(Sinar Harian 14 Okt 2013)
Saya
harap rakan saya berbangsa Melayu tidak salah faham membaca artikel ini. Saya
tidak memandang rendah kepada orang Melayu. Pada saya, semua bangsa dijadikan
Allah SWT mempunyai kekuatannya tersendiri. Tidak ada istilah Melayu malas,
bangsa lain rajin dan sebagainya, sebagaimana yang dipersepsikan. Semua
bergantung kepada diri sendiri seperti kata-kata Pendita Za’ba, rupa tidak
boleh berubah, tetapi perangai boleh diubah. Terpulang kepada kita, nak pilih
yang mana!
Kebelakangan
ini, terlalu banyak sangat ‘kelemahan’ Melayu sama ada yang saya lihat sendiri
atau didedahkan. Saya yakin Melayu tahu dan memahaminya. Tetapi Melayu sengaja
membiarkannya. Dalam apa jua bidang, Melayu bermasalah. Dalam politik, mereka
saling tikam-menikam walaupun sesama parti. Saling fitnah-menfitnah,
jatuh-menjatuh dan sebagainya. Dalam ekonomi, saling dengki-mendengki melihat
orang lain berjaya. Bila tidak puas hati, berlaku santau-menyantau. Mereka
tidak faham falsafah korban, walaupun tiap-tiap tahun menyambut hari raya
korban.
Pendek
kata, dalam apa jua profesion, Melayu bermasalah. Dalam perjawatan awam (juga
swasta), politik untuk naik pangkat,. Oouuhhh! dahsyat. Untuk mencapai matlamat
itu, maka kerjanya, membodek sepanjang masa untuk naik, walaupun kualiti kerja
macam tahi.
Itu
belum sebut lagi masalah sosial yang lain seperti gejala sosial remaja, dunia
hiburan para artis, dadah, dedah, gejala tak solat, masalah keluarga,
perceraian dan lain-lain. Berdasarkan statistik, setiap lima belas minit, akan lahir
anak luar nikah dan pasangan Melayu bercerai. Semuanya ini ada kaitan dengan
sikap Melayu itu sendiri dan kaitannya dengan mahu menjadi popular.
Mudah sahaja untuk menjadi popular di
negara ini. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau masuk universiti. Cukup
sekadar masuk industri hiburan, tonjolkan kontroversi atau masuk pertandingan
menyanyi, melawak, menonjol dalam sukan dan lain-lain berkaitan. Popularlah.
Kenapalah
Melayu pantang popular sedikit? Usahkan diri empunya yang mungkin ‘popular’,
mereka yang tidak kena-mengena pun terasa popular seperti isteri atau suami
artis popular tersebut atau pegawai peribadinya. Maka menyombonglah tidak tentu
pasal. Hidung jadi tinggi. Sama juga macam menteri (popular), menteri tidak
sombong (ada juga yang sombong), yang lebih-lebih adalah orang disekelilingnya.
Kepopularan
ini menjadi dia ‘glamour’. Artis-artispun suka. Maka mengoratlah mereka antara
satu sama lain. Sanggup hadiahkan rumah berjuta-juta. Akhirnya, kedua-dua
menjadi popular. Persoalannya, kenapa sudah sangat nak cari artis atau orang
popular yang warak atau low profile.
Kenapa hidup penuh kontroversi. Tidak teringin ke masuk syurga. Takkan nak
tunggu tua baru nak bertaubat. Ketika itu, mungkin sudah terlambat. Adakah
taubat kita akan diterima? Sebab kita tahu perkara itu tidak baik dan berdosa,
kita lakukan berulang-ulang kali. Kita permainkan Allah.
Lebih
pelik lagi, mereka inilah yang menjadi rebutan syarikat swasta untuk menjadi
duta sana sini. Peribadi duta-duta produk tidak diambil kira, yang penting
popular. Produk laku.
Terbaharu,
dilema Melayu popular. Saya naik muak dan lemas menonton you tube mengenai gelagat isteri seorang pemain bola sepak terhadap
pengawal keselamatan di salah sebuah lapangan terbang. Ini baru bola sepak,
belum lagi bola yang lain, misalnya kehidupan para artis yang penuh
kontroversi.
Kenapa
beliau tergamak mengeluarkan kata-kata ‘bodoh, dayus’ dan sebagainya kepada
pengawal keselamatan, sedangkan mangsa itu hanya seorang pengawal keselamatan,
menjalankan tugas yang diamanahkan. Melayu pulak tu.
Cuba
kita banding dengan jaguh-jaguh negara bukan Melayu seperti pemain badminton
nombor satu dunia. Beliau amat popular. Isterinya juga popular. Kedua-dunya berharta
dan kaya raya. Kehidupannya tidak pula kontroversi. Bayangkan jika pasangan itu
adalah orang Melayu.
Jiran
saya yang tiba-tiba popular dengan lawak bodoh, dengar khabarnya mahu menyaman
bapanya sendiri jika terus campur tangan dalam urusan hidupnya. Wah!
Sombongnya.
Kenapa
Melayu jadi sebegini? Apa masalah Melayu sebenarnya? Pada saya, puncanya adalah
kejahilan. Melayu jahil dengan ilmu. Miskin akhlak. Sebab itu, bila berlawak,
lawak jadi lawak bodoh. Bila berlakon, lakonan seperti dibuat-buat. Bila
menyanyi, tidak ke mana-mana. Bila bersukan, sekadar di pinggiran sahaja. Menjadi
jaguh kampung.
Ingatlah
Melayu popular, di sisi Allah kita bukan apa-apapun jika tidak ada bekalan iman
dan takwa.
Sepatutnya
kita menggunakan populariti itu untuk mencari keredhaan Allah, Menjadikan
kelebihan itu untuk mendidik manusia menjadi manusia, bukan sebaliknya.
Berbeza
dengan artis di barat. Mereka amat popular, bertaraf dunia lagi. Tetapi mereka tidak
sombong, walaupun tidak Islam.
Allahyarham
Michael Jackson amat popular. Beliau tahu di mana had-hadnya. Lagu-lagunya pula
berjenis. Kepopularan mereka digunakan untuk membaiki diri dan keluarga. Buat
bekalan di hari tua. Sebab itulah, jarang dengar orang barat popular merana di
usia tua, sebab mereka ada bekalan. Kita pula berlagak tak tentu pasal dengan red carpet sana sini, tetapi poket
kosong. Bila tua, merana.
Sempena
hari raya korban yang akan kita sambut bersama-sama bermula malam ini, marilah
kita sama-sama melakukan muhasabah diri. Kita hanya makhluk Allah, sepopular
manapun kita, kita tetap hamba Allah. Kita akan ditanya nanti, tentang Tuhan
kita, agama kita, amalan kita dan sumbangan kita. Sejauhmanakah sebenarnya kita
berkorban?
31 comments:
Terima kasih atas peringatan..realitinya begitu..sy melayu..sy terima hakikat ini..sy juga kecewa melihat bgtu ramai bangsa melayu Islam itu bekejar2 menjadi artis sdgkn bangsa lain yg bkn beragama islam dan islam bekejar utk masuk bidang profesional..
Pedih utk di trime tapi itulah hakikatnyer...bkn takat mnjadi artis...tapi yg mmprgunakan agama utk popular pon ada...kalo utk kebaikan alhamdulillah tapi lebih byk mnjurus kearah memenuhkn kantung individu shj...
Betul Tuan, Sebenarnya kita lupa bahawa hidup kita, mati kita adalah kerana Allah Taala. Sebab itulah kita jadi begitu.
Hanya orang yang tidak lupa ( INGAT ) saja yang akan berjaya dan berbahagia di dunia ini dan juga di akhirat nanti.
Tee, nak tanya satu, ko ni melayu keh atau cinebeng?
terbaikkk tuan
Wahai Mamat 10:37 AM,
Petang petang Hari Raya Haji ni jangan lah ko buat tak senonoh, bikin orang meluat dengan tabi'at buruk ko.
Ko baca le latar belakang dia di "About Me" yang Prof Ridhuan tulis di blog dia tuh.
Ko budak kecik ke? Kalau betul, siuh, ko pigi jauh sikit, jangan main tempat orang dewasa nih.
Anda Ridhuan Tee Chuan Seng
Terus kan saudara. Anda tidak bersalah kepada orang melayu. Anda bercakap benar sebenarnya.
Saya seorang melayu. Saya tahu dan faham perangai melayu. Saya yakin tidak akan ada mana2 cediakawan melayu yang berani meng KONDEM melayu secara konstruktif seberani anda.
Kalau ada melayu yang tersinggung, saya berani berkata dia nya adalah MELAYU DI BAWAH TEMPURUNG.
Pada pendapat saya dalam perlawanan bola sepak baru2 ini pasukan Johor kena 6 - 1 dengan pasukan Kelantan, memang wajar dan itu adalah balasan di atas ke MERAK kan Mat Yo sebagai pemain Johor.
Baru jadi pemain bola sepak peringkat negeri, melayu (Mat Yo) sudah MERAK semacam. Betul kata anda saudara Ridhuan, seorang cina (Lim Chong Wei) seorang pemain badminton negara yang bertaraf dunia tapi tak lah se MERAK seorang melayu seperti Mat Yo. Betul kata anda Lim Chong Wei itu berkali2 lebih kaya dan berharta dan terkenal daripada Mat Yo. Tanya kepada dunia, siapa itu Lim Chong Wei ... semua orang tahu. Cuba tanya kepada dunia, siapa itu Mat Yo ... terpinga2 dan tercengang2 orang itu nak menjawab.
Kita minta Mat Yo cubalah bandingkan diri kamu itu dengan Lim Chong Wei ... you are nothing and no body.
Contoh MELAYU DI BAWAH TEMPURUNG yang terunggul adalah Anon 10.37am yang bertanya soalan " Tee, nak tanya satu, ko ni melayu keh atau cinebeng? ". Itu pun kalau dia nya melayu tetapi kalau dia nya cina, dia adalah cina yang Melayu Tak Boleh Buat Kawan.
Saudara Ridhuan, tolong siar kan tulisan saya ini " KEBANYAKAN CENDIAKAWAN MELAYU ADALAH HIPOKRIT ". Mereka nampak keburukan bangsa mereka tetapi mereka malas hendak menulis seperti yang anda tulis.
Saudara Ridhuan, sekali lagi tolong siar kan kenyataan saya ini (based on my own observation) " RIDHUAN TEE CHUAN SENG TERBUKTI LEBIH MELAYU DARIPADA PARA CENDIAKAWAN MELAYU SENDIRI, RIDHUAN TEE CHUAN SENG TERNYATA SAYANG KAN BANGSA MELAYU LEBIH DARIPADA CENDIAKAWAN MELAYU SENDIRI, RIDHUAN TEE CHUAN SENG TERLIHAT MAHUKAN MELAYU BERSATU LEBIH DARIPADA YANG DIMAHUKAN OLEH PEMIMPIN POLITIK MELAYU SENDIRI ".
Jika ada melayu yang nak berhujah untuk menidakkan kenyataan saya diatas .... sila kan.
Ana Muslimah
Saudara Ridhuan Tee Chan Seng
Minta maaf kerana saya memanggil anda dengan nama cina anda. Bukan saya tidak mengakui semangat membela melayu yang ada dalam diri anda. Tetapi saya nak sedarkan melayu2 yang tidak bersemangat melayu seperti yang anda miliki. Saya nak beritahu melayu2 diluar sana BAHAWA ALLAH UTUSKAN KEPADA MELAYU SEORANG CINA YANG SANGAT MENGAMBIL BERAT AKAN NASIB DAN MASA DEPAN MELAYU.
Masih berkenaan kisah bangsa saya lagi. Pemilihan Umno telah pun selesai pada peringkat Pemuda, Wanita, Puteri dan Bahagian. Minggu hadapan akan berlansunglah pemilihan peringkat MKT.
Saya rasa pemilihan yang telah berlalu tak kurang kecohnya seperti yang SPR dituduh oleh pembangkang pada PRU13 baru2 ini.
PRU13 ada cerita lampu padam semasa proses pengundian ... dalam pemilihan Umno juga berlaku.
PRU13 ada cerita lampu padam semasa proses pengiraan undi ... dalam pemilihan Umno juga berlaku.
PRU13 ada cerita bilangan kertas undi dalam peti undi melebihi bilangan pengundi berdaftar ... dalam pemilihan Umno bilangan kertas undi dalam peti undi melebihi bilangan perwakilan yang hadir.
PRU13 ada cerita pihak pembangkang buat kecoh di tempat membuang undi ... dalam pemilihan Umno apa kurangnya, baling mikrofon, tengking menengking, tekak menekak, tolak menolak sesama orang Umno.
PRU13 dalam ceramah dan kempen, peribadi calon menjadi modal (sebab saya banyak hadir ceramah kedua2 pihak) ... dalam pemilihan Umno rasanya itu juga modalnya untuk meraih sokongan (kerana saya bukan ahli Umno jadi saya tak berpeluang mendapatkan first hand information).
Kalau begitu lah caranya mereka nak menang, maka tertanya2 lah saya, " Adakah Yang Menang Itu Nanti Akan Menjaga Melayu dan Islam " seperti mana yang diharapkan oleh orang melayu yang tak berparti seperti saya ini ??????.
Ana Muslimah
Cerita Pemilihan Umno lagi.
Kelakar. Melucukan. dan merugikan orang Melayu.
Di Kelantan, seperti yang keluar dalam paper Sinar Harian hari ini, ada perwakilan Umno yang mengundi nak pilih pemimpin Umno tak reti membaca dan menulis (buta huruf atau behhaa kata orang indon). Sampaikan nak tulis nombor angka calon pun tak reti ... astaghfirullah. Yang jadi perwakilan itu pula bukan kecik anak, paling lekeh pun Ketua Cawangan atau AJK Cawangan.
Ini lah orangnya yang nak tentukan siapa menang siapa kalah, siapa jadi ketua siapa tidak jadi ketua. Maknanya mereka yang menang dalam pertandingan itu adalah atas pilihan orang Umno yang buta huruf atau keputusan menolak orang yang berminat hendak berkhidmat dibuat oleh seorang yang buta huruf.
Ada kualiti kah Bro siapa yang terpilih melalui undi perwakilan yang buta huruf ?????? Bangga kah diri orang yang terpilih itu bila dia nya dipilih oleh perwakilan yang buta huruf ??????
Ana Muslimah
Maaf. Ada sedikit gangguan. Jangan betulkan peranti anda.
Berita terbaru. Kerajaan Malaysia menang dalam tindakan mahkamah menentang Majalah Herald hendak guna kalimah Allah. Terima kasih kepada para Hakim yang bijaksana.
Sempena hari raya korban ini pasti ada yang Terkorban Air Mata dan Peluh Keringat dalam Isu Kalimah Allah. Sekalung UCAPAN TAKZIAH buat para pemimpin dan Ulamak Pas yang bermatian2 berjuang untuk membolehkan Kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa melayu.
Jika Majalah Herald gagal, maka percaya lah wahai Tokguru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang BAHAWA SESUGGUHNYA PERJUANGAN ANDA BERDUA DALAM HAL KALIMAH ALLAH INI TIDAK AKAN BERJAYA SELAGI MANA UMNO MASIH MEMEGANG TERAJU PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA.
Ana Muslimah
Saya faham tujuan RT menulis rencana ini menjelang Hari Raya Korban yang kita alami hari ini. Mahukan kaum Melayu berfikir dan cuba membaikki akhlak mereka untuk kebaikan masa depan bangsa dan negara. Tidak ada masalah bagi saya.
Tetapi saya mahu pembaca juga sedar bahawa kaum lain juga tidak banyak beza tabi'atnya. Hangan putus asa hingga tak bermaya. Ha nya jangan kita gunakan hal ini sebagai helah meneruskan kelakuan tidak baik kita dan tidak mahu bertukar untuk membaikki keadaan bangsa dan negara.
Banyak contoh yang boleh di berikan berkenaan ini untuk menaikkan semangat kaum kita saperti yang RT juga mencuba. Akan di terangkan bila lapang nanti.
Selamat Hari Raya.
Salam Dr. Ridhuan Tee,
1. Pandangan anda cukup bagus dan berkesan. Bangsa Melayu memang dari waktu ke waktu perlu di kejutkan.
2. Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang mementingkan diri. Jemaah hanya pada nama tetapi realiti nya wang dan kuasa menjadi pilihan. Ini banyak di golongan yang bujur lalu melintang patah. Bila melakukan sesuatu, selalu nya melampau terhadap bangsa sendiri, tidak kepada bangsa lain.
3. Populariti satu perkataan keramat. Bila nama di sanjung, tiada yang lebih baik selain menjana kekayaan dengan cara yang melawan hukum Allah. Lihat lah kemelut orang bukan Islam menabur tahi kepada Melayu. Malah kepada Pemimpin-Pemimpin Melayu juga. Macam-macam perkara yang tidak masuk akal mereka provokasikan. Tiada Melayu bersuara dan melawan tomahan. Jika ada, bukan musuh yang di matikan tetapi Melayu yang memberontak akan di hapuskan ! Itu sebab bukan melayu menjadi- jadi dengan penghinaan mereka sehingga ke peringkat kalimah Allah, mahu di syirikkan.
4. Ulama-Ulama kian jumud dan tidak berperanan. Sesungguh nya Melayu Islam dalam dugaan yang maha hebat. Kadangkala saya teringinkan se orang Imam Mahadi Melayu keluar dan berjihad sebelum Imam Mahadi sebenar di akhir zaman. Di mana tokoh-tokoh ini ? Ada kah di sebabkan politik dan tekanan kuasa menjadikan Ulama tidak produktif ?
5. Bandingkan Melayu dahulu dan sekarang. Di kala ini Melayu amat mudah sekali di pengaruhi tomahan dan fitnah yang tidak bersandarkan realiti. Jika suatu hari kelak Malaysia di rampas pihak duniawi dari golongan kafirun, Melayu akan menangis berairmata darah. Menangis tidak berlagu.
Sesungguh nya, amat kesian generasi Melayu akan datang. Dalam terang hak-hak mereka telah di nafikan... di Indonesia, mereka liberal tetapi tidak sampai menggadai maruah bangsa dan negara seperti sebahagian melayu di sini teruja melakukan.
Walaupun pahit macam HEMPEDU tapi TERIMALAH HAKIKATNYA.....memang Melayu penuh dengan PhD-PERASAAN HASAD-DENGKI. Ini cerita BENAR ibu saudara saya yang boleh jadi satu BUKTI.....kenalan ibu saudara saya (perempuan), pandai buat kuih. Dapat banyak tempahan dan kalau banyak tempahan, banyaklah juga untungnya. Tapi ada jiran baik dan rapat dgnnya mula berhasad-dengki. Jiran baiknya pergi cari bomoh buat kerja bodoh, kerja syirik, sihirkan dia. Dia kemudiannya jadi tak waras, ada masa betul, ada masa tak betul. Apa jirannya yg menyihir tu dapat? Untung ke jirannya tadi? Tak....malah BALA yg sampai. Masa dekat sakratalmaut jirannya panggil dia datang dgn penuh kepayahan jirannya tu mengaku menyihirnya dan minta maaf sebab susah nak mati. Baru berniaga kuih ceritanya dah jadi macam tu. Tu sebab Melayu SUSAH nak maju, "PhD" terlampau MENEBAL tulah yg menjatuhkan Melayu.....yang RUGINYA sesama Melayu juga.
Samalah halnya dgn cerita sensasi tentang ISTERI PEMAIN BOLASEPAK......yang dikhabarkan MENYEPAK pengawal keselamatan. Itu penyakitnya Melayu......baru Allah kurniakan sikit nikmat dah LUPA DIRI.....macamlah nikmat rezeki dan kekayaan HAK MUTLAK dia. Apa tak pernahkah dengar agama mengatakan rezeki dpd ALLAH? Bila-bila masa pun Allah boleh TARIK balik nikmat tu. Siapa dia yang BESAR KEPALA sangat?? Hanya seorang manusia yg tak terlawan KUASA Allah. Bodoh atau cerdikkah orang begini? Bukan tahu nak bersyukur malah nikmat yang diberi Allah menjadikan dia lebih SOMBONG-RIYAK sehingga HILANG SOPAN-SANTUN, hilang SEGAN dan hilang HORMAT kepada orang yg lebih tua.....dan lebih JAUH dpd Allah. Akhirnya lebih HINA disisi Allah. Ini juga boleh jadi salah satu bukti memang Melayu mudah lupa, TIDAK BERSYUKUR dan berlagak bila sudah senang, sungguh MEMALUKAN, beginikah sikap ORANG ISLAM?
Begitu juga dalam memegang kuasa, yang difikirkan ialah wang, harta dan pangkat. Tergamak GADAIKAN maruah AGAMA dan BANGSA kerana tamakkan DUNIAWI. Yang lebih dipentingkan ialah PUJIAN DUNIA dan SOKONGAN dari orang-orang yang berpengaruh supaya nampak lebih OPEN MINDED dan LIBERAL sehingga tak sedar mengundang BAHAYA kpd agama dan bangsa sendiri. Tapi malangnya yg MENGANGGUNG RISIKONYA ialah kita yg di bawah ni.
Allah PINJAMKAN kuasa untuk MENGUJI kita sama ada kuasa yg kita pengang itu dapat DIMANFAATKAN utk AGAMA dan UMMAH sekelian.....atau kuasa itu membuat kita rasa HEBAT lalu membawa kita TERPESONG jauh dari Allah. Jangan terlalu mengejar sokongan MANUSIA dan DUNIA, manusia dan dunia ni tak ada apa-apa pun .......sedangkan kalau kita dapat AKHIRAT dgn sendirinya kita dapat MENGUASAI dunia juga. Ingatlah kalau anda menjatuhkan agama dan bangsa, Allah dan bangsa anda jugalah yg akan menjatuhkan anda.
Seperkara lagi remaja Melayu kita amat leka dgn hiburan. Sama-sini pertandingan hiburan. Ada sesetengah remaja menjadi begitu obses dgn hiburan. Kita boleh berhibur tapi ada batas-batas yg mesti dijaga seperti tingkah-laku dan pakaian. Kalau dinisbahkan rancangan TV, program hiburan lebih dari rancangan agama, motivasi yang membina.
Ya, kalau dikenangkan memang pahit untuk ditelan tapi itulah KENYATAAN tentang penyakit Melayu. Cukuplah, janganlah kita leka lagi dgn KETAMAKAN, HASAD-DENGKI, PENTINGKAN DIRI, UJUB-RIYAK yang akhirnya menjatuhkan sesama kita, sesuatu yang memang ditunggu-tunggu oleh pihak tertentu.......muhasabahlah diri kita sebelum Allah duga kita dengan dugaan yang lebih HEBAT lagi. Sedangkan ujian yang ada ni pun kita dah banyak kali FAIL, apalagilah ujian yg BESAR-BESAR......
Salam Prof;
Buatlah kajian
a) Mengapa usahawan Melayu selalu gagal dalam perniagaan?
b) Mengapa sejak dahulu sehingga ke hari ini orang Melayu sukar untuk maju di negara sendiri?
c) Mengapa sikap tamak haloba mementingkan diri dan berhasad dengki banyak di kalangan orang-orang Melayu sendiri?
d) Mengapa orang-orang Melayu yang telah diberi amanah untuk memimpin lebih suka membantu diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu?
e) Mengapa pemimpin Melayu mempunyai pendirian yang survival politik diri sendiri lebih penting dari survival politik bangsa?
f) Masih boleh pakai ke "fatwa takdir" Ustaz Fathul yang orang-orang Melayu sememangnya sudah ditakdirkan tidak boleh maju?
g) Apakah terdapat kebenaran dalam perkataan ‘melayu’ itu sendiri yang membuatkan bangsa Melayu ‘menjadi layu / melayu’ di negara sendiri?
h) Mengapa Restoran Makanan Mamak berjaya dan Restoran Melayu gagal?
i) Mengapa kehidupan Nabi Mohammad s.a.w. tidak dapat diasimilasikan mahupun diintegrasikan oleh orang Melayu? Mengapa seruan Allah S.W.T. tidak diendahkan?
Biasalah, bila terlalu banyak kereta proton di jalanraya maka banyaklah kereta proton yang accident yang kita nampak. Canggih macammana pun proton juga yang accident yang kita nampak. Tapi kera jaan masih tak mahu turunkan harga kereta jadi tanggunglah sendiri.
Proton oh proton... kerana kaulah aku masih tak mampu beli VW Golf terbaru!
Wahai manusia yang menggunakan nama "Dilema Masyarakat Melayu". Nama kamu itu membawa kapada blog Malaysian Insider. Pembangkang kamu ye?
Kamu tanya berbagai so'alan. Tak tahu jawab ke menyindir? Kamu Melayu ke pendatang?
Nanti aku lapang, aku tuding kau, ye?
Aku tak reti buat kajian. Tapi untuk nak nuding si Mamat di atas tu, ni dia jawab aku:
a) Mengapa usahawan Melayu selalu gagal dalam perniagaan?
Sebab Melayu takda budaya niaga, hanya budaya berdagang, barter trade, tukar barang keperluan harian, takda timbang menimbang, takda letak harga, takda ambik untung. Cina dah beribu tahun budaya niaga, tapi masyarakt Cina di China merepes banyak ratus tahun, mula naik ekonominya hanya 10-20 tahun lalu.
Cina tak mahu kerja sama dengan Melayu, nak bersaing berniaga, kasi hagra dan kemudahan berniaga berlainan kapada Melayu banding dengan kapada Cina.
b) Mengapa sejak dahulu sehingga ke hari ini orang Melayu sukar untuk maju di negara sendiri?
Masa Kerajaan Melayu Melaka 100 thun lebih zaman gilang gemilang Melayu Melaka dalam sejarah. Siapa cakap Melayu tak maju di zaman itu, dia bodoh, buta sejarah. Tapi Portugis datang dengan senjata api, Melayu kalah. Omputih pun ada yang kalah, Belanda hentam Portugis, Bretes hentam Belanda di negara ini, sama sama ada senjata api.
c) Mengapa sikap tamak haloba mementingkan diri dan berhasad dengki banyak di kalangan orang-orang Melayu sendiri?
Banyak juga di kalangan bukan Melayu. Terutama di dalam DAP. Lihat hentam mengentam hingga RoS pakse depa pilih CEC kali ke dua. Kamu tak baca ke perang antara puak dalam MCA? Eleh, Fcukatan pun banyak perang fasal kerusi, fasal kalimah Allah, fasal siapa calon PM. Tak usah nak temberang lah kamu.
Sebenarnya bangsa Melayu juga mempunyai kelebihan. Sejarah telah membuktikan bahawasanya bangsa Melayu merupakan bangsa yang berlapang dada dengan menerima kerakyatan bangsa lain di bumi bertuah ini.
Malah harta dan nyawa bangsa lain dilindungi sesuai dengan perlembagaan persekutuan. Kebaikan bangsa Melayu ini adalah disebabkan pengaruh agama Islam yang menyeru umatnya berlaku adil dalam setiap tindakan.
Teguran dan nasihat daripada Saudara Ridhuan Tee terhadap bangsa Melayu perlu diberi perhatian. Ia bertujuan supaya bangsa Melayu tidak hanyut dengan dunia popular tanpa memikirkan nasib anak bangsa pada masa hadapan.
Sambung jawapan untuk benda Allah yang pakai nama "Dilema Masyarakat Melayu" -
Sebelom aku lupa, nak cakap masyarakat asing pun macam macam dilema. Berpecah jugak. DAP, MCA, Gerakan. Sekarang dalam parti pun berpecah puak itu ini. Semua ada taik lah, Mamat.
d) Mengapa orang-orang Melayu yang telah diberi amanah untuk memimpin lebih suka membantu diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu?
Jawabnya sama dengan orang orang pendatang. Lihat DAP di Penang, PR di Selangor. Talamgate lah, tanh Kampong Manggis lah, projek sPICE lah. Mengarut nak ngata Melayu saja. Baru berapa tahun merintah di peringkat negeri dah banyak tahi. Kalau 50 tahun, tahi mereka dah separuh negara.
e) Mengapa pemimpin Melayu mempunyai pendirian yang survival politik diri sendiri lebih penting dari survival politik bangsa?
Pemimpin Cina DAP pegang kapada survival ultra kiasu dah 46 tahun sejak tubuh parti. Sampai di panggil Lim dinasti, Karpal Singh dinasti, nak survival politik diri sendiri. Jangan cakap lah, Mamat. Mengarut saja kamu.
g) Apakah terdapat kebenaran dalam perkataan ‘melayu’ itu sendiri yang membuatkan bangsa Melayu ‘menjadi layu / melayu’ di negara sendiri?
Kamu sudah menghasut cakap begini, woi Bedebah. Kamu perlu di tangkap, di heret ke Balai Polis, di sumbat ke lokap Polis Jinjang macam PKR Tian Chua, di seret ke Mahkamah dan di fdakwa di bawah akta Hasutan.
h) Mengapa Restoran Makanan Mamak berjaya dan Restoran Melayu gagal?
Siapa cakap restoran Melayu gagal? Kamu buta ka? Tak lihat di Damansara, di Kelana Jaya, di Shah Alam dll ada restoran Melayu yang berjaya. Kupra worak kau cakap tak senonoh.
i) Mengapa kehidupan Nabi Mohammad s.a.w. tidak dapat diasimilasikan mahupun diintegrasikan oleh orang Melayu? Mengapa seruan Allah S.W.T. tidak diendahkan?
Ini juga kamu mengarut. Kalau kamu Melayu, kamu perlu di sodok oleh Anwar Al Juburi.
Kalau bukan, kamu perlu tahu bahawa kaum pendatang ramai yang tak beragama. Ramai yang praktikkan tiga agama di masa yang sama - Cofucianism, Taoism dan Buddhism. Sebab ultra kiasu, mahukan tiga insuran dari malapetaka. Tapi malapetaka jugak. Kelang kabut sejarah negeri Cina demikian lama.
Wahai insan yang suka menuding...
Orang Melayu tidak perlu takut dengan pembangkang.
Mereka yang membangkang tidak perlu jadi pendatang ataupun keluar dari Malaysia.
eh wah eh wah,
mamat muncul dari mane nie? namo pun tak ado? soalan di ajukan kat prof madya bagi buat kajian.
mamat, ko bukan pakar. bagilah yang ada kepakaran buat kajian.
mamat ko nie ngapa sibuk menjawab? dahlah tue, makan kerepek sampai merepek pulak jawapannya.
mamat, ko nie jangan membudakkan pembaca kat blog nie. kalo nak merepek, elok main jauh jauh dari sini.
bosanlah dah aku ko buat dengan komen yang merepek aje!
kalo nak jadi popular, bagilah komen yang lebih bernas bukan dengan komen haprak ko. bacalah elok elok tulisan prof kali nie. masih dilamun mimpi sejarah silam ko? ubahlah sikap ko nie.
kasi respect sama minda kalian pembaca. jangan memperkecilkan intelek pembaca. dulu boleh, kini dan selamo-lamonya sudah tak boleh pakai lagi.
Wahai insan yang bermimpikan Kerajaan Baru,
Aku tak takutkan Pembangkang. Ha nya nak tuding mana yang perlu di tuding. Terutamanya yang mengarut. Yang menuduh liar tanpa bukti atau justifikasi.
Mereka yang membangkang selalu nya pendatang. Siapa yang tak hormatkan dan patuhi Perlembagaan perlu di siuh ke luar. Tak kira pendatang atau yang terkangkang kangkang membangkang. Orang orang kenamaan pun ada yang kata begitu. Kau apa nama yang ada? Hanya pengkhianat bangsa dan negara.
Prof, saya Melayu JaMak (Jawa + Mamak), saya respek dan setuju dengan Prof ...Melayu memang gitu...sedeh kannn
Sekarang isu orang muflis tak boleh mengundi dalam pemilihan UMNO. Harap saudara boleh beri pandangan.
Wahai insan yang mimpikan KERAJAAN BARU,
Kamu ke manusia yang sabelom ini gunakan nama "Dilema Masyarakat Melayu"?
Komen pakai banyak nama, ye? Jahat kamu.
Jadi, kamu hanya nak nunjukkan pembangkang tu ramai di sini, tapi hanya sorang saja. Jadi, siapa yang takut pembangkang macam itu.
Wahai manusia yang pakai nama "Dilema Masyarakat Melayu" dan "KERAJAAN BARU",
So'alan so'alan provokasi kamu di bawah nama "Dilema .." dah di jawab di atas tu.
Dah rasa kena tuding ke? Cukup ke? Kalau tak cukup, kasi tau, ye?
Dah banyak kali orang suruh kau beli dan baca buku sejarah "Tamadun Alam Melayu" dan "The Malay Civilization", terbitan Persatuan Sejarah Malaysia, nampaknya kamu tak baca pun. Tu sebab orang anggap kamu pendatang, tak suka sejarah, mahukan sejarah bermula dari tarikh pendatang masuk negara ini. Mana boleh, Mamat.
Kamu pergi beli lah buku buku itu di Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL. Baca lah. Lepas tu, kamu masuk sini lagi, kita bincang berdasarkan fakta fakta di buku buku itu.
Kalau tak, kamu keluarkan so'alan so'alan membodoh nak cuba menuding Melayu saja, tak bijak lah, betul tak? Aku tau kau kata tak, tapi pembaca boleh tau apa sabenarnya.
Wahai manusia yang pakai nama "Dilema Masyarakat Melayu" dan "KERAJAAN BARU",
So'alan so'alan provokasi kamu di bawah nama "Dilema .." dah di jawab di atas tu.
Dah rasa kena tuding ke? Cukup ke? Kalau tak cukup, kasi tau, ye?
Dah banyak kali orang suruh kau beli dan baca buku sejarah "Tamadun Alam Melayu" dan "The Malay Civilization", terbitan Persatuan Sejarah Malaysia, nampaknya kamu tak baca pun. Tu sebab orang anggap kamu pendatang, tak suka sejarah, mahukan sejarah bermula dari tarikh pendatang masuk negara ini. Mana boleh, Mamat.
Kamu pergi beli lah buku buku itu di Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL. Baca lah. Lepas tu, kamu masuk sini lagi, kita bincang berdasarkan fakta fakta di buku buku itu.
Kalau tak, kamu keluarkan so'alan so'alan membodoh nak cuba menuding Melayu saja, tak bijak lah, betul tak? Aku tau kau kata tak, tapi pembaca boleh tau apa sabenarnya.
Salam Dr. Ridhuan,
Ini lagi satu gelagat isteri mengeluarkan kata-kata bodoh
Macam2 Ada ....
Ada orang tak suka ditegur. Kalau ditegur saja terus dia melenting. Sudahnya hapah pun dia tak dapat ... maka tinggal lah dia dalam keadaan dia yang sedia ada ... kalau dia dalam keadaan bodoh maka kekal jadi bodoh sampai bila2 ... kalau dia dalam keadaan mundur maka kekal jadi mundur sampai bila2 ... kalau dia dalam keadaan miskin maka kekal jadi miskin sampai bila2 ... kalau dia dalam keadaan porak peranda maka kekal jadi porak peranda sampai bila2.
Ini lah yang ada dalam diri orang melayu. Pantang ditegur. Belum sempat habis orang nak menyampaikan teguran, udah dijawab balas menangkis teguran.
Ini juga yang dibuat oleh satu dua orang melayu yang perasaan dirinya ulamak besar, ulamak tersohor ... bila orang tegur tak wajar sokong kristian nak guna kalimah Allah dalam bible bahsa melayu ... tak sempat ayam berkokok dia dah siap dengan hadis dan firman untuk menegakkan tindakannya menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu ... dia perasan dia yang paling alim ... dia perasaan dia yang paling serba tahu.
Tetapi dia lupa bahawa si jahil yang menegur nya tadi walau pun tak alim tetapi dianya lebih celik dan cerdik daripada insan yang perasaan dirinya yang paling alim.
Yang si jahil tu nak beritahu adalah ... tujuan puak kristian tu beria2 benor nak sangat God dalam bible bahasa melayu diterjemahkan kepada Allah adalah supaya orang melayu tak rasa kekok bila nak cuba2 membaca bible ... nak kekok hapah nya kalau dalam quran ada Allah dan dalam bible pun ada Allah ... sudahnya si pembaca tu akan buat kesimpulan " oh rupe2nya islam dengan kristian ni serupe saje ".
Teman nak kabor kepada dua ekor ulamak tu ... " diantara awak berdua dengan Lim Guan Eng, teman berani kata Lim Guan Eng tu sepuloh kali lebih cerdik dari pada kamu ". Itu lah caranya puak kristian nak mendekatkan agama kristian kepada orang melayu.
Kepada saudara Ridhuan Tee Chuan Seng, kalau ada apa2 saja yang kamu sebagai orang cina nampak tak kena dengan perangai orang melayu ni ... kamu tibai cukup2 ... teman suka bebenor. Ini bukan perli ... ini sungguh2 ikhlas. Sebab teman terima kamu semacam orang melayu.
Tok Perak
Salam Prof.
Teguran demi mengingatkan Melayu patut diterima dengan hati terbuka. Semua Melayu patut berfikir untuk memperbaiki kelemahan Melayu dan meningkatkan lagi kekuatan Melayu yang sedia ada. Penonjolan kelemahan Melayu sepatutnya dijadikan senjata untuk emningkatkan kekuatan Melayu bukan menyanggah dalam nada emosi. Semua kelemahan yang dinyatakan perlu difikirkan dalam bentuk positif demi kekuatan MELAYU. Untuk menjadikan Melayu berjaya perlukan ILMU dan sesuai dengan Firman Allah yang pertama...IQRAK IQRAK IQRAK. Kelemahan Melayu berkait rapat dengan ketingalan dalam hampir semua bidang ILMU. Bercakap tanpa ILMU akan bernada EMOSI yang menjadi halangan untuk memajukan MELAYU.
Ditinggikan derajat bagi yang mereka yang berilmu....Al Quran.
Post a Comment