(Sinar Harian 11 Nov 2013)
Keputusan
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sg Limau Kedah telahpun diketahui, Isnin minggu
lalu. Kemenangan berpihak kepada PAS. Apapun alasan atau post mortem yang diberikan,
menang tetap menang, kalah tetap kalah walaupun dengan kelebihan atau
kekurangan satu undi. Kali ini PAS mengekalkan kerusi DUN Sg Limau dengan
majoriti 1084 undi. Merosot sedikit berbanding PRU 13.
Pada
saya, ia merupakan kemenangan besar PAS walaupun ada yang mendakwa UMNO menang
dalam kalah, undi Cina meningkat dan berbagai alasan lagi. UMNO kena terima
hakikat bahawa ini PRK bukan PRU. Buatlah muhasabah diri segera sebelum kalah
lebih teruk dalam PRU 14 akan datang.
Jangan
terlalu memikirkan undi Cina atau lain-lain bangsa meningkat atau tidak. Cari
jalan bagaimana untuk berbaik-baik dengan PAS. UMNO BN tidak mungkin akan
mendapat majoriti dua pertiga lagi, tanpa sokongan PAS dalam PRU 14 akan datang.
Jika menangpun, kerusi yang bakal dimenangi, tidak akan banyak bezanya dengan
PRU 12 dan PRU 13. Lebih membimbangkan jika keputusannya semakin merosot dan
akhirnya terus kalah.
Perkara
ini tidak mustahil berlaku, kerana orang Cina telah bulat pemikiran dalam tindakan mereka, menyokong parti ultra kiasu.
Saya orang Cina, saya tahu apa yang berlaku.
UMNO
tidak sepatutnya terus menerus bertanding setiap kali berlaku PRK atau
kekosongan kerusi PAS. Tidakkah boleh UMNO memberikan kemenangan percuma kepada
PAS, jika dirasakan sesuatu kawasan pilihan raya itu sukar untuk ‘dimakan’.
Dalam kes DUN SG Limau, PAS bukannya boleh memerintah jika berjaya mengekalkan
kerusi tersebut.
Tidak
salah jika UMNO mengambil keputusan tidak bertanding dan memberikan kemenangan
percuma kepada PAS. Itu lebih baik sebagai langkah awal untuk menghulur tangan
salam persaudaraan dan perpaduan. Biduk lalu, kiambang bertaut.
Saya
amat yakin jika UMNO berkata: “atas dasar persaudaraan, UMNO tidak akan
bertanding menentang PAS pada PRK DUN Sg Limau kali ini”. Implikasinya besar.
Mungkin ada kalangan kita yang pesimis dengan pendapat saya ini. Tidak mengapa,
kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Niat saya satu, saya hanya mahu
lihat umat Islam kembali kuat. Kami sudah bosan dengan percaturan kedua-dua
parti politik yang merugikan Islam ini. Apakah parti politik alternatif perlu
ditubuhkan seperti yang dicadangkan minggu lalu?
Contoh
lain, UMNO tidak payah bersusah-payah untuk merebut kembali negeri Kelantan
dari tangan PAS. Biarkan PAS memerintah sampai bila-bila sehingga rakyat mereka
sendiri mahukan perubahan. Lagipun, selama berada di tangan PAS, saya tidak nampak
apa-apa kerugian kepada Islam dan UMNO. Pi mai pi mai, di bawah PAS ke, atau UMNO
ke, kedua-duanya tetap Islam dan bersaudara.
Sejujurnya,
Islam lebih terpelihara di Kelantan di bawah PAS berbanding UMNO dahulu.
Lagipun, sehingga kini, belum ada wakil rakyat PAS disabitkan dengan rasuah
walaupun ada pertuduhan penyelewengan telah dibuat.
Jika
ada pun berlaku, itu perkara biasa, PAS bukannya malaikat walaupun menggunakan
slogan membangun bersama Islam.
Ingatlah
wahai UMNO dan PAS, busuk-busukpun kita, kita tetap umat Islam, ibarat
carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Berbanding dengan kafir harbi
yang terang-terang menolak dan menentang Islam. Apatah lagi dengan kenyataan
terbaharu pemimpinnya yang mahu mengharamkan parti dan pertubuhan Islam. Mereka
langsung tidak ada hormat terhadap asal-usul negara ini dan sistem pemerintahan
beraja Islam.
Cuba
kita buat perhitungan berapa banyak wang mengalir setiap kali PRK dan PRU,
hanya kerana berlawan sesama sendiri. Jika kita berhabis berlawan dengan musuh,
dan kafir harbi tidak mengapa juga. Ini tidak, kita berhabis, bermusuh sesama
sendiri, orang yang seagama dan sebangsa, hanya kerana perbezaan pandangan
terhadap konsep dan perlaksanaan negara Islam.
Bayangkan
jika duit kempen tersebut kita gunakan untuk membantu fakir miskin dan mereka
yang memerlukan atau membiayai apa-apa juga projek-projek pembangunan yang
diperlukan segera seperti di Sabah dan Sarawak.
Pada
saya, kempen-kempen pertandingan dalam PRU dan PRK di kawasan yang pasti kalah,
tidak banyak membawa kebaikan. Ia lebih memburukkan keadaan. Kita saling kutuk-mengutuk
dan fitnah-menfitnah. Hati-hati semakin sakit.
Kenapa
jadi lagu tu! Kenapa tidak terlintas dalam kepala kita akan kepentingan umat
secara keseluruhan. Saya tidak merujuk kepada UMNO semata-matanya, juga kepada
PAS. PAS tidak perlu bertanding di kawasan kubu kuat UMNO. Sama seperti MCA
tidak perlu bertanding kawasan bandar majoriti Cina ultra kiasu. Sampai kiamatpun
MCA tidak akan menang melawan ultra
kiasu kafir harbi ini. Misalnya, kerusi Seputih, Bukit Bintang, Kepong dan
sebagainya. Majoritinya ibarat langit dengan bumi. Undi MCA itu kebanyakan
hanya datang dari Melayu. Sebab itu MCA jangan perasan dia kuat.
Pertandingan
dalam PRK dan PRU di kawasan yakin kalah adalah suatu pembaziran yang amat
nyata. Pembaziran adalah sahabat syaitan. Ini tidak termasuk jentera dan tenaga
yang terbuang begitu sahaja.
Jika
benar-benar nak merancang dan berstrategi, fikirkan bagaimana nak mendapatkan
semula negeri Pulau Pinang, milik Kerajaan Negeri Kedah mengikut sejarah suatu
ketika dahulu dari tangan ultra kiasu.
Kadang-kadang
hati naik geram juga, wajarkah kita memperuntukkan sebanyak RM2.25 juta untuk 4
buah SJKC di DUN Sg Limau yang penduduknya lebih kurang 1000 orang sahaja? Saya
sendiri telah mengetuai PIBG di beberapa sekolah, selama 15 tahun, nak dapat
RM10 ribu setahunpun bagai nak mampus, orang kampung kata. Ini senang-senang
sahaja kita taburkan di SJKC.
Kadangkala
terfikir juga, elok juga kerajaan hari ini tidak dapat majoriti dua pertiga, supaya
ada check and balance.
25 comments:
najib ke muhyidin ke sama je dua2sengal.....gila undi cina
Saya tidak setuju dengan pendapat RT kali ini - saya fikir, tanding mesti tanding, walau pun saya setuju UMNO sepatutnya jangan terlalu memikirkan undi Cina sehingga mengumpan macam macam.
Yang paling saya tak setuju ia lah umpan wang Ringgit kapada sekolah Cina.
Perkara mencari jalan bagaimana untuk berbaik-baik dengan PAS boleh dan mesti di lakukan dalam masa yang sama. Asalkan masa bertanding tidak keterlaluan hingga bergaduh, memaki hamun. Pada umumnya, saya rasa kelakuan kedua dua belah pihak di Sg Limau kadar sederhana, ok lah.
Jika PAS tak sanggup berkerja sama dengan UMNO, saya fikir tidak dapat majoriti 2/3 pun tak mengapa. Asalkan UMNO/BN menang dengan majoriti yang "comfortable". Saperti PRU13.
Ha nya UMNO perlu ambil hati kaum Melayu yang memberi 88 kerusi dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang beri lk 30 kerusi di PRU13.
Hebatkan DEB, melalui BEE (Bumipuera Economic Empowerment) dsbnya. Perangi politik wang dalam UMNO, tentukan ada pemimpin yang kuat berjiwa dan bersemangat Melayu, rancangkan penyerapan sekolah Cina ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan.
Salam , saya amat bersetuju dengan cadangan saudara RT.Sepatutnya dielakan pembaziran disamping memberi janji2 yang melampaui amalan biasa hanya untuk meraih undi.Jelasnya, umpan tidak menjadi, UMNO masih kalah dan sudah tahu dari awal akan kalah
Cuma , biasalah amalan UMNO, berusaha melawan fitrah untuk mengekalkan kuasa sedangkan belum ada dalamsejarah mana2 negara, satu parti kekal memerintah sampai bila-bila
Saya juga amat bersetuju supaya, bukan sahaja kelantan, malahan , negeri seperti Trengganu dan Perlis yang majoriti pendudok Islamnya melebihi 90%,pucuk pemerintahan diberikan pada Pas sebagai salah satu usaha kearah berkerjasama diantara PAS dan UMNO.
Untuk memperkasakan orang Melayu Islam, bukanlah dengan hebatkan DEB , kerana kemajuan material akan merosakkan lagi integriti orang2 Melayu Islam tetapi sebaiknya adalah dengan mengukuhkan aqidah mereka. Hanya kehebatan iman dan taqwa yang akan dapat mempertabatkan semula Melayu Islam....
Hanya sebagai satu pandangan peribadi dengan izin dan ketentuan Allah ...wallahu'allam
Salam , saya amat bersetuju dengan cadangan saudara RT.Sepatutnya dielakan pembaziran disamping memberi janji2 yang melampaui amalan biasa hanya untuk meraih undi.Jelasnya, umpan tidak menjadi, UMNO masih kalah dan sudah tahu dari awal akan kalah
Cuma , biasalah amalan UMNO, berusaha melawan fitrah untuk mengekalkan kuasa sedangkan belum ada dalamsejarah mana2 negara, satu parti kekal memerintah sampai bila-bila
Saya juga amat bersetuju supaya, bukan sahaja kelantan, malahan , negeri seperti Trengganu dan Perlis yang majoriti pendudok Islamnya melebihi 90%,pucuk pemerintahan diberikan pada Pas sebagai salah satu usaha kearah berkerjasama diantara PAS dan UMNO.
Untuk memperkasakan orang Melayu Islam, bukanlah dengan hebatkan DEB , kerana kemajuan material akan merosakkan lagi integriti orang2 Melayu Islam tetapi sebaiknya adalah dengan mengukuhkan aqidah mereka. Hanya kehebatan iman dan taqwa yang akan dapat mempertabatkan semula Melayu Islam....
Hanya sebagai satu pandangan peribadi dengan izin dan ketentuan Allah ...wallahu'allam
Salam , saya amat bersetuju dengan cadangan saudara RT.Sepatutnya dielakan pembaziran disamping memberi janji2 yang melampaui amalan biasa hanya untuk meraih undi.Jelasnya, umpan tidak menjadi, UMNO masih kalah dan sudah tahu dari awal akan kalah
Cuma , biasalah amalan UMNO, berusaha melawan fitrah untuk mengekalkan kuasa sedangkan belum ada dalamsejarah mana2 negara, satu parti kekal memerintah sampai bila-bila
Saya juga amat bersetuju supaya, bukan sahaja kelantan, malahan , negeri seperti Trengganu dan Perlis yang majoriti pendudok Islamnya melebihi 90%,pucuk pemerintahan diberikan pada Pas sebagai salah satu usaha kearah berkerjasama diantara PAS dan UMNO.
Untuk memperkasakan orang Melayu Islam, bukanlah dengan hebatkan DEB , kerana kemajuan material akan merosakkan lagi integriti orang2 Melayu Islam tetapi sebaiknya adalah dengan mengukuhkan aqidah mereka. Hanya kehebatan iman dan taqwa yang akan dapat mempertabatkan semula Melayu Islam....
Hanya sebagai satu pandangan peribadi dengan izin dan ketentuan Allah ...wallahu'allam
Saya bersetuju dengan pendapat Saudara Ridhuan Tee. Pilihanraya kecil yang sepatutnya dijalankan dalam suasana persaudaraan telah dicemari dengan adegan tumbuk dan penghinaan(gantung kaki). Kalau beginilah keadaannya, UMNO perlu bijak untuk beri saja kerusi itu kepada PAS atas semangat persaudaraan Melayu Islam..tak luak pun kerusi UMNO. Duit tak habis, persaudaraan pun semakin rapat dan yang penting orang PAS mungkin terbuka hatinya untuk bersalam dengan UMNO.
Saya mempunyai pendapat yang sama dengan Dr. Riduan mengenai PRK Sg.Limau.
as salam..sye setuju dgn pdgn dr..knp kita nk sibuk amik alih kelantan sdgkan diorg mmg mentah2 tolak bn..berjimatlah..janji2 yg ditabur ptt diberi kpd mrk yg memrlukan..x kira la di sg limau kita dh meningkat ke tak..klh ttp klh..ptt kerajaan lebih utamakan pembangunan di sbh n swk..sbb mrk yg byk membantu..adekah klh di sg limau memberi kesan pd bn di kedah..x pun..lg satu...dlm era plotik yg getir..tak yah pemimpin umno berpuak2 ..perjuangkan islam n melayu...seikhlasnye..jjgn asyik sibuk dgn cina yg terang2 nk hancurkan islam...bangkitlah..jika saudara ridhuan tee x jemu2 memperjuang islam n melayu...x malu kah kita yg mmg melayu n islam..hnye diam spt tunggul mati...??
Salam, mana mungkin BN/UMNO walkover. Malu la buat macam ni. Macamana nak buat duit kalu game over awal2. PRU dan PRK ni pun bisnes sampingan untuk mereka yang terlibat.
Perkara ini tidak mustahil berlaku, kerana orang Cina telah bulat pemikiran dalam tindakan mereka, menyokong parti ultra kiasu. Saya orang Cina, saya tahu apa yang berlaku. (Ridhuan Tee)
Saya seorang melayu tetapi " berkepala " cina. Jasad melayu tapi otak cina. Maka sebab itu bila saya bercakap fasal bantuan Umno kepada sekolah cina semasa PRK Sungai Limau, saya menjangkakan setidak2nya 80% cina akan undi BN dan saya jangkakan Umno akan menang kerana undi cina. Tetapi rupa2nya jangkaan saya meleset, cina Sungai Limau cerdik, mereka lebih cerdik daripada saya, mereka play safe, tak sokong BN dan tak sokong Pas dengan cara mereka tidak keluar mengundi pada hari pembuangan undi 4 Nov 2013. Maka Umno tak boleh marah mereka, Pas juga tak boleh nak berdendam mereka. Mungkin lah sebagai nak jaga hati Umno maka 30% cina ada keluar membuang undi pada hari tersebut (seperti didedahkan oleh calon Umno yang kalah selepas PRK), tapi parti mana yang mereka undi tak siapa yang tahu.
Kalau pengundi cina anda kata telah membulat tekad untuk memilih DAP. Saya setuju dan saya nampak. Tetapi adakah para pemimpin Umno nampak ? Rasanya tidak. Kalau mereka nampak tak ada lah mereka duk perasan bahawa pengundi cina akan kembali menyokong BN jika diberi cukup2 (RM). Saya nak beritahu pemimpin Umno (orang No 1 dan No 2) bahawa ORANG CINA BUKAN SENGKEK MACAM ORANG MELAYU, ORANG CINA BUKAN LAPAR DUIT MACAM ORANG MELAYU, ORANG CINA TAK MUDAH DIBELI DENGAN DUIT MACAM ORANG MELAYU. Kalau pemimpin Umno boleh menerima ini sebagai kenyataan dan fakta, maka impian mereka untuk melihat cina kembali kepada BN seperti sebelum PRU12 TAK LEBIH MACAM ANGAN2 MAT JENIN SAHAJA.
Dah kena tipu dengan pengundi cina masa PRU 13, masih tak cukup kao lagi kah ????? Mahu lagi kao kah ???
Fakta BAHAWA ORANG CINA TIDAK SENGKEK. Rasuah, siapa yang HULOR dan siapa yang TERIMA ? Yang tak makan rasuah memang tak reti nak jawab, tetapi yang kaya dan senang lenang kerana makan rasuah ... pejam mata pun boleh jawab.
Ana Muslimah
Bernarkah Melayu Mahu Umno-Pas Bersatu ?
Saya mulai meragui. Saya mahu dan Ridhuan Tee mahu Umno-Pas bersatu. Tetapi kebanyakkan melayu tak mahu.
Buktinya bahawa melayu tidak mahu Umno-Pas bersatu. Ini Fakta.
PRK Kuala Besut di Trengganu adalah PRK yang pertama selepas PRU 13. Keputusannya Pas kalah, dan Umno menang. Jika melayu Trengganu sesungguhnya bertekad nak tengok Umno-Pas bersatu, Kuala Besut adalah peluang terbaik anugerah Allah. DUN Trengganu, Umno 17 dan Pas 15. Kalau Pas menang semasa PRK Kuala Besut maka jadi lah ia 16-16. Maka akan terbentuklah kerajaan perpaduan Umno-Pas.
Apa nak buat. Melayu tetap melayu. Melayu dicipta Allah untuk hidup berpecah belah selagi ada bulan dan matahari. Maka menerima lah saya akan kejadian Allah itu dengan penoh keredhoaan.
Kadang2 terlintas dihati kecil. Melayu dalam islam pun tetap mereka berpecah belah. Kalau semua melayu masuk kristian pun mereka akan pecah belah juga. Jika semua melayu masuk hindu pun serupa. Jika semua melayu masuk buddha pun mereka tetap tak suka kepada perpaduan. Kerana telah ditakdirkan oleh Allah bahawa MELAYU AKAN TERUS MELAYU DAN MELAYU DAN MELAYU SEHINGGA MEREKA SUDAH BETUL2 LAYU DAN TAK BERGUNA LAGI.
Ana Muslimah
Tuah Cina
Cina tak ramai. Tapi cina adalah penentu sama ada Pas menang atau Umno menang. Pas nak menang tapi dia sengkek, tak mampu nak tabur RM. Umno nak menang dan dia banyak RM, maka cina lah yang diharap untuk memenangkan dia.
Orang2 cina yang menjadi pengundi di kawasan melayu moriti, berdoalah kepada tuhan supaya adalah lagi PRK selepas ini. Ada PRK maka akan turun lah RM dari langit umpama daun getah gugur dimusim kemarau.
Ana Muslimah
Ana Muslimah,
Tak setuju "Umno tak boleh marah mereka, Pas juga tak boleh nak berdendam mereka" yang "play safe", tak undi sana tak undi sini. Mereka perdayakan Melayu, sebab UMNO Melayu dan PAS pun Melayu.
Sudah ramai sekarang mengata, salepas tsunami Cina, apa pun boleh jadi. Ramai yang kata jangan pedulikan Cina lagi. Ramai yang kata serapkan saja sekolah Cina ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan. Ramai yang bertepuk tangan RM30 billion Bumiputera Economic Empowerment.
Ramai yang kata, siapa yang nampak saja tak hormatkan Perlembagaan, boleh di halau. Ramai yang dah mengalau keluar. Termasuk orang orang kenamaan yang gunakan perkataan "Berhijrah lah" atau "Migrate".
PAS lebih bijak daripada UMNO tidak main tentang kalimah Allah. Jasa daripada PAS jadi Allah bagi kemenangan pilihan raya di Sg Limau. Taniah !!!
2:57 PM, November 13, 2013,
Sedar lah kamu bahawa yang "main" kalimah Allah itu mula nya ia lah DAP Lim Guan Eng. Kristian apa yang di namakan Evangelical, yang nama Kristiannya ia lah Joseph, tapi segan nak gunkan, takut "tak politik", sebab ramai yang lepasan sekolah Cina tak tahu pun apa itu Kristian. Ada yang gunakan nama Peter, Michael, Wendy, Teresa itu ha nya ikut sahaja "fad" bahru, eja Teresa secara Inggeris (Theresa) pun tak reti.
DAP Jeff Ooi adakan perjumpaan di suatu hotel di Penang dengan padri padri Sabah & Sarawak, usulkan Kristian jadi satu dari agama resmi di negara ini. Mana boleh. Tak kesah sama ada penganut nya hanya 7% sahaja i Malaysia, apa hal pun tak boleh. Perkara 3 dalam Perlembagaan nyata - "Islam ada lah agama Persekutuan (negara ini)".
Selari dengan tujuan itu, DAP bantah tindakan Kerajaan terhadap risalah Christian Herald menggunakan kalimah Allah. Apa yang di sebut dek politikus di Sg Limau itu ha nya ekoran dari bantahan DAP lama dahulu.
Apa pulak "Jasa daripada PAS jadi Allah bagi kemenangan pilihan raya di Sg Limau"? Itu pun kamu nak harapkan bantuan Allah ke? Kan Sg Limau i kenali sebagai kubu PAS di menangi oleh Azizan beberapa penggal? Tarak baca fasal tu ke?
Ana Muslimah
2:51 PM, November 12, 2013,
Saya fikir perpechan Melayu atau tidak bersatunya Melayu sebab sebab nya tidak lah begitu mudah di perkatakan. Ada berbagai unsur politik, cara memikir antara Melayu, pendirian terhadap agama antara Melayu, dll.
Kita perlu sedari bahawa bangsa lain pun amat berpecah belah. Lihat sahaja DAP, MCA, Gerakan. Bukan sahaja antara parti parti tersebut, tetapi juga di dalam tiap parti itu. Permusuhan sengit, saperti di MCA sekarang. DAP pun begitu - Lim Guan Eng telah arahkan Setiausaha Penggendali DAP, Anthony Loke, mulakan usaha usaha mencari ahli ahli yang "memakai Rocket badge tapi berjiwa BN". Isu pemilihan Jawatan Kuasa Pusat mereka tak habis habis di ungkit dan di songket ahli ahli.
Lihat sahaja agama Kristian. Berpecah belah kapada demikian banyak mazhab dan suku mazhab. Mazhab Protestan sahaja ada lk 200 mazhab kecil. Maka keluar pulak puak Evangelical. Merecup tumbuh di Amerika dll. Menjangkit di Malaysia dalam 1-2 dekad yang lalu. Hinggakan ada gereja Evangelical yang di ketuai oleh seorang padri jenis Anwar Al Juburi - main belakang. Dia pulak banggakan keadaan homoseksual dia itu. Umumkan dia pergi ke US nak kahwin sama jantina dengan teman lelakinya di New York. Astagfirullah.
Begitu berpecah belah agama Kristian hingga Pope Katholik di Vatican, Rome, meletak jawatan tak lama dahulu, sebab nya di beri dengan kata kata halus yang bermakna dia kechewa tak dapat nak kawal perpecahan dan keceramukan di kalangan penganut penganut Kristian.
Benar, Melayu berpecah belah, tapi bangsa dan kaum lain pun serupa. Mari lah kita teruskan merayu dan memujuk supaya Melayu PAS dan Melayu UMNO dapat bersatu, atau sekurang kurangnya berkerja sama mempertahankan hak hak dan memajukan kepentingan Melayu dan Islam.
Muhyidin sampai sekarang malu nak balik Malaysia. Dia pi makan angin atas belanja kerajaan di luar negara.
Memang sah, Umno kalah di PRK Sungai Limau ... isu Muhyidin bantu cina adalah penyebabnya.
Padan muka Umno. Syabash melayu kerana berani " ajar Umno ". Kalau ada lagi PRK, dan kalau Umno buat benda yang serupa lagi, kita " ajar Umno " lagi.
Jadikan diri anda sebagai pengundi melayu yang bijak, yang cerdik dan yang berani. Kalau pada PRU13, telah terjadi Tsunami Cina, maka kita jadikan Tsunami Melayu dalam setiap PRK sebagai tanda amaran kepada Umno sebelum datang PRU 14.
Mamat 1:41 PM,
Kata bodoh, kau marah. Tapi kau tak sedar ke Sg Limau kubu PAS, beberapa penggal Azizan pegang sebagai ADUNnya.
Dan kau tak nampak ke? Majoriti undi PAS dah di kurangkan dek BN kali ini.
Kau nak marah, marah lah. Aku nak kata kau bodoh. Buktinya macam aku kata tu. Dab aku kata gitu sebab kau mengata BN macam macam, busuk niat hati kau.
Kena sebiji, amacam? Ada hujah hujah, ada penerangan tau, bukan main tuduh liar macam korang buat aje.
Wahai Dr Ridhuan Tee,
Janganlah kamu berbicarakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan mereka yang beriman.
Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu.
Ingat, "orang-orang kafir" sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan "mereka" tidak menggunakan akal fikiran "mereka"!
Dr Ridhuan Tee,
Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada RasulNya.
Jagalah sahaja diri kamu dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah.
Pada hakikatnya, orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk selagi kamu sentiasa taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya.
Dr Ridhuan Tee perlu ingat bahawa Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Allah jualah yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Rujukan : Surah Al-Maidah
Nama salafus shaleh...perangai macam musailamah al-kazab!! Org macam kau harus disula dan dicampak dlm najis khinzir. Itu lah tempat yg paling sesuei utk kau! Aku rada yg xsedar diri tu adalah kau sendiri. Yg tak waras dan otak macam babi tu adalah kau. Ilmu cetek nak mengajar prof ridhuan berenang lak. Why not ki cuci dulu otak babi kau tu dulu..bru mai sini. BaHALOL!! Sedap tak rasa kena maki!
Zakar itu tidak bersalah.
Malah menyebut kalimat faraj juga tidak berdosa.
Apakah kita menjadi bejat kalau menyebut satu anggota yang Allah jadikan di badan kita? Malah kalau ada orang yang memanggilnya sebagai “Tidak punya nama”, itu pun tanpa dia sedari bahawa dia telah menamakan alat tersebut. Berdosakah dia?
Justeru yang menjadi bejat ialah kalau kita menggunakan nama alat itu sebagai carutan.
Kebiadapannya kerana kita mengimani bahwa zakar dan faraj adalah alatan sulit yang harus disorok dari pandangan umum, dan mungkin juga alat tersebut sebagai pintu keluarnya najis yang berkubang didalam perut kita, lalu kita memanggil orang lain dengan alat tersebut. Ini yang bejatnya.
Malah kalau kita menggunakan alat lain sebagai niat untuk mencarut, kebejatannya tetap ada tetapi sedikit ringan dari menyebut zakar, faraj atau nama lain bagi mereka berdua. Seperti menyebut mangkuk, atau kerusi, atau bahalol dan bodoh. Manusia yang ditancapkan kalimat itu tetap terasa dan yang mengucapkannya pula akan tetap mendapat dosa.
Kerana itu bila ditanyakan kepada para agamawan tentang hukum menyebut zakar, atau faraj, mereka mengatakan hal itu tidak apa-apa, kerana dalam pengajian ilmu fiqh kalimat tersebut harus diucapkan.
Namum, bila diucapkan kalimat itu, si ustaz akan terasa malu sendirian. Ini fitrah manusia.
Tetapi menurut para agamawan lagi, hukum mencarut, apakah dengan kalimat zakar atau faraj, atau dengan nama yang lain-lain, tetap haram dan berdosa.
Kerana carutan itu dilarang dalam agama dan juga budaya.
Pembangkang DAP
Saya cukup tak setuju kita ambil yang buruk yang ada pada pihak lain untuk dibandingkan dengan yang buruk yang ada pada kita.
Adakah kalau orang kristian berpecah maka orang islam berpecah pun kira okay lah tu. Adakah kalau bangsa lain mundur dan ketinggalan maka kalau melayu mundur juga kira okay lah tu.
Kalau kita nak maju nak berjaya, bandingkan sesuatu yang baik yang ada pada pihak yang kita nak jadikan contoh.
Jangan ambil yang buruk2, tak ada makna.
Ana Muslimah
Orang Islam haruslah dihormati kecuali orang islam itu sendiri telah mencabuli kehormatannya enggan melanggar perintah Allah dan Rasulnya. Menjatuhkan kehormatan orang lain dengan kejian, cacian, celaan dan kutukan adalah dilarang keras oleh agama.
Firman Allah swt, Ertinya; "Dan orang-orang yang ,menyakiti orang-orang mukmin tanpa sesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata".
- (Al-Ahzab: 58)
Mengutuk orang mukmin tanpa alasan yang hak adalah satu dosa besar. Sabda Nabi saw, yang bermaksud: "Mengutuk orang mukmin itu sepertilah membunuhnya"
- (AR Al Bukhari)
"Mencerca orang mukmin itu adalah fasik dan membunuhnya adalah kafir"
( Hadis Muttafaq 'Alaih)
bagus pandangan ustaz RT kali ini. sepatutnya begitu la. tiada pertandingan bg kawasan islam. tapi pemimpin UMNO bodoh buta tuli. nak sgt undi cina. eloknya artikel ni biar najib dan mahyudin baca.
Yeah whatever bastard copycat! Fuck you and all of your fucking motherfucker ancestors! Kiasu my ass! Come here and i will teach better vocabulary to you motherfucker!
Post a Comment