(Berita Harian 8 Jun 2014)
Kajian selama eksperimen selama 6 bulan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid (2013), pensyarah dari Universiti Malaya membuktikan bahawa kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum Cina dan syarikat Antarabangsa yang jawatan pentingnya dikuasai oleh kaum Cina di negara ini.
Mulanya saya ragu dengan kajian ini. Maklumlah takut diserang. Saya mengambil inisiatif menelefon pengkaji tersebut untuk memastikannya. Alhamdulillah, kajian ini ternyata benar.
Menurut pensyarah tersebut, kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat Cina yang mengiklankan kerja kosong.
Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil dengan kelayakan serupa yang dihantar.
Ternyata di sini, wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan Cina. Kajian mendapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.
Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % dan 4.8% untuk graduan Melayu.
Bagi syarikat Antarabangsa yang dipegang jawatan tinggi oleh kaum Cina menunjukkan, 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga. Manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.
Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Walau bagaimanapun, penemuan mereka turut menunjukkan syarikat Cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.
Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat Cina dan calon Cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan. Jawapan yang diberikan hanya “kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan”.
Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat Cina dan calon Cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan. Jawapan yang diberikan hanya “kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan”.
Menurut Dr Lee, kajian ini tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum Cina yang jelas mendiskriminasikan Melayu, akan menjadikan bangsa Melayu marah akan sikap kaum Cina.
Persoalan saya, adakah keputusan kajian ini tidak rasis? Siapakah yang lebih terbuka? Siapakah yang lebih rasis? Kajian ini membuktikan apa yang saya perkatakan selama ini benar. Peliknya, kenapa seringkali saya dijadikan sasaran dan kutukan? Ohhh bangsaku!
Saya amat mengharapkan kajian ini dapat membuka mata orang bukan Melayu. Alasan yang mengatakan orang Melayu tidak dipanggil kerana mereka sudah ramai berkhidmat dalam sektor awam amat tidak realistik dan sukar untuk diterima.
Hari ini, sektor awam telah dibuka seluas-luasnya. Sehinggakan pengambilan jawatan konstabel polis tidak memerlukan bukan Melayu mendapat kredit dalam Bahasa Melayu (SPM) untuk melayakkan mereka memegang jawatan tersebut. Lagipun, memang sudah menjadi sifat orang Cina tidak mahu bekerja dengan sektor awam disebabkan oleh pakej gaji yang tidak menarik (rendah).
Inilah sifat ultra kiasu yang selalu saya rujuk dalam penulisan saya. Saya tidak melabelkan semua orang Cina. Tetapi kepada mereka yang bersifat sebegini. Saya petik kata-kata saudara Faiz Naaman yang selalu dikecam kerana bersetuju dengan idea saya.
“Saya anti Cina? Anti SEMUA bangsa itu? Seriously? Jika saya kritik Cina atau apa bangsa pun saya akan cuba spesifik kepada kelompok subset dalam golongan itu. Contohnya apabila saya sebut Cina Kafir (yang cenderung kepada Harbi), bermakna Cina jenis itu sahajalah yang saya kecam, bukan Cina jenis lain seperti Cina Muslim atau Cina Kafir Zimmi. Mereka yang sudah lama berada dalam akaun FB saya ini biasanya sudah faham dengan prinsip saya apabila mengkritik terutama apabila menyentuh golongan Cina Kafir Harbi, Cauvinis dan apa yang selalu disebut oleh Prof Madya Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah sebagai ULTRA KIASU ini.
Samalah apabila saya kritik Melayu. Tidak semua Melayu atau keturunan Melayu itu saya hentam. Saya cuba spesifikannya ke arah, sebagai contoh, Melayu Liberal atau Melayu Murtad, bukannya Melayu-Islam secara pukul rata. Kita kritik juga bangsa kita sendiri baru tidak asobiyyah. Kita akui kehebatan serta sisi positif bangsa lain sebagai teladan untuk dicontohi bangsa Melayu. Kita bukan menilai manusia itu dengan ciri fizikal seperti MATA SEPET kerana anak bongsu saya Eusoff pun bermata sepet atau KULIT GELAP kerana datuk sebelah mak saya pun berkulit gelap kerana berketurunan Arab Yaman. Jadi ini bukan soal fizikal, budaya bangsa atau bahasa, ini soal kecenderungan mentaliti serta akidah yang kita patut kritik.
Samalah apabila saya kritik Melayu. Tidak semua Melayu atau keturunan Melayu itu saya hentam. Saya cuba spesifikannya ke arah, sebagai contoh, Melayu Liberal atau Melayu Murtad, bukannya Melayu-Islam secara pukul rata. Kita kritik juga bangsa kita sendiri baru tidak asobiyyah. Kita akui kehebatan serta sisi positif bangsa lain sebagai teladan untuk dicontohi bangsa Melayu. Kita bukan menilai manusia itu dengan ciri fizikal seperti MATA SEPET kerana anak bongsu saya Eusoff pun bermata sepet atau KULIT GELAP kerana datuk sebelah mak saya pun berkulit gelap kerana berketurunan Arab Yaman. Jadi ini bukan soal fizikal, budaya bangsa atau bahasa, ini soal kecenderungan mentaliti serta akidah yang kita patut kritik.
Kata-kata ini ada kaitan dengan surat yang dituju kepada saya dan Abdullah Zaik (Isma) oleh saudara Shamil Norshidi, presiden Kelab Umno US East Coast, tanggal 15 Mei 2014, yang disiarkan laman web ultra kiasu.
Tanpa usul periksa dan mengenali saya, Shamil menyerang dengan memetik kenyataan Gretchen Rubin dalam bukunya, The Happiness Project. Pada beliau, apa yang di negara kita hari ini sudah cukup cantik. Tidak perlu ada orang seperti saya atau Isma yang sentiasa memberikan kritikan dan pandangan.
Saya minta beliau baca kajian ini. Nasihat saya, baliklah ke Malaysia, belajar adat budaya dan cara hidup di sini. Jangan terlalu obses dengan cara hidup barat. Sekadar mengambil kata-kata Rubin, tidak cukup kalau tidak ada input-input Islam dan sejarah Tanah Melayu.
Memang tidak dinafikan ramai orang memusuhi penulisan saya. Bak kata Winston Churchill pernah berkata, "You have enemies? Good. That means you've stood up for something, sometime in your life."
Saya tidak bercakap kosong, tetapi ada faktanya. Bayangkan setelah sekian lama tinggal di negara tercinta ini, masih ramai yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan, apatah lagi untuk memahaminya. Kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Apakah saranan saya agar orang sebegini mencari tempat lain itu salah? Buatlah kajian. Anak muda jangan terlalu emosi. Inilah juga masalah dalam Umno, kurang tarbiyyah ruhiyyah.
Beliau begitu marah bila saya membangkit soal lambakan rumah ibadat. Fahami maksud adil dalam perspektif barat dan Islam. Adil bukan seorang sebiji tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Malaysia adalah seadil-adil negara apabila membenarkan begitu banyak rumah ibadat orang bukan Islam berbanding agama Islam itu sendiri. Pernahkah kita bising apabila masjid dirobohkan bagi tujuan pembangunan, berbanding orang lain?
Beliau juga memetik kata-kata Muhammad Ali,: “Rivers, ponds, lakes and streams - they all have different names, but they all contain water. Just as religions do - they all contain truths.” Kata-kata ini boleh dipetik dalam konteks. Tetapi dalam menganalisis politik Malaysia, kata-kata tidak sesuai wahai adikku Shamil.
Memang kita ada nama-nama yang berlainan. Tetapi rasa air itu juga berlainan. Air sungai, lombong, tasik, dan air terjun, walaupun mengandungi nama iaitu AIR, tetapi sumber airnya dan kandungan mineralnya berbeza. Perbezaan ini perlu difahami asal-usulnya.
Memang kita mahukan persamaan, baharulah wujud 1Malaysia. Tetapi persamaan itu hendaklah berpandukan kepada agama dan sejarah budaya sesuatu bangsa. Pada saya, presiden Kelab Umno US East Coast ini perlu banyak lagi belajar sejarah Melayu dan sejarah agama Islam yang suci ini. Barulah pintu hati tidak tertutup.
Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
18 comments:
ORANG MELAYU ORANG ISLAM MEMBANTU PEMBINAAN TOKONG, KUIL DAN GEREJA
Ana Muslim 12:49 PM, June 08, 2014
betoi kah apa yang hang kata ni. memang murtad plus plus lah kalau ada orang islam pi bagi duit untuk buat tempat sembahyang orang kapiaq.
aku sendiri tak pernah lagi la dengar orang kapiaq minta derma dekat orang islam nak buat tempat sembahyang depa. lagi pun depa kaya kaya belaka, tokey tokey besaq semua orang depa. tak kan lah kerana nak buat tempat sembahyang depa nak merendahkan maruah minta belas kasihan kat orang islam. tapi kalau hang kata orang islam minta derma daripada orang bukan islam untuk buat masjid atau surau, haaaaaaaa yang ni aku percaya ada terjadi sebab minta sedekah ni biasa lah bagi orang islam.
2 Lecturer from UM who do research that totally has no benificial to society.
Anyway, I am not any lecturer or professor. Don't even need to waste any money to do any research and I can tell you if you send in University application for local admission the percentage of Malay with similar or maybe even lower academic qualification will be favoured.
Having 1 malay with a engineering degree and 1 non-malay with same engineering degree; the non-malay probably have been working extra hard to get in the same course. If I am employer, do i employ the one who have been working extra hard or employ the other who has been spoon feed his whole life. Hmm... Points to ponder.
Saudara Ridhuan Tee
Diskriminasi yang diamalkan oleh ultra kiasu adalah wajar, ini pendapat saya sorang2.
Mereka buat begitu kerana hendak menjaga kepentingan anak bangsa mereka. Jika peluang kerja diberi kepada orang melayu secara sama rata, bangsa mereka akan menuduh kilang dan organisasi bisness ultra kiasu mengamalkan " kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kebuluran ". Amalan ini tidak menjadi pakaian kepada bangsa ultra kiasu, tetapi adalah perkara yang biasa kepada bangsa melayu.
Seperti yang pernah tuan tulis satu masa dulu " NASIB MELAYU DI TANAH MELAYU ". Ini lah yang terjadi, melayu yang merupakan penduduk asal pada akhirnya terpaksa menyembah orang yang mendatang untuk mendapatkan sesuap nasi. Malang dan trajedi sedih.
Saya tak menyalahkan orang yang mendatang, tetapi menyalahkan orang melayu sendiri kerana terlalu selesa dengan apa yang mereka ada. Semangat bangsa amat kurang pada orang melayu jika nak dibandingkan dengan semangat bangsa ultra kiasu.
Saya boleh beri bukti betapa orang melayu memang menjadi pendokong utama merealisasikan pepatah " Anak kera disusukan, anak sendiri dibiar mati kebuluran ".
Lihat saja dalam dunia bisness. Perniagaan orang melayu ada berbagai diserata tempat, produk keluaran orang melayu juga ada berbagai dijual diserata outlet. TETAPI adakah mendapat sambutan serta sokongan padu dan jitu daripada orang melayu sendiri ?
Jangan nak menafikan saudara...
" JIKA TIDAK KERANA BABI MUNGKIN KEDAI2 MAKAN ORANG MELAYU PUN TAK BOLEH NAK SURVIVE DALAM PEKAN DAN BANDAR "
Saya tak tahu apakah orang boleh bersetuju dengan saya bahawa....
" SENAJIS-NAJIS BABI ADA JUGA SUMBANGANNYA DALAM MENGHIDUPKAN BISNESS ORANG MELAYU "
Itu lah hikmah dalam isu DNA Babi yang kecoh diperkatakan terkini.
Ana Muslim
Bedebah. Saya fikir pendirian rasis tak terhingga terhadap pemohon Melayu bagi jawatan di syarikat syarikat Cina itu layak di panggil bedebah.
Ultra kiasu. Istilah ini sudah memang tepat bagi mereka yang berpendirian demikian. Apa tidak nya bila mereka sudah dapat hak kerakyatan yang Melayu telah setujukan, sudah dapat kaya raya hingga menjadi yang paling kaya di negara ini, sudah dapat berbagai kontrek di open tender, dan dapat sub-contract hampir kesemua nya dari kobtrek kontrek yang di khaskan untuk syarikat Bumiputera, dari kontrekter kontrketer Bumiputera yang ha nya ambil komisen bagi kontrek tersebut.
Heboh pula, nakkan jawatan di sektor awam bila gaji dan perks di perkhidtaman awam di naikkan. Tapi langsung tak mahu beri jawatan di syarikat syarikat mereka.
Perlu di caci dan di keji berterusan. Jenis "ungrateful ingrate pendatang" yang tidak guna bagi pembangunan negara yang aman dan bersatu.
sayangnya 'roh' islam tidak menyerap kedalam jiwa-jiwa penganut islam tu sendiri,selagi kebendaan dan bangsa yang utama tetapi keutamaan ALLAh semasa terdesak saja baru tersedar... inilah apa yang terjadi, waima ia dari mereka yang terpelajar apatah lagi orang awam.
Ana tetap menyokong tuan...teruskan dengan teguran yang bernas ..
Yusof Qardawi kata DNA Babi Tak Haram - Sinar Harian 9.6.2014
Harussani pula kata DNA Babi Tetap Haram - Sinar Harian 9.6.2014
Pening kita jadinya. Memalukan bila sesama ulamak berbeza pendapat. Maka tertanya2 lah kita Babi Haram ni siapa yang hukum. Kalau Allah yang hukum maka Haramnya Seantero Dunia lah. Tapi kalau ulamak yang mengharamkannya maka jadi lah seperti yang saya baca dalam Sinar Harian tu.
Pi mai pi mai sama lah macam isu Syiah dan Sunnah. Yang kata Syiah sesat dan Sunnah saja yang betul itu, adakah itu hukum daripada Allah atau itu hanya hukum daripada ulamak sahaja.
Maka bersandarkan kepada sinario tadi saya rasa tidak keterlaluan kalau hendak katakan Umat Islam Mustahil Boleh Bersatu Dalam Menghadapi Tentangan dan Cabaran Daripada Musuh Islam.
Ini kerja ulamak lah untuk memikirkan benar atau tidak kenyataan saya tu, sebab saya bukan lah ulamak, I become muslim because I was borned by a muslim women lived in muslim family and brought in muslim environment.
Terima kasih kepada saudara Ridhuan Tee kerana masih menaruh harapan agar Umno dan Pas sama2 bermasabah demi kelangsungan kuasa politik melayu dan islam menjelang PRU14 - Sinar Harian 9.6.2014
Artikel saudara berkenaan PRK Telok Intan sangat bagus. Kita sama2 harap Umno tidak tertipu dengan kemenangan BN di PRK Telok Intan. Whatever it is I do agreed and do recognised ultra kiasu is smart in casting their votes, and I do agreed this kind of character does not exist in the mind of malay voters.
Ana Muslim
Anon 1009am
Jangan cepat sangat nak kata orang " bedebah ". Kalau 1000 kali awak kata " bedebah " kepada ultra kiasu pun tidak akan merubah pendirian mereka.
Kerana saya juga seperti mereka orang boleh berkata beribu2 kali " bedebah " kepada saya namun untuk saya berubah kerana maki hamun dan cercaan orang tidak akan terjadi.
Kalau anda seorang yang berminat mengikuti tulisan saya dalam blog ini anda akan dapati saya seorang yang berpendirian positif dan rasional dalam mendepani karenah puak ultra kiasu. Saudara Ridhuan Tee pun tak pernah menyumpah seranah mereka, saya juga seperti saudara Ridhuan Tee.
Yang penting, kita mahasabah diri, kita analisa diri, dan bertanya diri kenapa mereka buat macam tu kepada kita. Tak guna kita nak ungkit segala kebaikan kita kepada mereka, kerana mereka tidak akan sekali2 mengaku terhutang budi kepada kita dan jauh sekali untuk berterima kasih diatas segala pengorbanan kita kepada mereka selama ini. Silap haribulan boleh malu dan boleh sakit kalau mereka jawab " kami pun tak pernah minta apa lagi paksa lu orang berkorban untuk kami, tapi lu orang sendiri yang mahu berkorban, so kami rebut lah itu peluang "
Saya sengaja bawa tajuk " Orang Melayu Orang Islam Membantu Pembinaan Tokong, Kuil dan Gereja ". Kalau anda nak kata saya gila, SILA KAN.
Nawaitu saya adalah nak sedarkan orang melayu orang islam tentang betapa pentingnya kita menyokong kemajuan bisness bangsa kita sendiri sebagaimana ultra kiasu buat kepada bisness bangsa mereka.
Kalau bisness kita orang melayu dah berkembang, kita ada kilang besar kilang kecil, kita ada syarikat besar syarikat kecil, pendek kata apa yang mereka ada kita pun ada, so isu orang kita nak menyembah2 mengharap kerja untuk mencari sesuap nasi dengan ultra kiasu dah tak timbul lagi. Isu diskriminasi juga dah tak berbunyi lagi sebab kita pun boleh berkata, " elehhhh, lu tak kasi gua kerja dengan lu punya syarikat pun gua tak akan mati tak makan punya la sebab gua senang2 boleh cari kerja di syarikat orang melayu sendiri ".
Dalam keadaan sekarang nampak macam " kalau orang cina tak ambil orang melayu kerja di syarikat mereka ada kemungkinan orang melayu akan mati kebuluran ". Tak malu kah kita, tak rasa terhina kah kita, " bernasib malang di bumi sendiri ", dan ini lah yang pernah ditulis oleh Ridhuan Tee.
Nak maju, nak mundur atau nak lingkup sekali pun bisness orang melayu bukannya terletak di tangan ultra kiasu TETAPI adalah di tangan kita sendiri sebagai pengguna dan pelanggan.
Bisness ultra kiasu maju dan berkembang, siapa yang dengan rela hati memberikan sokongan, adakah mereka paksa kita supaya masuk ke kedai atau gedung perniagaan mereka. Tidak pernah mereka paksa pun. Tetapi kita yang berjubah yang berserban, yang buka aurat yang tutup aurat, yang jahil yang alim, yang tak sembahyang yang tak tinggal sembahyang, dan bermacam2 " yang " lagi lah, kecil besar, tua muda, jantan betina, daripada genarasi ke generasi ... tak jemu2 menghulurkan dana ikhlas untuk menambah bilangan atau membesarkan tokong cina, kuil hindu dan gereja kristian tanpa sedar bila kita membelanjakan sekian banyak wang di bisness orang bukan islam.
Benda ini sepatutnya disedarkan oleh para ustaz yang mengajar agama tak renti2 di seluruh surau dan mesjid. Nampaknya ustaz2 kita pun dua kali lima macam orang2 melayu lain juga.
Maaf kerana saya berpendapat " TAK SALAH ULTRA KIASU MENGAMALKAN DISKRIMINASI DALAM MEMILIH PEKERJA ". Because if I have a business company or factory plant I too will practise Malay First in employment or workers.
Ana Muslim
Alamak, Ana Muslim, awat hang nih?
Aku ingat kita sebaris, tapi hang dok tembak aku, apa pasai. Kan baguih kalo hang tujukan meriam hang kat depa, tak kira lah kena ke tak, ada kesan ke tak. Musuh kita nun di sana, jangan dok lepaih peluru kat barisan sendiri.
Tak payah dok kira lah orang minat ke tak mengikuti tulisan kita dalam blog ini, asaikan hang jangan angkat bakui sendiri, sudah lah nooo. Dan tak payah besyarah kat saya, tujukan kpd depa di sana nun.
Ok, kita setopkan komen antra kita berdua, boleh? Kita tujukan komen kita kapada depa yang tak hormatkan, tak ikut Perlembagaan dsbnya, ok?
Anon 1009am
Saya rajin juga mengikuti isu-isu berkaitan agama islam. Menarik kerana ada perkara yang melucukan.
Agama islam punyai satu sahaja tuhan yang mereka namakan Allah. Allah adalah tuhan mutlak bagi orang islam dan mungkin kerana itu mereka matian membantah bila kristian juga mahu menamakan tuhan mereka dengan nama Allah.
Apa yang lucu. Yang lucunya adalah bila ulamak islam mengeluarkan pendapat yang bertentangan antara satu sama lain.
Isu Syiah dan Sunni
Orang syiah islam, orang sunni juga islam. Tuhan syiah nama Allah, tuhan sunni juga nama Allah. Syiah kata dia paling betul dan ajaran mereka diterima oleh Allah dengan balasan syurga. Sunni juga kata begitu. Tidak menjadi masalah jika syiah kata sunni betul dan sunni juga kata syiah betul. Yang menjadinya lucu adalah bila mereka saling berkata yang engkau punya ajaran tak betul dan tidak diterima Allah, yang betul adalah ajaran aku, kemudian pihak yang satu lagi juga membalas dengan perkataan yang sama.
Siapa sebenarnya yang betul ? Saya mungkin tak terasa kelucuannya jika tuhan syiah itu bukan tuhan sunni, ini tidak, hakikatnya mereka berkongsi tuhan yang sama.
Tidak kah ini sesuatu yang sangat melucukan dan unik tentang agama islam.
Isu DNA Babi
Satu orang ulamak islam kata tak haram manakala satu orang lagi ulamak islam juga kata haram. Mana satu yang betul atau mana satu yang orang islam nak dengar. Seperti dalam isu syiah dan sunni, kedua-dua ulamak tadi bertuhankan satu tuhan juga iaitu Allah. Yang kita tahu hukum haram babi itu datang dari Allah, jadi nampak melucukan bila ulamak ini kata haram dan ulmak satu lagi kata halal.
Dari situ terbit lah pertanyaan dalam benak orang di luar islam, siapa sebenarnya yang mengharamkan babi. Adakah Allah, atau ulamak islam saja memandai-mandai. Teorinya kalau tuhan islam yang mengharamkan babi maka ulamak islam di lautan hindi sekali pun akan tetap mengatakan babi haram biar apa bentuk pun babi itu.
Agama islam memang unik sungguh.
aku sokong bila ana muslim kata orang melayu tolong bina tokong, kuil dan gereja. okay apa, beri sumbangan untuk bina tempat sembahyang boleh dapat pahala. orang melayu memang duk ligan nak kan pahala sebanyak yang boleh.
kalau hang tak mahu pahala itu hang punya pasal lah ana muslim. orang lain nak buat pahala jangan lah hang duk sekat pula. steady la bro.
2:39 PM,
Kamu mengarut atau menghasut (seditious) bila mengatakan agama Islam melucukan.
Perbezaan ada berbagai, di apa apa agama pun. Tapi tidak ada yang melucukan. Kamu boleh di ketuk kepala bila mengatakan begitu - ketuk secara lisan.
Perbezaan di antara puak Sunni dan Syi'ah sudah terakam selama lebih seribu tahun. Di Malaysia, Majlis Fatwa Ngara, yang bertanggung jawab menentukan mana yang sah mana yang tidak di negara ini, telah memutuskan bahawa agama Islam yang di anuti di negara ini ia lah berpandukan kapada Sunnah. Dan Syi'ah di haramkan.
Agama Kristian pun ada berbagai puak atau Mazhab, Protestan sahaja ada 140 Mazhab atau puak puak kecil. Evangelista yang di anuti pengikut DAP ada mangkin banyak puak puak kecil nya. Namun demikian, tiada siapa yang megatakan lucu.
Hati hati lah bila mengeluarkan pendapat, jangan mengguris hati sesiapa sebab agama ada lah perkara sensitif di antara semua manusia.
Tapi, kalau kamu bertujuan jahat, kamu akan di caci dan di keji seboleh boleh nya.
Isu dan kajian apa pun takkan berguna jika pemimpin masih mengutamakan kerusi, kroni dan anak beranak.
Lihat kerajaan yang jatuh. Adakah mereka jatuh kerana hasil2 kajian individu atau mana2 pihak.
Kerajaan jatuh bila rakyat ditekan dan SEDAR yg mereka ditekan. Sekarang rakyat masih dibuai KONONNYA NEGARA MAJU, NEGARA KAYA, BANTUAN RAKYAT SENTIASA ADA, PELABURAN MENINGKAT.
Skarang pun dah nampak bibit2 perebutan duit dan kuasa itu. DUIT MAKIN KURANG, KRONI MAKIN RAMAI. PASARAN PUN MAKIN TERBUKA.
Bila dah habis duit atau tiada lagi pusingan duit hutang nanti barulah rakyat sedar. Tak lama lagi hancurlah pemerintah zalim.
Kajian elok untuk dibuat buku bacaan untuk generas akan datang supaya ia tidak berulang.
Non-Malay company who doesn't prefer Malay employee is considered racist. Those quota that favor Bumiputra is not racist. You guys really top notch.
KK Tan,
You accept and respect Article 153 of the Constitution on the Special Position of the Malays and the Bumiputeras of Sabah and Sarawak, man. The NEP was drawn from and inspired by that Article, you know.
That was and is the consideration or quid pro quo for you people getting citizenship right, you don't know ka?
You know what they say - those who don't accept and don't respect and unwilling to live by the Constitution of the country, migrate lah.
KK Tan,
Based on your comments, I would say that you have a fixed mindset that all Malays are lazy and just waiting to be spoon-fed. In truth, I have met people from various races who are lazy and waiting to be spoon-fed and that includes the Chinese. And I have met Malays who are really hardworking such that they work part-time in restaurants and retail stores while studying because they don't want to burden their parents and they don't feel a sense of 'entitlement' - i.e. waiting to be spoon-fed and they know that not everyone can get scholarships and the course they wanted even though they get great results.
I even work while studying to make ends meet and I don't expect things to be given to me just because I am a Malay. In fact, many of my Malay friends hold two jobs, in which their second job is managing their own businesses such as catering, selling books, clothes, etc. Hence, it is unfair to lump all Malays together as one 'lazy, waiting to be spoon-fed' race. We also know the value of hard work, and most of all, being Muslims, we understand that we must be honest in our work, unlike some people, whereby the end justifies the means. If you see Muslims who are in favour of cheating etc., that is because they do not practise what is advocated in Islam.
Hence, just stop all this stereotyping, OK? Do you like it if we label the Chinese as cheaters, greedy, rude and an opportunistic lot? Although I have met Chinese who have the above traits, there are others who aren't. So, it is not fair to lump everyone under the same category. Do you want to know why I never like to call other races as 'pendatang' and tell them to migrate elsewhere etc.? This is because as a fellow Malaysian citizen, it is not right of me to do so. And basically, as a Muslim, none of the things in this world belong to us humans, as everything ultimately belongs to God.
Just my two cents.
To K.K.Tan,
You ni perasanlah. Tak sedar diri. Kuota bumiputera tu sebab bumiputera tu penduduk asal Tanah Melayu. Kau tu kaum PENDATANG. Sedarlah diri tu sikit! Jgn tamak & ultra kiasa sgt!
To K.K.Tan,
You ni perasanlah. Tak sedar diri. Kuota bumiputera tu sebab bumiputera tu penduduk asal Tanah Melayu. Kau tu kaum PENDATANG. Sedarlah diri tu sikit! Jgn tamak & ultra kiasu sgt!
To K.K.Tan,
You ni perasanlah. Tak sedar diri. Kuota bumiputera tu sebab bumiputera tu penduduk asal Tanah Melayu. Kau tu kaum PENDATANG. Sedarlah diri tu sikit! Jgn tamak & ultra kiasu sgt!
Post a Comment