Terlebih Melayu tidak boleh, terlebih Cina bagaimana?
Terlebih
UMNO, Terlebih PAS, Terlebih Melayu, Terlebih Islam, pernahkah kami ambil hak
kamu!
Susulan kenyataan Menteri
Ekonomi, Azmin Ali, selepas kekalahan PH dalam PRK Semenyih yang mahukan,
agenda Melayu dan bumiputera dilaksanakan tanpa apologetik, tiba-tiba beberapa pemimpin
ultra kiasu terus melompat. Terserlah, sifat dan wajah sebenar mereka.
Ultra kiasu
ini mengingatkan PH agar tidak menjadi terlebih Melayu berikutan kekalahan
mereka dalam PRK DUN Semenyih. Katanya, PH tidak seharusnya menjadi terlebih
UMNO atau terlebih PAS akibat kekalahan tersebut. Terlebih Cina bagaimana pula?
Boleh?
Lihat apabila Nazri Aziz, sentuh pasal isu Sekolah Cina
ketika kempen PRK Semenyih, meluap-luap amarahnya sampai sekarang. Repot polis
lagi. Wal hal Nazri Aziz berkata, jika hak istimewa Melayu dan bumiputera
dipertikaikan, makna kita boleh mempertikaikan kedudukan Sekolah Cina yang
kewujudannya tidak berperlembagaan.
Sentuh
sahaja hak mereka, maka kita dituduh dan dimomokkan dengan terlebih PAS,
terlebih UMNO, terlebih Melayu atau terlebih apa lagi. Apakah ultra kiasu ini
tidak terlebih Cina? Sangat...
Apa maksud
terlebih Umno atau terlebih PAS? Apakah bukan Islam tertindas di negeri-negeri
di bawah pimpinan UMNO dan PAS selama ini? Jangan pergi jauh, lihat sahaja di
Kelantan, negeri majoriti besar Melayu. Betapa mewahnya hidup orang Cina di sana
dengan tindakan terlebih Islam atau terlebih Melayu.
Pendek kata,
semakin ramai peniaga Melayu/Islam dilahirkan, semakin kaya Cina. Hujahnya
mudah, kita bukan pengeluar. Tetapi pengguna. Peniaga Melayu memerlukan
barang-barang mentah pengedar Cina. Siapa pengeluar/pengedar simen, batu bata,
kayu-kayan, ikan, ayam itik (termasuk makanannya), dan lain-lain. Semakin dasar
berpihak kepada Melayu atau bumiputera, peniaga Cina tetap tidak tergugat,
malah semakin kaya. Sila baca Tan Teong Jin, Ho Wah Foon, Tan Joo Lan (2005).
Patung
Buddha, baring, duduk dan berdiri, dibina dan dibantu oleh kerajaan negeri,
sebesar-besar, selebar-lebar dan setinggi-tingginya, sedangkan penganutnya
tidak sampai lima peratusnya. Banyak pulak. Adakah ini pendekatan terlebih PAS?
Ini bukan sahaja terlebih Melayu atau terlebih PAS, ini sudah terlebih beri dan
terlebih adil. Jangan bandingkan dengan Batu Caves.
Jika
diikutkan bilangan dan statistik, bukan Islam di Kelantan, tidak selayaknya
mendapat patung sedemikian besar, tinggi dan lebar. Tetapi hakikat sebenar,
kita sudah terlebih beri. PAS sudah ‘terlebih Buddha’ sebenarnya dalam
memberikan hak bukan Islam. Mahu apa lagi ultra kiasu?
Inilah
toleransi dan kebaikan Melayu yang tidak ada tolok bandingnya. Toleransi kaum
lain macam mana? Bukan sahaja mereka tidak bertoleransi, malah agenda Islam
dipersenda dan Nabi kami diperhina?
Ultra kiasu
tidak mengeluarkan sepatah harampun akan kata-kata supaya tindakan tegas
diambil terhadap kuncu-kuncu mereka. Kita sebagai orang Islam sahaja yang
bising dan lantang.
Ingatan
saya, ultra kiasu boleh bangkitkan isu-isu lain, tetapi hati-hati dengan
perkara berkaitan agama, jangan hina agama kami, buruk padahnya. Islam dengan
Melayu, sudah sebati, berpisah tiada. Setakat ini kami masih bersabar. Lagipun
kami tidak pernah menghina agama kamu, apatah menganiaya.
Jika ada
tindakan PH menjadi terlebih Melayu,
atau terlebih bumiputera atau terlebih Islam, selagi tidak menindas kaum dan
agama lain, pada hemat saya, itu bukan terlebih
UMNO atau terlebih PAS atau terlebih Islam atau terlebih Melayu.
Tetapi itulah
keadilan sebenarnya.
Adil bererti
meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kecualilah tindakan tersebut menjadikan
bukan Islam merana dan teraniaya.
Ini tidak,
kekayaan mereka tetap melimpah ruah, rumah ibadat mereka tumbuh macam cendawan
sehingga menenggelam Melayu dan bumiputera. Adakah ini terlebih UMNO atau
terlebih PAS?
Percayalah
ultra kiasu, selagi Islamlah yang menjadi pegangan dan panduan orang Melayu, UMNO
dan PAS dan parti-parti Islam/Melayu lain, selagi itulah kaum bukan Islam atau
bukan Melayu tidak akan tertindas atau teraniaya, kerana agama Islam sama sekali
tidak membenarkan perkara tersebut berlaku.
Tidak akan
masuk syurga orang Islam yang menzalimi dan menganiaya bukan Islam Islam tanpa
sebab, kerana mereka adalah juga makhluk Allah. Jika tidak ada orang bukan
Islam, mana datangnya orang Islam?
Islam datang
mengIslamkan bukan Islam. Islam tidak turun di kawasan orang Islam, tetapi
turun di kawasan bukan Islam untuk mengIslamkan mereka. Lihat keadaan Mekah,
sebelum Islam datang. Islamkah mereka? Tidak. Begitu juga alam Melayu. Islamkah
Melayu sebelum Islam datang? Tidak. Sebab itulah, kita lihat Islam datang mengIslamkan
mereka. Islam begitu cepat berkembang di negara bukan Islam, termasuk Melayu
yang dahulunya tidak Islam, bila Islam datang, semuanya menjadi Islam.
Pendek kata,
Islam bermula dengan Allah s.w.t. lantik seorang Rasul di kawasan bukan Islam,
maka Rasul inilah yang mengIslamkan mereka. Kemudian, Islam tersebar ke merata
tempat, seantero dunia. Sebab itu, kita dilarang memusuhi bukan Islam, sebab
mereka inilah yang akan memeluk Islam. Adab-adab dan hikmah kena jaga.
Jika dengan
binatang dan tumbuh-tumbuhan pun, Islam mengajar kita supaya beradab, inikan
pula dengan sesama manusia.
Nabi kami
yang ultra kiasu hina itu, apabila mayat Yahudi dilalukan di hadapan Baginda,
Baginda pintas bangun, sebagai tanda hormat, sehinggakan para sahabat
terpinga-pinga. Sahabat bertanya, “kenapa bangun ya Rasulullah!” Baginda jawab;
“tidakkah kamu sedar bahawa mayat yang lalu di hadapan kita itu juga adalah
makhluk Allah”. Begitulah ajaran Islam dan hikmahnya dengan bukan Islam.
Dengan mayat
bukan Islam yang telah mati pun kami diajar tentang adab, inikan pula dengan
sesama manusia yang masih hidup meskipun mereka bukan Islam, selagi mereka
tidak memusuhi Islam.
Ingatlah
wahai ultra kiasu, kami sebagai umat Islam ada tanggungjawab terhadap kamu. Begitu
juga dengan hak-hak kamu. Dalam konteks, hak-hak kamu ultra kiasu telah
terlebih diberikan meskipun ada tindakan orang Melayu Islam yang terlebih
Melayu, terlebih Umno, terlebih PAS, terlebih PAN, atau terlebih rasis?
‘Serasis-rasis’
pun orang Melayu, dengan partinya, mereka tetap jaga hak kamu ultra kiasu.
Tetapi malangnya, bila kamu ultra kiasu menjadi rasis, kamu kutuk dan hina
bangsa dan agama kami. Kami masih lagi tidak membalas, sebab Islam melarang
kami bertindak seperti kamu.
Justeru,
jangan kamu bimbang jika Islam menjadi pegangan dalam urusan pemerintahan
meskipun mereka terlebih Melayu atau terlebih Islam atau terlebih Arab.
Adakah orang
Cina boleh mengembangkan perniagaan mereka ke negara-negara Arab, seperti Doha,
Qatar jika mereka terlebih Arab atau terlebih Islam?
Pernah
mereka ambil hak-hak kamu. Di Malaysia, usahlah cerita, ibarat syurga bagi kamu
untuk mengaut kekayaan negara ini dengan sepuas-puasnya. Pernahkah, Melayu
bertanya, “bagilah aku sikit”. Kalau adapun Melayu yang minta, itu rasuah
namanya.
Melayu beri
kamu, lebih daripadanya sepatutnya, kenapa kamu tidak pernah bersyukur.
Cuba ultra
kiasu muhasabah, tindakan ultra kiasu yang terlebih Cina sehingga
menenggelamkan identiti negara ini yang berasaskan kepada sistem kenegaraan
Melayu. Jangan pergi jauh, lihat saja persiapan sambutan Tahun Baharu Cina
baru-baru ini.
Kelihatan
negara berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu ini seperti negara China.
Pasaraya skala kecil dan besar serta bandar-bandar penuh dengan lambang-lambang
Cina? Ada orang Melayu bising? Perkara sebegini tidak dibenarkan di Brunei.
Tetapi kami benarkan.
Ini tidak
lagi soal pendidikan berasaskan kaum yang terlebih Cina, sehinggakan mengajar
subjek sejarah Cina dan bahasa Cina sehingga menenggelamkan bahasa Melayu dan
negara Melayu selaku bahasa dan bangsa teras negara ini.
Peliknya,
kenapa mereka tidak bising. Bila ada sahaja agenda Melayu disebut, melompat
mereka seperti cacing kepanasan. Tetapi agenda Cina (termasuk bangsa lain)
didiamkan begitu sahaja.
Cina Uighur,
China, semua hak mereka dinafikan. Hatta, hak yang bersifat peribadi seperti
sembahyang, baca Quran, kerja haji, tutup aurat, pendidikan Islam dan lain-lain
semuanya dinafikan. Kenapa ultra kiasu ini diam sahaja? Perkara yang tidak
menguntungkan mereka, heboh. Perkara yang menguntungkan, senyap. Inilah wajah
ultra kiasu yang sebenar. Jika umat Islam masih tidak nampak, terus bekerjasama
dengan mereka sehingga boleh bercium mulut, malah mempertahankan mereka
habis-habisan, alangkah malangnya negara ini.
0 comments:
Post a Comment