Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, March 25, 2019

Pabila ultra kiasu berselendang rindu

9:50 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments
https://www.ismaweb.net/2019/03/24/pabila-ultra-kiasu-berselendang-rindu-ridhuan-tee/


Pabila ultra kiasu berselendang rindu

Tidak semena-mena wakil rakyat ultra kiasu mengenakan ‘selendang rindu’ sebagai tanda simpati dan penghormatan kepada mangsa tragedi 50 umat Islam yang menjadi mangsa korban perbuatan manusia tidak bertamadun, Brenton Tarrant, dalam dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Sejak bila ultra kiasu ini suka berselendang kecuali ketika bulan puasa?

Sifat ini sangat baik, jika sejak dahulu, ultra kiasu melakukannya. Sentiasa beradab dan berpakaian sopan mengikut tradisi agama masing-masing. Ini tidak, setiap kali ditemui, lihat pakaian mereka. Macam “fashion show”. Sehingga terpaksa ditegur ketika berada di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Sekurang-kurangnya bacalah panduan etika berpakaian perkhidmatan awam. Bolehkah berpakaian sedemikian rupa dengan kasut berwarna-warni.

Berbalik kepada isu berselendang rindu, tertanya-tanya pula saya, jika Perdana Menteri dan rakyat New Zealand, tidak berselendang, adakah ultra kiasu di negara kita akan melakukannya. Mengenali mereka sekian lama, saya fikir, TIDAK. Mengenai orang barat sekian lama, mereka jauh lebih ikhlas daripada kita di sini. Tahap lakonan dan kepura-puraan kita sangat tinggi.
 
Sebelum ini, merekalah yang pertama mengeluarkan kenyataan, bahawa tragedi seperti di Christchurch, akan berulang di negara kita, jika UMNO dan PAS ditakdirkan berkuasa.

Kerjasama antara UMNO-PAS dianggap sebagai ekstremis. Kenyataan yang sangat sensitif dan amat sukar diterima kerana selama UMNO dan PAS memerintah dan masih memerintah di beberapa negeri hari ini, bukti nyata, bukan Islam hidup senang lenang, tidak pernah diganggu, dan harta menimbun.

Masih ingat lagi, bila ditegurkan sahaja etika apabila berurusan di pejabat kerajaan atau sekolah, yang jelas mengatakan perlunya berpakaian sopan. Seluar pendek dan baju tidak berlengan tidak dibenarkan berurusan di kaunter dan di sekolah, ultra kiasu inilah yang tampil ke hadapan membela mereka atas dasar hak asasi manusia.

Lihatlah gelagat mereka berseluar pendek, sependek-pendeknya dan baju begitu seksi ketika berurusan di pejabat kerajaan dan memasuki kawasan sekolah, sehingga meloyakan kita yang melihat. Hari ini, tidak ada seorang pun pegawai kerajaan yang berani menegur, etika berpakaian mereka. Jika ditegurkan, kita yang menjadi mangsa, bukan mereka. Silap-silap pegawai kerajaan yang tegur itu yang kena turun pangkat atau dipindahkan.  

Dibuktikan lagi  dengan ‘WeChat poll’ (sila rujuk Andrew Anglin, Daily Stormer, 19 Mac 2019).  Dalam kalangan orang Cina yang terlibat dalam WeChat, daripada lebih  2000 responden, keputusannya amat mengejutkan, lebih 80 peratus daripada mereka bersimpati dengan  tindakan tidak bertamadunan tersebut, Brenton Tarrant.  

Anglin also found a Chinese poll showing that 81 percent of Chinese polled sympathized with Tarrant. 61 percent viewed it as an act of revenge and hilariously 14 percent viewed it as an act of self defense.

Keputusan WeChat bangsa Cina ini benar-benar sangat menggemparkan, ketika seluruh dunia bersedih dan bersimpati  dengan kematian umat Islam akibat tindakan tidak bertamadun, Tarrant.

Hasil keputusan WeChat ini, saya tidak mengatakan semua bangsa Cina (juga bangsa lain) bersifat sedemikian. Ada ramai ramai lagi di luar sana bangsa Cina (bangsa lain termasuk Yahudi) yang baik. Tetapi, sifat ultra kiasu ini seperti yang terdapat dalam parti ultra kiasu mesti dijauhi.

Tahap kepura-puraan ultra kiasu ini sangat tinggi dan berada pada tahap tegar. Mengenali mereka sekian lama, kumpulan anti Islam ini sama sekali tidak akan mengikut apa jua jejak langkah atau identiti Islam. Hendak melihat mereka memakai baju Melayu jauh sekali, berbanding dengan Melayu yang memakai baju tradisi Cina. Pernahkah pemimpin nombor satu ultra kiasu berbaju Melayu dan berjubah misalnya? Bayangkan sejak daripada tahun 1957 hingga hari ini…

Malaysia tidak perlu menjadi New Zealand, begitu juga New Zealand tidak perlu menjadi Malaysia, seperti yang disarankan oleh beberapa pemimpin ultra kiasu. Kita ada cara tersendiri menjaga rakyat kita berbilang kaum. Paling penting, perlu fahami sejarah dan patuhi perlembagaan dalam hidup bernegara.

Sejauh manakah orang Cina misalnya memahami hati budi Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, berbanding dengan Melayu dan bumiputera memahami hati budi Cina.

Minoriti tidak pernah tertindas di bumi bertuah ini. Meskipun kedengaran kadang-kadang suara-suara sumbang,  itu hanya perang mulut. Malaysia sudah terkenal dengan tongues wagging (perang mulut) bukan parang ‘wielding’ atau parang terbang.

Selepas 13 Mei 1969 memang tidak ada lagi parang terbang. Tetapi jangan dicabar kesabaran Melayu, kerana ia ada had. Mencabar kesabaran Melayu bermaksud, jangan diungkit perkara berkaitan raja, agama Islam, hak istimewa Melayu, termasuk Bahasa Melayu.

Mengungkit dan membangkitkan secara biadab bermakna, mencabar kesabaran Melayu.  Justeru, nasihat saya kepada ultra kiasu, pertama, hentikanlah kepura-puraan ini. Cuba fahami cara hidup orang Islam (Melayu) dan agama Islam itu sendiri, bermula sekarang. Sudah tentu dalam konteks Malaysia, kita mahukan mereka bukan sahaja memahami orang Melayu dan Islam, tetapi pada masa sama memahami perlembagaan itu sendiri sebagai asas hidup bernegara. Jangan dicabar dan diungkit perkara yang telah persetujui oleh nenek moyang kita dalam perlembagaan.

Kedua, belajarlah untuk menjadi manusia yang ikhlas seperti mana yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri New Zealand dan warganya. Fahamilah sensitiviti orang Melayu sebagaimana orang Melayu memahami sensitiviti bukan Melayu.

Ketiga, jika teruja dengan berselendang, sesekali pakailah pakaian kebangsaan Melayu ketika berada di parlimen atau ketika perayaan, seperti berbaju kurung daripada berskirt pendek. Pakailah pakaian tradisi mengikut budaya bangsa masing-masing dan jangan terlebih barat. Kita ada budaya masing-masing. Setiap budaya ada keunikan sendiri. Sayangi dan hormatilah.

Akhirnya, ketika ditegur mengenai pakaian dalam DUN dan parlimen yang tidak mengikut etika, maka ultra kiasu melompat seperti kera sumbang lagaknya. Lebih malang, ada seorang bekas speaker DUN ultra kiasu turut campurtangan untuk membela rakan sejawatannya. Katanya, semasa beliau jadi speaker, beliau tidak ada masalah dengan pakaian sedemikian. Apa? Ultra kiasu ini ingat DUN atau Parlimen ini ‘fashion show’?

Bekas speaker itu berkata lagi, bentuk pakaian dalam DUN dan Parlimen adakah budi bicara speaker yang menentukan, bukan yang lain. Betulkah? Bacalah etika berpakaian perkhidmatan awam dan ketika berada dalam DUN dan Parlimen.

Jika kami sebagai orang awam pun, apabila dibenarkan melawat dan masuk ke dalam DUN dan Parlimen, ditetapkan cara dan etika berpakaian, inilah pula wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat. Siapa lebih besar, wakil rakyat (termasuk speaker) atau rakyat? Fikir-fikirkan.








Monday, March 18, 2019

Pemimpin mesti ada telur, tegur

10:00 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments
https://www.ismaweb.net/2019/03/18/pemimpin-mesti-ada-telur-tegur

Sebagai pemimpin, biar ada telur. Jangan biarkan Islam (Nabi) kita terus dihina dan laungan LGBT bergema, tegur dan ambil tindakan tegas

Saya sudah tidak tahu nak cakap apa lagi tentang politik Melayu berhadapan politik ultra kiasu hari ini. Sejak dahulu hingga kini, saya terus bersuara tanpa henti meskipun berhadapan risiko.


Lupakan soal kuasa, soal undi, soal jawatan dan lain-lain kepentingan lagi, pertahankanlah maruah Islam. Jangan biarkan agama kita dan  Nabi kita dihina lagi. Tutup suara liberal seperti LGBT yang mahu menjadikan Malaysia ini negara yang jauh daripada Islam.


Kena penjara itu kira dah nasib baik? Bantainya Melayu mengamuk dan bertindak seperti apa yang dilakukan Iran terhadap Salman Rushie kerana menulis buku Satanic Verses, bagaimana? Sehingga kini, kalau tidak lupa, hukuman itu masih tidak ditarik balik. Iran masih terus mahu mencari Salman Rushdie. Arahan untuk memberi sejumlah wang yang besar kepada mereka yang berjaya mencari Salman Rushdie masih berjalan.


Insiden ini mungkin telah dilupakan oleh ultra kiasu. Tetapi saya tetap ingat. Jangan sama sekali bermain dengan umat Islam perkara berkaitan dengan agama, Nabi dan apa jua berkara berkaitan dengan sensitiviti Islam, sama ada secara sengaja, jahil, jahat atau anti Islam. Islam Melayu berpisah tiada. Jika jahil boleh diajar, jahat, boleh dibentuk. Tetapi sengaja dan anti Islam. Ini kes berat.   


Inilah yang ultra kiasu tidak faham, cara hidup orang Melayu Islam di negara ini.


Sebelum ini tidak pernah berlaku perarakan LGBT, tetapi hari ini berlaku. Sebelum ini kes menghina jarang berlaku, kini biasa berlaku. Di manakah kamu wahai pemimpin negaraku tatkala pihak musuh menghina agama kita.


Lebih malang lagi, sebelas (11) pertubuhan bukan kerajaan (NGO) minggu lalu menggesa kerajaan supaya menyemak semula hukuman yang dikenakan ke atas individu yang menghina Islam dan Nabi Muhammad di media sosial, sebaliknya mencadangkan langkah pemulihan.


Sebelum ini, seorang pengguna Facebook di Sarawak dijatuhi hukuman penjara 10 tahun 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuching selepas mengaku salah terhadap 10 pertuduhan menghina Islam dan Nabi Muhammad. Diikuti,  seorang lagi pengguna Facebook dipenjarakan selama 7 bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana kesalahan yang sama.


Pada hemat saya, hukuman ini sudah ringan. Ultra kiasu sengaja lakukan, bukan soal jahil lagi. Tetapi sudah jahat dan anti islam. Siapa mahu bertanggungjawab jika berlaku pertumpahan darah jika mahkamah tidak bertindak menjatuhkan hukum?


Jika hukuman berat ini tidak dikenakan, agama akan menjadi mainan bibir dan dihina daripada semasa ke semasa. Islam tidak membenarkan sama sekali kita menghina agama bukan Islam, malah menggalakkan kita memberikan hak-hak mereka yang sepatutnya menurut neraca keadilan, bukan samarata samarasa.


Bagaimana jika sebaliknya berlaku, kita hina agama orang bukan Islam.


Inilah kejahilan manusia, nama sahaja pertubuhan wanita dalam Islam, perangai macam bukan Islam.


Pernahkah kita campur tangan urusan bukan Islam


Saya masih lagi jarang ketemu ada dalam kalangan kita mengutuk atau menghina agama bukan Islam berbanding bukan Islam menghina Islam, dan utusanNya, Baginda Rasulullah s.a.w. Kenapa perkara ini semakin berleluasa hari ini? Sedangkan kita tidak pernah menyentuhpun mereka?


Pernah kita kutuk agama Kristian atau Nabi mereka? Pernah kita kutuk Buddha dan Gautama Buddha, Taoism, Konfucius? Pernah kita mengutuk atau menghina agama Hindu. Persoalannya kenapa begitu galak segelintir rakyat Malaysia bukan Islam, terutama Cina, tergamak mengutuk dan menghina agama dan Rasulullah s.a.w.


Persoalannya, kenapa hari ini, ultra kiasu begitu kurang ajar sehingga begitu berani menghina dan mempersendakan agama dan Nabi kita. Jawapannya, mudah. Kerana kita lemah.


Undang-undang berpihak dan berada dalam tangan mereka. Orang yang menjaga undang-undang adalah orang mereka.


Berapa orang yang telah terlepas hanya kerana mereka itu adal

ah orang yang dijaga oleh orang-orang ini.


Terbaharu, tidak semena-mena kerana politik, UMNO dan PAS dikaitkan oleh ultra kiasu dengan taleban dan pembunuhan pengganas ke atas 50 umat Islam di Christchurch, New Zealand.


Kata ultra kiasu tersebut, inilah bentuk ekstremism yang akan berlaku jika UMNO PAS memerintah Malaysia. Kenyataan ini amat biadab dan kurang ajar. Selama ini UMNO PAS memerintah, adakah bukan Islam pernah dijentik.


UMNO PAS masih lagi memerintah di negeri Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Adakah benar mereka menjadi taleban dan hak bukan Islam dinafikan? Saya tegaskan sekali lagi, hak dan keadilan yang telah diberikan oleh pemimpin Islam UMNO PAS, sudah terlebih adil atau terlebih Buddha, terlebih Kristian, terlebih Hindu. Saya sudah jelaskan minggu lalu.


Hargailah toleransi dan hati budi orang Melayu yang memimpin negara tercinta selama ini. Jangan ambil kesempatan atas kelemahan politik mereka hari ini. Jangan sakiti hati-hati Melayu dengan kenyataan-kenyataan yang menyebabkan Melayu mengamuk. Jika Melayu UMNO PAS itu taleban dan ekstremis, sudah tentu bukan Islam negara ini tidak senang duduk. Habis patung patung dan kubur kubur yang berselerak dan menghalang jalan awam dan pembangunan dimusnahkan. Tetapi keadaan itu tidak berlaku.

Yang ada, jalan lurus jadi bengkok. Bangunan sepatutnya besar jadi sempit. Bayangkan jika yang menghalang jalan dan bangunan itu adalah masjid dan surau. Dah lama kena roboh. Melayu tetap merelakan. Kenapa? Itulah hati budi Melayu. 

Hati budi Melayu yang perlu dijaga. Melayu sanggup korbankan kepentingannya demi orang lain. Orang lain macam mana? Nasib pegawai bomba, Almarhum Adib itulah contoh yang tak perlu saya ulaskan. Melayu sanggup berkorban sehingga terkorban untuk orang lain.

Cuba bandingkan nasib umat Islam yang diperintah di Selatan Thai dan Selatan Filipina. Begitu juga minoriti Islam di China dan India. Janganlah dibandingkan dengan Palestin. Pendek kata, apabila Islam memerintah, keadilan terpancar. Hak diberikan kepada bukan Islam terlebih beri. 

Tetapi apabila bukan Islam memerintah, saban hari umat Islamdibunuh, dizalimi dan dianiayai. Cukuplah dengan contoh-contoh yang saya telah diberi sebelum ini.


Ingatan saya sebelum menutup kalam ini. sebagai pemimpin, biar ada telur. Jangan kerana mereka rakan kita, kita tidak berani tegur di atas keceluparan mereka, sama ada secara, sengaja, jahil, jahat, atau anti Islam. Saya tida nampak sangat ini jahil. Tetapi yang berserabut dalam diri mereka adalah sengaja, jahat, dan anti Islam. Inilah sifat ultra kiasu yang saya sentiasa ingatkan selama ini.  

Monday, March 11, 2019

Mahu apa lagi ultra kiasu?

9:00 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments
https://www.ismaweb.net/2019/03/11/mahu-apa-lagi-ultra-kiasu-2/


Terlebih Melayu tidak boleh, terlebih Cina bagaimana?


Terlebih UMNO, Terlebih PAS, Terlebih Melayu, Terlebih Islam, pernahkah kami ambil hak kamu!
Susulan kenyataan Menteri Ekonomi, Azmin Ali, selepas kekalahan PH dalam PRK Semenyih yang mahukan, agenda Melayu dan bumiputera dilaksanakan tanpa apologetik, tiba-tiba beberapa pemimpin ultra kiasu terus melompat. Terserlah, sifat dan wajah sebenar mereka.

Ultra kiasu ini mengingatkan PH agar tidak menjadi terlebih Melayu berikutan kekalahan mereka dalam PRK DUN Semenyih. Katanya, PH tidak seharusnya menjadi terlebih UMNO atau terlebih PAS akibat kekalahan tersebut. Terlebih Cina bagaimana pula? Boleh?

Lihat apabila Nazri Aziz, sentuh pasal isu Sekolah Cina ketika kempen PRK Semenyih, meluap-luap amarahnya sampai sekarang. Repot polis lagi. Wal hal Nazri Aziz berkata, jika hak istimewa Melayu dan bumiputera dipertikaikan, makna kita boleh mempertikaikan kedudukan Sekolah Cina yang kewujudannya tidak berperlembagaan.

Sentuh sahaja hak mereka, maka kita dituduh dan dimomokkan dengan terlebih PAS, terlebih UMNO, terlebih Melayu atau terlebih apa lagi. Apakah ultra kiasu ini tidak terlebih Cina? Sangat...

Apa maksud terlebih Umno atau terlebih PAS? Apakah bukan Islam tertindas di negeri-negeri di bawah pimpinan UMNO dan PAS selama ini? Jangan pergi jauh, lihat sahaja di Kelantan, negeri majoriti besar Melayu. Betapa mewahnya hidup orang Cina di sana dengan tindakan terlebih Islam atau terlebih Melayu.

Pendek kata, semakin ramai peniaga Melayu/Islam dilahirkan, semakin kaya Cina. Hujahnya mudah, kita bukan pengeluar. Tetapi pengguna. Peniaga Melayu memerlukan barang-barang mentah pengedar Cina. Siapa pengeluar/pengedar simen, batu bata, kayu-kayan, ikan, ayam itik (termasuk makanannya), dan lain-lain. Semakin dasar berpihak kepada Melayu atau bumiputera, peniaga Cina tetap tidak tergugat, malah semakin kaya. Sila baca Tan Teong Jin, Ho Wah Foon, Tan Joo Lan (2005).    

Patung Buddha, baring, duduk dan berdiri, dibina dan dibantu oleh kerajaan negeri, sebesar-besar, selebar-lebar dan setinggi-tingginya, sedangkan penganutnya tidak sampai lima peratusnya. Banyak pulak. Adakah ini pendekatan terlebih PAS? Ini bukan sahaja terlebih Melayu atau terlebih PAS, ini sudah terlebih beri dan terlebih adil. Jangan bandingkan dengan Batu Caves.

Jika diikutkan bilangan dan statistik, bukan Islam di Kelantan, tidak selayaknya mendapat patung sedemikian besar, tinggi dan lebar. Tetapi hakikat sebenar, kita sudah terlebih beri. PAS sudah ‘terlebih Buddha’ sebenarnya dalam memberikan hak bukan Islam. Mahu apa lagi ultra kiasu?

Inilah toleransi dan kebaikan Melayu yang tidak ada tolok bandingnya. Toleransi kaum lain macam mana? Bukan sahaja mereka tidak bertoleransi, malah agenda Islam dipersenda dan Nabi kami diperhina?

Ultra kiasu tidak mengeluarkan sepatah harampun akan kata-kata supaya tindakan tegas diambil terhadap kuncu-kuncu mereka. Kita sebagai orang Islam sahaja yang bising dan lantang.

Ingatan saya, ultra kiasu boleh bangkitkan isu-isu lain, tetapi hati-hati dengan perkara berkaitan agama, jangan hina agama kami, buruk padahnya. Islam dengan Melayu, sudah sebati, berpisah tiada. Setakat ini kami masih bersabar. Lagipun kami tidak pernah menghina agama kamu, apatah menganiaya.

Jika ada tindakan PH menjadi  terlebih Melayu, atau terlebih bumiputera atau terlebih Islam, selagi tidak menindas kaum dan agama lain, pada hemat saya, itu  bukan terlebih UMNO atau terlebih PAS atau terlebih Islam atau terlebih Melayu.
Tetapi itulah keadilan sebenarnya.

Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kecualilah tindakan tersebut menjadikan bukan Islam merana dan teraniaya.

Ini tidak, kekayaan mereka tetap melimpah ruah, rumah ibadat mereka tumbuh macam cendawan sehingga menenggelam Melayu dan bumiputera. Adakah ini terlebih UMNO atau terlebih PAS?

Percayalah ultra kiasu, selagi Islamlah yang menjadi pegangan dan panduan orang Melayu, UMNO dan PAS dan parti-parti Islam/Melayu lain, selagi itulah kaum bukan Islam atau bukan Melayu tidak akan tertindas atau teraniaya, kerana agama Islam sama sekali tidak membenarkan perkara tersebut berlaku.

Tidak akan masuk syurga orang Islam yang menzalimi dan menganiaya bukan Islam Islam tanpa sebab, kerana mereka adalah juga makhluk Allah. Jika tidak ada orang bukan Islam, mana datangnya orang Islam?

Islam datang mengIslamkan bukan Islam. Islam tidak turun di kawasan orang Islam, tetapi turun di kawasan bukan Islam untuk mengIslamkan mereka. Lihat keadaan Mekah, sebelum Islam datang. Islamkah mereka? Tidak. Begitu juga alam Melayu. Islamkah Melayu sebelum Islam datang? Tidak. Sebab itulah, kita lihat Islam datang mengIslamkan mereka. Islam begitu cepat berkembang di negara bukan Islam, termasuk Melayu yang dahulunya tidak Islam, bila Islam datang, semuanya menjadi Islam.

Pendek kata, Islam bermula dengan Allah s.w.t. lantik seorang Rasul di kawasan bukan Islam, maka Rasul inilah yang mengIslamkan mereka. Kemudian, Islam tersebar ke merata tempat, seantero dunia. Sebab itu, kita dilarang memusuhi bukan Islam, sebab mereka inilah yang akan memeluk Islam. Adab-adab dan hikmah kena jaga.

Jika dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan pun, Islam mengajar kita supaya beradab, inikan pula dengan sesama manusia.

Nabi kami yang ultra kiasu hina itu, apabila mayat Yahudi dilalukan di hadapan Baginda, Baginda pintas bangun, sebagai tanda hormat, sehinggakan para sahabat terpinga-pinga. Sahabat bertanya, “kenapa bangun ya Rasulullah!” Baginda jawab; “tidakkah kamu sedar bahawa mayat yang lalu di hadapan kita itu juga adalah makhluk Allah”. Begitulah ajaran Islam dan hikmahnya dengan bukan Islam.

Dengan mayat bukan Islam yang telah mati pun kami diajar tentang adab, inikan pula dengan sesama manusia yang masih hidup meskipun mereka bukan Islam, selagi mereka tidak memusuhi Islam.

Ingatlah wahai ultra kiasu, kami sebagai umat Islam ada tanggungjawab terhadap kamu. Begitu juga dengan hak-hak kamu. Dalam konteks, hak-hak kamu ultra kiasu telah terlebih diberikan meskipun ada tindakan orang Melayu Islam yang terlebih Melayu, terlebih Umno, terlebih PAS, terlebih PAN, atau terlebih rasis?

‘Serasis-rasis’ pun orang Melayu, dengan partinya, mereka tetap jaga hak kamu ultra kiasu. Tetapi malangnya, bila kamu ultra kiasu menjadi rasis, kamu kutuk dan hina bangsa dan agama kami. Kami masih lagi tidak membalas, sebab Islam melarang kami bertindak seperti kamu.

Justeru, jangan kamu bimbang jika Islam menjadi pegangan dalam urusan pemerintahan meskipun mereka terlebih Melayu atau terlebih Islam atau terlebih Arab.

Adakah orang Cina boleh mengembangkan perniagaan mereka ke negara-negara Arab, seperti Doha, Qatar jika mereka terlebih Arab atau terlebih Islam?

Pernah mereka ambil hak-hak kamu. Di Malaysia, usahlah cerita, ibarat syurga bagi kamu untuk mengaut kekayaan negara ini dengan sepuas-puasnya. Pernahkah, Melayu bertanya, “bagilah aku sikit”. Kalau adapun Melayu yang minta, itu rasuah namanya.  

Melayu beri kamu, lebih daripadanya sepatutnya, kenapa kamu tidak pernah bersyukur.

Cuba ultra kiasu muhasabah, tindakan ultra kiasu yang terlebih Cina sehingga menenggelamkan identiti negara ini yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Jangan pergi jauh, lihat saja persiapan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Kelihatan negara berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu ini seperti negara China. Pasaraya skala kecil dan besar serta bandar-bandar penuh dengan lambang-lambang Cina? Ada orang Melayu bising? Perkara sebegini tidak dibenarkan di Brunei. Tetapi kami benarkan.

Ini tidak lagi soal pendidikan berasaskan kaum yang terlebih Cina, sehinggakan mengajar subjek sejarah Cina dan bahasa Cina sehingga menenggelamkan bahasa Melayu dan negara Melayu selaku bahasa dan bangsa teras negara ini.

Peliknya, kenapa mereka tidak bising. Bila ada sahaja agenda Melayu disebut, melompat mereka seperti cacing kepanasan. Tetapi agenda Cina (termasuk bangsa lain) didiamkan begitu sahaja.

Cina Uighur, China, semua hak mereka dinafikan. Hatta, hak yang bersifat peribadi seperti sembahyang, baca Quran, kerja haji, tutup aurat, pendidikan Islam dan lain-lain semuanya dinafikan. Kenapa ultra kiasu ini diam sahaja? Perkara yang tidak menguntungkan mereka, heboh. Perkara yang menguntungkan, senyap. Inilah wajah ultra kiasu yang sebenar. Jika umat Islam masih tidak nampak, terus bekerjasama dengan mereka sehingga boleh bercium mulut, malah mempertahankan mereka habis-habisan, alangkah malangnya negara ini.


Monday, March 04, 2019

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri

1:26 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments
https://www.ismaweb.net/2019/03/04/siakap-senohong-lama-lama-jadi-menteri-kata-ridhuan-tee/


Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri


siapa senohong gelama ikan duri
bercakap bohong, lama-lama mencuri,

siapa senohong gelama ikan duri
bercakap bohong, lama-lama jadi menteri

Apakah hanya PAS saya berbohong untuk menyelamatkan parti? Apakah parti-parti lain atau orang lain tidak pernah berbohong?. Sucikah kita semua daripada bohong, tipu dan dusta?

Terus terang, saya tidak seratus peratus suci. Tidak suci daripada dosa-dosa kecil, termasuk terpaksa kadangkala berbohong bagi tujuan tertentu.

Bagaimana dengan poster-poster kempen pilihan raya yang ditampal sana sini, ketika PRU 14, mengatakan wakil rakyat yang bertanding mempunyai kelulusan ini dan itu. Tidak itu bohong dan menipu. Bapak pembohong dan bapak penipu.

Kenapa baru sekarang menafikan apabila isu bohong mengenai kelayakan menteri dan timbalan menteri tersebut menjadi viral? kenapa tidak dinafikan sejak poster itu dinaikkan ketika kempen? Takkan menteri tidak tahu. Bila terkena hidung sendiri, bukan bohong, bila kena pada orang lain bohong, penipu dan sebagainya.

Mana lebih teruk bohong menyelamatkan diri dengan menyelamatkan parti. Saya fikir bohong menyelamatkan diri lebih hina daripada parti. Diri sendiri menanggung dosa, parti tidak menanggung dosa. Parti bukannya manusia.

Pemimpin ultra kiasu, tidak kira Melayu dan Cina beriya-iya menyerang PAS mengenai bohong. Apakah mereka tidak pernah berbohong selama ini dengan isteri, parti dan sebagainya. Berani bersumpah? Tak usahlah nak menjadi malaikat.

Mereka yang berkahwin dua, tiga dan empat, dok pakat-pakat bohong dengan isteri-isteri untuk menyelamatkan dan mententeramkan rumahtangga masing-masing. Saya sudah masak dengan permainan mereka ini.

Apatah lagi orang politik. Orang yang paling tidak boleh dipercayai jika mengikut survey yang dibuat pada tahun 2006. Antara 15 profesion kerja, yang paling tidak boleh dipercayai adalah orang politik.

Jadi, apakah Pas sahaja yang berbohong, parti lain adalah malaikat? 15 kategori manusia yang boleh dipercayai. Lihat jadual di bawah

Sumber: The Star 2006 dan NST, 2006

Apabila survery atau penyelidikan dibuat, sebahagian percaya bahawa ahli politik yang paling tidak boleh dipercayai atau paling banyak berbohong. Yang paling boleh dipercayai adalah doktor, guru, pensyarah, imam, saintis dan lain-lain. Ahli politik berada pada tahap integriti paling rendah.

Bermaksud, orang politik yang paling banyak menipu, tidak boleh dipercayai. Tok sah lah menjadi jadi malaikat yang berselindung disebalik nama, keadilan, amanah dan apa jua nilai yang diletakkan dalam nama parti.

Apakah kita tidak berbohong apabila berkempen, hari ini menang pilihan raya, esok turun harga minyak. Hari ini menang pilihan raya, esok tol dihapuskan. Hari ini menang pilihan raya, esok buat jalan raya atau lebarkan jalan raya. Ini bukan sahaja berbohong tetapi bapak pembohong. Mana mungkin perkara ini boleh dibuat sekelip mata. Semua bohong bossku.

Begitu juga kes liwat ultra kiasu ini, siapakah yang sebenarnya berbohong? Liwat atau tidak?

Bagaimana pula dengan “Langkah Kajang” 2014? apakah tidak bohong.  Malaikatkah ultra kiasu ini?

Ultra kiasu ini menidakkan sebarang usaha untuk menjatuhkan MB ke 14, Khalid Ibrahim daripada jawatannya sebagai MB Selangor, bagi memberi laluan kepada ultra kiasu ini.

Tidak semena-mena ADUN Kajang letak jawatan untuk memberi laluan kepada ultra kiasu ini. Tuhan Maha Kaya, tiba-tiba ultra kiasu ini tidak layak bertanding kerana disabitkan kesalahan oleh Mahkamah atas tuduhan Liwat 2.0. Ini tipu ke bohong?

Selain bohong, mereka turut berkomplot untuk menjatuhkan seseorang yang Menteri Besar yang berintegriti. Akhirnya, ultra kiasu ini terpaksa memohon maaf atas kesilapan itu kepada  Khalid Ibrahim di mahkamah.

Dahsyat sungguh komplot dan diselubungi bohong, tipu daya dan dusta. Sebab itu jangan mengata dulang, paku serpih. Mengata orang sendiri yang lebih.

Dalam Islam, bohong itu ‘dibenarkan’ jika boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar. Apakah parti ultra kiasu Cina tidak pernah berbohong dalam memperjuangkan dan mempertahankan agenda Cina mereka.

Saya amat yakin, mesyuarat sesama mereka sendiri, berbeza dengan mesyuarat yang dihadiri oleh Melayu ultra kiasu dalam kalangan parti mereka sendiri.

Sama juga isu yang berlaku apabila seorang menteri ultra kiasu membawa isteri bersama menghadiri mesyuarat rasmi bersama menteri sejawatan di China. Bohong atau tidak kenyataan bahawa isterinya dibawa bersama atas dasar jemputan.

Jika dijemput sekalipun, sepatutnya sebagai seorang menteri, beliau sepatutnya menolak. Isterinya boleh bersama dalam acara tidak rasmi tetapi bukan mesyuarat dua hala. Atas status apa isteri untuk duduk bersama dalam mesyusrat?

Bagaimana jika isteri turut bercakap dan memberi pandangan? Begitu juga rahsia kerajaan yang tidak sepatutnya diketahui oleh orang luar? Bohong atau tidak. Tanyalah bakal perdana menteri ultra kiasu tersebut.

Saya belum pernah melihat ada dalam kalangan perdana menteri kita membawa isteri ke dalam mesyuarat rasmi meskipun dijemput. Biasanya, mereka ada acara tersendiri.

Maka benarlah apa yang dikatakan oleh seorang menteri sebelum ini, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri. Tidak mustahil, juga bercakap bohong tidak menjadi perdana menteri.