Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, June 30, 2014

Tanpa Allah, Kristian Tidak Rugi

10:26 AM Posted by RIDHUAN TEE 62 comments
Sinar Harian 30 Jun 2014

Keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah telahpun diketahui.  Masih ramai yang tidak berpuas hati terutama di kalangan ultra kiasu. Saya masih tertanya-tanya apakah tanpa menggunakan kalimah Allah, mereka akan menanggung kerugian yang besar?  Sedangkan selama ini, mereka tidak pernahpun menggunakan kalimah, kecuali kalangan mereka di Sabah dan Sarawak.

Hairannya, yang bersungguh-sungguh mahukan kalimah ini adalah kalangan mereka yang berasal dari Semenanjung. Kenapa ya? Mari sama-sama kita cari jawapannya, agar tidak tertipu dengan strategik licik ultra kiasu ini. 

Kesungguhan ultra kiasu ini adalah perancangan licik untuk merosakkan akidah umat Islam yang sedang goyah hari ini. Jika mahu sangat berdakwah mengenai agama Kristian, mari berdepan dengan saya. Ultra kiasu tersebut boleh berceramah mengenai Kristian, berjam-jam lamanya, saya ingin mendengar. Selepas itu, bagi pula saya peluang untuk mendakwahkan Islam kepada mereka. Persoalannya, kenapa mereka tidak berani berdepan dengan orang Islam yang kuat akidahnya? 

Saya yakin, target mereka adalah umat Islam liberal dan goyah akidahnya. Kumpulan ini mudah didekati dan mudah terpengaruh. Sebab itulah, mereka begitu bersungguh-sungguh mahukan kalimah Allah digunakan bersama.

Bertambah licik lagi, kini, setelah mahkamah menjatuhkan keputusan, mereka begitu berani mengatakan, larangan penggunaan kalimah Allah hanya untuk majalah Herald sahaja. Untuk majlis dan kegunaan lain, tidak ada siapapun boleh menghalang. Nampak atau tidak!

Kenapa saya katakan Kristian tidak sedikitpun rugi atau kehilangan apa-apapun jika tidak menggunakan kalimah Allah? 

Pertama, kenapa perlu berebut kalimah Allah, sedangkan selama ini langsung mereka tidak pernah gunakan? (Maaf, saya hanya rujuk ultra kiasu di Semenanjung, bukan di Sabah Sarawak). Rujuklah ‘khutbah’ dan ceramah mereka sebelum ini. Lagipun, sebutan Allah tidak pernah betul. 

Kedua, dengan Kristian beralah, prasangka umat Islam kepada mereka selama ini akan menjadi kendur? Keadaan ini, baik untuk perpaduan nasional. Tidakkah selama ini pihak Kristian selalu mendakwa, bila orang sepak pipi kiri, tidak perlu balas, malah bagi pula pipi kanan. Justeru, mengalahlah. 

Fahamilah sensitiviti orang Melayu. Melayu yang saya kenali dan fahami amat sensitif dengan agama, walaupun mereka tidak beramal dan tidak kuat semangat jihadnya. Begitu juga dengan orang India yang beragama Hindu. Isu agama pada mereka amat sensitif. Misalnya, jika orang Hindu amat memuliakan lembu, kita perlu faham sensitiviti mereka. 

Tetapi bagi ultra kiasu, terutama kalangan orang Cina, agama tidaklah terlalu penting. Pada mereka, ekonomi yang paling penting. Tanpa agamapun tidak menjadi masalah. Sebab itu, kita lihat dalam keluarga Cina, ada berbagai agama di dalamnya.

Peliknya, bila Cina atau India masuk Kristian, mereka menjadi ultra kiasu. Pasal apa? Sebab, mereka sudah tidak ada kerja lain. Mereka sudah didogmakan untuk mendakyahkan agamanya dalam apa jua keadaan.

Sebab itulah, hari ini, yang begitu berani tampil ke hadapan adalah ultra kiasu dari Semenanjung yang memeluk Kristian. Mereka di Sabah Sarawak, relaks sahaja. Kenapa? Selama ini mereka sudah menggunakan kalimah Allah.

Ketiga, banyak lagi nama Tuhan yang selalu mereka gunakan selama ini seperti God, Lord, dan sebagainya. Tambahlah nama-nama lain, tiada siapa yang larang. 

Keempat, jangan banding dengan negara lain, kerana undang-undang dan cara hidup mereka berbeza dengan Malaysia. Fahamilah kehidupan orang Melayu. Mereka dahulu adalah Buddha-Hindu, termasuk juga fahaman anamisme. Selepas Melayu memeluk Islam, disebabkan oleh kepercayaan dan ketaatan mereka kepada raja, semua Melayu pakat-pakat Melayu Islam. 

Selepas itu, Melayu tidak lagi bertukar kepada agama lain, walaupun penjajah menjajah dan mendakyahkan agama Kristian. Kenapa Melayu tidak terpengaruh walaupun persekitaran ketika itu tidak Islamik dan terdedah kepada dakyah Kristian seperti sekolah missionari dan sebagainya?

Jawapannya, mudah, Islam sudah sebati dan menjadi darah daging orang Melayu. Dengan Islam jugalah, Melayu berubah, menjadi lembut dan lebih bertolak ansur serta berlaku adil.

Atas sifat ini jugalah Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu menjadi warganegara di sini dengan bilangan yang amat besar tanpa banyak soal. Perkara ini tidak pernah berlaku di negara lain. 

Di negara lain, golongan berhijrah terlalu sedikit, berbanding Tanah Melayu. Kenapa jadi sedemikian? Islam telah mengetuk pintu hati Melayu supaya menghargai dan menghormati makhluk ciptaan Allah berbilang bangsa.

Kelima, apakah Kristian akan meniadi kurang Kristiannya, jika tidak menggunakan kalimah Allah? Jawapannya, tidak.

Akhirnya, cubalah fahami isi hati  Melayu. Melayu yang saya kenali amat memahami orang lain. Sebab itu, orang lain boleh hidup senang lenang di sini. Namun, jika kita terus mencabar Melayu dan sensitivitinya, saya amat bimbang, Melayu akan bangkit dengan garangnya. Itulah yang dinamakan MENGAMUK.  

Monday, June 23, 2014

Selamatkan Melayu sebelum terlambat

8:24 AM Posted by RIDHUAN TEE 64 comments


(Sinar Harian 23.6.14)

Sebagai salah seorang umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus melayu. Melayu tidak sehebat bangsa lain yang datang berhijrah. Melayu lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, dalam bidang pekerjaan, Melayu sudah tidak mahu lagi menceburkann diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar, tukang cuci dan sebagainya. Semua itu tidak glamour. Buruh asing sudah lebih 3 juta mengambilalih tugas Melayu.

Kedua, dalam bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur dari program realiti bintang kecil sampai bintang tua. Tidak berhenti-henti menyanyi walaupun sudah tidak bergigi. Semua program realiti akan berakhir pada bulan Ramadhan, kerana pada kefahaman kita, bulan ramadhan bulan ibadat, bulan lain bulan berjahat. Kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, dalam bidang politik, kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Kita tidak sedar atau mungkin sedar, kita hanya ada 50%. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah. Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU 14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas, sumbang mahram dan sebagainya. Bukan bermakna bukan Islam tidak  melakukannya. Merekapun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 38 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, kita lemah dalam bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70% dikuasai oleh bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di lamam sosial, cap masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Kenapa kita benarkan ultra kiasu menggunakan cap atau jenama masjid atau nama-nama ‘Islamik’ yang lain. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak. Begitu juga pendedahan aurat yang sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta. Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan. Ini tidak, terbelah (tertonjol) sana (dada), terbelah sini (singkat). Lebih menjengkelkan bila orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen tv tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Kenapa terlalu banyak rancangan hiburan? Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya? Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Red carpet dibuat pada waktu maghrib, make-up atau solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis-artis ini bersolat zohor, asar dan maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandaraya kita hidup 24 jam? Di negara barat, boleh dikatakan bandaraya mereka senyap sepi apabila menjelang malam. Bandaraya kita hidup 24 jam tanpa henti. Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini? 

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini.  Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr. Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjamaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu. Namun, jika kita asyik tuduh Cina dan India. Kita tambah dengan Kadazan dan Iban. Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.

Sunday, June 22, 2014

Alahai DNA Babi, Anjing dan Dakwah!

8:37 AM Posted by RIDHUAN TEE 6 comments


(Berita Harian 16.6.14)

Nampaknya perbahasan babi masih tidak habis. Minggu lalu saya sudah cadangkan jauhi sahaja kedai ultra kiasu yang sengaja memasukkan najis babi bagi tujuan mengaut keuntungan dan merosakkan hati umat Islam.

Alasannya, kita ada pilihan kedai orang Islam yang terjamin halal. Cuba lihat pembuatan bihun di kilang ultra kiasu seperti yang tersebar dalam laman sosial baru-baru, cap masjid lagi. Betapa jijik dan kotornya. Mereka hanya fikirkan untung. Justeru, belilah bihun orang Islam. Begitu juga produk lain, jika ada pilihan.

Apapun perlu diingat, babi itu tetap makhluk Allah, bukan jadian syaitan. Kita dilarang makan, tetapi sifat dan rupa babi sebagai makhluk Allah mesti dihormati. Jika tidak, kita mengeji kejadian Allah ini. Kufur jadinya.

Tidak mustahil babi akan mengadu kepada Allah, “adakah aku dijadikan untuk dikeji dan dihina”. Ingat! Semua makhluk yang dijadikan Allah adalah untuk kita. Kita akan diuji dengan makhluk-makhluk ini, tidak kira sama ada ia halal atau tidak.

Apatah lagi, kita tinggal dalam masyarakat berbilang kaum. Untuk mendapatkan 100% halal memang sukar. Duit yang kita pegang berlegar-legar di kedai babi, sampai kepada kita, kenapa kita tidak samak duit tersebut?

Apakah selepas ini kita perlu memandang kepada lalat dan berkata, pernahkah lalat ini hinggap di kedai babi. Jika pernah, maka kita akan buru dan bunuh lalat tersebut kerana takut terkena pada badan dan makanan kita.

Saya masih teringat ketika pergi ke sebuah pasar, ketika itu kedai babi dan kedai ayam berdekatan, bagaimana pergaduhan berlaku, hanya kerana lalat dari kedai babi terbang ke kedai ayam. Kita tidak boleh terima sama sekali jika terkena babi. Hatta memandang babipun tidak mahu. Hina sungguh babi.

Begitu juga dengan darah dan organ yang didermakan oleh bukan Islam. Adakah kita perlu mengamak benda itu, sebelum dimasukkan ke dalam badan orang Islam. Adakah sampai ke peringkat menukarkan darah? Naif sungguh kita. Kenapa kita tidak menyamak udara yang dihembuskan oleh babi dan bersin babi? Adakah mampu untuk kita mengasingkan udara dan bersin yang keluarkan itu?

Sama juga dengan isu anjing. Apakah salah atau berdosa besar mereka yang memelihara anjing?

Anjing wajib dibela, jika hanya anjing sahaja yang boleh membantu keselamatan negara, mengesan jejak orang jahat, pembunuh, perogol, penagih dadah dan sebagainya.

Zaman dahulu orang Islam membela anjing bagi tujuan menjaga kebun, perburuan dan menunjuk arah (kompas). Artikel ini bukan bertujuan atau menggalakkan orang Islam memelihara anjing. Tetapi jangan kerana anjing dan babi, putus tali silaturrahim.

Malah, Hassan al-Basri mahukan kita meniru 10 sifat anjing. Kenapa bukan binatang lain untuk kita tiru seperti kucing yang menjadi binatang kesayangan kita? Antara sifat mulia anjing; pertama, anjing tidurnya amat sedikit, banyak berjaga pada waktu malam. Kiasannya, kita perlu berjaga malam untuk sujud kepada Allah. Kedua, anjing tidak tidur di tempat tinggi atau lebih tinggi dari tuannya, tetap tidur ditempat rendah, begitu sifat manusia yang tawaduk dan rendah diri.

Ketiga, anjing apabila disuruh, dia akan ikut kata tuannya. Begitu juga kita sebagai pelajar, ikutlah kata guru yang benar ajarannya. Keempat, anjing tidak merajuk jika dimarahi dan dipukul oleh tuannya, malaah akan kembali semula. Begitulah juga kita yang ingin mencari ilmu. Jangan mudah merajuk atau terasa hati, bila dimarahi atau mungkin dipukul sedikit.

Kelima, bila anjing berlari ke depan, dia akan terus bergerak ke hadapan, tidak berpatah balik. Begitu juga dengan kita, jangan mudah berputusa asa, majulah ke hadapan. Keenam, anjing sentiasa lapar, jarang makan sampai kenyang terbelahak. Begitulah juga manusia, lapar akan sentiasa mengingatkan diri kepada Allah, puasa adalah iktibarnya.

Ketujuh, anjing tidak ada tempat tetap, sentiasa berpindah randah. Itulah sifat kita semua sebagai da’e dan pendakwah sentiasa bergerak untuk menyebarkan syiar Islam.

Kelapan, bila anjing mati, tidak ada apa yang ditinggal atau diwarisi. Kiasannya, inilah sifat zuhud. Jangan terlalu tamak mengumpulkan harta sehingga melupakan orang lain. Kesembilan, jika tempatnya diambil orang orang lain atau diletakkan benda lain, anjing tidak berebut atau bergaduh atua berdendam, sebaliknya akan berpindah ke tempat lain. Inilah sifat hamba yang redha dengan bahagiannya.

Kesepuluh, jika diberi makan, anjing akan makan. Jika tidak hanya memandang dari jauh. Inilah sifat manusia yang perlu ada, redha dengan bahagiannya. Justeru, perlukah kita memandang hina pada makhluk yang begitu mulia sifatnnya ini?

Sebab itulah, tindakan kita perlu berhati-hati agar tidak merugikan dakwah. Saya masih teringat, ketika mula memeluk Islam, ada yang mencadangkan supaya apabila balik ke rumah ibu bapa saya, maka seluruh rumah dan peralatan perlu disamak.

Kita terlalu sensitif dengan DNA babi, tetapi kenapa dalam soal rasuah, judi, arak, zina, hiburan melampau dan sebagainya, kita memandangkan ringan. Ingat umatku! babi ciptaan Allah. Suka atau tidak, kita perlu menerimanya dengan penuh hikmah. Cuma berhati-hatilah.

Sedangkan perbuatan rasuah, judi, zina, riba, arak dan lain-lain itu, adalah ciptaan kita. Jelas haramnya dan lebih haram dari babi dan anjing. Kita yang sengaja mewujudkan walaupun diharamkan oleh Allah. Kita tahu, ia dosa besar, tetapi kita tetap melakukannya. Mana lebih besar dosa antara menghina (termasuk termakan) babi, berbanding dengan melakukan perbuatan terkutuk itu. 

Jika tidak ada pilihan, pilih antara dua, antara makan babi dengan makan hasil rasuah, judi, arak, zina dan riba, saya rela makan babi. Dosa makan babi, dosa individu. Sedangkan perbuatan terkutuk itu, bertali-temali, melibatkan ramai manusia.

Terfikir juga saya ketika itu, apakah Islam begitu sukar sekali sebab apa yang saya pelajari, Islam itu mudah. Misalnya, dalam apa jua perkara seperti ibadat, kematian, perkahwinan (nikah) dan sebagainya, begitu mudah.

Kita tidak perlu berbelanja untuk membeli patung untuk bersolat. Mengadap sahaja ke arah kiblat, maka bersolatlah kita. Begitu juga belanja mengkebumikan mayat. Jika simati itu tidak meninggalkan satu sen pun. Menjadi fardu kifayah untuk kita semua kebumikan secepat dan seringkas yang mungkin. Sama juga nikah kawin, tanpa apa-apa hantaran pernikahan boleh dijalankan jika cukup syarat.

Sebab itu, sudah lama saya mencadangkan, agar kajian dilakukan, bagaimana pendekatan mazhab boleh digunakan bagi memudahkan dakwah berjalan.

Misalnya, soal samak apabila terkena najis babi, mazhab lain selain shafie, agak ringan pendekatannya. Tidak perlu menyamak dengan air tanah. Cukup sekadar dengan air biasa. Perkara ini perlu dibahaskan dengan ilmu dan kajian, bukan dengan emosi. Apatah lagi untuk memperlekehkan pandangan ulamak seperti Yusuf al-Qaradawi. Siapakah kita berbanding beliau?

Bayangkan ditakdirkan suatu masa nanti, kita menghadapi masalah air, ketika itu, air kumbahan akan diproses menjadi air bersih. Apakah kita mampu mengasingkan air najis babi, tahi, kencing, bangkai dan sewaktu dengannya? Sudah tentu tidak. Inilah yang dimaksudkan oleh ulamak tersebut dalam Majlis Fatwa Eropah dan Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Maghribi 1997. Justeru, berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan.

Monday, June 16, 2014

Apa yang adil dan tidak adil?

8:51 AM Posted by RIDHUAN TEE 34 comments


Hari ini 2 artikel saya diterbitkan, 1. Sinar Harian, 2. Berita Harian. Saya akan paparkan artikel Berita Harian selepas ini
 
(Sinar Harian 16.6.14)

Paderi ultra kiasu berkata, generasi hari ini dan akan datang semakin hilang kepercayaan kepada Putrajaya kerana gagal menyelesaikan banyak isu berkaitan agama dan kaum. Kewujudan kumpulan yang digelar ekstremis (Islam), melalui ceramah perkauman (rasis), tidak diambil tindakan sewajarnya.

Paderi ultra kiasu ini merujuk kepada cara pihak berkuasa menangani isu seperti  kalimah Allah, rampasan bible bahasa Melayu, penganjuran Seminar Kristologi di UiTM, perebutan mayat (yang jelas Islam), ‘serbuan’ ke atas majlis perkahwinan Hindu dan sebagainya.

Misalnya, tindakan JAIS ke atas majlis perkahwinan pasangan Islam dan Hindu. Mereka gunakan perkataan serbu, sedangkan JAIS berkata ia pemeriksaan biasa.

Apakah mereka tidak baca atau sengaja tidak mahu ambil kedudukan istimewa Islam dalam perlembagaan? Sebarang ancaman terhadap Islam tidak dibenarkan oleh perlembagaan. Titik. Inilah hakikatnya. Faham!

Pendek kata, segala tindakan kita yang tidak menyebelahi mereka, itu tidak adil. Manakala, respon atau tindakan mereka secara agresif terhadap kita, maka itu adalah adil, seadil-adilnya.

Contoh lain, apabila Perdana Menteri menyaman laman web ultra kiasu. Semuanya itu tidak adil. Tetapi apabila ultra kiasu menyaman akhbar Melayu dan stesen TV seperti RTM dan TV3, itu semua adil. Pemikiran rimba mana yang kita amalkan.

Satu lagi, apabila Majlis Peguam yang mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, mengkritik kerajaan dan sistem perundangan negara ini, bertindak seperti parti pembangkang, tidak pula ditegur dan dikatakan ekstremis.

Peliknya bila sesuatu berpihak kepada mereka, mereka diam, tidak dipuji kitapun. Tetapi apabila sesuatu isu berpihak kepada Islam, yang mengikut kehendak perlembagaan, maka itu didakwa sebagai ekstremis.

Saya amat bersetuju dengan cadangan bahawa sudah sampai masanya kerajaan meneliti badan ini dan menghadkan kuasa badan-badan tertentu supaya tidak terlalu kurang ajar.

Badan ini selalu mendakwa mereka mewakili semua pengamal undang-undang (seramai lebih kurang 14,500. Sedangkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan, hanya setakat lebih kurang 2000 peguam sahaja yang hadir untuk memilih pimpinan mereka.

Secara kebetulan, saban tahun yang aktif hadir adalah peguam ultra kiasu, maka tidak mustahil yang terpilih adalah kalangan ultra kiasu. Maka, bersekongkollah mereka.

Saya amat mengharapkan kita semua jangan terlalu bersangka baik apabila berhadapan dengan musuh Islam atau ultra kiasu. Aplikasikan pemikiran strategik tentera. Terlalu bersangka baik akan merugikan kita dan ultra kiasu semakin memijak kepala kita. Ingat kata-kata ini, you must have doubts about everything.

Napolean Bonarparte pernah berkata, read and re-read deeds of the great commanders, that’s the only way to learn the art of war...the leader who has qualities  and marital like fine judgement, courage and resolution  must see the problem with his own eyes and must listen with his own ears. Commanders who sees through other people’s eyes cannot command an army that he supposed to command.

Walaupun kita dituntut untuk bersangka baik, tetapi kepada musuh-musuh Islam seperti ultra kiasu, kita perlu ada rasa ragu.

Inilah strategi yang dipraktikkan ultra kiasu selama ini terhadap kita. Sebab itu, apa jua tindakan kita, tidak ada langsung kebaikan di sisi mereka.

Kita selama ini sudah terlalu baik. Lihat bagaimana kita membenarkan mereka membina gereja terbesar di Asia di Bukit Jalil, dengan bilangan penganut Kristian yang terlalu sedikit lebih kurang 10 peratus. Ini tidak termasuk gereja-gereja di setiap negeri, daerah, kawasan, rumah kedai dan kampung orang Asli.

Jika adil itu adalah seorang sebiji atau sama rata dan sama rasa, sudah tentu orang Cina yang berfahaman Buddha Konfucius dan Taoism lebih berhak, kerana kedudukan mereka banyak melebihi 20 peratus.

Tetapi kita tidak mempraktikkan semua ini. Kita bagi kebebasan seluas-luas. Cuba lakukan perkara yang sama di Singapura. Baru kita tahu, beruntung atau tidak tinggal di sini.  

Saya ingat kata-kata,  10% of conflicts are due to difference in opinion. 90% are due to wrong tone of voice. Apa yang berlaku hari ini kita berikan kebebasan kepada 90% suara-suara sumbang menyuarakan hak mereka. Akhirnya, kita sendiri tertekan.

Gunakan strategi Roy H William berkata, a smart man makes a mistake , learn from it and never makes that mistake again. But a wise man finds a smartman and learns from him how to avoid the mistake altogether.