Ultra kiasu tidak layak memimpin kementerian pendidikan
Tersangat
sedih mendengar apabila pemimpin ultra kiasu yang bertanggungjawab dalam
menentukan masa depan pendidikan negara berkata minggu lalu bahawa, syarat
lulus mata pelajaran sejarah tidak akan dimasukkan dalam pengiktirafan UEC
selaras dengan manifesto PH yang mewajibkan hanya mata pelajaran Bahasa Melayu
perlu mendapat kredit (kepujian). Mana lebih penting antara manifesto PH dengan
pembinaan negara bangsa? Naif sungguh apabila ada pemimpin lebih mementingkan
manifesto daripada masa depan negara.
Lebih naif
lagi jika keluar dalam kalangan mereka dilantik menjaga Kementerian Pendidikan.
Subjek sejarah yang amat besar ertinya kepada rakyat Malaysia, mahu dilupakan
begitu sahaja hanya kerana mahukan pengiktirafan Sekolah Menengah Persendirian
Cina (SMPC) yang lebih bersifat minoriti. Jika sejarah negara sudah dilupakan,
apa lagi yang tinggal? Cuba tanya ultra kiasu terdiri, sejarah diri dia dan
sejarah parti dia, penting atau tidak? Bila dilahirkan, di mana, masa bila dan
macam-macam lagi.
Berulang kali
PM telah katakan, manifestonya bukan kitab suci. Tidak semestinya dipatuhi.
Ketika dirangka dahulu, tidak terjangkau atau tidak terfikir akan rasionalnya,
kerana emosi menguasai. Justeru, jangan terlalu obsess. Banyak isu yang lebih
besar lagi yang perlu difikirkan. Kenapa Menteri dan timbalan Menteri serta
pemimpin NGO Cina, dalam kepala otak mereka hanya ada Cina, Cina dan Cina. Mereka
selalu berkata, kita semua ini adalah Malaysian. Maka, berfikirlah secara
Malaysian. Jika tidak, jangan salahkan orang Melayu jika mereka terlebih obsess
pasal, Melayu, Melayu dan Melayu termasuk ketuanan Melayu. Sejarah membuktikan
Melayu adalah tuan (penduduk asal) bumi bertuah ini. Justeru, saya tidak hairan,
orang Melayu terlebih Melayu. Yang menjadi kebimbangan apabila orang Cina
terlebih Cina dalam sebuah negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu.
Apakah kita
sengaja lupa bahawa negara ini asalnya bernama Tanah Melayu, terletak di Kepulauan
Melayu atau Malay Archipelago?
Sejarah asal usul Melayu sudah termaktub dalam sejarah dunia sebagaimana
sejarah Tanah Besar China dan India. Justeru, jangan diungkit lagi. Kejahilan
ini berlaku disebabkan oleh buta sejarah. Sebab itu, suka atau tidak, mahu
tidak mahu, subjek sejarah mesti diwajibkan dan wajib lulus (kredit) dalam
semua sekolah beroperasi di negara ini, agar yang buta tidak terus buta. Jika
tidak mahu patuh, sila cari sekolah di negara lain, yang mengecualikan subjek
sejarah ini.
Berbalik
kepada desakan ultra kiasu mahukan SPMC mahu setanding dengan sekolah arus
perdana dan dikecualikan subjek sejarah, sejarawan negara Khoo Kay Kim berkata,
subjek tersebut perlu ada dalam setiap peperiksaan ataupun sijil bagi memastikan
rakyat tidak lupa sejarah penting yang pernah berlaku di negara ini. Pakar
sejarah tersebut turut mengirim soalan sejarah untuk dijawab oleh timbalan
Menteri ultra kiasu tersebut yang saya yakin beliau tidak akan dapat
menjawabnya. Soalan berkaitan kenapa
gelaran Raja Selangor tidak digunakan sebaliknya Sultan Selangor. Melopong. Ultra
kiasu tidak tahu semua ini. Mereka hanya hadam sejarah partinya sahaja yang
bersifat ultra kiasu.
Sejak dulu
lagi menjadi kebimbangan kepada saya apabila ultra kiasu memerintah. Mereka
tidak mahu atau tidak pentingkan sejarah. Lebih malang lagi, jika mereka terdiri
dalam kalangan ahli parlimen dan berjawatan Menteri atau timbalan. Ingin juga
saya kirimkan soalan seperti Khoo Kay Kim, ultra kiasu itu tahu atau tidak sejarah
parlimen dan sejarah di pilihan raya di Malaysia? Saya yakin, ultra kiasu ini
tidak dapat menjawabnya kerana mereka hanya obsess sejarah China sahaja.
Saya fikir,
mereka tidak layak bergelar ahli parlimen atau bergelar menteri jika mengatakan
bahawa sejarah itu tidak penting, dan tidak perlu diwajibkan kepada sekolah,
terutama SPMC. Setelah saya membuat sedikit kajian mengenai silibus sibjek
sejarah di SPMC, ternyata dan terbukti, bahawa subjek sejarah di SPMC begitu
menekankan sejarah negara China daripada negara Malaysia sendiri, tempat lahirnya
nenek moyang mereka. Jika begitulah keadaan, saya cadangkan mereka ini baliklah
ke negara China, untuk belajar sejarah China dan sejarah kenapa dan mengapa
sistem beraja China pupus dan digantikan dengan sistem komunis. Lepas itu, bila
dah hadam, baliklah semula di negara bertuah ini, untuk mengetahui betapa
bertuahnya kita hidup di negara tercinta ini.
Menteri
Pendidikan benar apabila berkata pada 26 Julai lalu, bahawa KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid
yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak
digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem
pendidikan nasional. Saya sangat sanjung tinggi jawapan ini. Selaras dengan perlembagaan.
Malangnya,
beberapa jam selepas itu, ultra kiasu bersatu hati, mengecam dan menyeroyok
Menteri Pendidikan atas kenyataannya itu. Mereka turut menyarankan kepada PM
agar menukar Menteri Pendidikan kerana sudah melencong daripada Manifesto PH yang
mengiktiraf UEC (SPMC).
Tidak
lama selepas itu, Menteri Pendidikan serta merta menarik balik kenyataan dan
terus berkata KPM akan membiayai SMPC seperti sekolah arus perdana yang lain.
Ingin saya tegaskan, tidak ada dalam mana-mana peruntukan dan undang-undang negara
ini mengatakan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membiayai sekolah
persendirian (swasta).
Dalam
kenyataan sama, ultra kiasu yang merupakan ADUN Bercham, berkata ramai ibu bapa
daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala
UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa. Saya cabar ultra kiasu
ini, tunjukkan statistik kepada saya berapa ramai orang Melayu di SPMC? Seperti
yang saya sebut minggu lalu, bilangan orang Melayu di SPMC teramat kecil.
Mungkin dalam lingkungan 10 orang. SPMC tidak boleh disamakan sama sekali
dengan SJKC. Hampir mustahil untuk pelajar Melayu di SJKC melanjutkan pelajaran
ke SMPC. Jika adapun, mereka lebih memilih SMJKC. Tidak usahlah menipu wahai
ultra kiasu.
Tanpa bantuan
kerajaan selama ini, SPMC tetap gah dan mewah. Jutawan-jutawan Cina pakat-pakat
membantu sekolah ini, sama seperti mereka membantu SJKC meskipun SJKC dibiayai
oleh kerajaan sepenuhnya. Pergilah melihat prasana di SJKC dan SMJKC, bandingkan
dengan sekolah aliran arus perdana.
Saya beri satu
contoh yang sangat jelas betapa ketinggalannya sekolah aliran kebangsaan dengan
sekolah Cina. Misalnya, SJKC Pei Yu, sekolah
bantuan penuh kerajaan. SJKC ini terletak sekitar kawasan Bertam, berhampiran
Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas.
Berdekatan SJKC
Pei Yu, paling kurang terdapat tujuh buah sekolah iaitu, SK Hashim Awang, SMK
Dato Haji Abdul Kadir, SJKT Palaniandy, SMK Dato Hj Ahmad Badawi, SK Sheikh
Abdullah Fahim, SMK Bertam Perdana, dan SMK Bertam Indah. Kesemua sekolah ini
tidak ada dewan yang begitu canggih dengan segala kelengkapan seperti dewan
SJKC Pei Yu. SJKC ini mendapat peruntukan khas membina dewan tertutup serba
canggih bernilai lebih RM3 juta. SJKC ini jauh lebih gah daripada sekolah
bantuan penuh kerajaan di sekelilingnya, meskipun kawasan tersebut di bawah
bekas PM sebelum ini, Pak Lah. Hanya
kerana ada nama SJKC, menjadikan ia sangat istimewa.
Sekolah lain
bersebelahan yang ingin menggunakan
dewan tersebut akan dikenakan sewa. Begitulah hebatnya ultra kiasu bersatu hati
dalam pembangunan pendidikan anak bangsanya. Bayangkan jika kerajaan terus
menyalurkan dana dan memberikan bantuan sepenuhnya. Sudah tentu sekolah-sekolah
Cina ini akan menjadi sekolah mewah, penuh segala kelengkapan, meninggalkan
sekolah aliran kebangsaan, termasuk sekolah berasrama penuh. Jangan ada yang membandingkan dengan sekolah
agama. Pasti akan mengalir air mata.
Umum mengetahui
bahawa ekonomi negara ini dikuasai oleh orang Cina. Kekayaan yang dimiliki
turut memperkayakan NGO-NGO mereka. Jika tidak masakan NGO-NGO mereka boleh membina
dan memiliki bangunan sendiri. Jika tidak pergilah menejeling akaun-akaun
persatuan PIBG SJKC, SMJKC, SMPC, Hua Zong, Dong Zong, Dong Jiao Zong dan
lain-lain.
Jangan pergi
jauh, cuba lihat bangunan Persatuan Cina, Hua Zong, Serdang, tepi lebuh raya
Utara Selatan, 20 tingkat. Di situ juga menempatkan Kolej Persendirian Cina. Ini
tidak termasuk Sekolah Persendirian Cina di bangunan Minlon terletak berdekatan.
Sebelum PRU14, bekas PM, Najib Razak telah meluluskan hampir dua ekar tanah
kepada SMPC Choong Hwa, Sentul bagi tujuan membina Kompleks Sukan sekolah
tersebut. Tidak lama lagi kompleks sukan tersebut akan berdiri megah. Dari
manakah mereka mendapat sumber kewangan yang begitu banyak untuk membina
kompleks sukan tersebut? Sila baca artikel saya sebelum ini di sini, https://www.ismaweb.net/2018/04/23/bagilah-lagi-apa-yang-cina-mahu/
Saya cadangkan
Menteri Pendidikan, memberikan saya dana untuk membuat penyelidikan khusus
mengenai sekolah Cina di Malaysia, terutama SPMC dalam pembinaan sebuah negara
bangsa. Saya juga memohon dana untuk membuat kajian ke atas lima buah Sekolah
Wawasan yang telah dibina di Pekan Baru, Parit Buntar, Taman Aman, Alor Setar,
Tasik Permai, Pulau Pinang, USJ 15, Subang Jaya dan Pundut, Sri Manjung. Kenapa
dan mengapa idea sekolah yang sangat baik konsep yang dibina ketika zaman PM
Tun Mahathir, tidak menarik perhatian orang Cina. Kenapa orang Cina mahu
menjadi secina-cinanya, langsung tidak boleh dicairkan walaupun sedikit.
Ingatlah
kata-kata Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Saleem Shad Faruqi, perlembagaan hanya
membenarkan HAK BELAJAR BAHASA IBUNDA, BUKANNYA HAK BELAJAR DALAM BAHASA
IBUNDA. Masih tidak faham? Rakyat Malaysia berhak menyaman kerajaan jika
kerajaan bertindak di luar batasan undang-undang, termasuk menyalurkan wang
rakyat untuk membantu Sekolah Persendirian yang tidak termaktub dalam Perlembagaan
dan Akta Pendidikan. Saya tidak hanya merujuk kepada kerajaan hari ini, malahan
kepada kerajaan sebelum ini yang sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat di
luar rangka perlembagaan dan undang-undang.
0 comments:
Post a Comment