Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, June 09, 2014

Ultra kiasu ‘menang’ di Teluk Intan

7:37 PM Posted by RIDHUAN TEE 23 comments


(Sinar Harian 09.06.14)

Selaku anak Perak yang pernah bersekolah dan tinggal di Teluk Intan, keputusan PRK Parlimen Teluk Intan, tidak boleh dijadikan asas untuk mengatakan bahawa rakyat telah beralih sokongan kepada BN. Muhasabah dan post mortem perlu dilakukan, jika BN ingin terus mengekalkan parlimen tersebut dan menambah kerusi parlimen yang lain masa akan datang.

Peningkatan undi Cina dan India bukan bermakna, BN boleh bersedap hati. Langkah drastik yang perlu difikirkan adalah kenapa berlaku peningkatan undi Melayu kepada ultra kiasu yang jelas menentang Islam dan mahukan Malaysian Malaysia?

Ketika kempen PRK, saya sempat menemubual beberapa pengundi. Salah seorang daripadanya adalah bekas pegawai kerajaan (pencen) dan aktivis UMNO. Katanya, “saya sudah muak dengan BN (UMNO). UMNO kroni, korup dan salah guna kuasa. Dah selalu minum kopi (BN), apa salah beralih kepada teh (pembangkang). Manalah tahu, teh ini lebih baik daripada kopi. Jika teh tidak sedap, kita tukar balik”. Begitulah perasaan bencinya kepada UMNO BN. 

Lebih memeranjatkan lagi, dua orang anaknya yang bekerja sebagai guru (Kementerian Pendidikan), tinggal di Kuala Lumpur, sanggup balik ke Teluk Intan untuk mengundi ultra kiasu, bagi memberi pengajaran kepada BN. Fenomena Melayu baharu ini perlu dianalisis dengan serius. Melayu baharu ini perlu disedarkan bahawa jangan kerana terlalu marahkan UMNO, sanggup menggadaikan maruah dan prinsip. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

UMNO pula perlu melakukan muhasabah dan kajian. Kenapa kalangan Melayu Islam begitu benci dengan UMNO sedangkan sebelum ini mereka adalah orang kuat UMNO? Perkara ini penting sebelum ultra kiasu lebih bermahajarajalela memenangi hati Melayu.

Kita tidak boleh berdiam diri terhadap ultra kiasu yang menjadi musuh Islam. Ingat kata Winston Churchill "You have enemies? Good. That means you've stood up for something, sometime in your life."

Ultra kiasu bijak berpolitik. Soal mereka tidak percaya kepada calon Melayu tidak timbul. Ultra kiasu tahu mana Melayu yang boleh diundi, mana yang tidak. Sebelum ini, DUN Pasir Bedamar (dalam parlimen Teluk Intan) ditandingi oleh calon Melayu  ultra kiasu selama 3 penggal berturut-turut bermula tahun 1986, itulah Fadzlan Yahya.

Penurunan undi Cina terhadap ultra kiasu, adalah strategi. Ultra kiasu perlu memenangkan Cina berhadapan dengan calon Melayu Muda yang tidak berprinsip. Pada ultra kiasu, tidak mustahil Melayu dalam ultra kiasu akan berpaling tadah, seperti yang berlaku sebelum ini, setelah tidak tahan dengan suasana kecinaan dalam parti tersebut.

Tiga tahun akan datang, menjelang PRU 14, apabila pembangunan Teluk Intan tercapai seperti yang dijanjikan BN, tidak mustahil ultra kiasu kembali menang. Perkara ini adalah suatu yang lumrah. Kenapa dan mengapa kebanyakan kawasan parlimen di Kuala Lumpur dimonopoli ultra kiasu? Jawapannya mudah. Bandar yang telah membangun, tidak akan mundur semula. Jadi, buat apa beralih kepada BN.

Justeru, berpada-padalah berjanji dan menunaikan kepada pengundi Teluk Intan. Selain daripada menumpukan perhatian kawasan ultra kiasu, jangan kesampingkan kawasan orang Islam itu sendiri. Begitu juga kawasan pedalaman, seperti di Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan lain-lain.

Apa jua alasan yang diberikan sama ada undi Cina atau undi India bertambah, pengundi Melayu Islam mesti diberikan perhatian. Jangan kerana terlalu berterima kasih kepada orang lain, orang sendiri dilupakan. Jangan sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

Berdasarkan observasi dan pendapat rakan-rakan, saya galurkan kenapa ultra kiasu boleh dianggap menang, walaupun kalah di medan.

Pertama, ultra kiasu menang kerana berjaya mewakilkan dua wakilnya menjadi menteri kabinet. Seorang dari Gerakan, seorang lagi dari MCA. Keberadaan dua menteri kabinet Cina dianggap amat tinggi berbanding dengan bilangan kawasan parlimen yang dimenangi yang begitu sedikit. Siapakah menteri Melayu yang akan terkeluar? Kita tengok nanti. Jika ditambahkan lagi potfolio menteri, amat tidak wajar, kerana sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak memerlukan banyak menteri.

Kedua, ultra kiasu berjaya memikat dan menarik simpati generasi muda Melayu baharu dengan menonjolkan ‘kebaikan’ mereka dan mempamerkan ‘keburukan’ UMNO BN. Semua insiden buruk yang berlaku ketika berkempen, itu adalah UMNO. Malangnya, masyarakat percaya. Bagaimana UMNO BN mampu menepis ‘keburukan’ yang selalu dilabelkan itu.

Ketiga, ultra kiasu menang dari segi imej kerana ‘berjaya’ menonjolkan calon Melayu bagi menunjukkan mereka tidak rasis. Imej ini amat baik ditonjolkan kepada negeri-negeri lain dan berjaya memikat anak muda. Wal hal, calon Melayu tersebut hanyalah alat. Ultra kiasu menang memperalatkan Melayu yang memperlekeh dasar bangsa sendiri.

Keempat, ultra kiasu menang dalam persaingannya dengan PAS. PAS hilang kredibiliti, prinsip dan maruah, apabila mempertahankan calon ultra kiasu yang tidak berhijab dan secara terang menolak hudud.


Akhirnya, kepada UMNO BN dan PAS, buatlah muhasabah diri dan transformasi  untuk menghadapi PRU 14 yang lebih bermakna. Dampingilah orang PAS seperti Dato’ Harun Din dan mintalah pandangannya. Kenapa ulamak ini menolak persekongkolan PAS-ultra kiasu?

23 comments:

Anonymous said...

Harap orang UMNO ada yang akan membaca tulisan RT ini untuk merubah.

Anonymous said...

BN menang bukan bermakna rakyat khususnya golongan ultra kiasu sudah kembali kepada BN. Sumpah potong ayam pun saya berani berkata BN MENANG KERANA MELAYU UNDI BN. MUKTAMAT.

Memang ada pun ultra kiasu yang undi BN, TETAPI TIDAK BERAPA KERAT. MUKTAMAT.

Anonymous said...

betoi kata anon 803.

aku rasa depa puak ultra kiasu ada strategi. bila BN menang pembangunan akan berlaku di telok intan. lepas ni peruntukan akan turun mencurah-curah ke telok intan dan telok intan akan berubah wajah. selepas telok intan dah jadi cantik dan lawa depa akan ambil balik untuk bagi kepada DAP.

PRU14 nanti telok intan akan diambil balik oleh ultra kiasu DAP. Umno jangan teruja sangat lah dengan kemenangan BN di telok intan sebab kalau Umno letak calon berlawan dengan Dyana, awal-awal lagi BN bungkus.

Anonymous said...

Setuju bahawa ultra kiasu tidak undi BN di Tk Intan. Depa tak akan undi BN sampai dunia kiamat. Tak gitu tak di panggil ultra kiasu.

Tapi bukan Melayu sudah banyak undi BN di situ. Yakin, lebih dari PRU13. Lebih dari PRK Kajang dari segi peratus nya.

Ultra kiasu ramai yang geram Cina di Kampong Baru Cina Batu 12 di Tk Intan dah bertukar kpd BN. Nyata boleh lihat jumlah nya bila menghitung undi dari kotak undi di kawasan itu. Wakil depa pun ada menyaksi.

Di harap lebih ramai lagi bukan Melayu undi BN di PRK akan datang.

Prof jadilah senator Parlimen said...

Nama profesor disebut banyak kali dalam Parlimen hari ini

Anonymous said...

Assalamualaikum Saudara Ridhuan Tee

Saya terbaca dakwaan Ana Muslim bahawa Orang Islam Menyumbang Dana Untuk Tokong, Kuil dan Gereja. Pada awalnya saya anggap ia satu dakwaan yang sangat keterlaluan. Kalau dia berkata orang islam yang sudah murtad berbuat seperti itu, maka saya tidak anggap ianya perkara yang pelik. Fikir punya fikir akhirnya saya teringat kisah yang saya alami sendiri. Maka dalam hati kecil pun berkata ‘agaknya inilah yang Ana Muslim maksudkan’.

Ini kisah saya. Saya adalah pemilik sebuah mini market disebuah taman perumahan yang komposisi penduduknya sekitar 95% melayu/islam dan 5% bukan melayu/bukan islam. Selain mini market saya ada juga kedai runcit orang cina dan orang india ditaman itu. Walaupun melayu 95% tetapi cuma sekitar 30% sahaja yang menjadi pelanggan tetap saya, yang selebihnya berlanggan dengan kedai runcit cina dan india disitu. Tak kisah lah, rezeki Allah yang tentukan.

Satu hari selepas solat jamaah isyak seorang ustaz yang juga pengerusi dan imam surau meluahkan kelohan ketika kami berborak dalam surau, katanya kerja-kerja projek pembesaran surau taman kami terpaksa dihentikan sementara kerana kekurangan dana. Beliau terkilan kerana Ramadan tahun ini penduduk taman perumahan terpaksa bersesak-sesak untuk solat tarawikh. Saya tanya ustaz itu, berapa lagi kosnya. Ustaz jawab tak lah banyak dalam RM5 ribu saja. Saya termenung seketika, dalam hati berkata, ‘aku bersolat disurau ini dah dekat 10 tahun, selama ini aku hanya masukkan duit dalam tabung surau diantara 5-10 ringgit tiap kali aku datang bersolat jamaah, kenapa tidak aku sedekahkah sedikit bahagian daripada keuntungan mini market aku kejalan agama ku’. Lalu saya jawab kepada ustaz itu, tak apa lah ustaz biar saya yang tanggung. Ceria sungguh wajah ustaz itu, terima kasih Cik Man, terima kasih Cik Man berulang kali diucapkannya.

Saya hendak beritahu disini, duit RM5 ribu yang hendak saya sedekah kepada surau itu bukan duit dari kantong saya tapi ianya datang daripada kantong orang melayu islam yang berbelanja barangan keperluan rumah tiap hari dimini market saya. Bukan tak ada orang bukan islam masuk ke mini market saya, tetapi boleh dibilang dengan jari kerana mereka sebenarnya tersesat masuk.

Lalu saya teringat taukey kedai runcit cina dan india yang menjadi saingan kepada mini market saya. Perniagaan mereka hidup kerana sokongan pelanggan-pelanggan orang melayu/islam, mereka buat untung duit dari kantong orang melayu/islam. Saya yakin mereka juga seperti saya, kalau tokong atau kuil tak cukup dana, mereka tentu tidak lokek untuk menderma sekadar yang mereka mampu. Adat orang berniaga, buat kebajikan kepada agama masing-masing dengan harapan tuhan akan lipat gandakan lagi keuntungan.

Sekarang baru saya betul-betul nampak mesej yang hendak disampaikan oleh Ana Muslim kepada kita orang melayu/islam. Ana Muslim tidak silap bila dia berkata Orang Islam Menyumbang Dana Untuk Tokong, Kuil dan Gereja. Kita sepatutnya terima kasih kepada Ana Muslim kerana dia cuba nak sedarkan kita orang melayu/islam. Terpulanglah. Tepok dada dan tanya iman masing-masing ‘hendak tolong surau dan masjid ATAU hendak tolong tokong, kuil dan gereja’.

Abdul Rohman

Anonymous said...

Terima kasih 737 pm

Saya sudah ikut clip video itu. Kerajaan dan Umno wajib pertahankan Ridhuan Tee. Ridhuan Tee tidak rasis dan tidak mengapikan perkauman. Ultra kiasu sebenarnya yang rasis dan jahat.

Saya ingin mengingatkan, jika kerajaan dan Umno bertindak mengikut telunjuk ultra kiasu, padahnya akan datang kepada Umno dari orang melayu sendiri pada PRU14 nanti. Kerana sepanjang saya mengikuti penulisan beliau, tidak pernah beliau menyerang Umno sebaliknya beliau mengingatkan orang melayu supaya membuat pilihan yang bijak supaya tidak hilang kuasa di bumi sendiri. Umno jangan buat2 lupa, kalau bukan kerana kesedaran yang ditanamkan oleh Ridhuan Tee dalam minda politik melayu, Umno mungkin ujud sebagai barisan pembangkang di parlimen selepas PRU13 yang lalu.

Saya melihat tidak ada apa yang salah kepada keharmonian negara dengan pandangan2 yang diutarakan oleh Ridhuan Tee.

Saudara Ridhuan Tee, teruskan usaha tuan dan jangan berhenti memberikan sumbangan idea untuk menyedarkan orang melayu dan untuk menginsafkan ultra kiasu.

Ana Muslim

Anonymous said...

Setuju dgn Ana Muslim 8:42 AM.

Saya pasti RT tidak lari daripada, malah sentiasa berpandukan kapada, Perlembagaan negara dalam hujah hujah dan penulisan nya.

Aiseh, kan dia Pensyarah di Universiti Perthanan Malaysia. Bukan kah mereka ultra kiasu dengan pendirian yang banyak bercanggah dengan Perlembagaan negara boleh menggugat keselamatan dan pertahannan negara? Maka mereka perlu di balun pada tempat tempat nya.

Ingat, pertahanan negara bukan sahaja dari musuh di luar negara. Juga musuh di dalam negara yang boleh melemahkan negara, dan dengan itu mungkin di eksplotasi dek musuh luar negara.

Anonymous said...

Sdr Abdul Rahman,

Syabas, Sdr ada mini market dan berniaga. Mudah mudahan maju, berkembang sehingga Sdr menjalankan perniagaan besar.

Tapi saya harap jangan lah "tak kisah, rezeki di tangan Allah". Cuba lah fikirkan cara cara menarik lebih pelenggan tetap di kawasan Sdr itu.

Saya sedar senang cakap dari buat, tapi it saja yang saya boleh buat sekarang. Kalau saya diam di kawasan Sdr, tentu saya cuba kempen supaya yang lain pun membeli di mini market Sdr.

Memang, ada bincana politik sehingga berimam lain, ber surau, namun bermesjid lain, di negara ini.

Tapi saya amat bosan dengan hal mereka pendatang yang dah kaya raya dapat kontrek dan projek besar besaran dari Kerajaan pimpinan Melayu pulak mencaci, bercakap pasal "crony capitalism" dsb nya, saperti Francis Yeoh, boss syarikat besar Yeoh Teng Lay beberapa hari lalu berkata di suatu forum PEMANDU. "Ungrateful ingrate pendatang", di jerit kapada nya di sana sini yang saya baca.

Saya sokong jeritan supaya Melayu "buy Malay first" (bermakna, beli di tempat lain ha nya bila tak dapat dari Melayu) yang juga terbaca di sana sini. Saya do'a kan lebih ramai Melayu di kawasan Sdr itu benar benar sedar keadaan di negara ini sekarang.

Anonymous said...

Harap orang UMNO ada yang akan membaca tulisan RT ini untuk berubah sokong Pakatan.

Tahap bee end dah teruk sehingga orang bawahan terpaksa menegur orang atasan yang keluarga mereka dan kroni kaya raya.

Tapi masih tak cukup.... kata kroninya... juga.

Anonymous said...

Kisah Terkini & Terheboh

Bihun menggunakan cop Masjid, menggunakan logo Halal Jakim secara tidak sah, dibuat dikilang yang paling kotor, diproses oleh pekerja asing yang pengotor lagi tidak bertamadun (tak pakai baju, mungkin juga ada yang bercawat saja). Kilang milik ultra kiasu, produk keluran ultra kiasu tetapi mendapat sambutan daripada pengguna islam hanya kerana gambar Masjid pada pembungkusnya berserta dengan logo Halal Jakim.

Menggunakan gambar Masjid, Kaabah, Pak Haji Berserban, Wanita Muslimah Bertudung sebagai jenama produk adalah salah satu strategi bukan islam untuk memikat hati pelanggan2 beragama islam. Yang lucunya pengguna islam ini bila nampak saja gambar2 yang saya sebut tadi mereka menjadi seperti " kambing nampak pucuk ubi ". Dengan berselera mereka membeli dan mengguna produk kerana pada mereka lambang2 islam itu menunjukkan produk itu keluaran orang islam yang dijamin suci.

Jangan salahkan bukan islam sebab saya juga akan buat perkara yang sama demi untuk melariskan produk saya. Peduli apa saya dengan sentiviti penganut agama kalau kerana menggunakan lambang yang berkaitan dengan agama seseorang boleh melariskan jualan produk saya. Jika saya meletakkan produk saya dengan jenama Kuil atau Tokong atau Gereja ianya boleh melonjakkan sambutan dikalangan pengguna bukan islam maka saya akan guna jenama itu walau pun saya ini seorang melayu beragama islam. Malah tulisan pada pembungkus pun akan saya pelbagaikan, ada BM, ada BI, ada Mandarin, ada Tamil dan tidak lupa juga Bahasa Arab sebab tujuan saya hendak capture pelanggan beragama Hindu, Buddha, Kristian dan Islam juga.

Maka kalau tak mahu para pengilang menggunakan apa lambang yang berkaitan dengan agama, gubal lah undang2 yang melarang penggunaannya. Jika tidak, orang islam tak perlu pergi jauh2 sebab masjid ada dimana2 saja untuk mereka solat, paling banyak masjid dijumpai adalah dalam tong sampah. Itu yang bergambar masjid, kalau yang bergambar Kaabah, maka tidak perlu lagi orang islam mengeluarkan belanja banyak2 untuk buat haji atau buat umrah sebab Kaabah juga ada di merata2, paling banyak Kaabah dalam tong sampah lah. Begitu lah secara halus dan berhemahnya mereka menghina tempat suci orang islam.

Maka menteri2 yang beragama islam dalam kerajaan kena lah peka tetapi jangan lah buat2 pekak saja.

Anonymous said...

Benar kata Ridhuan Tee " PRK Di Telok Intan Ultra Kiasu Menang ".

Tetapi yang teruja sangat duk jaja sana jaja sini kata BN menang hanyalah pemimpin Umno, sedangkan pemimpin MCA, Gerakan dan MIC tidak nampak ghairah pun. Mungkin pemimpin Umno nak beritahu kepada ultra kiasu DAP, " PRU 14 nanti bungkus lah kamu kerana orang cina sudah mula balik menyokong BN ".

He he he mereka pemimpin Umno syok sendiri lagi. Biar lah luncai terjun dengan labu2nya.

Ana Muslim

Anonymous said...

Ana Muslim

Awak sangat rasis. Awak sama seperti Tee Chuan Seng. Kenapa tidak bolehkah kalau orang islam mahu beri derma kepada tempat sembahyang bukan islam. Awak tidak tahukah ramai toukey cina yang beri derma dalam bentuk special discount untuk bahan binaan membina masjid dan surau.

Ah Meng

Anonymous said...

11:52 AM,

Tak usah ko Harap orang UMNO yang membaca tulisan RT ini berubah, mmenyokong Pakatan. Pakatan takda guna 2 sen pun.

Kan ramai orang Pakatan yang dah cabut lari dari Pakatan. Orang DAP yang begitu ketat di kawal dek kongsi gelap, penjahat dan gengster pun cabut lari. Yang terakhir ia lah Wakil Rakyat DAP di Sabah, cabut lari, masuk MCA. Ko tak baca berita ke?

Beza nya BN dengan korang, orang BN boleh bersuara, kritik dsb nya. Korang buat gitu kena sebat dek gengster, atau, macam CikguBad, kena buang ahli PKR nya. Dan ramai kena warning dsb nya.

Apa daaaa ko Mamat .. cakap mcm tahi saja.

Anonymous said...

12:12 PM,

Tak boleh banyak sangat undang undang. Mana yang ada dah cukup. Tapi gesakan supaya pihak berkuasa jalankan tugas. Periksa dan hebohkan mana yang menyelewengkan halal haram nya makakan yang di kilangkan.

Boikotkan semua yang mcm itu. Tulis di sana sini. Kasi tau kekawan. SMs ke sana sini. Minta diorang panjangkan.

Anonymous said...

Pertama kali komen di sini. saya juga telah menonton video itu. Saya sokong Dr Tee. Biasalah mereka akan menjatuhkan orang yang menentang mereka. Boleh lihat bertapa rasisnya mereka sebenarnya

Anonymous said...

Orang melayu bukan tak sayang kat Umno. Depa sayang Umno tapi kadang2 Umno buat benda2 yang menyebabkan kasih sayang orang melayu kat Umno kejab panas kejab sejuk. Kalau nak kira antara Umno dengan Pas, sepuloh kali lebih elok Umno lagi.

Tentang Pas pula, dulu2 ya kita boleh tabik pasal perjuangan islam depa walau pun depa tak lah berjaya setara mana pun. Tapi hari ini perjuangan islam depa adalah lebih teruk daripada Umno.

Hangpa tengok Kelantan. Adakah selepas lebih 20 tahun dibawah Pas, Kelantan dah jadi betul2 negeri islam ... tak ada judi, tak ada arak, tak ada pelacuran, tak ada hiburan melampau, tak ada kerosakan akhlak muda mudi. Kedah masa bawah perintah Pas selama satu penggal pun dua kali lima macam Kelantan juga, malahan keadaan lebih teruk lagi daripada masa bawah perintah Umno, Kolej Univesiti Insaniah yang diasaskan oleh kerajaan Umno sebelumnya lingkup, tapi alhamdulillah hari ini Insaniah dah bernafas semula setelah Kedah dapat balik kepada Umno. Negeri2 bawah Pakatan Rakyat yang Pas menjadi rakan kongsi, Selangor dan Pulau Pinang bab judi, pelacuran, arak dan hiburan kita bagi gred Lima Bintang.

Mungkin melayu2 yang sokong PR ini kurang cerdik dan kurang celik, depa duk ingat bila Umno jatuh maka yang akan naik adalah Pas. Aku tak lah nak takbur tapi aku nak kata kalau tuhan alih matahari daripada terbit sebelah timur kepada terbit sebelah barat dan terbenam sebelah timur sekali pun Pas tak akan dapat menerajui kerajaan persekutuan dalam kerajaan PR sebagai mana Umno menerajui kerajaan persekutuan dalam kerajaan BN.

Aku bukan cakap kosong. Ada bukti betapa Pas tidak kuat dalam PR. Isu Hudud, walau pun DAP itu secara terang dan biadap menentang usaha Pas nak laksana Hudud di Kelantan, tapi bila ada PRK Pas masih juga turun berkempen. Sepatutnya Pas berkecuali sebagai menunjukkan protes atas sikap kurang ajar DAP terhadap Hudud yang diperjuangkan oleh Pas. Ini tidak, bila DAP beri arahan supaya semua parti dalam PR wajib membantu calon PR (DAP) dalam PRK Kajang, Bukit Gelugor dan Telok Intan pihak Pas akur dengan arahan DAP.

Memang terbukti Pas takut kepada DAP. Batu nesan dikuburan pun kalau ditanya, " wahai batu nesan, benar kah Pas takut kepada DAP " anda pasti akan mendengar dengan jelas lagi terang batu nesan itu menjawab, " ya, benar ".

Ini kisah terbaru, khabarnya Datok Hasan Ali nak balik kepada Pas, aku kata " Datok Hasan Ali boleh balik kepada PAS hanya setelah "

1. Pas bukan lagi di pimpin oleh Hadi Awang.
2. Mat Sabu, Mahfuz dan Khalid Samad bukan lagi pemimpin utama dalam Pas.
3. Paling Penting dan Maha Penting, Pas sudah tak kena mengena dengan PKR dan DAP lagi.

Anonymous said...

Kerajaan Regim Najib Razak satu ketika dahulu telah mengambil tindakan berani memansuhkan undang2 ISA. Terbaru dan terkini Regim Najib Razak sedangkan berkerja keras berusaha untuk memansuhkan Akta Hasutan pula. Yang riuh membantah hanyalah NGO Melayu sedangkan NGO bukan melayu senyap sepi. Kenapa NGO Melayu saja yang riuh membantah ?

Pada saya tidak perlu riuh kerana cadangan pemansuhan itu jika tidak disokong oleh ahli semua parlimen Umno, maka Akta Hasutan tidak akan termansuh dengan sendiri. Kita tunggu dan lihat.

Hanya saya mahu mencadangkan jika Regim Najib Razak berjaya memansuhkan Akta Hasutan itu kerana sokongan padu undi ahli2 parlimen daripada Umno, maka eloklah BERJASA didaftarkan sebagai sebuah parti politik untuk membolehkan semua ahli NGO melayu serta orang2 melayu yang tidak selesa dengan Regim Najib Razak, mempunyai pilihan untuk mencari pengganti kepada Umno. Umno dilihat semakin tidak mampu lagi menjadi pembela kepada bangsa melayu.

Secara rasionalnya atas nama kepentingan semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa, saya mencadangkan Akta Pengangkutan Jalan itu yang sepatutnya dimansuhkan kerana ianya menyusahkan rakyat, lebih jahat lagi akta itu menyedut duit rakyat semahu-mahunya ... kena bayar lesen memandu, kena bayar cukai jalan, kena bayar permit itu permit ini, kena bayar pemeriksaan puspakon, kena bayar asap berlebihan, kena bayar cermin gelap dan bermacam lagi yang benar2 menyusahkan rakyat.

Kalau Regim Najib Razak galak sangat hendak memansuhkan akta2, maka mansuhkan Akta Pengangkutan Jalan dahulu sebelum hendak memansuhkan Akta Hasutan.

Kepada NGO Melayu, saya hendak beritahu bahawa segala sumbangan dan susah payah anda mengembeling undi melayu untuk memenangkan Umno dan Najib Razak pada PRU13 lalu ibarat SUSU YANG DIBERI DIBALAS DENGAN TUBA.

Anonymous said...

Woi 10:07 AM, kau kepala mereng ke?

Orang panggil Regim bila tak demokratik Kerajaan itu.

Kau di mana di PRU13? Kat gua di hutan mana?

Kau bodoh ke?

Kau banyak makan tuba PKR ke, PAS ke, DAP ke?

Jaga jaga, tuba Anwarul Al Juburi lebih teruk tau - berbau amat busuk pulak nya.

Anonymous said...

Aku pun bantah Akta Hasutan di mansuhkan.

Tapi "eloklah BERJASA didaftarkan sebagai sebuah parti politik"?

Kau maksudkan PERKASA ke?

Anonymous said...

Anon 10.07

Bukan BERJASA daaa. PERKASA kut, itu Ibrahim Ali punya yang sekarang nampak membela melayu lebih daripada UMNO.

Dulu punya UMNO ialah United Malay National Organisation. Sekarang punya UMNO adalah United Mohd Najib Organisation. UMNO inilah yang telah memansuhkan ISA dan akan memansuhkan Akta Hasutan pula.

Aku sokong PERKASA ganti UMNO.

Anonymous said...

Ridhuan Tee kecewa sebab Mah Siew Kong dilantik menjadi menteri sedangkan beliau yang selalu membodek UMNO tidak dilantik menjadi Senator ataupun calun BN...Ridhuan Tee kaki bodek dan ciplak

Anonymous said...


salam, mungkin terlambat utk buat komen sebab sibuk cuti sekolah dan kenduri. mcmana pun blog tuan tetap saya ikuti dan rasa tenang hati ini... marah juga dng anon 7.00pm 15 june. harap tuan sabar Allah bersamamu..ingin saya kongsi disini mengenai ipar saya dipenang,katanya masa undi bn menang dulu org umno kg.nya tak peduli nasib penduduk disitu tetiba bila anuwar menang baru depa dapat pampasan selama ni mana pampasan tu? tentu banyak kroni depa yang dapat bagi pd ketua bhglah pd setiausalah pd jawatankuasalah jadi org kg tengok aja dan depa pakat tak mau undi bn lagi bila bn kalah depa dapat mcm-mcm untuk meraih undi. dah telambat depa dah tak mau undi bn lagi. kalau kalah depa untung kalau menang depa tengok aja kroni yang untung. sebab tu kat penang pr menang banyak bukan tak suka umno/melayu tapi geram tak amanahnya orang melayu.