(Sinar Harian 24 Feb 2014)
Luar
biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di
luar pun kalau boleh, orang Melayu cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke
pasar, kalau boleh elakkan melalui atau memandang daging atau penjual khinzir.
Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang
kawasan ‘halal’ Islam.
Begitulah
berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka. Kini, tidak lagi.
Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi
kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama
menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!
Saya
tidak melarang orang Melayu untuk masuk ke dalam rumah ibadat bukan Islam jika
ada tujuan dakwah, seperti yang pernah saya lakukan membantu membawa ibu ke
tokong untuk ibu sembahyang, ziarah kubur ibu bapa dan lain-lain, ehsan anak
kepada orang tua.
Tetapi
jika masuk sekadar suka-suka atau mendapat mileage
politik, pada saya, ia perlu difikirkan. Kenapa sebelum ini tidak pernah
lakukan? Adalah pemahaman kita dahulu terhadap Islam tidak seliberal hari ini?
Ingat!
Jangan terlalu bersangka baik, sedangkan orang lain sebaliknya. Minggu lalu,
rakan Kristian saya memberitahu keadaan sebuah gereja di Jalan Kelang Lama.
Seorang pastor India dari Singapura telah dijemput untuk menyampaikan syarahan,
bermula jam 7.30 – 11.30 pagi, yang dihadiri lebih seribu orang Cina Kristian.
Syarahan
itu penuh dengan emosi dan memutar-belitkan sejarah Tanah Melayu. Beliau
menceritakan bagaimana orang Cina disembelih di Singapura ketika kependudukan
Jepun.
Pastor
tersebut menambah, perkara sebegini tidak mustahil berlaku kepada orang Cina di
Malaysia tidak lama lagi. Pastor itu merujuk kepada orang penyembelihan yang
akan dilakukan oleh orang Melayu terhadap orang Cina.
Saya
amat mengharapkan pihak polis dapat memantau gereja tersebut, mungkin juga
gereja-gereja yang lain. Ada segelintir daripada paderi ini sedangkan menanam
kebencian orang Cina terhadap orang Melayu, terutama paderi-paderi luar.
Peliknya
bagaimana pastor tersebut boleh memberi syarahan sedemikian rupa di sini, sedangkan beliau adalah warga
Singapura? Bila ultra kiasu berada di Malaysia, mereka bebas berkata apa
sahaja. Apa hujah dan hak beliau untuk berkata sedemikian? Kenapa perlu samakan
orang Melayu dengan Jepun?
Sejarah
kependudukan Jepun di Tanah Melayu, termasuk Singapura, perlu difahami secara
mendalam, bukan dengan emosi dan kecetekan ilmu. Jika tidak tahu, pergi mengaji
dan belajar sejarah.
Negara
Jepun–China mempunyai sejarah permusuhan yang panjang sehingga ke hari ini.
Kedua negara ini pernah berperang dan saling berdendam. Kesempatan menduduki
Tanah Melayu (1941-1945) telah dipergunakan oleh Jepun sepenuhnya untuk
membalas dendam terhadap orang Cina. Kebetulan mangsanya adalah Cina yang
berada di Tanah Melayu.
Bagi
menyelamatkan diri, orang Cina telah lari ke hutan dan menyertai parti komunis
(MPAJA atau Bintang 3). Jepun terus memburu Cina. Orang Cina bertindakbalas dan
Jepun semakin marah.
Sebab
itu, dari dahulu saya katakan, sejarah membuktikan, perjuangan komunis MPAJA
bukan untuk memerdekakan Tanah Melayu. Tetapi membalaskan dendam terhadap
Jepun.
Sejarah
ini cuba diputar-belitkan dengan segelintir Cina yang mengatakan, MPAJA adalah
pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan tugu peringatan MPAJA telah didirikan di
Taman Peringatan Nilai. Malangnya, pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa
walaupun ramai pakar sejarah telah bersuara.
Kenyataan
paderi tersebut sekali lagi bercanggah dengan fakta sejarah. Pihak imigresen mesti
bertindak terhadap orang sebegini, kerana mengancam keselamatan negara.
Berdasarkan
pengalaman berceramah di Singapura, kita tidak dibenarkan sama sekali menyentuh
isu-isu sensitif, sekalipun fakta itu benar. Misalnya, kekejaman
Amerika-Israel, Yahudi, sejarah Singapura-Tanah Melayu dan kedudukan orang
Melayu di sana. Persoalannya, kenapa
kita boleh biarkan orang luar berceramah tanpa garis panduan? Lebih malang lagi
menghasut dan menanamkan kebencian.
Saya
yakin bukan Melayu di sini mendapat pembelaan walau tidak sepenuhnya,
berbanding Singapura. Kira berapa banyak bilangan rumah ibadat berbanding
dengan penganutnya, sehingga menenggelamkan penganut agama majoriti. Kadangkala
dalam lingkungan satu kilometer, terdapat hampir sepuluh rumah ibadat. Bagaimana
dengan Singapura?
Justeru,
saya memohon kepada sesiapapun yang ingin bertanding di Kajang, jangan kerana
terlalu obsess untuk menang, kita menggadaikan segala-galanya. Jangan gadaikan
maruah agama, bangsa dan negara, untuk mendapat undi dan nafsu serakah politik.
Ingatlah,
sekali maruah dan hak tergadai, sukar untuk dicari ganti. Tidak mengapalah umat
Islam berpecah, kalau itu yang mereka mahu. Tetapi pastikan perpecahan itu
tidak menggadaikan kepentingan Islam dan masa hadapan. Hari ini kita diserang
bertubi-tubi, apakah kita mahu terus mengalah?
Apa
sudah jadi dengan Melayu Islam? Elok juga kadang kala ditampar sahaja ultra
kiasu yang celupar serta tidak menghormati perkara-perkara asas yang termaktub
dalam perlembagaan.