Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, November 04, 2013

Mana ‘telur’ kita?

8:28 AM Posted by RIDHUAN TEE 40 comments


(Sinar Harian 4 Nov 2013)

Sampai bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh Islam yang kita kenali? Mana ‘telur’ kita? Apakah kita sudah tidak ada ‘telur’ lagi disebabkan oleh kepentingan politik menutupi segala-galanya? Jika ahli politik sudah tidak ada ‘telur’, mohon Raja-Raja Melayu masuk campur tangan. Jika tidak, kita akan menyesal kemudian hari. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang

Kita terus melukut di tepi gantang. UMNO dan PAS sudah tidak boleh diharap. PKR kita tolak ketepi. Tidak ada menteri yang bercakap atau bangun mempertahankan soal penghinaan terhadap korban atau sembelihan di sekolah. Banyak lagi isu lain yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang jelas-jelas termaktub dalam perlembagaan sebagai agama persekutuan, dihina dan dikeji? Apa kita buat? Kami sebagai rakyat, amat sedih, hiba dan sakit hati, bercampur geram. Kenapa kita begitu dayus? Inikah sifat seorang negarawan? Kita terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris.

Apakah memang benar sembelihan kurban dan mempertahankan kalimah Allah itu satu kesalahan? Katakan! Jangan membisu seribu bahasa. Berdosa. Sekadar ahli parlimen bercakap, masih tidak kuat. Apapun saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya YB Shahbudin Yahya, MP Tasek Gelugor.

Saya pelik, dekat pilihan raya sahaja sama ada umum (PRU) atau kecil (PRK), kita menjadi kecut. Kita tidak berani memberi komen penghinaan yang dilakukan. Malah kita beri apa yang mereka minta sebanyak-banyak. Nak kata mereka mengundi kita, tidak juga.

Saya amat bimbang dengan desakan cuti dua hari untuk perayaan minoriti diluluskan, sedangkan perayaan besar agama persekutuan seperti Hari Raya Kurban hanya diberikan satu hari sahaja. Bayangkan selepas ini, bangsa-bangsa minoriti pribumi Sabah Sarawak, yang mana mereka lebih berhak, turut menuntut cuti dan cuti tambahan hari kebesaran dan perayaan mereka. Maka berpestalah kita dengan cuti sepanjang tahun. Cuti-cuti Malaysia katanya. Ingatan saya, jangan jadi seperti bangsa Maori di New Zealand. Pribumi Maori merempat di tanahair sendiri, bila orang lain menguasai.

Penting sangatlah kerusi DUN Sg Limau sehingga kita sanggup serahkan segalanya. Jika UMNO tidak memenangi DUN Sg Limaupun, UMNO masih memerintah negeri Kedah. Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang. Sakit hati melihatnya. Saya tidak bantah peruntukan lebih RM2 juta diberikan kepada SJKC di Sg Limau.

Saya difahamkan peruntukan tersebut datang daripada wang cukai judi, arak dan sebagainya yang diharamkan dalam Islam. Tetapi itu bukan bermakna, wang tersebut hanya disalurkan ke situ sahaja. Masih ada tempat lain yang boleh disalurkan untuk kegunaan awam, walaupun sumber haram, seperti membina jambatan di Sabah Sarawak dan banyak lagi. SJKC sudah kaya raya di seluruh negara dengan kekuatan dan perpaduan NGO-NGO mereka. Tanya Dong Zong dan Jiao Zong. Buatlah audit.

Begitu juga dengan PAS. Jangan kerana marahkan UMNO dan kini sudah tidur sebilik dengan DAP dan PKR, kita turut menjadi penakut. Bersuaralah. Ini tidak, sikit sangat suaranya dalam isu sembelihan korban dan isu yang menyentuh maruah Islam. Isu kalimah Allah, janganlah cerita. Kepemimpinan pusat tidak membantah apa-apa, kecuali Harun Taib dan Harun Din. Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya memimpin PAS, bukan yang lain.

Saya sudah ulas isu kalimah Allah dalam tulisan yang lalu, tidak perlu diulang. Kalimah ini boleh digunakan mereka, jika tidak ada niat jahat. Tetapi saya tahu perancangan mereka, sebab dahulunya saya tidak bersunat. Saya pernah menjadi Kristian buat seketika.

Ingatan kepada PAS dan UMNO, jangan kerana dendam dan sudah mendapat kawan baharu, kita menjadi dayus seolah-olah tidak ada ‘telur’. Rakyat sudah bosan dengan permainan kedua-dua parti politik Melayu ini. Jika kedua parti politik tidak mengorak langkah untuk berbincang dan tegas pendirian berkaitan Islam, maka kerelevanan dipertikaikan.

Saya setuju dengan cadangan sudah sampai masa sebuah parti politik ditubuhkan menggantikan UMNO dan PAS sebagai alternatif kepada umat Islam, yang sedang hangat diperkatakan dalam laman sosial seperti face book hari ini.

Justeru, sudah sampai masanya sebuah parti politik baharu diwujudkan. Bukan menjenamakan semula parti BERJASA. Tetapi menubuhkan sebuah parti politik baharu. Saya yakin sambutannya menggalakkan.

Apa perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu). Antaranya adalah ISMA, PERKASA, JATI, MUAFAKAT, MACMA, ACCIN dan lain-lain lagi. Saya harap ia boleh dijadikan suatu realiti.

Kepemimpinan hari ini perlu ingat, bahawa kemenangan PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO-NGO ini. Mereka bertungkus-lumus memastikan Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh DAP dan PKR tidak memerintah. Jika PAS yang memerintah, masih sedap hati ini. Ini tidak, PAS hanya berjaya mempertahankan Kelantan. Negeri lain, PAS seolah-olah melukut ditepi gantang. DAP dan PKR tidak mempercayai PAS.

Agenda Islam dan negara Islam ditentang habis-habisan. Dakwaan PAS bahawa DAP sudah lembut terhadap Islam, bersama-sama menggantung dan mengibarkan bendera PAS ketika pilihan raya, hanya lakonan palsu semata-mata.

Saya sudah lama menyarankan UMNO dan PAS berbincang demi masa depan Islam, tetapi PAS menolak mentah-mentah. Hujahnya mudah, UMNO tidak mahu Islam. PAS sanggup bersekongkolkan penentang Islam dari orang Islam sendiri. Makin kuat PAS mendekati DAP dan PKR, makin kuat mereka menentang Islam. Apakah ini bermakna mereka sudah lembut? Mereka tidak lembut. Lembutnya mereka untuk mempergunakan PAS.

Jika begitulah keadaannya, semua parti politik Islam Melayu sudah tidak ada ‘telur’, maka sudah sampai masanya sebuah parti Islam yang berani mempertahankan Islam (Melayu) ditubuhkan. Marilah sama-sama kita merealisasikannya. Kita perlukan parti politik yang benar-benar ada ‘telur’.

40 comments:

Anonymous said...

Saudara Ridhuan Tee

Petanyaan " Mana Telur Kita ". Maka saya pun meraba lah dicelah kelangkang saya, masih ada, tak kurang dan tak lebih, 2 biji dari lahir kekal sampai ke hari ini, cumanya dulu telur itu cekang dan sekarang sudah kecut dan kendur.

Najib ada telur 2 biji. Muhyidin juga ada dua biji. Nik Aziz juga ada 2 butir. Hadi Awang juga 2 telur. Tetapi telr mereka dah kecut, dah lisut, dah kendur ... tak cekang macam dulu2 lagi dah.

Karpal Singh dan Lim Kit Siang walau pun dah tua tetapi telur mereka masih cekang. Lim Guan Eng tak usah cakap lah. Sedangkan dulu2 telur mereka kecut dan lisut.

Rengkasnya yang saya ak kata adalah :

Umno dulu tak sama dengan Umno sekarang. Umno sekarang adalah Umno yang takut kepada pengundi cina. PRK Sungai Limau sebagai bukti betapa Umno takut kepada pengundi cina.

Pas dulu tak sama dengan Pas sekarang. Pas dulu mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan bukan islam. Pas hari ini bukan setakat bekerjasama dengan bukan islam malah sanggup berkongsi tuhan dengan bukan islam.

DAP dulu tak sama dengan DAP sekarang. Dulu orang melayu Pas tak percaya kepada DAP sama naik dengan mereka tidak percaya kepada MCA dan Gerakan. Tapi hari ini orang melayu Pas redho jika mati dikuburkan satu liang lahat dengan cina DAP. Syabash dan tahniah kepada Tokguru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang kerana berjaya merapatkan orang islam kepada orang kafir... hasilnya .... orang islam makin kendur perjuangan islamnya, orang kafir semakin kental mempertahankan agama mereka.

Taniah kepada Tokguru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang ... ANDA BERJAYA.

Saudara Ridhuan Tee, minta tolong sampaikan ucapan saya ini kepada dua " ULARMAK " (jangan betulkan ejaan ini) tersebut.

Ana Muslimah

Nor Zaim said...

Syukuur..masih ada yang bertelur sekeras besi kursani. Hamba allah yang menerima dan mengamalkan cara hidup melayu(yang berteraskan Islam) adalah dianggap melayu. Perjuangan melayu tidak pernah menindas bangsa lain, malah membawa bangsa lain naik bersama-bersama mereka, kerana itulah perjuangan rasullullah.

Namun dekad ini..ramai pemimpin melayu tidak lagi meneruskan perjuangan melayu, malah meniru cara bangsa lain dalam perjuangan dan cara hidup mereka, maka telur mereka juga telah berubah saiz, berubah warna, berubah bentuk, berubah segala-galanya...tidak lagi seperti besi kursani.

Tapi hari ini saya amat bersyukur..kerana masih ada yang masih bertelurkan besi kursani.

Alhamdulillah..teruskan perjuangan Tuan.

Saffanskot22 said...

Salaaman,
Tajuk Hijraan Mahjuura sempena sambutan Maal Hijrah 1435H. Sila layari Website : www.saffanskot22.com
Wassalam,
Z

Anonymous said...

Rata-rata di antara kita pasti tertanya, mengapa baru sekarang isu-isu sensitif begitu rancak diperkatakan, tanpa perlu tapis menapis.

Saya membesar di zaman kepimpinan Tun Mahathir. Sewaktu zaman beliau, tiada isu seperti ini timbul, dimana golongan yang bukan islam, tidak menampakkan diri mereka seolah-olah mangsa dari pemerintahan orang islam.

Namun, semua ini jelas kelihatan apabila gabungan parti-parti pembangkang, PKR, DAP dan PAS hampir menyapu bersih kerusi-kerusi di PRU12 dan turut menafikan 2/3 yang harus BN dapat.


Orang bukan Islam tidak akan berani mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan ketegangan antara Islam dan Bukan Islam, jika dibelakang mereka yang bukan islam tiada 'Pihak' yang akan menyelamatkan mereka.

Siapakah 'Pihak' itu? cuba kalian fikir.


Lihat sahajalah Mantan Menteri di jabatan Perdana Menteri sewaktu Paklah menjadi PM, yakni Zaid Ibrahim - dia mengeluarkan kenyataan berkenaan amalan ibadah korban, seolah-olah amalan ibadah korban adalah satu amalan ibadah yang kejam, dan tidak bertamadun - mungkin jika ada di kalangan kita melihat kenyataan itu, merasakan tidak lebih dari kebodohan beliau sendiri, namun apakah tafsiran dari mereka yang bukan islam apabila melihat kenyataan Zaid Ibrahim itu?

Sudah pasti mereka yang bukan Islam ini akan mengambil kesempatan.

Begitu juga dengan anak Zaid Ibrahim, dengan mencetuskan lagi kontrovesi dengan membawa seorang lesbian murtad datang ke malaysia untuk merasmikan buku dia,

Dan memperlawakan lagi seorang profesar yang kononnya pakar dalam keagamaan, namun amat-amat kuatir dari segi akidah beliau, sampai sanggup mengeluarkan kenyataan menghina berkenaan keputusan mahkamah dalam isu kalimah Allah.


Walau seliberal mana orang india dan cina itu, sebebas mana aktiviti harian mereka, sejauh mana ketaatan mereka pada agama mereka, tidak akan pernah sekali pun mereka mengeluarkan kenyataan yang menghina agama mereka, bangsa budaya mereka, terbuka atau tidak, mereka tidak akan pernah lakukan perkara seperti itu.


Namun, Melayu pula sebaliknya.


Benarlah kata orang, melayu ini mudah terpengaruh - lihat sahajalah mereka seperti Zaid Ibrahim dan anaknya itu - lebih orang putih dari orang putih sendiri.


Jangan sampaikan satu hari nanti, yang akan memberikan kita perfahaman tentang Islam, adalah mereka yang bukan Islam - fenomena ini telah wujud. Dan amat aktif sekali dalam laman sosial, seperti Twitter dan Facebook.

Kerana hati kita ini mudah cair, apabila mereka yang bukan Islam memetik ayat Al Quran dan tafsirannya, demi tujuan2 tertentu, biarpun umpunya diri langsung tidak faham tentang pengertian ayat Al Quran yang dipetik.



Penat dan letih untuk memberikan peringatan - tapi mudah-mudahan, Islam akan Kembali Bersinar dibawah kesedaran umat islam di Malaysia ini hingga terjadinya kesatuan yang kukuh dari luar dan dalam.



Ingat, Musuh di luar tetap ada, Namun jangan dilupa musuh yang didalam.

Anonymous said...

Salam Dr.
Saya yakin saya masih ada telur. Telur saya masih lagi ada 2.Itu sudah pasti....tetapi ianya berada dalam satu kerandut. Ini Bermakna, 2 dalam satu..

Saya bersetuju dengan pendapat Dr...perlu diwujudkan satu parti baru gabungan NG02 Islam yang memperjuang agenda Islam. Kalau dinegara kita Melayu dgn islam sudah sinonim. Jadinya 2 dalam satu, macam 2 telur saya dalam satu kerandut.

Saya cadangkan Nama Parti GABUNGAN MALAYSIA ISLAM....(GMI/GAMI)

Anonymous said...

Inikeh caranya professor cakap? Telor telor telor...low class betol ni. Patutlah rangking universiti kita makin terok prestasinya. Ini semua professor kangkung. Bodek je yang pandai.

Anonymous said...

1:39 PM,

Opah aku selalu kata - mulut macam kau ni patut di ganyang dengan cili api aje. Bior merah sampai lebam.

Pak Ngah aku pulak selalu kata - kamu kulup asyik kangajor aje, nanti aku sodok bontot kau baru tau.

Pak Ngah aku tak kenal pun Anwar Al Juburi. Dia nak sodok dengan buluh. Sula, kata orang lama. Duduk di Kota Lama. Kuala Kangsor.

Anonymous said...

Memang betullah hadis Nabi, Islam akan kembali terasing.

Kiri kanan depan belakang semuanya menjual agama untuk membeli undi.

Anonymous said...

Kita umat islam di Malaysia amat-amat memahami akan konsep toleransi.

Tidak pernah saya melihat pada pendakwah Islam begitu agresif memberikan dakwah dimana-mana sahaja, seperti mana mubaligh2 kristian lakukan.

Tidak pernah saya lihat Umat Islam di Malaysia ini menggunakan segala macam cara untuk menyebarkan Islam dengan begitu jelas tanpa segan dan silu - contoh, meletak akan sesuatu yang berciri Islamik pada Billboard ditepi2 jalan dengan tujuan dakwah. Menggunakan radio, Iklan TV untuk tujuan dakwah.

Tidak pernah. Kerana yang ada sekarang kebanyakan adalah untuk umat Islam itu sendiri.

Semua ini berlaku kerana kita faham akan ertinya toleransi - yang menghairankan, selama ini mereka yang bukan Islam lah menuduh kita Umat Islam langsung tidak bertoleransi dengan mereka yang bukan Islam.


Mereka yang bukan Islam, harus bersyukur, dengan adanya Perdana Menteri yang punyai akan sifat liberal yang tidak ketara, kebebasan kalian yang bukan Islam untuk bersuara adalah sentiasa didengari. Malah segala permintaan kalian ditunaikan.

Namun, kalian yang bukan Islam tidak bersyukur dengan kurnian seperti itu, dicacinya, dihinanya pula Perdana Menteri dengan pelbagai tohmahan.


Saya tidak mampu bayangkan, jika satu hari nanti Malaysia punyai akan Perdana Menteri yang tegas setegas-tegasnya, lebih2 lagi dalam isu Islam.

Mungkin pada masa itu kalian yang bukan Islam, rindu saat masa sekarang mungkin.


Apa-apa pun, setuju dengan pandangan saudara Ridhuan - kita umat Islam sekarang amat memerlukan satu platform yang meliputi akan pelbagai aspek khusus dalam Politik, demi bersuara dan bertindak untuk kita Umat Islam.

Mungkin dengan gabungan para ngo2 Melayu Islam, impian ini dapat direalisasikan.

Apakata, Saudara Ridhuan mula bertindak.

RIDHUAN TEE said...

Assalam semua, Laman web malaysianinsider telah menjadikan artikel ini berita utama mereka, sila layari http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ridhuan-tee-calls-for-new-political-party-with-telur-to-defend-islam. ada mesej yang tergantung terutama tentang bantuan RM2 juta kepada SJKC. Artikel dalam Sinar Harian telah dieditkan. Artikel sepenuhnya adalah seperti dalam blog saya ini

Anonymous said...

Salam Ustaz,
Izinkan saya memetik sepotong dua ayat-ayat suci Al-Quran bermula dengan dari surah Yunus ayat 62.

Mafhumnya”
“Bahawasanya adalah Auliya’ Illahi Ta’ala itu tidak takut akan sesuatu atas mereka itu dan tidak mereka itu berdukacita”.

Pendirian pekerjaan Agama Islam itu bermula dgn ilmu dan amalan bagi setiap mukallaf itu yang tidak terhenti diatas sesuatu susunan atau langkahan, hanya dgn menerima, membenar dan mengikuti serta merta segala barang yang disuruh nya oleh Nabi Muhammad SAW sekadar mana yang diketahui itu, nescaya mewarisi akan dia oleh Allah Ta’ala segala ilmu yang tidak diketahui itu sehingga sampai hakikat tauhid.

Firman Allah surah Al-A’raaf ayat 96;

Mafhumnya;
“ Dan (Tuhan berfirman lagi) kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan”.

Firman Allah surah Saba’ ayat 15;

Mafhumnya;
“ negeri kamu ini adalah negeri yang baik, aman dan makmur dan Tuhan kamu Tuhan yang Amat pengampun".

Pada pertanyaan "mana kelakian kita". Harus lah dipandang secara menyeluruh, pertama sudahkah kita bersiap sedia zahir & bathin, dimanakah sempadan membolehkan kita bertindak (atas tapak kebenaran dan dibenarkan), Siapakah 'Auliya' di Malaysia ini yang akan memberi kata putus memulakan tindakan balas dari serangan musuh Allah (orang-orang kafir, musyrikin serta munafikin.) ?.

maae said...

Bangun Umat Islam dan Melayu Islam !

Kita benamkan TOGHUT , KEBATHILAN DAN KEMUNGKARAN :-

1. Kita nyahkan MUNAFIK !

2. Kita Nyahkan agenda mengKRISTIANkan Malaysia (kredit utk blog helenang juga dalam hal ini)

3. Kita mertabatkan semula Islam, Al Quran dan As Sunnah

4. Bertaubat ke atas DOSA-DOSA BESAR sekian hari di lakukan. Kita buang semua pemimpin-pemimpin BACUL, bercakap dengan nafsu dan LIDAH BERCABANG !

5. Kita sokong padu NGO-NGO Islam, Individu dan kumpulan perjuangkan Islam Benar !

6. Kita sedarkan Ulama-Ulama Islam yan buncit perut nya, masih tidur lena, memendamkan dan lari dari Ilmu fisabilliah dan Kekuatan Jihad Agama nya ! ANDULUSIA hancur dan mati kerana Ulama-Ulama yang leka !

T. Kasih Dr. Riduan Tee kerana suara anda berada dalam kekuatan menegakkan Syiar Allah SWT demi Tanah Air, Agama dan Bangsa 'Umat Muhammad SAW ' keseluruhan nya....

Anonymous said...

Harap Dr. dapat mulakan gerakan parti baru ini. ..

Razman said...

Dr Ridhuan,

Cepat realisasikan cadangan itu.
Sebelum PRU13, saya memang nampak orang Melayu dalam dilema, nak pilih UMNO atau PAS. Penyertaan ISMA melalui BERJASA adalah percubaan terbaik.

Saya percaya jika kita pejuang2 Melayu tulin berjaya menubuhkan parti baru, ramai orang Melayu (termasuk orang2 UMNO & PAS)akan menyokong kita. Orang Melayu sedang tercari2 wadah baru sebenarnya.

Keputusan PRU13 dalah satu hikmah besar kepada kita. Jelas Melayu/Islam boleh berkuasa tanpa mereka. Pedulikan CINA & INDIA, kita laksanakan dasar2 Islam sepenuhnya [sebahagiannya sudah ada seperti Muamalah, tapi mungkin ada yang kurang seperti Jinayah (jangan sebut Hudud, kerana pemikiran kita jadi sempit)]

Kepada ketua2 badan terlibat NGO2/Professor2/Ustaz2, ayuh gerakan langkah pertama sekarang untuk memenuhi keperluan orang Melayu pada PRU14.

Jangan bimbang, ini tidak akan memecahkan orang Melayu, kita ada sifirnya.

Wassalam



Pedulikan CINA

Razman said...

Dr Ridhuan,

Cepat realisasikan cadangan itu.
Sebelum PRU13, saya memang nampak orang Melayu dalam dilema, nak pilih UMNO atau PAS. Penyertaan ISMA melalui BERJASA adalah percubaan terbaik.

Saya percaya jika kita pejuang2 Melayu tulin berjaya menubuhkan parti baru, ramai orang Melayu (termasuk orang2 UMNO & PAS)akan menyokong kita. Orang Melayu sedang tercari2 wadah baru sebenarnya.

Keputusan PRU13 dalah satu hikmah besar kepada kita. Jelas Melayu/Islam boleh berkuasa tanpa mereka. Pedulikan CINA & INDIA, kita laksanakan dasar2 Islam sepenuhnya [sebahagiannya sudah ada seperti Muamalah, tapi mungkin ada yang kurang seperti Jinayah (jangan sebut Hudud, kerana pemikiran kita jadi sempit)]

Kepada ketua2 badan terlibat NGO2/Professor2/Ustaz2, ayuh gerakan langkah pertama sekarang untuk memenuhi keperluan orang Melayu pada PRU14.

Jangan bimbang, ini tidak akan memecahkan orang Melayu, kita ada sifirnya.

Wassalam

Anonymous said...

Salam Dr.

Fuyooh! Lebih 200 komen di yahoo news;

http://my.news.yahoo.com/ridhuan-tee-calls-political-party-telur-defend-islam-092339786.html

Anonymous said...

Kalau nak tahu telur Najib dan UMNO dalam tangan Rosmah dan Shahrizat

Anonymous said...

3:26 PM,

Tak betul apa kau cakap tu. Sabenarnya ada dalam mulut kau.

Itu pasal kau cakap pun berborai, tempias, berterabur.

Jangan suka makan telur orang, ok?

Anonymous said...

"Laman web malaysianinsider telah menjadikan artikel ini berita utama mereka" -

Malaysian Insider ada lah blog (bukan apa yang di katakan "news portal" sebab selalu putar dan belit (twists dan spins) apa yang di panggil Riong Kali Kalimullah yang Tun Dr Mahathir kata di dalam blog CheDet nya berbunyi sebagai Tuhan Hindu Kali dan Tuhan Islam Allah. Dia ada lah kumpulan Khairy, menantu Tun Dol Pak Lah, yang telah "takeover" New Straits Times untuk memonopoli berita di akhbar itu, mengenepikan TDM dari liputan beritanya, di masa Tun Dol di belasah dek TDM hingga dia jatuh dari kuasa di tahun 2009.

NST dan Malaysian Insider juga di gunakan sebagai alat kumpulan itu menaikkan nama Khairy. Jelas di lihat di masa pertandingan Ketua Pemuda UMNO yang lalu. NST menginterview dan melaporkan apa yang emak Khairy kata. Dia memuji anaknya satu hal, tapi dia pulak mengata perkara perkara yang merendahkan Mukhriz, pada hal anaknya sudah menang jawatan Ketua Pemuda. Begitu hasad dengki mereka.

Maka rencana RT ini di ketengahkan dek Malaysian Insider dengan "ada mesej yang tergantung terutama tentang bantuan RM2 juta kepada SJKC". Mungkin niatnya untuk memajukan pendirian Khairy yang kononnya liberal tetapi sabenarnya pseudo-liberal atau liberal olok olok.

Tujuan besarnya ia lah supaya Khairy di sukai dek kaum Cina Dong Zong dan sebagainya. Dia berikrar mahu menjadi PM pada umur 40. Sekarang umurnya 38 tahun, sudah terdesak.

Seseorang itu tidak liberal jika dia tidak interpretasikan Perkara 152 Perlembagaan dengan mahukan semua sekolah di negara ini menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan karikulum yang sama dengan Sekolah Kebangsaan.

Anonymous said...

Alhamdulillah Pas menang di Sungai Limua. Saya bukan ahli atau penyokong Pas. Tetapi saya adalah penyokong Umno yang telah mengundi calon Umno pada PRU13. Saya adalah seorang melayu yang mahu Umno menang dan membentuk kerajaan pada PRU13.

Pelik seorang penyokong Umno boleh mengucap syukur bila Pas menang dalam PRK Sungai Limau. Tentu ada yang kata " Gila agaknya dia ni ".

Kata lah apa pun tapi saya ada sebab kenapa saya mahu Umno kalah PRK Sungai Limau. Akan saya huraikan untuk menyedarkan orang melayu siapa mereka di mata Umno. Kemudian lah, bila saya ada kelapangan.

Biar saudara Ridhuan Tee menilai betul atau tidak pandangan saya itu. Bersabar ye ..........

Ana Muslimah

Anonymous said...

Ana Muslimah 8:12 AM,

Kena beri penerangan yang "convincing", Beb.

Ada yang sedia nak beri pendapat meng"counter" pendirian anda.

Anonymous said...

umno..biarlah hidup itu lebih ceredik sedikit
usah bodoh bertingkek-tingkek
yg ditunjuk..
srjk dah kaya gila...
tetapi tidak sek keb..sek agama..
mengapakah ditanah ini.. bansa lain yg tidak sealiran akidah dengan kita yang sering berkurang ajar dengan kita..masih lagi hendak dimanjakan????
y?

Anonymous said...

BENARKAH UMNO ADIL KEPADA ORANG MELAYU ?

PRK Sungai Limau mendedahkan sikap sebenar Umno terhadap orang melayu. Orang melayu mendapat layanan seolah-olah “ anak tiri “ daripada Umno. Sedangkan orang cina mendapat layan seolah-olah “ anak emas “. Begitu sekali Umno memperlakukan orang melayu kerana hendak mengejar undi orang cina yang tak seberapa pun. Betapa hinanya, murahnya, tidak bernilai undi orang melayu kepada Umno.

Ramai orang melayu tak sedar tentang hal ini. Mungkin pada mereka tak ada apa-apa. Pada hakikatnya Umno sebuah parti melayu telah menghina bangsa yang berjasa kepadanya semasa Umno “ nyawa-nyawa ikan “ di arena PRU13 baru-baru ini.

Cuba anda lihat agihan bantuan kepada sekolah-sekolah oleh Umno semasa PRK Sungai Limau. Berapa yang sekolah melayu dapat dan berapa pula yang sekolah cina dapat ? Saya terasa sangat seolah-olah murid sekolah melayu tak ubah macam sampah yang tidak ada nilai langsung jika hendak dibandingkan dengan murid sekolah cina. Tiga sekolah cina mendapat 2.5 juta sedangkan 12 sekolah melayu hanya mendapat 1.2 juta. Maknanya market price sekolah cina adalah lebih tinggi daripada sekolah melayu pada kadar RM0.80 juta bagi satu sekolah cina dibandingkan dengan RM0.10 juta bagi satu sekolah melayu. HINA NYA SEKOLAH MELAYU DI MATA UMNO, MURAHNYA HARGA SEKOLAH MELAYU DIMATA UMNO.

Mengejutkan, saya terjumpa dalam blog SRJK Aik Min di Sungai Limau hanya ada 15 orang murid tetapi mendapat bantuan sebanyak 1 juta. Saya tidak ada maklumat berapa murid di SK Bukit Besar dalam DUN Sungai Limau, tetapi saya percaya murid sekolah itu ramai dan mungkin 500 atau lebih. Berapa SK Bukit Besar dapat, Cuma RM0.1O juta sahaja.

Bersetujukah anda dengan saya bahawa di mata Umno nilai atau harga satu orang murid cina dengan nilai atau harga satu orang murid melayu seumpama “ langit dengan bumi “. Di SRJK Aik Min harga atau nilai satu orang muridnya adalah RM66,666.00 (mengambil kira jumlah murid 15 orang). Berapa pula harga atau nilai satu orang murid di SK Bukit Besar ? Memeranjatkan, menyedihkan, rasa terhina bila satu orang murid di SK Bukit Besar cuma berharga atau bernilai RM200.00 sahaja (mengambil kira jumlah murid 500 orang).

Saya tidak tahu adakah para guru di sekolah melayu ada membuat kiraan secara metamatikal seperti yang saya buat. Saya yakin mereka tidak buat kerana guru sekolah melayu ini tidak berapa cekap metamatik sangat jika hendak dibandingkan dengan guru sekolah cina. Kalau guru sekolah melayu betul-betul cekap metamatik awal-awal lagi mereka ada membuat kiraan metamatik, dan saya percaya mereka akan memprotes secara diam kepada Pak Menteri mereka iaitu Muhyidin Yassin, dan akibatnya Umno akan kalah lebih teruk lagi di PRK Sungai Limau, dan Pas akan mendapat majority yang lebih besar daripada yang Pas dapat masa calonya adalah arwah Ustaz Azizan.

Saya simpulkan bahawa apa yang berlaku pada PRK Sungai Limau ini adalah UMNO MENGHINA ORANG MELAYU, UMNO MENGHINA SEKOLAH MELAYU, UMNO MENGHINA GURU-GURU MELAYU DAN UMNO MENGHINA MURID-MURID MELAYU. Dan atas sebab itu lah walaupun saya ini seorang yang Pro Umno tetapi bersyukur bila Umno kalah di PRK Sungai Limau sebab saya tidak mahu orang melayu yang berfikiran seperti saya bertindak menolak Umno lagi pada PRK yang akan datang, dan yang paling saya tidak mahu adalah orang melayu menolak Umno pada PRU14 yang akan datang.

WAHAI PEMIMPIN UMNO, JANGAN LAH KAU ULANGI PENGHINAAN KE ATAS BANGSA MU SENDIRI SEPERTI MANA YANG KAU LAKUKAN DI DALAM PRK SUNGAI LIMAU PADA 4 NOV 2013 DI MASA AKAN DATANG. CUKUP CUKUP LAH ……..

Saudara Ridhuan Tee, saya mohon tuan siarkan posting saya ini. Saya tidak halangan jika tuan ingin menjadikan isu yang saya bangkitkan sebagai bahan untuk artikel anda yang sering keluar dalam akhbar Utusan dan Sinar Harian. SESUNGGUHNYA SAYA MAHU SELAMATKAN UMNO DARIPADA DIHUKUM OLEH ORANG MELAYU SENDIRI. SAYA MASIH MAHUKAN UMNO UNTUK JAGA MELAYU DAN ISLAM.

Ana Muslimah

Unknown said...

Assalamualaikum Saudara,
Mohon linkkan blog saya. Izinkan saya untuk sama-sama berjuang. Terima Kasih.
http://salatusalatin.blogspot.com/

Anonymous said...

Tak ada "telur" tu satu hal tapi hakikat sebenarnya "tak ada iman". Tu sebab Dunia mengatasai Akhirat. Batil mengatasi Hak. Bidaah mengatasi Sunnah. Manusia cuba nak mengatasi Allah. Politik mengatasi Agama (Islam).

Jadi tak hairanlah kenapa semua nak digadaikan demi kuasa, pangkat, wang-ringgit dan harta dunia. Kerana duniawi.....tak sedar agama dan bangsa diperjudikan. Kafir ditatang bagai minyak yg penuh, ummah sendiri diketepikan. Itulah tanda bermulanya kejatuhan agama, ummah dan bangsa kita. Jadi tak heranlah kalau kadok naik junjung.

Cukuplah setakat ni saja ulasan saya . Nak cakap panjang-panjang pun malas rasanya......sebab dah muak dengan percaturan politik ni......harapkan pagar tapi pagar makan padi.......harapkan sokong tapi sokong membawa rebah. Sungguh mengecewakan......

-Aku Menyampah-

Anonymous said...

Saudara Blogger

Maaf posting saya mungkin tak relevan dengan tajuk, tapi penting diketahui ramai khas oleh pemimpin Umno.

CINA TETAP CINA

Saya baru terbaca satu artikel dalam Utusan Malaysia oleh Datok Ahmad Faris bin Abdul Halim - beliau mengulas berkenaan PRK DUN Sg Limau Kedah.

Beliau mendedahkan :

1. Pada PRU13 hanya 180 cina (10% dpd 1800) undi BN .... BN Kalah.
2. Semasa kempen PRK Sg Limau - penglibatan MCA/Gerakan macam " nak tak nak saja " atau sekadar " melepaskan batuk di tangga ".
3. Sambutan cina Sg Limau hangat sekali bila Lim Kit Siang turun padang, dan sangat dingin bila pemimpin MCA/Gerakan turun.

Saya tak tahu siapa tipu siapa. Adakah Muhyidin tipu cina atau cina tipu Muhyidin. Tetapi saya berani kata yang kena tipu adalah Muhyidin, yang nampak bodoh adalah Muhyidin. Rupa-rupanya pengundi cina lebih cerdik daripada Muhyidin.

Walau pun Muhyidin beri 2.4juta kpd sekolah cina, namun hati cina tetap cina yang tak dapat dibeli dengan 2.4juta. Wang mereka sapu tetapi sokongan tetap juga kepada DAP.

Najib dah terkena (tertipu) pada PRU13. Di Klang 60ribu cina turun sambut Najib. Najib senyum sampai ke telinga gah beritahu satu negara " orang cina dah kembali kepada BN ". Tetapi pada lewat tengah malam keputusan PRU13, Najib dengan bermuka sardin, bermuka tempe memberi tahu satu dunia " Tsunami cina menyebabkan BN hampir kalah ".

Baik Muhyidin mahu pun Najib. Tak serik-serik masih juga percaya kepada cina, masih juga nak pujuk cina, kalau pujuk free lantak lah, tapi ini pujuk dengan berjuta-juta RM ... sakit hati dan semakin meluat orang melayu kepada Umno.

Kalau Najib dan Muhyidin mahu orang melayu terus mempertahankan Umno pada PRU14, renti kan lah " kerja bodoh " itu. Saya berani berkata DALAM PRK CINA AKAN ADA RAMAI JUGA YANG UNDI BN, TETAPI BILA DALAM PRU ... SORRY LA BRO NAJIB DAN MUHYIDIN... KERANA MEREKA MAHU DAP MENGGANTIKAN UMNO.

Saya nak ingatkan Najib dan Muhyidin, YANG MAHU UMNO TERUS MENJADI PEMERINTAH ADALAH ORANG MELAYU ... MAKA BERI LAH PERHATIAN KEPADA ORANG MELAYU.

Sesungguhnya kenyataan NAJIB MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI CINA kerana mengundi BN pada PRK Sg Limau ... adalah menafikan sumbangan undi orang melayu kepada Umno. Cukup cukup lah ... kerana PRU14 belum tentu cina yang sama akan undi Umno sekali lagi.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Assalamualaikum buat semua saudara muslim ku.

Saya sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ana Muslimah. Saya juga mempunyai pandangan dan pendirian yang hampir serupa dengan Ana Muslimah. Ana Muslimah sudah meluahkan juga apa yang selama ini terkandung dalam jiwa saya.

Anonymous said...

Idea untuk mewujudkan parti baru yang mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu adalah amat baik sekali. Ia harus diberi perhatian dan tidak dipandang sepi.

Perkara penting yang perlu dipastikan ialah perlembagaan parti tersebut perlulah luhur dan murni, ikhlas mempertahankan hak Melayu. Masukkan juga rang undang - undang yang menegaskan tindakan disiplin yang berat akan dikenakan terhadap ahli parti yang mengkhianati perjuangan bangsa Melayu.

Pemilihan pucuk pimpinan hendaklah dibuat secara undi popular, yang melibatkan seluruh ahli parti. Dengan yang demikian, pemimpin parti ini pasti akan sentiasa menjaga hati Melayu, kerana dia sedar jawatannya ditentukan oleh undi daripada seluruh bangsa Melayu yang menjadi ahli parti. Sebaiknya pemilihan pucuk pimpinan parti ini dibuat 4 tahun sekali.

Anonymous said...

Kepada Anda Yang Memaki Pas

Terima lah kemenangan Pas. Kerana Pas bukan menang gitu2 saja. Pas menang kerana orang Sungai Limau mahu Pas menang. Kenapa orang Sungai Limau tolak Umno pada hal pada peringkat awal kempen saya pun nampak peluang Umno menang adalah tinggi berbanding dengan Pas. Tapi tak pasal2 orang mula bercakap yang tak enak yang Umno buat kepada orang Melayu. Baca rungutan pelawat2 dalam blog. Mereka yang sebelum ini bersemangat mahukan Umno menang tetiba beralih angin mahu pengundi Sungai Limau mengajar Umno supaya tahu menghormati dan menilai orang melayu seperti yang sepatutnya.

Isu utama yang diperkatakan adalah Bantuan Kepada Sekolah ... sekolah cina ada 3 buah dapat sekian banyak, sekolah melayu ada 12 buah dapat kurang daripada sekolah cina. Saya rasa itu puncanya.

Bagus lah Umno kalah. Setidak2nya Umno dah tahu bahawa dengan orang melayu pun jangan buat main2, orang melayu sekarang pun dah ikut dan tiru cara pengundi cina " lu mau gua undi, lu kasi apa gua mau ".

Syabash kepada orang Sungai Limau yang telah memberikan satu pengajaran yang berguna kepada Umno dan kepada pengundi2 melayu di seluruh negara. Kalau cina dan india boleh desak Umno bermacam2 menjelang PRU13, dan Umno boleh bagi macam2 dekat mereka, tak kan lah kita orang melayu nak tengok saja kut.

Cuba ingat balik. Buka mata dan lihat sendiri di tempat anda. Dulu kuil hindu kecil dan tak cantik pun, tetapi sekarang dah membesar pun kuil itu dan makin cantik pula (macam anak dara, semakin membesar semakin cun pula). Tokong cina pun sama. Sekolah Cina juga. Sekolah Tamil tak ketinggalan. Semua ini terjadi dalam jarak masa diantara 2008 - 2013. Sedangkan mesjid, surau dan sekolah melayu ada juga perbuahan tapi tidak lah ketara sangat macam entiti2 yang saya sebut sebentar tadi.

Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut sampai sampaikan lah sesama kita untuk menjaga melayu dan islam. Umno tak baik semua, dan Pas juga tak jahat semua. Tapi kalau dengan DAP kena berhati-hati dan berwaspada setiap masa.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Saudara Blogger

Academic and columnist Ridhuan Tee Abdullah's lessons at Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) have irked his colleagues and students, the Dewan Rakyat was told today.
NONEWhile debating the Budget 2014 speech, Teresa Kok (DAP-Seputeh,right) said academic staff and students at the defence university have complained to her about Ridhuan's "deviant" teaching materials, on grounds that it does not meet academic standards.

"I have received many complaints from UPNM lecturers and students... that his tulisan sesat (deviant writings) are confusing.

"(They say) his teachings are wrong and disappointing, to the extent that UPNM lecturers feel they have to undo their students' understanding about defence concepts," she said.

Citing Ridhuan's column in Malay dailies, Kok said the professor had glorified fascist leader Adolf Hitler and supported the ethnic cleansing of Jews.
Advocating war

He also once wrote that if it were up to him, Malaysia would have gone to war with Singapore over Batu Puteh.

"(This) lecturer (is) advocating war. This shows he has limited experience in the area... So why is he teaching our armed forces?" she asked.

"Does inciting racial hatred among Malays qualify one to be a professor at a public university?"

She said that Ridhuan, who ironically also teaches ethnic relations, is better off being Umno and Malay rights NGO Perkasa adviser than teaching at a university.

Kok also noted that Ridhuan has been accused of plagiarism by a Universiti Teknologi Malaysia (UTM) academic and that a daily reported that MIC has made a complaint on this.

Anonymous said...

Saudara Blogger

http://www.youtube.com/watch?v=1Vr7aHjvbyA&feature=youtube_gdata

Anonymous said...

3:19 PM, November 06, 2013,

Setju dengan pendapat Sdr.

Mari kita sebutkan kapada tiap orang UMNO yang kita jumpa. Terutama nya yang bakal jadi ahli perwakilan dan ada kuasa memilih pemimpin di masa akan datang.

Anonymous said...

Ana Muslimah 3:33 PM, November 06, 2013,

Betul ke SRJK Aik Min di Sungai Limau hanya ada 15 orang murid tetapi mendapat bantuan sebanyak 1 juta?

Maalumat itu dari blog sekolah itu. Kalau dari Jabatan atau Kementerian Pelajaran, boleh di percayai. Di blog, macam macam orang tulis.

Tapi saya setuju bahawa Najib telah melayan Sekolah Cina macam membongkok ke belakang. Di balas dengan tsunami Cina pun, dia masih membongkok lagi.

Silap silap, patah tulang belakng dia nanti.

Anonymous said...

Anonymous 11:38 PM, November 06, 2013,

Tak semestinya "kejatuhan agama, ummah dan bangsa kita".

Kita riuhkan supaya UMNO tukarkan pemimpin yang tak mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan kita.

Anonymous said...

Cuba kita telitikan.....apa saja tindakan yang mendatangkan kebaikan kepada agama dan bangsa kita, pasti akan ditentang oleh kaum kafir dan musyhrikin. Tiada tentangan akan dibuat selagi ia memberi imbuhan kepada mereka tapi tidak kepada kita.....tapi akan ditentang jika sesuatu itu menyebelahkan agama dan bangsa kita.

Perkara ini sudah terjadi sejak zaman Rasulullah lagi dan terdapat banyak firman Allah dan hadis Rasulullah yang terang-terang lagi bersuluh membuktikan hal ini. Malangnya orang kita yang buta hati untuk menerima petunjuk Allah dan RasulNya.

ultra-one said...

People pay attention to what you say than what you do

Anonymous said...

Telor RT mesti sangat besar itu sebab sangat berani cakap lebih-lebih. RT who are you ? Nak PAS dengan UMNO dengar awak cakap ! Rasa lebih baik RT menubuh satu parti melawan mereka tengok berapa ekor penyokong ada ! Apa macam ?

Anonymous said...

Dr Ridhuan Tee, Ana Muslimah dan Anon-1:20 PM, Nov 04, 2013, apa yang anda semua katakan adalah benar.

KKTan said...

I believe you mean :Mana 'telur' saya?" You clearly have lost your 'telur' long long time ago. Sorry... you will never be able to find your 'telur' this lifetime. Better luck nect life.

Anonymous said...

amat bersetuju dengan kenyataan ini "Apa perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu). Antaranya adalah ISMA, PERKASA, JATI, MUAFAKAT, MACMA, ACCIN dan lain-lain lagi. Saya harap ia boleh dijadikan suatu realiti"