https://www.ismaweb.net/2018/08/06/siapa-pendatang-sebenarnya/
Saya membaca dengan teliti
terjemahan ucapan pemimpin India ultra kiasu, antaranya berbunyi: "Ramai orang, apabila ditanya
tentang sejarah kita (mereka kata) sejarah (kita) bermula 120 hingga 130 tahun
lalu. "Tak betul. Kita datang ke sini (ialah) 2,500 tahun lalu. Buktinya
ada di Lembah Bujang. Ada kuil disana.... tertanam."Mereka yang pendatang,
bukan kita pendatang. Mereka dan kita adalah sama.
Siapakah yang dirujukkan sebagai ‘mereka’
jika bukan orang Melayu? Tidak mungkin sama sekali merujuk kepada orang Cina
atau bumiputera Sabah Sarawak. Sudah terang lagi bersuluh, mereka yang
dimaksudkan adalah orang Melayu. Jika orang Melayu pendatang? Bagaimana dengan
bangsa lain? Sudah tentu lagi jelas pendatang sebab wajah dan rupa fizikal
mereka jauh berbeza dalam kalangan bangsa asal yang tinggal di alam kepulauan
Melayu.
Lihat rupa Melayu di Kepulauan Melayu,
bandingkan dengan rupa India dan Cina. Jauh sekali berbeza. Satu berkulit
gelap, satu lagi berkulit putih. Melayu di tengah-tengah tidak gelap dan tidak
putih. Inilah rata-rata orang yang tinggal di Kepulauan Melayu merangkumi
Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan yang berdekatan. Justeru, siapa
sebenar pendatang? Siapa pula yang mendatang sesama mereka?
Saya tidak pernah dengar lagi rantau
nusantara ini dikenali sebagai kepulauan Hindu, kepulauan India, atau kepulauan
apa. Jika ada pun nama Laut China Selatan, bukan Laut India Selatan. Yang saya
tahu, seantero dunia mengenali kepulauan ini sebagai kepulauan Melayu atau Malay Archipelago. Sebab itu, saya
sangat pelik apabila ada ekstremis LTTE boleh mengatakan bahawa ini tanah kita
bersama daripada segi asal-usul. Saya tidak menafikan jika dilihat daripada
sudut agama, kerana agama Hindu lebih lama bertapak di kepulauan ini, tetapi
bukan bangsa.
Sejarah setiap bangsa ada tanahnya sendiri,
bangsa Cina membentuk negara China. Bangsa India membentuk negara India. Begitu
juga dengan negara-negara Arab dan negara-negara lain di dunia. Raut wajah
mereka membentuk bangsa dan negara mereka.
Tiba-tiba rantau yang sudah dikenali dunia
sebagai Nusantara atau kepulauan Melayu, ultra kiasu tidak mahu mengiktiraf sebagai
kawasan kepunyaan bangsa Melayu. Malah, sanggup merujuk Melayu sebagai
pendatang. Cubalah tukar DNAnya.
Lebih jahil lagi ada yang berkata Sarawak
atau Sabah tidak termasuk dalam rumpun kepulauan Melayu. Memang asal-usul
Melayu majoritinya beragama Hindu, tetapi apabila Islam datang, rajanya memeluk
Islam, diikuti seluruhnya rakyat jelata, maka senyaplah legasi agama Hindu yang
bertapak di Alam Melayu. Jika lihat dari segi pengaruh dan tinggalan akeologi,
ajaran Buddha lebih mendapat sambutan di kepulauan Melayu, bukan Hindu. Dalam
sejarah kami diajar mengaruh pengaruh Buddha-Hindu, bukan Hindu-Buddha.
Contohnya di Thailand dan negara berjiran, boleh dikatakan semuanya berfahaman
Buddha. Begitu juga di Indonesia. Lembah Bujang hanya contoh yang sangat ultra
kiasu.
Saya tidak mahu terlibat dalam polimek asal-usul
Melayu sebagaimana yang diceritakan oleh pakar sejarah Melayu seperti Profesor
Nik Hasan Shuhaimi dan antropologi, Profesor Wan Hashim Wan Teh. Sebab
kedua-duanya orang Melayu. Ultra kiasu tidak teruja.
Lebih molek jika saya merujuk kepada sarjana
berkulit putih, yang lebih meyakinkan ultra kiasu seperti Dr. Steven
Oppenheimer (1999), pakar Paleontologi dalam bukunya bertajuk, Eden in the East, The Drowned Continent of
Southeast Asia. Beliau yang juga tenaga pengajar di Universiti Oxford turut
mengemukakan teori bahawa migrasi moyang kepada rumpun Melayu dari kabilah
Negrito, Asli Semang dan Senoi adalah secara terus menerus dari benua Afrika
melalui Timur Tengah ke benua Melayu Sunda.
Secara umumnya terdapat beberapa teori
tentang asal usul Melayu, Pertama, asal usul orang Melayu adalah berdasarkan
teori penghijrahan beramai-ramai orang Melayu daripada Yunnan, Selatan China
dan keluar melalui Sungai Mekong ke Laut Cina Selatan, yang dikenali sebagai
"Teori Keluar Dari Yunnan" (1890).
Kedua, Melayu lahir akibat kahwin campur antara Cina, India dan Arab. Orang
Melayu dikatakan bekerja sebagai kelasi kapal dan buruh kepada pedagang
antarabangsa yang terdiri daripada orang Arab, China dan India lebih kurang
2,000 tahun lalu, dikenali sebagai teori "Keluar Dari New Guinea" (1965).
Interaksi dan perkahwinan campur dengan bangsa India, China dan Arab, menghasilkan
sebuah bangsa baharu yang dikenali sebagai bangsa Melayu. Teori ini agak keterlaluan
kerana mengandungi unsur penghinaan.
Ketiga, berdasarkan teori lingustik oleh Peter Bellwood dan disokong bukti
arkeologi oleh pakar arkeologi, Eusibio Dizon, menerusi buku, The Austronesian (1997), dikenali
sebagai "Teori Keluar dari Taiwan" dan juga "Teori Keretapi Ekpress ke
Polynesia".
Teori ini mengatakan bahawa orang Melayu-Polynesian atau Astronesian atau
rumpun Melayu berasal daripada Taiwan. Orang Melayu, telah keluar daripada
Taiwan sejak 6,000 tahun dahulu, dan kemudiannya merantau ke serata dunia. Mereka
dikatakan merantau dari Pulau Madagascar di Timur sehingga ke Pulau Easter di
Barat. Seterusnya merentas Jepun di utara sehingga ke New Zealand di selatan.
Lanjutan daripada itu, Oppenheimer, Wilhelm G. Solheim dan Arysio Nunes dos
Santos (1999) menggunakan bukti-bukti geologi dan mitologi, dan digabungkan
dengan bukti arkeologi, genetik dan linguistik. Mereka bersetuju orang Melayu
sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang, yang dinamakan Benua Melayu
Sunda atau Tamadun Sunda. Bangsa ini hakikatnya telah wujud sejak 15,000 tahun
Sebelum Masihi.
Menurut mereka lagi, Asia Tenggara kuno disatukan oleh Pentas Sunda yang
menghubungkan Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Jawa, Borneo dan Filipina.
Asia Tenggara ketika itu bercantum sebagai satu benua dengan tanah besar Asia
dan Pentas Sahul iaitu pentas benua Australia-New Guinea.
Kawasan perairannya yang cetek dan mudah dilalui telah menghubungkan beberapa
laluan penghijrahan bebas untuk manusia dan haiwan di tanah besar Asia, yang
dikenali sebagai Gugusan Kepulauan Melayu Nusantara. Keluasan gugusan ini atau
Benua Sunda adalah dua kali lebih besar daripada Benua India. Kawasan laut
Champa, Teluk Siam dan Laut Jawa, pada ketika itu kering kontang dan menjadi
dataran pelantar bagi menghubungkan beberapa bahagian benua tersebut.
Menurut Oppenheimer lagi, Benua Sunda inilah bermulanya tamadun manusia
yang menyuburkan budaya-budaya hebat di China, India, Mesopotamia, Mesir dan
Kepulauan Crete (Greek) lebih kurang 6,000 tahun lampau.
Ini bermakna, bangsa Melayu itu bukan bangsa baharu yang selalu dikaitkan
bermula selepas penjajahan Barat. Secara tidak langsung bukti ini menolak
dakwaan Anthony Reid yang mengatakan bangsa Melayu hanya berpusat di Selat
Melaka. Sekali gus menolak "Teori Keluar Dari Taiwan" dan "Teori
Dari New Guinea".
Dalam erti kata lain, Jawa adalah Melayu, Siam adalah Melayu, Moro adalah Melayu,
Minang adalah Melayu, Dusun adalah Melayu, Iban adalah Melayu, Filipina adalah
Melayu dan Dayak adalah juga Melayu. Suku kaum kepada etnik bangsa Melayu
adalah sebaka dan serumpun. Bermakna, Melayu Asli (orang asal) bukanlah berasal
dari Yunnan atau Taiwan. Sebaliknya orang Taiwan dan Yunnan itu sebahagian
besarnya adalah berasal dari Asia Tenggara.
Nyata sekali bahawa kelima-lima teori ini (enam termasuk oleh sejarahwan
Melayu) tidak ada langsung kaitan dengan India. Paling kuatpun dengan Cina.
Justeru, apakah justifikasi ultra kiasu India tersebut mengatakan bahawa orang
Melayu dan India adalah sama iaitu pendatang.
Paling menarik membaca buku John Russell Denyes bertajuk Malaysia, terbitan tahun 1919, yang terdapat di perpustakaan, University of Illinois. Muka pertama tertulis Malaysia is off the southeast corner of Asia, 1500 miles south of China, 1500 miles east of India. It includes the Malay Peninsula and the islands of Sumatra, Java, Borneo, Celebes, Timor, the Moluccas, New Guinea, and a thousand smaller islands. The country gets its name from the Malay people who live there.
Pendapat beliau tentang India, the Indians who come to Malaysia are mostly
Tamils from Madras Presidency and Ceylon. Bishop Oldham describes them as
“noisy, exceedingly talkative, faithful, devout, obedient to order, capable of
patiently bearing much hardship”.
Justeru, atas landasan apakah dan rujukan
apakah ultra kiasu mengatakan Melayu itu pendatang? Kesemua teori di atas saya
boleh terima. Tetapi saya sama sekali menolak bahawa Melayu, Cina dan India
sama-sama pendatang. Jika ditakdirkan semua itu pendatang, siapakah yang
mula-mula membentuk kerajaan di Alam Melayu. Orang Indiakah? Hairan sungguh
saya apabila seorang yang bergelar
peguam tidak dapat menerima hakikat ini.
Ini belum dibuktikan lagi dengan bangsa
apakah yang begitu lantang menentang penjajahan British di Tanah Melayu.
Cinakah? Indiakah? Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul menjelang kemerdekaan,
sebelum itu wajah siapa? Wajah Parti Komunis Malaya? Wajah MPAJA? Wajah siapa
lagi?
Tidak lain dan tidak bukan wajah Melayu,
seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Abdul Rahman Limbung dan lain-lain
lagi. Ini tidak termasuk Melayu yang berhaluan kiri, seperti Ahmad Boestaman,
Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Pendeta Zaaba, Ibrahim Yaakub dan ramai lagi. Tidak
perlulah dibincangkan lagi peranan Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan
lain-lain lagi. Wajah-wajah hanya muncul menjelang kemerdekaan, apabila British
mensyaratkan bahawa kemerdekaan hanya diberikan jika semua kaum dapat disatukan
melalui persetujuan pemimpin mereka yang dikenali sebagai kontrak sosial. Maka
muncullah nama-nama seperti Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan dan lain-lain.
Sebab itu saya mohon ultra kiasu menghentikan
provokasi sebegini kerana ia tidak baik untuk pembangunan negara bangsa.
Provokasi ini hanya akan meninggalkan luka yang amat mendalam. Ingatlah! Dengan
Islam, Melayu itu lembut orangnya, bersopan santun dan berbudi bahasa. Melayu
bersedia menerima orang lain meskipun warna berbeza. Justeru, jangan
keterlaluan, celupar dan kurang ajar, dibimbangi kelembutan dan kesantunan itu
hilang
Akhirnya, saya ingin simpulkan bahawa sejarah
manusia bukan bermula dari keturunan beruk menjadi manusia. Sebaliknya manusia
berasal dari Nabi Adam. Nabi Adam diturunkan ke bumi sekitar 4000 hingga 5000
SM. Apa yang berlaku ialah penyongsangan fakta untuk membenarkan idea
Darwinisma iaitu manusia dari beruk. Ini dibuktikan bahawa DNA manusia hari ini
berbeza dengan manusia beruk seperti Cro Magnon, Neoderhenthal, Perak Man,
Peking Man dan sebagainya. Perbezaan DNA adalah 85 peratus iaitu kromoson
manusia Adam tidak sama dengan manusia asal beruk. Menurut Hamka, manusia dari
Nabi Adam seperti yang dinyatakan dalam Al quran. Tetapi manusia yang dijumpai
seakan-akan beruk itu adalah penciptaan genetik awal dan belum sempurna. Maka
tidak layak dipanggil manusia kerana lebih mirip dari haiwan daripada manusia
Adam. Jadi, saya noktahkan di sini bahawa Melayu asal dari bani Nabi Ibrahim.
0 comments:
Post a Comment