Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, October 21, 2013

Bangunlah Melayu sebelum melayu

12:11 AM Posted by RIDHUAN TEE 20 comments
(Sinar Harian 21 Okt 2013)

Saya hairan kenapa ada kalangan orang Melayu yang memandang rendah kepada kedudukan Bahasa Melayu (BM), sedangkan bahasa ini pernah menjadi bahasa lingua franca suatu masa dahulu, dipertuturkan begitu ramai sekali. Lebih hebat lagi BM sebagai bahasa perpaduan kalangan bukan Melayu.

Bayangkan ketika interaksi antara dunia luar dengan dunia Melayu. Bahasa apakah yang digunakan? Terutama interaksi antara pedagang (pendakwah) Arab, China dan India yang datang ke alam Melayu.

Mustahil sama sekali Cina, India atau Arab saling bertemu, mereka bertutur bahasa masing-masing. Sudah tentu bahasa pengantaranya adalah bahasa Melayu. Jika tidak, susah mereka nak cari makan di Alam Melayu. Kenapa mereka boleh memaksa diri mereka belajar BM? Kenapa rakyat negara kita, sekian lama tinggal, begitu liat, sehingga ada yang tidak boleh faham dan bertutur? Silapnya di mana?

Justeru, saya amat kagum dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang  beriltizam untuk meningkatkan penggunaan BM dengan memberi insentif kepada pengamalnya seperti kenaikan pangkat dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, BM hendaklah dijadikan dasar sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Tidak ada sesiapa yang menolak kepentingan bahasa lain, terutama Bahasa Inggeris (BI). Bodohlah sesiapa yang menolak bahasa antarabangsa ini. Tetapi jangan sampai BM seperti hidup segan mati tak mahu. Inilah hakikat yang berlaku sekarang.

Boleh dikatakan seluruh IPTA sedangkan mengalami proses pengInggerisan, termasuk universiti saya bekerja. Lebih malang lagi, semua profesor dan pensyarah diwajibkan menduduki ujian BI untuk menguji level bahasanya. Adakah ini wajar?

IPTS usahlah diceritakan. Telah lama mengalami proses peInggerisan dan pemandarinan seratus peratus. Peliknya kenapa proses pemandarinan boleh berjalan? Adakah kerana kebangkitan kuasa besar China? Bila kuasa India bangkit pula nanti, adakah berlaku proses pengIndiaan? Begitu juga Thailand, Vietnam dan lain-lain.

Alasan yang diberikan, kita menuju proses pengantarabangsaan. Wajarkah identiti negara dikorbankan untuk proses pengantarabangsaan tersebut? Adakah kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada sikap warganya atau kebolehan mereka berbahasa Inggeris?

Jika BI itulah yang menjadi penentu, sudah tentu negara Filipina dan India sudah berjaya kerana negara ini amat mementing bahasa ini. Nasihat saya, betulkan sikap kita dahulu.

Negara lain seperti Cina, Korea, Jepun, Jerman dan sebagainya, termasuk juga Thailand, teramat kuat semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bahasa mereka. Negara-negara ini tetap maju tanpa mengalami proses peInggerisan. Produk-produk mereka, termasuk kereta tetap berkualiti tinggi.

Mereka yang bekerja di Proton, Perodua dan lain-lain GLC, termasuk Tabung Haji, bahasa Inggeris mereka cair, tetapi kualiti produk masih dipertikaikan.

Jika pandai bahasa Inggeris, lebih Inggeris dari Inggeris sekalipun, selagi sikap dan perangai tidak berubah, tidak ke mana-mana juga.

Kita perlu ada dasar yang jelas demi masa depan jati diri negara. Generasi muda ultra kiasu hari ini, sudah langsung tidak memperdulikan kepentingan BM. Mereka hanya mahukan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris sahaja. 

Justeru, kenyataan TPM tepat pada masanya. Minta DBP perincikan untuk dimaktubkan sebagai dasar dan beri kuasa kepada DBP untuk melaksana.

Saya mohon ucapan TPM ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 diperhalusi.

Beri keutamaan kepada golongan pensyarah di IPTA dan IPTS menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Nilai dan insentif yang tinggi perlu diberikan terhadap hasil karya mereka.

Malangnya, ketika menggubal dasar universiti baru-baru ini, markah yang diberikan kepada penerbitan BM amat sedikit berbanding penerbitan BI. Bila saya membangkitkan perkara ini, mereka berkata, BM bersifat lokal, BI bersifat internasional. Apa-apapun BI mesti diberi keutamaan termasuk menjadi bahasa rasmi universiti. Inilah pemikiran Melayu hari ini. Bukan Melayu usahlah cerita. Kalau boleh perkataan Melayu itu sendiri mereka tidak mahu lihat.

Lihatlah apa sudah jadi dengan Universiti Malaya (UM). UM sedang mengalami proses pembaratan. Malah lebih barat daripada universiti barat. KPI atau SOP mereka bukan lagi Malaysia, tetapi barat. Maklumlah mahu jadi internasional. Malangnya, ranking tidak juga naik-naik. Universiti Islam Antarabangsa, sejak awal penubuhannya menggunakan BI, masih lagi merangkak-rangkak mengejar ranking dunia. Begitu juga dengan UiTM yang begitu kuat semangat Melayunya juga menggunakan BI.

Universiti di China, Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya, tidak pula mengikuti proses pembaratan dan peInggerisan. Bahasa yang digunakan tetap bahasa ibunda mereka. Kita, yang melanjutkan pelajaran di sana, mesti belajar bahasa mereka. Ranking dunia mereka tetap berada dalam kedudukan amat membanggakan.

Salah di mana sebenarnya? Ikut barat? Atau kembali melihat kualiti dan kekuatan jati diri. Bangunlah wahai semua naib Canselor dan profesor. Sahutlah cabaran TPM tersebut. Kembalilah menghayati sejarah Melayu! Melayu pernah jadi hebat dengan semangat Melayunya. Wahai para Melayu! Kamu tidak akan ke mana-mana sekadar pandai berbahasa Inggeris, jika perangai kamu tidak berubah dan tidak yakin dengan kekuatan diri.

Saya amat mengharapkan TPM dapat menggariskan satu dasar agar BM tidak menjadi bahasa tumpangan sahaja di universiti.

20 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dan sokong pengInggerisan di seluruh IPTA. Tapi tak setuju pemandarinan. Dan sudah tentu saya sokong tindakan Timbalan Perdana Mnteri/Menteri Pelajaran berkenaan pembahasamelayuan.

Inggeris sudah lama terbukti sebagai bahasa antarabangsa, di gunakan di seluruh dunia. Mandarin tidak, hanya di gunakan di negeri China dan di beberapa tempat (bukan di seluruh negara pun) di Asia Tenggara.

Setuju bahawa walau pun China sedang membangkit ke taraf "super power", tidak perlu Malaysia menjadi sebagai cengkurik mengikut ikut, membodek mereka. Duta Besar China di US berkata di CNN tempoh hari bahawa China tidak menganggap mereka sebagai "super power" tetapi ha nya sebagai "developing nation", saperti Malaysia juga - pakar pakar ketenteraan berkata masih perlu beberapa dekad lagi sebelom China boleh mencapai taraf "super power" dengan alat alat tentera yang canggih bertaraf "state of the art".

Walau pun mereka ada bom nuklear yang di uji di Lop Nor di tahun 1960an lagi, dan sekarang membina sebuah "aircraft carrier" sendiri, banyak lagi kepakaran teknikal mereka masih belom ada, terutamanya dalam hal "weapons delivery systems" saperti Inter-Continental Ballistic Missiles (ICBMs) dsbnya.

Bila mereka mencapai taraf "super power" pun, tidak perlu Malaysia mengadakan proses memmandarinkan di mana mana. Perlu ingat bahawa di China pun berduyun duyun rakyat nya mempelajari Bahasa Inggeris dan mula bertutur BI bila ke luar negara. Bermakna, bahasa perniagaan mereka pun akan menggunakan BI, bahasa antarabangsa yang China sendiri akui tarafnya.

Anonymous said...

Pi la ko cine gui. Melayu bangun ke tidak tu Melayu punya hal, ko jangan sebok.

Anonymous said...

Salam tuan rumah. Satu lagi yang membuatkan saya rasa meluat apabila tetamu jemputan di tv/radio berbahasa inggeris. Sepatutnya jangan jemput tetamu yang tidak tahu berbahasa Melayu. Biar mereka terpinggir terus. Sepatutnya sebelum mana2 penerbit menjemput mana2 tetamu muncul dikaca tv/radio berbahasa Melayu, tanya dulu boleh berbahasa Melayu ataupun tidak? Tak boleh, cari sahaja orang lain.

Anonymous said...

Terima kasih saudara Ridhuan Tee

Kadang2 tertanya dalam benak saya, " kenapa Ridhuan Tee ini begitu gigih dan bersungguh mahu menyedarkan orang melayu, sedangkan dirinya adalah seorang cina ". Jawapan yang saya dapat adalah " ISLAM ".

Saya yakin kalau Melayu itu bukan ISLAM, tak senang Ridhuan Tee nak bersengkang mata memerah otak menulis artikel dalam blog seperti ini. Ertinya terbit kasih dan sayang Ridhuan Tee kepada bangsa melayu kerana ISLAM. Seorang cina kasihkan kepada bangsa yang bukan bangsanya sendiri kerana ISLAM.

Alhamdulillah, nampaknya ISLAM boleh menyatukan melayu dan cina. Tetapi kenapa ISLAM tidak dapat nak menyatukan melayu dengan melayu. Adakah ISLAM tidak bagus atau ULAMAK ISLAM gagal berperanan.

Melayu ... ada melayu Umno dan ada melayu Pas. Islam ... ada Islam Umno dan ada Islam Pas. Allah ... tidak ada Allah Umno dan tidak ada Allah Pas ... yang tu lah Allah Umno dan yang tu juga lah Allah Pas.

Tetapi Umno dan Pas tetap sukar nak bersatu ... kelakor ... lucu ... katun ... Umno ada ulamak, Pas punya ulmak lagi hebat ... tapi kedua2nya tak ubah macam " ULAQ DALAM SEMAK " yang duk saling patuk hang aku tak habis2.

Kesian Melayu. Melayu nampaknya sedang melayu sedangkan bangsa lain semakin mekar.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Nak mendaulatkan bahasa melayu ni tak susah mana pun. Para pemimpin dan pembesar yang berbangsa melayu sendiri kena jadi contoh untuk ikutan rakyat.

Kalau menteri melayu, bila wartawan tanya dalam bahasa melayu dijawab dalam bahasa rojak ... hapah ke jadah nya tuh ? Macam tu juga lah dengan rancangan tv ... kalau tetamu jemputannya melayu aduh sakit telinga mendengar bahsa rojaknya. Tapi kalau tetamunya bukan melayu ... terkedu dengan bahasa melayu nya.

Teringat saya kepada Datok Lim Ah Lek dan Datok Liao Tiong Lai ... bahasa melayunya cantik dan sedap dengar tak lah rojak macam bahasa menteri melayu. Berkenan saya dengan David Teoh ... walau pun bahasa melayunya pelat sedikit tetapi tetap tidak rojak.

Puas hati bila Ridhuan Tee jadi pengerusi Forum Agama ... bahasa melayu nya kemas dan teratur ... mudah faham.

Ana Muslimah

Anonymous said...

RT rosakan orang Melayu dengan pemikiran yang kononnya berjuang untuk orang Melayu, agama dll.

Buka mata dan tengok sekeliling.

Berapa ramai jadi penganggur kerana tak fasih BI kerana sistem pembelajaran lepas? Tak kan orang Melayu nak semua bekerja dengan kerajaan.

Berapa banyak peluang terlepas kepada orang Melayu yang cuma tau BM apabila bekerja kat luar negara.

Berapa ruginya budak-budak Melayu yang tak dapat mencari ilmu melalui internet kerana tak fasih BI. Tak kan mencari ilmu melalui Utusan Melayu dan ceramah parti mencukupi untuk hidup harian.

RT ni lah jenis pak lebai yang masih dibawah tempurung dan masih bermimpi harian tentang zaman gemilangan Melaka tetapi kesian lahir dalam abad ke 21 ni.

Anonymous said...

3:34 PM, October 21, 2013,

Orang Cina tak menganggur, depa malas pun senang dapat kerja - jadi gengster, pungut duit "protection money", jadi Ah Long, jadi tukang pungut duit Ah Long, jual pita tiru dan tipu, jadi tukang urut - urut badan, urut kaki dan entah apa lain anggota lelaki, dan memang ramai yang kangkang kaki saja dan dapat duit.

Cina yang menganggur pun tak menganggur sebab main judi - itu sudah jadi darah daging kebanyakan depa. Dokumentari di TV fasal Nanyang Chinese menyebut seorang penghijrah dari China berkerja sebagai coolie di ladang tebu di Batavia (Jakarta) beratus tahun lalu, tungkus lumus, lepas bertahun kumpul 70 dollar, ingat nak pulang ke China, tapi habis semua sebab dia jadi kaki judi.

Seorang Professor Belanda di dokumentari itu kata mereka yang keluar dari China di anggap oleh pemerintah di Beijing sebagai "bandits" sebab penghijrahan di haramkan oleh Maharaja Cina demikian lama dalam sejarah mereka.

Kamu mengkeritik RT sebab kamu geram ultra kiasu sentiasa di keritik ke?

Anonymous said...

3:34 PM, October 21, 2013,

Kamu ada hitung ke "budak-budak Melayu yang tak dapat mencari ilmu melalui internet kerana tak fasih BI"? Bila, di mana, siapa saksi?

Ada ke kajian di buat dek Merdeka Center yang tak center sebab kaitan-nya denagn Anwar Al Juburi dan terima wang dari Neocons, Jews dan Zionis yang di aturkan dek Al Juburi?

Kamu tak tahu ke berapa ramai Melayu di kampung dan di pinggiran kota yang tak upaya beli computer? Ke kamu tahu tapi nak tonjolkan ke ultra kiasuan kamu di sini? NEP pun nak bantah, nanti hak kerakyatan korang (balasan bagi Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak) di bantah, amacam? Chhisshh.

Anonymous said...

Kepada yang berburuk sangka.

Rasanya, RT bukan nak orang melayu hanya tahu BM sahaja. Yang dia mahu BM itu didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan. Yang dia mahu orang bukan melayu yang mengaku jadi warga negara Malaysia " boleh dan faham bahasa melayu ". Tak rasa pelek kah anda jika pada era 20an ini masih ada orang cina yang mengaku jadi warga negara Malaysia tetapi tak boleh faham bahasa melayu ?

Saya ada terjumpa kes macam tu. Lalu dalam kepala ini terfikir, " betul kah dia ini cina Malaysia ? ... ada KP pula tu " Yang saya takut dia bukan cina Malaysia tetapi adalah cina import yang diusahakan supaya dapat KP oleh pihak tertentu dengan tujuan politik.

Saya juga pernah terdengar, ada orang bercakap kalau orang cina kanak-kanak atau yang muda-muda mati mereka tak report kepada JPN. Bila tak report maka KP simati itu masih boleh digunakan kepada orang lain untuk tujuan politik. Entah lah betul atau tidak, hanya orang JPN dan pihak keselamatan sahaja yang tahu cerita sebenar.

Anonymous said...

Jangan lupa sebar-sebarkan "The Chinese Dilemma" yang sedang memviral dalam media sosial supaya orang Melayu tahu fakta sebenar daripada perspektif orang China sendiri.

Pandangan Ye Lin-Sheng BERKENAAN CINA MALAYSIA. Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China yang merupakan ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003).

Orang Melayu tiada masalah dengan orang seperti Dr Ridhuan Tee yang pandai membawa diri dalam masyarakat majoriti Melayu. BM pun fasih dan cantik.

Tapi orang Melayu sedang menghadapi masalah dengan cina jenis yang tak mengenang budi lagi cauvinis dan rasis. Datang rumah orang dilayan dengan baik lepas tu nak cuba ambil hak tuan rumah malah nak cuba singkir tuan rumah pula.

PRU13 banyak menyedarkan orang Melayu tembelang sebenar majoriti kelompok ni. Benar fakta yang dibangkitkan oleh penulis buku. Cina di China pun benci dengan sikap Cina di Malaysia. Poin yang disimpulkan oleh penulis Orang "Melayu sebenarnya sedang dijajah cina".

Malang sekali keadaan ini dibiarkan dan dijadikan lebih parah oleh pemimpin Melayu yang dipilih untuk membela nasib Islam dan Melayu.

Anonymous said...

Tidak setuju dan tidak benar mengatakan "Melayu sebenarnya sedang dijajah cina".

Itu dakyah dan propaganda mereka sahaja. Yang setuju dengan pendapat itu hanya membantu mereka mencapai tujuan melemahkan semangat Melayu.

Ingat, Melayu jenis mengamok pada masa masanya, hinggakan perkataan amok di ambil dek Inggeris dan sekarang ada di dalam kamus Inggeris.

Di tahun 1870an, wira wira Dato Maharaja Lela telah melembing/ mengkeris mati Residen British yang pertama, JWW Birch, di tepi sungai Perak di Pasir Salak kerana datang dengan jongos jongosnya mengeluarkan notis nak cukai hasil orang orang tempatan, berikutan Perjanjian Pangkor, yang telah di tanda tangan "under the barrel of the gun" di tahun 1874.

Pergaduhan kaum 13 Mei 1969 ada lah satu lagi bukti bahawa tidak boleh sesiapa cuba menjajah di zaman moden ini. Tentera Malaysia majoritinya Melayu, yang lain tak minat menganggotainya.

Benar, British telah menjajah kerana kuasa senjata api, tapi China juga telah di jajah beratus tahun oleh Mongol Genghis Khan dan tentera Manchuria yang tidak ada senjata api pun, dan kemudian oleh kuasa kuasa Barat yang punyai senjata api, termasuk Britain juga - Hong Kong telah di jajah berterusan dan di pulangkan kapada China ha nya pada tahun 1990.

Lebih banyak lagi boleh di tulis berkenaan ini - mungkin sambung di lain masa.

Anonymous said...

Orang selalu emosional kalau ada pihak mahu mendaulatkan BM. Ini tidak bermaksud menyekat BI. Kita boleh sahaja belajar berapa banyak bahasa yang boleh. Itu baik. Yg tak patut adalah mendaulatkan bahasa asing.

Kita mendaulatkan bahasa asing kalau dalam majlis atau kempen peringkat nasional, kita guna bahasa selain BM. Misalnya, majlis pelancaran kereta PROTON di KL, perlulah guna BM kerana sasaran utama penggunanya bukan rakyat luar.

Mengapa diadakan program TV dlm BI sedangkan orang yg bahasa ibundanya BI berapa kerat?

Sedarkah kita kalau kita menulis dlm BI, kita sebenarnya memperkaya bahasa itu.

Kalau pelajar kita tak fasih BI, sama ada pengajaran BI di sekolah yang tak berkesan ataupun sikap pelajar sendiri. Bukan sebab BI tak diajar dlm matematik dan sains. Mengapa tangan yang sakit, maka kaki pula yg dirawat? Jgn salahkan orang yang mendaulatkan BM.

Kalau anda rakyat Perancis, berani anda kata pelajaran di sekolah patut diajar dalam BI kerana BI bahasa antarabangsa?

Kalau anda kata kita pasti tidak akan maju dengan menggunakan BM, maka anda sendiri sudah mengaku kalah awal-awal lagi sebelum bertempur.

BI sebenarnya banyak meminjam kata asing sebab itu boleh berkembang. jadi apa salahnya kalau BM kita meminjam juga?

Lagi satu, kalau anda menghadiri majlis keramaian di sebuah dewan di Jerman, adakah mereka yang berucap akan membuat pusingan U untuk bercakap BI hanya kerana melihat anda 10 org yang tak reti bahasa Jerman?

Kang nasir said...

Tksh Prof.
Saya tertarik tulisan prof.

Melayu itu darah daging,
Warisan keturunan.
Islam itu dihati.
Bukan boleh diwarisi.

Saya rasa terharu seruan prof. malang sungguh melayu ug konon lebih islamik tidak kenal keturunan bangsa sendiri malah saudara mukmin.

Walhal, setiap mukmin itu bersaudara.

rawang said...

Bercakap mengenai bahasa melayu ini sering membuatkan tersirap darah dibuatnya. Aku sememangnya amat geram dan sering menyesali akan nasib bangsa aku apabila memikirkan bahawa orang melayu sebenarnya secara perlahan-lahan sedang membunuh bahasa mereka sendiri.

Bangga rasanya apabila terdapat peniaga di Phnom Penh bertutur bahasa melayu apabila mereka berurusan dengan pelanggan melayu. Begitu juga,walau sebaris bahasa melayu mengucap 'selamat datang' terpampang dilapangan terbang Los Angeles.Kita sepatutnya merasa malu dengan sebuah negara kecil seperti Brunei yang sangat mengutamakan bahasa melayu. Apakah Brunei menjadi mundur kerananya?

Tetapi malang sungguh nasib bahasa ini dinegara sendiri diperlekehkan sedemikian rupa. Apa perlunya negara ini mengunakan pelbagai bahasa? nak tunjukkan sikap toleransi satu Malaysia kononnya. Sepatutnya bahasa melayu digunakan sepenuh dan seluas-luasnya kalau perlu bahasa lain,memadai dengan bahasa Inggeris sahaja sudah cukup bagi masyarakat majmuk dinegara ini.

Malangnya terdapat sebilangan orang melayu yang lupa jati diri sanggup mempelekehkan bahasa sendiri dengan menganggap bahasa ini menjadikan orang melayu "kekampungan".

ساي said...

توليسان جاوي لاݢيله، لاڠسوڠ هيلاڠ انته Ùƒ مان

Anonymous said...

Umno-PAS bersatu "still on the cards," kata TS Muhyiddin masa berkempen di Sg Limau.

Harap akan menjadi di suatu hari nanti.

Anonymous said...

I can speak and write malay like a malay - though I am not a malay. I will choose to comment using English.

Malay is a language limited in its potential to be a language that propels a nation to greatness. This is a fact - and the best to be accepted without argument.

Let us look at the facts - as mentioned by the writer. The writer mentioned Germans, Japan, China and perhaps some other countries like Thailand.

Germany, Japan and China are three countries which are made up of people with strong work ethics and strong traditions. This is the main reason they are successful. A community of people will not success, if their work ethics is poor. (Tea time every hour of the day is not good work ethics)

Germany has a population of 1 million speakers. Japanese is a population of 126million. China has a population of 1.4billion. These are languages used and spoken by large volumes of human population. Malaysia is a country of 27 million - of which 7 million need not speak Malay to succeed because the economy in Malaysia is governed by the chinese.

Japanese language is also 100% derived from the chinese language.

German, English and Chinese, are powerful languages that is solid and can be used as a platform for a country and its people to success.

Malay is a language that is suited to daily spoken language - but it will have limitations to propel a country to greatness.

That is a fact.

Anonymous said...

You are talking shix saying all is fact yet no proof, substantiation or justification, not even an explanation.

Examples: who said

- Malay is a language limited in its potential to be a language that propels a nation to greatness? You said it and it becomes a fact? Shit. and the best to be accepted without argument? Shit. (Can't help spelling that word fully)

- Tea time every hour of the day?

- China has a population of 1.4billion? Languages spoken by large volumes of human population are important? Even if mostly in one place? How stupid to say that. economy in Malaysia is "governed" by the chinese? You should write in Swahili, boy.

Aiyyo, want to write more also got put off by your mentality lorr.

Anonymous said...

Hye the last anonymous on the comments list.

Takkan Melayu Hilang di Dunia.

Memandangkan awak bukan melayu tetapi mengaku tahu menulis dan bercakap seperti seorang Melayu, terima kasih sebab tak menjadi salah seorang bukan Melayu yang tak tahu bercakap apatah lagi menulis bahasa Melayu.Terima kasih sebab menjadi salah seorang yang menjadikan Melayu itu tidak hilang di dunia.

Kami guna bahasa Melayu di Malaysia, dan bahasa Melayu itu sama mcm darah daging kami.Orang Malaysia yang tak faham bahasa Melayu apatah lagi nak bercakap bahasa Melayu bagi saya, amat memalukan. Saya malu kalau tak tahu bahasa Melayu apabila nak mengaku saya orang Malaysia.

Malay is a language that is suited to daily spoken language - but for me,it never have any limitations to propel a country to greatness.Language is an identity, it is not something with limitations.As long as i am still speaking Malay anywhere in the whole world, it doesn't bring the language to any limited level. People anywhere and any race in the world is intrigued and anticipated with our Malay words, and even it might only be seen on certain occasions, it is growing. The language never set its limits. It is YOU who set the limits.

SO, i am reminding you now loud and clear;

THAT "FACT" you were saying is NOT A FACT but yet only assumptions, and assumptions are changeable. FACT is something unchangable - Malaysia Independence Day falls on the 31st August 1957.

kind reminder - Takkan Melayu Hilang di Dunia. If German, Japan & Chinese can be that solid country of success with its nation and knowledge, there is NO SUCH FACT that stop US MALAY to not bring MALAYSIA to that better success and level. Again - SUCCESS is always being measured in a SUBJECTIVE manner - IT IS NOT A FACT.Success for us is not only about power, it goes beyond that.
I am a Malay,and proud to be one.I am a Malaysian and proud to be one.I am proud to tell the world that because THAT IS A FACT.

Thanks !~

MELAYU said...

Antara langkah2 yg boleh memantapkan jati diri di kalangan belia Melayu
1) Mengkaji sejarah Melayu terutama sejarah Melaka, Johor dan Kedah
2) Mengkaji sejarah pahlawan Melayu silam seperti Hang Tuah, Hang Nadim, Tunku Kudin, Dato Mahajaralela etc
3) Mempelajari dan memahirkan diri dengan Silat Melayu.
4) Kembali kepada asal-usul bangsa Melayu iaitu menjadi bangsa pahlawan, pendekar dan panglima yang paling berani dan gagah di alam Nusantara.