Artikel khas PRK Teluk Intan
Calon gadis Melayu muda bujang parti ultra kiasu
PRK Parlimen Teluk Intan, begitu ghairah untuk bertanding setelah ditawarkan.
Beliau dengan megah berkata untuk memecahkan tembok perkauman, mewakili parti
ultra kiasu. Mampukah? Berapa lama sudah berpolitik? Fahamkah sepak terajang
politik? Benarkah ultra kiasu parti semua kaum? Cermin diri, lihatlah
sekeliling. Percayalah, kamu sedang diperalatkan.
Jika terlalu benci pun dengan UMNO, masuk PAS, PAS for all lah katakan, tetapi bukan
ultra kiasu. Peliknya kenapa ibu bapanya yang begitu lama berjuang dalam
politik Melayu, tidak menasihati anaknya itu, malah memberikan sokongan padu
kepada beliau? Mahu tumpang semangkok bila menang nanti?
Saya sangat kasihan melihat Melayu ini. Saya yakin,
beliau sedar beliau sedang diperalatkan. Beliau tahu, dengan adanya Melayu seorang
dua di situ, peluang untuk dicalonkan dalam pilihan raya adalah tinggi. Itulah
antara strategik licik ultra kiasu.
Perangkap ultra kiasu mengena. Berjaya
memanipulasikan keadaan. Justeru, saya yang pernah bersekolah dan tinggal di
Teluk Intan, mengajak semua pengundi di sana, agar dapat merenung sejenak
sebelum mengundi calon Melayu ultra kiasu atas beberapa alasan.
Pertama, parti ultra kiasu bukan parti pelbagai
kaum. Tetapi parti rasis Cina sejak dahulu lagi. Wajah-wajah bukan Cina yang
ada di situ hanyalah tempelan semata-mata, bagi menutup tembelang mereka. Maka
tidak hairan, mereka bermatian-matian untuk memancing anak-anak Melayu
menyertai parti perkauman ini.
Ultra kiasu mahu memecahkan tembok perkauman,
tetapi mereka tidak pernah menjunjung agenda kebangsaan yang beridentitikan
Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Misalnya, kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lihatlah papan-papan tanda di Pulau Pinang,
seolah-olah sudah menjadi Hong Kong. Terlalu kecinaan.
Begitu juga dengan kedudukan dan keistimewaan
orang Melayu, raja-raja Melayu, agama Islam, sekolah kebangsaan dan lain-lain
lagi. Mereka tidak pernah mengiktiraf. Ultra kiasu mahu mewujudkan negara
republik. Sama rata sama rasa. Sebab itu, sejak dahulu lagi mereka menentang
agenda kebangsaan ini. Caranya dengan menyalahkan UMNO yang dituduh rasis untuk
menyembunyikan identiti mereka yang sebenar yang lebih rasis. Tanyalah bekas
pemimpin-pemimpin Melayu yang telah keluar daripada parti ini.
Kedua, perjuangan ultra kiasu adalah Malaysian Malaysia, sama rata sama rasa.
Mana ada negara-negara di dunia mempraktikkan dasar sebegini? Mesti adalah sedikit
kelebihan kepada peribumi, kerana setiap bumi yang dipijak ada penunggu
bangsanya. Melayu-Tanah Melayu, British-Britain, Cina-China, Siam-Thai,
Jepun-Jepun dan lain-lain. Tidak hairanlah jika bangsa dan agama negara mereka
diberikan sedikit keistimewaan.
Baca kenyataan Perdana Menteri
Britain, David Cameron, pada 24 April 2014. Secara tegas beliau berkata, “Britain
adalah negara Kristian”. Agama Kristian sudah tentu mempunyai lebih hak
daripada agama lain. Untuk makluman, populasi agama di Britain adalah, Kristian
59.5%, tiada agama 25.7%, agama tidak tercatat 7.2%, Islam 4.4% dan lain-lain
3.2%. Peratusan pecahan agamanya hampir sama seperti Malaysia, Melayu Islam 55%
(+ bumiputera 65%), Cina 25%, India 7% dan lain-lain. Jika Britain boleh
isytihar mereka negara Kristian dengan populasi sedemikian, kenapa kita tidak
boleh?
Bila Malaysia diisytiharkan
sebagai negara Islam suatu ketika dahulu, yang paling kuat menentang adalah
ultra kiasu. Inilah juga pendirian gadis itu? PAS beranggapan pendirian ini
tidak salah, kerana adalah sesuatu yang lumrah, ahli parti akan menjunjung
agenda parti. Tetapi PAS perlu ingat, ultra kiasu adalah parti yang lantang
menentang Islam.
Ketiga, setakat ini, boleh
dikatakan tidak ada orang Islam yang faham Islam menyertai parti ultra kiasu
ini, termasuk gadis bertudung. Semua yang menyertai parti ultra kiasu adalah
kalangan yang jahil agama. Tanyalah Melayu ultra kiasu yang telah insaf dan
isytihar keluar parti.
Ultra kiasu tahu, mereka akan
menghadapi masalah jika menerima ahli yang faham Islam.
Justeru, saya tidak terkejut
jika gadis ini dikaitkan pakaian bikini, walaupun dinafikan. Perkara seumpama
ini tidak mustahil berlaku bagi mereka yang menyertai parti ultra kiasu. Orang sebeginilah
sebenar yang dicari.
Beberapa pemimpin Melayu ultra kiasu yang saya
kenali secara dekat, tidak pernah sembahyang, apatah lagi beramal dengan Islam.
Jiwa Melayu Islam telah mati. Inilah Melayu yang ditonjolkan ultra kiasu untuk memusnahkan
dan menghancurkan Melayu Islam.
Ada yang mencadangkan supaya dibuat kajian kenapa
anak Melayu boleh menyertai ultra kiasu. Sama juga masalah Melayu masuk
Kristian. Pada saya, kajian sebegini tidak perlu dibuat. Buang masa dan buang
duit.
Lebih baik kajian sebaliknya dibuat yakni, menjurus
kepada kenapa orang Melayu zaman dahulu, bersekolah Inggeris (Sekolah Missionari
Kristian), berseluar pendek dan berskirt, pegangan agama tidaklah sekuat
seperti orang PAS pada hari ini, persekitaran tidak berapa Islamik, pengaruh
Kristian begitu kuat di sekolah dan lain-lain,
tidak ada kedengaran anak Melayu masuk Kristian atau menyertai ultra
kiasu?
Jawapan sementara saya adalah, ketika itu orang Melayu
berpegang kuat kepada adat budaya bersendikan Islam. Identiti ini begitu kuat
mengikat. Pegangan inilah yang menjadikan mereka kuat dan tidak mudah terpengaruh walaupun dugaan dan ujian persekitarannya
begitu mencabar.
Hari ini, semua identiti ini sudah tercabut.
Walaupun generasi hari ini kononnya hidup dalam persekitaran boleh dikatakan Islamik,
kehidupan mereka sudah tidak seperti Melayu. Tetapi sudah menjadi orang barat,
malah ada yang lebih barat dari barat dalam cara hidupnya.
Saya rasa inilah proses inilah yang sedang berlaku
kepada anak muda Melayu hari ini, termasuk calon Melayu ultra kiasu ini. Adat
budaya dan agama tidak lagi mengikat. Sebab itulah, ultra kiasu begitu kuat
memperjuangkan hak asasi manusia, agar Melayu tidak lagi bersendikan adat
budaya dan agama, tetapi menjadi moden seperti mereka.
Keempat, cuba perhatikan, seperti mana yang
dipesankan oleh ibu calon Melayu ultra kiasu ini, jangan lupa solat dan
bersolat sebelum berkempen. Alangkah indahnya jika suruhan ini diamalkan. Tunjukkan
kepada ultra kiasu bahawa kamu adalah Muslim beriman dan yang beramal. Lakukan
amar makruf nahi mungkar dalam parti ultra kiasu. Saya yakin, beliau tidak akan
berani melakukannya, kerana pasti ultra kiasu akan menendang gadis Melayu ini
keluar.
Jangan hanya berselendang masuk berkempen di
kawasan Melayu Islam dan membogelkan kepala di kawasan bukan Islam. Islam apa
ini? Islam kapal selam? Saya tidak nafikan ada pemimpin UMNO pun sebegitu.
Kelima, kenapa ultra kiasu ini amat berminat
meletakkan budak Melayu dalam PRK kali
ini, sedangkan ramai lagi calon Cina yang berkelayakan. Jawapannya, kerana gadis
ultra kiasu berani mempertikaikan kedudukan UiTM, tempat dia belajar dahulu
sehingga menjadi peguam. Beliau sanggup gigit tuan, seperti melepaskan anjing
tersepit.
Kenapa tidak mempertikaikan universiti yang amat
jelas berasaskan kaum seperti universiti yang dipunyai oleh Dong Jiao Zong,
MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain? Adakah universiti ini untuk semua kaum seperti
yang dicanangkan oleh ultra kiasu? Inilah Melayu tiada identiti yang dicari
ultra kiasu.
Keenam, awal-awal lagi parti dan calon ultra kiasu
ini secara terang menyatakan pendirian akan menentang undang-undang Islam
(hudud) yang akan dilaksanakan oleh PAS. Saya tidak kisah jika kenyataan ini
keluar daripada ultra kiasu kafir. Tetapi gadis Melayu jahil ini juga begitu
berani berkata sedemikian. Apa yang dia tahu tentang hudud? Berapa juzuk Quran
yang dihafal? Berapa ayat yang difahami? Peliknya, kenapa PAS begitu beriya-iya
berkempen orang yang menentang matlamatnya?
Sejarah membuktikan, sejak dahulu lagi, ultra
kiasu langsung tidak ada rasa hormat dengan Islam selaku agama negara dan
majoriti Melayu negara ini. Dalam perisytiharan Setapak, 29 Julai 1967, ultra
kiasu berjanji akan berpegang kuat kepada fahaman sosialis. Maka tidak hairan,
pada Ogos 1966, ultra kiasu menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan
buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa, Zurich,
Switzerland. Saya ingin bertanya PAS, kenapa tidak mengkafirkan Melayu dalam
parti ini? Kenapa UMNO yang dijadikan sasaran untuk dikafirkan. Yang jelas
kafir, tidak dikafir. Yang tidak kafir dikafirkan. Adakah ini wajar?
Ketujuh, yakinlah, jika gadis ini menang dalam PRK
Teluk Intan, beliau akan menjadi alat ultra kiasu. Wakil ultra kiasu kafir
tidak perlu lagi menentang agenda Islam di parlimen, kerana wakil Melayunya
telah ada. Beliaulah yang akan menjadi paling lantang menentang hudud PAS yang
akan dibentangkan di Parlimen. Apakah wajar PAS begitu ghairah untuk mengundi
calon ini.
Saya harap pengundi-pengundi Islam tempat saya
bersekolah, dapat membuka mata. Ingatan saya kepada pengundi PAS, menang atau
kalah, BN tetap memerintah. Jangan korbankan prinsip semata-mata nak menjaga
rakan sepakatan walaupun amat jelas mereka ultra kiasu, musuh Islam. Apakah PAS
masih mahu bertahaluf siyasi, tidak salah mengundi gadis yang tidak berkelubung
ini, yang secara jelas menentang agenda PAS sendiri? Apakah PAS akan memberi
alasan untuk berdakwah kepada gadis ini? Atau mungkin ada teringin untuk
mengoratnya bagi dijadikan isteri. Sama-sama kita lihat.