Assalam dan salam sejahtera. Maaf tidak sempat update blog saya ini semalam. Sibuk dengan urusan kematian adik ipar saya.
(SH 28 Okt 2013)
Isu kalimah Allah terus kuat bergema setelah mahkamah rayuan membuat
keputusan. Pihak Kristian dan bukan Islam ultra kiasu yang tidak kena-mengena
dengan kalimah amat tidak berpuas hati. Tidak kurang pula segelintir kalangan
orang Melayu yang mahu menunjuk pandai.
Pada Melayu ini, Allah adalah kepunyaan semua manusia, tidak kira Islam
atau tidak. Saya tidak hairan kerana saya sudah kenal Melayu Melayu ini. Cuma
saya terkilan kadang kala tindakan kita lebih Kristian dari orang Kristian,
sehingga bukan Islam mengambil kesempatan untuk terus menekan kerajaan hasil
keputusan mahkamah itu.
Ya, saya tidak pertikaikan hujah akademik, semua manusia berhak
menggunakan kalimah Allah. Memang Allah itu adalah untuk semua manusia dan
segala makhluk yang ada di bumi dan di langit. Pendek kata, Allah adalah
segala-galanya, kerana Allah Maha Pencipta, Maha Besar, Maha Mengetahui dan
semua Maha yang ada, yang ingin digunakan, melebihi 99 nama Allah.
Namun, isu kalimah Allah tidak harus dilihat dalam konteks hak asasi
manusia semata-mata seperti diperjuangkan oleh pihak berkepentingan. Jangan
bandingkan Malaysia dengan negara lain seperti yang dilakukan oleh ultra kiasu.
Saya bimbang nanti atas nama hak asasi manusia, surau jadi tokong dan tidak
mustahil masjid jadi gereja. Sudahpun berlaku.
Isu kalimah Allah perlu dilihat secara holistik. Antara hak, strategik licik
musuh Islam dan perlindungan perlembagaan terhadap Islam.
Dalam soal hak, siapa lebih berhak? Sudah tentu Islam lebih berhak.
Selama ini, pihak bukan Islam tidak pernah sama sekali menggunakannya kecuali
secara peribadi.
Pergilah ke negara barat, tempat bersarangnya Kristian, tontoni
filem-filem barat, sepatah perkataan Allah pun tidak pernah muncul. Yang ada
hanya God dan Lord. Apa yang Kristian Semenanjung begitu gatal mahu menggunakan
kalimah suci ini. Lagipun, boleh dikatakan semua, lidah mereka tidak dapat
menyebut Allah dengan betul.
Panggil semua bukan Islam yang begitu obsess dengan kalimah Allah, suruh
sebut Allah dengan betul. Saya yakin yang keluar adalah allaaa. Jadi, Allah mana yang dimaksudkan jika sebutpun tak betul.
Sebab itu, saya amat hairan, kenapa Kristian di Semenanjung ini, yang
rata-rata baru masuk Kristian, termasuk perempuan yang berada dalam parti ultra
kiasu, begitu obsess menggunakan kalimah Allah ini.
Mereka mendakwa, gereja-gereja di Semenanjung turut menggunakan bahasa
Melayu dalam interaksi dan khutbah. Janganlah menipu! Saya kenal sangat dengan
puak-puak ini, mereka memandang rendah kepada bahasa Melayu, kecuali mereka
dari Sabah dan Sarawak.
Apapun, saya ingin mengingatkan orang Islam yang pro kepada mereka ini.
Lihat isu ini dari segi perancangan strategik untuk mengKristian orang Melayu
secara halus. Maklumlah semakin ramai Melayu liberal hari ini.
Kesempatan ini akan digunakan untuk mengelirukan mereka dan seterus
mengkristiankan mereka seperti yang dilakukan di Indonesia. Sebab itu, kita
lihat mereka begitu agresif. Hairannya, kita pula menjadi semakin penakut.
Sedangkan Islam dilindungi dalam perlembagaan.
Sama juga sembelihan yang dipertikaikan oleh seseorang yang bernama
‘saravanan’. Rujuk
http://www.youtube.com/watch?v=5un8hgiIFe0. Lihat betapa kurang ajar mereka. Boleh dikatakan tidak ada bukan Islam
yang tampil mengatakan tindakan ‘saravanan’ itu salah?
Kenapa dalam isu ini, mereka bercakap sekolah kebangsaan untuk semua.
Sebelum itu, mereka begitu kuat mempertahankan sekolah vernakular. Lebih berani
lagi, beliau berkata bolehkah jika bukan Islam menyembelih babi di sekolah?
Nasib baik bukan saya Guru Besar sekolah itu, jika tidak, jawapannya
adalah, kalau tidak suka berada di SK, boleh belah! Balik terus, jangan balik
lagi!
Bukan Islam selalu berfikir secara strategik. Bukan seperti kita, lurus
bendul. Di sinilah ‘kelemahan’ Melayu
kerana terlalu bertoleransi dan menjaga hati orang. Persoalannya, adakah ultra
kiasu ini menghargai?
Kalaulah dikatakan sembelihan lembu mengerikan, menjadikan kanak-kanak
trauma, kenapa tidak pertikaikan orang yang menyeksa diri sendiri dengan cucuk
sana cucuk sini di badan sehinga berdarah-darah. Adakah kanak tidak trauma?
Bayangkan kita jika buat polisi, tidak boleh berarak ketika perayaan
cucuk badan. Buat dalam dewan atau padang sahaja seperti sembelihan korban. Apa
reaksi mereka?
Sebenarnya, kalimah Allah, sembelihan korban dan apa jua isu yang
dibangkitkan ultra kiasu, sebenarnya bukan isu. Mereka nak tunjuk kuat, sengaja
rancang sesuatu untuk menyakitkan hati kita. Mereka mahu mencabar umat Islam
ketika berada dalam keadaan kritikal berpecah dan bergaduh tidak pernah habis.
Justeru, sudah sampai masanya kita bertegas dan jangan sesekali tunduk.
Kali ini saya bersetuju dengan ketegasan Dato’ Nazri Aziz, Menteri Pelancongan
dan Kebudayaan, kepada pihak pentadbir SJKC Chin Woo dalam isu penggunaan tanah
kementerian oleh sekolah tersebut. Kata Nazri, You
fight with me, I fight you, I kill you. I take back the land, don't mess around
with me. It's government land, it's my land. There no law in the world to
say that you (can) enclose the land, steal my land for 30 years and say is
yours. You go to court. Tahniah Dato’, inilah
sikap seorang negarawan. Kita juga sepatutnya bersikap sebegini dalam isu
kalimah Allah.
28 comments:
Salam tuan...saya amat bersetuju yang kita patut pertahankan kalimah Allah ini..saya betul2 tak faham dengan sesetengah puak yang taksub dengan politik hingga sanggup berdiam diri dengan isu ini..bayangkan jika ianya dibenarkan...bagaimana nak menjawab soalan anak2 kita yang masih kecil jika di gereja2..di kuil2 juga menggunakan kalimah Allah ini?? Anak2 yang masih kecil..belum memahami..pasti berasa keliru..itulah muslihat halus yang mahu mengkristiankan Islam secara halus...waallahualam...
Saya tertarik dengan hal bahawa blog pro-Pembangkang, Malaysian Insider, ada menerbitkan laporan yang nampaknya tidak pro-Pembangkang DAP dll kali ini.
Sila baca c&p yang berikut:
According to the pro-Opposition Malaysian Insider, many constitutional lawyers have said the Appeal Court ruling is clear, the kalimah Allah is for Muslims only.
The Court of Appeal decision which states that the word Allah is exclusive to Muslims overrides the Cabinet’s 10-point solution made in 2011 which allowed that bibles in all languages can be imported into the country, including those in Bahasa Malaysia/Indonesia.
They say that the Court of Appeal ruling is supreme – it’s authority supersedes that of the Cabinet.
Examples of such constitutional lawyers, say the Malaysian Insider: Fahri Azzat, R. Kengadharan, Edmund Bon of the bar Council.
Salam, menarik untuk dibaca terutama umat Islam itu sendiri. Moga ada sinar untuk kita semua umat Islam dari terus bercakaran. Amin
bila bercakap berkenaan kalimah Allah, mereka kata, lihatlah Indonesia pun benarkan bukan Islam kalaimah Allah.
tetapi, bab bahasa, tak pula mereka pandang Indonesia yang semua warganya menggunakan Bahasa Melayu Indonesia.
Saja nak share info je....kami kristian ni ada penganut dari indonesia, jadi ada chapel house of God ni penggunaan dlm BM. Dah juga utk orang asli disemenanjung ni, BM digunakan sebagai bahasa pertuturan....
Kalau orang Kristian tak puas hati dengan keputusan mahkamah aku boleh faham tapi kalau ada orang Islam masih nak cuba memperjuangkan atau mempertahankan kegunaan kalimah Allah oleh orang Kristian, aku benar2 tak faham. Sudah diterangkan bahwa perkataan God atau Lord adalah Tuhan dalam bahasa Melayu bukan Allah. Aku bukan alim atau ulama, sekadar baru nak mendalami Islam tapi aku teringat ada satu ayat dalam AlQuran, tak ingat surah mana, dimana Allah mencela mereka yang mengatAkan Allah itu 3. Dalam terjemahan bahasa Inggerisnya berbunyi lebih kurang.... "Woe to those who say Allah is 3". Sekira kita membenarkan kalimah Allah ini digunakan oleh golongan ini maka seolah2 kita membenarkan Allah di shirik kan. Mereka harus faham bahwa ini adalah isu besar yang melibatkan akidah, sekira silap langkah, berdosa besar dan akan mengadap Allah dengan membawa dosa besar ini. Berapa ramai saudara2 Islam kita yang telah mengadakan solat hajat agar Allah tunjukkan kebenaran dan keputusan tidak memihak pada orang Kristian. Bukan kah ini bermakna ini adalah ketentuan Allah!! Kalau keputusan pilihan raya kita boleh terima sebagai ketentuan Allah, kenapa tak yang ini? Kenapa masih ada orang Islam termasuk ustaz2 yang masih tak puas hati dengan keputusan ini!!
Terima saja KETENTUAN ALLAH, tak perlu buang masa berdebat tentang isu ini ......KHALAS.
Saudara Ridhuan Tee
Pertama : Ucapan takziah kepada anda dan keluarga diatas musibah yang menimpa adik ipar anda. Redho lah dia pergi dengan aman kerana itu adalah ketentuan Allah swt.
Kedua : Syabash. Serangan balas anda terhadap penganut agama hindu yang mempertikaikan ibadah korban umat islam ... sangat berterus terang dan berani. Malah anda pergi lebih jauh lagi mengungkit perbuatan bodoh mereka menyiksa badan dalam perayaan agama mereka.
Soalan tambahan saya kepada penganut hindu : Adakah kalau kamu tak buat perarakan untuk bawa kavadi tuhan kamu tak akan tahu kamu ada buat kavadi untuk dia. Tak perlu berarak lah, buat ganggu lalu lintas sahaja sebab sekarang zaman orang guna proton saga dan bukan lagi zaman orang guna kereta lembu. Orang islam buat perayaan agama tak berarak pun sebab tuhan kamu tahu lagi maha mengetahui.
Ketiga : Saya sangat setuju dengan anda bila anda berkata " perlu apa mereka nak sibuk fasal melayu sembelih lembu di sekolah kebangsaan, sedangkan mereka tidak pernah pun menyukai sekolah kebangsaan, yang mereka perjuangkan adalah sekolah varnakular. Kalau melayu sembelih lembu dalam kawasan sekolah tamil, haaa itu memang patut mereka terlompat macam beruk (termasuk lah dengan sorang timbalan menteri kabinet Najib yang terjerit2 macam beruk kena belacan dalam isu sembelih lembu dalam kawasan sekolah kebangsaan)
Keempat : Syabash dan tahniah kepada Nazri Aziz. Jawapan balas Nazri kepada puak penyamun tanah kerajaan itu memang patut sangat di jawab macam itu. Dengan penyamun tak guna nak bercakap secara berhemah.
Kelima : Pukulan maut anda terhadap melayu yang berstatus ulamak tetapi cuba nak tunjuk pandai dalam isu kalimah Allah, sangat bagus. Saya tak mahu sebut siapa ulamak yang pada saya sebenarnya " bodoh ", dia bodoh kerana dia terlalu lurus bendul, siapa yang pernah terbaca artikel tulisan ulamak itu tentang kalimah Allah tahulah siapa orangnya yang dimaksudkan oleh Ridhuan Tee. Dulu saya kagum dengan ulamak ini, tetapi selepas terbaca ulasan dia berkenaan kalimah Allah ... rupa2nya dia tak berapa " cerdik ".
Keenam : Saya kagum dengan anda. Anda tetap terkehadapan dalam membela islam dan melayu jika nak dibuat perbandingan dengan ulamak melayu dan pemimpin melayu. Saya ikhlas ....
Ana Muslimah
Saudara Ridhuan Tee
Yang jadi masalah kepada orang melayu ini adalah mereka sangat mudah percaya kepada orang yang mangaku dirinya " Ustaz ".
Berita Metro : Seorang Ustaz dari Kemboja datang kutip derma dari orang melayu di Malaysia konon nak buat surau dan mesjid, dan konon nak bantu orang miskin di Kemboja. Tahu2 dia bina banglo macam istana di sana. Tak apa lah setidak2nya orang melayu yang menderma tu dapat juga pahala kerana menolong Ustaz itu membina istana untuk keselesaan diri dan anak isteri dia.
Dalam PRK DUN Sungai Limau : Calon Pas seorang yang bergelar Ustaz. Ustaz mana boleh menipu, Ustaz mana boleh cakap bohong. Tapi Ustaz calon Pas ini bukan tipu setakat satu dua orang sahaja, malah dia berani dan tergamak menipu beribu2 orang Sungai Limau dan beratus ribu orang2 Pas seluruh Malaysia melalui gambar yang memaparkan pertemuan dia dengan arwah Ustaz Azizan di pejabat MB semasa Ustaz Azizan jadi MB Kedah. Pada hal dalam gambar tu hanya kepala sahaja adalah milik Ustaz Azam calon Pas ini sedangkan badan adalah milik orang lain. Benda ini bukan fitnah, tapi telah diakui oleh Pengarah Pilihanraya Pas iaitu Ir Amirudin. Sekarang satu negara dah tahu Ustaz Pas tak boleh dipercayai, sanggup menipu untuk nak menang pilihanraya.
Tak tahu lah kalau orang Sungai Limau masih lagi mempercayai Ustaz Pas ???????????
Ana Muslimah
Amir,
Sila beri thau mereka bahawa Indonesia tidak ada undang undang macam Malaysia punya. Perlembagaan mereka takda kata bahawa Islam ada lah agama negara mereka. Tak macam Perlembagaan negara kita.
Juga, bahawa kita tak kata bahawa kalimah Allah tak boleh di gunakan di Indonesia atau di lain lain negara. Tak boleh hanya di Malaysia sahaja. Mengikut undang undang kita. Dan Mahkamah kita.
Anonymous 1:38 AM,
Komen saya kapada komen Amir sama juga, boleh di pakai sebagai jawapan kapada komen anda.
9:27 AM,
Mereka yang degil saperti DAP yang mula mempolitikkan isu kalimah Allah ini tak akan terima saja KETENTUAN ALLAH saperti Sdr kata.
Orang politik di satu puak dalam PAS juga nak tompak dapat undi al kafirun konon, telah menyokong DAP. Kita lihatlah di Muktamar PAS November ini jika puak itu masih kuat. Kalu tidak, kita diamkan. Kalu masih kuat, kita tak boleh kata buang masa saja berdebat dengan mereka.
Apahal pun, kita kena hentam DAP yang mempolitikkan isu ini berterusan.
Siapa kata Nazri Aziz ni tak guna punya orang. Ada yang kata dia ni selalu "with a foot in his mouth". Ada yang panggil dia "bouncer for Najib".
Tapi bila dia hantam kaw kaw Dong Zong dsbnya, syabas, Nazri. Saya nak ulangi apa dia kata, dan kalau boleh, nak ukirkan ke atas batu di mana mana yang sesuai -
"You fight with me, I fight you, I kill you. I take back the land, don't mess around with me. It's government land, it's my land. There no law in the world to say that you (can) enclose the land, steal my land for 30 years and say is yours."
Well done, Dato. More like that, please.
Negara-negara Arab tak memantah penggunaan kalimah Allah kerana ia memang bahasa Arab tentang nama tuhan. Kenapa Malaysia yang sibuk dan takut? Mereka lebih tahu Islam kerana mereka lebih dekat dengan tempat suci. Kereta Honda dengan kereta Toyota juga kereta cuma tak sama jernama. Allah agama A dengan Allah agama B sama juga Allah cuma tak sama agama. Barang baik tidak takut tiada pembeli. Agama baik tidak takut tiada pengikut
Woi Mamat 1:57 PM,
Kau tak tau, tanya le. Jangan merapu nak ngata keromo aje. Nampak le kau bodoh. Kalau kau tanya, kau boleh jadi pandai.
Ini so'al undang undang Malaysia le, Mamat. Bukan so'al takut tak takut.
Perlembagaan Malaysia kata Islam ada lah agama negara ini. Berikutan dengan itu, Parlimen luluskan undang undang menubuhkan kuasa mentadbir agama di negara ini.
Pentadbir agama kata kalimah Allah ada lah hak orang Islam di negara ini. Menteri Dalam Negeri pun keluarkan perintah kapada Christian Herald berkenaan perkara itu.
Memang, ikut undang undang negara ini, yang tak puas hati boleh bawah ke Mahkamah, boleh rayu. Sekarang Mahkamah Rayuan dah buat keputusan mirip kapada kepentingan pihak berkuasa.
Korang ikut le keputusan tu. Kalau tak, korang boleh di dakwa tak hormatkan Mahkamah.
Tak payah cita Arab tak Arab le, k?
SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA atau AUTA ?
Meh kita banding2kan. Siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.
Kes 1.
TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.
Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".
Kes 2.
Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.
Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.
Saya ada 2 versi jawapan :
Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".
Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".
Ulasan saya adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.
Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang2 melayu di Sungai Limau.
Ana Muslimah
Anon 12.12,
Sememangnya DAP, PKR dan PAs akan terus mainkan isu ini kerana kepentingan politik. Pas pula terpaksa teruskan 'penjelasan' mengizinkan kegunaan kalimah Allah oleh orang Kristian kerana takut lebih ramai orang Islam yang akan tolak mereka. Semuanya demi kepentingan politik.
Yang aku maksudkan ialah ustaz2 yang diluar pagar, yang tidak berada dalam parti politik, tidak perlu sebut nama mereka disini. Kenapa mereka mesti terus2 pertikaikan keputusan mahkamah. Terima sja keputusan itu sebagai KENTENTUAN ALLAH sekira mereka benar2 orang yang beriman... khalas.
MAHALNYA HARGA UNDI CINA ....
Ikhlas saya kata. Saya terkejut dan kecewa bila TS Muhyidin bagi 2 juta dekat sekolah cina. RM2 juta untuk mendapatkan 1800 undi cina dalam PRK Sungai Limau.
Kiraan metamatik : RM2,000,000 dibahgi dengan 1800 pengundi cina = RM1,111.11 seorang. MAHALLLLLLLL ... mahal sungguh undi orang cina.
Informasi : Kalau ada siapa2 atau blogger yang ada maklumat berapa jumlah RM yang Umno bagi kepada melayu dalam PRK Sungai Limau ini (bantu sekolah kebangsaan, bantu surau, bantu mesjid, bantu sekolah agama dll yang menjurus kepada kepentingan melayu islam), sila dedahkan supaya saya boleh buat kiraan metamatik untuk mengetahui berapa harga SATU UNDI MELAYU berbanding dengan RM1,111.11 BAGI SATU UNDI CINA.
Anggaran : Mungkin tidak sampai RM10.00 bagi SATU UNDI MELAYU. Begitu MURAHNYA HARGA SATU UNDI MELAYU berbanbding dengan HARGA SATU UNDI CINA.
Pertanyaan saya adalah :
Penting sangat kah undi cina kepada Umno ? Adakah undi melayu tak penting ? Sudah kaya raya dan senang linang kah orang melayu di Sungai Limau sehingga UMNO tak perlu bantu mereka lagi ?
Fakta 1 :
Umno dan TS Muhyidin tolong tengok gambar yang terpapar dalam blog ini (Gerakan Anti PKR). Tak rasa tersentuh kah dengan keadaan rumah orang melayu seperti yang di lihat dalam gambar ini ?
Fakta 2 :
Saya optimis semua 1800 pengundi cina itu akan bagi undi kepada Umno sebab ini hanya PRK dan bukan PRU. PRK bukan untuk menentukan siapa jadi kerajaan, sedangkan PRU nak tentukan siapa jadi kerajaan. Kalau saya jadi pengundi cina, walau tak bagi apa2 pun saya akan bagi undi kepada Umno dalam PRK ini, tetapi jika PRU walau diberi sebanyak mana sekali pun, saya sapu apa saja yang diberi, tetapi bila nak undi saya tidak akan undi Umno kerana saya tak mahu Umno terus menjadi kerajaan yang memerintah, sebagai seorang cina saya mahu bangsa saya mendominasi pemerintahan negara, sebagai seorang cina hanya parti DAP sahaja yang mampu menyerlahkan impian kami orang cina, dan bukan MCA, dan tidak juga Gerakan. Ini lah yang dilakukan oleh para pengundi cina semasa PRU 13 dulu. TETAPI UMNO BERNASIB BAIK KERANA SAYA BUKAN SEORANG CINA.
Pengundi Umno
Setuju Umno Telah Bazirkan RM2 Juta.
Pengundi cina sudah tunjuk kepada kita masa PRU 13, sama ada cina pekan atau cina kampong mereka sepakat tidak beri undi kepada calon2 Umno. Di kampong2 mereka bagi undi kepada Pas, di pekan2 mereka bagi undi kepada DAP atau PKR. Tobat lahum mereka nak undi Umno.
PRU 13 memang sah " Pengundi Cina Tolak Umno ". Ada siapa2 pemimpin Umno berani menidakkan statement ini ?
Yang sebenarnya, RM2 juta itu kalau Umno gunakan wang sebanyak itu untuk membantu mana2 orang melayu khasnya penyokong2 Pas yang rumah mereka elok sikit sahaja daripada kandang kambing atau reban ayam, insyallah satu kampong akan beri undi kepada Umno sebagai tanda terima kasih kerana Umno bantu orang susah.
Tetapi bila Umno sanggup bagi RM2 juta kepada kaum cina yang terbukti " Tolak Umno Dalam PRU 13 " maka saya rasa ramai orang melayu yang bukan ahli Umno dan ahli Umno yang bukan karat hijau yang telah memasang angan2 untuk mengundi Umno pada 4.11.2013 ini akan berasa TAWAR HATI terhadap Umno.
Kalau Umno dan TS Muhyidin Yassin tak percaya, cuba baca dan hayati lah luahan rasa pengunjung2 dalam blog yang pada peringkat awalnya nampak menyampah dengan Pas tetapi kini mula menyampah dengan Umno pulak. TERMASUK LAH SAYA .....
Pendirian saya sekarang adalah. Dalam PRK Sungai Limau ini JIKA UMNO MENANG MELAYU TIDAK DAPAT APA-APA dan JIKA PAS MENANG MELAYU TIDAK RUGI APA-APA.
Bukan mustahil KERANA RM2 JUTA UMNO AKAN TERLEPAS PELUANG MENANG DI SUNGAI LIMAU. Kita tunggu dan lihat hasilnya pada malam 4.11.2013
Jika Umno kalah, TS Muhyidin Yassin adalah penyebabnya. Jika Umno kalah, RM2 juta adalah harganya.
Pak Belalang
Allah Arab dengan Allah Semenanjung dan Allah Sabah tak sama ker? Hahaha
Peliknya bangsa melayu ini kalau baik dia akan menjadi tersangat baik kadangkala demi menjaga hati dan perasaan orang khususnya yang bukan sebangsa dengannya sikap tolenrasi dan merendah dirinya akan lebih terserlah,lebih-lebih lagi jika ia juga mempunyai niat dan matlamat kepentingan diri. Kerana itulah bangsa lain begitu mudah dapat menyelami dan mengambil kesempatan darinya.
Sebenarnya tak salah bersifat demikian tetapi terdapat sebilangan bangsa melayu apabila terlalu taksub dengan pegangannya mereka sanggup bertindak untuk menghalalkan cara asalkan hasrat tercapai.
Justeru itu dalam soal permasalahan agama pun mereka dah berani menghuraikannya mengikut lojik akal tanpa berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah.
Mengenai isu kalimah Allah apakah orang melayu masih tak faham ke. Aku tetap yakin dan sependapat dengan Dr.Ridhuan bahawa penggunaan kalimah Allah di Malaysia memang merupakan salah satu strategi ampuh kristian secara tidak langsung untuk mengembangkan ajaran mereka
dikalangan orang melayu.
Memanglah dari segi akademik tak salah kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam seperti mana hujah dari cendiakawan Islam di Timur dan Barat tetapi masalahnya ialah, Bangsa-bangsa lain didunia termasuk bangsa Arab sendiri menganut pelbagai agama dan secara umumnya tidaklah menghairankan terdapat bangsa arab yang menganut kristian.
Tetapi amat janggal rasanya kalau disebut orang bangsa melayu Malaysia agamanya kristian. Di Malaysia kalau sebut sahaja Melayu pastilah Islam agamanya. Walaupun desas desus mengatakan kini terdapat orang melayu ada yang beragama kristian tetapi isunya seolah terpencil dan tertutup.
Sejak kedatangan Islam di Tanah Melayu,bila sebut sahaja bangsa Melayu maka Islam lah agamanya. Manakala suku bangsa pribumi lain di Sabah dan Serawak dan Orang Asli di Semenanjung selain Islam dan tidak beragama juga penganut agama lain terutamanya kristian.
Jika penggunaan Kalimah Allah dibenarkan aku yakin secara halus dan perlahan ianya akan meresap masuk mempengaruhi fikiran orang melayu yang rapuh imannya.Khususnya golongan remaja dan muda melayu yang kini begitu kuat dipengaruhi dengan unsur-unsur kearah keduniawi. Ditambah pula dengan tabiat dan budaya perangai orang melayu yang disebut tadi.
Akhbar Herald bermati-matian nak mempertahankan penggunaan kalimah Allah ini pasal apa. Aku percaya tak ada masalah pun kalimah Allah ini jika tidak digunakan dalam Al-kitab mereka. Apa pun sebutan dalam bahasa melayu selain Allah, mesej yang hendak mereka sampaikan tetap diterima dan difahami oleh penganut bukan melayu mereka.
Isu ini sebenarnya tidaklah besar sangat, tetapi kepada golongan oportunis tidak kira apa sahaja agenda mereka telah menjadikan isu ini sebagai peluang buat mereka untuk mengambil kesempatan.
Pastinya kesatuan dan kekuatan orang melayu akan runtuh dan berpecah belah sekiranya pegangan agama yakni Islam bangsa melayu ini berjaya dilemahkan.
11:16 AM,
Kau ketawakan keputusan Mahkamah Rayuan bila kau kata "Allah Arab dengan Allah Semenanjung dan Allah Sabah tak sama" ye?
Jawabnya ia lah: Yang sama ia lah kepala kau dengan kepala lutut kau dan mungkin kepala satu lagi kau.
Amacam, patut tak jawapannya?
Seluruh dunia sedang ketawa dan sindir keputusan kalimah Allah mahkamah rayuan kangaroo dan kerajaan flip flop malaysia.
8:35 AM,
Kamu patut di tangkap, di heret ke lokap Polis di Jinjang, di so'al siasat beberapa hari, kemudian di sondol ke Mahkamah, di dakwa memperkecilkan Mahkamah Rayuan/ "contempt of the Appeal Court" dan menghasut, menyakitkan hati orang orang Muslim yang dahulu telah menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi pihak Kristian.
Kamu Kristian DAP cuba mempudarkan dan mengkucar kacirkan keadaan di negara ini. Bedebah kamu.
Bodoh kamu, tidak mengetahui undang undang Malaysia dan hal bahawa dunia luar tidak ada hak berkenaan undang undang negara ini.
Betul bermasalah kalau nama tuhan digunakan kedua agama kerana tuhannya berbeza sikap. Yang tuhan diagama X suka paksaan dan keganasan tetapi tuhan diagama Y suka keamanan dan toleransi. Penganut akan rasa tuhan bersikap "Double Standard" dan akan menggugat kepercayaannya
rawang,
Sdr kata, "Walaupun desas desus mengatakan kini terdapat orang melayu ada yang beragama kristian tetapi isunya seolah terpencil dan tertutup."
Saya tidak percaya langsung desas desus itu. Ha nya dakyah/ propaganda puak mereka, mencuba melemahkan Melayu.
Saya tidak nafikan ada Melayu yang sebat arak, ada yang kuis sahaja kepingan goreng babi nipis (pork bacon) dan makan yang lain di pinggan sarapan pagi di hotel dsbnya, malahan mungkin ada yang sebat sahaja pork bacon itu - sedap agaknya, saperti goreng daging lembu nipis (Beef bacon) juga. Tapi mereka yang buat gitu pun, tidak semestinya Kristian. Mereka penjanggak - Kristian pun banyak begitu, berdosa juga, saperti tak berpuasa di hari Jumaat (?) - puasa cara dia tak makan daging apekebenda.
Saya tidak ada dengar berita yang boleh di percayai ada Melayu pergi sembahayang di gereja. Yang di ajak "berbuka puasa" di Gereja Methodis Damansara Utama dan di diamkan dek MB Selangor Khalid Gagap pun, di riuhkan dek kaum Muslimin di Selangor hingga Tuanku Sultan menggunakan peranan dia sebagai Ketua agama di negeri itu bagi menyelesaikan keadaan. Mesti ada Melayu yang kuat Islamnya dengar kelakuan saperti itu dan melaporkannya hingga heboh di seluruh negara dan bantot usaha mereka.
Tapi mungkin ada yang keliru bila nampak Idris Jala, Menteri di JPM, sembahyang di gereja di hari Ahad. Dia Kristian, orang Sarawak, bernama Idris, tak salah pun. Saya pun dulu tersilap menganggap Idris Jala tu Melayu dan Islam. Hingga masa saya baca bahawa dia Kristian Sarawak dan berhak sembahayang di gereja.
Melayu Perasan.
Jika melayu ada perasaan. Jika melayu tahu marah. Jika melayu tahu berkecil hati. Jika melayu mahu dihargai. UNDI PAS SEBAGAI PROTES TERHADAP UMNO KERANA BERI PERUNTUKAN BERJUTA KEPADA CINA-CINA YANG TAK UNDI BN PUN PADA PRU 13 ITU HARI.
Pemimpin Umno sebenarnya silap percaturan. Mereka ingat mereka boleh beli undi cina untuk selama-lamanya dengan harga RM2juta.
Percayalah. Pada PRK mana sekali pun jika kerajaan negerinya adalah BN, jika pertandingan adalah diantara Umno dengan Pas, pengundi cina pasti akan undi BN bila BN beri habuan sebelum hari pembuangan undi. Mereka tak ralat hendak memenangkan BN di Sungai Limau dan di lain-lain tempat.
Juga percayalah. Pada PRK mana sekali pun jika kerajaan negerinya adalah PR, atau jika berlaku pertandingan diantara calon DAP/PKR berlawan dengan calon BN, pengundi cina pasti tidak akan undi BN walau pun BN beri habuan sebelum hari pembuangan undi. Kenapa ? Hanya yang cerdik saja tahu jawapannya.
Mungkin para bijak pandai dalam Umno akan mengatakan teori saya ini adalah MENGARUT. Tak apa, kita minta doa bagi ada PRK lagi di negeri yang diperintah oleh PR terutamanya di negeri Pulau Pinang, kita minta bagi berlaku PRK dalam kawasan yang diwakili oleh DAP atau PKR.
Saya nak buktikan kepada pemimpin-pemimpin Umno yang TAK BERAPA CERDIK supaya memperakui bahawa PENGUNDI CINA TAK BODOH.
Kepada Muhyidin Yassin. Awak jangan risau. BN pasti menang di PRK Sungai Limau kerana 100% pengundi cina yang telah dibeli dengan harga RM2juta pasti akan undi BN. Kalau pengundi cina di Sungai Limau tidak undi BN dalam PRK ini, mereka sebenarnya TELAH MENUTUP PELUANG komuniti cina di tempat lain untuk mendapat peruntukan besar daripada BN sekiranya berlaku PRK.
Siapa yang kata macam tu. Bukan saya tetapi adalah rakan-rakan saya bangsa cina yang ada jawatan dalam organisasi yang mewakili suara orang cina.
Cuma sekadar untuk difikir oleh Muhyidin Yasin dan Muhkriz Mahathir. PRK akan ada lagi sebelum tiba PRU14. Akan ada lagi wakil rakyat Pas atau Umno yang akan pendek umur. Di pihak DAP umur wakil rakyat mereka agak liat sedikit.
Melayu
1:44 PM,
Kamu mengata Penganut akan rasa tuhan bersikap "Double Standard" dan akan menggugat kepercayaannya -
kamu agama apa? Ada agama ke kamu?
Waaah, Melayu 10:28 AM, berkempen kamu di sini ye? Melayu PAS nampak nya kamu. Siapa nak caya apa kamu cakap melainkan puak kamu saja.
Kamu mana melayu ada perasaan. Memecah belahkan Melayu tak habis habis. Nik Aziz dok kafir mengkafirkan Melayu, mengarut punya orang tua.
Melayu patut jangan UNDI PAS SEBAGAI PROTES TERHADAP PAS bersekongkol dengan Cina kafir harbi. Sokong Cina Kristian nak gunakan kalimah Allah pulak tu. Mengarut lagi. Di PRU13 pun PAS dapat kerusi yang paling sedikit sekali antara parti komponen PR.
Kamu mengarut ke mengatakan PRK mana sekali pun jika kerajaan negerinya adalah BN, jika pertandingan adalah diantara Umno dengan Pas, pengundi cina pasti akan undi BN bila BN beri habuan sebelum hari pembuangan undi. Bagus lah jika depa undi BN. Tapi yang Nik Aziz beri DAP Nga & Ngeh habuan 10,000 ekar tanah di Kelantan dulu tu apekebendenye?
Yang lain lain kamu cakap tu mengarut saja. Malas aku nak layan panjang panjang sangat dakyah politik kosong kamu.
Post a Comment