang ada untuk membantu rakyat daripada menaburkannya kepada pelayan kelab malam. Keluarkan rakyat daripada kemiskinan kerana kemiskinan boleh mala petaka kepada negara.

Keempat, pemimpin yang terpalit dengan pelbagai kontroversi hendaklah memberikan laluan kepada pemimpin yang kurang kontroversi atau susah untuk dicari kontroversinya. Utamakan parti parti daripada diri sendiri. Pemimpin akan datang dan pergi, tetapi parti politik akan terus kekal berjuang dengan idealismanya.

Kelima, elakkan juga terlibat dengan skandal terutama berkaitan dengan perempuan. Wanita boleh membawa kita kepada kehancuran jika dihalalkan statusnya. Ramai dalam pemimpin yang suka kahwin dengan artis, akhirnya terpalit dengan kontroversi. Saya tidak boleh bayangkan orang kuat Parti Amanah Negara (PAN) apabila terpalit dengan kancah rumahtangga gara-gara berkahwin dengan artis. Tuhan Maha Berkuasa, dahulunya dia mengutuk saya hanya kerana tidak sefahaman dan tidak bersependapat. Hari ini rumahtangganya bergelora dan berantakan. Inikah bentuk pemimpin yang mahu kita cari? Rumahtangga sendiri tidak terjaga, masakan mampu menjaga rakyat.

Akhirnya, rakyat adalah raja dalam sistem demokrasi. Mereka adalah hakim yang akan menentukan siapakah pemimpin yang wajar diangkat sebagai pemimpin bagi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Pilihlah pemimpin yang paling berintegriti, berpandukan kepada rasa ‘God fearing’ kerana hanya ini sahaja yang mampu mengawal dirinya daripada terjebak kepada kerosakan dan kemungkaran, termasuk minum kopi di kelab malam., meskipun hatinya berniat baik kepada pelayan kelab malam.    





Monday, April 02, 2018

Pabila artis jahil tahap murakab

10:25 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

https://www.ismaweb.net/2018/04/02/pabila-artis-jahil-tahap-murakab/

KEBELAKANGAN ini, saya semakin muak dengan telatah dan tingkah laku artis yang bergelar pelakon dan penyanyi, meskipun saya juga bergelar selebriti.

Macam-macam perangai kita jumpa. Ada yang begitu berani melakukan maksiat secara terang-terang dengan merakam dan menghantar gambar. Ada yang lain pula, mengandung dan beranak pun nak bagi tahu orang. Apabila gambar menjadi viral, marahkan orang! Wajarkah? Yang gatal ambil gambar dan pos gambar pasal apa?

Saya begitu teruja dengan seorang artis yang menghantar gambar dia memeluk seorang jantan. Berbangga dapat berpeluk dengan pemain bola sepak Brazil, Roberta Carlos. Rasa seronok memeluk jantan, depan khalayak. Kalau belakang khalayak mungkin lebih daripada itu. Rela kuserah jiwa dan raga.

Nak kata perangai macam orang kafir nanti marah. Tetapi, melihat kepada gelagat mereka, kadang kala perangai mereka lebih kafir daripada orang kafir. Mana tidaknya, orang kafir kadang faham erti adab sopan. Malangnya, ada dalam kalangan kita sudahlah tidak tahu adab sopan, malah secara terang berbangga dengan kemaksiatan yang dilakukan.

Macam-macam perilaku yang pelik yang bercanggah dengan norma, nilai dan agama. Apabila netizen memberikan komen, artis jahil pun berkata ‘netizen dengki dengan dia’.

Terus terang, ini bukan soal dengki atau tidak, ini soal kami dan netizen amat muak dan meluat dengan perangai kamu. Nak dengki buat apa, kamu bukan saingan kami.

Sebelum ini, ada artis yang membuat pelancaran tudung dalam kelab malam The Zouk. Bila dikritik, dijawab dengan selamba, ‘aku tau apa yang aku buat’. Peliknya, apabila kritikan menjadi semakin tular sehingga boleh menggugat perniagaannya, maka dia bertaubat dan mengeluarkan kenyataan, menyesal, sesal sesesalnya. Boleh percayakah dengan orang macam ini?

Hina betul orang seperti ini. Lebih hina lagi mereka berbangga dengan maksiat yang dilakukan. Inilah yang dikatakan sebagai bodoh tak boleh ajar atau jahil murakab

Bila dah tua esok, sudah tidak laku, sibuk pula mahu berhijrah dengan bertudung, kemudian berniaga tudung. Pada mereka, berhijrah itu adalah bertudung. Mereka tidak faham roh bertudung dan roh menutup aurat.

Bertudung tidak semestinya menutup aurat. Ada orang bertudung, tetapi pakaiannya macam sarung nangka. Sendat sana sini, tertonjol dan menonjol. Menutup auratkah kalau macam itu, jika sudah boleh nampak urat-urat?

Wahai artis bertudung yang sudah berubah kononnya, tanamkan sifat malu pada dirimu, jangan rosakkan imej Islam setelah kamu berubah.

Saya selaku selebriti TV, selalu bertemu artis-artis ini dalam program realiti agama. Maklumlah, mereka tampil sebagai tetamu dan kadang kala menyampaikan lagu berunsur ketuhanan.

Seperti biasa, pemahaman Islam mereka, bila menyanyi lagu ketuhanan mereka jadi baik sekejap. Lepas itu, faham-faham sahaja lah. Itulah realiti dunia artis hiburan. Pernah saya bertanya beberapa soalan kepada artis ketika berlangsungnya program realiti, terutama ketika menjelang Ramadan.

“Apa aktiviti ketika di bulan Ramadan”. Jawapan standard; “Ya.. dalam bulan Ramadan atau bulan puasa, saya banyak menghabiskan masa melakukan ibadat dengan berpuasa dan solat sunat Tarawih, bagi menghormati bulan Ramadan. Aktiviti menyanyi dan berlakon berhenti dan akan disambung semula selepas tamatnya Ramadan”.

Pemahaman bulan Ramadan mereka sangat sempit. Bulan Ramadan bulan ibadat, bukan lain bulan… berjahat. Bulan Ramadan tidak boleh melakukan maksiat, semua aktiviti lakonan dan nyanyian merapu dihentikan. Masuk bulan Syawal, berpestalah mereka.

Jika inilah pemahaman kita terhadap Islam, seolah-olah ada hari atau bulan tertentu kena jadi baik, ada bulan tertentu tidak perlu jadi baik, iaitu boleh berjahat atau bermaksiat, maka sampai bila-bila pun mereka akan berkelakuan seperti yang disebutkan di atas tadi, seperti memeluk jantan dan melakukan aktiviti di kelab malam.

Saya masih tidak lupa pengakuan seorang personaliti Youtube, Nisa Kay yang berkelakuan tidak senonoh ketika majlis pelancaran tudung artis itu dalam kelab malam dengan aksi yang menghairahkan. Menurut Nisa, aksi tersebut tidak menggambarkan perilaku sebenarnya.

Katanya: “Saya akui, perlakuan saya itu tidak seharusnya terjadi dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya sebenar serta imej sebagai wanita bertudung.Saya akui, saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga,” katanya dipetik sebuah portal berita.

Nisa turut mendakwa dia tidak menyangka video itu akan tular dan terkejut melihat komen dan posting yang dimuat naik di laman sosial. Dia juga mengakui: “Ada khilafnya di mana saya lalai dan terbawa-bawa dengan perlakuan saya seperti mana yang orang ramai sudah saksikan menerusi video tersebut.”

Dia berharap kejadian itu bukan sahaja memberi pengajaran kepadanya, malahan kepada orang lain juga.

Saya menonton video yang tular itu. Kenapa seseorang ‘muslimah’ tidak dapat mengawal adab ketika berada di kelab malam? Jawapannya mudah, kerana kita berada di tempat mungkar. Lihatlah video itu bagaimana gadis imej bertudung terkinja-kinja macam orang tidak ada agama dan tidak sedar diri. Kenapa diri tidak dapat dikawal?

Justeru, sudah sampai masa artis-artis bertudung tidak sekadar bertudung, tetapi pada masa sama mereka perlu ada ilmu dan meningkatkan ilmu. Kena mengaji agama seperti Allahyarham Azmil Mustapha, Shamsul Ghau Ghau, Iwan dan lain-lain.

Saya cukup bimbang artis hanya bertudung untuk mencari populariti. Walhal sebenarnya mereka tidak faham roh bertudung. Bertudung sekadar fesyen untuk mencari wang tambahan bagi melariskan tudung.

Peliknya, kenapa khalayak sanggup membeli tudung mereka dengan harga yang bukannya murah. Sedangkan banyak lagi tudung di tempat lain. Saya ucapkan tahniah followers dan netizen yang mengambil tindakan ‘left’ meninggalkan artis tersebut. Yakinlah! Dengan meninggalkan mereka, saudara semua telah melakukan tindakan yang bijak.

Tidak perlulah berbangga dengan kemaksiatan yang dilakukan mereka. Tidak perlu juga mempertahankan mereka sehingga mencetuskan pergaduhan di alam siber.

Kepada semua artis, jika benar-benar kamu mahu berhijrah, berhijrah dengan dengan sebenar-benar hijrah. Hayatilah penghijrahan itu melalui pembelajaran dan penghayatan ilmu. Berhijrah bukan sekadar bertudung.

Bertudung itu belum tentu menutup aurat. Banyak lagi perkara yang perlu diketahui apabila bertudung, bagi menjaga maruah dan harga diri seorang Muslimah.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)