Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, December 29, 2014

Bila Jahil Mengaku Pandai

8:56 AM Posted by RIDHUAN TEE 10 comments

Bila jahil mengaku pandai (Sinar Harian 29.12.14)

Nampaknya laman web dan NGO ultra kiasu begitu memberi publisiti besar-besaran kepada sarjana Iran Amerika Syarikat, Reza Aslan, mengenai pandangannya terhadap Malaysia, terutama isu berkaitan kalimah Allah dan tindakan pihak kerajaan terhadap stesen radio BFM yang pernah menginterviewnya.  

Katanya, Putrajaya bertindak seperti “ibu bapa” dan bukan kerajaan yang dipilih, apabila mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” di kalangan bukan Islam dan menetapkan bagaimana umat Islam Malaysia perlu mengamalkan kepercayaan mereka.

Pihak berkuasa agama tidak perlu wujud secara berpusat di negara-negara yang mengamalkan ajaran Islam, kerana ia umpama merampas kuasa daripada Nabi Muhammad. Reza mengumpamakan, tindakan kita seperti regim komunis Korea Utara kerana menyekat suara rakyat. Malaysia dikatakan menjadi bahan ketawa dunia.

Kita tidak perlukan nasihat orang luar. Sampah. Ramai pakar dalam negara ini yang lebih baik dan berkebolehan dari beliau.

Apa yang beliau tahu tentang Malaysia, sejarah, perlembagaan dan budaya masyarakat di sini? Peliknya, laman web dan NGO jahat ini begitu beriya-iya  mendapatkan pandangannya.

Biarlah seluruh dunia mentertawakan kita, asalkan kita dapat menjaga negara dan rakyat dengan baik. Apa gunakan menjadi negara sanjungan dunia, tetapi mendapat laknat ALLAH?

Apakah negara barat tidak menjadi bahan ketawa dunia, apabila merendah martabat manusia lebih hina dari binatang atas nama demokrasi, seperti, membenarkan LGBT, hubungan dan perkahwinan sesama jantina?

Kenapa perkara ini tidak ditegur oleh Reza dan kuncu-kuncunya di Malaysia. Saya fikir inilah yang dimahukan oleh puak-puak liberalis, pluralis dan sekularis. Termasuk NGO wanita yang peralatkan nama Islam.

Penyelidik lelakinya, begitu marah terhadap saya apabila saya mengakui saya adalah fundamentalis, bukan moderat. Beliau mahukan saya “shut up” dan melabelkan saya seperti IS di Syria. Ada aku kisah! Janji saya kenal siapa diri saya.

Seperti pakar bahasa Arab lagaknya, beliau berkata, moderat itulah makna wasatiyyah. Saya pula kata, terjemahan wasatiyyah perlu beriringan dengan makna moderat dan fundamental, barulah agak menepati.

Imam Ibnu Al-Qayyim mahukan manusia mengambil sikap moderat dan fundamental, untuk menyelamatkan kita dari pelanggaran. Jadi, kita mendapatkan kedudukan tengah antara dua ekstrem yang paling seimbang dan adil, yang mana seseorang akan menemui semua manfaat dan kemudahan hidup di dunia dan akhirat.

Moderat bukanlah terjemahan yang tepat kepada makna wasatiyyah. Begitu juga dengan maksud sederhana, walaupun kita terpaksa menggunakannya, bagi tujuan penyampaian. Inilah kehebatan bahasa al-Quran berbanding bahasa lain. Satu huruf al-Quran kadangkala membawa makna yang amat dalam. Saya tidak kisah puak liberalis dan pluralis nak kata apa.

Wasatiyyah adalah wasatiyyah. Ummah Wasat, bukan bermakna umat moderat atau sederhana, sehingga menjadi liberalis, pluralis dan sekularis. Tetapi mesti fundamental dan terbaik. Tun Mahathir selalu berkata beliau adalah fundamendalis Muslim.

Sama juga makna kalimah ALLAH, tidak tepat diterjemahkan kepada makna Tuhan. ALLAH adalah ALLAH. Terjemahan Tuhan terlalu umum. Semua orang ada Tuhan. Apa yang membezakan Tuhan mereka dengan Tuhan kita, adalah ALLAH. Saya harap ahli NGO ini menyembah ALLAH, bukan tuhan lain.

Sebab itulah kita amat sensitif apabila kalimah ini mahu direbut oleh orang lain. Bukan kita tidak benarkan. Tetapi kalimah ini terlalu dekat dengan kita dari segi budaya dan sejarahnya. Inilah isu yang tidak difahami oleh orang jahil yang mengaku Islam.

Maaf, saya bukan jenis manusia yang suka pegang anjing tanpa sebab. Kecualilah binatang ini memerlukan pertolongan. Ketika itu, baharulah saya akan memegangnya. Berkempen I want to touch a dog, itu kerja bodoh.

Nasihat saya kepada laman web dan NGO ultra kiasu ini, pertama, selamatkan akidah saudara sebelum bertambah sesat dan terkeluar. NGO wanita ini telah diharamkan di negeri Selangor. Jika suka sangat dengan Reza, pinang sahaja beliau. Lagipun, ramai di situ yang masih bujang. Bila jahil jangan mengaku pandai.

Kedua, bahasa Arab tidak boleh diterjemahkan sesuka hati tanpa merujuk kepada pakarnya. Kenapa kita langsung tidak mahu merujuk kepada pakar apabila terdapat kekeliruan dalam hal ehwal agama? Kenapa memandai-mandai? Bila sakit, tau pula berjumpa pakar ubat. Kenapa dalam isu agama, kita tidak serahkan kepada pakar?

Ketiga, tafsiran NGO wanita ini terlalu moderat sehinggakan ramai pemimpin dan ahlinya yang tidak menutup aurat. Majoriti masih gondol kepalanya. Sejauhmanakah kemampuan memahami arahan al-Quran untuk mengatakan menutup kepala itu tidak wajib jika tidak ada asas bahasa Arab?
Jika begitulah keadaannya, bersolatlah dengan memakai skirt? Begitu juga ketika menziarahi kubur, majlis kematian dan sebagainya. Kenapa perlu  menutup kepala?

Jangankan agama Islam, lihat sahaja pemimpin agama lain, kebanyakannya berpakaian sopan, seolah-olah menutup aurat. Ada yang sanggup botakkan kepala meskipun wanita. Kenapa NGO ini terlalu moderat? Sehingga mahu menghalalkan ratu cantik dan LGBT atas nama hak asasi manusia?

Saturday, December 27, 2014

Saya tidak rugi sedikitpun

10:32 AM Posted by RIDHUAN TEE 30 comments


KENYATAAN: LARANGAN MEMASUKI SARAWAK

Pada 25.12.14, saya terbaca dalam laman web ultra kiasu mengenai kenyataan ADUN PKR Batu Lintang Sarawak, membuat bantahan terhadap kemasukan saya ke Sarawak untuk berceramah di Masjid Daerah Sematan, selepas maghrib, pada 26.12.14. Beliau telah sedaya upaya melaku segala cara, seperti menghantar SMS kepada pihak berkuasa Sarawak agar menghalang kemasukan saya ke Sarawak.  

Selepas membaca berita tersebut, saya telah menghubungi pihak penganjur, pada jam 5.00 petang, agar membatalkan sahaja jemputan ceramah yang telah dibuat sebulan yang lalu. Pihak penganjur, yang juga telah menerima bantahan tersebut menjawab, ceramah akan tetap diteruskan dan meminta saya datang seperti yang dijadualkan. Pejabat Ketua Menteri turut memberi lampu hijau. Ketua Polis Negeri turut menyediakan escort untuk saya ke sana.

Mereka tidak akan tunduk kepada PKR. Suara PKR bukan suara rakyat Sarawak. Tiba-tiba, pada jam 8.45 malam, pihak penganjur menelefon, memberitahu ceramah terpaksa dibatalkan atas alasan PKR akan mengadakan protes di Lapangan Terbang Kucing pada hari saya sampai. Saya pun membatalkan niat saya untuk ke Sarawak.

Peliknya, semua laman web ultra kiasu melaporkan saya ditahan imigresen di Lapangan Terbang Kucing. Pihak imigresen di sana turut mengiyakannya. Sejak bila pula saya sampai ke sana? Malang sungguh pegawai imigresen tersebut. Inilah jahatnya ultra kiasu dalam memutarbelit dan mensensasikan berita.

Persoalan saya, kenapa kerajaan negeri tiba-tiba tunduk kepada PKR dan ultra kiasu? Kenapa imigresen mengeluarkan kenyataan palsu? Sejak bila PKR mewakili suara rakyat Sarawak? Peliknya, kenapa kerajaan negeri boleh terpengaruh dengan tuduhan ultra kiasu itu?

Saya tidak rugi apa-apapun, termasuk mungkin selepas ini ke Sabah. Banyak tempat lain yang memerlukan saya. Sedikitpun saya tidak terjejas jika tidak ke Sarawak. Kenapa PKR begitu gentar dengan saya? Jantanlah sikit. Membandingkan saya dengan pemimpin PKR Semenanjung yang tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, adalah dangkal sama sekali. Mereka ahli politik yang licik, saya ahli akademik dan pendakwah. Apa yang saya cakap dan tulis berasaskan sandaran.

Kebanyakan tuduhan ADUN tersebut, adalah berita yang telah dimanipulasikan ultra kiasu. Izinkan saya menjawab tuduhan beliau.

Pertama, beliau berkata saya pernah disiasat oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) atas tuduhan mengajar ‘ethnic cleansing’ kepada pelajar. Sejak bila pula MINDEF menjalankan siasatan terhadap saya?  

Setakat ini tidak ada seorangpun yang datang menyiasat tentang Pembejaran dan Pengajaran (P&P) saya. Tuduhan ini sengaja direka oleh ultra kiasu dan musuh-musuh saya semasa di UPNM.

Kalau nak tahu sama ada benar atau tidak, saya  mengajar ‘ethnic cleansing’, tanya pelajar saya, bukan orang lain. Saya cabar sesiapapun boleh lakukan siasatan.

Lihat contoh dalam you tube, assignment yang dihasilkan oleh bekas pelajar saya dalam subjek hubungan etnik, yang saya beri markah A. https://www.youtube.com/watch?v=-XN3ISZvoxU.

Saya harap pemimpin kerajaan negeri Sarawak rasional dalam perkara ini dan jangan terpengaruh dengan dakwah pembangkang anti-establishment ini. Begitu juga rakyat Sarawak agar menolak pemimpin ultra kiasu dalam Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi. Jangan mangsakan saya untuk menjaga kepentingan politik busuk kalian.

Kedua, dakwaan orang Kristian tidak layak mendapat gereja terbesar di Asia, terletak di Bukit Jalil. Dalam setiap artikel, saya sentiasa menyebut, sekiranya makna adil itu 1=1, sudah tentu orang Kristian tidak layak mendapat gereja sebesar itu dengan populasi hanya 10 peratus. Tetapi kerajaan tetap membenarkan. Inilah keadilan kerajaan Malaysia yang tidak ada tolok bandingnya.

Ketiga, dakwaan serangan saya ke atas sekolah vernakular. Saya sentiasa mencadangkan supaya sekolah vernakular patuh kepada arahan kerajaan untuk memandaikan pelajar-pelajarnya dalam bahasa Melayu (BM), seperti menambah masa P&P BM. Tetapi sekolah vernakular tetap tidak mahu berubah. Serangan saya tujukan kepada NGO Cina yang ekstrem dan tidak mahu berubah dan patuh kepada arahan kerajaan.

Keempat, sejak bila pula saya kata 5 juta imigran sedang menunggu untuk datang menggantikan tempat bukan Melayu di sini. Tunjukkan bukti, jangan cakap seperti orang tidak sekolah. Bila saya mengeluarkan hujah, saya sentiasa mengeluarkan hujah dan fakta dalam bentuk konteks semasa.

Kelima, mengambil pengajaran tragedi MH370 dan MH17. Apakah salah saya mencadangkan supaya pramugari MAS menutup aurat seperti mengikuti langkah kerajaan Brunei, termasuk mengharamkan arak. Di mana rasis kenyataan saya itu atau bertentangan dengan hak asasi manusia?

Pelik sungguh ultra kiasu ini. Jika begitu keadaannya, atas hak asasi manusia, biarkan saja pramugari MAS telanjang sahaja dalam kapal terbang.  Tunjukkan pada saya dalam kitab agama apa arak dibenarkan dalam agama mereka?

Sebenarnya yang ekstrem bukan saya tetapi ADUN tersebut. Saya pelik kenapa kerajaan negeri tidak bertindak terhadap mereka yang menanamkan api perkauman seperti ultra kiasu. Tetapi sering memangsakan mereka yang bercakap benar seperti saya.

Selaku seorang pengkaji bidang sains politik, saya akan terus berkata benar. Untung nasib, rezeki dan ajal maut di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Satu pinta saya, jika berpolitik, jangan sampai kehilangan telur.

   

Monday, December 22, 2014

Tazkirah untuk orang pencen

8:26 AM Posted by RIDHUAN TEE 21 comments


(SH22.12.14)

Khusus ditujukan kepada pesara kerajaan, sama ada bergelar atau tidak, ketika berada di atas puncak kuasa dahulu, apa yang kamu buat untuk menjaga kepentingan agama bangsa dan negara. Adakah kamu berkhidmat dengan penuh ikhlas? Atau.... Tuhan sahaja yang tahu.  

Saya amat setuju dengan cadangan Perkasa, ‘25 Melayu berpengaruh ini (pesara kerajaan) atau menteri atau pemimpin parti, mengisytiharkan harta mereka. Sekadar bekerja dengan kerajaan, setinggi manapun jawatannya, malah jawatan menteri sekalipun, tidak akan menjadikan kita kaya-raya. Jika ada yang kaya-raya, bermakna adalah benda yang tidak kena. Kecualilah, asal-usul mereka memang kaya.

Ini tidak, kadangkala, bukan sahaja pesara kerajaan itu kaya, adik-beradik dan anak-beranaknya pun turut kaya. Dari mana mereka dapat duit?   

Justeru, muhasabah diri. Fikirkan kembali. Bertaubatlah jika terlanjur.  Mengapa hari ini, selepas pencen, kamu menjadi begitu lantang dan berani, tanpa terlebih dahulu membuat sedikit penelitian atau penyelidikan terhadap mereka yang bertungkus-lumus berjuang mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara, sama ada pihak berkuasa kerajaan mahupun NGO-NGO berkaitan?

Bukan bermakna di penghujung usia ini kita tidak bercakap langsung. Tetapi biarlah bertempat. Pastikan tindak-tanduk kita menguntungkan Islam.

Pernahkah terfikir, tatkala mata semakin kabur, kulitpun dah kendur, gigi mula berterabur, rambut banyak gugur, makanpun dah makan bubur, dan tidak lama masuk kubur, banyak persediaan perlu dilakukan menuju ke alam akhirat.

Maklum sahajalah, sudah menjadi lumrah, masa muda kita redah segala-galanya, tidak kira halal haram. Bila dah tua nanti barulah bertaubat. Sebab itu, ramai yang tidak berani pergi menunaikan haji waktu muda, kerana takut tidak boleh buat dosa lagi.

Maka ditunggu sampai ke tua, agar boleh cuci dosa sebelum mati. Moga-moga masuk syurga. Itu pun ramai yang tidak insaf lagi, pergi haji dan umrah berkali-kali, balik, masih gondol lagi. Ingat, tiada jaminan bahawa balik atau mati di Mekah boleh masuk syurga.

Jika itulah tandanya, paling ramai masuk syurga nanti, adalah orang Arab, sebab rumah mereka semuanya dekat dan mengadap Kaabah. Hari-hari boleh buat umrah dan setiap tahun boleh buat haji dan juga mati di sana.
Rugilah kita menjadi umat yang jauh dari Kaabah sebab tidak dapat mati di sana, berumrah dan berhaji. Jelasnya, jauh atau dekat kita dengan Kaabah, itu bukan penentu ke syurga. Hatta, jika tidak pernah sekalipun ke Mekah, ada jaminan syurga. Yang penting, kita beriman dan tidak, semasa hidup. 

Hari ini, sepatutnya, kamu melakukan muhasabah diri. Campur tolak dosa dan pahala.

Pertama, bertaubatlah kepada Allah SWT, menyesali segala dosa yang dilakukan selama ini. Qada semula solat telah kami pernah ditinggalkan. Dekatilah masjid dan surau.

Kedua, jika masih belum menutup aurat, pergilah kedai-kedai tudung (kopiah). Carilah yang bersesuaian untuk menutup kulit dan rambut yang semakin dimamah usia.

Jika tidak percaya kepada aurat (rambut) bagi yang wanita, mungkin jawapan agamawan sudah dijangkakan. Apa kata pergilah bertanya kepada artis-artis yang telah berhijrah. Tanyalah mereka kenapa bertudung?

Jangan jadi seperti orang kampung. Apabila makcik-makcik ditanya kenapa masih tidak pakai tudung, maka jawapannya, “makcik dah tua, pakai tudung buat apa, siapa yang nak pun” Tidak mengapalah makcik kampung. Tetapi kamu orang bijak pandai. Malangnya kepandaian kamu masih belum dapat menyedarkan kamu.

Ketiga, luang masa untuk mentelaah al-Quran, Hadis dan kitab-kitab muktabar. Jika bacaan al-Quran masih gagap dan tidak betul, pergilah belajar.

Saya amat bimbang dengan perkumpulan wanita yang mendakwa dirinya Islam, tetapi jahil dalam memahami al-Quran. Mereka bercakap banyak tentang Islam, tetapi membaca al-Quran sekadar terjemahan. Sudahlah begitu, mengaku pula diri pandai. Bukan apa, takut sesat jadinya.

Keempat, jika ada anak dan cucu, jagalah mereka dengan baik. Pastikan mereka membesar dengan iman dan Islam, berindentitikan Melayu, jika itulah bangsanya.

Saya amat bimbang generasi hari ini, lahir dari ibu bapa Melayu,tok nenek semua Melayu, tetapi sikap, perangai, tingkah laku langsung tidak serupa Melayu. Mereka kelihatan lebih barat dari barat. Maklumlah pernah jadi duta luar negara atau belajar di sana.

Kelima, Jika ditakdirkan, khidmat kamu diperlukan selepas pencen, maka kamupun dilantik memegang jawatan ini dan itu, sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, itu bukan kerana kamu terlalu bagus, sehingga menjadi kamu berlagak dan kondem orang lain.

Itu tandanya Allah masih beri kamu peluang. Maka gunakan peluang tersebut untuk menebus dosa-dosa yang lalu. Manfaatkan jawatan untuk agama, bangsa dan negara. 

Keenam, jika kamu ada mengambil duit rakyat atau duit haram semasa memegang jawatan, banyakkanlah bersedekah sebelum Allah cabut nyawa kamu. 

Jangan pandai menuding jari, orang itu ekstrim dan orang ini ekstrim. Sendiri mahu ingat. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.


Monday, December 15, 2014

Siapakah ekstremis sebenarnya?

9:06 AM Posted by RIDHUAN TEE 35 comments


(Sinar Harian 15 Dec 2014)

Sangat geli hati membaca surat terbuka 25 Melayu yang dikatakan kononnya berpengaruh, berpangkat Tan Sri dan Dato, pesara kerajaan, bercakap soal ekstremis di negara ini dan cara penyelesaiannya.

Semasa dalam perkhidmatan kerajaan, apa yang mereka lakukan? Apakah mereka benar-benar memanfaatkan jawatannya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara? Jarang sekali saya melihat ada pegawai tinggi kerajaan sebegini. Rata-rata mahu kekalkan jawatan tingginya, dan kalau boleh disambung kontrak demi kontrak. 

Ingin juga saya bertanya, adakah sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan dahulu, mereka ini semuanya bersih, bebas dari amalan rasuah? Sejauhmana penglibatan mereka dalam NGO selepas bersara atau hanya berjumpa dengan orang-orang pencen?

Sejauh mana pengetahuan agama Islam mereka hendak mempertikaikan institusi agama dan NGO yang dikatakan bertindak bertentangan dengan Perlembagaan dan konsep syura atau digelar ekstremis?

Jangan hanya pandai mengeluarkan kenyataan. Pergilah berjumpa dengan Menteri berkaitan untuk mengetahui keadaan yang sebenar. Banyakkan berdamping dengan NGO-NGO yang saban hari bersama rakyat menyelami masalah mereka, bukannya duduk dalam banglo setelah pencen dan berbincang sesama sendiri.

Mereka mendakwa mereka Muslim moderat? Apa maksud moderat? Islam bukan agama moderat. Islam adalah agama bersifat fundamental. Biasakan berkata saya Muslim fundamental, bukan moderat. Jika tidak faham fundemantal, biar saya jelaskan, yakni Muslim yang benar-benar faham dan berpegang kepada agama Islam, atau menjadikan Islam sebagai way of life, bukan Islam pada kulit sahaja.

Mempertahankan agama dan hak kaum itu bukan ekstremis, tetapi fundamental. Lebih-lebih lagi penduduk asal. Ekstremis adalah mereka yang bertindak membuta tuli atau membabi buta atau membawa ajaran sesat.

Terus terang, saya tidak berani menuduh Perkasa atau Isma itu ekstremis, walaupun ramai yang tidak menyukainya. Selalulah berbincang dan berdampinglah dengan NGO ini untuk memahami mereka dan hakikatnya. 

Jika kaum lain terus mempertahankan agama dan hak mereka secara ekstrem, apakah kita perlu menjadi cair, terlalu terbuka atau liberal. Kenapa tidak menuduh mereka juga ekstrem? Kenapa memangsakan institusi atau NGO Islam sahaja?

Tidak dinafikan bahawa dialog antara agama dan peradaban itu sangat penting pada masa kini. Persoalannya, sejauh mana kita berlapang dada dan memahami makna keadilan. Ramai hari ini melihat keadilan itu 1=1. Bukan meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Itu yang menjadi ekstrem.

Izinkan saya menjawab saranan 25 tokoh Melayu itu.

Pertamanya, katanya pertembungan antara undang-undang sivil dan syariah. Sejauhmana tokoh Melayu ini faham tentang undang-undang dan masalah yang dihadapi. Saya sarankan pergi berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan barisan pakar mereka, untuk berdiskusi, sebelum mengeluarkan kenyataan. Seorang bekas hakim (peguam) belum dia tentu dia mahir undang-undang, jika dia jahil undang-undang Islam.

Kedua, katanya, kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk pemimpin tertinggi, terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Persoalan saya, mereka mahir sangatkah?

Adakah benar bahawa undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta prosedur legislatif? Apakah tidak ada langsung keistimewaan Islam dalam perlembagaan. Bagaimana pula dengan kedudukan raja-raja Melayu yang menjaga hak agama Islam dan bangsa Melayu? Benarkah mereka ini pakar?

Ketiga, hak rakyat untuk membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini. Persoalan saya rakyat bagaimana yang ada hak untuk membahaskannya. Adakah terdiri daripada kalangan mereka yang sudah pencen? Adakah mereka ini pakar? Kenapa dahulu semasa bekerja tidak syorkan? Takut bukan? Kenapa terlalu lantang hari ini setelah pencen? Saran saya, elok mohon balik untuk kerja kontrak.

Keempat, perlunya mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu feqah. Ingin saya bertanya, sejauhmana ilmu mereka dalam ilmu fiqh? Berapa kitab yang telah dibaca? Serahkan kepada yang pakar.

Dalam Pejabat Perdana Menteri dan badan perunding yang dilantik, sudah terlalu banyak pakar. Apakah 25 tokoh Melayu merasakan diri mereka terlebih pakar?

Kelima, melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini. Semua pakar tersebut telah ada. Perbincangan sedang berjalan, tetapi bukan berdebat seperti yang disyorkan. Debat tidak akan selesaikan masalah, kerana debat mencari siapa benar, siapa salah. Sebetulnya, dialog, kerana dialog mencari apa yang benar, apa yang salah.

Sebenarnya semua keadaan ini berlaku disebabkan tuntutan ekstrem ultra kiasu. Umat Islam terpaksa bangun mempertahankannya. Jika tidak, pasti agama Islam akan cair dalam negara berteraskan kepada Islam dan Melayu ini. Peliknya, kenapa mereka hanya menyalahkan umat Islam, tidak langsung merujuk kepada ultra kiasu yang mencetus dan melakukan provokasi.