Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, June 02, 2014

DNA babi dan ultra kiasu

9:13 AM Posted by RIDHUAN TEE 27 comments


(Sinar Harian 2 Jun 2014)

Analogi badminton saya digunakan ultra kiasu sepenuhnya untuk menyerang peribadi saya habis-habisan, sedangkan artikel tersebut telah dihantar kepada Sinar Harian seminggu sebelum Piala Thomas. Saya pun tidak tahu Malaysia masuk final, kecuali pada hari tersebut. Saya hanya respon kepada artikel seorang editor yang menyerang saya.

Ultra kiasu menelanjangkan segala latar belakang dan kelemahan saya. Ada yang menuduh saya menyokong Jepun. Ada aku kisah! Janji, saya kenal diri, tahu arah tujuan dan matlamat hidup di bumi tercinta ini. Buatlah apapun. Saya serahkan segalanya kepada Allah SWT.

Sejak dahulu lagi saya berpesan, jangan percayakan ultra kiasu, yang saya rujuk kepada mereka yang menentang Islam dan sentiasa mahu menang. Kita terus bersangka baik. Hari ini mereka memasukkan babi dalam makanan kita (coklat).

Apa tujuan mereka? Tidak sengaja melakukannya? Mereka sengaja mahu menghitamkan hati kita semua agar tidak sensitif lagi dengan Islam. Selepas itu, mudahkan mereka memasukkan jarum jahatnya itu. Akhirnya kita bertelingkah sesama sendiri. Mereka menangguh di air keroh.

Kita mesti bertegas, tanpa kompromi lagi. Tidak perlu bakar kilang ini seperti mana cadangan ekstrim sesetengah pihak. Tarik balik lesen. Tutup kilang coklat ini. Malaysia tidak akan bankrap jika mengambil tindakan ini.

Perkara ini amat penting untuk dijadikan pengajaran kepada syarikat lain. Jika tidak, pasti ultra kiasu akan menjadi lebih berani. Saya bimbang, hari-hari nanti, kita makan babi, walaupun bukan dalam bentuk babi sebenar.

Sebab, rata-rata ultra kiasu adalah pengeluar, kita pula adalah pengguna. Pendek kata, selagi mana kita bukan pengeluar, selagi itulah sukar untuk mendapat makna halal sepenuhnya. Halal bukan hanya soal babi, tetapi juga soal kebersihan dan kesuciannya, termasuk tahap keracunan. 

Misalnya, di Singapura, ultra kiasu amat berhati-hati menyalurkan makanan mentah kepada rakyat di sana. Kadar racunnya (pesticides) pada tahap minimum, kerana mereka tahu, ia akan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan di sana.

Kita di sini lain pula. Ada ditemui, kandungan racun begitu tinggi. Maknanya, ultra kiasu beri yang terbaik kepada ultra kiasu Singapura. Kita diberi racun agar cepat mati dan menderita sakit.

Saya setuju dengan respon bekas mufti Perlis, Dr Maza, bahawa dosa termakan babi tidaklah sebesar makan rasuah, riba dan lain-lain. Saya tambah, tidak berdosapun jika tidak sengaja termakan, sebab tidak tahu. Itulah jawapan saya selepas insiden ini, kepada setiap persoalan yang ditanyakan. Amat kelakar sekali ada yang berpandangan, kita perlu meminum air tanah untuk menyamak perut.

Malah, saya kata, dari segi dakwah, tidak perlu samak sekalipun jika terpegang najis ini, kerana samak adalah persoalan mazhab. Malu juga kadang-kadang apabila kita membeli rumah atau kedai bukan Islam, kita samak seluruh bangunan untuk mendapatkan ‘kesuciannya’. Publisiti dibuat secara besar-besaran, sehingga mempamerkan bahawa agama Islam ini ‘menyusahkan’.

Bayangkan saudara baharu yang baharu sahaja memeluk Islam, kita suruh dia balik ke rumah ibu bapa dan bertindak menyamak seluruh rumahnya. Implikasi terhadap dakwah terlalu besar. Islam itu mudah.

Kita begitu bersungguh-sungguh soal samak, tetapi tidak bersungguh dalam perkara haram yang lain, yang lebih besar mudaratnya. Misalnya, fitnah-menfitnah, mengadu-domba, memutuskan tali silaturrahmi, rasuah, judi, riba, arak dan sebagainya.  Ini adalah dosa melibatkan orang ramai dan bertali-temali. Berbanding memakan ata mungkin termakan babi, yang merupakan dosa individu, yang mudah diampunkan Allah jika bertaubat (nasuha).

Hujah ini bukan bermakna kita boleh bertoleransi dengan ultra kiasu yang secara  mengaja memasukkan babi dalam makanan kita. Kepada ultra kiasu yang menyeru kepada perpaduan dan mahu hidup aman damai, kenapa tidak tampil ke hadapan bersama orang Islam mengutuk perbuatan terkutuk ini? Kenapa senyap sunyi? Adakah kerana sekapal? Jangan cakap sahaja pandai.

Ingatan saya kepada umat Islam; Pertama, jangan terlalu teruja dengan makanan yang dikeluarkan oleh ultra kiasu. Carilah makanan umat Islam dahulu dan terjamin halalnya. Sedap ini adalah persoalan masuk ke anak tekak sahaja. Bila masuk ke perut, hilanglah rasa sedap itu.

Saya amat hairan kepada orang Islam, begitu ghairah pergi ke kedai ultra kiasu walaupun tidak ada sijil halal dari JAKIM,seperti kedai yong tau foo, kopitiam yang pernah terjumpa kaki katak, kedai kek campur arak dan banyak lagi. Adakah kita tidak ada pilihan?

Saya tidak akan menjejak kaki ke kedai makanan ultra kiasu jika tidak ada pengesahan halal JAKIM. Tidak kira hebat macam macam manapun. Sama seperti sedap berzina. Hanya seketika sedapnya. Haram tetap haram.

Kedua, berhati-hatilah dengan ultra kiasu. Mereka adalah kalangan yang licik dan busuk hari. Saya tidak kata semua, tetapi segelintir. Mereka tahu kita ada undang-undang halal. Mereka tahu prosedur halal dan mendapat  sijil halal, tetapi kenapa mereka masih lakukan?

Ketiga, berasaskan pengalaman saya yang pernah menternak dan memakan babi sebelum Islam, minyak babi adalah antara bahan ‘terbaik’ penyilat, penahan dan penyedap, berbanding dengan minyak atau lemak lain. Jika ada ada makanan yang berkilat seperti mee, kek dan lain-lain, tidak mustahil telah dicampur dengan makanan haram,

Justeru berhati-hatilah. Tidak siapa menolak keamanan dan perpaduan,  tetapi golongan ultra kiasu yang busuk hati mesti diberi pengajaran. Apakah fenomena Melayu baharu yang bersekongkol dengan ultra kiasu hari ini adalah kaitannya dengan isu ini?







27 comments:

Unknown said...

sy juga sedih bila melihat ramai di kalangan rakan sendiri yang tidak kisah makan di restoran / cafe yang tiada tanda halal...bila ditanya, katanya ramai melayu masuk makanya halal lah...sedih kerana ambil begitu mudah...saya telah dididik dari kecil lagi oleh ayah sy tentang pemakanan..kami sekeluarga amat berhati2 kerana ayah berpesan, makanan itu menjadi darah daging kita..

Anonymous said...

Coklat ada DNA babi ????

Riuh satu negara. Tuduhan kita ultra kiasu berniat jahat mungkin boleh diterima dan mungkin juga tidak tepat.

Saya nak bertanya. Adakah jika kita termakan babi kerana memang kita sungguh2 tidak tahu, akan jadi kafir kita atau akan rosak akidah kita. Lain lah kalau selepas kita dah tahu ada DNA babi masih juga nak baham, maka sah lah rosak akidah kita.

Sekarang kita dah tahu coklat cadbury ada DNA babi, so berhenti lah memakannya. Cari lah coklat yang tak ada DNA babi. Apa masalahnya ?

Masalahnya, siapa yang dapat mengesahkan coklat itu tak ada DNA babi. Adakah JAKIM atau Kementerian Kesihatan ? Dalam kes coklat cadbury ini, siapa yang mengesan adanya DNA babi. Adakah JAKIM atau Kementerian Kesihatan ?

Saya ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN yang bersusah payah nak menyelamatkan umat islam daripada termakan babi. Apa sumbangan JAKIM untuk menyelamatkan umat islam daripada termakan babi ?

Nampaknya JAKIM TAK BUAT KERJA atau JAKIM MASIH TIDUR LAGI. Saya hilang confident terhadap SIJIL HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM bukan kepada produk coklat sahaja malahan meliputi semua produk makanan yang membawa logo Halal JAKIM.

ADAKAH PRODUK YANG MENDAPAT SIJIL HALAL JAKIM ITU HANYA HALAL PADA MASA HENDAK MENDAPATKAN SIJIL SAHAJA ATAU IANYA BETUL2 HALAL PADA BILA2 MASA ?

As a consumer who practice islam in my every day life I HAVE THE RIGHT TO ASK SUCH A STUPID QUESTION TO JAKIM. Am I ?

Dengan kes coklat cadbury ini, kita boleh nampak dan meneka bahawa JAKIM ini check produk untuk sijil halal waktu cadbury buat permohonan untuk sijil halal sahaja. Selepas cadbury dah dapat sijil halal tidak ada pemeriksaan berkala lagi dah. Betul tak JAKIM ?.

JAKIM boleh kata saya berniat jahat serta fitnah. Baik lah, kalau JAKIM ada check produk coklat cadbury secara berkala once in a while selepas pensijilan, KENAPA SAMPAI TERJADI KEMENTERIAN KESIHATAN PULA YANG MENGESAN KEHADIRAN DNA BABI DALAM COKLAT ?????? Maknanya kalau Kementerian Kesihatan tak buat check coklat itu maka selama2nya lah kita orang islam duk baham coklat DNA babi ..... mungkin sampai 7 keturunan.

Jangan salahkan pencuri yang masuk rumah kita kalau kita tidur malam tak kunci pintu. Jangan salahkan ultra kiasu semata2 kerana KALAU JAKIM BETUL2 BUAT KERJA YANG DIAMANAHKAN KEPADANYA tentu tak akan berani ultra kiasu nak buat naya kepada orang islam.

Cadangan saya adalah : LEBIH BAIK SOAL PENSIJILAN HALAL INI KERAJAAN SERAHKAN KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN SAHAJA kerana Kementerian Kesihatan has proven they are many times competence and relaible than JAKIM.

Maaf dari saya .....

Ana Muslim

senangeja said...

Saya sedih lihat keluarga Islam makan di kedai2 kiasu ni walaupun dah terang2 pekerjanya Myanmar bertatu.

Saya sedih lihat sekeluarga Islam seronok bermegah2 dengan barang penuh di troli pasaraya- semua jenama disebatnya dan riak macam orang kaya tanpa tidak sedar sumber makanan yang dibelinya menjadi hidangan anak beranak.

Dulu masuk rumah membuka kasut kerana khuatir najis dibawa sama, tapi sekarang ibarat kasut bertahi dijunjung sama bawa masuk rumah...ia dihidangkan untuk makanan keturunannya.

Anonymous said...

Betul kata Ana Muslim

Negara kita sangat lemah dari segi penguatkuasaan. Undang-undang ada tapi tiada atau sangat kurang penguatkuasaan.

Kalau Jakim ada menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan maka Sijil Halal Jakim tentu tidak akan dipertikaikan oleh Ana Muslim. Seperti Ana Muslim saya juga mulai curiga dan ragu terhadap barang makanan yang disahkan halal oleh Jakim. Saya percaya ramai lagi akan mula was-was dengan tanda halal yang disahkan oleh Jakim pada pembungkus makanan yang berada dipasaran.

Seperti kata Ridhuan Tee hasilan lemak babi itu sering digunakan untuk mengilatkan makanan. Terbayang saya sangat banyak makanan dipasaran yang kelihatan menarik serta berkilat. Mee kuning yang berkilat menjadi pilihan saya dan keluarga. Tetapi pada pembungkusnya ada tanda Halal oleh Jakim. Hendaklah mee itu berkilat bukan kerana minyak babi lah.

Saya mempercayai pendedahan yang dibuat oleh Ridhuan Tee kerana beliau adalah seorang bangsa cina yang biasa makan daging babi dan biasa dengan resipi masakan orang cina. Itulah kelebihan Ridhuan Tee jika dibandingkan dengan kita orang melayu yang menjadi islam semenjak dari dalam perut ibu lagi.

Saya harap ada pembaca lain yang bersetuju dengan saya, tidak ada guna Jakim mengeluarkan Sijil Halal keatas sesuatu makanan jika selepas keluar sijil tidak ada pemantauan secara berkala oleh anggota penguatkuasa Jakim sendiri.

Man Cha Kue Tiaw

Anonymous said...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri i/c agama berkata bahawa ujian sample yang di ambil dari kilang Cadbury tempatan oleh makmal yang terjadual/ di akui telah menunjukkan tiada DNA babi.

Dan Majlis Fatwa Negara telah menghalalkan cokelat Cadbury keluaran kilang tempatan itu.

Dia juga kata komplen dari Kementerian Kesihatan yang memulakan kontroversi ini ada lah bagi sample yang bukan dari kilang Cadbury tempatan dan kajian di buat oleh makmal yang tidak terjadual/ di perakui, yang telah mengatakan ada DNA babi.

Dengan yang demikian, timbul so'al:

- siapa di Kementerian Kesihatan yang bertanggung jawab berkenaan ujian itu,

- apa tujuan membuat ujian itu,

- mengapa tidak mengambil sample dari kilang Cadbury tempatan itu,

- dari mana di ambil sample yang di uji itu dan mengapa dari mereka

- ada kah ini melibatkan sabotaj pihak competitors

- ada kah ultra kiasu yang membuat demikian di Kementerian Kesihatan sebab geramkan sesuatu di pihak Muslimin, saperti isu Hudud.

Ini lah, selagi tidak timbul suatu masyarakat yang bersatu padu dan teguh berdasarkan nilai nilai yang tersemat di Perlembagaan negara, akan timbul keadaan begini dari masa ke masa. Selagi ada puak ultra kiasu saperti Dong Zong yang Presiden nya mahukan "multi-nations within a nation nonsense", susah lah nak timbul suatu masyarakat majmuk saperti itu.

Hamputkan mereka. Jeritkan supaya pihak berkuasa bergerak terhadap menimbulkan suatu masyarakat yang kukuh dan bersatu padu berdasarkan Perlembagaan negara. Contoh nya - mulakan sistem sekolah satu aliran.

maae said...

Sial halal haram ialah soal terpenting penganut Islam. Siapa yang mesti pantau dan beringat ? Sudah tentu diri kita sendiri.

Jakim hanya berkuasa kepada cop halal. Lain nya ? Memang ada SOP tetapi sejauh mana ? Mana rekod JAKIM jika cokelat cadbury tercemar babi? Juga rekod maklumat berkala produk-produk lain. Mana makalah atau risalah panduan mingguan atau bulanan keluaran Jakim ? Jika serius, makalah itu berada di seluruh isi rumah Malaysia. Tiada peruntukan? Cari dan sediakan lah ! Ini semua kerana tidak berfikir di luar kotak ! Malas berfikir. Melayu memang malas membaca, ambil iktibar dan berfikir demi kebaikan ummah ! Lebih rela biarkan kebathilan dan lagho berleluasa !

Kenapa rekod yang di analisa contoh terbaru pula ? Sudah tentu positif bebas procine. Siapa pakar makanan (resepi) di Cadbury ? Mereka ini sepatut nya mengeluarkan lapuran kepada JAKIM untuk di analisa. Main silap mata ?

Sesungguh nya jika umat Islam sudah 'termakan' maka Allah SWT itu Maha Pengampun. Tiada dosa nya tanpa niat dan tidak sengaja. Tinggalkan lah yang meragukan, itu lebih baik. S

Anonymous said...

Setuju 200% dgn ana muslim kerana itulah yg bermain di fikiran saya selama ini. Apa yg harus kita lakukan agar mereka yg di dalam JAKIm pada hari ini ditukarkan dgn mereka yg benar2 boleh membela kita sebagai pengguna beragama Islam?

Saya sudah terlalu penat dan rasa terhina tiapkali memikirkan soal ini. JAKIM sesungguhnya sgt pemalas seolah2 makan gaji buta hingga buta seluruh matahati mereka. Memang sudah menjangka inilah jawapan dan keputusan yg akan kita terima ttg cadbury ini.

Kita pun tidak suka nak menganiaya sesiapa. Byk lg kerja lain kita boeh lakukan dr menganiaya mereka tapi boleh tak JAKIM betul2 jujur dan bersungguh2 dlm menjalankan amanah yg dipikul? Jika tak mampu maka berundur sajalah. Saya percaya ramai lg yg boleh pelihara kesucian pemakanan kita dari terus2an dianiaya, sampai bila?

Kita dah jelak bila dpt tahu telah termakan bangkai ayam dan pelbagai lg makanan yg dicemari babi. Saya percaya JAKIM hanya bertugas secara berkala.

Saya pernah saksikan sendiri dikaca TV suatu masa dulu, seorg org kuat dari JAKIM dgn tanpa rasa bersalah dan muka tebal menyebut lebihkurang begini, "saya rasa macam nilah, agak2 kalau rasa was2 tak payahlah makan", Lagipula katanya JAKIM kekurangan kakitgn utk memantau semua hal.

begitu mudah? Habis apa peranan JAKIM yg sebenar? Kalau tak cukup kakitgn, bukalah lagi jawatan kosong utk itu! Bab soal halal haram bukan perkara yg boleh dipejam sebelah mata dlm sebuah negara yg pelbagai kaum dan ugama ni apalagi boleh dikatakan pemakanan kita dikuasai hampir 90% oleh mereka ini! semudah memikirkan kalau tak was2 - lahaplah, kalau was2 - tinggalkan! bodohnya JAKIM melepaskan tgn berlesenkan perkataan itu! Kurang ajar sgtlah!

Kita tidak boleh larang pengeluar bukan Islam memakan babi kerana itu mmmg favourite mereka pun dan kita harus bersikap adil bila hidup dlm negara sebegini.Sebagai pengguna Muslim saya hanya berharap JAKIM akui saja kalau mmg ada unsur babi dlm setiap pemakanan yg dikeluarkan oleh org kafir dan beritahu pada pengguna Islam secara jujur.

contoh makanan harus diambil dari rak yg telah dipasarkan bukan dari kilang kerana penipuan boleh saja berlaku spt bebas babi pada contoh yg diberi tp sesudah itu hanya Allah saja yg tahu. Penyelewengan sebgini boleh saja berlaku apalagi oleh mereka yg berniaga tidak mengikut kehendak Islam.

dgn menyatakan contoh yg diambil oleh KKM kononnya telah berlaku perubahan/pencemaran hingga timbulnya dna babi adalah bodoh dan meperbodohkan pengguna Islam sendiri. Bg saya itulah kaedah sebenar demi mengelakkan penipuan oleh pngeluar - jgn ambil dikilang tp ambil contoh yg telah dipasarkan.

JAKIm mendakwa KKM tiada peralatan lengkap utk mengesan dna babi maka saya disini mencabar JAKIM supaya sedekahkan satu peralatan lengkap dan khusus itu utk KKM! tak banyak pun, mintak satu saja - demi kebaikan bersama, lagipun JAKIM pernah sebut tak cukup kakitgn kan? "Orang atas" berkenaan pernah sebut yg dia berharap kita sebagai pengguna inilah kena buat laporan baru mereka boleh bertindak. Maknanya mereka bertindak berdasarkan aduan atau laporan. E'eh e'eh e'eh...kalau takder laporan maka mereka selesa utk zzzzz saja?

akhir kata ingin saya luahkan jeritan hati saya,"JAKIM, nak begini sampai bilaaaa!!!!!!"
lesunya tengok lelaki berkopiah dan wanita bertudung menghirup sup di kedai yong taufu dan nasi ayam milik bukan Islam.

TOLONGLAH! TOLONGLAH WAHAI JAKIM, BERTEGASLAH!!!!!

Elias Hj Idris said...

Hari ini, Jabatan Agama Islam menangkap penzina dan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman TETAPI mengapa riba yang menjadi dosa ke-empat terbesar dalam Islam tidak pula ditangkap. Malah, ia dibiarkan berleluasa di semua peringkat.

Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan saku tetapi kita berbelanja mengikut kemampuan kita mampu bayar sebelum kita MATI. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang-hutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan hutang kad kredit.
Semua ini membuatkan KITA MENJADI ORANG TERJAJAH dan bukannya orang merdeka.

Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja SELAMA-LAMANYA untuk membayar hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an.

Dalam khutbah wida, Nabi telah menyatakan larangan riba secara spesifik. Tidak pula ada larangan dosa-dosa lain seperti makan babi, minum arak atau yang lain-lain lagi. Tetapi RIBA itu nabi sebut secara spesifik. Jika ia tidak penting, pasti Nabi juga tidak menyatakannya pada khutbah baginda di Arafah semasa Haji Wida baginda.

Nabi tahu, riba ialah senjata pemusnah SENYAP. Ia telahpun diamalkan oleh orang Yahudi sendiri dalam proses urusniaga jahilliyah sedangkan ia adalah larangan Allah yang dinyatakan dalam semua kitab-kitab Allah dari Taurat sampai kepada Al-Quran.

Hatta, pengharaman riba berlaku dalam Agama Kristian pada Era Medieval tetapi mengapa kini kita sudah tidak merasakan riba itu tidak berdosa sepertimana zina?

Jika kita katakan kita tiada pilihan? Nanti bakal ada yang katakan, mereka yang berzina juga tiada pilihan kerana perkahwinan menjadi semakin sulit? Dosa riba lebih besar dari zina.

Perkahwinan pula untuk mengelakkan zina, tapi berapa ramai pula yang terpaksa ambil loan dengan riba untuk berkahwin?

Anonymous said...

Apa kah cokelat berDNA babi itu di buat oleh kontrekter Cadbury? Apa kah Cadbury ada menggunakan kontrekter bagi mengeluarkan cokelat tambahan?

Jika demikian Cadbury perlu di beri kata dua. Jangan menggunakan kontrekter. Atau membenarkan mana mana kilang mengeluarkan cokelat mereka untuk pasaran Malaysia. Jika untuk pasaran luar negara, tentukan jangan di benarkan keluar di pasaran tempatan sedikit pun.

Amaran saja tak cukup. Ini perkara memasukki barangan haram dalam makanan orang Malaysia yang majoriti nya Muslim. Ynag Perlembagaan Perkara 3 nya menyatakan Islam ada lah agama negara ini.

Anonymous said...

kesilapannya bila status halal boleh diberikan pada pengeluar yg non muslim. mereka hy mahukan untung semata. sepatutnya sijil halal dieksklusifkan pd pengeluar muslim sahaja. halal tu sendiri adalah 'standard' mcm ms iso yg khas utk org islam sahaja. bukanlah nak kata kalau xde sijil maka makanan x halal. tp dgn adanya sijil halal boleh jd contoh kpd pengusaha2 muslim yg lain. umat islam spt difirman oleh Allah adalah umat terbaik dan halal adalah sebahagian ajaran islam yg menunjukkan bhw kita ni umat yg ada kelas. bukan main taram x tentu hala. so minta jakim kaji semula pemberian sijil halal pd pengeluar non muslim. kalau lesen utk bw umat islam pegi haji/umrah pun dikhaskan pd syarikat pelancongan muslim saja, knp sijil halal tidak?

jentayu

Anonymous said...

Salam semua,

Saya amat menghormati saudara seagama kita dr ridhuan. Allah melihat kepada ketakwaan sesaorang, dan bukannya melihat kepada bangsa dan keturunan sesaorang. Siapakah yang paling takwa, Dialah yang di surgakan oleh Allah di kemudiaan nanti. Percayalah.. orang kafir tetap ingin memusnahkan orang islam dalam apa jua segi sehinggalah hari kiamat. Apakah kita percaya dan yakin iaitu produk yang dikeluarkan oleh syarikat / orang islam yang ada di pasaran negara ini adalah bebas semua dari DNA babi ?. Kenapa tidak ??. berapa banyak sumber bahan mentah yang dikeluarkan oleh orang islam berbanding dengan yang dikeluarkan oleh orang bukan islam di dalam negara ini dan di pasaran luar negara ?. Kalaulah "Mee Berkilat " yang sekecil-kecil itu pun, kalau tak berhati-hati boleh kemungkinan ada DNA binatang itu, apatah lagi produk lain yang ada berjuta-2 jenis dipasaran. Apakah kerana kita makan " Mee Berkilat " di restoran Pak Haji islam yang di bekalkan sumber bahan mentahnya oleh Ah chong itu boleh dikatakan halal ?. Kerana alasan pak haji itu adalah orang islam ?. maka apa yang lebih penting ialah kita kena berhati-hati dalam semua tindakan kita dalam memilih makanan yang betul-betul diyakini halal untuk menjadi darah daging kita. itu saja pendapat saya dan sentiasa berdoalah kepada Allah supaya menjauhi dan tidak memakan makanan yang haram biarpun ia disediakan oleh orang islam atau bukan islam. sentiasalah minta doa kepada Allah supaya haramkan diri kita dari memakan makanan @ sumber yang haram. Amin !

Anonymous said...

RT masih belum terjawab soalan, di manakah statistik berkiatan pertukaran agama, oleh gerja mana, dan siapakah paderi terlibat.

Bila nak jawab?

berasiam said...

cadbury pengeluar collat. cadbury mendapatkan bekalan koko dari pengeluar lain. pengeluar koko yang sama juga membekalkan koko kepada nestle dan pembuat coklat yang lain. jika dna babi benar-benar terdapat dalam coklat cadbury, terjaminkah produk coklat yang lain bebas dari unsur yang serupa. ada kemungkinan koko yang digunakan telah tercemar kerana memang amat pasti bahawa pengeluar koko berkenaan dimiliki oleh bukan Islam. titidak dapat dipastikan adakah pengeluar koko berkenaan mempunyai status halal untuk produknya.

kitab Allah menyatakan bahawa jika kita menerima sesuatu berita, hendaklah kita melakukan siasatan supaya kita tidak berlaku zalim, sama ada terhadap diri kita atau pihak lain. dinyatakan juga secara jelas supaya kita menjauhi dari sikap bersangka-sangka kerana sebahagian daripada sangkaan itu adalah dusta. selain itu disebut lagi supaya kita menyerahkan sesuatu urusan kepada yang ahli, dengan kata lain pakar yang mempunyai pengetahuan mendalam serta komitmen yang tinggi.

kononnya ujian makmal kementerian kesihatan menunjukkan wujudnya dna babi dalam sampel produk cadbury yang dianalisis. malangnya makmal berkenaan tidak mempunyai akreditasi, dengan kata lain, tidak layak untuk melakukan analisis sedemikian secara sahih dan boleh dipertanggungjawabkan. banyak persoalan perlu diteliti sebelum menerima laporan tersebut sebagai sahih dan benar. sumber sampel dari mana, kaedah analisis yang digunakan, kaki tangan yang menjalankan analisis, pegawai yang bertanggung jawab dan sebagainya perlu diteliti. setakat ini, terbukti bahawa makmal berkenaan tidak memiliki akreditasi. dari sudut itu, sudah tentu tidak mempunyai kepakaran serta peralatan yang mencukupi untuk melakukan analisis. oleh yang demikian, hasil analisisnya boleh dipertikaikan.

apa yang berlaku sekarang ini, hasil analisis makmal kkm terus diterima sebagai sahih dan benar. sebaliknya jakim dipersalahkan dan dihentam semahu-mahunya. banyak sangkaan dilontarkan termasuk jakim makan gaji buta, rasuah dan sebagainya. jakim tidak mempunyai makmal analisis sendiri tetapi bergantung kepada makmal yang telah diakreditasikan untuk menjalankan analisis. jika jakim sendiri menjalankan analisis, bolehlah diandaikan analisis jakim berat sebelah dan sebagainya. hakikatnya analisis dijalankan oleh jabatan kimia yang mempunyai kepakaran dan peralatan yang mencukupi serta tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu ini. merekalah ahli dalam bidang ini dan harus diberi kepercayaan.

masih was-was. bukankah was-was itu dari syaitan? tidak perlu dipertikaikan integriti jakim kerana sudah pasti mereka menyedari tanggung jawab mereka lebih daripada masyarakat di luar. kalau jakim pun terus dipersoalkan, badan manakah lagi yang boleh kita letakkan kepercayaan untuk menjaga kepentingan umat Islam?

sekadar imbauan, pernah logo halal dipertanggungjawabkan kepada sebuah entiti swasta. pihak berkenaan menjadikan persijilan halal terlalu komersil kerana menjadikannya sebagai sumber keuntungan semata-mata. tidak berapa lama selepas kerajaan bertukar pucuk pimpinan, jakim mengambil alih semula tugas berkenaan. sekarang jakim dihentam atas isu dna babi. mungkin ada pihak yang berminat untuk mengambil alih tugas mengendalikan status dan logo halal daripada jakim semata-mata atas perkiraan keuntungan yang bakal diperolehi. tidak mustahil masyarakat Islam sedang dipergunakan untuk tujuan berkenaan secara tidak disedari.

Anonymous said...

masalahnya ialah jakim hanya akan bertindak atau menyiasat apabila ada aduan. Bila ada aduan barulah nak buat kerja lalu dimana peranan jakim sebenarnya? Gunakanlah kuasa yg ada dgn bijaksana.

sepatutnya apa jua jenis makanan samada yg datang dr negara luar atau pengusaha tempatan harus melepasi pemeriksaan jakim terlebih dulu. Dari situ jakim akan tentukan apa yg boleh dijual kepada umat Islam demi menjaga kemaslahatan bersama. jadi tiada timbul ada peniaga besar kepala. Ada syarat dan undang2 yg wajib dipatuh. Semua kaum mesti saling memahami dan menghormati. Jadi tiada pihak yg akan ketawa sambil berkata, "siapa ckp melayu tak makan babi?"

kita tidak menghalang pengeluar bukan Islam dan masyarakat bukan Islam di negara ini makan babi. Nak makan babi, makanlah. Nak makan makanan tak sembelih pun makanlah, tiada pengharaman utk mereka pun tapi jangan main pukul rata saja meletak tanda halal jakim di situ. Yang itulah yg kita sgt mengharapkan jakim agar lebih tegas dan telus. Bergeraklah tanpa perlu tunggu ada org mengadu selepas teraniaya.

Misalnya selalulah pantau tempat2 penyembelihan ayam terutamanya. Pantau restoren makanan milik bukan Islam yg menjual makanan yg digemari oleh org Islam. Kalau mmg sumbernya haram maka teluslah, jangan buat pejam sebelah mata dan lepaskan pada soal was dgn tak was saja.

pernah kontena yg membawa makanan beku spt ekor lembu/atau mungkin bercampur entah ekor apa lagi dan kepak ayam juga isi ayam kantoi kerana masuk tanpa cukai. Adakah jakim mengambil tahu selama ini dari mana dan siapa pembekal makanan beku tersebut? kemana dan kpd siapa makanan beku itu dijual? (biasanya kedai tomyam adalah pelanggan benda2 ni) adakah ianya disembelih mengikut syarak? Adakah sebarang amaran atau nasihat kpd para peniaga restoren agar lebih berhati2. Adakah peniaga sup ekor lembu, kepak ayam panggang dan sate ayam diberi pencerahan ttg ini didalam ketamakan mencari untung setiap hari?

jakim mungkin tak boleh menghalang kalau pengusaha makanan nak guna juga barang2 yg meragukan kehalalannya ini utk dijual digerainya tapi rakyat mesti diberitahu ttg ini. Jadi kami boleh memilih bukan tertipu.

bersambung...

Anonymous said...

negara jiran spt Singapura sgt menitik beratkan apa yg boleh terjual utk dimakan oleh rakyatnya (sudah tentu tiada keistimewaan utk rakyatnya yg beragama Islam mungkin, cuma yg saya maksudkan tiada makanan murahan/memberi kesan buruk pada kesihatan dibenarkan masuk di sana, kastamnya sgt mengawal ketat ttg ini), tp di sini kdg terasa pihak berkenaan yg diberi kepercayaan dan amanah sanggup memberi sampah utk dimakan oleh rakyatnya terutama kaum muslim. Apa pun jua yg boleh mendtgkan keuntungan pada pihak tertentu semuanya boleh lepas masuk kenegara tanpa memikirkan kesan buruk dibelakang hari. Bukan saja dlm bentuk makanan bahkan wanita utk dilacurkan. Semua pun boleh masuk. sedih sangat. ok soal pelacuran ini tiada kaitan dgn jakim tp ttp melambangkan betapa lemahnya pengurusan agama di negara berdaulat ini. Org2 ugama diatas entah kemana perginya ya. soal ini tidak boleh diserah pada polis dan imigresen semata. Sepatutnyalah org2 ugama ini ada peranan dlm memberi nasihat pada pemimpin termasuk raja akan sebarang perlakuan atau keputusan yg akan dijalankan dinegara ini termasuk soal pembangunan, apa implikasi buruk pada sesbuah keluarga dan masyarakat jika rumah sempit dibina utk keluarga yg besar, org kaya anak sikit duduk rumah gedung, org miskin anak melambak duduk rumah sebesar kotak dgn harga tak munasabah. Tidakkah org ugama ada memikirkan tanggungjawabnya diperlukan dlm soal ini bukan semata2 soal halal haram saja?

saya mengimpikan jakim sudi meluangkan masa jalan-jalan melawat restoren dan gerai makan yg mengupah pendtg asing (kebanyakan bangsa Indon) sebagai tukang masaknya. Dtglah sebagai pelanggan biasa, saksikan sendiri betapa jijiknya cara mereka bekerja dibelakang tabir namun itulah air tgn yg memenuhi banyak perut dikalangan kita. Saya pernah saksikan betapa sayuran dari pasar terus dipotong2 dan terus masuk kuali tanpa dibasuh. Sebuah kedai makan di chow kit pula, seorg pekerjanya sedang mengerjakan cili yg busuk dan lecur yg saya sangkakan sampah bahkan sebenarnya sudah layak ditongsampahkan untuk dimasak. Dipasar borong pula ada diantara mereka mengambil sayuran yg telah diasingkan utk dibuang. Kaum ini sebolehnya tidak mahu mengeluarkan modal tapi hanya mahu mengaut keuntungan semata2. Dan kebanyakan dari kitalah yg memberi keuntungan kpd mereka hingga mereka tak tahu jalan pulang bahkan semakin menguasai byk kawasan milik anak cucu kita, milikki rumah dan tanah lagi. Entah bila kita akan sudi membuka mata. Cari duit dgn susah payah tp kasi makan anak2 dgn sampah, wlp dibeli dari restoren besar2 dan mewah. Makann kotor dan tidak halal adalah sampah dan berekmungkinan bila telah mendarah daging di setiap inci dlm tubuh maka akan melahirkan sampah masyarakat juga. Berjawatan tinggi bertali leher tapi sgt menggemari rasuah.

sudahlah bukan saja tidak memikirkan soal kebersihan, kebanyakan pekerja indonnya suka berpakain ketat nauzubillah, sungguh mencemarkan mata dan jiwa. Sekarg ni seluar sendat melekat merah teletubbies jadi pilihan, sungguh menjolok mata dan melemaskan. Dimanalah maruah mereka tapi kita senyap semuanya seolah2 menghalalkan.

saya mengimpikan sebuah negara yg bebas dari segala sampah kehidupan ini. Demi kemakmuran hidup anak cucu kita dimasa depan.

harap maafkan saya dgn isi hati yg agak bersepah, bercampur aduk dan tidak tersusun di sini, saya hanya seorang surirumah tangga biasa2 saja.

terimakasih saudara RT kerana memberi izin saya menulis di sini.

Anonymous said...

Dulu RT makan babi rasa perangai lebih tenang dan pandai tapi sekarang makan lembu menjadi perangai angin dan bodoh

Anonymous said...

astaghfirullah...anon yg mengutuk diatas tu terlebih makan kancil gamaknya. sayangnya bukan kancil berkaki empat tp kancil beroda empat hihi...

apa2pun agak2lah ya.
kesian saya kpd kamu.

Anonymous said...

11:26 PM,

Awak banyak bodoh lah cakap macam tu. Emak bapak awak tak ajar awak masa kecil. Sekarang dah jadi biadap dan kurang ajar.

Macam Lim Guan Eng biadap, kata Naib Pengerusi DAP Tengku Aziz masa dia cabut keluar dari DAP.

Anonymous said...

4:16 PM,

Awak budak yang sama dengan yang menulis komen 11:26 PM.

Bila nak buat komen yang siuman? Nampak awak macam tak siuman. Pergi lah jumpa doktor pakar sakit jiwa - Psychiatrist. Tentu awak dapat faedah jika buat demikian dan makan pil yang di beri nya. Percaya lah.

Anonymous said...

berasiam kata "kalau jakim pun terus dipersoalkan, badan manakah lagi yang boleh kita letakkan kepercayaan untuk menjaga kepentingan umat Islam?"

Takda badan yang di percayai depa Pakatoon Rakyat, terutama nya ultra kiasu DAP. Depa saja yang perfek, konon nya. Kupra worak depa.

Setiap kelemahan yang pihak lain ada, depa pun ada. Lebih teruk. 5 tahun merintah, macam macam tahi depa keluar di sana sini. Cronyism, corruption, nepotism, dynasty-ism. Kalau 50 tahun dah habis negara ini di jual depa. Cakap tak serupa bikin punya jenis Pakatoon.

Anonymous said...

Tak makan cokelat tak mati ler.

Apa yang heboh sangat ni?

Menteri Agama dan Pengarah JAKIM harus letak jawatan.

Mana pi suara ISMA, JMM dan PERKASA?

eddeved said...

Ustaz, yang haram makan...daging babi aje. Halal makan coklat sebab coklat bukan babi...dna babi tak ada sebut dalam Quran pun tak boleh makan? Dah terbukti disahkan bahawa semenjak zaman Nabi Musa lagi orang tak dibenarkan makan daging babi, dalam Bible dah jelas haram makan daging babi...tak tau laa kalau ustaz takut baca Bible takut nanti dikata mengaku Nabi Isa tuhan pulak kan? Doktor pun dah jelas bahawa daging babi ada sejenis tapeworm yang sangat merbahaya untuk badan manusia...jangan sebab kita benci dengan babi hasbi semua pasal babi kita benci...asal nak maki orang...babi yang kena nista...Tuhan tak jadikan babi tu sia-sia...ada jugak maknanya jadi perumpamaan tentang perangai manusia...tapi janganlah dihina babi sebab dia babi...dia tak mintak jadi babi...kasih sayang tu perlu ustaz...dengan babi pun kena kasih sayang...itu ajaran Nabi segala nabi ustaz...

Cucu Tok Selampit said...

Prof,

Khabarnya LGE tak tahu urus kewangan negeri walaupun dia seorang akuantan kononnya.

Rasanya Cina Pulau Pinang dah disumbat candu dalam air dan makanan mereka hingga tidak boleh lihat betapa teruk pentadiran Lim Guan Eng. Mereka nampak hanya pembangunan kondo dan bangunan saja tapi tak sedar kehidupan rakyat bertambah teruk.

Anonymous said...

Isu DNA Babi

Saya terkilan dengan cara Jakim membuat pensampelan coklat cadbury untuk counter penemuan DNA Babi seperti yang disahkan oleh KKM. Saya lebih yakin dengan cara pensampelan KKM yang nampak telus dan representatif.

Sampel Coklat Oleh Jakim

Diambil dari kilang selepas isu DNA heboh. Soalan saya :

1. Adakah Jakim datang ke kilang ambil sampel secara mengejut ATAU Jakim buat appointment dan tetapkan hari mereka nak datang ke kilang ?

2. Adakah Jakim memilih sendiri sampel yang dikehendakki ATAU sampel telah siap tersedia oleh pihak kilang dan Jakim hanya membuat penandaan sahaja dan kemudian menghantarnya ke Jabatan Kimia ?

3. Adakah Jakim cuba mendapatkan sampel dari pasaran berdasarkan batch nombor sama seperti yang diambil oleh KKM ATAU jika tiada lagi produk coklat itu di pasaran, adakah Jakim cuba mendapatkan sampel daripada sekian banyak coklat yang mempunyai batch nombor sama yang telah disita oleh KKM ?

Saya tidak meragui Laporan Negatif DNA Babi yang dilaporkan oleh Jabatan Kimia terhadap sampel coklat yang dihantar oleh Jakim selepas isu ini meletop TETAPI saya ragu dengan kaedah penyampelan yang dibuat oleh Jakim. Do The Sample Taken Is Representative To The Product That Is Circulating In The Market ?

Sampel Coklat Oleh KKM

Diambil dari pasaran. Tujuan pensampelan adalah untuk penguatkuasaan dibawah Akta Makanan 1983/Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Maksudnya : Kalau ada perlanggaran akan disusuli dengan Tindakan Pendakwaan Keatas Syarikat Cadbury. Untuk pengetahuan anda semua There Is No Shortcut Prosedure When Taking Sampel For Enforcement Purposes AND The Authorised Officer Must Strictly Follow The Prosedure As Have Been Stapulated In The Food Acts/Regulation. DAN Pegawai Berkuasa KKM tidak boleh nak ambil sampel makanan dengan maksud " saja-saja nak test tengok kot-kot ada DNA Babi ".

Harus difahami. Aktiviti pensampelan oleh Authorised Officer KKM adalah For Enforcement Purposes AND Not For Study Or Suvey. Kalau untuk tujuan Study atau Survey tidak lah pegawai KKM itu digelarkan sebagai Authorised Officer Section 3 Food Acts 1983.

Sangat tidak adil menuduh Sampling Officer KKM mungkin telah mencemarkan sampel coklat tersebut dengan DNA Babi. Satu andaian yang tidak berasas (tuduhan liar).

Pada kebiasaannya Sampling Officer KKM akan ambil sampel coklat tanpa membuka pembungkusannya, beliau hanya buat marking the sample and sealing the sample dan akan hantar ke makmal dalam keadaan asal seperti mana ianya dipamerkan untuk jualan. Untuk makluman anda yang mungkin tidak pernah memakan coklat cadbury, cara pembungkusan coklat cadbury sangat cermat dan teliti sehinggakan seekor hama pun tidak mungkin terlepas masuk kedalam pembungkusan itu. Sebab itu saya katakan " Tuduhan Liar " bila ada pihak yang mengatakan Sampling Officer KKM yang menyebabkan coklat itu tercemar dengan DNA Babi.

Bersambung.

Anonymous said...

Sambungan

Jahil teramat, bila ada pihak bertanya Kenapa Pegawai KKM Tidak Ambil Sampel Dari Kilang ? Kenapa Ambil Sampel Di Pasaran ?

Jawapan nya adalah, Kerana Pegawai KKM Itu Hendak Melindungi Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna DAN Bukan Hendak Menjaga Keselamatan dan Reputasi Kilang. Sampel Di Pasaran Adalah Representatif Kepada Produk Keluaran Kilang Pada Bila-Bila Masa. Kalau Ambil Sampel Di Kilang Maka Sampel Itu Hanya Representatif Kepada Produk Keluaran Kilang Pada Ketika Sampling Dibuat Sahaja.

Tindakan Mempertikaikan Akreditasi Makmal Kesihatan Awam KKM (MKAKKM).

Keterlaluan. Nampak sangat pihak yang pertikai itu tidak faham apa fungsi dan peranan MKAKKM kepada keselamatan dan kesihatan pengguna. Nampak sangat pihak yang pertikai itu jahil tentang perlantikan para Juruanalisis yang bertugas di MKAKKM, sebenarnya mereka juga dilantik dibawah Section 3 Food Acts 1983 sebagaimana Authorised Oficer yang mengambil sampel tadi. Sebarang laporan bertulis berkenaan keputusan analisa keatas apa-apa sampel makanan yang dihantar oleh Authorised Officer kepadanya adalah diterima oleh mahkamah sebagai Prima Facie Section 20 Food Acts 1983.

Saya tidak tahu, Dimana Maruah Authorised Officer Terbabit Bila Prosedur Penyampelan Beliau Diragui Dan Dipertikai LEBIH DAHSYAT LAGI Beliau Pula Dituduh Telah Mencemarkan Coklat Itu Dengan DNA Babi ?

Saya tidak tahu, Adakah Selepas Ini Tidak Akan Ada Lagi Perakuan Juruanalisis Yang Dikeluarkan Oleh Juruanalisis MKAKKM Section 7 Food Acts Yang Diterima Sebagai Keterangan Prima Facie Oleh Mahkamah.

Sangat sedih, bila KKM yang pada awalnya mengesahkan sampel coklat itu ada DNA Babi tetapi tidak mempertahankan pengesahan dan kenyataannya, sebaliknya menyalahkan dan mempertikaikan pegawainya sendiri.

Sangat melucukan, bila pegawai Jakim mengaku SOP testing of DNA Babi yang dibuat oleh KKM adalah sama dengan yang Jakim punya. Kalau Dah Sama Kenapa Pertikaikan ?

Akan adil kepada Jakim dan adil juga kepada KKM, Jika Baki Sampel Yang Telah Diuji Oleh MKAKKM Diujisemula Oleh Jakim, Dan Sampel Coklat Yang Diambil Oleh Jakim Juga Dihantar Untuk Diuji Oleh MKAKKM juga.

Yang paling penting adalah adil kepada kami para pengguna muslim supaya kami Boleh Makan Coklat Cadbury Tanpa Was-Was. Tidak Kah Begitu Wahai Jakim ....

Bila KKM Kata Ada DNA Babi DAN Jakim Pula Kata Tidak Ada DNA Babi .... hendak makan coklat pun kami dah tidak berselera lagi.

Pesara Tua

Anonymous said...

ORANG MELAYU ORANG ISLAM MEMBANTU PEMBINAAN TOKONG, KUIL DAN GEREJA

Jangan anda marah saya dan kata saya gila pula. Sila teruskan membaca....

Dulu melayu tak ada kilang mengeluarkan produk Halal, tak ada perniagaan untuk menjual produk Halal. Tapi kini semua itu dah ada. Kalau produk melayu islam dah berkualiti, tak perlu lah kita nak guna produk bukan melayu bukan islam.

Teori mudahnya begini. Bila kita sokong syarikat orang melayu orang islam, syarikat itu hidup dan dapat menyediakan peluang kerja kepada beribu2 anak melayu anak islam, bila syarikat untung banyak, syarikat bayar zakat yang banyak juga, syarikat juga akan beri sumbangan dana untuk bina mesjid, surau dan sekolah agama rakyat, syarikat juga akan menyumbang dana untuk pengembangan agama islam.

Maknanya setiap sen yang kita belanjakan dengan perniagaan orang melayu orang islam akan kembali kepada orang melayu orang islam sendiri dalam berbagai bentuk.

Jadi kalau kita berbelanja untuk produk keluaran bukan islam maka setiap sen kita belanjakan turut membantu mengukuhkan perjuangan mereka dalam apa juga bidang. Kalau mereka minta derma untuk bina tokong, kuil atau gereja mustahil kita nak bagi tapi tanpa sedar kebanyakan kita orang melayu orang islam sebenarnya ada saham dalam pembinaan rumah2 ibadat bukan islam malah kita juga tanpa sedar menyumbang dana untuk pembangunan serta pengembangan agama mereka.

Pilih lah sendiri. Adakah anda nak menymbang dana untuk pembinaan MESJID, SURAU dan SEKOLAH AGAMA atau adakah anda nak menyumbang dana untuk pembinaan TOKONG, KUIL dan GEREJA.

WAHAI ORANG ISLAM, TANPA SEDAR ANDA SEBENARNYA MENJADI PENYUMBANG TETAP DANA UNTUK PEMBINAAN TOKONG, KUIL DAN GEREJA. Cukup lah sekarang ini bilangan Tokong, Kuil dan Gereja sudah melebihi bilangan Mesjid dan Surau. Buktinya bila mereka datang bersembahyang di rumah2 ibadat itu, tak lah sampai melimpah ruah sembahyang di kaki lima macam mana yang dialami oleh umat islam pada setiap kali bersolat Jumaat.

KITA SEBENARNYA MASIH KEKURANGAN MESJID atau KITA ADA MESJID TETAPI TAK CUKUP BESAR UNTUK MENAMPUNG BILANGAN JEMAAH YANG SEMAKIN RAMAI.

Saya sekadar mengingatkan saja. Tolong sedarkan yang lain2 juga.

Ana Muslim

Anonymous said...

RT dulu pernah makan babi jadi darah kau mengandungi DNA babi jadi tak ada peluangan masuk Surga Loh..Tapi masih ada peluang masuk Surga Kafir jika kau bertaubat awal