Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, July 30, 2018

Ultra kiasu tidak layak memimpin kementerian pendidikan

11:15 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments
https://www.ismaweb.net/2018/07/30/ultra-kiasu-tak-layak-memimpin-kementerian-pendidikan1/


Ultra kiasu tidak layak memimpin kementerian pendidikan

Tersangat sedih mendengar apabila pemimpin ultra kiasu yang bertanggungjawab dalam menentukan masa depan pendidikan negara berkata minggu lalu bahawa, syarat lulus mata pelajaran sejarah tidak akan dimasukkan dalam pengiktirafan UEC selaras dengan manifesto PH yang mewajibkan hanya mata pelajaran Bahasa Melayu perlu mendapat kredit (kepujian). Mana lebih penting antara manifesto PH dengan pembinaan negara bangsa? Naif sungguh apabila ada pemimpin lebih mementingkan manifesto daripada masa depan negara.

Lebih naif lagi jika keluar dalam kalangan mereka dilantik menjaga Kementerian Pendidikan. Subjek sejarah yang amat besar ertinya kepada rakyat Malaysia, mahu dilupakan begitu sahaja hanya kerana mahukan pengiktirafan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang lebih bersifat minoriti. Jika sejarah negara sudah dilupakan, apa lagi yang tinggal? Cuba tanya ultra kiasu terdiri, sejarah diri dia dan sejarah parti dia, penting atau tidak? Bila dilahirkan, di mana, masa bila dan macam-macam lagi.

Berulang kali PM telah katakan, manifestonya bukan kitab suci. Tidak semestinya dipatuhi. Ketika dirangka dahulu, tidak terjangkau atau tidak terfikir akan rasionalnya, kerana emosi menguasai. Justeru, jangan terlalu obsess. Banyak isu yang lebih besar lagi yang perlu difikirkan. Kenapa Menteri dan timbalan Menteri serta pemimpin NGO Cina, dalam kepala otak mereka hanya ada Cina, Cina dan Cina. Mereka selalu berkata, kita semua ini adalah Malaysian. Maka, berfikirlah secara Malaysian. Jika tidak, jangan salahkan orang Melayu jika mereka terlebih obsess pasal, Melayu, Melayu dan Melayu termasuk ketuanan Melayu. Sejarah membuktikan Melayu adalah tuan (penduduk asal) bumi bertuah ini. Justeru, saya tidak hairan, orang Melayu terlebih Melayu. Yang menjadi kebimbangan apabila orang Cina terlebih Cina dalam sebuah negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu.

Apakah kita sengaja lupa bahawa negara ini asalnya  bernama Tanah Melayu, terletak di Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago? Sejarah asal usul Melayu sudah termaktub dalam sejarah dunia sebagaimana sejarah Tanah Besar China dan India. Justeru, jangan diungkit lagi. Kejahilan ini berlaku disebabkan oleh buta sejarah. Sebab itu, suka atau tidak, mahu tidak mahu, subjek sejarah mesti diwajibkan dan wajib lulus (kredit) dalam semua sekolah beroperasi di negara ini, agar yang buta tidak terus buta. Jika tidak mahu patuh, sila cari sekolah di negara lain, yang mengecualikan subjek sejarah ini.

Berbalik kepada desakan ultra kiasu mahukan SPMC mahu setanding dengan sekolah arus perdana dan dikecualikan subjek sejarah, sejarawan negara Khoo Kay Kim berkata, subjek tersebut perlu ada dalam setiap peperiksaan ataupun sijil bagi memastikan rakyat tidak lupa sejarah penting yang pernah berlaku di negara ini. Pakar sejarah tersebut turut mengirim soalan sejarah untuk dijawab oleh timbalan Menteri ultra kiasu tersebut yang saya yakin beliau tidak akan dapat menjawabnya.  Soalan berkaitan kenapa gelaran Raja Selangor tidak digunakan sebaliknya Sultan Selangor. Melopong. Ultra kiasu tidak tahu semua ini. Mereka hanya hadam sejarah partinya sahaja yang bersifat ultra kiasu.

Sejak dulu lagi menjadi kebimbangan kepada saya apabila ultra kiasu memerintah. Mereka tidak mahu atau tidak pentingkan sejarah. Lebih malang lagi, jika mereka terdiri dalam kalangan ahli parlimen dan berjawatan Menteri atau timbalan. Ingin juga saya kirimkan soalan seperti Khoo Kay Kim, ultra kiasu itu tahu atau tidak sejarah parlimen dan sejarah di pilihan raya di Malaysia? Saya yakin, ultra kiasu ini tidak dapat menjawabnya kerana mereka hanya obsess sejarah China sahaja.

Saya fikir, mereka tidak layak bergelar ahli parlimen atau bergelar menteri jika mengatakan bahawa sejarah itu tidak penting, dan tidak perlu diwajibkan kepada sekolah, terutama SPMC. Setelah saya membuat sedikit kajian mengenai silibus sibjek sejarah di SPMC, ternyata dan terbukti, bahawa subjek sejarah di SPMC begitu menekankan sejarah negara China daripada negara Malaysia sendiri, tempat lahirnya nenek moyang mereka. Jika begitulah keadaan, saya cadangkan mereka ini baliklah ke negara China, untuk belajar sejarah China dan sejarah kenapa dan mengapa sistem beraja China pupus dan digantikan dengan sistem komunis. Lepas itu, bila dah hadam, baliklah semula di negara bertuah ini, untuk mengetahui betapa bertuahnya kita hidup di negara tercinta ini.

Menteri Pendidikan benar apabila berkata pada 26 Julai lalu, bahawa KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional. Saya sangat sanjung tinggi jawapan ini. Selaras dengan perlembagaan.

Malangnya, beberapa jam selepas itu, ultra kiasu bersatu hati, mengecam dan menyeroyok Menteri Pendidikan atas kenyataannya itu. Mereka turut menyarankan kepada PM agar menukar Menteri Pendidikan kerana sudah melencong daripada Manifesto PH yang mengiktiraf UEC (SPMC). 

Tidak lama selepas itu, Menteri Pendidikan serta merta menarik balik kenyataan dan terus berkata KPM akan membiayai SMPC seperti sekolah arus perdana yang lain. Ingin saya tegaskan, tidak ada dalam mana-mana peruntukan dan undang-undang negara ini mengatakan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membiayai sekolah persendirian (swasta).

Dalam kenyataan sama, ultra kiasu yang merupakan ADUN Bercham, berkata ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa. Saya cabar ultra kiasu ini, tunjukkan statistik kepada saya berapa ramai orang Melayu di SPMC? Seperti yang saya sebut minggu lalu, bilangan orang Melayu di SPMC teramat kecil. Mungkin dalam lingkungan 10 orang. SPMC tidak boleh disamakan sama sekali dengan SJKC. Hampir mustahil untuk pelajar Melayu di SJKC melanjutkan pelajaran ke SMPC. Jika adapun, mereka lebih memilih SMJKC. Tidak usahlah menipu wahai ultra kiasu.

Tanpa bantuan kerajaan selama ini, SPMC tetap gah dan mewah. Jutawan-jutawan Cina pakat-pakat membantu sekolah ini, sama seperti mereka membantu SJKC meskipun SJKC dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya. Pergilah melihat prasana di SJKC dan SMJKC, bandingkan dengan sekolah aliran arus perdana.

Saya beri satu contoh yang sangat jelas betapa ketinggalannya sekolah aliran kebangsaan dengan  sekolah Cina. Misalnya, SJKC Pei Yu, sekolah bantuan penuh kerajaan. SJKC ini terletak sekitar kawasan Bertam, berhampiran Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas.

Berdekatan SJKC Pei Yu, paling kurang terdapat tujuh buah sekolah iaitu, SK Hashim Awang, SMK Dato Haji Abdul Kadir, SJKT Palaniandy, SMK Dato Hj Ahmad Badawi, SK Sheikh Abdullah Fahim, SMK Bertam Perdana, dan SMK Bertam Indah. Kesemua sekolah ini tidak ada dewan yang begitu canggih dengan segala kelengkapan seperti dewan SJKC Pei Yu. SJKC ini mendapat peruntukan khas membina dewan tertutup serba canggih bernilai lebih RM3 juta. SJKC ini jauh lebih gah daripada sekolah bantuan penuh kerajaan di sekelilingnya, meskipun kawasan tersebut di bawah bekas PM sebelum ini, Pak Lah.  Hanya kerana ada nama SJKC, menjadikan ia sangat istimewa.

Sekolah lain bersebelahan yang  ingin menggunakan dewan tersebut akan dikenakan sewa. Begitulah hebatnya ultra kiasu bersatu hati dalam pembangunan pendidikan anak bangsanya. Bayangkan jika kerajaan terus menyalurkan dana dan memberikan bantuan sepenuhnya. Sudah tentu sekolah-sekolah Cina ini akan menjadi sekolah mewah, penuh segala kelengkapan, meninggalkan sekolah aliran kebangsaan, termasuk sekolah berasrama penuh.  Jangan ada yang membandingkan dengan sekolah agama. Pasti akan mengalir air mata.

Umum mengetahui bahawa ekonomi negara ini dikuasai oleh orang Cina. Kekayaan yang dimiliki turut memperkayakan NGO-NGO mereka. Jika tidak masakan NGO-NGO mereka boleh membina dan memiliki bangunan sendiri. Jika tidak pergilah menejeling akaun-akaun persatuan PIBG SJKC, SMJKC, SMPC, Hua Zong, Dong Zong, Dong Jiao Zong dan lain-lain.  

Jangan pergi jauh, cuba lihat bangunan Persatuan Cina, Hua Zong, Serdang, tepi lebuh raya Utara Selatan, 20 tingkat. Di situ juga menempatkan Kolej Persendirian Cina. Ini tidak termasuk Sekolah Persendirian Cina di bangunan Minlon terletak berdekatan. Sebelum PRU14, bekas PM, Najib Razak telah meluluskan hampir dua ekar tanah kepada SMPC Choong Hwa, Sentul bagi tujuan membina Kompleks Sukan sekolah tersebut. Tidak lama lagi kompleks sukan tersebut akan berdiri megah. Dari manakah mereka mendapat sumber kewangan yang begitu banyak untuk membina kompleks sukan tersebut? Sila baca artikel saya sebelum ini di sini,   https://www.ismaweb.net/2018/04/23/bagilah-lagi-apa-yang-cina-mahu/

Saya cadangkan Menteri Pendidikan, memberikan saya dana untuk membuat penyelidikan khusus mengenai sekolah Cina di Malaysia, terutama SPMC dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Saya juga memohon dana untuk membuat kajian ke atas lima buah Sekolah Wawasan yang telah dibina di Pekan Baru, Parit Buntar, Taman Aman, Alor Setar, Tasik Permai, Pulau Pinang, USJ 15, Subang Jaya dan Pundut, Sri Manjung. Kenapa dan mengapa idea sekolah yang sangat baik konsep yang dibina ketika zaman PM Tun Mahathir, tidak menarik perhatian orang Cina. Kenapa orang Cina mahu menjadi secina-cinanya, langsung tidak boleh dicairkan walaupun sedikit.

Ingatlah kata-kata Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Saleem Shad Faruqi, perlembagaan hanya membenarkan HAK BELAJAR BAHASA IBUNDA, BUKANNYA HAK BELAJAR DALAM BAHASA IBUNDA. Masih tidak faham? Rakyat Malaysia berhak menyaman kerajaan jika kerajaan bertindak di luar batasan undang-undang, termasuk menyalurkan wang rakyat untuk membantu Sekolah Persendirian yang tidak termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan. Saya tidak hanya merujuk kepada kerajaan hari ini, malahan kepada kerajaan sebelum ini yang sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat di luar rangka perlembagaan dan undang-undang.  


Monday, July 23, 2018

Lindungi Zakir Naik daripada ancaman LTTE

10:56 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments

https://www.ismaweb.net/2018/07/23/lindungi-dr-zakir-naik-daripada-ancaman-ltte/

Saya amat mengharapkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamed dapat melindungi Dr Zakir Naik daripada perancangan jahat ultra kiasu yang pro Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)

Saudara pembaca kolum saya dalam ismaweb, mungkin tidak lupa akan artikel saya bertarikh 21.5.18, bertajuk “Islam lebih bahaya daripada LTTE, Komunis dan Evangelis”.

Tidak ramai yang mengetahui apa itu kumpulan pengganas LTTE dan gerakan bawah tanah yang sangat bahaya yang sudah merebak ke negara kita. Pihak keselamatan mesti memantaunya secara serius sepert saranan Mufti Perlis. Pengikutnya semakin ramai di negara lain, meskipun ia telah diharamkan di Sri Lanka. Sebab itu, kita jangan terlalu bersangka baik.

Selama ini, bagi tidak menampakkan LTTE ini aktif di Malaysia, mereka menyasarkan Zakir Naik kerana Zakir Naik adalah ancaman kepada pergerakan mereka ini. Pernah saya berkata;

“Ramai lagi dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP yang berfahaman komunis dan sosialis yang pro LTTE India dan pro Komunis China serta Kristian Evangelis yang jauh lebih bahaya, kenapa perkara ini tidak pernah menjadi kerisauan? Saya boleh tuding satu-persatu, tetapi saya lihat dahulu (Ridhuan Tee, Ismaweb 21.5.18).

Apabila disebut pengganas, musuh-musuh Islam termasuk pemimpin ultra kiasu  LTTE Pulau Pinang sering menuding jari kepada  al-Qaeda, Taliban, Boko Haram dan Negara Islam (IS), serta tidak berkecuali Zakir Naik.

Saya pernah membuat kajian mengenai kumpulan pelampau LTTE ini ketika menjadi pelajar jurusan Sains Politik di UKM. Kini, diimbaukan kembali betapa jahatnya LTTE ini yang ditubuhkan pada 5 Mei 1976, di bawah kepemimpinan Velupillai Prabhakaran.

LTTE adalah antara kumpulan pengganas paling ditakuti. Gerakannya tersusun dan berdisiplin. Ini diakui oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Dalam laporannya bertarikh 10 Januari 2008, FBI menyasarkan, LTTE adalah pergerakan pengganas paling bahaya di dunia, melangkaui IS, ISIS, DAESH dan Taliban yang selalu disamakan dengan pengganas dalam kalangan orang Islam. FBI juga mengeluarkan ingatan bahawa LTTE perlu diawasi kerana menjadi ilham kepada rangkaian pengganas seluruh dunia.

LTTE memulakan kempen bersenjatanya di Sri Lanka untuk menuntut wilayah Tamil berasingan pada 1983. LTTE melancarkan perang saudara. LTTE turut terlibat siri pembunuhan berprofil tinggi, termasuk pembunuhan Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa pada 1993 dan bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi, pada 1991.

Pembunuhan Rajiv Ghandhi dilakukan oleh penyerang berani mati. Akhbar The Indian Press melaporkan pembunuhan dilakukan atas arahan Prabhakaran. Rajiv menjadi sasaran kerana menggagalkan usaha dan perjuangan Tamil (LTTE). Terbukti, apabila Mahkamah India (1998), melalui hakim V. Navaneetham 1998 memutuskan pemimpin LTTE itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembunuhan Rajiv Ghandhi.

Sri Lanka dahulunya dikenali sebagai “Ceylon” ketika berada di bawah jajahan British. Negara ini merdeka pada tahun 1948, selepas India pada pada 1945. Nama Ceylon menjadi Sri Lanka pada 1972.

Kontoversi bermula apabila Perdana Menteri ketika itu, Bandaranaike menjadikan bahasa Singhasa sebagai bahasa rasmi. Majoriti Sinhala berada di selatan, manakala kaum Tamil Eelam di utara dan timur. Keturunan Tamil ini berasal dari benua kecil India di bahagian tenggara atau Tamil Nadu.

Keganasan bermula pada Julai 1983 apabila berlaku pemberontakan yang dicetuskan oleh  Tamil  Tiger LTTE. LTTE berjuang menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Sri Lanka atas alasan mereka ditindas dan dinafikan hak mereka.

Modus operandi mereka menyasarkan pembunuhan pemimpin berprofil tinggi. Pada tahun 1975 sebelum pembunuhan Rajiv, tindakan pertama mereka dengan membunuhan datuk bandar Jaffna di utara Sri Lanka, Alfred Duraiappah. Pada 1977 ahli parlimen Tamil, M Canagaratnam, dibunuh sendiri oleh Vellupillai Prabhakaran, pemimpin tertinggi LTTE.

Pendek kata, Sri Lanka tidak pernah aman dengan konflik etnik, perang saudara dan siri keganasan yang dicetuskan oleh LTTE. Bagaimanapun, LTTE menerima pukulan hebat dengan terbunuhnya  Prabhakaran pada 18 Mei 2009. Bukti-bukti menunjukkan anggaran 70,000 penduduk maut dalam konflik antara LTTE dengan kerajaan Sri Lanka.

Meskipun pemimpin LTTE telah berjaya dihapuskan, itu tidak bermakna gerakan tersebut sudah mati. Sebenarnya gerakan ini masih mekar dalam kalangan pengikut fanatik mereka yang berada di seluruh dunia. Mereka menunggu masa untuk melancarkan keganasan ke negara lain yang menjadi sasaran. Kumpulan berselindung atas nama hak asasi dan kepakaran akademik.  

Saya amat berharap, pihak polis dapat melakukan siasiatan dengan beberapa repot yang telah dibuat. Mereka yang ada dikaitkan mesti disiasat hingga ke akar umbi, terutama dalam parti ultra kiasu. Ultra kiasu ini jugalah yang melabelkan saya sebagai ‘bigot’ dala kenyataannya bertarikh pada 7 Ogos 2017, kerana menyangkakan saya yang menulis bahawa parti dianggotainya sebagai anti Islam. Sedangkan tidak.  

Dengan ini saya amat bersetuju dengan saranan Mufti Perlis, yang menyeru pihak berkuasa menyiasat ultra kiasu ini yang dikaitkan dengan LTTE. Hanya pengganas sebenar menuduh orang lain sebagai pengganas.

Alasan beliau setelah berita ini menjadi viral amat tidak munasabah. Beliau berkata Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE bukanlah sebahagian daripada kumpulan pemberontak, yang menjadi dalang di sebalik perang saudara yang berlangsung puluhan tahun di Sri Lanka yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh. Beliau berkata jawatankuasa itu ditubuhkan oleh kerajaan Sri Lanka selepas perjanjian damai dicapai antara Colombo dan LTTE.
Beliau dijemput untuk menjadi sebahagian jawatankuasa itu, yang terdiri daripada anggota LTTE dan bukan LTTE termasuk ahli akademik dan aktivis dari seluruh dunia, dikenali sebagai  Sekretariat untuk Menyelaras Proses Damai (SCOPP).

Siapa yang tidak kenal sosialis ultra kiasu tersebut? Saya telah mengenali beliau sekian lama semenjak bergelar pelajar. Beliau menafikan sama sekali mengenai bukti sekeping foto menunjukkan beliau menyembah lambang AK-47 yang menjadi ritual puak pemberontak LTTE. Ironinya, kenapa terlibat dalam sembahan ekstrem tersebut? Seseorang yang rasional berpegang kuat kepada amalan Hindu, tidak sama sekali akan melakukan sesuatu perkara yang tidak diingininya.

Sama ada beliau pernah menjadi sebahagian daripada LTTE, dan tidak, menyokong sebarang organisasi pengganas atau pejuang bersenjata, biarlah polis menentukan melalui siasatan yang akan dijalankan.

Saya amat mengharapkan pihak keselamatan tidak hanya melihat kumpulan pengganas dan pelampau ini dalam kalangan orang Islam sahaja. Saya yakin kumpulan Islam yang dilabelkan itu adalah ciptaan musuh-musuh Islam untuk menutupi kegiatan pengganas mereka. Pengganas sebenar sedang berada dalam saf kepemimpin negara yang ada. Maka, lakukanlah penyiasatan secara telus. Kadangkala terfikir juga, apa ke jadahnya membawa sami yang sebegitu pelik rupa ke parlimen semata-mata untuk menyaksi majlis angkat sumpah. Apakah ketika itu kita masih membiarkan dan menyatakan, biarkanlah. Tidak ada apa-apa. 

Sepanjang kajian terhadap agama Islam yang saya anuti buat selama-lamanya ini, Islam tidak akan menjadi pengganas atau mengganas, jika tidak ditekan dan ditindas sedemikian rupa. Ini kerana Islam adalah agama, yang adil dan penuh hikmah.

Hari ini munculnya kumpulan pengganas Islam  kerana mereka tidak mempunyai pilihan. Mereka ditindas, dianiaya, dizalimi dan dibunuh saban hari seperti di Palestin. Dunia tidak pernah berlaku adil kepada umat Islam. Apakah pada ketika itu umat Islam hanya melihat sahaja kekejaman yang dilakukan tanpa sebarang tindakbalas? Saya berpegang kepada prinsip bahawa Islam tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi Islam tidak akan menyerang tanpa tentangan.

Benar, Islam tidak disebarkan melalui kekerasan tetapi melalui hikmah. Tetapi jika Islam terancam, ketika itu, apakah kita harus berdiam diri?

Apakah yang akan bakal mendatang nanti, jika kita masih dalam sindrom penafian, kealpaan yang tidak boleh dilupai. Meskipun berbagai peringatan telah diberikan. Apakan daya yang menerima impaknya nanti adalah rakyat marhaen. Justeru, langkah pencegahan amat penting sebelum berlakunya apa yang tidak diingini nanti.

Monday, July 16, 2018

Naifnya kita memahami UEC.....

12:32 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

Naifnya kita memahami UEC.....

 https://www.ismaweb.net/2018/07/16/naifnya-kita-memahami-uec/

MENDAHULUI kerajaan pusat, kerajaan Negeri Sembilan turut mengikuti jejak Kerajaan Negeri Melaka mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), menurut berita Bernama, 13 Julai 2018. Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, sekarang ini ramai anak-anak Melayu belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara dan jika dinafikan UEC maka akhirnya anak-anak Melayu juga yang akan rugi.

Persoalan saya, faham atau tidak apa itu UEC? Apa kaitan antara SJKC dengan UEC? Berapa ramaikah pelajar Melayu yang mengambil UEC? Jawapan mudah, boleh dikatakan hampir tiada. Jika ada pun bilangan teramat sedikit. UEC tidak ada kaitan dengan SJKC.

SJKC adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, operasinya sama seperti Sekolah Kebangsaan, cuma berbeza medium Bahasa. Mereka akan menduduki peperiksaan yang sama iaitu UPSR. Bezanya SJKC mempunyai 7 subjek, tambahan 2 subjek Cina. Manakala, SK ada 5 sahaja, tanpa kertas Bahasa Cina. Terdapat hampir 18 peratus sahaja pelajar Melayu di seluruh negara yang ada sekitar 1300 SJKC.

Perbezaan antara SJKC dengan SK adalah  hanya dalam subjek BM. Walaupun peperiksaan UPSR bagi subjek BM jatuh pada hari dan masa yang sama di SJKC dan SK, tetapi standard BM dua sekolah ini berbeza. Kertas BM di SJKC jauh lebih mudah berbanding dengan kertas BM di SK. Mana ada sistem sebegini dalam dunia ini?

KPM telah tunduk kepada desakan Persatuan Cina Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), agar standard BM SJKC hendaklah dipermudahkan berbanding dengan BM di SK. Alasannya jika subjek BM diselaraskan sama seperti BM di SK, ini akan menjejaskan prestasi pelajar Cina di SJKC kerana mereka terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada subjek BM. Ini sudah tentu akan menjejaskan pembelajaran Bahasa Cina.

Pendek kata, persatuan Cina tersebut tidak mahu pelajar SJKC disusahkan dengan BM sehingga menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina terbantut. Dalam kata lain, pelajar Cina tidak akan menjadi secina-cinanya jika terpaksa memberikan tumpuan kepada BM. Mereka akan menjadi Cina pisang, bukan Cina tulen.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, warga Cina daripada China menggeleng kepala melihat bagaimana hebatnya proses pencinaan di Malaysia, berbanding dengan mereka yang memang asal usul Cina daripada China, pun tidak secina seperti Cina di Malaysia. Persatuan Cina tidak mahu melihat apa jua perkara yang boleh menghalang penguasaan Bahasa Cina kecina-cinanya.

Untuk lebih memahamkan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Melaka, saya perturunkan  kategori sekolah Cina di Malaysia supaya berlapik ketika bercakap

Jenis Sekolah Cina di Malaysia

Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC)
Medium (Bahasa)
Cina
Cina
Melayu
Silibus
Dong Zong
Kerajaan (KPM)
Kerajaan (KPM)
Peperiksaaan
UEC, disediakan oleh Dong Zong
Kerajaan (KPM)
Kerajaan (KPM)
Kategori
Swasta
Kerajaan (KPM)
Kerajaan (KPM)
Yuran
Persendirian + komuniti
Bantuan Penuh/sebahagian jika tanah persendirian
Bantuan penuh/sebahagian jika tanah persendirian
Jumlah
60+1 buah
Lebih 1300 buah
78+3 buah

UEC adalah sijil Sekolah Swasta (SMPC) yang dikelolakan Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong). Sijil ini langsung tidak ada kaitan dengan guru-guru KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pendek kata, sijil UEC dikelolakan sepenuhnya jawatankuasa mereka sendiri.
Lanjutan daripada kontroversi yang berpanjangan, Persatuan Cina ini minggu lalu tampil mengeluarkan kenyataan, susulan manifesto PH yang mahu mengiktiraf UEC.

Dong Jiao Zong menegaskan bahawa mereka menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Katanya, BM bukan sahaja merupakan mata pelajaran wajib bagi semua pelajar UEC, bahkan semua SMPC turut menubuhkan Kelab Bahasa Melayu untuk menggalakkan pembelajaran dan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar. Selain itu, mereka juga bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menganjurkan pertandingan forum pelajar yang khas untuk penyertaan pelajar-pelajar UEC sejak tahun 90-an dengan tujuan memupuk rasa cinta akan bahasa Melayu. Pelajar-pelajar UEC juga mengambil bahagian dalam pertandingan koir dan pertandingan esei anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya cadangkan untuk membuktikan inisiatif yang telah dibuat oleh mereka, apa kata kita anjurkan pertandingan debat atau nyanyian dalam BM dalam kalangan semua sekolah di Malaysia. Kita lihat, boleh atau tidak pelajar UEC menang pertandingan. Saya amat yakin mereka akan kalah sebelum bertanding. Majoriti pelajar mereka amat pelat dalam BM. Jika adapun yang mendapat “A” BM, ia lebih kepada menghafal. Bila tiba komunikasi, boleh dikatakan kosong. Jika tidak percaya, kita boleh uji guru-guru UEC (SMPC) dan pemimpin-pemimpin Dong Jiao Zong itu bersekali, juga SJKC.

Saya amat yakin, sebutan seperti negara, akan menjadi negala, lori=loli, hidup-hilup, minyak=miyak, burung=bulung. Seperti yang saya coretkan sebelum ini, haiya…bulung-bulung telebang di angkase. Masih teringat jiran Cina saya menegur saya  bertanyakan ketika hari mengundi PRU14 baru-baru ini, sama ada saya sudah mengundi atau belum. Katanya: “talak pigi tulis”. Itulah standard BM sebahagian bukan Melayu di negara kita setelah lebih 60 tahun merdeka.

Kenapa pengiktirafan UEC tergantung selama lebih 60 tahun ketika di bawah BN? Jawabnya sudah diketahui umum, persatuan Cina ini tidak mahu tunduk kepada syarat KPM iaitu pelajar UEC mesti mengambil BM peringkat SPM bersekali dan mendapat kredit bagi melayakkan mereka memasuki sektor kerajaan.

Untuk makluman, pelajar UEC ada mengambil BM, tetapi BM mengikut standard UEC, bukan datang daripada KPM. BM UEC jauh lebih mudah berbanding BM SPM. Malang sungguh negara ini, rakyatnya tidak mahu bersusah sedikit pun untuk menguasai bahasa negara. Tetapi mereka sanggup bersusah payah dan berhabis duit untuk memastikan mereka menjadi secina-cinanya.

Kasihan Melayu pelajar SPM, mereka perlu belajar setengah mati belajar BM, bahasa sendiri, untuk dapat kredit, tiba-tiba pelajar UEC tidak perlu ambil BM standard SPM, tetapi mengikut standard guru-guru Cina mereka.

Sebab itu, ingin saya ingatkan bukan soal 60 tahun atau berapa tahun UEC tidak diiktiraf di bawah BN, ini soal pembinaan negara bangsa. Bandingkan apakah Cina Malaysia setanding dengan Cina Indonesia (Indonesia Tionghua) yang menguasai sepenuhnya Bahasa Indonesia. Jangan pergi jauh, tanyalah Ahok, bekas Gabenor Jakarta yang sedang dipenjarakan hari ini.

Selain itu, syarat mudah KPM untuk sijil ini diiktiraf supaya silibus subjek sejarah hendaklah juga mengikut sibilus SPM. Tetapi persatuan ini berdegil. Mereka menggunakan silibus BM dan Sejarah mengikut citarasa mereka sendiri, tanpa mahu memenuhi piawaian KPM.

Mata pelajaran sejarah UEC mengandungi 57.36 peratus sejarah Malaysia dan 42.64 peratus sejarah dunia. Sedangkan subjek sejarah SPM yang hampir seratus peratus adalah sejarah Malaysia dan sedikit berkaitan Islam. Persatuan ini tidak mahu mengikut kehendak KPM kerana ada unsur Islam di situ dan mereka gantikan dengan sejarah dunia, termasuk sejarah asal usul negara nenek moyang mereka, negara China.

Memang tidak dinafikan, jika saya menjadi pemimpin PH, sewajarnya saya akan memenuhi janji manifesto untuk mengiktiraf UEC sebab ia adalah janji. Persoalannya, kenapa kita berjanji sesuatu yang boleh menggadaikan maruah agama bangsa dan negara dalam proses pembinaan negara.

Tidak ada negara di dunia ini yang sistem pendidikan pelik sebegini. Terbukti lebih Cina daripada Cina di negara China. Membina negara Cina dalam negara Malaysia. Membina negara dalam negara.

Dalam mempertahankan tindakannya, Persatuan Cina ini menolak dakwaan sukatan UEC diambil dari Taiwan. Sukatan pelajaran UEC katanya mematuhi dan selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan, setiap mata pelajaran UEC ditulis mengikut standard kurikulum dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga merujuk kepada standard pendidikan peringkat menengah antarabangsa.

Persoalannya, kenapa tidak dipatuhi kehendak KPM yang menjaga sistem pendidikan di Malaysia. Kenapa berkeras sehingga ke hari ini? Kenapa UEC mesti dikelolakan oleh Jawatankuasa Kerja Sekolah-sekolah Menengah Cina (MICSS) dan wakil-wakil dari Dong Jiao Zong bukannya Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tidak dinafikan, memang asal-usul UEC berkiblatkan silibus Taiwan. Namun, setelah menjalani perubahan demi perubahan dalam proses pengiktirafan, silibus sudah mula berubah. Itupun kiblatnya masih lagi ke negara tersebut.
Orang Cina menganggap negara China sebagai “fatherland” dan Malaysia sebagai “motherland”. UEC menjadikan Taiwan kiblat UEC kerana sebahagian besar pimpinan Dong Jiao Zong adalah Cina Hokkien. Mereka tidak memilih Fujian, China, kerana Pendidikan di sana ada kaitan dengan komunis Mao Ze Dong. Taiwan pula masih kekal dengan Pendidikan Cina ala Sun Yat Sen, Kuo Min Tang (KMT) yang amat disanjung ultra kiasu di Malaysia. Sebab itu, kerajaan Pulau Pinang, menubuhkan Pusat penyelidikan dan Muzium Sun Yat Sen. Inilah pembinaan negara dalam negara yang selalu saya perkatakan.

UEC mengambil pendekatan Taiwan disebabkan oleh geo politik Taiwan yang disokong sepenuhnya Amerika Syarikat untuk menentang China.  Sebab itu, Amerika Syarikat tidak ada masalah langsung untuk mengiktiraf pendidikan Taiwan termasuk ‘adik’  Taiwan di Malaysia iaitu UEC. Semua orang tahu bahawa Amerika menggunakan Taiwan selepas China dikuasai sepenuhnya oleh komunis.

Untuk mekluman, sejarah Pendidikan Cina di Malaysia bermula apabila berlaku migrasi Cina ke Tanah Melayu dibawa oleh British. Ketika itu, semua buku teks, silibus, dan guru-guru memang daripada negara China (Taiwan). Apabila Penyata Razak 1956 dimuktamadkan, semua sekolah tidak boleh lagi berkiblatkan negara asal-usul. Medium semua sekolah menengah mesti dalam BM seperti yang dapat dilihat pada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC). Kecuali sekolah rendah Cina (SJKC), yang menggunakan medium Bahasa Cina sepenuhnya bermula 1963.

Oleh kerana tidak dapat menggunakan medium Cina di peringkat menengah, pemimpin Cina yang keras kepala seperti Dong Zong dan Jiao Zong yang sejak dahulu mahu menubuhkan Universiti Merdeka, bertindak keluar daripada arus perdana menggunakan Bahasa ibunda diperingkat menengah walaupun tidak mendapat bantuan kerajaan sepenuhnya seperti sekolah Cina yang lain, kecuali secara one-off.

Namun, Sekolah Persendirian ini mendapat bantuan yang hebat daripada jutawan dan komuniti Cina. Sebab itu, ia mampu bertahan sehingga ke hari ini. Sudah tentu kemudahannya jauh lebih baik daripada sekolah kerajaan. Untuk makluman juga, sebenarnya UEC adalah contoh kecil. Kita sudah lama mengiktiraf penubuhan Universiti Merdeka yang mengunakan Bahasa Cina sepenuhnya seperti Kolej Universiti New Era di Kajang (dahulunya Kolej New Era).

Kolej ini beroperasi sepenuhnya dengan penuh Kecinaan di Kajang dan beberapa tempat lain di bawah kelolaan Dong Jiao Zong. Kenapa kita bising perkara ini. Ia telah berlaku sejak zaman BN lagi. Sebab itu, jangan terlalu menyalahkan PH, kerana semua ini telah bersarang sejak zaman BN kerana takutkan undi Cina lari kepada PH. Baca ucapan Najib Razak menjelang PRU14, ketika melancarkan manifesto BN pada 7 April 2018.

Warganegara yang memiliki sijil peperiksaan luar negara yang setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan kelayakan memasuki IPT dalam negara boleh dipertimbangkan untuk memasuki pengajian mana-mana IPT dengan syarat mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus mata pelajaran Sejarah – ini termasuklah isu tentang Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC) ketika melancarkan manifesto parti BN (Norlaile Abdul Rahman, 2018).

Sebenarnya UEC telah pun diiktiraf secara tidak langsung. Sila rujuk laman MQA/KPT dan syarat-syarat kemasukan ke Universiti Awam. Tidak payahlah kita menjerit lagi.

Pelajar UEC pada masa sama boleh mengambil SPM jika mereka mahu. Persoalannya, tidak semua mengambil SPM. Rata-rata hanya mengambil UEC, inilah golongan persatuan Cina ini mahukan kerajaan mengiktiraf. Tahun lepas hampir 9000 pelajarnya mengambil SPM selain daripada UEC.

Praktis ini menyamai apa yang dilakukan oleh Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuantan. Perkara ini tidak disukai oleh Dong Zong dan pernah menimbulkan kontroversi sesama mereka. Sebab itu saya sarankan, jika persatuan Cina mahukan UEC diiktiraf, pelajar mereka mesti mengambil kedua peperiksaan ini bersekali. Bersusah sedikit untuk negara. Pastikan mereka mendapat kredit dalam SPM. Jika mereka gagal dan tidak mendapat kredit, sijil ini tidak wajar diiktiraf.

Persatuan Cina ini dikatakan ‘sangat bimbang’ dengan bilangan SJKC yang didakwa semakin menurun daripada 1346 buah pada 1970 kepada 1298 pada 2016. Begitu juga sekolah Tamil (SJKT) ada  657 buah pada 1970, kepada 524 buah tahun 2016.

Berbanding SK yang menunjukkan peningkatan yang drastik, daripada 4277 pada 1970 kepada 5877 pada tahun 2016. Kenapa persatuan Cina ini perlu hairan dengan peningkatan Sekolah aliran kebangsaan seperti SK. Wajarkah SK bertambah sebab ini sekolah arus perdana kebangsaan, mendaulatkan BM.

Peliknya, Persatuan Cina tidak pula beritahu kenapa SJKC ada yang ditutup. Ada SJKC yang terpaksa ditutup kerana tiada murid Cina lagi. Bayangkan di Hulu Langat, Kawasan tanah rizab Melayu, ada sebuah sekolah Cina bernama SJKC Choon Hwa, Batu 18, hanya ada 23 murid. Satu murid Cina, selebihnya murid Melayu. Itupun masih beroperasi hari ini dan tidak dibenarkan tutup kerana bantahan Persatuan Cina ini. Apa lagi sebenanrya yang persatuan Cina ini mahu?

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi berapa ramai pelajar Cina di SJKC, SMJKC, dan pelajar UEC yang gagal BM. Keputusan ini sengaja didiamkan kerana mereka tidak mahu publisiti buruk merundungi mereka. Hebat atau tidak strategi mereka. Masih buta? Adakah persatuan cina mahukan bilangan sama rata dan sama rasa? Perkara yang menguntung mereka akan didiamkan. Perkara yang merugikan dihebohkan seolah-olah hampir kiamat dibuatnya.

Saya fikir sudah sampai masanya Tan Sri Muhyiddin Yasin, bekas TPM dan Menteri Pendidikan, kini adalah Menteri dalam Negeri, bersuara. Kenapa dan mengapa UEC tidak diiktiraf semasa beliau memegang amanah tersebut. Saya amat yakin Tan Sri ada jawapannya tersendiri.
Sebenarnya persatuan Cina ini mahu membina lebih banyak lagi sekolah persendirian (UEC) tetapi tidak mendapat kebenaran, meskipun permintaan daripada orang Cina tersangat tinggi, berbanding dengan sekolah antarabangsa yang dibenarkan beroperasi ibarat cendawan selepas hujan.

Sekolah Persendirian ini hanya mampu menampung hampir 90 ribu pelajar Cina setakat ini. Manakala hampir 110 ribu di SMJKC. Persatuan ini turut bimbang dengan penurunan pelajar-pelajar Cina di SJKC sejak kebelakangan ini disebabkan oleh kadar kelahiran yang rendah yang dipraktikkan oleh majoriti orang Cina. Untuk makluman, sehingga kini terdapat lebih 2 juta pelajar di SK, lebih 500 ribu dan SJKC dan lebih 81 ribu di SJKT.

Setakat ini UEC telah diiktiraf oleh kerajaan Sarawak untuk memasuki perkhidmatan kerajaan negeri. Polisi ini masih tidak terpakai untuk memasuki Universiti Malaysia Sarawak kerana ia di bawah KPM. Berbeza pula dengan Universiti Selangor (UNISEL), mereka telah menerima pelajar UEC. Kerajaan Pulau Pinang telah mengambil pelajar UEC untuk memasuki perkhidmatan anak syarikat kerajaan. Langkah kerajaan Melaka dan Negeri Sembilan sudah tentu akan merancakkan lagi politik caca-merba pendidikan kita. Di sini kata boleh, di sana kata tidak. Kita mengamalkan sistem persekutuan, negeri-negeri di bawah persekutuan, persoalannya sejauhmanakah sistem ini berjalan dan dipatuhi?

Akhirnya, saya turut merayu kepada kerajaan hari ini supaya turut memantau lambakan Sekolah Antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium hari ini. Silibus subjek sejarah turut tidak terkawal. Inilah juga yang menjadi hujah kuat mereka yang pro UEC, kenapa kerajaan melakukan sikap ‘double standard’ terhadap mereka, sedangkan sekolah antarabangsa dibiarkan beroperasi bebas dan pada masa sama mengenepikan BM dan menggunakan silibus sejarah mereka sendiri. Semua sekolah ini berada di bumi mana? Di Malaysia atau bukan? Renung-renungkan.  

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


Monday, July 09, 2018

Tutup Tahfiz, iktiraf UEC? Jahilnya.....

9:15 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments

https://www.ismaweb.net/2018/07/09/tutup-tahfiz-iktiraf-uec-jahilnya/

Jahil sungguh sebahagian orang Melayu yang bergelar dan berjawatan, apabila berkata tutup sekolah tahfiz (agama) dan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu Sekolah Persendirian Cina (UEC). Menjadi jahil murakab apabila mahukan sekolah tahfiz ditutup. Mereka ini rakyat Malaysia ke bukan? Membaca perlembagaan atau tidak? Peliknya, kenapa mereka tidak sensitif langsung masih ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (BM) selaku bahasa negara?

Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia, semuanya mesti fasih berbahasa Melayu (BM), bahasa negara, seperti keluarga Cina saya. Persoalannya, kenapa masih ada, malah ramai dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk wakil rakyat, bercakap BM berterabur, sedangkan kita sudah merdeka lebih 60 tahun? Dalam keadaan sebegini pun, lebih hina lagi apabila ada mendesak kerajaan mengiktiraf UEC, meskipun ia bercanggah dengan hasrat kerajaan dan agenda pembinaan negara bangsa.

Agenda negara seperti bahasa negara (BM) mesti dikuatkuasakan dan jangan dipolitikkan. Belum pun 100 hari saya lihat kesilapan demi kesilapan telah dilakukan barisan pemimpin PH yang mengetuai kerajaan Malaysia. Mungkin disebabkan oleh ramai dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pengalaman.

Ada yang terlalu baharu dalam dunia politik. Langsung tidak pernah terlibat dalam pimpinan cawangan atau bahagian, tiba-tiba bertanding, menang, terus dilantik menjadi ketua menteri, menteri atau timbalan. Lebih malang lagi apabila bercakap tidak berlapis atau fikir dahulu sebelum meluahkan.

Saya harap dalam proses pembelajaran itu mereka akan menjadi matang. Fikir dahulu atau sebelum mengeluarkan kata-kata atau sebelum bertindak. Jika tidak, tidak sampaipun lima tahun lagi, pasti mereka akan ditukar. Rakyat Malaysia sudah bijak.

Saya tidak dapat menerima sama sekali apabila ada rakyat Malaysia tidak dapat bertutur dan memahami bahasa negara atas beberapa alasan; Pertama, sebab mereka adalah rakyat Malaysia dan lahir di Malaysia, tidak ada alasan untuk tidak fasih BM, kecualilah mereka lahir di China atau di India. Kedua, BM adalah bahasa negara, mana mungkin rakyat Malaysia tidak dapat menguasainya. Apa yang mereka buat selama ini?

Kefasihan Peguam Negara baharu, Tommy Thomas dalam bahasa Melayu antara isu yang dibangkitkan pengkritiknya ketika beliau dinamakan sebagai pengganti peguam negara sebelumnya. Namun, tidak dihiraukan.

Saya sangat terkejut apabila Peguam Negara sendiri berkata beliau akan mempelajari BM yang telah ditinggalkan selama ini, lebih 40 tahun berkecimpung dalam sektor perundangan. Kenapa ditinggalkan bahasa negara sedangkan kita tinggal dan mencari makan di sini? Orang Bangladesh yang tidak sampai setahun di sini pun boleh bertutur dan  memahami BM dengan baik, kenapa kita yang bergenerasi tinggal di sini tidak dapat menguasai bahasa negara ini? Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia? Kita resah jika mereka jahil Bahasa Inggeris (BI) dan bahasa ibunda tetapi kita tidak langsung kisah jika mereka jahil BM?
Peguam Negara yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, meminta perbicaraan di Mahkamah Tinggi dilakukan dalam bahasa Inggeris. Beliau berjanji akan memperbaiki kelemahan berbahasa Melayu. Alasan beliau, ketika menjadi peguam selama 42 tahun, berurusan dengan anak guam, pada dasarnya klien komersial dan dokumen, beliau mengabaikan bahasa (Melayu) saya. Beliau berjanji akan memperbaiki BM. Persoalannya, bolehkah bahasa dikuasai sepenuhnya dalam jangka masa singkat sementara menunggu 5 tahun lagi?

Inilah akibatnya apabila kita memandang remeh agenda negara. Sibuk berpolitik. Agenda negara menjadi percaturan politik. Apabila penegasan dibuat, maka di situ ada kepentingan politik, akhirnya agenda negara di ketepikan demi mendapat undi.

Apakah kita sudah lupa, pada 10 Oktober 2009,  Hakim Abdul Malik, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menolak rayuan Anwar atas alasan memorandum rayuan difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat, tidak sah dan mencabuli proses mahkamah.

Hakim tersebut berkata,  keutamaan Bahasa Malaysia atau bahasa Melayu dalam mahkamah kita tidak boleh dinafikan. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama-sama Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan semua prosiding, selain daripada memberi keterangan oleh seorang saksi, di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah mesti dibuat dalam bahasa kebangsaan.

Begitu juga Peraturan 101, Peraturan-peraturan Mahkamah Rayuan 1994, menetapkan dokumen-dokumen perlu dalam bahasa kebangsaan.

Peguam terikat dengan ketetapan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia dalam prosiding mahkamah. Menurut penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan semasa menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Hakim Abdul Malik Ishak, Bahasa Melayu mesti digunakan bukan sahaja semasa prosiding tetapi juga dalam memfailkan dokumen-dokumen mahkamah. Kegagalan pihak perayu untuk memfailkan memorandum rayuan dalam Bahasa Melayu akan menyebabkan rekod rayuan yang difailkan oleh perayu tidak boleh digunakan. Beliau berkata mahkamah perlu menguatkuasakan keperluan memfailkan dokumen mahkamah dalam bahasa Melayu seperti ditetapkan undang-undang.

Memorandum rayuan dalam bahasa Inggeris yang difailkan Anwar secara terang-terangan melanggar undang-undang dan perlu ditolak. Perayu mesti memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan. Tiada bahasa lain akan dilayani dan tidak layak sebagai rekod rayuan.

Untuk makluman, Anwar memfailkan saman pada 26 Januari, 2006, mendakwa kenyataan Tun Mahathir yang menggelarnya sebagai seorang homoseksual adalah satu fitnah dan bertujuan mengaibkannya secara peribadi dan kapasiti rasminya sebagai bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Pada 4 Julai, 2007, Mahkamah Tinggi Kuala lumpur menolak saman itu dengan kos selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan saman itu. Anwar kemudian mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu (Bernama, 9 Disember 2009).

Saya masih yakin dengan apa yang saya tulis selama, jika dibanci selagi lagi penduduk Malaysia setiap 10 tahun, bagi tahun 2020 nanti, bukti-bukti seperti ini pasti akan berulang. Pada 2010 apabila banci penduduk dibuat, rupa-rupanya begitu ramai rakyat Malaysia, terutama orang Cina tidak dapat bertutur dan memahami BM. Pembanci terpaksa membawa penterjemah sebagai pengantara untuk menterjemahkan BM yang disampaikan pembanci ke dalam bahasa Cina (juga India). Wajarkah rakyat Malaysia terpaksa menterjemahkan BM selaku bahasa negara kepada rakyatnya sendiri? Pergilah ke dunia lain dan lihat. Tidak pernah ada berlaku, kecuali di Malaysia.

Inilah akibatnya apabila kita terlalu rasis dan obses dengan bangsa sendiri sehingga agenda negara ditolak ke tepi. Sistem pendidikan berasaskan kaum terus bersarang sehingga tidak boleh disentuh. NGO dan Parti Politik ultra kiasu lebih berkuasa daripada kerajaan. Kerajaan terpaksa tunduk untuk kekalkan kuasa.

Kajian saya ke atas orang Cina membuktikan, majoriti mereka tinggal di kawasan perumahan Cina, bersekolah Cina, mendengar dan menonton siaran radio dan tv Cina, membaca akhbar Cina dan berkawan dengan Cina. Tidak bercampur dengan orang Melayu. Pendek kata, sosialisasi mereka terlalu kecinaan (Keindiaan). Berbeza sekali dengan bumiputera Sabah dan Sarawak. Apabila BM tidak ditekankan atau diwajibkan, sampai bilakah masa mereka akan menguasai dan menghayati agenda negara seperti bahasa negara.

Kita menganggap perkara ini kecil, lebih hina lagi, ada orang mencadangkan supaya menutup sekolah agama (tahfiz) dan iktiraf UEC. Wah! hebat Malaysia.

Wahai pemimpin politik! Berfikirlah, rancanglah mulai daripada sekarang, bagaimanakah untuk memandaikan rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati agenda negara sebelum terlambat. Janganlah asyik berpolitik kerana ia akan menghancurkan negara kita pada suatu nanti.

Akhirnya, saya memuji kenyataan terbaharu Menteri Pendidikan, yang akan membuat kajian secara holistik tentang UEC sebelum diiktiraf terutama melibatkan subjek BM. Terima kasih.