Pabila ultra
kiasu berselendang rindu
Tidak
semena-mena wakil rakyat ultra kiasu mengenakan ‘selendang rindu’ sebagai tanda
simpati dan penghormatan kepada mangsa tragedi 50 umat Islam yang menjadi mangsa
korban perbuatan manusia tidak bertamadun, Brenton Tarrant, dalam dua buah
masjid di Christchurch, New Zealand.
Sejak
bila ultra kiasu ini suka berselendang kecuali ketika bulan puasa?
Sifat
ini sangat baik, jika sejak dahulu, ultra kiasu melakukannya. Sentiasa beradab
dan berpakaian sopan mengikut tradisi agama masing-masing. Ini tidak, setiap
kali ditemui, lihat pakaian mereka. Macam “fashion show”. Sehingga terpaksa
ditegur ketika berada di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
Sekurang-kurangnya
bacalah panduan etika berpakaian perkhidmatan awam. Bolehkah berpakaian
sedemikian rupa dengan kasut berwarna-warni.
Berbalik kepada isu berselendang rindu, tertanya-tanya
pula saya, jika Perdana Menteri dan rakyat New Zealand, tidak berselendang,
adakah ultra kiasu di negara kita akan melakukannya. Mengenali mereka sekian
lama, saya fikir, TIDAK. Mengenai orang barat sekian lama, mereka jauh lebih
ikhlas daripada kita di sini. Tahap lakonan dan kepura-puraan kita sangat
tinggi.
Sebelum ini, merekalah yang pertama mengeluarkan
kenyataan, bahawa tragedi seperti di Christchurch, akan berulang di negara
kita, jika UMNO dan PAS ditakdirkan berkuasa.
Kerjasama antara UMNO-PAS dianggap sebagai
ekstremis. Kenyataan yang sangat sensitif dan amat sukar diterima kerana selama
UMNO dan PAS memerintah dan masih memerintah di beberapa negeri hari ini, bukti
nyata, bukan Islam hidup senang lenang, tidak pernah diganggu, dan harta
menimbun.
Masih ingat lagi, bila ditegurkan sahaja
etika apabila berurusan di pejabat kerajaan atau sekolah, yang jelas mengatakan
perlunya berpakaian sopan. Seluar pendek dan baju tidak berlengan tidak
dibenarkan berurusan di kaunter dan di sekolah, ultra kiasu inilah yang tampil
ke hadapan membela mereka atas dasar hak asasi manusia.
Lihatlah
gelagat mereka berseluar pendek, sependek-pendeknya dan baju begitu seksi
ketika berurusan di pejabat kerajaan dan memasuki kawasan sekolah, sehingga
meloyakan kita yang melihat. Hari ini, tidak ada seorang pun pegawai kerajaan
yang berani menegur, etika berpakaian mereka. Jika ditegurkan, kita yang menjadi
mangsa, bukan mereka. Silap-silap pegawai kerajaan yang tegur itu yang kena
turun pangkat atau dipindahkan.
Dibuktikan lagi dengan ‘WeChat poll’ (sila rujuk Andrew
Anglin, Daily Stormer, 19 Mac 2019). Dalam
kalangan orang Cina yang terlibat dalam WeChat, daripada lebih 2000 responden, keputusannya amat mengejutkan,
lebih 80 peratus daripada mereka bersimpati dengan tindakan tidak bertamadunan tersebut, Brenton
Tarrant.
Anglin also found a Chinese poll showing that 81 percent of Chinese polled sympathized
with Tarrant. 61 percent viewed it as an act of revenge and hilariously 14
percent viewed it as an act of self defense.
Keputusan WeChat bangsa Cina ini benar-benar
sangat menggemparkan, ketika seluruh dunia bersedih dan bersimpati dengan kematian umat Islam akibat tindakan tidak
bertamadun, Tarrant.
Hasil keputusan WeChat ini, saya tidak
mengatakan semua bangsa Cina (juga bangsa lain) bersifat sedemikian. Ada ramai
ramai lagi di luar sana bangsa Cina (bangsa lain termasuk Yahudi) yang baik.
Tetapi, sifat ultra kiasu ini seperti yang terdapat dalam parti ultra kiasu
mesti dijauhi.
Tahap kepura-puraan ultra kiasu ini sangat
tinggi dan berada pada tahap tegar. Mengenali mereka sekian lama, kumpulan anti
Islam ini sama sekali tidak akan mengikut apa jua jejak langkah atau identiti
Islam. Hendak melihat mereka memakai baju Melayu jauh sekali, berbanding dengan
Melayu yang memakai baju tradisi Cina. Pernahkah pemimpin nombor satu ultra
kiasu berbaju Melayu dan berjubah misalnya? Bayangkan sejak daripada tahun 1957
hingga hari ini…
Malaysia tidak perlu menjadi New Zealand,
begitu juga New Zealand tidak perlu menjadi Malaysia, seperti yang disarankan
oleh beberapa pemimpin ultra kiasu. Kita ada cara tersendiri menjaga rakyat
kita berbilang kaum. Paling penting, perlu fahami sejarah dan patuhi
perlembagaan dalam hidup bernegara.
Sejauh manakah orang Cina misalnya memahami hati
budi Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, berbanding dengan Melayu dan
bumiputera memahami hati budi Cina.
Minoriti tidak pernah tertindas di bumi
bertuah ini. Meskipun kedengaran kadang-kadang suara-suara sumbang, itu hanya perang mulut. Malaysia sudah
terkenal dengan tongues wagging (perang
mulut) bukan parang ‘wielding’ atau
parang terbang.
Selepas 13 Mei 1969 memang tidak ada lagi
parang terbang. Tetapi jangan dicabar kesabaran Melayu, kerana ia ada had.
Mencabar kesabaran Melayu bermaksud, jangan diungkit perkara berkaitan raja,
agama Islam, hak istimewa Melayu, termasuk Bahasa Melayu.
Mengungkit dan membangkitkan secara biadab
bermakna, mencabar kesabaran Melayu.
Justeru, nasihat saya kepada ultra kiasu, pertama, hentikanlah
kepura-puraan ini. Cuba fahami cara hidup orang Islam (Melayu) dan agama Islam
itu sendiri, bermula sekarang. Sudah tentu dalam konteks Malaysia, kita mahukan
mereka bukan sahaja memahami orang Melayu dan Islam, tetapi pada masa sama
memahami perlembagaan itu sendiri sebagai asas hidup bernegara. Jangan dicabar
dan diungkit perkara yang telah persetujui oleh nenek moyang kita dalam
perlembagaan.
Kedua, belajarlah untuk menjadi manusia yang
ikhlas seperti mana yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri New Zealand dan warganya.
Fahamilah sensitiviti orang Melayu sebagaimana orang Melayu memahami sensitiviti
bukan Melayu.
Ketiga, jika teruja dengan berselendang, sesekali
pakailah pakaian kebangsaan Melayu ketika berada di parlimen atau ketika
perayaan, seperti berbaju kurung daripada berskirt pendek. Pakailah pakaian
tradisi mengikut budaya bangsa masing-masing dan jangan terlebih barat. Kita
ada budaya masing-masing. Setiap budaya ada keunikan sendiri. Sayangi dan
hormatilah.
Akhirnya, ketika ditegur mengenai pakaian dalam
DUN dan parlimen yang tidak mengikut etika, maka ultra kiasu melompat seperti
kera sumbang lagaknya. Lebih malang, ada seorang bekas speaker DUN ultra kiasu turut
campurtangan untuk membela rakan sejawatannya. Katanya, semasa beliau jadi
speaker, beliau tidak ada masalah dengan pakaian sedemikian. Apa? Ultra kiasu
ini ingat DUN atau Parlimen ini ‘fashion show’?
Bekas speaker itu berkata lagi, bentuk
pakaian dalam DUN dan Parlimen adakah budi bicara speaker yang menentukan,
bukan yang lain. Betulkah? Bacalah etika berpakaian perkhidmatan awam dan
ketika berada dalam DUN dan Parlimen.
Jika kami sebagai orang awam pun, apabila
dibenarkan melawat dan masuk ke dalam DUN dan Parlimen, ditetapkan cara dan
etika berpakaian, inilah pula wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat. Siapa
lebih besar, wakil rakyat (termasuk speaker) atau rakyat? Fikir-fikirkan.
0 comments:
Post a Comment