Audit memanusiakan
manusia (Sinar Harian 7 Okt 2013)
Sejak
dahulu lagi saya tidak suka dengan angka. Sebab itu, saya tukar aliran sains
kepada sains sosial (sastera) sehinggalah menjejak kaki ke universiti dan
membuat pengkhususan dalam bidang pengajian strategi, politik dan kerajaan. Itu
bukan bermakna, orang sains sosial kurang cerdik seperti orang sains. Cuma,
minat berbeza. Semua bidang sama penting.
Sains
menghasilkan teknologi dan ciptaan. Manakala, sains sosial pula mencari dan
memberikan jawapan kesan daripada kemajuan sains dan teknologi yang dicipta.
Sains mencipta teknologi seperti komputer dan internet. Sementara, sains sosial
mencari jawapan kesan ledakan ciptaan teknologi tersebut. Pendek kata,
kedua-dua bidang ini saling perlu-memerlukan, ibarat isi dengan kuku. Tanpa
bidang sains sosial, bidang sains akan menjadi pincang.
Ingatan
saya kepada semua, jangan terlalu obses kepada sains sehingga terlupa
kepentingan sains sosial. Siapakah yang boleh kita harapkan untuk memberi
jawapan kepada laporan audit yang dibentangkan baru-baru ini, yang menakutkan
saban tahun.
Antara
perkara pelik boleh dikatakan yang didedahkan kali ini adalah laporan ialah
makanan luput tarikh dalam stor TUDM, kehilangan 44 pistol, 156 gari dan 29
kereta polis.
Perbelanjaan
RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan untuk menguruskan laman sosial Facebook
dan Twitter. Kerugian RM38,000 untuk iklan yang menggelarkan perokok bodoh dan
akhirnya diputuskan tidak sesuai digunakan.
Terdapat
GLC yang rugi tetapi dapat bonus. Jam berharga RM100 tapi dibeli dengan harga
RM3,810. Bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop yang sebelum ini dihebohkan
dibayar oleh penaja. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi kepada orang
yang sudah mati.
Sebenarnya
banyak lagi ‘penyelewengan’ yang didedahkan. Cukuplah setakat ini saya
ringkaskan. Walaupun penjelasan telah diberikan, ‘penyelewengan dan pembaziran’
tetap berlaku.
Semua
masalah ini berpunca daripada manusia, pengguna teknologi. Harapkan pagar,
pagar makan padi. Manusia menjadi rakus apabila mendapat kuasa. Sudah tidak
kenal dosa pahala. Tindakan memperlihatkan mereka yang diamanahkan tidak
melaksanakan tugas. Tidak ada rasa God
fearing,
Kepincangan
yang berlaku ini perlu ditangani dengan segera agar perbuatan keji ini tidak diulangi.
Jika tidak, kerajaan hari ini akan menanggung akibatnya. Saya tidak kata, penyelewengan ini tidak
berlaku di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Memang
ada berlaku jika dirujuk kepada laporan audit tersebut. Tetapi Pakatan Rakyat
hanya menguasai beberapa negeri sahaja. Tumpuan masih diberikan kepada kerajaan
pusat. Apatah lagi menjelang Pilihan Raya Kecil, DUN Sg Limau, Kedah. Sudah pasti
isu-isu ini akan dijaja oleh pihak lawan bagi memancing undi.
Apapun
alasan diberikan, kita mesti akui kelemahan tersebut. Jangan menjadi terlalu
defensif. Ingatlah, hari ini kita tidak lagi boleh menjanjikan bulan dan
bintang. Zaman ini sudah berlalu. Paling penting, kita mesti mengambil
tanggungjawab tersebut tanpa menoleh ke belakang. Jika tidak bersalah,
buktikan.
Ini
kerana, ada kalangan kementerian kerajaan yang tidak mahu mengambil
tanggungjawab tersebut. Mereka mengatakan, perkara itu berlaku sebelum PRU13,
menteri lain. Selepas PRU13, menteri baru telah mengambilalih, maka mengapa saya
perlu dipersalahkan?
Sebagai
menteri, kita tidak boleh berkata; “itu menteri sebelum ini yang buat, aku baru
ambilalih sahaja”
Sebagai
negarawan, kita tidak boleh mengambil pendekatan lepas tangan. Menteri yang
mengambil alih perlu bertanggungjawab. Suka atau tidak, kerana mereka berasal
dari satu parti. Menteri terbabit mesti mengambil iktibar agar kejadian sama
tidak berulang. Langkah-langkah drastik hendaklah diambil segara untuk
mengatasinya.
Antara
yang perlu dilakukan adalah, pertama; audit besar-besaran terhadap manusia yang
berada di jabatan kerajaan. Memanusiakan manusia atau menghambakan manusia
kepada Allah. Mereka yang langau hendaklah dikeluarkan. Tindakan tegas mesti
diambil.
Dalam
hal ini, saya tertarik dengan idea Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu
merakyatkan perkhidmatan awam dengan berpegang kepada prinsip terbuka, turun
padang, musyawarah, semangat kekitaan dan sebagainya. Prinsip ini mesti
disandarkan dengan rasa takut kepada Tuhan, termasuk kursus yang diadakan.
Ingatlah
penjawat awam, bahawa kehidupan dunia ini ada perkiraan syurga neraka. Tidak
ada seorangpun yang akan terlepas daripada audit Allah SWT. Jangan mudah
bersangka, bahawa taubat kita akan diterima, setelah pencen nanti dengan
mendampingi surau dan masjid.
Pastikan
apa jua pembelian dibuat dengan telus melalui tender terbuka berpegang kepada
prinsip terbuka dan musyawarahj. Jika bumiputera yang dipilih, pastikan
bumiputera tersebut adalah kalangan yang benar-benar mahu berubah, bukan
berniaga di atas angin, mendapatkan komisyen, sedangkan pembekal yang sebenar
adalah orang lain.
Program
hiburan seperti K-Pop tidak sepatutnya diadakan. Apatah lagi melibatkan artis
luar negara. Manusia tidak akan mati tanpa hiburan. Tetapi manusia akan mati
tanpa iman dan makanan.
Selain
itu, ahli-ahli sains sosial hendaklah dipanggil untuk membuat kajian terhadap
kesan yang berlaku. Cari jawapan kenapa dan mengapa? Kerana yang melakukannya
bukan orang bodoh, tetapi orang-orang cerdik belaka.
Ingatlah
kita hanyalah amanah. Wang yang kita gunakan itu adalah wang rakyat. Kita tidak
akan dapat lari daripada audit Rabbuljalil. Justeru, lakukan audit memanusiakan
manusia agar mereka tidak menjadi binatang, tetapi menjadi hamba yang amanah,
jujur dan telus.
10 comments:
Suatu masa dulu, yang minat angka, lulus baik dalam Matematik, dapat ijazah Matematik atau sebagainya, ramai dapat kerja di Jabatan Statistik.
Kerja banci membanci. 10 tahun sekali. Masa tak membanci, tak tahu apa di buat mereka.
Dah 5 kali membanci sejak Merdeka, borang banci tahub 2010 pun takda mintak nombor kad pengenalan mereka yang di banci. Macam mana nak semak atau cek ke sahihan banci itu? Macam mana nak kata betul angka banci 2010 itu?
Itu pasal ada yang kata jumlah Cina di negara ini ha nya 23%. Sebab nya, ramai yang dah cabut lari (termasuk yang terkandas di UK, di hebahkan di akhbar beberapa tahun lalu, kadar beranak yang rendah (heboh di kalangan DAP di Penang, juga beberapa tahun dulu, sebelom banci) dll.
Hah, dapat aku lepaskan sebiji fasal angka di pagi ini, hehe.
Setuju, manusia perlu mengauditkan diri sendiri, sabelom Allah SWT auditkan di Padang Mahsar.
Yang korapsi, yang salah guna kuasa, yang menyeleweng, yang macam macam lagi menyebabkan berbagai kepincangan masyarakat.
Nampaknya, orang politik yang banyak menyebabkan kepincangan masyarakat - siapa tak setuju, sila cakap, kita boleh bincang.
Saya akan beri hujah hujah salepas ini.
Orang politik nakkan kuasa. Tak lain, tak bukan. Semua parti politik nakkan kuasa. Ada yang nak kongsi kuasa, ada yang tak nak. Jadi tsunami Cina. Sekarang heboh puak puak dalam MCA nak jatuhkan satu sama lain. Dalam proses hentam neghentam tu, kenen pulak kapada UMNO.
Ooops, dah masuk lorong lain. Itu hal tsunami Cina kita boleh bincang kemudian. Sekarang pusatkan perhatian kapada orang politik menyebabkan penyelewengan dan perlu audit mengaudit.
Bila mahukan kuasa amat sangat, ramai yang pergi ke bomoh - saya tahu yang pegang jawtan nombor 1 pun ada berbomoh. Tak masalah. Tapi ramai yang gunakan wang untuk dapat pengaruh, dapat undi - bila mengundi dalam parti, mau pun di PRU.
Bukti dah nyata: politik wang dalam UMNO dah berkajang kajang di tulis, politik wang dalam DAP dah Ronnie Liu hebohkan hingga dia hilang jawatan Ketua DAP Selangor - dia tuduh pihak atasan DAP main politik wang beberapa tahun lalu dan Lim anak beranak suruh ahli ahli pilih Teresa Kok jadi Ketua DAP Selangor.
Nak dapatkan wang untuk main politik wang - buat projek besor besor, dapat komisen, atau tendang belakang (kickback), kongsi untung (profit share) dsbnya. Mcm DAP Penang, main jual tanah Kerajaan negeri Penang bernilai RM1.07 billion, komisen saja darinya RM20-30 juta. Dahtu, tanah Taman Manggis, projek sPICE, projek terowong bawah laut, berbillion juta Ringgit juga.
Apa kaitan dengan blog post? Ramai Pegawai Kerajaan geram, gunakan hal itu sebagai justifikasi makan wang, selewengkan duit gomen, gandakan wang tuntutan perjalanan dsbnya nak makan wang. Maka mangkin teballah Lapuran Ketua Audit Negara akibat nya.
Mereka yang buat gitu tak sedor: tiap tahun pihak berkuasa yang berkenaan ambik tindakan disiplin, ada yang hilang jawatan. Parti pembangkang bersorak satu hal, tapi pecah periuk nasik, teruk anak bini tak makan, merepes, wahai Mamat, Ahbeng, Thamby yang nak menyeleweng, wei.
Saya belom baca Auditor General kondem Kerajaan Penang dan Selangor lagi. Tapi saya ada baca berita Pengarah SPRM Penang mengatakan Penang juga ada korapsi dan penyelewengan.
Siapa baca dulu kesah audit gomen Penang dan Selangor, tolong kasi tahu. Terima kasih.
Aku belom terbaca penerangan dari Jabatan Penerangan, bagi pihak Jabatan Jabatan yang kena kondem dek AG tuh.
Atau laporan Bernama - yang kata agensi berita nasional - memetik penerangan dari Jabatan Perkhidmatan Awam apekenama, menerangkan tindakan yang di lakukan terhadap Pegawai dan kakitangan yang menyeleweng tuh.
Mesti ada tindakan, tiap tahun. Melampau kalau takda, kalau gitu, boleh di tembak saja depa berkenaan, macam di negeri China kot.
Jabatan Penerangan/ Bernama tak buat kerja ke, interbiu depa yang berkenaan, dapatkan penjelasan.
Siapa terbaca ada camtu, tolong kasi tau le. Aku nak dengor apa deme kata.
Sikot.
Laporan Odit ni di buat tiap tahun, odit Jabatan Jabatan Kerajaan dan GLCs di buat tiap tahun.
Jabatan Odit ada lah Jabatan Kerajaan biasa. Jabatan itu di tubuhkan sejak mula ada pentadbiran Kerajaan lama dahulu. Tujuannya memang untuk memeriksa di mana ada penyelewengan dan kelemahan cara pemerintahan di jalankan supaya Kerajaan ambil tindakan mengelakki dan membaikki kelemahan itu.
Memang tak boleh elakkan kelemahan sebab Pegawai Pegawai Kerajaan ada lah manusia biasa.
Tapi tak boleh di biarkan atau di "condone" - kena belasah mereka yang buat salah atau tak ambil tindakan hingga timbul kelemahan itu. Belasah secara lisan di sini sana supaya tidak melanda landa.
Saya yaakin tiap tahun ada Laporan Odit, mesti tiap tahun ada tindakan di ambil terhadap mereka yang buat salah.
Cara cara nya ada lah mengikut "disciplinary procedures" yang ada di sebut di dalam Standard Operating Procedures untuk Pegawai dan Kakitangan Kerajaan. Apa yang di panggil "General Orders' atau "Perintah 'Am". PTD yang kawalnya.
Tapi pihak berkenaan patut umumkan tindakan itu supaya rakyat nampak ada tindakan di ambil. Dan Kerajaan tak nampak bodoh. Yang patut umumkan tindakan tindakan itu:
1. Jabatan Perkhidmatan Awam - mereka yang ambil tindakan berbagai cara, termasuk sekat kenaikan gaji, sekat naik pangkat, walau buang kerja sekali pun.
2. Jabatan Penerangan, Kementerian Penerangan entahapakenamanya sekarang, asyik bertukar nama. Tugas mereka memberi penerangan kapada rakyat.
3. Bernama. Mereka di panggil agensi berita nasional. Jangan le tunggu "hand outs" dari Jabatan Penerangan saja. Be "proactive" sikit le. Pergi ke Jabatan Penerangan, mintak maklumat. Atau pergi ke Jabatan Perkhidmatan Awam, interbiu Pegawai berkenaan.
Atau, interbiu Menteri yang JPA di bawahnya. Tak interbiu pun, tanya saja komen dia tentang tindakan yang di ambil.
Pemberita Malaysiakini boleh buat, tak kira tempat pun, apasal pemberita Bernama tak boleh buat? Untuk mengelakkan gomen di ketawakan dek blog blog yang selalu putar belit macam MKini, MChronicle dsbnya.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Ketua Pengarang Bernama perlu di beri tahu tugas mereka. Nampaknya mereka tak tahu.
AG raps senior civil servants for inaction
PETALING JAYA: The Auditor-General has taken to task senior civil servants who fail to initiate internal investigations even after suspecting something fishy in the spending by their departments and agencies.
xxx
Ma'af, saya nak cakap kasar sikit.
Sodokkan saja Ketua Ketua Jabatan yang tak ambil tindakan yang sepatutnya itu.
Kita tidak akan dapat lari daripada audit Rabbuljalil (Ridhuan Tee)
Fahamkah mereka akan seruan saudara Ridhuan disini ?
Saya ingat mereka yang menyeleweng dan menipu duit rakyat ini adalah golongan manusia yang tidak mempunyai Tuhan. Bukan setakat tidak ada tuhan malah golongan ini sebenarnya adalah manusia yang tidak mempunyai agama.
Kalau mereka ada agama ... tak ada satu agama pun yang menghalalkan perbuatan menipu apa lagi menipu amanah rakyat.
Kalau mereka ada Tuhan ... Tuhan mana yang mengizinkan hambanya menipu dan bersikap tidak amanah.
Kalau nak kata babi itu hina dan jijik ... rasa2nya mereka ini lebih lagi hina dan menjijikkan daripada seekor babi.
Sehina2 babi, sejijik2 babi ... binatang itu tak reti menipu sesama babi. Tetapi manusia yang menipu rakyat ini rupa2nya lebih hina dan lebih jahat daripada babi.
Sehina2 babi dan sejijik2 babi ... bangkai babi masih berguna kepada manusia kerana masih lagi menjadi makanan kepada manusia.
Tetapi bagaimana dengan bangkai mereka2 yang menipu dan menyeleweng duit rakyat ... rasa2nya kalau buaya itu faham bahasa yang dituturkan oleh manusia nescaya tiada buaya yang ingin membaham bangkai2 mereka andai kata dicampak bangkai mereka ke dalam sungai2 di Sarawak.
Begitulah MAHA bencinya saya kepada orang2 yang tiada amanah menguruskan wang rakyat. Kalau di negara China seorang pesalah rasuah di hukum tembak oleh firing squad, maka Malaysia sebagai negara yang mendokong Islam sebagai agamanya sepatutnya mencontohi negara China.
Saya tidak ada walau sebesar zarah sekali pun belas kasihan kepada orang2 yang tidak jujur menguruskan wang rakyat.
Ana Muslimah
Ana Muslimah,
Walau pun hukum bagi keslahan kesalahan di China begitu keras sehingga banyak keselahan yang di kenakan hukum mati, masih banyak berlaku penyelewengan di sana, termasuk rasuah.
Rasuah telah melanda landa di negeri China sejak lebih 2,000 tahun lalu, di mulakan secara banyak oleh "Connsort Families" - keluarga orang orang biasa yang di kahwini oleh Maharaja Cina, yang di benarkan tinggal di istana dan mendapat pengaruh.
Bila dalam sejarah China Maharaja Cina mula malas, tidak pergi melawat daerah daerah di bawah pemerintahannya, sehingga malas nak menemui Menteri Menterinya di pejabat secara resmi di ibu negara pun, mula Maharaja bergantung kapada orang orang suruhan atau "male servants" di istananya bagi rakyat menyampaikan permohonan itu ini dan bgi dia menyampaikan keputusannya. Ini ada di tuis di buku buku sejarah oleh professor professor yang telah mengkaji sejarah China bertahun tahun.
Orang orang suruhan itu di kenali sebagai "eunuchs", ia itu lelaki yang di mandulkan secara potong kemaluannya keseluruhannya, supaya mereka tidak mencuba sesuatu dengan gundik gundik Maharaja yang berpuluh, malahan beratus, di istana.
Eunuchs telah mengambil kesempatan meminta cebisan dan ketulan emas dari Pegawai Kerajaan dan rakyat jelata dari seluruh pelusuk negara yang mahukan sesuatu dari Maharaja tapi tak dapat menemuinya. Rasuah melanda landa akibat sifat tamak orang suruhan atau eunuchs di Istana Maharaja China juga. Menlanda landa hingga sekarang.
Namun demikian, saya sokong pendapat Sdr bahawa mereka yang menyeleweng di Malaysia ini mesti di kenakan hukuman yang berat juga - mengikut undng undang negara ini.
Saya salute dgn Dr.
God Fearing - adalah satu terlalu meaningful dalam kehidupan. Tanpa ini manusia menjadi entiti yang rakus, lalai, dan jadi pemusnah diri sendiri dan orang lain.
Post a Comment