Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, July 11, 2011

Beza penyatuan Melayu dengan bukan Melayu

8:00 AM Posted by RIDHUAN TEE 737 comments
(Sinar Harian, 11 Jul 2011)

Saya sudah naik muak untuk mengulas mengenai Bersih kerana kita semua tahu tujuan yang tersurat dan tersirat mereka. Itupun umat Islam masih lagi buta. Masih terus mahu menyusahkan rakyat. Kepentingan politik mengatasi segala. Saya juga yakin kemenangan parti pembangkang Thailand dalam pilihan raya umum 2011 minggu lalu, menjadikan sumber inspirasi mereka, semakin nekad menguasai Putrajaya. Mereka tetap mahu berdemonstrasi.

Kemenangan parti Pheu Thai pimpinan adik bekas perdana menteri, Yingluck Shinawatra akan menjadi sejarah Thailand berperdanamenterikan seorang wanita. Apakah Yingluck boleh disamakan dengan ketua Bersih yang diperalatkan imej kewanitaannya bagi memenuhi nafsu serakah tersebut? Sama-sama kita saksikan.

Di Thailand, tindakan mereka amat professional, bila selesai pilihan raya, maka dikira selesai. Selepas itu, mereka akan tunggu 5 tahun lagi untuk membuat keputusan menukar pemimpin. Yang kalah, menerima kekalahan, yang menang meneruskan perjuangan agenda negara. Thailand tidak menghadapi banyak, kerana mereka hanya ada dua kumpulan, satu pro kerajaan dan satu lagi pembangkang.

Lagi pula, Thailand adalah negara sebangsa, 1bangsa, 1bahasa dan 1budaya, manakala Malaysia pula berbagai bangsa, berbagai bahasa dan berbagai budaya. Tidak banyak yang bersifat 1, kecuali gagasan perpaduan 1Malaysia yang cuba diketengahkan oleh Perdana Menteri. Itupun terlalu banyak disalahfahamkan dan dipolitikkan.

Dalam banyak hal semuanya mereka mahukan satu iaitu sama rata dan sama rata. Tetapi tidak dalam isu 1bangsa, 1bahasa dan 1budaya. 1sekolah tidak boleh dibincangkan kerana akan ditentang habis-habisan. Bolehkah kita mempercayai mereka untuk berdemonstrasi secara aman? Saya bimbang mereka akan mengambil kesempatan untuk memperlagakan sesama umat Islam.

Selama ini kita telahpun diperlagakan. Dendam kesumat tidak pernah habis. Kita sentiasa mencari kelemahan orang lain. Dahulu pembangkang mengutuk Umno Barisan Nasional. Kini, apabila mereka memerintah, sepatutnya mereka menjadi lebih baik dalam segala hal, tetapi nampaknya tidak banyak perubahan. Persaudaraan sesama saudara seagama diletak ketepi, yang penting kroni.

Pemilihan ahli majlis perbandaran masih sama. Cuma dibuat lebih teratur supaya tidak kelihatan seperti Umno Barisan Nasional. Dahulu mereka mencadangkan supaya pilihan raya dibuat untuk memilih ahli majlis. Namun, bila mereka memerintah, keadaan balik asal. Ahli majlis mereka mewakili parti politik juga. Mereka berebut-rebut projek dan tender untuk dibahagi-bahagikan kepada kroni-kroninya. Jangan pergi jauh, datanglah ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kenapa jadi sebegini? Belajarlah dari bangsa lain.

Saya ingin membawa pembaca meneliti isu ini untuk dijadikan iktibar. Minggu lalu, Persatuan Editor Akhbar Cina Malaysia mengutuk hebat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Teng Chang Kim, kerana pandangannya mengkritik akhbar Cina yang disifatkan terlalu ultra kiasu seperti yang telah saya sebut sebelum ini. Teng dilaporkan berkata bahawa wartawan akhbar Cina berperangai buruk dan penguasaan bahasa Cina mereka juga tidak sebegitu baik. Teng turut membidas mereka kerana tidak dapat membezakan antara benar dan salah dalam pemberitaannya. Tanpa menyiasat maksud Teng, Persatuan akhbar tersebut terus menyerang Teng.

Saya mengikuti peribadi saudara Teng sejak dahulu lagi. Beliau agak berbeza dengan ultra kiasu yang lain. Beliau agak terbuka dan banyak bergaul dengan orang Melayu. Malah beliau tidak segan silu memakai songkok ketika pembukaan parlimen dan tugasnya sebagai speaker. Banyak buku Islam yang dibacanya. Dengan sebab itu, dia agak tidak disukai oleh sesetengah pihak terutama akhbar ultra kiasu ini dan golongan ortodoks ultra kiasu. Maka tidak hairan jika beliau tidak terpilih untuk mengetuai parti ultra kiasu negeri Selangor.

Ketua Pemuda MCA seperti cacing kepanasan membidas saudara Teng untuk mencari publisiti murahan. Saya harap umat Islam di kawasan parlimen Ayer Hitam dapat membuka mata siapa wakil rakyat mereka sebenarnya. Sepatutnya akhbar Cina perlu melakukan muhasabah diri. Apakah selama ini pemberitaan akhbar mereka benar-benar membina negara bangsa berasaskan kepada gagasan 1Malaysia atau akhbar ini mengapi-api semangat perkauman. Mereka melabelkan akhbar Utusan Malaysia rasis. Akhbar mereka sahaja yang tidak rasis. Mereka tidak boleh disentuh langsung, keballah katakan. Baca artikel saya sebelum ini bertajuk rukun politik Cina bagaimana mereka menjaga bangsa mereka.

Bukan seperti kita, tidak pernah habis bertelingkah dalam apa jua isu hatta sampai ke dalam surau masjid. Peristiwa tiba-tiba makmum bangun menempelak khatib ketika sedang membaca khutbah solat Jumaat dua minggu lalu di masjid Ubudiah, Ampang, Selangor, menarik perhatian saya untuk memberikan sedikit pandangan. Khatib begitu syok sendiri dengan khutbah ciptaannya. Yang ‘menyeronokkan’ adalah khatib tersebut turut sama menempelak makmum tersebut dengan mengatakan dia jahil ketika berkhutbah. Rupa-rupa makmum dan khatib dua kali lima sahaja.

Sepatutnya, khatib tersebut tidak melayan sikap makmum tersebut dan meneruskan khutbahnya. Ini tidak, khatib tersebut turut tumpang semangkok. Saya tidak mengatakan tindakan makmum itu betul. Salah tetap salah. Saya mengharapkan khatib tersebut bertindak betul, rupanya salah.

Insiden seperti ini bukan perkara baharu, tetapi ia berlaku di masjid-masjid yang dikuasai oleh parti-parti tertentu. Mereka menjadikan mimbar untuk membalas dendam, bukan untuk mendidik. Kita semakin berpecah. Kita sepatutnya tidak mengambil pendekatan mengajar, tetapi mendidik dengan mengetuk pintu hati mereka. Jika Pas benar-benar ikhlas, sepatutnya Pas mengambil pendekatan mendidik Umno melalui nilai-nilai Islam yang ‘diperjuangkan’, bukannya menghamburkan kata-kata dan sindirin-sindiran tajam yang menyakitkan hati.

Saya amat pelik kenapa kita tidak selantang ini apabila berhadapan dengan musuh kita yang begitu jelas menentang kita dan mengenepikan agenda nasional. Baru-baru ini saya berforum dalam Majlis Pengetua Sekolah Malaysia yang dihadiri oleh hampir 1000 orang pengetua. Yang saya hairan, Majlis Pengetua Sekolah begitu besar persatuannya, tetapi kenapa suara mereka tenggelam dengan NGO yang lebih kecil seperti Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong. Ketiga-tiga persatuan ini mempunyai kaitan langsung dengan pendidikan Cina, tetapi suara mereka boleh menggegarkan negara. Manakala, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia dan begitu juga Majlis Guru Besar Malaysia (Sekolah Rendah), nampak hebat, tetapi tiada taring. Bukan mereka tidak mahu atau tidak boleh bersuara, tetapi suara mereka disenyapkan. Mereka terpaksa ikut kata boss.

Majlis Pengetua dan Majis Guru Besar ini sepatutnya diberikan kebebasan untuk berhadapan dengan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong, baharulah terserlah kepengetuaannya dan kegurubesarannya. Saya harap istilah ini boleh digunakan.

Inilah beza penyatuan antara Melayu dengan bukan Melayu. Bukan Melayu bersatu atas perkara asas atau perkara berkaitan hidup mati atau masa depan mereka. Manakala penyatuan kita, usahkan perkara besar, perkara kecilpun kita tidak boleh selesaikan. Malahan terus berpecah seolah-olah tidak ada penghujung. Lebih menyedihkan lagi tindakan kita sering menimbulkan beban dan masalah kepada rakyat jelata.

Demonstrasi haram Bersih meninggal kesan yang amat mendalam. Sejak hari khamis saya tidak dapat pulang ke rumah sehingga hari Ahad, saya hanya bermalam di hotel kerana terperangkap dalam kesesakan jalan yang amat dahsyat, sehingga saya mengambil keputusan berpatah balik bagi mengelakkan ceramah-ceramah hujung minggu yang telah diaturkan tidak tergendala. Terpaksalah saya memakai baju yang kotor selama dua hari disebabkan oleh tidak ada lagi pakaian Bersih.

Lebih hiba lagi mendengar ada yang terpaksa menunda tarikh perkahwinan yang telah diatur sejak setahun yang lalu, dan banyak lagi perkaraa penting terpaksa dibatalkan serta kerugian yang ditanggung gara-gara demonstrasi ini Bersih ini. Hati begitu tersentuh membaca berita ada seorang yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Takziah saya ucapkan, moga roh allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT, tidak kiralah sama ada penyokong Bersih atau tidak. Paling penting kita tetap umat Islam tetap bersaudara, walaupun mungkin kita berbeza.

Seperti yang selalu saya sebut, yang menjadi menjadi mangsa adalah umat Islam. Saya tidak nampak begitu ramai bilangan bukan Islam yang turun. Rata-ratanya adalah kulit sawo matang. Kalau adapun bukan Melayu, sengaja dialihkan kamera ke sana supaya ada warna warninya, wal hal sebenarnya tidak. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Sesama sendiri bercakaran. Orang lain bertepuk tangan. Silap-silap haribulan, Melayu hilang ditelan zaman. Hanya kerana sengketa yang tidak berkesudahan, tanpa penyelesaian. Titik pertemuan masih jauh kelihatan. Perubahan yang dilaksanakan tidak banyak menguntungkan.

Misalnya, apabila Kerajaan memberi biasiswa atau bantuan kepada orang Melayu (Bumiputera), maka tindakan ini dimanipulasikan dengan kata-kata memberi tongkat. Namun demikian, apabila bukan Melayu mendapat hak yang sama, maka ia dikatakan meritokrasi dan mereka berhak? Tidakkah kita sedar berapa ramai pelajar bukan Melayu yang dihantar di universiti di luar negeri melalui yayasan-yayasan berasaskan kaum yang diwujudkan dan sejumlah wang parti-parti politik perkauman yang tidak kurang banyaknya. Ini tidak termasuk individu-individu bukan Melayu yang terkaya membantu anak bangsa mereka.

Pendek kata, ada atau tidak Dasar ekonomi Baharu (DEB), bukan Melayu langsung tidak rugi. Tindakan cuba melonggarkah DEB itulah yang semakin merugikan anak bangsa ini.

Saya ingin memetik kata-kata A. Kadir Jasin, apabila orang Melayu (bumiputera) berjaya dalam perniagaan dia dituduh kroni. Tetapi apabila korporat Cina dan India menjadi raksasa kerana kontrak, francais dan lesen kerajaan ia dikatakan meritokrasi? Siapa yang memegang monopoli gula sampai hari ini atau menjadi kaya raya kerana lesen judi, lesen TV satelit, lesen Independent Power Producers (IPP) dan kontrak berbilion ringgit membina hospital, kereta api laju dan sekolah? Tidak ramai yang ingat bagaimana Tun Abdul Razak Hussein terpaksa “menyelamatkan” Malayan Banking pada tahun 1965 apabila pengasasnya, mendiang Khoo Teck Puat, disingkirkan atas tuduhan menyalahgunakan wang bank itu kepada syarikat persendiriannya di Singapura?

Begitulah juga dengan pengambilan oleh IPTA. Apabila keutamaan diberikan kepada Bumiputera, bukan Melayu merungut. Tetapi apabila Kerajaan membenarkan penubuhan IPTS yang majoriti pelajarnya bukan Melayu, berasaskan kaum maka tiada siapa pun nampak bahawa keuntungannya tidak kepada Melayu, tetapi kepada bukan Melayu.

Hari ini, terdapat 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang di punyai oleh kerajaan, tidak termasuk 24 politeknik. Bilangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pula melebihi 500 buah. Atas desakan, kerajaan telah membuka pengambilan bukan Bumiputera yang semakin ramai ke IPTA dan kemasukan ke IPTS yang terus dimonopoli oleh bukan Bumiputera, bilangan yang lebih ramai mendapat pendidikan pengajian tinggi adalah bukan Melayu. Kerajaan turut membantu IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu (parti politik), tidak cukup dengan itu bantuan melimpah ruah turut diberikan oleh syarikat swasta bukan Melayu kerana ada pelepasan cukai.

Kesimpulannya, saya yakin, suatu hari ini, kita tidak akan mampu lagi bersaing, apabila apa yang sedia ada semakin hilang. Misalnya, IPTA tidak akan mampu bersaing dengan IPTS kerana bangsa yang kuat ekonominya pasti hanya akan membantu universiti bangsanya sahaja. Ringkasnya, apa jua peristiwa yang berlaku, sebanyak manapun demonstrasi Bersih, dan polisi yang digubal, orang Islam akan terus rugi, yang untung adalah bukan Melayu. Inilah yang membezakan antara konsep penyatuan Melayu dengan bukan Melayu.

737 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 737   Newer›   Newest»
PEMBANGKANG-DAP said...

Saya tak naik muak menghentam Bersih, Dr. Selagi ada peluang, bila ada masa, saya hentam. Walau pun ulang berkali kali, bertalu talu. Nak tunjukkan kapada seberapa ramai rakyat yang boleh apa jenis maanusia, apa jenis yang dikatakan rakyat Malaysia depa tu.

Jenis penipu yang kata hendak bawa isu pilihanraya. Tetapi separuh dari tuntutan Bersih adalah isu isu politik parti parti Pembangkang. Orang parti Pembangkang ada didalam Jawatan Kuasa pemandu Bersih. Semua pemimpin parti parti Pembangkang turut berhimpun melainkan yang pegang jawatan negeri yang depa perintah, mungkin takut kena tangkap dan pemerintahan depa rebah.

Jenis yang melanggar undang undang. Walau pun tahu undang undang sebab Ambiga seorang loyar. Mana tak melanggar undang undang kerana Bersih tidak pun berdaftar. 62 NGO itu mungkin berdaftar, tetapi bukan ditas tujuan Bersih. Sudah diberi tahu tidak akan diberi permit berhimpun, masih mahu berhimpun. Sudah diberi tahu tidak boleh diStadium Merdeka diatas beberapa sebab yang sudah diterangkan, masih mahu Stadium Merdeka, "tidak peduli apa". Keras kepala, macam kominis dan gengster.

Macam itu mana taknya Polis tak beri permit. Mohon permit pulaknya hanya disa'at sa'at akhir.

Banyak rakyat faham dan sokong Pemerintah. Hanya 6,000 pergi berhimpun walau pun mereka harapkan 300,000.

Sudah saya keluarkan hujah hujah umum diatas, sekarang kita boleh bincang terperinci apa yang Sdr tulis itu.

Anonymous said...

Perpaduan Melayu pecah?

Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?

Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?

Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?

Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?

Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?

Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?

Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?

Anonymous said...

Memang benar kelompok orang Melayu adalah penerima awal agama Islam di Tanah Melayu, dan mereka merupakan majoriti Muslim maka sewajarnya mereka menjadi fokus dakwah.

Oleh itu, slogan yang lebih tepat adalah ‘Melayu Didahulukan, Islam Diutamakan’ . PAS, JIM, ABIM, IKRAM, HALUAN, Tabligh, Arqam, Hizbut Tahrir, Jemaah Islamiyah JI semua telah lama mengambil pendekatan sama.

Anonymous said...

Betulkah hak kepimpinan & Kepimpinan Islam di Malaysia adalah di tangan Melayu sahaja? (kerana mereka majoriti Muslim/lebih awal terima Islam/penduduk asak tanah Melayu)

Seorang Presiden Umno dan pernah menjadi PM Malaysia yang zahirnya adalah seorang pejuang Melayu, hakikatnya seorang berkaum mamak.

Harus ingat 1 Melayu 1 Bumi yang dicetuskan Dato Zaini antara lain dipimpin oleh seorang yang berkaum Cina, Dr Ridhuan Tee. Hakikatnya, seorang Cina boleh menjadi PM di Malaysia, dengan syarat seorang Islam yang bertakwa dan cukup syarat2 menjadi pemimpin seperti digariskan Ulama’.

Maka, kenyataan Hak Kepimpinan Negara eksklusif untuk satu kaum tempatan ini mirip kepada laungan Puak Saudi (+ Wahabi) ketika menghalau Khilafah Turki Uthmaniyah daripada jazirah arab satu ketika dahulu.

Anonymous said...

Apakah Ketuanan Melayu tidak ditolak bahkan dibela terutama oleh PERKASA?

Sebenarnya Ketuanan Melayu/Malay supremacy/Siyadatul qaum ‘alal akhar adalah sifat perkauman, rasis.

Kalau Melayu tuan, apakah kaum lain hamba?

Alangkah baiknya kalau istilah hak istimewa Melayu, atau Kepimpinan Melayu atau seperti diungkap PAS: Islam Memimpin Perubahan.

Anonymous said...

Bukankah Nasionalisme, Kebangsaan, sayang bangsa sendiri adalah sebahagian daripada Islam?

Sayang bangsa sendiri adalah fitrah, benar; cintakan tanah air sebahagian daripada Islam juga benar tetapi menjadikan Nasionalisme akidah perjuangan batil sebagaimana menjadikan demokrasi satu keimanan dan bukan sekadar wasilah.

Anonymous said...

Kesatuan adalah sesuatu yang dititikberatkan Islam memang betul, tetapi kesatuan yang didasari tauhid, bukan kesatuan yang didasari bangsa sehingga menutup mata kepada kezaliman.

Anonymous said...

Rakyat Islam tertanya kenapa PAS boleh bersepakat dengan DAP yang tidak berakidah sedangkan ahli UMNO semuanya Islam.

Rakyat Islam memang ketahui bahawa kesepakatan Pakatan Rakyat bukan didasari tauhid, tetapi didasari kesepakatan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Menyedari kezaliman UMNO, kesepakatan PAS dengan UMNO hanya kerana sama2 Melayu/ sama2 nama Islam boleh jatuh ‘asabiyah.

Perlu disedari akidah (ideologi) UMNO adalah nasionalisme dan Islam ditempel2kan sahaja, sebagaimana ditempelkan Masyarakat Madani, kemudian dibuang, ditempelkan Penerapan Nilai2 Islam kemudian dibuang, ditempelkan Islam Hadhari kemudian dibuang, ditempelkan Islam Sederhana/Moderat/Wasatiyah terkini.

Anonymous said...

Rakyat Islam juga sedar bahawa DAP memang mengkritik pengharaman judi di Kelantan. Apakah Cina itu berbaik2 dengan PAS ada agenda tersembunyi, mustahil mereka akan saja2 bagi undi?

Menganggap satu kaum ancaman bukanlah ajaran Islam tetapi ajaran UMNO. Syak wasangka kepada Cina adalah permainan sentimen UMNO sebagaimana Syak wasangka kepada hukum hakam Perundangan Islam juga dijadikan permainan sentimen Umno.

Anonymous said...

Dunia politik dilihat sebahagian orang sebagai sangat kotor, namun jangan terperanjat sebahagian lagi melihat ahli politik sungguh indah dan baik2.

UMNO hari ini telah berjaya melukis potret indah kepada ramai orang Melayu tentang siapa diri mereka; iaitu UMNO memperjuangkan kepentingan Melayu dan Mendaulatkan Islam.

Minta maaf untuk mengatakan bahawa ramai masyarakat Melayu yang masih dirantai kekolotan pemikiran politik ala UMNO, yang perlu dicelikkan!

Anonymous said...

Hah, dah keluar lagi komen komen 2-3 minit satu. Dia juru taip yang taip 120 perkataan seminit agaknya. Atau dia salin dari fail mana atau Harakahkah atau Roket atau suara Tak Keadilan ke.

Nantilah, aku lapang nanti akan cuba balon dia. Haha, sedap pulak dulu dengar oghang Peghok ke pakai perkataan balun. Aku setuju, nak pakai tu selalu. Hahaha.

Anonymous said...

Kesatuan dan kesepakatan telah lama diperjuangkan.

Adalah menjadi satu impian untuk melihat ummah Islam bersatu.

Namun, realiti di lapangan adakalanya sama sekali berbeza dengan teori2 dan falsafah.

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” adalah satu slogan yang baik sekali imbas, begitu juga “1 Melayu 1 Bumi”.

Namun, realiti politik Malaysia, perlu diutamakan kesepakatan dengan Jemaah2 Islam seperti PAS.

“1 Gerakan Islam 1 Malaysia”. “Gerakan Islam sepakat, Islam Berdaulat”.

Jangan kerana hendak berdikari sendiri akhirnya sedar tidak sedar menjadi buah catur permainan politik UMNO!

Anonymous said...

Sedarlah bahawa orang berilmu itu orang yang banyak maklumat dan kesedaran dan dapat memetik segala teks, kitab dan kata2; akan tetapi orang berilmu itu adalah orang yang dapat mengintegrasikan segala teori, falsafah dengan realiti, situasi semasa!

Anonymous said...

PAS tetap konsisten dengan prinsip yang ditetapkan sejak awal penubuhan dan akan tetap dengannya kerana Al-Quran dan Hadis menentukan bahawa sebarang bentuk praktikal dalam perjuangan dan apa-apa perkara sekalipun perlu bermatlamatkan Allah.

Umno BN gagal berubah walaupun PAS yang merupakan parti lawan yang sama “tua” telah melakukan lonjakan persepsi yang mana PAS telah berjaya mendapat perhatian dari di kalangan yang bukan Islam.

Bukti yang terserlah ialah wujudnya kelab penyokong PAS yang telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan PAS dan ini telah menjadikan PAS sebuah sebagai parti bukan untuk satu bangsa dan kaum.

Anonymous said...

PAS adalah parti yang memperjuangkan prinsip-prinsip Islam yang tentunya merupakan prinsip-prinsip terbaik bagi seluruh manusia tanpa mengira kaum dan ia tentu berbeza sama sekali dengan perjuangan Umno.

Ucapan Salam 1Malaysia adalah perbuatan bidaah kerana tidak ada dalam amalan Islam, yang ada ialah ucapan salam yang sempurna iaitu “assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh”.

Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpokok kepada nasionalisme, sedangkan Rasulullah saw sendiri tidak pernah mengajar ‘Salam Satu Madinah’.

Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur (kepada amalan Islam), berilah salam yang sempurna.

Amerika juga mengajak rakyatnya bersatu di atas dasar United State – satu Amerika, sementara Russia dengan satu Russia, malah Thai dengan 1 Thai, demikian juga dengan ‘United Malay’.

Persoalan sekarang, aspek penyatuan itu disuruh Islam, tetapi hendaklah dipastikan sama ada penyatuan tersebut atas dasar tauhid atau syirik.

Bagi orang Islam, sama ada 1Malaysia atau pun tidak, itu tidak kisah, namun konsep ‘1Malaysia’ yang dicetuskan dipastikan sama ada berlandaskan dasar tauhid atau tidak.

Pendekatan 1Malaysia menggambarkan kemuncak kepada ajaran nasionalisme yang meninggalkan agama dalam gerak kerjanya.

Slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ nampak elok, tetapi dalam Islam, Allah swt mestilah didahulukan.

Allah swt mesti didahulukan. Jangan bertindak seolah-olah hak Allah swt
tidak ada dalam senarai urusan negara kita sekarang

Anonymous said...

Tidak timbul soal Melayu berpecah, sebaliknya yang berlaku ialah peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada Umno kepada Pakatan Rakyat.

Umno perlu bertaubat daripada memainkan sentimen perkauman.

Hakikat menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu tidak mudah lupa dan tidak akan lupa dengan segala penyelewengan dan politik adu-domba tajaan Umno yang kini semakin nazak dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat.

Anonymous said...

Setiap orang Islam, baik yang asli (penduduk setempat) atau mendatang (pendatang, wisatawan, tetamu, pelarian dan lain-lain) mendapat hak asasi yang sama saja.

Orang besar, orang kecil, orang berjabatan, orang tidak berjabatan, orang kaya, orang miskin tidak dibeda-bedakan dalam urusan mendapatkan hak-hak asasi. Yaitu

1. Kebebasan untuk memiliki rumah, harta dan lain-lain.
2. Kebebasan bekerja dan berbicara.
3. Peluang belajar di dalam dan luar negeri.
4. Melaksanakan dan mengurus hak-hak agama.
5. Kalau dihina akan dilindungi dan penghina itu akan dihukum.
6. Mempertahankan kehormatan diri, harta, keluarga dan lain-lain. Bahkan dalam ajaran Islam seorang yang mati karena mempertahankan dirinya, harga dirinya, keluarganya dan hartanya itu dianggap mati syahid.

Sabda Rasulullah

Siapa yang terbunuh karena mempertahankan hartanya maka dianggap syahid, dan siapa yang terbunuh karena mempertahankan darahnya maka dia juga syahid, siapa yang terbunuh karena mempertahankan agama (harga diri)nya maka dia syahid dan siapa yang terbunuh karena mempertahankan keluarganya maka dia juga syahid.(Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi)

Anonymous said...

Itulah dia hak-hak asasi umat Islam secara umum. Mereka dibolehkan, bahkan bebas berorganisasi, beraktivitas, berdagang, mengumpulkan harta, berjuang, menikmati hiburan, menulis, mengeluarkan pendapat dengan syarat tidak melanggar syariat ALLAH dan tidak melanggar hak asasi orang lain.

Juga tidak bertentangan dengan perintah pemimpin, bila perintah itu sesuai dengan ajaran Islam. Arahan pemimpin yang tidak syar'i tidak wajib ditaati.

Rasulullah SAW bersabda:

Hormat dan patuh kepada orang Muslim adalah wajib, baik perkara itu disukai atau tidak selama tidak diperintahkan perkara maksiat. Apabila seseorang itu diperintahkan supaya melakukan maksiat maka tidak ada hormat dan ketaatan.(Riwayat Al Bukhari)

abdullahngah said...

Dr, Ridhuan,

Saya sangat dan amat setuju dengan kata kata saudara yang berbunyi:

"Saya sudah naik muak untuk mengulas mengenai Bersih kerana kita semua tahu tujuan yang tersurat dan tersirat mereka. Itupun umat Islam masih lagi buta. Masih terus mahu menyusahkan rakyat. Kepentingan politik mengatasi segala.

Memang umat Islam masih lagi buta termasuk saudara sendiri yang masih buta lagi, kerana cenderung kepada parti umno yang tak berlaku adil.

Barangsiapa yang cenderung dan condong kepada golongan yang tak berlaku adil akan dicampak kedalam apir neraka.

Sesiapa yang berbuat demikian, maka mereka jelaa dan nyata masih buta hati tak dapat menilai yang mana satu intan berlian dan yang mana satu kaca.

Anonymous said...

Umat Islam sepatutnya adalah orang-orang yang mengikuti cara hidup Islam, dengan merujuk kepada Rasulullah dan salafussoleh. Supaya umat Islam menjadi seperti para Sahabat, di mana mereka itu menjadi tuan di dunia dan menjadi tuan di Akhirat.

Mereka dapat menumbangkan Rom dan Parsi. Mereka bukan saja menjadi negara maju bahkan muncul sebagai empire yang menguasai 3/4 dunia. Mereka bukan saja terkenal di langit, tapi juga di bumi. Bahkan mereka terus terkenal dan disebut sampai ke zaman sekarang, 1400 tahun sesudah mereka meninggal. Maqam mereka tetap diziarahi. Mereka bukan saja kaya, bahkan dunia berada dalam tangan mereka. Bahkan sekarang ini mereka sedang kenikmatan Barzakh yang kelazatannya tidak tergambarkan dan tidak terkatakan.

Anonymous said...

Menurut pandangan Islam, terdapat dua jenis warga negara dari kalangan orang bukan Islam yaitu:

1. Kafir zimmi.
2. Kafir 'ahdi (mu'ahid).

Kafir zimmi ialah orang bukan Islam yang bermaustautin (bermukim) dalam Negara Islam di mana mereka itu mengaku taat setia kepada pemerintah dan negara.

Walau bangsa apapun mereka, baik penduduk asli (penduduk setempat) atau mendatang akan mendapat hak-hak asasi seperti juga umat Islam mendapatkan hak-haknya. Yakni:

1. Kebebasan memiliki rumah dan harta.
2. Peluang-peluang belajar di dalam dan luar negeri.
3. Kebebasan bekerja dan berbicara dengan syarat tidak melanggar hak asasi orang lain.
4. Bebas menganut agama apa pun. Pemerintah atau umat Islam tidak boleh memaksa mereka menganut Islam. Sebab ALLAH berfirman:

Tiada paksaan dalam memilih agama.

5.Berhak untuk menjadi pemimpin atau menteri-menteri di kalangan mereka.
6. Diberi perlindungan bila mereka dihina. Sekalipun yang menghina itu dari kalangan orang Islam sendiri, pasti dihukum.
7. Berhak mempertahankan harga diri, harta dan keluarga.

Anonymous said...

Berbeda dengan umat Islam, warga negara bukan Islam tidak dikenakan zakat, fitrah, sedekah, berkorban dan lain-lain sebagai sumbangan kepada negara dan masyarakat.

Dengan sumbangan tersebut negara akan jadi kuat dan dapat menguatkan individu-individu terutama orang-orang susah.

Maka untuk tujuan yang sama di samping kepentingan- kepentingan keselamatan dan pengurusan mereka, warga yang bukan Islam mesti membayar jizyah atau pajak kepala. Tidak ada pajak lainnya. Kadar pajak itu menurut taraf hidup dan kemampuan masing-masing seperti yang diputuskan oleh hakim atau ketua negara.

Anonymous said...

Kafir mu'ahid adalah orang bukan Islam yang tinggal di Negara yang sama tetapi mempunyai hubungan-hubungan diplomatik, ekonomi, perdagangan, persahabatan dan lain-lain, walau bangsa apapun mereka, dari negara mana, apa agama dan warna kulit, namun tetap dilindungi.

Mereka mendapat hak-hak dan dilindungi dari penghinaan. Sama halnya dengan kafir zimmi.

Anonymous said...

Terdapat sejenis lagi orang kafir menurut ukuran Islam. Tetapi mereka itu bukan warga negara.

Mereka adalah musuh Islam yang dipanggil kafir harbi. Mereka memiliki niat untuk bermusuhan dengan umat Islam.

Orang itu walaupun belum berperang senjata, cuma perang saraf saja, tetapi tetap dianggap sebagai musuh Islam.

Kalau mereka menyerang, negara wajib membalas serangan tersebut. Namun umat lslam sekali-kali tidak diajarkan untuk memulai serangan, sekalipun perbuatan musuh itu begitu jelas sekali.

Tetapi apabila mereka menyerang, wajib dibalas atau dilawan dengan dua tujuan penting yaitu:

1. Menjaga harga diri agama, negara dan masyarakat.
2. Menghindari fitnah agar kejahatan tidak berkepanjangan
dan tidak menyebar kemana-mana.

Dalam peperangan, harta musuh boleh dirampas sebagai harta rampasan perang. Orang-orang tawanan perang dijadikan hamba sahaya. Kecuali kalau dia memeluk Islam, secara otomatis dia merdeka dan mendapat hak-hak warga negara seperti orang-orang Islam yang lain.

Demikianlah pertimbangan Islam dalam memberi keselamatan dan naungan kepada manusia seluruh dunia.

Mana ada penindasan dan kekejaman atau peperangan yang dicanangkan oleh Islam?

Tertolaklah bahwa Islam agama peperangan dan kekejaman.

abdullahngah said...

Pada saya pembahas yang menggunakan nama Anonymous said...adalah manusia yang tak amanah dan tidak boleh dipercayai.lain jika ada nama samaran dibawah komen.

Anonymous said...

LEBIH 20 KOMEN BERTALU TALU DLM MASA YANG SINGKAT. AKU GUNAKAN HURUF BESAR NAK TANDAKAN ADA SUARA LAIN KELUAR, HAHAHA.

MAT DERIS KE NI? ATAU DAH GANTI MAT DERIS? KESIAN DIA, DIHUMBAN PUAK ERDOGAN ANWAR ALJUBRI KE HAPE KE NAMA.

DIPENDEK PENDEKKAN KOMEN PULAK KEBELAKANG INI. KE NAK TUNJUKKAN BANYAK ORANG SOKONG PAS? KALAU GITU, PATUT KO MASUKKAN SATU KOMEN SATU JAM LE. BARU TENGOK SAMPAI PUKUL 3 PAGI KE TAK, HAHAHA. SEKARANG CARA NI NAMPAK BENAR DAKYAH PROPAGANDA PAS SEMATA MATA.

ADA KOMEN YANG TAK PERLU DIJAWAB PUN. KITA TAU YANG MANA SATU KELUAR DARI KILANG KITARAN SAMPAH PAS. ADA YANG BETUL BETUL HAL AGAMA ISLAM SAJA TAK BERBAU PAS PUN. YANG ITU SAYA SOKONG. TAPI KEBANYAKANNYA BERBAU PAS. ITU AKU NAK CUBA BALUN.

Anonymous said...

Haha Dollah, kan orang dah cakap ko pemikiran cetek, pemandangan singkat.

Ko selak kain ko tu, enogk singkat tak. Mengarut kamu cakap mentang mentang ko taruk nama penuh. Habis amacam yang keluarkan dakyah PAS tu?

Anonymous said...

Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia.

Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

PAS akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.

SPR, SPRM dan ROS telah diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

PAS akan memperjuang untuk mengembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.

PAS menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, PAS menentang parti Umno kerana Umno zalim, Umno menindas rakyat Malaysia, Umno merompak harta negara dan Umno (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara.

Anonymous said...

8:51 AM,

Korang yang keluar dari UMNO dan tubuhkan PAS berpuluh tahun dulu yang memecahkan ummat Islam diMalaysia ini.

Nakkan Hukum Hudud tak kira negara berbilang kaum.

Pastu bila Lim Kita Siang kata "Never" dan Karpal Singh kata "Over my dead body" kpd Hukum Hudud, korang gugurkan Negara Islam.

Nik Aziz kata haram berkerja sama dengan kafir. Pastu pi jilat air liur dia, pi sekongkong dengan DAP.

Bak kata P. Ramlee, apa daaa.

Ooops, kot tak hargakan P. Ramlee? Mcm Taliban agaknya. Hahaha.

Anonymous said...

8:56 AM,

Tak masuk Taliban ke dlm kumpulan yang ko sebut tu?

Anonymous said...

Selepas komunis dan kemudiannya dadah yang menjadi musuh utama negara, kini Umno mengambil alih tempat tertinggi sebagai musuh utama Negara ini.

Rakyat perlu sedar bahawa musuh utama negara sekarang bukan komunis dan dadah tetapi Umno yang banyak mengelirukan umat Islam dengan memperkenalkan pelbagai jenis Islam seperti Islam hadahari, Islam liberal dan ulul albab.

Umno membahayakan Islam dan membahayakan umat Islam.

Anonymous said...

Setiap parti politik tidak akan berkuasa selama-lamanya dan akan menemui ajal mereka apabila terlalu banyak penyelewengan berlaku.

Sejarah dunia membuktikan banyak parti politik tidak akan bertahan lama setelah parti mereka banyak melakukan perkara-perkara untuk kepentingan pribadi.

Perjuangan dakwah dan politik tidak dapat dipisahkan untuk memastikan pemimpin memerintah mengikut landasan Islam yang sebenarnya.

Jihad yang sebenar adalah bercakap benar di depan pemimpin yang zalim.

Anonymous said...

Pelik ngan PR ni..ahli2nye pun contradict dlm perjuangan...

Ade yang mcm tabligh dah...JIhad kate mereka..

Ade yg macam Sister in Islam ..NGO sekular tu..

Jadi, mana meeting point dalam perjuangan mereka?

Ada satu je meeting point mereka...mereka bersatu sbb bencikan UMNO...ape2 yang dibina dr kebencian, pada hemat saya...adalah sesuatu yang tidak elok..

ayat2 bersatu menentang kezaliman umno tu ayat2 propaganda je..

Anonymous said...

Pertembungan idea dan pendapat lebih perlu di dalam perkara-perkara yang penting khususnya bagi menghadapi musuh.

ISTILAH atau cap atau golongan atau pihak atau label atau apa-apa sahaja namanya adalah ciptaan Umno dan musuh PAS.

Anonymous said...

8:59 AM,

Dah keluar mengata mamak pulak ko. Yang Nik Ajis tak ngaku Melayu langsung tu apahal? "Buke Melayu .. Isle je", kata dia. Kkafir mengkafirkan orang. Menentukan siapa yang masuk syurga, siapa yang masuk neraka. Mengarut punye orang tua.

Jenis mcm tu nak kePutrajaya? Sori le, beb. Atau sori le tok gugu gagak.

Anonymous said...

Umno dan BN mengekalkan warisan undang-undang penjajah Inggeris, mengekalkan sekuralisme dan mendukung kepercayaan bahawa 'politik suku, agama suku.' (konsep sekularisme)

Perjuangan PAS ganti Umno adalah perjuangan akidah, pegangan seseorang Muslim yang yakin dan beriman (PAS) ganti kumpulan orang Islam yang telah meninggalkan asas-asas perjuangan agamanya (Umno).

Anonymous said...

9:01 AM,

So'alan Melayu tuan, yang lain hamba tu dah nyata kitaran sampah PAS. Mcm Abdullah Ngah, sangat cetek pemikiran dan singkat pemandangan.

Tak taukan Perkara 153 Perlembagaan fasal Kedudukan Istimewa Melayu yang melambangkan Ketuanan Melayu.

Ko dah ikut DAP dlm pasal ini jugak ke? Kuat betul hidung kau kene tarik DAP. Sakit kalo tak ikut ye?

Anonymous said...

Perjuangan PAS ganti Umno merupakan satu jihad.

Parti Umno sempit dan pragmatis itu tidak mampu menjawab hujah-hujah PAS.

Keupayaan Umno dalam hal-ehwal agama selalunya amat terbatas atau tidak wibawa.

Tokoh-tokoh agama Umno dan kerajaan (yang mengampu) tidak dipandang kukuh.

PAS berjaya menjelaskan maksud jihad yang sebenarnya. Mengutip hujah Al-Quran dan hadis, PAS dengan mudah menyokong konsep jihad, mati syahid, kezaliman, dan sekularisme Umno serta kerajaan dengan petah dan lancar.

Anonymous said...

Kumpulan-kumpulan Islam di luar PAS - seperti JIM atau ABIM, pegawai agama kerajaan sendiri (yang jujur pada Al-Quran dan hadis), pensyarah, ustaz di jabatan agama, khatib yang menyampaikan khutbah dan penceramah bebas (dalam bidang agama) -- secara automatis akan bangun serentak menjawab fitnah kerajaan dan Umno terhadap konsep-konsep Islam tersebut.

Apabila kumpulan-kumpulan bebas ini menjawab sama seperti PAS, maka ramailah anggota masyarakat yakin bahawa PAS berada atas landasan yang benar, sementara Umno cuba memutar-belitkan ilmu Islam.

Anonymous said...

Sebenarnya isu agama dan Islam, bukan lagi isu Umno. Parti itu akan keletihan jika cuba bersilat di gelanggang tersebut.

Hakikatnya pun, isu Melayu -- pada saat ini -- bukan lagi isu Umno.

Lebih banyak dan lebih mudah menentang Umno berdasarkan kegagalannya dalam isu membela Islam dan Melayu daripada isu-isu yang lain.

Lagipun, isu-isu ini bersifat emotive dan sangat dekat dengan jiwa Melayu. Dengan logik yang mudah, jiwa Melayu-Islam akan dapat diyakinkan dengan penerangan PAS.

Anonymous said...

Hari ini kita melihat Kerajaan Persekutuan mempergunakan kuasa Persekutuan mereka untuk menafikan hak Kerajaan negeri memerintah dengan menyalurkan bantuan Persekutuan kepada Jabatan Kerajaan Persekutuan yang diwujudkan disemua negeri yang di perintah Pakatan.

Tindakan ini menyebabkan Kerajaan Negeri yang diperintah Pakatan tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya.

Ini sekaligus meningkatkan perbelanjaan Kerajaan diperingkat negeri dan negara sekaligusnya menjadikan dana negara sebagai modal percaturan politik bukannya dana untuk membantu rakyat.

Anonymous said...

9:09 AM,

2 kommen ko sebelom ini aku tak komen sebab tak berbau PAS, PKR atau PR. Yang ini aku nak balun.

Ya, cukup ramai "Rakyat Islam tertanya kenapa PAS boleh bersepakat dengan DAP yang tidak berakidah sedangkan ahli UMNO semuanya Islam." Betul, betul, betul.

Rakyat Islam memang ketahui bahawa kesepakatan Pakatan Rakyat bukan didasari tauhid, tetapi didasari mau rasa Putrajaya tak kisah apa. Macam Ambiga Bersih juga, nakkan Stadium Merdeka tak kisah apa, hahaha. Menegakkan Islam kononnya, tapi sanggup buang Negara Islam. Jenis yang gullible, agaknya kalau emak korang boleh dijual korang akan jual.

Anonymous said...

Isu-isu melibatkan soal tanah, balak dan air juga sering wujud perbezaan tindakan lantaran pengaruh kepentingan ideologi politik.

Kerajaan Pas di Kedah baru-baru ini mengancam menebang balak dikawasan hutan simpan tadahan air sebagai reaksi terdesak untuk mendapatkan dana menguruskan negeri setelah Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan Kedah menerima bantuan kewangan dan royalti.

Selangor pula berebut dengan Persekutuan dalam soal menguruskan air negeri. Manakala beberapa projek mega di Pulau Pinang menjadi bahan perdebatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Projek ECER di Kelantan juga menjadi persoalan di mana Kerajaan Negeri tidak dijemput secara serius untuk menyertainya.

Selain itu, salah urustadbir diperingkat Persekutuan dan negeri juga sukar dibendung hingga menyebabkan gejala rasuah berleluasa kerana tiadanya check & balance peringkat akar umbi pentadbiran.

Isu-isu salahguna kuasa hanya dapat dibangkitkan diperingkat Parlimen dan ini mengambil masa yang panjang sedangan dana-dana negara setiap hari dirompak oleh mereka yang korup.

Anonymous said...

9:12 AM,

Hahaha, "Apakah Cina itu berbaik2 dengan PAS ada agenda tersembunyi, mustahil mereka akan saja2 bagi undi?"

Rakyat Islam juga sedar bahawa DAP memang mengkritik pengharaman judi di Kelantan. Tak nampak kah udang disebalik kain korang?

Kan dah dikata korang cetek pemikiran dan singkat pemandangan.

Anonymous said...

9:19 AM,

Ko kata "Kesatuan dan kesepakatan telah lama diperjuangkan."

Sejak korang keluar UMNO, berpecah Melayu, tubuhkan PAS dulu?

Cakap tak serupa bikin, itu pun dah ikut DAP juga. Aku harap jangan sampai korang makan bersepit saja dahlah.

Anonymous said...

9:26 AM,

Mengarut ko cakap "PAS tetap konsisten dengan prinsip". Apa konsistennya bila korang gugurkan Ngara Islam kerana Kit Sinag kata "Never" dan Karpal kata "Langkah mayat aku dulu" kapada Hukum Hudud?

Macam tiu ada perinsip ke? Cuba tengok dalam serban dan ketayap korang itu perinsip ke?

Dewan Himpunan PAS satu hari nanti makan bersepit, pandang ke Sun yat Sen dan Republik China seperti Lim Guan Eng hendakkan?

Ko tak nampak dia resmikan bangunan yang dinamakan Sun Yat Sen diPenang pada hal Hamba Allah tu tak ada kena mengena, tak ada menyumbang kapada negara ini sikit pun, pulak menumpang duduk diPenang, lari dimasa pergolakan dinegara Cina dulu?

Tak tahu berterima kasih ke tidak Hamba Allah itu kpd negara ini, pulaknya nak diagong agongkan dek Lim Guan Eng. Aku rasa tidak berterima kasih, sebab jenis Guan Eng dan DAP tak pernah berterima kasih kerana dapat kerakyatan yang nenek moyang diorang tak dapat dan "stateless" disini beratus tahun sejak Bretes perintah.

Anonymous said...

9:33 AM,

Ko kata "Amerika juga mengajak rakyatnya bersatu di atas dasar United State – satu Amerika, sementara Russia dengan satu Russia, malah Thai dengan 1 Thai, demikian juga dengan ‘United Malay’." Betul, betul.

"tauhid atau syirik" tu hanya dakyah ko saja. Siapa mau percaya? Ko keluarkan beribu Hadith pun, kita tau ko gunakan Hadith hanya untuk menyesuaikan politik korang. Ada sejuta Hadith ko tau. Beribu jugak boleh dikelaurkan menidakkan apa ko kata.

Ko kata "Slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ nampak elok, tetapi dalam Islam, Allah swt mestilah didahulukan." Dah macam budak kecik pulak ko, mengata UMNO tak mendahulukan Allah swt. Aku dah naik malas dengar kata kata budak kecik mcm ni. Bukan hujah hujah pun. Bukan dakyah pun. Kata kata budak kecik.

Tapi aku nak cuba jugak kecingkan kata kata mengarut ko.

Anonymous said...

9:52 AM,

Majoriti rakyat Melayu Islam tau korang tak ngaku korang Melayu macam kata Nik Aziz, tak pertahankan hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Pendirian korang ini akan merugikan korang undi. Aku fikir banyak penyokong PAS pun dah cabut lari dari korang, terutama bila korang gugurkan Negara Islam nampak sangat diterik hidung macam lembu dek DAP.

Anonymous said...

10:00 AM,

DAP yang "Kafir zimmi - orang bukan Islam yang bermaustautin (bermukim) dalam Negara Islam di mana mereka itu mengaku taat setia kepada pemerintah dan negara", tapi dimulut saja, tidak dalam hati dan tidak membuktikannya dengan kata kata dan perbuatan ta'at setia.

Anonymous said...

10:06 AM,

Tak payahlah cerita pasal " sejenis lagi orang kafir menurut ukuran Islam. Tetapi mereka itu bukan warga negara."

Tulah korang, yang tak ada undi pun korang nak sibukkan. Buat apa? Nak konpiuskan keadaan saje ke?

Astaghfirullah. Panjang lebar, berjela jela komen benda yang tak kena mengena. Mana tak orang fedap dengan korang.

Anonymous said...

saya ada menulis mengenai ahTeng yang dihentam oleh pemimpin cina kerana kritikannya terhadap wartawan dan paper cina. Dengan izin -

http://dinturtle.blogspot.com/2011/07/utusan-kasi-mampus-paper-cina-jangan.html

Terimakasih Dr kerana memberi secara ringkas latarbelakang Teng yang membezakan beliau dengan pemimpin2 cina kiasu yang lain. Perbezaan utamanya adalah - Teng bergaul dengan orang Melayu. Dari pergaulan ikhlas itu lahirlah persefahaman akan apa yang sensitif dan tidak.

Pergaulan inilah yang disekat oleh sekolah cina !

Anonymous said...

Just for them to know who is Sun Yat Sen yang disanjung Lim Guan Eng tu..


Sun Yat-sen (12 November 1866 - 12 March 1925)[2] was a Chinese doctor, revolutionary and political leader. As the foremost pioneer of Nationalist China, Sun is frequently referred to as the Founding Father of Republican China, a view agreed upon by both the People's Republic of China[3] and the Republic of China (Taiwan).[4] Sun played an instrumental role in inspiring the overthrow of the Qing Dynasty, the last imperial dynasty of China. Sun was the first provisional president when the Republic of China (ROC) was founded in 1912 and later co-founded the Chinese National People's Party or Kuomintang (KMT) where he served as its first leader.[5] Sun was a uniting figure in post-Imperial China, and remains unique among 20th-century Chinese politicians for being widely revered amongst the people from both sides of the Taiwan Strait.

Anonymous said...

NAK TUKAR TUMPUAN PEMBACA SIKIT DAN SAMPAIKAN BERITA INI DENGAN HURUF BESAR JUGAK:

KETUA POLIS NEGARA KATA DIJOHOR TADI BAHAWA YANG DITANGKAP HIMUPNAN HARAM 9 JULAI DAH DILEPASKAN SELPAS JAMINAN DIBUAT.

DIA KATA SIASATAN AKAN DITERUSKAN SELEPAS DIORANG BUAT KENYATAAN BERTULIS KPD POLIS SEBELUM DILEPASKAN.

AWAS, SIASTAN AKAN DITERUSKAN. AKU HARAP AKAN DIDAKWA DIMAHKAMAH. SEBAB NYATA MELANGGAR UNDANG UNDANG YANG POLIS SENDIRI SUDAH BERKALI KALI CAKAP HARAM BERHIMPUN 9 JULAI ITU.

Anonymous said...

Thank you kasi penerangan itu, lagi_biasa_dr_kebiasaan.

Nyata Guan Eng nak masukkan perkara menumbangkan Kerajaan, dengan tidak mengakui bahawa dinegara ini Kerajaan adalah yang sah, dipilih cara demokratik dipilihan raya yang diawasi pemerhati pemerhati dari luar negara jugak.

Sebenarnya tindakan Guan Eng itu adalah subversif. Bapaknya Kit Siang mahukan pengganas kominis Chin Peng masuk Malaysia. Anaknya hendakkan orang Penang/ Malaysia agongkan Cina yang ada peranan dalam menumbngkan Kerajaan.

Bahaya jenis itu semua. Waspadalah semua rakyat Malaysia.

tokgaru said...

Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?
(Anonymous)

Aku percaya kau ni mesti orang Pas .. dari cara kau berhujah.

Aku nak jawab "soalan bodoh" daripada kau.

Umno kata "nak gugurkan" nama islam daripada digunakan oleh pertubuhan politik dan NGO.

Tapi sampai hari ini Umno tak laksanakan pun. Pas sampai hari ni duk pakai Parti "Islam ???" Semalaysia. Begitu juga dengan lain2 pertubuhan.

Itu bukti Umno juga ada roh islam dalam jiwanya.

Umno kata nak "gugurkan" tapi Umno tak buat pun.

Teeetaapiiiii pooorrrraaahhh Pas ! Tak kata nak gugurkan Negara Islam pun, tahu2 dalam muktamar baru2 ni Negara Islam dah bertukar menjadi Negara Berkebajikan. Apa cite ni beb ... adakah "Islam" dan "Berkebajikan" tu sama maknanya.

Kalau sama makna maka aku syorkan Pas tukar daripada Parti Islam Semalaysia kepada "Parti Kebajikan Semalaysia" atau PKM (bunyi sama macam Parti Kominis Malaya jer)

Kah kah kah .. kelakar lah perjuangan "islam" cara korang ni.

Kalau kau seorang penganut agama "Kebajikan" (menggantikan perkataan Islam) .. kau jawab lah.

Mudahan2 aku juga akan bertukar daripada agama islam yang sedang aku anuti ini kepada agama "Kebajikan" yang di bawa oleh baginda Al Hadi Awang s.a.w.

Anonymous said...

Kepimpinan Umno Cawangan Banggol Donas termasuk sayap puterinya mendakwa Umno dan kerajaan BN Terengganu khianat dan zalim.

Pengkhianatan dan kezaliman yang dilakukan itu tanpa mempedulikan hak serta nasib rakyat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah bagi Projek Jalan dari Kampung Jeram ke Banggol Tuan Muda melalui Kampung Banggol Donas.

Ketua Puteri Umno Cawangan Banggol Donas, Rosni Hassan, 37, melahirkan rasa dukacita terhadap sikap wakil rakyat BN dan kerajaan negeri.

Anonymous said...

Betapa zalim dan khianatnya Umno-BN terhadap rakyat Kelantan

Kelantan bukan saja dinafikan hak memperoleh royalti petroleum kira-kira RM600 juta setahun, malah loji pemprosesan minyak dan gas yang sepatutnya dibina di negeri itu tetapi dibina di Songkhla, Thailand.

Anonymous said...

BN juga menafikan kelulusan pembinaan lebuh raya antara Kuala Krai ke Kota Bharu, bagi kemudahan rakyat Kelantan.

Lebuh raya itu bagi kemudahan rakyat Kelantan yang tinggal di lembah klang untuk pulang ke kampung halaman mereka terutama pada hari raya.

Kalau sebelum ini penjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada musim perayaan mengambil mana hingga 13 atau 14 jam, diharap dengan adanya lebuh raya itu akan menjimatkan masa perjalanan kepada lima atau enam jam saja.

tokgaru said...

Sahabat2 ku Melayu Pas.

Kekadang aku rasa ada segelintir ulamak dan tok2 guru korang ni macam dah jadi tali barut yahudi lah. Tapi aku tak nak lah sebut nama mike.

Tengok pada rentak perjuangan mike, memang mike jadi ejen yahudi secara tak sedar.

Yahudi tahu mike tak akan dapat bertapak di negara ini selagi orang melayu bersatu padu.

Yahudi tahu cara paling mudah nak memecah belahkan orang melayu adalah dengan menggunakan islam.

.. dan Yahudi nampaknya hampir2 berjaya bila mike menggunakan Amiga untuk menunduk pemimpin pergerakan islam iaitu Hadi Awang dan Anwar Ibrahim.

.. dan kerana Ambiga sampai ada orang2 islam yang bersedia untuk mati syahid bersama2 dengan Hadi Awang dan Anwar Ibrahim melalui perhimpunan bersih.

.. dan kerana itu juga lah sebelum ini aku ada kata " Ambiga lebih hebat daripada Hadi Awang atau pun Anwar Ibrahim "

.. dan orang islam turun dalam Bersih bukan kerana Hadi atau pun Anwar .. tetapi adalah kerana Ambiga.

Harap2 adalah melayu Pas yang akan respon kepada perenggan terakhir dalam posting Tokgaru ini.

Anonymous said...

UMNO telah mengakibatkan orang Melayu kehilangan kuasa politik mereka secara beransur-ansur.

Di dalam pilihanraya umum 1995, UMNO telah menyerahkan 19 kawasan Parlimen dan 35 kawasan Dewan Undangan Negeri yang majoriti pengundinya adalah Melayu kepada calon bukan Melayu untuk ditandingi.

Tetapi di dalam kempen untuk memancing undi orang Melayu, UMNO telah menipu dengan mengatakan kemenangan parti alternatif di dalam pilihanraya akan mengakibatkan orang Melayu kehilangan kuasa.

Sebenarnya UMNO lah yang menghilangkan kuasa politik orang Melayu

Anonymous said...

Kerajaan UMNO telah mengakibatkan Malaysia digolongkan sebagai negara zalim dan ganas seperti negara Israel apabila masih lagi mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di dalam undang- undang negara.

Pengekalan Akta ISA hanyalah bertujuan untuk dijadikan senjata oleh UMNO untuk menahan ahli-ahli politik yang boleh mengancam kedudukan dan kuasa mereka sahaja.

Anonymous said...

Perpaduan Melayu pecah?

Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?

Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?

Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?

Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?

Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?

Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?

Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?

gua ciplak jer... huhu...

tapi gua sgt setuju...

Anonymous said...

Hahaha 12:16 AM & 12:17 AM,

Ko undilah BN, cari ramai ramai cakap sana sini akan sokong BN, pakat cawangan PAS sini sana keluar dari PAS dan masuk BN, atau pi tukaq hampa punya daftaran dari nama PAS kpd UMNO, tentu korang dapat Lebuh raya K.Krai-Kota Bharu.

Ko jugak juru taip 120 perkataan seminit ke? 1 komen 1 minit aku tengok. Kalo ko kepala keras PAS, aku tak syorkan BN buatkan Lebuhraya tu lah. Buat hape nak buat, nanti PAS kata dia orang buat, atau kata dah gesa sampai BN "terpaksa" buat punye, hahaha.

Tak boleh punye. Kalo ko terus keras kepala sokong PAS, tak boleh harap Lebuhraya tu. Suruh Nik Aziz buat le, hahaha.

tokgaru said...

Wauuu Hebat

Nampaknya posting RT kali ini di dahului oleh pengikut2 Pas. Welcome brothers.

Tapi korang ni macam biasa lah. Beberapa pertanyaan yang aku lontar kan tak pernah kau orang mahu jawab untuk menegakkan ideologi perjuangan korang.

Ia lah .. yang kuat duk sokong Pas ni adalah orang2 kampong, orang2 tua wargamas, orang2 yang pencen kerja dengan kerajaan Umno, orang sekolah pondok .. jadi tahap pemikiran mike kitorang dah boleh agak dah.

Anonymous said...

Sedarkah bahawa melalui projek penswastaan, kerajaan UMNO telah mengakibatkan rakyat Malaysia terus ditindas dan dianiayai walaupun telah merdeka lebih 50 tahun?

Jika sebelum merdeka, rakyat Malaysia ditindas oleh penjajah Inggeris dan Jepun, tetapi kini rakyat Malaysia ditindas pula oleh syarikat-syarikat swasta yang hanya mementingkan keuntungan yang berganda tanpa menghiraukan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

Syarikat-syarikat swasta yang menindas rakyat Malaysia ini pula dimiliki oleh kroni Dr Mahathir, UMNO dan Barisan Nasional.

Akibat daripada projek penswastaan yang tidak bertanggungjawab, rakyat Malaysia terpaksa membayar RM 28.54 juta sebulan kerana menggunakan 9 lebuhraya utama di negara ini.

Anonymous said...

12:27 PM,

Tu komen ko dah copy paste dulu. Dah takde modal lain ke?

Jangan ciplak dari kilang kitaran sampah PAS le.

Boleh keluarkan point lama, tapi tulis semula le. Jangan malas macam orang DAP kata Melayu malas. Melayu macam korang PAS le. Tak malu muka kena kata macam macam, cucuk hidung dan dan diheret DAP.

Anonymous said...

Rakyat tidak tahu untuk membolehkan kroni UMNO dan BN kaya raya, Lebuhraya Damansara - Puchong telah dibina.

Akibatnya, 20 keluarga orang asli di Bukit Lanjan telah kehilangan rumah, tanaman dan kolam ikan mereka.

Orang asli yang dizalimi tersebut hanya diberi pampasan di bawah RM 100,000.

Malangnya, waktu itu Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail yang sepatutnya membela nasib orang asli tersebut telah membuat fitnah dan pembohongan apabila mengatakan orang asli tersebut mendapat pampasan RM 400,000 setiap seorang.

Anonymous said...

kahkahkah.......

aku terbaca post tok garu...........

hujah dia mcm org bodoh jer....

patutlah sokong umno......

tak pandai berhujah rupanya....

kalau tak pandai maknanya apa?

kahkahkah............

Anonymous said...

Sedarkah rakyat Melayu Islam bahawa hanya untuk mendapat pujian, "Malaysia penganjur sukan yang terbaik", kerajaan UMNO telah membazir wang rakyat sebanyak RM 9 juta melalui pembinaan replika keris di pintu masuk perkampungan Sukan Komanwel di Bukit Jalil?

Anonymous said...

Kerajaan UMNO sering mengatakan bahawa mereka juga memperjuangkan Islam dan membela martabat kaum wanita.

Malangnya, menurut hasil kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa, didapati terdapat 142,000 orang pelacur di negara kita.

Apakah ini yang dikatakan perjuangan Islam?

Di manakah maruah kaum wanita?

Apakah yang dilakukan oleh kerajaan UMNO yang memerintah negara kita semenjak merdeka lagi? 54 tahun bukannya 5 tahun, faham? Setengah abad itu bukannya tak cukup masa, ngerti?

Anonymous said...

alo tok garu......

ko ni aku tgk mcm penjihad melayu...

ko ni pengikut Berahim ALI ka.....

aku nk tanya ko.....

masa singapore dijual kpd cina....

ko dan parti yg ko sokong ada kat mana.....

masa P.Pinang diberi kpd Gerakan..

ko kat mana masa tu.....

kahkahkah.........

kirim salam pada Berahim....

Anonymous said...

Sedarkah rakyat bahawa untuk memperkayakan kroni UMNO dan BN, sebanyak 38 hektar Tanah Simpanan Melayu hilang kerana pembinaan Lebuhraya Pencala Link di Kuala Lumpur?

Betulkah UMNO membela nasib orang Melayu, ataupun hanya menggadaikan hak dan maruah orang Melayu kerana wang?

tokgaru said...

Di dalam pilihanraya umum 1995, UMNO telah menyerahkan 19 kawasan Parlimen dan 35 kawasan Dewan Undangan Negeri yang majoriti pengundinya adalah Melayu kepada calon bukan Melayu untuk ditandingi.
(Anonymous)


Nape lah kau ni bengap sangat. Kau nampak jahat Umno saja, kau nampak bodoh Umno saja. Umno tu tak bernyawa dan tak berakal macam Hadi kata video tu besi dalam kes video sex Anwar.

Dalam kes ni pun kau salahkan Umno juga. Umno tak salah. Umno tak bodoh. Yang bodoh, yang tak berakal yang waras adalah para pengundi melayu yang mengundi dalam pilihanraya pada masa tu.

Tunku Abdul Rahman tak salah. Tun Razak tak salah. Tun Husain Onn pun tak salah.

Tapi yang terus menerus bodoh dari dulu sampai sekarang adalah orang melayu .. RT pun ada sentuh sikit2 untuk menyedarkan orang2 melayu dalam posting nya dulu2.

Contoh terbaru betapa bodoh nya orang melayu adalah mereka2 yang menyertai Bersih anjuran seorang bukan melayu yang tak di kenali pun sebelum ini iaitu Ibunda Ambiga (dia adalah ibunda kepada kau dan orang2 yang sama waktu dengan kau).

Anonymous said...

Apakah Dr Ridhuan Tee mudah terlupa bahawa seramai 50 keluarga di Kampung Seri Murni Ampang Campuran, Selangor telah kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka dirobohkan oleh pemaju?

Tindakan pemaju itu dibantu oleh pihak polis dan samseng upahan mereka. Sebelum perobohan dilakukan, pemaju telah menghantar 40 samseng untuk menakut-nakutkan penduduk.

Apakah ini sikap UMNO dan BN? Bukan sahaja menindas rakyat yang memang tertindas. Malahan juga memperkayakan diri mereka yang memang telah cukup kaya.

Anonymous said...

Sedarkah rakyat tentang sejarah 30 Ogos 1994, seorang gadis bawah umur yang berusia 15 tahun telah dikenakan "Tahanan Perlindungan" setelah dia dirogol dengan kejam oleh Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik?

Inilah sikap pemimpin UMNO. Rakyat yang dirogol dan dizalimi dimasukkan ke dalam tahanan, manakala perogol dan penjenayah kejam, Rahim Thamby Chik dibiarkan bebas dan berleluasa hanya kerana dia pemimpin dan ahli UMNO.

Anonymous said...

Sejarah pada 28 April 1997, ahli politik, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 15,000 semata-mata kerana membela gadis bawah umur yang telah dirogol oleh Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik.

Anonymous said...

12:24 PM,

Korang tak pernah merintah Federal mana korang tahu perlu ISA ke tidak?

Mat Sabu khalwat dengan Norma dibilik No. 121 diHotel Perdana tak perlu ISA le. Tapi sikominis dan subversif yang membelit menyenduk macam ular sawa kena ISA lah ubatnya.

Korang tak faham pun pasal Akta Akta yang telah diluluskan Parlimen. Buka diluluskan diDUN bawah pokok macam diIpoh dulu. Apa lah korang mcm tu pun nak kePutrajaya.

Tak boleh punye. Tak ada standad kata ongMelayu (Ong DAP dan Melayu PAS). Tak kira le standad, tapi tak paham pun bahawa Parlimen dah luluskan undang ndang tu secara demokratik.

Demokratik faham ke?

Anonymous said...

Sejarah pada 1 April 1998, mahkamah UMNO dan BN telah bertindak kejam dan zalim apabila menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap Lim Guan Eng yang bersusah payah membela gadis bawah umur yang dirogol oleh pemimpin UMNO, Rahim Thamby Chik.

Beginilah sikap zalim dan ganas kerajaan UMNO.

Perogol dan penjenayah kejam dibiarkan bebas, tetapi gadis yang dirogol serta orang yang membelanya dimasukkan ke dalam tahanan.

Inilah kisah sejarah UMNO yang mengatakan mereka parti yang membela rakyat.

Anonymous said...

Apakah benarnya bahawa Umat Islam di Malaysia terpaksa bergolok bergadai untuk membuat simpanan di Tabung Haji?

Khabarnya Tun Mahathir dengan sikap yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab telah menggunakan wang rakyat di dalam Tabung Haji sebanyak RM 250,000,000 untuk menyelamatkan syarikat kroninya, DRB HICOM daripada terus kerugian.

Sikap Tun Mahathir sungguh memalukan. Wang rakyat dirampas untuk menolong segelintir kroninya yang sedang kerugian.

Bukankah sikap yang sebegini sama seperti sikap lanun di zaman dahulu kala?

tokgaru said...

Kpd Anonymous 1241

Aku pun tak tahu apa soalan kau. Ko menyasor pergi pasal Singapore dapat ke tangan cina, pasal Penang jatuh ke tangan cina. Aku tak sentuh pun pasal benda tu.

Yang aku sentuh pasal Bersih. Pasal pengaruh Ambiga vs pengaruh Hadi dan Anwar untuk merealisasikan Bersih. Pasal kebodohan orang melayu vs kesmartan (the smartness) orang bukan melayu dalam Bersih.

Tak releven untuk aku jawab ko punya pertanyaan.

melayu rempit said...

Yang saya hairan, Majlis Pengetua Sekolah begitu besar persatuannya, tetapi kenapa suara mereka tenggelam dengan NGO yang lebih kecil seperti Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong. Ketiga-tiga persatuan ini mempunyai kaitan langsung dengan pendidikan Cina, tetapi suara mereka boleh menggegarkan negara. Manakala, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia dan begitu juga Majlis Guru Besar Malaysia (Sekolah Rendah), nampak hebat, tetapi tiada taring. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

kahkahkah........

yg duduk dlm majlis guru besar tu kan umno.....

kalau umno biasanya tidak cerdik...

kalau tak cerdik maknanya apa?

kahkahkah..............

Anonymous said...

12:47 PM,

Sejarah Lim Kit Siang ada gufreng diDAP HQ ko tak cerita ke? Itu Ahli Parlimen bekas PKR cakap ada Mama Lim disana yang Guan Eng pun tak berani nak cakap kat bapak dia tak nak cita ke?

Yang Anwarul punya cita seks depan belakang taknak keluar ke. Ada 2-3 kilimeter punya cerita, tau tak?

Anonymous said...

Betulkah kerana mengamalkan sikap kronisme dan nepotisme, ipar Tun Mahathir, Datuk Ahmad Razali Bin Mohd Ali telah dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji?

Mengapa Tabung Haji begitu bersungguh-sungguh memenuhi kehendak Tun Mahathir untuk merampas wang rakyat di dalam Tabung Haji untuk membantu syarikat kroninya yang waktu itu sedang kerugian?

melayu rempit said...

Bersih telah membuatkan Najib menggegam tangan dalam pinggan, memulas-mulas nasi sebelum hendak disuap ke mulut. Najib sudah bimbang dengan kebangkitan rakyat. Menjadikan Najib meninggalkan meja makan hanya minum air tanpa mengunyah nasi. kahkahkah............

Anonymous said...

Apakah rakyat mudah lupa bahawa untuk kroni UMNO terus kaya raya, konglomerat Renong Group telah diberi keuntungan secara percuma apabila dianugerahkan tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah, Johor.

Tanah itu dibeli oleh Renong dengan nilai RM 1 sekaki persegi sahaja. Pemberian ini adalah sebagai subsidi projek "Second Link" yang diusahakan oleh Renong.

Apabila projek "Second Link" tersebut selesai dan diambil alih oleh kerajaan UMNO melalui Kementerian Kewangan, tanah seluas 27,000 ekar tersebut dijual semula kepada kerajaan UMNO dengan nilai RM 10 sekaki persegi.

Ternyata terdapat unsur rasuah dan pecah amanah di dalam projek "Second Link" ini.

Apakah isu PKFZ sangat berlainan dengan isu Renong?

Kini, Renong di mana?

melayu rempit said...

SEHEBAT mana pun ugutan, sekuat mana pun pukulan belantan pihak Polis terhadap rakyat, Suara Rakyat tetap suara Keramat. Meskipun Polis telah memberikan amaran keras kepada rakyat agar jangan menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 semalam, ia tidak mematahkan semangat Datin Marina Mahathir anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4 Tun Mahathir untuk menyertai perhimpunan rakyat itu.

Anonymous said...

Sedarkah rakyat iaitu sejarah pada tahun 1984 / 85, Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) telah mengalami kerugian kerana skandal BMF di Hong Kong.

Wang Petronas telah digunakan untuk menyuntik sebanyak RM 4,000,000,000 ke dalam BBMB.

Seorang rakyat Malaysia pula, Jalil Ibrahim telah mati dibunuh semasa berada di Hong Kong untuk menyiasat skandal tersebut.

Tahukah rakyat sehingga sekarang, kes kematian Jalil Ibrahim masih lagi tidak dapat diselesaikan.

Begitu juga dengan kes skandal BMF tersebut.

Inilah kegagalan kerajaan UMNO yang memalukan terhadap kaum Bumiputera.

Dosa UMNO terhadap orang Melayu dan Bumiputera ini terlalu besar untuk dilupakan.

Anonymous said...

Sedarkah rakyat bahawa pembinaan lebuihraya TOL hanyalah semata-mata untuk memperkayakan kroni UMNO dan BN sahaja?

Kebajikan rakyat terus dizalimi dan dilupakan.

Anonymous said...

BERSIH...

dimana murah guru Omar Din.........

kabarnya org sibuk berdemo......

dia sibuk tukar pampers.....

dimana penjihad melayu Berahim.....

kabarnya menyorok celah ketiak bini...

kahkahkah..........

melayu rempit said...

Sedarkah rakyat bahawa pembinaan lebuihraya TOL hanyalah semata-mata untuk memperkayakan kroni UMNO dan BN sahaja?

Kebajikan rakyat terus dizalimi dan dilupakan.

owh......

memang aku sedar.....

nasib baik aku merempit guna motorsikal jer.....

kahkahkah..........

tokgaru said...

Satu hal yang pelik tentang Bersih

Yang riuh menentang Bersih .. Umno dan Ngo Melayu saja.

Heran yer .. tak dengar pun suara penentangan drp parti komponen BN yang lain2nya.

Adakah itu maknanya. Yang tak mahu Bersih ni Umno dan Ngo melayu saja ?

Sedangkan yang lain2 macam harap2 sangat supaya Bersih ni " menjadi "

Naper dalam BN terjadi benda2 macam ni ????

Jangan sampai ada yang menikam Umno dari belakang dah ler .. kena jaga2 sikit wahai Datok Najib.

Anonymous said...

Kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat ialah Tahalluf Siasi untuk menentang perkara yang zalim dan memperjuangkan maslahat umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Kerjasama Pas dengan bukan Islam ialah “Tahaluf Siasi” tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh Pas.

Sedangkan kerjasama umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk “wala’, yang menggadaikan prinsip Islam.

Anonymous said...

Jangan sampai ada yang menikam Umno dari belakang dah ler .. kena jaga2 sikit wahai Datok Najib.

kahkahkah........

lu baru sedar ka.....

kalau lu baru sedar.....

lu dari bangsa yg tidak cerdik...

kalau tidak cerdik apa maknanya?

kahkahkah..........

Anonymous said...

Pas sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias.

Pas sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam.

Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik Pas bekerjasama dengan Bn untuk sama-sama menaja program munkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.

Anonymous said...

Pas tidak menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini.

Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika Pas bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya umno yang bekerjasama dengan Mca,Mic,Gerakan dalam Bn, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007, menutup surau di Puchong Perdana.

Anonymous said...

Tahaluf Siasi membolehkan Pas melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.

Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam memerintah, telah mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Anonymous said...

Apa yang kesat sangat dengan perkataan bahlol tue? Bangang, bengok, bodoh, bengap tue seme bukan bahasa kesat.Itu bahasa yang menunjukkan tahap intelek seseorang. Bahasa kesat ialah sial, celaka, pu** dan sebagainya. Itu baru bahasa kesat. Apa daa.. itu pun tak reti nak bezakan.

Anonymous said...

12:52 PM,

Siapa cakap "Umat Islam di Malaysia terpaksa bergolok bergadai untuk membuat simpanan di Tabung Haji"? Untuk "buat simpanan" tak perlu bergadai. Ahli PAS buat gitu ke?

Dulu bila Nik Ajis terima pekej Haji dari kontrekter Kelantan lk 1/2 juta Ringgit tu pekej Tabung Haji ke?

Anonymous said...

Benar kata Mohd Najib yang Umno perlu berubah. Tetapi bolehkah Umno berubah apabila Ketua Bahagian hanya peduli kedudukan sendiri dan bukan kepentingan ahli dan orang Melayu?

Anonymous said...

Bagaimanakah Umno boleh diterima oleh orang bukan Melayu sedangkan orang Melayu sendiri muak dengan pembesarnya yang terbabit dengan politik wang, mabuk kuasa dan mementingkan tembolok sendiri?

Atau pembesar Umno hanya mahu mendengar puji-pujian, sanjungan dan sambutan besar-besaran dengan dipagari pegawai tinggi kerajaan, pegawai khas, pengawal keselamatan dan kaki ampu?

Anonymous said...

Bukankah kerajaan pimpinan Umno yang membatalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ditentang oleh beberapa pihak termasuk Dong Jiao Zong?

Jadi apa lagi yang tidak Umno lakukan untuk semua bangsa di Malaysia melainkan menukar namanya kepada United Malaysian National Organisation?

Anonymous said...

Pas pula sudah menjadi kacau-bilau dalam matlamatnya memperjuangkan Islam kerana terlalu bertolak-ansur dengan DAP dan PKR seperti yang terjadi dengan isu kalimah Allah baru-baru ini.

Anonymous said...

Korang tahu ke berniaga, perinsip perniagaan.

Kenapa tak sebut berapa nilai tanah tu dimasa itu? Kenapa tak sebut juru nilai yang bertauliah berlesen cakap apa?

Tanah tu estet ke? Kalau estet, harga estet Sime Darby masa buat KLIA aku rasa hanya RM sepuluh dua puluh ribu Ringgit seekar saja.

Kalau RM1, sekar dah RM43,500 seekar dibayar.

Kau tau kira ke?

Anonymous said...

Kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat menentang undang-undang zalim seperti ISA, AUKU, OSA, Akta mesin cetak dan beberapa peraturan yang zalim. Sedangkan umno dengan rakan-rakan bukan Islam menyokong akta ISA walaupun bertentangan dengan Islam.

Pas tidak boleh bersatu dengan parti yang mengekalkan dasar zalim walaupun satu bangsa. Bukan Pas tidak sayang kepada bangsa, tetapi Pas tidak boleh bersama dengan bangsa yang khianat bangsa.

Anonymous said...

Kerjasama Pas dengan bukan Islam berusaha untuk memelihara harta negara supaya tidak musnah.

Kerjasama umno dalam BN telah mengkhianat khazanah negara, sehingga dikatakan oleh Datuk Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, negara akan muflis pada tahun 2019.

Anonymous said...

melayu rempit 12:59 PM,

Kau merempit padanlah marahkan Polis. Tak ada Berish pun kau kena balun Polis di sana sini. Rentikan le merempit. Tak ada faedahnya, merosakkan nama Melayu saja. Cina dan India takda pun macam tu aku tengok. Tau malulah sikit.

Anonymous said...

Kerjasama Pas dengan PR telah menjinakkan orang bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih dekat.

Umno bekerjasama dengan BN telah meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Contohnya Presiden Mca Datuk Dr Chua Soi Lek yang mempertikaikan hukum salam lelaki dengan perempuan ketika pilihanraya kecil Tenang. Menariknya yang menjelaskan kekeliruan ini ialah rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

54 tahun umno dengan Mca, tetapi gagal menjinakkan Islam walaupun dalam perkara asas.

Anonymous said...

Sedarkah kamu bahawa dinegara yang paling maju, yang paling pandai, yang paling bebas kononya, USA, pun ada Yahudi Bernard Madoff yang "made off" lenyapkan US$50 billion (ulang: billion dolar Amerika) Yahudi lain dalam Ponzi schemenya.

1-2 tahun lalu saja, bukan tahun 80an. .

Ke PAS dan PKR dah ikut Anwar dulu baik dengan Yahudi, kamdian hantam Yahudi, sekarang mcm mana?

Anonymous said...

Pas tidak wajar terlalu khuatir dengan kemungkinan masa depan untuk mengambil sikap berbaik-baik dengan UMNO.

Pas yang mendakwa boleh bekerjasama dengan DAP tanpa terlalu merujuk kepada prinsip perjuangannya sepatutnya mengambil sikap sama untuk bersepakat dengan UMNO.

Saya melihat politik negara agak ‘fluid’ (longgar). Banyak pendirian, khususnya pembangkang yang ideologi dan perjuangan tidak begitu jelas termasuk Pas.

Kalau sekiranya Pas dan DAP mampu bekerjasama atau dilihat dapat bekerjasama tanpa merujuk kepada prinsip perjuangan masing-masing, maka kita juga boleh dalam senario politik sekarang melihat keadaan dalam konteks realiti di bawah sana.

Saya percaya parti pembangkang juga mahu terbabit dalam perkongsian pembentukan bangsa sekali gus menunjukkan kematangan dalam negara demokrasi.

Anonymous said...

Kerjasama Pas dengan PR bersatu menentang kezaliman yang dilakukan ke atas Kelantan dalam isu royalti minyak.

Kerjasama umno dengan Mca, Gerakan sanggup menindas sesama bangsa. Bertindak menyalurkan minyak ke Songkla walaupun JDA (Pendaratan minyak dan gas) sejauh 270 km, sedangkan ke Kelantan hanya 150 km, daripada Songkla ke Kedah pula 180 km.

Bukankah ini kerjasama yang menindas sesama bangsa?

Anonymous said...

1:03 PM,

Sedarkah kamu bahawa PAS tak ada daya nak buat projek besar hanya kasi kawasan balak kat Cina Singapura, kamdian sonlap wang rasuah dari kelulusan itu?

Sedar kah kamu semua diPR bahawa Lim Guan Eng buat projek memajukan tanah kepnyaan Dewan Banadaran Pulau Pingan secara Turn-Key, tak pakai tender biasa, pilih yang buatnya ikut cara yang tak tender, satu pihak boleh gunakan arkitek dia sendiri, jurutera dia sendiri, jurukur tanah juruukur bahan dia sendiri, jurunilai dia sendiri dsbnya.

Sedar kah kamu bahawa itu membolehkan berjuta wang rasuah diberbagai peringkat dan erbagai aspek kemajuan projet itu?

Bodoh kah kamu tak nampak itu semua. Atau adakah kamu semua bukan saja dicucuk hidung, diheret macam lembu tapi juga dianggap sebaga 3 monyet tak tengok, tak dengar, tak cakap (the principle of the Three Monkeys or Gangster Ideology of No See, No Hear, No Speak.

Anonymous said...

1:03 PM,

Sedarkah kamu bahawa PAS tak ada daya nak buat projek besar hanya kasi kawasan balak kat Cina Singapura, kamdian songlap wang rasuah dari kelulusan itu?

Sedar kah kamu semua diPR bahawa Lim Guan Eng buat projek memajukan tanah kepunyaan Dewan Banadaran Pulau Pinang secara Turn-Key, tak pakai tender biasa, pilih yang buatnya ikut cara yang tak tender, kasi satu pihak yang boleh gunakan arkitek dia sendiri, jurutera dia sendiri, jurukur tanah dia sendiri, juruukur bahan dia sendiri, jurunilai dia sendiri dsbnya.

Sedar kah kamu bahawa itu membolehkan berjuta juta Ringgit wang rasuah diberbagai peringkat dan berbagai aspek kemajuan projek itu?

Bodoh kah kamu tak nampak itu semua? Atau adakah kamu semua bukan saja dicucuk hidung, diheret macam lembu, tapi juga dianggap sebagai 3 ekor monyet tak tengok, tak dengar, tak cakap (the principle of the Three Monkeys or Gangster Ideology of No See, No Hear, No Speak)?

Anonymous said...

Kerjasama Pas dan PR mengukuhkan lagi kerusi parlimen orang Melayu/Islam, sedangkan kerjasama umno dan BN mengurangkan kerusi Melayu Islam di parlimen.

Umno menakutkan rakyat, dakwaan kerusi parlimen orang Melayu akan terhakis jika calon umno BN tumbang kepada Pakatan Rakyat.

Walaupun hakikatnya kerusi Melayu bertambah di Parlimen apabila Pakatan Rakyat memerintah.

Contohnya di Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan S.Vigneswaran a/l Msanase (MIC), Tan Sri Khalid Ibrahim telah memenangi kerusi Parlimen dengan menumpaskan calon BN Datuk Tan Chai Ho (MCA) yang telah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal sebelum ini.

Datuk Kamarul Baharin PKR menewaskan Datuk S. Sothianathan Naib Presiden MIC, begitu juga Allahyarham Dr Zainal Abdin Ahmad menewaskan Datuk Palanivan Timbalan Presiden MIC di Hulu Selangor.

Apa yang pelik pemimpin umno meratib, bila calon Bn kalah, kuasa melayu hilang, dan inilah juga dibincang dalam kursus Biro Tata Negara.

Inilah antara strategi untuk menakutkan pengundi melayu.

Pelik bin ajaib apabila kerusi yang tradisi ditanding oleh umno diberikan kepada bukan Melayu, walau pun majoriti hampir 70 %, contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Tan Lian Hoe menang menewaskan Dr Lolo’ Haji Ghazali Pas, begitu juga kawasan parlimen Gerik 2008 ditandingi oleh Datuk Tan Lian Hoe menewaskan Saudara Haji Mohd Nor Abd Rahman Pas.

Apakah hendak salahkan DAP yang menyebabkan kerusi parlimen semakin berkurangan.

Sedangkan sebanyak 17 kerusi parlimen majoriti melayu Islam diberi kepada bukan melayu Islam hasil perkongsian umno BN, antaranya Alor Setar, Padang Serai,Grik,Lumut,Tanjung Malim, Cameron Highland, Raub, Hulu Selangor,Wangsa Maju, Alor Gajah, Air Hitam, Simpang Renggam, Teberau, Putatan,Beluran, Batu Sapi dan Tawau.

Anonymous said...

Sedarkah kerjasama antara PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak pernah dikhianati?

Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan PAS di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud.

Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS.

Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS.

Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan.

Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran.

Apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Anonymous said...

1:08 hingga 1:12 PM,

Itu semua dakyah PAS. Lantaklah korang.

Ko kata "Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika Pas bekerjasama dalam Pakatan Rakyat."

Betul tak betul aku sangsi sebab ko tak keluarkan bukti atau penerangan langjut, main tohmah saja.

Tapi ko tak nampak ka diSelangor, terutama diLembah Klang, merecup quil, gereja, berhala dsbnya?

Benar hak asasi beragama dibenarkan diPerlembagaan. Tapi kuil dikawasan Melayu dsbnya mcm mana? PR tak ada peri kemaanusiaan langsong ke? Tak perhatikan hak dan kepentingan penganut lain lain agama ke? Juga ada disebut dalam Perlembagaan.

Pastu, ko tengoklah yang kuil dibesarkan sehingga sampai tepi longkang. Kan ada peraturan by-laws memerlukan beberapa kaki kosong sehingga ditepi longkang? Lagi lama PR merintah lagi lintang pukang (topsy-turvy) keadan dibueknyo.

Ko duduk diKelantan ke? Padan lah tak nampak semua tu. Ko nampak tikus sebesar kucing saja berkeliaran dibandar Kota Bharu. Kesianlah rakyat Kelantan.

Anonymous said...

UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga.

Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang.

Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival?

Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO?

Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding?

Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Anonymous said...

(Pas tidak boleh bersatu dengan parti yang mengekalkan dasar zalim walaupun satu bangsa. Bukan Pas tidak sayang kepada bangsa, tetapi Pas tidak boleh bersama dengan bangsa yang khianat bangsa) anon 2.00

Oleh itu PAS boleh bersatu dengan Ambiga yang berkata ingin mewakili perjuangan mandapatkan pilihanraya yg bersih (padahal xdenya tuntutan 8 pun,propa politik je lebih) walaupun Ambiga itu jelasnya pembunuh Islam. PAS boleh bekerjasama dgn orang begitu? Bukan sahaja PAS tidak sayangkan bangsa, PAS juga tidak sayangkan agama.

Anonymous said...

2:28 PM,

Cakap tak serupa bikin daaa ko. Dah ikut mcm DAP lah korang.

Haha ko melawak cakap "Sedarkah kerjasama antara PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak pernah dikhianati? Tak cakap pasal gaduh kerusi dipilihan raya ke? Termasuk diPRN Sarawak?

"Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam." Ooooooooo, sekarang cakap "gerakan Islam" pulak ye? Tak cakap "Negara Islam"?

Kan aku dah cakap korang cakap tak serupa bikin. Kesian korang.

Cakap saja Nik Ajis "di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud." Kena tengekng dek Lim Kit Siang "Never" dan dek Karpal "Langkah mayat aku dulu", berteraburlah Hukum Hudud Nik Ajis.

Anonymous said...

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari.

Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru?

Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid?

Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip?

Bukankah TGNA dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid?

Pasal cite dudok di Kelantan, nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula.

Anonymous said...

2:41 PM,

Dia kata "Bukan Pas tidak sayang kepada bangsa". Memang diorang tak sayang kapada bangsa Melayu, apa diorang nak temberang sana sini lagi.

Kan Nik Ajis cakap "Ambo buke Melayu ..Isle je." Mana PAS ada pertahankan dan majukan hak dan kepentingan Melayu selama ini? Isle pun mana ada pertahankan? Dah buang negara Islam pun.

Pssst, nyaris aku sedar ko kawe aku .. aku ingat komen tu ditulis dek benda Allah tu.. dah nok hente kuak takdi .. seda mu ore ambo ... pastu tukar gaya ambo ghoyak, hahaha.

Anonymous said...

2:49 PM,

Bodohnya kamu (ada siapa cakap diatas tadi kata bodoh tak kesat?).

Mencadangkan diPerhimpunan Agung UMNO supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru pun kau kata semua UMNO salah? Aku tak terbaca cadangan tu, tapi kalau betul pun, kan tak lulus cadangan tu? Apa kau sibukkan? Tak macam Muktamar PAS luluskan Negara Islam digugurkan.

Apa perinsip yang UMNO gadaikan? Prinsip mahukan Hukum Hudud ke? Sekarang dah berdentum dihumban dek PAS dengan menggugurkan Negara Islamnya.

Anonymous said...

Sedarlah bahawa sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular.

Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja.

Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti.

Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata.

Anonymous said...

Perkembangan berkaitan isu rasuah juga membimbangkan kerana dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan berbilion-bilion ringgit demikian juga tuntutan harta sepencarian isteri anak Ketua Menteri Sarawak yang mahu mendapatkan separuh daripada harta berbilion ringgit, menggambarkan masyarakat sudah terlalu dahsyat sikap kebendaannya.

Hal ini sebenarnya disuburkan oleh pemimpin Umno-BN yang daripada peringkat tertinggi sehingga bawah kerap menguar-uarkan atau dibabitkan dengan kesalahan membabitkan wang berbilion-bilion ringgit.

Bagi mereka wang jutaan adalah kecil saja (ingat kes membawa berguni-guni wang ke Australia atau rasuah pemimpin membina istana), maka rakyat pun terikut sama.

Pemimpin Umno-BN bagaikan enau melepaskan pucuk masing-masing, kini mereka gemar menonjolkan diri serta memikat rakyat dengan sebutan projek berbilion-bilion ringgit.

Anonymous said...

Kedudukan dan pangkat dan kuasa kini menjadi impian. Semua berebut jawatan tertinggi. Matlamat menghalalkan cara, yang penting ialah berada di kemuncak kuasa.

Itulah Umno, dulu kini dan selamanya, jadi tidak hairan lagi jika bukan jutaan ringgit bertukar tangan tetapi kini berbilion-bilion ringgit.

Siapa kuasai berbilion-bilion ringgit dialah akan dinobatkan sebagai pemimpin. Tiada berbilion ringgit, tiadalah peluang berada di singgahsana kuasa.

Pemimpin Umno-BN berebut kuasa untuk berada di puncak sebab pada kedudukan itu mereka boleh mendapatkan berbilion-bilion ringgit.

Nak bukti, tanyalah kepada bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik dan timbalannya yang kini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi membabitkan wang berbilion-bilion ringgit.

Anonymous said...

3:04 PM,

Malangnya si ibu kasi tau anak anaknya nanti akan ada Hukum Hudud dan Negara Islam. Tapi satu hari dia, laki dia dan yang laillain alih alih gugurkan Negara Islam cara berdentum, memeranjatkan.

Maka sianak anak pun terpinga pinga. Ada yang marah. Nak mencarut, ini emak. Diam saja dulu, Nannti runding adik eradik. Macam mana, apa nak buat. Dorang buat keputusan: diPRU13 nanti kita semua jangan undi PAS. Sebab tak boleh percaya. Emak pun tipu anak anak.

Anonymous said...

Bagi mendapatkan berbilion-bilion ringgit, mereka asyik bergaduh. Baik Umno, MCA dan MIC, pemimpinnya asyik bercakaran untuk berada di puncak kuasa. Mereka yang sudah berkuasa enggan melepaskan jawatan.

Mereka mahu menjadi presiden ‘dulu, kini dan selamanya’.

Sepatutnya mereka bersatulah, membangunkan bangsa, negara dan agama seperti yang sering dia orang ucapkan. Ini asyik bergaduh aja.

Apabila bergaduh banyaklah tenaga, wang ringgit dan apa saja dibelanjakan untuk tujuan tidak berfaedah.

Merebut jawatan di puncak yang menjanjikan akses kepada wang berbilion-bilion ringgit menyebabkan banyak perkara tidak diingini berlaku.

Sekalipun ini membabitkan orang politik, rakyat yang menderita akibatnya.

Anonymous said...

3:12 PM,

Ko kata, "Kedudukan dan pangkat dan kuasa kini menjadi impian. Semua berebut jawatan tertinggi. Matlamat menghalalkan cara, yang penting ialah berada di kemuncak kuasa."

Ko cakap pasal PAS ni kan?

Sampai Negara Islam pun digugurkan. Erdogan masuk, ullamak macam Dr Hassan Ali dan yang lain lain nak pertahankan isu jual arak dikawasan Muslim, tak mahukan rumah maksiat merecup dll kena tarik jawatan Pesuruhjaya. Mat Sabu naik. Tak kira berkhalwat dengan Norma dibilik No.121 Hotel Perdana.

Tau, orang lain pun ada buat. Anwarul Al Jubri tu lagi teruk. Tapi ni orang kuat PAS ni. Mat Sabu berkhalwat tapi korang pilih juga sebabai Timbalan Pesiden. Macam tu macam mana tak "menghalalkan cara, yang penting ialah berada di kemuncak kuasa."

Apa daaa ko. Nak cakap apa lagi? Nak tumpang bas kePutrajaya, semua boleh kebas. Bini orang siNorma pun.

Pastu cuma nak "tumpang bas" kePutra jaya saja. Bukan dapat pandu pun. Tinggi tinggi jadi tukang jual teket atau jaga pintu. Kesian. Dah pelahap sangat korang.

Anonymous said...

Sedarlah sejarah pada tahun 1988 berlaku satu kejadian teramat dahsyat. Sebab asyik saman menyaman dan tidak puas hati (tentunya untuk berada di puncak kuasa yang dapat akses kepada berbilion-bilion ringgit), dalam satu kes, mahkamah putuskan Umno parti tidak sah. Ertinya Umno sudah mati.

Ironinya, Umno dibangunkan kembali dari kubur oleh Tun Mahathir. Itulah Umno Baru (Umno-B).

Demikianlah betapa kerap Umno, MCA dan MIC bergaduh malah parti kecil seperti PPP pun berpecah. Menyusahkan rakyat saja.

Bukankah lebih baik semua tenaga yang ada digembleng untuk kebajikan rakyat? Ini asyik bergaduh saja, dulu, kini dan selamanya.

Apabila banyak wang, tenaga, dan fikiran digunakan untuk bergaduh dan menaikkan diri sendiri, bila agaknya rakyat dapat ditolong?

Inilah yang berlaku sepanjang masa walaupun negara sudah merdeka lebih setengah abad lamanya?

Sedarlah rakyat, buatlah keputusan samada masih inginkan wang berbilion-bilion ringgit itu masuk ke kantung mereka atau dimanfaatkan untuk rakyat?

Anonymous said...

DAH LAH SETAKAT INI DULU. INI MAT TOYOL BUKAN RETI BERDAILOG. MAIN COPY PASTE DARI HARAKAHKAHKAH DSBNYA SAJA.

TAKDA LANGSONG NAK JAWAB ORANG PUNYA TUDUHAN DAN RESPON SECARA DIRECT APA ORANG KATA. DIA DAH JADI ROBOT. MACAM TUNGGUL KAYU. BIARKAN DIA MELALAK DAN MENYALAK DULU.

Oooops silap - dia tak melalak dan menyalak pun, Cuma main tekan butang kilang kitaran sampah PAS saja.

WASSALAM MISTER ROBOT.

Anonymous said...

Kerajaan persekutuan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN kerugian berbilion ringgit setiap tahun disebabkan oleh kontrak-kontrak berlebihan harga - daripada projek penerowongan air hinggalah kepada perkhidmatan penyumberan luar teknologi maklumat (IT).

Menteri Kedua Kewangan, mengesahkan jumlah kerugian itu 'amat banyak', tetapi tidak dapat memberi perangkaan tepat.

Tidak dapat beri perangkaan tepat kerana mungkin terlalu banyak korupsi dan penyelewengan berlaku. Jika beri angka tepat semakin luas pekongnya terdedah.

Anonymous said...

sebuah negara sedang membangun seperti Malaysia boleh membelanjakan antara 10 hingga 20 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi tujuan pemerolehan kerajaan.

Ia bermakna berdasarkan GDP Malaysia sebanyak RM700 bilion, antara RM70 hingga RM140 bilion telah dibelanjakan bagi projek-projek prasarana besar.

Anonymous said...

Walaupun lebihan bayaran itu hanya 20 peratus, jumlah kerugian yang dialami kerajaan Malaysia boleh mencecah antara RM14 bilion hingga RM28 bilion setahun.

Ia mungkin lebih tinggi jika jumlah bayaran berlebihan itu lebih tinggi, seperti yang sering berlaku akibat kecuaian kakitangan kerajaan dan rasuah ahli politik.

Anonymous said...

Menurut laporan Juruaudit Negara bagi 2007 dan 2008, penangguhan dalam menyiapkan projek-projek adalah antara punca kos berlebihan itu.

Laporan itu juga menonjolkan kelemahan-kelemahan dalam pemerolehan beberapa perkara - daripada pembelian kenderaan kepada perabot bagi pelbagai badan dan daya usaha kerajaan.

Laporan Juruaudit Negara menunjukkan bahawa Kerajaan UMNO/BN telah dengan nyata GAGAL mentadbir urus sumber kewangan rakyat Malaysia.

Jika aliran seperti ini berterusan maka rakyat Malaysia akan terus menanggung kerugian akibat ketidakcekapan pentadbiran oleh pemimpin UMNO/BN.

Anonymous said...

Pandangan umum ialah jika projek-projek itu diberikan kontrak melalui satu sistem tender terbuka - berbanding sistem rundingan, seperti yang sering dilakukan dan disalah guna - penjimatan yang bakal dinikmati adalah lebih tinggi lagi.

Kos-kos demikian mungkin 50 peratus lebih rendah jika projek-projek itu ditawarkan melalui tender awam, yang biasanya dijalankan secara terbuka.

Demi mengelakkan pembaziran dan kerugian yang mungkin boleh mengakibatkan negara menjadi muflis, kerajaan rakyat menyarankan agar kerajaan UMNO/BN diganti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 nanti.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang cintakan negaranya untuk menyebarkan bencana yang mungkin menimpa negara jika dibiarkan UMNO/BN terus berkuasa.

abdullahngah said...

Apa guna berfikiran luas, jika "jarum" penjajah masih tertanam kukuh dalam jiwa kamu.

Sekularisme,kapitalisme dan orientalisme kamu.

Inilah rencana pejajah agar umat Islam jadi macam dia dan menentang Ajaran Islam.

rawang said...

"Beza penyatuan Melayu dengan bukan Melayu"

Kalau Dr.T dah naik muak untuk mengulas mengenai Bersih, Aku pula dah lama muak dengan sikap dan perangai orang melayu yang tak sudah-sudah bertelagah sesama sendiri.Dari kalangan Pemimpin yang memduduki Parlimen hinggalah ke rakyat biasa yang duduk di kedai kopi.

Berhujah dan bermati-matian mempertahankan prinsip dan ideologi masing-masing.

Perselisihan pendapat dan pertelagahan sesama kita ini aku rasa tidak ada masalahnya selagi ianya dilakukan secara rasional dan berhikmah.

Masalahnya ialah apabila pemimpin dengan pemimpin bergeseran kerana ideologi politik yang berbeza pengikut mereka pun turut sama terpalit hingga tidak lagi boleh membezakan antara yang hak atau yang batil.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang bukan melayu dinegara ini walau sehebat mana mereka bertelagah tetapi mereka akan tetap bersatu dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bangsa mereka.

Kerana itulah hingga kini Sekolah Vernakular,Bahasa dan budaya mereka maseh kuat bertapak malah semakin berkembang pengaruhnya hinggakan bahasa kebangsaan sendiri sebagai bahasa penting untuk perpaduan terus diperlekehkan.

Sebaliknya orang-orang melayu apabila bertelagah sesama sendiri mereka sanggup berkerat rotan. Malah sanggup berkerjasama dan bersekongkol dengan bukan melayu walaupun kampung tergadai asalkan hajat mereka tercapai.

Walaupun sejak dari kemerdekaan negara ini diterajui oleh bangsa melayu,apakah benar hak dan warisan bangsa melayu maseh kekal terpelihara.

Tanah milik orang melayu semakin berkurangan.Hak istimewa orang melayu untuk mendapatkan peluang dan tempat dalam bidang pendidikan dan ekonomi semakin terhakis.

Dan kini penguasaan politik orang melayu semakin kurang pengaruhnya kerana orang-orang melayu maseh mahu terus bertelagah sesama sendiri.

Disebabkan perpecahan orang melayu maka kini telah mula kedengaran suara-suara sumbang yang cuba mempersoal dan tidak menghormati Institusi Raja-raja melayu.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat menjadi musuh utama Umno kerana gagasan itu ingin membebaskan negara ini daripada rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa sekian lama.

Anonymous said...

3:49 PM,

Jadi, korang masukkan perkara rasuah dalam Bersih? Kan dah kotor Bersih korang buat?

Padan muka korang dapat hanya 5,000 penyokong dari 300,000 yang diharapkan.

Anonymous said...

3:43 PM,

Kau kata "Pandangan umum ialah jika projek-projek itu diberikan kontrak melalui satu sistem tender terbuka - berbanding sistem rundingan, seperti yang sering dilakukan dan disalah guna - penjimatan yang bakal dinikmati adalah lebih tinggi lagi."

Kau cakap pasal projek beribu juta Rinngit yang DAP buat secara Turn-Key diatas tanah Dewan Badaran P. Pinang tu ke?

Baguslah. Bantah, jangan tak bantah DAP tu.

Anonymous said...

Mengapa UMNO takut dengan dakwat kekal bila negara Jiran Indonesia melakukannya untuk lebih 240 juta rakyat Indonesia?

Mengapa UMNO takut membersihkan Daftar Pemilih walaupun jelas terdapat pemobohongan dan penipuan di dalam nya?

Mengapa UMNO takut menghapuskan undi pos, sedangkan Malaysia bukan lagi di dalam peperangan?

Mengapa UMNO mahu semua rakyat Malaysia menjadi penakut macam mereka?

Anonymous said...

Rakyat tidak mungkin melupakan tohmahan yang dilemparkan Umno kepada Pas, termasuk melabel parti itu sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’, bahkan sehingga ke peringkat menyamakannya dengan komunis.

Apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Pas sebenarnya lebih teruk. Rakyat tidak lupa dengan peristiwa pembunuhan Samad Gul di Kelantan dan serangan di Lubuk Merbau?

Apakah Umno lupa tentang peristiwa di Memali? Bagaimana dengan ratusan pemimpin dan aktivis Pas yang dipenjara dan ditahan di bawah ISA?

tokgaru said...

Pelik bin ajaib apabila kerusi yang tradisi ditanding oleh umno diberikan kepada bukan Melayu, walau pun majoriti hampir 70 %. (Anonymous)

Apa yang peliknya. Itu kan semangat setia kawan namanya. Itu kan bertolak ansor nama nya walau pun nak kena tolak secara beransur2.

Itu cite pengundi melayu dulu2, yang tak berapa nak cerdik. Sebab tu Najib pun ada kata sekarang bukan zaman letak songkok sebagai calon pun sure boleh menang punya.

Aku percaya orang melayu sekarang dah makin cerdik dan celik. Tahu membezakan dan tahu siapa yang patut depa pilih.

Dulu2 memang ya. Pemimpin kata pilih lah Song Kok kerana jika pilih Song Kok makna nya anda menyokong saya.

Tapi melayu hari ni dah tak macam tu dah. Kita dah tahu siapa Song Kok sebenarnya di waktu kita dalam kesusahan.

Tengok lah bila nak ada Bersih, mike diam seribu bahasa, ngutuk tidak, ngeji pun tidak, nak muji takut dikatakan belot. Tapi dalam hati agaknya berkata " minta2 biar lah Bersih ni betul2 menjadi sebab kalau Bersih menjadi yang akan bergaduh adalah melayu sama melayu ".

Alhamdulilah berkat doa para ulamak yang sayangkan bangsa melayu maka Allah pun jauhkan bala yang dijangka menimpa umat melayu. Maka Bersih pun tak lah berapa menjadi.

Anonymous said...

3:37 PM,

Kau kata "Tidak dapat beri perangkaan tepat kerana mungkin terlalu banyak korupsi dan penyelewengan berlaku. Jika beri angka tepat semakin luas pekongnya terdedah."

Aku ingat begitu juga diKlantan, diPenang dan diSelangor. DiKedah akau tak baca sangat.

DiSelangor baru 2-3 tahun saja merintah sudah macam macam bentuk rasuah. Kalau lama, habislah negara dijual.

Bila dikorek saja rasuah Exco DAP, ada pulak kematian. Gengster ada terlibat ke? Kata seorang ADUN PKR dan seorang AP PKR (sekarang bebas) Exco DAP ada menemui "the underworld" diIbupejabat Kerajaan Selangor pun. Melampau.

Pastu Ronnie Liu, Exco DAP, pigi ketuk (banging) pintu MACC dan pintu Bilik Mayat Hospital Klang nak tengok mayat Teoh Beng Hock diluar masa pejabat. Melampau.

Macam gengster juga. Besar pekong dah keluar. Kalau lama merintah, pekong jadi ... apa pun tak tau.

Anonymous said...

Orang Melayu tidak mudah lupa. Rakyat Malaysia juga tidak mudah lupa. Yang mudah lupa hanyalah pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka ini sering menjadi mangsa propaganda yang mereka cipta untuk menipu rakyat. Tetapi yang tertipu bukan rakyat tetapi mereka sendiri.

Anonymous said...

4:10 PM,

Mana pigi duit orang ramai beri sumbangan kapada Tabung Mangsa Mamali tu?

Siapa songlap? Kesianlah orang kampung.

Anonymous said...

Rakyat makin cerdas dan mendapat pencerahan.

Golongan rakyat yang terlalu lama diperbodohkan adalah orang UMNO sendiri sehingga tidak tahu mereka diperbodohkan, mereka tidak tahu apa itu kebodohan.

UMNO mencuba untuk memperbodohkan rakyat dengan menggunakan media arus perdana milik mereka sendiri. Tetapi rakyat dibebaskan dengan pengembangan internet dan media baru.

Pemimpin UMNO yang tidak menurut arus perkembangan teknologi ini, diperbodohkan akibat terlalu lama hidup dalam kepompong mereka sendiri.

Anonymous said...

4:18 PM,

Hahahahah ketawa besor aku dengor kau cakap "UMNO dan mereka ini sering menjadi mangsa propaganda yang mereka cipta untuk menipu rakyat."

Propaganda ko dah satu hari suntuk ni, Mamat.

Nyata propaganda sebab tak sebut punca punca maklumat, keluarkan penerangan atau butir butir lanjut pun.

tokgaru said...

Apakah Umno lupa tentang peristiwa di Memali? Bagaimana dengan ratusan pemimpin dan aktivis Pas yang dipenjara dan ditahan di bawah ISA?
(Anonymous)

Hallo Bro. Jangan lah kau sebut2 pasal Memali lagi. Luka bebenor hati orang2 Memali. Mike sanggup mati kerana nak berjuang untuk islam, berjuang untuk membentuk Negara Islam, berjuang untuk melaksanakan undang2 Allah iaitu Hudud.

Kalau orang2 Memali sedor yang Pas la ni dah tak heran dengan Negara Islam dan Hudud kerana mungkin dah out of date mengikut dasar Pakatan Rakyat tentu mike orang2 Memali sedih yang amat sangat kerana Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya pergi tinggalkan mike atas nama perjuangan Negara Islam dan Hukum Hudud.

Udah udah la. Jangan kau sebut2 lagi Memali. Teman sendiri tak sanggup nak dengor. Hati teman pun turut terluka dengan apa yang berlaku dalam Pas la ni. Tapi walau apa pun orang2 Pas tetap sedara sebangsa dan seagama dengan teman.

Teman memang marah kepada Pas tapi idak la sampai nak bermusuh "berkerat rotan berpatah arang".

Anonymous said...

UMNO memang tidak senang dengan prestasi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang berjaya membangunkan negeri dan merakyatkan ekonomi melalui tatakelola yang baik (good governance).

Justeru itu, rakyat menyaksikan gelagat UMNO melalui siri-siri tindakan yang tidak demokratik untuk sabotaj sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Ini termasuk memperalatkan institusi-institusi kerajaan seperti SPRM, PDRM dan Mahkamah bagi menggagalkan sistem perkhidmatan dan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Konspirasi jahat ini tidak terhenti di situ, hari ini UMNO menggunakan jentera pentadbiran pusat untuk mensabotaj pentadbiran Kerajaan Negeri.

Putrajaya ingin menganggu kelicinan dan kecekapan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program-program rakyat yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri.

Anonymous said...

4:22 PM,

PAS mencuba untuk memperbodohkan ahli ahli nya sendiri khasnya, dan rakyat Islam dinegara ini umumnya dengan membuang Negara Islam.

Kemudian cuba menggunakan internet dan media baru bag cuba mempertahankan kena hentam disana sini perbuatannya menipu ahli ahli dan penyokongnya itu.

Anonymous said...

Sedarkah rakyat bahawa krisis Perlembagaan tercetus ekoran tindakan pemimpin UMNO yang rakus untuk memansuhkan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Ramai sarjana dan pengamal undang-undang mencabar keabsahan pindaan perlembagaan 1993 kerana ianya melanggar Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, “tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Sebenarnya UMNO memindahkan kekebalan tersebut kepada Mamak Bendahara dan pihak Eksekutif. Perasaan Raja-Raja Melayu amat luka. Luka yang dalam mungkin telah sembuh, tetapi parutnya tetap ada.

Keprihatinan Raja-Raja Melayu disambut dengan rasa tanggungjawab oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu.

Apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang, YB Encik Lim Kit Siang pada 18 Januari 1993 adalah semakin jelas hari ini :

“Semasa kita membahaskan soal kekebalan Raja-Raja, tentang bagaimana mendemokratikkan sistem Raja Berperlembagaan, untuk memastikan Raja-Raja bertanggungjawab dan Demokrasi Berparlimen, kita tidak boleh membenarkan pemimpin-pemimpin kerajaan menikmati kekebalan yang membebaskan mereka dari sebarang akauntabiliti awam sebagaimana yang dipamerkan oleh berbagai skandal yang tidak diselesaikan dalam negara ini.”

Anonymous said...

Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang turut menegaskan prinsip yang sama:

“Begitu juga kekebalan yang tersirat daripada penyalahgunaan kuasa melalui ISA, OSA, Perkara 145 (3) Perlembagaan kuasa yang diberi kepada Peguam Negara hendaklah dielakkan.”

Anonymous said...

Saya melihat orang Islam diperbodohkan dengan menyertai Bersih. Walaupun nawaitunya saya sokong kerana ingin melihat PRU yang bebas dan adil, nampaknya orang Melayu diperalatkan sedangkan berapa kerat je bangsa lain yg kononnya heboh mengajak rakyat turun berdemonstrasi.

Sebagai orang Islam apa yg dilakukan oleh UMNO dan BN banyak yang mungkar. PAS juga banyak terpalit dengan najis apabila bersekutu dengan DAP.

Apa yg akan saya lakukan dlm PRU akan datang ialah melihat calon berbanding parti. Teras pilihan Islam dan Melayu agar UMNO dan PAS terpaksa bersatu. Saya tidak mempercayai DAP dan PKR setelah melihat apa yang berlaku dinegeri2 di terutama yg menjadi boneka mereka

Anonymous said...

Kekebalan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin elit UMNO menjadikan Malaysia diperintah oleh diktator selama 23 tahun dengan mengamalkan undang-undang rimba dan menolak negara hukum.

Tun Mahathir Mohamad adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan pihak Eksekutif terlalu kebal.

Najib Razak hanya meneruskan sistem yang dibina oleh Dr. Mahathir. Justeru itu, rasuah dan salahguna kuasa semakin berleluasa dan menjadi budaya dalam pentadbiran UMNO.

Anonymous said...

UMNO ... ade buat silap ... akui je lah.
PAS ... ade buat silap ... akui je lah.

Kita ni ... manusia biasa ... tidak maksum ... dan akan buat silap ... akui je lah.

Bila umat Islam berbalah ... kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah ... akui je lah.

Petikan dari - http://www.alquran-melayu.com/48-al-fat-h/
[29]
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

AKUILAH INI DARI AL-QURAN.

Mungkin selama ini ... ayat ini tidak penting kepada ahli politik PAS & UMNO ... akui je lah.

Masa utk berubah ... sama-sama lah kita menghayati ayat tersebut -
1. orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam
2. sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)

MESTI KITA AKUI AYAT INI

Anonymous said...

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh UMNO semakin parah.

RM42,320 dibayar oleh Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau, Pulau Pinang untuk sebuah komputer riba.

2 unit daripada jenama yang sama komputer riba berjenama Acer Aspire pada harga RM84,640.

Komisyen kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi bernilai RM1 bilion.

Dengan jumlah ini Pakatan Rakyat boleh beri air percuma kepada rakyat selama 6 tahun.

Anonymous said...

Apabila Pakatan Rakyat menyatakan pendirian untuk mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu, ianya adalah untuk kembali kepada struktur asas Perlembagaan Negara yang berpaksikan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub di dalam dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu tatkala Almarhum Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan.

“Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.”

Anonymous said...

4:25 PM,

Kamu semua dah dibalon kamdian nak tuduh Kerajaan "memperalatkan institusi-institusi kerajaan seperti SPRM, PDRM dan Mahkamah bagi menggagalkan sistem perkhidmatan dan pentadbiran Kerajaan Negeri."

Nasiblah korang erintah Kelantan dan Mat Sabu dapat lepas dari khalwat dengan Norma dibilik 121 diHotel Perdana. Tapi Nuar tak dapat lari sejak Sodomi I dan sekarang Sodomi II. Exco DAP pun kena sebab Teoh Beng Hock mati dan pekong Ean Yong dah keluar di COI.

Kalu korang perintah Federal lagi teruk berganda ganda sampai jahanam negara.

Anonymous said...

4:33 PM,

Korang ikut saja Perlembagaan Negara dan Rukun Negara cukup lah. Tak payah berdolak dalik itu ini.

Perlembagaan negara sudah cukup jelas. Mana ada yang dimushkilkan boleh dibawa keMahkamah. Tak payah bising disana sini.

tokgaru said...

Teman memang marah kepada Pas tapi idak la sampai nak bermusuh "berkerat rotan berpatah arang".
(Tokgaru)

Ni teman nak tanya mike orang2 Pas.

Mike memang marah bebenor dengan Umno, mike memang benci sungguh dengan Umno, seolah2 pada mike jika DAP juga musuh mike maka mike harus bunuh Umno dulu kemudian baru bunuh DAP. Agaknya macam tu la ya.

Teman nak tanya, boleh kah mike ambil pendirian macam mana perdirian teman terhadap mike orang2 Pas. Teman tetap sayangkan mike kerana kita sama bangsa sama agama. RT pun teman sayang dia macam teman sayangkan mike juga kerana walau pun dia cina tapi dia sama agama dengan teman.

Teman nak menyeru mike semua ada kan perasaan yang semacam itu .. insyallah kita boleh bekerjasama.

Anonymous said...

Pindaan Perlembagaan 1993 juga telah disalahguna untuk menghakis prinsip Federalisme. Pindaan tersebut bukan sahaja memindahkan kuasa ke tangan Perdana Menteri, tetapi ia juga merampas kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri menurut amalan Persekutuan atau Federalisme.

Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Selangor juga berjaya menyelesaikan banyak kes yang berlarutan selama berdekad di bawah pentadbiran UMNO.

Peneroka-peneroka bandar di Kampung Indian Settlement, Batu Caves yang dipinggirkan hampir 50 tahun oleh wakil rakyat MIC dan Kerajaan Barisan Nasional telah mula merasai nikmat kerajaan yang prihatin pimpinan Pakatan Rakyat apabila Kerajaan Negeri meluluskan hak milik tanah untuk mereka pada Ogos 2010.

Ratusan keluarga Melayu di Kampung Gombak Setia yang merintih selama lebih tiga dekad untuk mendapatkan hak mereka dipandang sepi oleh wakil rakyat UMNO.

Namun, dalam tempoh yang begitu singkat, atas nama keadilan, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat mampu menangani masalah ini.

Anonymous said...

4:32 PM,

Berdakyahlah kamu tak habis habis sampai kucing bertanduk.

Sikit bukti atau punca maklumat yang boleh dipercayai pun tarak.

Siapa yang mau percaya korang. Benci dengor dakyah kosong ade. Pecaya tak ade.

Anonymous said...

Kerajaan Pakatan Rakyat bekerja kuat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat, namun ada pihak yang tidak senang dengan dasar-dasar dan langkah-langkah kepedulian rakyat ini.

UMNO dan Barisan Nasional di Putrajaya takut dengan apa yang kita lakukan. Mereka dengan cara yang tidak demokratik dan dengan tidak menghormati prinsip Persekutuan atau Federalisme cuba melakukan sabotaj.

Anonymous said...

4:32 PM,

Ada macam macam kes PR menyeleweng dan memeranakan berbagai kaum dinegeri negeri yang diperintahnya.

Di Penang keluar surat khabar macam macam kes merana akibat tindakan kejam DAP. Termasuk rakyat keturunan India yang merana kehilangan tapak menginap akibat projek DAP ke hape ke.

tokgaru said...

Hai .....

Anonymous yang sekor ni rajin bebenor dia menulis. Panjang berjela pula tu. Ada ker larat orang nak baca. Nampaknya dia dah tawan blog RT ni dengan propaganda yang hebat2 lak tu.

Hallo Anonymous. Kalu ko sendiri yang tulis aku salute ko. Tapi aku agak ko main copy paste ajer ni.

Udah udah ler. Bagi ler orang lain pula.

Anonymous said...

Amanah yang diberikan oleh rakyat perlu digunakan untuk memberikan khidmat terbaik untuk merakyatkan ekonomi melalui sistem tatakelola yang kukuh dan menurunkan kos kehidupan rakyat.

Sebagai contoh; apabila Pakatan Rakyat memperkenalkan program-program ekonomi dalam Buku Jingga dan Program 100 Hari Pakatan Rakyat; ianya telah mencetuskan gelombang baru dalam masyarakat dan menyebabkan Kerajaan Pusat berada dalam keadaan defensif.

Najib mendakwa Program 100 Hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga akan menyebabkan negara muflis.

Inilah masalah Najib, bila Pakatan Rakyat hendak menolong rakyat, kita dituduh tidak bertanggungjawab dan akan memufliskan negara tetapi apabila memberi subsidi kepada kroni, negara tidak muflis.

Sebenarnya Program 100 Hari hanya melibatkan kos RM19.2 bilion sedangkan kalau diambil kembali subsidi yang dianugerahkan kepada empat syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP) dan mengatasi masalah ketirisan, Kerajaan akan memperolehi RM51 bilion.

Buku Jingga memberikan tumpuan kepada isu-isu yang membebankan rakyat.

Kalau kita teliti angka-angka ekonomi yang dibentangkan dalam Parlimen;

46% rakyat Malaysia yang bekerja menerima pendapatan bawah RM2,000 dan

75% dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu.

Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40% paling miskin di Malaysia.

Anonymous said...

4:43 PM,

Ko cakap "tidak demokratik dan dengan tidak menghormati prinsip Persekutuan atau Federalisme cuba melakukan sabotaj."

Kau tak tau pun apa itu demoracy. Kau perso'alkan ISA, Akta Polis dllnya yang diluluskan oleh Parlimen yang diwakili oleh wakil wakil rakyat yang dipilih melalui polihan raya. Kan ke bangang pasal democracy kau tu.

Tak payahlah cakap pasal "prinsip Persekutuan atau Federalisme." Nanti kau pening kepala. Konsep Negara Islam pun kau gugurkan bila ditenkeng dek DAP, apa nak cakap konsep Federalism dsbnya?

tokgaru said...

Ni kerja gila babi yop, babi gila pun tak buat kerja macam ni.

Tulis sikit2 dah ler. Pas tu bagi lah fakta yang masuk di akal. Baru lah propaganda tu menjadi.

Jangan marah Yop.

Anonymous said...

Apabila orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, siapa yang takut?

Apabila orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For All', siapa yang paling takut?

Apabila orang Cina seperti Chang Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang takut?

Anonymous said...

Ada yang tanya apa kena mengena fitnah ini dengan kita, ini soal Anwar dengan Dr Mahathir masa itu. Kalau begitu mengapa yang kita bergaduh dengan jiran tetangga, bukankah yang kita berpecah itu bukan sifat munafik namanya.

Kesan fitnah yang paling hebat ialah perpecahan dalam masyarakat Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu, bandar dan bukan bandar semuanya tanpa pengecualian.

Perpecahan yang paling dahsyat ialah akibat fitnah pada tahun 1998.

Sudah 13 tahun adakah sudah damai ke belum, dah taubat ke, siapa nak tanggung dosa permusuhan ini?

Anonymous said...

Hah 4:49 PM,

Apa nak cakap pasal Program 100 Hari yang dah basi sebab tak ada orang yang kira betul tidak kau orang punya congak tu.

Cakap berbilion, nak belanja ikut sesuka hati kau orang saja mana boleh. Ini bukan macam mentadbir Kelantan, tau? Tikus bersepah, tak ada longkang, longkang tersumbat, sampah tak berangkat pun tak boleh buat.

Kau orang ada konomis ke? Ke kau orang tumis angka angka tu macam sambal tumis saja. Tak boeh lah.

Anonymous said...

Rasulullah bersabda tidak halal bagi seorang Muslim bermusuh dengan saudaranya lebih dari tiga hari, sekarang sudah berapa tahun?

Isu fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu bukan sahaja berkisar kepada hujah laporan perubatan dan dikaji dari segi saintifik tetapi juga mempunyai dimensi agama dan akhlak.

Fatwa Majlis Ulama Sedunia menyatakan bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah munafik.

Sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Anonymous said...

Kalau kita guna akal fikiran, Anwar pada 1998 sudah diaibkan, dimalukan, diseksa, dizalimi sekarang mereka (Umno-BN) buat lagi.

Dalam Al-Quran di nyatakan dengan jelas kalau orang fasik datang kepada kamu dengan satu berita, 'check' dan 'double check', jangan sampai kita menghukum dan buat satu kenyataan yang mengaibkan orang lain. Dalam hal fatwa ini wajib kita sampai dan sebarkan.

Anonymous said...

Betul tu tokgaru.

Aku pun bosan dibuatnya. Tapi aku tak nakkan pembaca yang sekali sekala baca disini terpengaruh dengan popaganda dia. Jadi aku cuba patahkan sikit jari robot dia.

Dia bukan tulis pun. Dia main copy paste saja. Tapi aku nak tulis sebab nak talakan point yang mengarut dia keluarkan. Haha, "talakan", "bedal kpd target" bak kata orang. Kalau boleh aku nak "talakkan". Tapi tak boleh sbab belom kawin.

Mana aku nak kawin jenis ini. Sori la.

Anonymous said...

Apa yang Umno cukup mengelabah dan takut ialah wujudnya satu gabungan yang dipanggil Pakatan Rakyat.

Mereka tidak pernah takut dengan PAS sebagai PAS, KEADILAN sebagai KEADILAN atau DAP sebagai DAP tetapi bila bergabungnya ketiga-tiga parti ini kekuatannya amat luar biasa.

Kekuatan Pakatan Rakyat tidak kepada PAS sahaja, tidak kepada KEADILAN atau DAP sahaja, macam Power Rangerslah apabila lima Power Rangers ini bergabung tenaga baru jadi kuat, kalau seorang berlawan kalah.

Oleh kerana itu, Umno-BN mencipta beberapa isu berkaitan agama dan perkauman serta mencetuskan insiden-insiden yang boleh menjuruskan kepada pergaduhan antara kaum.

Anonymous said...

4:57 PM,

Kalau nak dihitung fitnah yang kau orang buat, samapi 7-8 angka agaknya.

Pulaknya kau orang mengaku kuat Islam.

Apa daaaa kau orang.

Anonymous said...

Dalam isu kalimah Allah apakah Umno bersuara atas prinsip mahu pertahankan nama Allah, kalau kerana prinsip mengapa mereka ke Sabah dan Sarawak dan kata orang di Kristian di sana boleh pakai nama Allah, apakah Allah di Sabah dan Sarawak tak sama dengan Allah di Semenanjung?

Status Allah pun berbeza ikut zon?

Ini kerana mereka melihat sokongan orang Sabah dan Sarawak kepada Pakatan Rakyat sampai ke 70 peratus, Umno-BN panik maka terus mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian yang kononnya hendak mempertahankan kalimah Allah.

Bila mereka tengok di Semenanjung sokongan orang Cina dan India meningkat kepada hampir 90 peratus kepada Pakatan Rakyat, mereka buat kenyataan bahawa Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan boleh guna kalimah Allah dengan alasan negeri-negeri ini tidak ada Sultan.

Bagaimana pula dengan Melaka? Ini membuktikan pendirian mereka bukan atas prinsip agama tetapi kerana kepentingan politik.

Anonymous said...

Segala perancangan jahat Umno-BN tidak mampu menggoyang keutuhan Pakatan Rakyat kerana rakyat sudah masak dan mengetahui motif setiap isu yang dicetuskan kata beliau.

Mereka ingat dengan isu kalimah Allah, PAS dan DAP boleh berpecah tapi tak pecah, kemudian dia bakar gereja nak pecah belahkan Pakatan Rakyat, dia campak kepala babi hutan dalam masjid bukan untuk hina masjid tapi mahu pecah belahkan Pakatan Rakyat tapi makin kuat Pakatan Rakyat diasak makin kuat Pakatan Rakyat berteguh, berpakat.

Bila gereja diserang PAS pergi, KEADILAN pergi bukan setakat tengok tolong lagi, bila kepala babi dicampak ke masjid, Cina dan India datang peluk Imam dan kata "Sabar tuan Imam".

Anonymous said...

Mereka nak pecah belahkan Pakatan Rakyat sebab apabila orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, siapa yang takut?

Apabila orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For All', siapa yang paling takut?

Apabila orang Cina seperti Chang Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang takut?

Sudah tentu jawapannya Umno!

Anonymous said...

Hahaha 5:01 PM,

Kau tak tau ke apa orang panggail Pakatan Rakyat? Fu..... Rakyat lah. macam macam lagi. Siapa takut?

Semua orang tau DAP chauvinis, rasis dan subversif, dan ISA boleh pakai bila diperlukan. PKR tak demokratik dalam pemilihan pemimpin parti pun hingga Zahid cabut lari dan Anwar akan bersemayam diSungai Buluh lagi.

PAS? Ele, kecut bola bila Kit Siang tengkeng "Never" dan Karpal jerit "Langkah mayat aku dulu" kpd Hukum Hudud, kamdian berterabur pi buang Negara Islam, siapa mau takut?

Anonymous said...

Oi 5:10 PM,

Itu orang pegang Qur'an, belek belek dalam Mesjid, bukan ada minat sebenar tapi dengan tujuan popaganda politik saja, kau orang pun banggakan ka?

Macam ini macam mana oran Melayu Islam mau sokong kau orang, melainkan ahli ahli kau orang saja.

Tak usah harap ke Putrajaya lah kalu kau orang biarkan kafirun politkkan Qur'an, ayyat ayyat suchi, Firman Tuhan tu.

Anonymous said...

Sebenarnya UMNO-BN perlu menerima hakikat bahawa rakyat telah menolak kerajaan UMNO-BN dengan kemenangan 5 negeri oleh Pakaran Rakyat pada 2008 lalu, itu pun berlaku dalam keadaan sistem pilihanraya Malaysia sedang ditadbir BN dengan cara yang tidak adil, tidak saksama, zalim serta berat sebelah disamping penyalahgunaan kuasa pelbagai kementerian dan agensi menjadi penentu kepada kekalnya kuasa BN.

Pakatan Rakyat telah menyampaikan maklumat mengenai salahlaku kerajaan sekarang serta keadaan sebenar Malaysia dari semua aspek baik ekonomi dan lain-lain hal supaya rakyat Malaysia tahu apa yang UMNO BN telah buat dalam Negara ini.

Pakatan Rakyat akan terus komited dengan dasar Negara berkebajikan terhadap seluruh rakyat, tetapi UMNO BN terus takut dengan perkataan kebajikan kerana sememang pada hakikatnya mereka tidak mahu dan tidak mampu berjuang dengan dasar tersebut.

Itulah perbezaan kerajaan UMNO-BN dan juga Pakatan Rakyat yang akan menubuhkan kerajaan PR jika menang pada pru 13 nanti.

Anonymous said...

UMNO-BN cuma perjuangkan kepentingan rakyat dalam kelompok tertentu dan terpilih dan jauh berbeza dengan apa yang diperjuangkan sepertimana yang berlaku dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Kepentingan rakyat bukan lagi agenda utama UMNO BN apabila mereka mengatakan bahawa Kerajaan Pusat telah memberi subsidi kepada rakyat sebanyak RM74 bilion dan oleh sebab itu perlu dimansuhkan kerana dengan alasan kerajaan telah terbeban.

Jumlah sebenar subsidi yang telah disampaikan kepada rakyat setelah dikaji mengikut pecahan hanyalah RM3 bilion, itupun kebanyakannya telah dibolot oleh kroni mereka (UMNO-BN) dan rakyat terus ditipu melalui media pro UMNO BN bahawa rakyat telah diberi subsidi sebanyak RM74.

UMNO BN menggunakan alasan tersebut untuk menjaga kepentingan beberapa kerat pemimpin UMNO BN untuk menjadikan mereka lebih kaya dengan wang rakyat dan sumber khazanah Negara.

Anonymous said...

Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya.

Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang hendak dimasukkan ke dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu dengan kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri!

Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu.

Anonymous said...

Itu cerita lama 5:19 PM,

PR dapat undi lebih di PRU12 bukan kerana rakyat sayangkan PR. Sebab banyak yang bosan dengan pemerintahan Tun Dol.

Sekarang Tun Dol dah takda lagi. Dan orang dah bosan dngan helah PR. Tengok tu. PAS saja dah mengarut. Banggakan kafir mepermainkan Al Qur'an.

Mana tak membermainkan bila diorang belek belek saja ambik gambar, dalam msjid pulak tu. Saja nak popagandakan.

Nak buang Negara Islam itu kau orang punya pasal lah. Tapi korang biarkan kafirun permainkan Al Qur'an, ayat suci, Firman Allah, itu dah melampau.

Wahahi Muslimin dan Muslimat. Janganlah sokong mereka yang membenarkan, dan membanggakan kafirun mempermainkan, buatkan Al Qur'an sebagai popaganda.

Anonymous said...

Umno jadi lebih kalut dan cuba memutar mati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua іԁеа dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghujan rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.

Segala televisyen, radio, akhbar, blog dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadu siber direkrut dengan upah yang tinggi.

Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luarbandar).

tokgaru said...

Woi Bro Anonymous .. dah la tuh.

Ko ni tak habis lagi ker. Agak2 bila baru nak habis nih. Ko ingat orang nak baca semua yang ko posting tu ker. Hampeh beb.

Ko buat cam aku ni senang n relax beb..

Aku sayang melayu aku juga sayang islam. Aku mahu melayu aku juga mahu islam.

Bukan melayu pun aku mahu juga tapi kena lah masuk islam dulu .. baru lah aku terima mike sebagai sedara. Kalau tak masuk islam .. gua sikit susah mau caya lor.

Anonymous said...

Kali ini taktik Umno kurang menjadi.

Oleh kerana kebijaksanaan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan-sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis.

Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhan liwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal dengan rasa bimbang, curiga serta dalam ketakutan.

Malangnya, ini tidak berlaku.

Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya oleh rakyat Malaysia amnya.

Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam.

Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri.

Itulah hakikat sebenarnya.

Anonymous said...

5:29 PM,

Kau kata, "Segala televisyen, radio, akhbar, blog dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadu siber direkrut dengan upah yang tinggi."

Kau boleh tolong rekomen aku jadi "soldadu siber" yang kau cakap tu? Aku pun nakkan upah yang tinggi tu, hahaha.

Ada perang siber ke? Aku ingat cuma robot macam kau saja main copy paste tak berhenti henti.

Boleh perang Star Wars ke? Amacam, roket ada ges ke? Ges dihimpunan Bersih ada le. Ada bom atom, bom nuklear ke? Hahaha.

Anonymous said...

Apa yang pasti, laungan mahu melaksanakan perubahan oleh pimpinan Umno hanya sekadar kosmetik politik.

Rakyat sedar pengumuman demi pengumuman langsung tidak membawa manfaat kepada mereka melainkan menguntungkan mereka yang dekat dengan pemerintah.

Anonymous said...

Apabila PAS membawa slogan dan konsep negara Islam, UMNO menolaknya.

Apabila PAS membawa undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu, UMNO turut menolaknya.

Walau pun ia tidak bererti semua rakyat Malaysia pelbagai kaum setuju dengan tindakan PAS, ia membuktikan UMNO menolak apa yang PAS perjuangkan selama ini.

Buktinya ialah apabila PAS membawakan negara berkebajikan yang selaras dengan konsep negara Islam bersifat universal, UMNO masih menolaknya.

Apabila PAS mendapat saf pimpinan baru yang seimbang baru-baru ini – ulama, profesional, akademik, aktivis dan birokrat – UMNO tetap menolaknya, walau pun ia tidak ada kena-mengena dengan parti itu kerana ia adalah hal dalaman PAS.

Selepas keputusan pemilihan kepimpinan di muktamar PAS ke-57 diumumkan hujung minggu lalu, UMNO mencipta bermacam-macam alasan dan konspirasi.

Yang jelas dalam propaganda UMNO, tidak ada orang PAS yang menang dalam pemilihan PAS.

Bagi UMNO, yang menang dalam pemilihan PAS adalah DAP, PKR, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Reçep Tayyip Erdogan dan entah siapa lagi.

Semuanya gara-gara UMNO gagal dalam kempen mereka yang mahu apa yang mereka takrifkan sebagai golongan ulama menjadi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Hingga mereka lupa bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat juga adalah ulama.

UMNO juga lupa bahawa pimpinan Dewan Ulama PAS semuanya menang tanpa bertanding; maksudnya semua mereka adalah para pemimpin ulama yang “disokong” oleh UMNO melalui lidah rasminya Utusan Malaysia.

UMNO turut lupa bahawa Dewan Pemuda PAS juga dipimpin oleh wakil yang dilihat setia dengan golongan ulama.

Bagi UMNO, semua itu tidak penting kerana kempen Utusan dan UMNO untuk menjadikan ulama pilihan mereka sebagai presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan AJK pusat PAS telah gagal.

Yang pelik ialah mengapa UMNO yang menolak Negara Islam ala PAS, yang menolak hudud ala PAS, yang menolak apa sahaja yang PAS perjuangkan selama ini, begitu kemaruk mahu melihat PAS diterajui oleh golongan ulama?

Anonymous said...

5:33 PM,

Kau kata

"Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri."

Setuju, yang itu aku setuju.

Tapi dengan PAS pun DAP tak boleh tubuhkan kerajaan sendiri, tak boleh ke Putrajaya.

Anonymous said...

5:39 PM,

Kau kata

"Apabila PAS membawa slogan dan konsep negara Islam, UMNO menolaknya.

Apabila PAS membawa undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu, UMNO turut menolaknya."

Apa kau nak cakap pasal Negara Islam dan Hukum Hudud lagi?

Kan kau orang dah buang berdentum kedinding ke, ke mana ke?

Ahli ahli PAS dan penyokong kau orang pun banyak yang kau orang dah kecewakan. Tak caya, tengoklah diPRU13 nanti.

Anonymous said...

Persoalan yang belum dijawab oleh UMNO sehingga kini ialah:

Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan kepimpinan ulama?

Adakah UMNO mahu ulama menjadi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden serta menduduki kerusi majlis tertinggi UMNO?

Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan negara Islam mengikut versi PAS yang dibawakan sebelum ini?

Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan hudud mengikut versi PAS yang dibawakan sebelum ini?

Dan di mana sebenarnya para pemimpin UMNO meletakkan ulama dalam parti mereka?

Anonymous said...

Tak usah cakap pasal perso'alan yang belom berjawab lah, Anon 5:49 PM.

Disini saja pun ada berpuluh so'al yang kau tak jawab pun.

Cakap tak serupa bikin. Dah ikut sebulat macam DAP. Pigi daaa ....

melayu rempit said...

kata cina melayu bodo dan malas....

aku tengok melayu bodo dan malas....

malas berfikir bermakna bodo....

malas bekerja bermakna berlagak macam tuan...



kahkahkah....

Anonymous said...

Macam kau.

bodo ... malas.... malas berfikir .... ketawa macam budak kecik disini ...

kau nak berlagak macam tuan pun tak boleh, Mat. Baik kau main jauh jauh dari sini ... Nah ambik ni sepuluh Ringgit ...

rempit aje tau, jangat kutu embun ... kalau belanggar motor, patah kaki, hidung tanggal, jangan marah orang tau ... marah diri sendiri ...

Anonymous said...

tgk diri sendiri latu yg ckp melayu bodo dn malas..

yang lain2 tu..aku malas nk komen..aku mmg x layan artikel2 memuji diri sendiri dang mengutuk pihak lain as if tade langsung salah dorang..

yola..korg la maksum..kami ni umat Islam biase je...

Anonymous said...

Dah pigi dah dia. Dia kerja diIbupejabat PAS agaknya. Masuk sini time kerja saja.

Kerja dia takde lain dari copy & paste apa apa yang telah ditulis diHarakah dan lain lain penulisan PAS dan sekutu depa.

Besok pagi waktu kerja dia mula lagi lah tu. Bersedialah untuk kencingkan dia lagi siapa yang sanggup. Jangan sampai ada pembaca yang terpengaruh dakyah politik PAS dan sekutunya.

Anonymous said...

Anon 8.11 p.m..

kalau die keja pejabat PAS okla...jangan die keje kerajaan..ha..masalah tu..

silap2 dlm majlis guru besar pun ramai puak2 ni...tu yg xde bunyik tuh...

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 737   Newer› Newest»