Antara
mendatang dan pendatang (SH 27.10.14)
Allah
Maha Besar dan Maha Mengetahui menjadikan manusia berbangsa-bangsa. Berbilang
bangsa dalam sesebuah negara, seperti Malaysia
tidak berlaku secara semula jadi. Sejarah membuktikan, ianya disebabkan
oleh interaksi dan penghijrahan.
Asal
usul manusia adalah sesuatu bangsa mendiami sesuatu tempat atau kepulauan.
Sebab itulah, majoriti nama bangsa adalah refleksi kepada nama negara. Misalnya,
bangsa Melayu, menjadi Tanah Melayu, dan berada dalam kepulauan Melayu atau
Malay Archipelago. Bangsa inilah yang mula-mula membentuk keRAJAan, sebelum
mendatangnya bangsa lain.
Begitu
juga bangsa Cina dan India. Majoriti bangsa ini membentuk nama negaranya, iaitu
China dan India, serta kepulauan berkaitan. Adakah kita boleh mengatakan orang
Cina di Taiwan dan Hong Kong adalah pendatang kerana kawasan ini ‘terpisah’
dari kepulauan Tanah Besar China.
Sebelum
wujudnya negara bangsa (Nation State) ciptaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB), orang Melayu mendiami di Kepulauan Melayu. Ke mana pun mereka pergi, masih
dalam kepulauan atau rumpun Melayu. Tidak timbul soal mereka mendatang atau
pendatang.
Sebab
itu, bila bercakap pandang-pandang. Jangan menampakkan kebodohan sendiri. Belajarlah
sejarah, jika jahil. Subjek sejarah mesti diwajibkan bermula darjah 1,
menggunakan pengantar BM, bukan ibunda, terutama di sekolah vernacular.
Orang
asli pula bagaimana? Semua negara ada orang aslinya, semenjak Allah menciptakan
Adam dan Hawa. Jika Melayu itu pendatang, bangsa lain yang tinggal di dalam
negaranya, juga pendatang, bila mereka berhijrah, menjadi dua kali pendatang. ‘Hijrah
Melayu’ hanya berlaku ‘sekali’, antara kepulauan mereka.
Idea
pendatang sebenarnya datang dari ketua ultra kiasu PAP (DAP) sejak a ditubuhkan
lagi. Tidak mustahil orang yang membangkitkan isu ini dalam kalangan mereka. Ultra
kiasu pernah berkata, mengikut
sejarah orang Melayu telah mula
berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, kira-kira 700 tahun yang lalu.
Sejumlah orang
Melayu hari ini, satu pertiga daripada mereka adalah pendatang baru seperti bekas
Setiausaha Agung Umno, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu
dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia 30 tahun (Comber, 1985, Lee Kuan
Yew, 1965; Flether, 1969).
Comber,
Kuan Yew dan Flether menulis dalam konteks setelah wujudnya Negara bangsa.
Sebelum itu, semua orang Melayu duduk tinggal dalam rumpun Melayu yang sama.
Tidak timbul mereka Indonesia atau Melayu, kerana mereka adalah rumpun Melayu.
Justeru, saya minta semua rakyat Malaysia mengambil ingatan bekas Perdana Menteri Australia John Howard, jika mahu hidup aman damai dan bersatu padu di Negara tercinta ini.
Howard mengingatkan mereka yang datang ke Australia dan memohon menjadi warganegara supaya menjadi orang Australia. Jangan cuba membentuk Negara dalam Negara. Jangan melampaui batas mahu membawa bahasa dan budaya pendatang. Jika tidak, mereka boleh berkemas dan balik ke tanah tempat asal-usulnya.
Amaran
John Howard sangat jelas dan tegas. Inilah sifat negarawan sebenar. Tidak
berpolitik, sama ada ketika berkuasa atau tidak. Yang penting adalah
pembangunan Negara bangsa. Penegasan seperti ini yang sepatutnya dilakukan
setiap pemimpin.
Masa
depan Negara mesti diberi keutamaan. Mana-mana pihak yang cuba menimbulkan
masalah dan tidak mahu mengikut perlembagaan perlu diambil tindakan.
Sama
juga dalam isu kempen minum arak (Octoberfest) dan kempen sentuh anjing. Ini
soal sensitiviti dan cara hidup Melayu (pribumi) yang begitu elergi dengan
anjing. Ketepikan dahulu sama ada perlu disamak atau tidak. Hormatilah perasaan
Melayu Islam, walaupun ia mungkin hak orang bukan Islam untuk minum dan bela.
Jika
ada orang Melayu atau Arab (Islam) yang suka dengan arak dan anjing, buat
diam-diam sahaja. Kenapa perlu membuat publisiti atau diberikan publisiti. Apa
tujuan disebalik semua, jika tidak untuk mencabar sensitiviti Melayu Islam?
Lebih
berani lagi, pemimpin ultra kiasu senjaga menyertai kempen tersebut, untuk show
off. Atas nama demokrasi, mereka mahukan hak asasi ini dijaga. Ingin saya
bertanya, agama apakah yang membenarkan arak ini, walaupun tidak anjing? Hina
sungguh mereka yang mengaku berpegang kepada agama tetapi dengan mudah engkar
kepada ajarannya.
Nyata
sekali ultra kiasu tidak pentingkan agama. Apa yang penting adalah nafsu
serakah politik mereka tercapai. Sebab itu, mereka berani matlamat menghalalkan
cara.
Saya
ingin ulangi penegasan John Howard, jika sudah tidak mahu menjaga sensitiviti
orang Melayu Islam dan terus-menerus mahu membawa budaya dan cara hidup asing,
carilah tempat yang sesuai untuk menunaikan hasrat kita itu. Malaysia bukanlah tempat
yang sesuai untuk melakukan itu semua, kerana Malaysia masih adalah perkataan
‘Malay’ di situ, sebelum ditambah menjadi MALAYsia.
Hujahnya
jelas, orang Melayu adalah pribumi asal Negara bertuah ini. Mereka bukan
pendatang yang sebenar. Cara hidup dan sensitiviti mereka perlu dijaga jika
mahu hidup aman damai dan mencari makan di sini. Jika tidak mahu menjadi
pendatang, mendatanglah dengan betul dan sopan.