Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, October 06, 2014

Antara rasis, hero dan zero

11:07 AM Posted by RIDHUAN TEE 18 comments


(Sinar Harian 5.10.14)

Laman Web ultra kiasu membuat ulasan besar-besaran, kenapa saya tidak mendapat sokongan ketika disiasat mengikut Akta Hasutan. Sokongan banyak, cuma saya nak uji. Saya nak tengok siapa lebih berstrategi.

Inilah pemikiran ultra kiasu sebenar, tanpa usul periksa mereka terus menghentam. Ada aku kisah! Ingatan saya, hati-hati. Suatu hari nanti pasti kita jumpa di mahkamah.

Saya tidak pernah takut kepada akta hasutan selagi saya fikir tidak bersalah. Berkata benar walaupun pahit. Saya bukan belot, broker, barua,  atau apa-apa lagi konotasi B seperti yang berlaku kepada ADUN tertentu, yang begitu megah dan berlagak ketika diraikan oleh ultra kiasu dengan panggilan hero.

Siapakah hero dalam erti kata sebenar? Hero adalah apabila kita tidak disukai oleh musuh. Jika musuh suka hero, itu bukan hero namanya, itu zero.

Ultra kiasu tidak akan sokong mereka yang suka kepada Islam atau penegak Islam. Ultra kiasu mahukan mereka yang sekular, liberal dan pro-sosialis. Sebab itu, mereka akan panggil orang seperti ini hero. Jika hero-hero ini mengkritik mereka suatu hari ini, pasti akan jadi zero.

Saya amat pelik bagaimana, orang yang memperjuangkan Islam, begitu percaya kepada sistem demokrasi. Saya selaku pengkaji politik dan sistem politik termasuk demokrasi, masih menjaga adab apabila bercakap soal demokrasi.

Sistem demokrasi tidak boleh disokong sepenuhnya kerana terlalu menekankan hak asasi manusia sehingga melanggari hak Tuhan. Inilah yang sedang dituntut oleh ultra kiasu, sama rata dan rasa. Mereka mahu berebut Allah, tetapi tidak pernah percaya kepada Allah.

Mereka tidak mahu langsung melihat ada kelebihan kepada Islam dan Melayu sertai yang berkaitan dengannya seperti dalam perlembagaan. Perjuangan mereka Malaysia Malaysian.

Bila tiba kepada kelebihan mereka, ultra kiasu diamkan. Misalnya isu penternakan babi. Ternyata, bilangan babi melebihi bilangan lembu dan kambing. Kenapa perkara ini didiamkan? Tak percaya? Cuba kira! Mahukan fakta supaya artikel saya tidak rasis!

Saya mahu lihat apakah MB Selangor baru akan meluluskan projek penternakan babi sebanyak RM100 juta seperti yang ditangguhkan oleh Khalid.  

Terus terang, saya tidak menghina babi kerana babi tetap makhluk Allah. Tetapi saya tidak boleh menerima jika dalam sebuah negara Islam, bilangan babi lebih banyak dari lembu, kambing, ayam dan itik.

Negara kita kekurangan binatang ternakan ini sehingga terpaksa diimport. Tetapi babi kita berlebihan, sehingga banyak yang dieksport. Apa erti semuanya ini? Kolumnis ultra kiasu Melayu yang selalu menyerang saya mungkin boleh jawab soalan darjah 1 ini.

Sedarlah wahai umatku! Bila aku menulis, nilaian aku adalah apa benar, apa salah, ia sentiasa datang dari hatiku. Aku lebih tahu siapa ultra kiasu. Sebab itu, aku sahaja labelkan mereka dengan ultra kiasu, walaupun tidak semua.

Jika mereka baik, patuh kepada perlembagaan dan mengiktiraf hak Islam, bangsa dan bahasa Melayu, bumiputera dan raja Melayu, aku akan diam. Namun, selagi mana mereka menentang, sekali itulah aku tidak akan diam, kerana mereka ini musuh. Mereka ingin membina negara dalam negara.

Sebenarnya, pembinaan ini sedang berlaku. Mereka sedang menikmatinya. Mana ada dalam dunia ini, ada percubaan sebegini, kecuali di Malaysia? Ultra kiasu mahu pastikan adat budaya dan identiti mereka lebih superior dari yang lain.

Ketika berada di New Zealand baru-baru ini, saya lihat pendatang (orang putih) yang memerintah sangat menghormati kaum Maori, selaku pribumi New Zealand. Walapun Maori tidak memerintah, di sana sini, adat budaya, identiti dan bahasa Maori dijaga dengan baik, termasuk di Muzium.

Pendatang ini seolah-olah tahu dan perlu tahu bahawa jika Maori tidak dijaga, pasti akan timbul masalah. Sebab itu, Maori tidak banyak menimbulkan masalah, walaupun mereka diperintah orang luar.

Keadaan kita berlaku sebaliknya. Ultra kiasu tidak faham budaya politik ini. Ultra kiasu mahukan sama rata dan sama rasa. Tidak timbul soal mahu menjaga sensitiviti kaum pribumi. Sesiapa yang mempertahankan hak ini dituduh rasis. Mangsanya adalah Perkasa dan Isma.

Bila NGO ini buka mulut sahaja, semuanya rasis dan ditentang habis-habisan. Namun, apabila ultra kiasu mempertahankan bermatian-matian adat budaya, bahasa dan identiti mereka, itu adalah hak asasi manusia. Termasuk LGBT.

Malangnya, kita terus buta. Malah, terikut-ikut pula, sehingga ada ADUN PAS yang bernada seloroh berkata, jika PAS pecat mereka yang dilabelkan sebagai banyak B itu, maka mereka boleh bertanding atas tiket ultra kiasu.

Malangya sungguh PAS mendapat orang-orang seperti ini. Jika PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO, janganlah pula ada pemimpinnya yang mahu menghalalkan matlamat ultra kiasu. Apakah PAS masih lagi tidak sedar betapa kurang ajar ultra kiasu memecat pimpinannya dari ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang?

18 comments:

Mat Paroi said...

Tiada yg boleh ditambah drpd saya, luahan Sdr.Ridhuan sangat tepat dan tegas, sepatutnya ianya menjadi pegangan pemerintah kini.

Anonymous said...

tuan ridhuan tee yg dihormati,
terima kasih kerana berani bersuara
walaupun teruk
dihentam oleh ultra
kiasu.teruskan
perjuangan.kami yang
menyokong tulisan
dan pandangan tuan
akan merealisasikan
perjuangan tuan
melalui peti
undi.tahniah dan
terima kasih! sama2 kita berjuang walaupun bukan lagi melalui mata pedang..

Anonymous said...

Saudara blogger.

Pas tak akan keluar pakatan rakyat , maki mereka, ludah mereka, halau mereka, dibaling najis sekali pun , Pas tidak akan bercerai daripada DAP. Tanpa DAP akan gerhana lah politik Pas.

Anonymous said...

"saya tidak boleh menerima jika dalam sebuah negara Islam, bilangan babi lebih banyak dari lembu, kambing, ayam dan itik."

Setuju amat sangat. Perlembagaan menyatakan di Perkara 3 bahawa Islam ada lah agama negara ini. Maka kepentingan Islam mesti lah di utamakan.

Sekarang demikian banyak babi hutan berkeliaran di kampung kampung. Contoh nya, di kawasan pantai antara Batu Pahat dan Muar, penangkap ikan nampak babi berenang berduyun duyun dari pulau pulau di seberang ke pantai negara ini.

Kawasan pantai itu penuh dengan kampung kampung. Tak berani orang menembak babi hutan itu, takut kena orang kampung. Membiak, berteraburan di kampung kampung. Habis tanaman ubi, keladi dsb nya di sebat babi hutan itu.

Minggu lalu di beritakan seorang Mak Cik 80 tahun di serang babi hutan di kampung nya. Luka, berjahit tangan dan lain anggota nya.

Kata nya, pemburu babi hutan pun tak berapa minat memburu babi hutan lagi. Sebab mcm mcm karenah keperluan lesen senapang, lesen peluru, lesen memburu, lesen membawa daging dari satu kawasan ke kawasan lain, lesen menjual daging dll.

Pihak berkuasa mesti ambil tindakan -

Majlis Bandaran,
Jabatan Agama
Jabatan Haiwan
Polis
JKKKK
dll yang berkenaan

Jabatan Haiwan atau Jabatan Agama jadi leader bagi memanggil mesyuarat, implementasi keputusan dan koordinasikan tindakan.

Tolong sebarkan cdangan ini. Keadaan serius dah lama berlaku nih.

Anonymous said...

Way to go Prof !
Prof... patutkah pemerintah negara ditukar ke yang lebih baik? Dah tak tahan menanggung derita ni.

Anonymous said...

Pelik dengan sikap ultra kiasu. contohnya Alvin. Kata mempunyai tamadun berusia lebih 5000 tahun tapi perangai macam orang takde tamadun. Apa yang nak dibangga-banggakan ada tamadun yang lama tapi tak membentuk adab kesopanan malah lebih kurang ajar!

Anonymous said...

Poin yang bagus daripada kajian Dr. Muhammed Abdul Khalid dalam buku yang baharu dilancar "The Colour of Inequality - Ethnicity, Income, And Wealth In Malaysia".
Apa lagi ultra kiasu nak nafi. Kajian dah ada, bukti pun ada.

Antaranya...

"Dr. Muhammed telah menunjukkan bahawa terdapat kajian mendapati bahawa faktor kadar tabungan, perbelanjaan, mahupun pendidikan bagi kaum bumiputera adalah sama dengan kaum yang lain. Jadi di mana silapnya?

Penulis menghuraikan tiga perkara.

Pertama, diskriminasi kaum terhadap graduan Melayu walaupun mereka mempunyai kadar kelayakan yang sama dengan kaum lain menghalang golongan ini untuk mendapat pekerjaan dan gaji yang setimpal dengan kaum lain, iaitu sumber penting untuk pengumpulan aset.

Kedua, inherited asset (harta pusaka) kaum lain terutamanya kaum Cina, lebih banyak memberi harta kepada anak-anak mereka, walaupun golongan majoriti kaum Cina juga tiada aset.

Ketiga, dan yang paling penting sekali, kegagalan pihak pemegang amanah, baik daripada parti Melayu seperti Pas atau pun UMNO yang jelas sekali tidak mengambil endah mengenai status sosioekonomi bangsa Melayu.

Wawancara Dr. Muhammed dengan orang kuat parti-parti politik ini menunjukkan bahawa mereka ini lebih suka berpolitik daripada menyelesaikan masalah ekonomi kaum Melayu.

Kecuaian ahli politik ini, disambung pula oleh syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

Dr. Muhammed menyatakan, berdasarkan temubual beliau dengan ketua-ketua GLC, jelas menunjukkan mereka bukan sahaja tidak memberi perhatian terdapat dasar bumiputera, malah ada di antara mereka yang mengutuk dasar bumiputera.

Malah ada yang mencaci bangsa Melayu sendiri.

Tidak hairanlah GLC seperti UDA yang diberi amanah untuk meningkatkan penguasaan hartanah kini lebih senang mengalibabakan projek yang diberi."


Ada juga harta yang tidak diperolehi secara tak sah; penipuan Tanah rezab Melayu, tanah yang terpaksa digadai sebab tak mampu bayar ablik pinjaman disebabkan bunga hutang yang terlalu tinggi sedangkan hutang pokok tak berkurang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20141008/re_05/Dr-Muhammed-dan-The-Colour-of-Inequality-Pesta-Oktoberfest-di-Selangor#ixzz3FXIeOQWb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Babi beranak sekali keluar sampai 8 ekor anak babi. Lembu beranak sekor anak ja. Kalau nak bagi lembu ramai macam babi jabatan veterinary kenalah cipta baka lembu super produktif. Bolehhhhh.

Admin said...

Salam,
Saudara, sy mohon izin copy artikel2 ini untuk disebarkan di laman web sy, www.kuliahtube.com

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh email sy di: admin@kuliahtube.com

Terima kasih

Anonymous said...

2:14 PM, October 07, 2014,

Tak perlu tukar Kerajaan. Minta UMNO tukarkan Najib saja.

Najib nak bubarkan Akta Hasutan. 170 dari jumlah 191 Bahagian UMNO dah kata hendakkan Akta itu di teruskan.

Anonymous said...

5:26 PM,

Mereka yang nenek moyang nya datang dai selatan China ada lah keturunan Cina Bukit - leierally the hill tribes of south China. Mana ada tamadun jenis itu.

Ada professor yang telah mengakji hal ini, menyebeut hal itu dalam buku nya - The History of China, C.P Fitzgerald.

Tengku Aziz, Naib President DAP kata Lim Guan Eng itu "biadap" di masa dia cabut keluar dari DAP. Lim Guan Eng dan bapak nya Kit Siang dah lama terkenal sebagai Cina Bukit. Sejak depa di Melaka dulu lagi.

Anonymous said...

RT

Tajuk yang ada umphhh sikit tak ade kah ?

Anonymous said...

Salah satu faktornya ialah kadar pembiakannya.. umur babi yang boleh melahirkan anak yang pertama ialah lebih kurang 14 bulan dan jumlah anak yang dilahirkan pula ialah 7 hingga 14 ekor bagi setiap induk.

Tempoh buntingnya lebih kurang 114 hari (3 bulan, 3 minggu, 3 hari ) dan mampu melahirkan anak sebanyak dua kali dalam setahun..

Manakala lembu pula bunting selama 8 hingga 9 bulan dan biasanya lembu akan beranak 1 ekor dalam tempoh 1 tahun.

Faktor yang kedua pula.. tanyalah Shahrizat, RM250 Juta yang kerajaan peruntukkan untuk projek membela Lembu tu dia dah buat apa?

Ketiga, jangan mula menyalahkan orang lain dalam aktif menguruskan perladangan walaupun ianya melibatkan penternakan babi. Ya walaupun ianya sepatutnya boleh dikawal... tetapi menyalahkan kepada mereka 100% tak wajar..

Dimanakah usaha orang melayu muslim dalam memperkasakan bidang pertanian dan perternakan haiwan di Malaysia ini... kita lebih fokus kepada bekerja makan gaji, paling suka di sektor kerajaan kerana alasan jaminan.. ini diajar oleh ibubapa melayu kepada anak mereka dan 'provokasi' pihak kerajaan (umno) yang mendakwa melayu perlu kekalkan kuasa dengan beramai2 bekerja dalam sektor kerajaan.. namun mereka semua silap.. pada zaman ini kekuatan politik sesebuah bangsa di sokong oleh kekuatan ekonomi bangsa tersebut...

so dalam kes babi ini ia merupakan salah satu cabang memperkasakan ekonomi pada kaum cina.. Jangan 'menjerit' tidak tentu hala menyalahkan orang lain.. lihat diri dulu.. wajarlah umat islam kini terkebelakang disebabkan selalu menyalahkan orang lain dari melihat masalah dan kelemahan diri sendiri..

Anonymous said...

Sebab org melayu yg dipertanghungjawabkan utk meramaikan lembu telah salah guna kepercayaan amanah yg di berikan...so what?babi byk dari lembu pun ape nak kecoh2....

Anonymous said...

Saudara Ridzuan Tee...tq perkongsian maklumat. Terusan perjuangan Anda, persetankan Orng2 yg tak senang melihat Anda memberi pandangan

Anonymous said...

Saya sudah bosan dengan gelagat kebanyakan ultra kiasu yang sering kali mempertikaikan penulisan Dr. Ridhuan.. Namun pada hakikatnya mereka sedar bahawasanya apa yang diperkatakan oleh Dr. Ridhuan adalah perkara yang benar..

Sesungguhnya ultra kiasu seringkali menggunakan medium berdebat untuk membuktikan bahawa merekalah juara demokrasi.

Oleh itu saya mencadangkan agar satu debat terbuka diadakan antara Dr. Ridhuan dan wakil daripada pihak berkenaan bagi menyatakan kebenaran.. InsyaAllah dengan pertolongan Allah, Ustaz Ridhuan akan berjaya dalam debat tersebut.

Amirul Mukmin

Anonymous said...

Mungkin Prof Ridhuan kesibukan, atau di luar negara lagi, atau komputer saya kena virus - blog RT asyik menunjukkan pos nya Monday, October 06, 2014 bila saya buka.

Moga moga bukan so'al kesihatn bagi nya dan di do'akan sihat wal'afiat. Wassalam.

Anonymous said...

1:02 AM,

Yang ngata kepala otak kau ada umphhh, ke?