Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, November 25, 2013

Ultra kiasu musuh Islam sebenar

9:24 AM Posted by RIDHUAN TEE 82 comments


(Sinar Harian, 25 Nov 2013)

Saya sudah berkali-kali mengingatkan PAS, berhati-hati dengan parti ultra kiasu. Ultra kiasu musuh Islam. Tetapi PAS terus bersangka baik. Alasannya, parti ultra kiasu sudah sudah lembut dengan Islam. Buktinya, ultra kiasu sudah berani membawa bendera PAS dan berkempen untuk PAS dalam pilihan raya.

Saya yakin pimpinan PAS tahu, ultra kiasu amat licik dan berstrategi. Ultra kiasu hanya mahukan undi PAS untuk memerintah beberapa negeri yang bilangan mereka agak ramai, seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak, serta tidak mustahil Melaka dan Negeri Sembilan selepas ini.

Ultra kiasu sedar, mereka tidak akan menang tanpa sokongan PAS. Untuk memenuhi cita-cita jahat itu. Maka, terpaksalah ultra kiasu bermuka-muka bekerjasama dengan PAS. Meskipun dasar perjuangan keduanya sangat berbeza. Satu mahukan Islam, satu lagi amat menentang Islam.

Kajian demi kajian telah membuktikan, bahawa ultra kiasu bukan sahaja anti Islam, tetapi anti apa jua pertubuhan atau perkara berkaitan Islam. Sebab itu, mereka menyokong LGBT walaupun Islam dan agama mereka sendiri mengharamkannya. Kerana tidak mahu dikaitkan dengan Islam, maka matlamat menghalalkan cara.

Terus terang, sebenarnya ultra kiasu tidak pernah lembut terhadap keislaman PAS. PAS yang terlalu perasan. Berdasarkan kajian, sebenarnya, ultra kiasu lebih mempercayai keislaman UMNO yang disangka lebih terbuka berbanding Islam PAS yang lebih ortodoks.

Hari ini ultra kiasu telah beralih kepada PKR kerana mereka tidak boleh jalan dengan cara UMNO. Itupun ultra kiasu cukup berhati-hati kerana mereka tahu, kebanyakan ahli PKR adalah juga bekas ahli UMNO. Perangai UMNO masih ada dalam PKR. Cuma saya pelik, kenapa PAS boleh terpengaruh?

Menurut Nasruddin (2006), ultra kiasu terpaksa menerima UMNO atas dasar UMNO adalah ‘syaitan yang dikenali’ atau ‘the lesser of two evils’ berbanding PAS.  Melalui temubual dengan Setiausaha Kerja DAP pada ketika itu, Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras), ultra kiasu terpaksa bersama UMNO walaupun UMNO adalah sebuah parti yang korup dan rasuah.  Jika diberikan pilihan antara korupsi UMNO dengan Negara Islam PAS, maka ultra kiasu akan memilih korupsi daripada negara Islam. Apakah PAS tidak membaca kajian tesis ini?

Lihat cara ultra kiasu mengadaptasikan dirinya. Dahulu, mereka langsung tidak boleh bersemuka dengan PAS, kerana PAS mahu negara Islam. Ultra kiasu tahu, tanpa sokongan PAS mereka tidak boleh memerintah negeri-negeri tertentu. Lantaran, ultra kiasu mengubah strategi. Namun, tetap kekal dengan pendirian menentang Islam. Inilah kelicikan ultra kiasu.

Saya tidak fikir PAS tidak tahu. Saban hari, kenyataan-kenyataan pimpinan mereka amat mengguriskan hati kita. Tetapi kerana terlalu benci dan berdendam dengan UMNO, PAS sanggup bersekongkol dengan ultra kiasu, meskipun mereka tahu niat busuk ultra kiasu.

Sedarlah wahai PAS, jika dahulu strategi ultra kiasu hanya mahukan ekonomi atau bisnes sahaja. Hari ini tidak lagi. Mereka mahu kedua-duanya sekali, bisnes dan kuasa. Dengan ada kuasa, ultra kiasu boleh buat apa sahaja, seperti mana kejayaan Yahudi. Mereka tahu dengan kuasa dan wang, umat Islam boleh dibeli. Akibatnya, umat Islam kampung tergadai, hidup merempat.

Bila UMNO mahu menghulurkan tangan, PAS bersangka buruk dengan mengatakan itu adalah perangkap. Kenapa dengan mereka yang jelas menentang Islam, itu bukan perangkap?

Kenapa kita begitu naïf? Pada saya, jikapun benar UMNO belot terhadap PAS atau PAS belot dengan UMNO, kuasa masih lagi di tangan umat Islam. Busuk-busuk umat Islam, kita tetap bersaudara.

Jika tidak ada pilihan, saya lebih rela duduk di bawah pemerintah UMNO yang ‘zalim’ (jika benar dakwaan PAS) daripada duduk di bawah kafir harbi yang menjadi musuh Islam dan itulah ultra kiasu.

PAS mesti berhati-hati dengan mudarat yang lebih besar yang bakal menimpa.  Saya hanya akan bersangka baik, jika ultra kiasu menerima Islam. Jika mereka terus anti Islam, maka selama-lamanya ultra kiasu adalah musuh saya.

Saya tidak peduli apa jua bentuk serangan dilakukan ke atas peribadi saya. Tindakan itu tidak akan mematikan semangat saya untuk mendedahkan kemerbahayaan mereka terhadap Islam.

Terbaharu, ultra kiasu sedaya upaya mahu mematikan karektor saya. Banyak bahan rahsia universiti yang tidak boleh dibawa keluar, telah dibawa keluar dengan sengaja oleh profesor tali barut mereka di tempat saya bekerja dan diberikan kepada ultra kiasu di luar sana untuk disensasikan. 

Beberapa laporan polis saya dibuat sebelum ini. Siasatan rapi masih belum dijalankan oleh pihak polis. Laporan polis akan menyusul lagi selepas ini. Saya mohon pihak polis serius. Dari segi undang-undang, saya tidak dapat bertindak lebih jauh selagi orang  yang membocorkan bahan rahsia ini tidak disiasat. Jangan anggap saya diam, saya terima sahaja apa yang dilakukan. Perjuangan tidak pernah selesai selagi yang menjadi musuh Islam terus mahu matikan karektor saya.  

Monday, November 18, 2013

Ridhuan Tee dan Bajet 2014

7:39 AM Posted by RIDHUAN TEE 89 comments


(Sinar Harian 18.11.13)

Saya terkejut beruk, apabila perbahasan bajet 2014 di parlimen yang mulia dua minggu lalu, digunakan sepenuh ruang dan peluang oleh seorang ahli parlimen andartu ultra kiasu, untuk menghentam saya membuta-tuli. Andartu ini mendakwa, beliau mendapat maklumat dari beberapa pensyarah di tempat saya. Siapakah pensyarah malang itu?

Saya kenal orang itu, juga seorang ultra kiasu, pensyarah kriminologi berstatus andartu.  Peliknya, apa kaitan saya dengan bajet 2014? Terima kasih kerana mempopularkan lagi nama saya yang sudahpun popular, berbanding profesor ultra kiasu itu, tiada siapapun kenal dan ambil peduli walaupun bergelar profesor. Sumbangannya pun tiada. Jika tidak percaya, datanglah bertanya di tempat saya. Kajiannya berligar sekitar mak nyah dan pondan. Adakah ini pertahanan?

Beberapa pertuduhan mengenai saya dibangkitkan di parlimen; Pertama, pensyarah dan pelajar tidak senang dengan pengajaran saya di universiti. Siapa tu? Jika mereka adalah kalangan ultra kiasu, itu tidak mustahil, sebab mereka bermasalah, anti Islam dan anti-kerajaan. Saya pula sebaliknya. Siapa tidak kenal Ridhuan Tee? Seorang yang berani dan vokal, bukan pengecut dan tiada telur seperti ahli parlimen dan pensyarah ultra kiasu itu. Maaf, masuk bakul sendiri. Jika berani, mari berdepan dan berdebat. Mohon ahli parlimen ultra kiasu beritahu siapa pemberi maklumat tersebut. Saya cabar.

Kedua, saya tidak faham maksud pertahanan kerana menggalakkan perang, dikaitkan dengan artikel saya mengenai perebutan Pulau Batu Putih yang sudahpun terlepas kepada Singapura apabila perkara ini dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Jawapan, ijazah-ijazah saya semua berkaitan dengan pertahanan, bukan seperti pensyarah tersebut, latar belakang kriminologi tetapi mengajar subjek strategi. Apa kaitan? Kelakar sungguh?

Lagi pun, pemimpin China berkali-kali menggalakkan perang dengan kenyataan sesiapa yang berani memasuki Kepulauan Spratly yang menjadi milik bersama beberapa negara termasuk Malaysia, jawapannya perang. Kenapa tidak berani kutuk pemimpin China? Sama juga kenyataan Lee Kuan Yew, jika Malaysia berani menghentikan bekalan air, jawapannya, perang. Kenapa tidak kutuk Lee Kuan Yew? Bila saya memberi pandangan, tidak boleh? Salahkah saya memberikan pandangan atas dasar kebebasan berkarya dalam akademik?

Ketiga, saya menggalakkan ethnic cleansing dengan menyokong Hitler, berkaitan tindakan Hitler membunuh Yahudi beramai-ramai dalam peristiwa Holocust. Sebelum komen, bacalah buku Hitler bertajuk Main Kamp, baru boleh bergelar pensyarah strategi. Cari jawapan kerana Hitler bunuh orang Yahudi. Baca juga, kenapa Yahudi memusuhi Islam. Jika tidak faham, memang langsung tidak sesuai mengajar subjek pertahanan kerana bukan bidang.

Keempat, komen saya terhadap perayaan kaum tertentu sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya. Apakah tidak betul?  Kenapa tidak pertikaikan mereka yang mempersendakan sembelihan korban di sekolah? Kena pada Islam, tidak mengapa. Kena pada mereka tidak boleh.

Kelima, tulisan saya dituduh sebagai sesat. Ingatkan rakyat Malaysia bodoh. Sudah lama saya dikenakan tindakan jika tulisan saya sesat. Sebenarnya, bukan saya yang sesat sebab saya orang Islam. Saya tukar agama dahulu yang sesat kepada agama yang lagi terang agar tidak sesat. Saya punyai pengikut yang ramai dalam Face Book dan Fan FB. Bukan macam profesor yang sesat lagi menyesatkan tu, langsung tak ada kawan. Kalau adapun yang sejenis, andartu dan bujang senang.   FB pun tidak ada siapapun peduli. Penulisan hampas.

Keenam, saya dituduh rasis. Peliknya, macam mana saya boleh rasis. Saya tidak mempertahankan Cina walaupun saya Cina. Malah saya dituduh lebih Melayu dari Melayu. Jadi, di mana rasisnya?

Sebenarnya ultra kiasu itu yang rasis. Partinya hanya untuk satu kaum. Ketika baru menjadi exco Selangor, beliau mendesak mahu mewujudkan bandar Cina yang penuh kecinaan di Selangor, termasuk indusri Cina, universiti Cina, sekolah Cina dan semua berkaitan Cina untuk menarik pelaburan China.

Tidakkah ultra kiasu sedar bahawa kita tinggal dalam sebuah negara berasaskan kepada Malay Polity? Jika tidak faham, mari profesor sains politik dan strategi ajarkan.

Apakah mungkin saya tidak dituduh rasis, jika saya mengajar mempertahankan komunis dan MPAJA sebagaimana yang didewa-dewakan oleh ultra kiasu? Pendirian saya, biar saya khianat kepada bangsa daripada khianat kepada agama dan negara. Lagipun, yang ditanya malaikat nanti bukannya bangsa dan keturunan nenek moyang, tetapi Tuhan, Rasul dan Agama.

Kesimpulannya, dalam dunia akademik, kami bebas memberikan pandangan. Jangan jadi bodoh, Perkara yang sensitif boleh dibincangkan dalam perbahasan akademik, terutama dalam kelas, barulah berlaku percambahan idea. Jika tidak, pelajar kita akan jadi jumud seperti profesor itu.

Profesor yang memberi maklumat kepada ultra kiasu sungguh pelik. Patutlah beliau sanggup berhijrah dari utara ke sini. Rupa-rupa profesor ini memang tidak diterima di sana. Di sinilah beliau mengemis simpati. Jika dahulu, beliau berkata universiti pertahanan adalah seperti penjara. Hari ini, kerana nak kekal di sini, dia kata universiti inilah yang terbaik. Dasar hipokrit. Malang sungguh pelajar di bawah seliaannya, mendapat profesor mangkuk sebegini.

Monday, November 11, 2013

Perlukah bertanding setiap pilihan raya?

9:39 AM Posted by RIDHUAN TEE 25 comments
(Sinar Harian 11 Nov 2013)

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sg Limau Kedah telahpun diketahui, Isnin minggu lalu. Kemenangan berpihak kepada PAS. Apapun alasan atau post mortem yang diberikan, menang tetap menang, kalah tetap kalah walaupun dengan kelebihan atau kekurangan satu undi. Kali ini PAS mengekalkan kerusi DUN Sg Limau dengan majoriti 1084 undi. Merosot sedikit berbanding PRU 13.

Pada saya, ia merupakan kemenangan besar PAS walaupun ada yang mendakwa UMNO menang dalam kalah, undi Cina meningkat dan berbagai alasan lagi. UMNO kena terima hakikat bahawa ini PRK bukan PRU. Buatlah muhasabah diri segera sebelum kalah lebih teruk dalam PRU 14 akan datang.

Jangan terlalu memikirkan undi Cina atau lain-lain bangsa meningkat atau tidak. Cari jalan bagaimana untuk berbaik-baik dengan PAS. UMNO BN tidak mungkin akan mendapat majoriti dua pertiga lagi, tanpa sokongan PAS dalam PRU 14 akan datang. Jika menangpun, kerusi yang bakal dimenangi, tidak akan banyak bezanya dengan PRU 12 dan PRU 13. Lebih membimbangkan jika keputusannya semakin merosot dan akhirnya terus kalah.

Perkara ini tidak mustahil berlaku, kerana orang Cina telah bulat pemikiran dalam  tindakan mereka, menyokong parti ultra kiasu. Saya orang Cina, saya tahu apa yang berlaku.

UMNO tidak sepatutnya terus menerus bertanding setiap kali berlaku PRK atau kekosongan kerusi PAS. Tidakkah boleh UMNO memberikan kemenangan percuma kepada PAS, jika dirasakan sesuatu kawasan pilihan raya itu sukar untuk ‘dimakan’. Dalam kes DUN SG Limau, PAS bukannya boleh memerintah jika berjaya mengekalkan kerusi tersebut.  

Tidak salah jika UMNO mengambil keputusan tidak bertanding dan memberikan kemenangan percuma kepada PAS. Itu lebih baik sebagai langkah awal untuk menghulur tangan salam persaudaraan dan perpaduan. Biduk lalu, kiambang bertaut.

Saya amat yakin jika UMNO berkata: “atas dasar persaudaraan, UMNO tidak akan bertanding menentang PAS pada PRK DUN Sg Limau kali ini”. Implikasinya besar. Mungkin ada kalangan kita yang pesimis dengan pendapat saya ini. Tidak mengapa, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Niat saya satu, saya hanya mahu lihat umat Islam kembali kuat. Kami sudah bosan dengan percaturan kedua-dua parti politik yang merugikan Islam ini. Apakah parti politik alternatif perlu ditubuhkan seperti yang dicadangkan minggu lalu?

Contoh lain, UMNO tidak payah bersusah-payah untuk merebut kembali negeri Kelantan dari tangan PAS. Biarkan PAS memerintah sampai bila-bila sehingga rakyat mereka sendiri mahukan perubahan. Lagipun, selama berada di tangan PAS, saya tidak nampak apa-apa kerugian kepada Islam dan UMNO. Pi mai pi mai, di bawah PAS ke, atau UMNO ke, kedua-duanya tetap Islam dan bersaudara.

Sejujurnya, Islam lebih terpelihara di Kelantan di bawah PAS berbanding UMNO dahulu. Lagipun, sehingga kini, belum ada wakil rakyat PAS disabitkan dengan rasuah walaupun ada pertuduhan penyelewengan telah dibuat.

Jika ada pun berlaku, itu perkara biasa, PAS bukannya malaikat walaupun menggunakan slogan membangun bersama Islam.

Ingatlah wahai UMNO dan PAS, busuk-busukpun kita, kita tetap umat Islam, ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Berbanding dengan kafir harbi yang terang-terang menolak dan menentang Islam. Apatah lagi dengan kenyataan terbaharu pemimpinnya yang mahu mengharamkan parti dan pertubuhan Islam. Mereka langsung tidak ada hormat terhadap asal-usul negara ini dan sistem pemerintahan beraja  Islam.

Cuba kita buat perhitungan berapa banyak wang mengalir setiap kali PRK dan PRU, hanya kerana berlawan sesama sendiri. Jika kita berhabis berlawan dengan musuh, dan kafir harbi tidak mengapa juga. Ini tidak, kita berhabis, bermusuh sesama sendiri, orang yang seagama dan sebangsa, hanya kerana perbezaan pandangan terhadap konsep dan perlaksanaan negara Islam.

Bayangkan jika duit kempen tersebut kita gunakan untuk membantu fakir miskin dan mereka yang memerlukan atau membiayai apa-apa juga projek-projek pembangunan yang diperlukan segera seperti di Sabah dan Sarawak.

Pada saya, kempen-kempen pertandingan dalam PRU dan PRK di kawasan yang pasti kalah, tidak banyak membawa kebaikan. Ia lebih memburukkan keadaan. Kita saling kutuk-mengutuk dan fitnah-menfitnah. Hati-hati semakin sakit.

Kenapa jadi lagu tu! Kenapa tidak terlintas dalam kepala kita akan kepentingan umat secara keseluruhan. Saya tidak merujuk kepada UMNO semata-matanya, juga kepada PAS. PAS tidak perlu bertanding di kawasan kubu kuat UMNO. Sama seperti MCA tidak perlu bertanding kawasan bandar majoriti Cina ultra kiasu. Sampai kiamatpun   MCA tidak akan menang melawan ultra kiasu kafir harbi ini. Misalnya, kerusi Seputih, Bukit Bintang, Kepong dan sebagainya. Majoritinya ibarat langit dengan bumi. Undi MCA itu kebanyakan hanya datang dari Melayu. Sebab itu MCA jangan perasan dia kuat.

Pertandingan dalam PRK dan PRU di kawasan yakin kalah adalah suatu pembaziran yang amat nyata. Pembaziran adalah sahabat syaitan. Ini tidak termasuk jentera dan tenaga yang terbuang begitu sahaja.

Jika benar-benar nak merancang dan berstrategi, fikirkan bagaimana nak mendapatkan semula negeri Pulau Pinang, milik Kerajaan Negeri Kedah mengikut sejarah suatu ketika dahulu dari tangan ultra kiasu.

Kadang-kadang hati naik geram juga, wajarkah kita memperuntukkan sebanyak RM2.25 juta untuk 4 buah SJKC di DUN Sg Limau yang penduduknya lebih kurang 1000 orang sahaja? Saya sendiri telah mengetuai PIBG di beberapa sekolah, selama 15 tahun, nak dapat RM10 ribu setahunpun bagai nak mampus, orang kampung kata. Ini senang-senang sahaja kita taburkan di SJKC.

Kadangkala terfikir juga, elok juga kerajaan hari ini tidak dapat majoriti dua pertiga, supaya ada check and balance.

Friday, November 08, 2013

Bila andartu ultra kiasu naik nafsu (Khas)

2:42 PM Posted by RIDHUAN TEE 93 comments

Ahli Parlimen andartu ultra kiasu menggunakan sepenuh-penuh peluang perbahasan bajet 2014 di parlimen, hampir 10 minit, dengan menghentam saya. Malang sekali, speaker membenarkannya pula.

Jika saya menjadi speaker, sudah lama andartu ini saya cilikan dari atas sampai bawah, kerana keluar tajuk membahaskan sesuatu isu dalam parlimen yang mulia itu. Apa punya wakil rakyat ini? Apa kaitan bajet 2014 dengan saya? Ohhh!  Baru saya sedar, saya ini celebriti popular walaupun bukan artis. Jangan dengki beb!

Berita ini disampaikan oleh rakan saya dan menjadi lebih sensasi apabila disiarkan oleh lama web ultra kiasu. Saya meluangkan waktu untuk mendengar ucapan andartu tersebut. Seronok melihat gelagatnya.

Malang sungguh andartu ini, hanya mendengar cerita dan maklumat daripada beberapa ekor pensyarah di universiti saya bekerja, iaitu profesor Cina/India ultra kiasu, yang juga berstatus andartu/ibu tunggal, sanggup membawa perkara ini ke parlimen.

Kasihan mereka. Sudah tidak ada kerja lain. Tidak dapat menewaskan hujah saya, maka peribadi yang diserang. Prinsip saya, saya tidak akan menyerang jika tidak diserang.Tetapi saya tidak akan menyerang tanpa tentangan, sebab saya ada ‘telur’.

Kepada pensyarah yang tidak ada telur itu, cuba-cubalah cari telur. Paling tidak, boleh juga digunakan untuk digolek-golekkan atas badan ketika keseorangan atau kekosongan. Inilah jawapan saya kepada ahli parlimen andartu tersebut dan kuncunya yang berada di tempat saya bekerja.

Bacul sungguh ultra kiasu. Mari berhadapan dengan saya jika ada ‘telur’. Tentukan masa dan tempat untuk kita berdebat. Tajuknya berkaitan hubungan etnik di Malaysia. Melalui debat itulah baru kita boleh mengetahui layak atau tidak saya mengajar subjek Hubungan Etnik, TITAS dan Kenegaraan Malaysia. 

Saya mempunyai ijazah pertama dalam bidang sains politik, sarjana pengajian strategi, PhD politik dan kerajaan serta diploma pengajian Islam. Adakah pensyarah yang mengajar kriminologi layak mengajar di jabatan strategi? Tetapi itulah yang berlaku. Maka, tidak mustahil pensyarah ultra kiasu ini memburuk-buruk negara apabila membentangkan kertas kerja di negara luar. Minta pihak tertentu cari bukti ini.  

Saya amat bimbang berapa ramai lagi pensyarah ultra kiasu yang mengajar subjek teras universiti meracun pemikiran pelajarnya dengan mengatakan negara ini bukan berasal daripada sistem kenegaraan Melayu. Begitu juga dengan sejarah Melayu Singapura. Sehingga ke hari ini umat Islam yang bersekolah dan bekerja dalam perkhidmatan awam di sana, tidak dibenarkan memakai tudung dalam tahahair sendiri. Inilah bahayanya apabila ultra kiasu memerintah negeri Melayu.

Saya hanya ketawa mendengar hujah ultra kiasu ini di parlimen. Ingatan saya, kalau sudah terlalu desperate, carilah suami. Mungkin orang PAS ada yang berminat andartu ultra kiasu itu, dengan syarat, masuklah Islam. Saya, jauh panggang dari api. Biar ‘busuk dalam seluar’ daripada ambil orang sebegini untuk dijadikan teman. Mereka ini adalah musuh yang amat merbahaya kepada agama, bangsa dan negara.

Satu lagi, saya cabar ultra kiasu itu, dedahkan nama, siapakah rakan sejawatan (pensyarah) dan pelajar yang menyampaikan maklumat ini kepada beliau. Jangan jadi penakut. Berani kerana benar, takut kerana salah. Jangan buat tuduhan melulu. Nanti makan diri.

Jika berani mari kita berhujah. Tewaskan hujah saya. Bukan hentam peribadi saya. Ini kerja orang tidak bertamadun.

Saya harap umat Islam membuka mata melihat telatah dan gelagat ultra kiasu. Kerja sebagai wakil rakyat tidak dibuat, tetapi lebih kepada melakukan spy dan mencari kelemahan orang lain. Bimbang nanti orang lain spy ultra kiasu pulak, sebagaimana yang telah berlaku kepada salah seorang exco andartu Selangor, yang merupakan rakan baik andartu tersebut.

Saya masih ingat, ketika andartu ultra kiasu pertama kali memegang jawatan exco negeri Selangor. Perkara pertama yang ingin diucapkan dan dilakukan adalah mewujudkan bandaraya Cina di negeri Selangor.

Kenapa parti ultra kiasu ini terlalu kecinaan, sedangkan mereka mendakwa, ia adalah parti berbilang kaum?

Kenapa ultra kiasu mahu menjadi lebih Cina daripada Cina di negara China, sedangkan mereka duduk di Alam Melayu Nusantara? Rakan saya dari negeri China menggeleng-gelengkan kepala apabila mendapat tahu ultra kiasu berperangai sebegini. Mereka pun tidak secina ini. Mahukan bandar Cina, sekolah Cina, kampung Cina, semuanya cina, cina, cina. Di mana pula identiti Melayu dalam sebuah negara berteraskan sistem kenegaraan Melayu?

Pendirian saya jelas sejak dahulu lagi. Sebarang percubaan untuk mencinakan negara bermaruah ini akan saya tentang, kerana setiap bangsa yang Allah jadikan, ada negara bangsanya sendiri. Lebih-lebih lagi jika mereka menentang Islam dan hukum Islam dalam negara Islam atau menjadi musuh Islam.
Kenyataan pucuk pimpinan mereka baru-baru menjelaskan segala-galanya. Mereka tidak mahu lihat ada parti politik atau pertubuhan berasaskan agama dan juga bangsa. Saya yakin ia ditujukan secara khusus kepada orang Islam dan agama Islam, terutama PAS.

Kenapa tidak tujukan kepada Majlis Perundingan Agama Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan Toaism serta banyak lagi pertubuhan Cina dan pertubuhan lain berasaskan kaum yang ditubuhkan secara rasmi melebihi 10,000 buah. Semua persatuan ini ditubuhkan semata-mata untuk mempertahankan hak bangsa mereka? Kenapa tidak pula pertikaikan sistem pendidikan atau sekolah-sekolah Cina dan Tamil? Kenapa sasarannya hanya kepada Islam?

Bangun, bangunlah umat Islam, terutama  rakan sekutu ultra kiasu iaitu PAS. Keluarlah daripada pakatan ini. Berbincanglah dengan UMNO demi masa depan Islam.

Islam tidak akan subur berkembang selagi PAS berkawan dengan ultra kiasu. Mereka ini jahat, musuh dalam selimut. Walaupun mereka berkempen dan membawa bendera PAS dalam PRK dan PRU, itu bukan bermakna mereka cenderung atau mahukan Islam.

Mereka hanya mahukan undi PAS untuk berkuasa di beberapa buah negeri. Selepas mereka dapat negeri tersebut seperti Pulau Pinang, adakah PAS diberikan keutamaan?

Saya ingatkan setelah sekian lama berkawan dengan PAS, mereka akan insaf dan nampak keindahan Islam. Ini tidak, semakin lama berkawan dengan PAS dan PKR, semakin kuat menentang Islam. Apakah kita masih buta?

Akhirnya, saya juga mohon kerajaan memantau pensyarah-pensyarah ultra kiasu yang berada di IPTA. Mereka makan gaji kerajaan, dalam diam-diam mereka yang paling kuat menentang kerajaan dan membocorkan rahsia kerajaan.

Jika saya mengajar secara melampau atau pembersihan etnik, orang yang mula-mula tampil ke hadapan adalah pelajar saya, bukan pensyarah tersebut, kerana beliau tidak pernah berada dalam kelas ketika saya mengajar.

Saya cabar ultra kiasu ini, buktikan segala pertuduhan itu. Saya bersedia menghadapinya. Pada masa sama, bacalah buku hubungan etnik. Dalam silibus tersebut, diceritakan asal usul etnik lain yang datang ke alam Melayu. Takkan nak terus mengajar negara ini sudah lama berbilang kaum tanpa ada sejarahnya. Jika tidak tahu bertanya kepada yang pakar. Jangan jadi bebal.

Dalam silibus Hubungan Etnik juga mengajar kita memahami perlembagaan dan unsur-unsur tradisinya iaitu kedudukan Melayu dan bumiputera, bahasa Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu. Takkan nak suruh saya mengajar asal-usul bahasa Cina dan raja China di alam Melayu. Mana ada. 

Pendek kata, ultra kiasu selalu mahu memutar belitkan sejarah. Mereka mendesak kerajaan supaya mengkaji semula subjek sejarah. Mereka hanya mahukan sumbangan datuk nenek moyang mereka sahaja di ketengahkan. Sumbangan Melayu yang lebih menonjolkan dalam menegakkan kemerdekaan mahu didiamkan. Inilah bahayanya golongan ultra kiasu kepada pembinaan negara bangsa.  

Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Penganalisis Politik

Jawapan seterusnya pada minggu hadapan Isnin, 18 Nov 2013 Sinar Harian