(Sinar Harian 20.10.14)
Saya sudah dapat menjangkakan apa jawapan ultra
kiasu apabila isu sekolah vernakular dibangkitkan. Belum apa-apa lagi mereka
sudah melompat dengan mengatakan tidak boleh sama sekali sekolah ini dihapuskan.
Lebih serius lagi, mereka samakan kedudukan sekolah vernakular dengan kedudukan
raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
Peliknya, boleh dikatakan tidak ada kenyataan
balas selepas itu. Maklumlah takut hilang kuasa.
Ketika AGM ultra kiasu, banyak kali saya dengar berbagai
perkara dibincangkan menyentuh hak istimewa Islam dan Melayu dan perkara
sensitif. Adakah ketika itu UMNO memberi amaran jangan bincangkan perkara ini.
Siapa yang lebih bersifat terbuka?
Kenyataan ini dikeluarkan sebab ada masalah. Sebab
itu UMNO mahu membincangkan. Adakah kita tidak nampak langsung masalah yang
ditimbulkan oleh sekolah vernakular?
Saya tidak nampak UMNO begitu berani untuk
memansuhkan sekolah vernakular kerana ada implikasi politiknya. Sekolah
vernakular akan terus kekal.
Apa yang perlu dilakukan adalah penambaikan, sebab
kerajaan telah membelanjakan wang yang begitu banyak untuk sekolah vernakular
sehinggakan statusnya hampir sama seperti sekolah kebangsaan. Adakah kedudukan sekolah
ini tidak boleh dibahaskan langsung.
Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian
adalah
Pertama, masa pengajaran dan pembelajaran
(P&P) Bahasa Melayu (BM) mesti
ditambah. Wajibkan P&P BM setiap hari. Paling kurang 2 jam satu hari.
Tidak kira ditentang macam mana sekalipun, anak-anak
bukan Melayu mesti dipandaikan dengan bahasa negara demi masa depan. Sekiranya mereka gagal, syarat-syarat mesti
dikenakan. Misalnya, tidak boleh naik darjah, jika gagal dalam komunikasi dan
tulisan.
Begitu juga mata pelajaran sejarah, wajibkan
diajar dalam BM, bukannya bahasa ibunda sebagaimana yang berlaku pada masa
kini.
Perpaduan nasional tidak akan tertegak jika
generasi akan datang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa negara.
Kedua, saya ingin memetik pendapat Nordin Kcd (6.1014),
yang memberi respon kepada MCA. Nampaknya MCA masih dibuai mimpi dengan
kejayaan lampau mereka kerana mendapat hak keistimewaan dalam pendidikan
vernakular bagi kaum mereka. Hasilnya hari ini MCA sendiri melahirkan generasi
baru kaum Cina yang tidak fasih menguasai bahasa kebangsaan negara sendiri. MCA
masih lagi mengagong-agongkan bahasa kebangsaan dari negara luar hanya kerana
kaum mereka berasal dari negara tersebut.
Ada dua sebab utama kenapa pemimpin MCA terdahulu menuntut hak pendidikan vernakular Cina ini dikekalkan. Pertama, kaum Cina ketika itu anggap Malaya hanya tempat untuk mereka cari makan. Setelah mereka jadi kaya mereka akan pilih untuk kembali dan mati di negara Cina, negara tempat asal usul mereka. Sebab itu mereka perlu tahu bahasa dari negara asal usul mereka.
Ada dua sebab utama kenapa pemimpin MCA terdahulu menuntut hak pendidikan vernakular Cina ini dikekalkan. Pertama, kaum Cina ketika itu anggap Malaya hanya tempat untuk mereka cari makan. Setelah mereka jadi kaya mereka akan pilih untuk kembali dan mati di negara Cina, negara tempat asal usul mereka. Sebab itu mereka perlu tahu bahasa dari negara asal usul mereka.
Kedua, kaum Cina takut diperlakukan sama seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina,
yang mana kaum mereka dipaksa untuk diasimilasikan mengikut budaya dan bahasa
tempatan sehingga identiti bangsa mereka sebagai kaum Cina terus hilang.
Sebagai
timbal-balas keatas pengiktirafan yang mereka berikan terhadap hak keistimewaan
orang Melayu terutama dalam bidang ekonomi, mereka turut menuntut hak
keistimewaan yang setara terutama dalam bidang pendidikan diberikan kepada kaum
mereka.
Sebab itu MCA
hingga kini begitu sensitif mempertahankan hak keistimewaan kaum Cina ini walau
pun ia meninggalkan kesan negatif kepada kaum mereka untuk beridentitikan
"orang tempatan".
Menurut Nordin lagi, bagi MCA menghapuskan sekolah Cina samalah seperti menghapuskan sejarah kejayaan lampau parti mereka yang mereka guna untuk meraih sokongan kaum mereka kepada MCA.
Menurut Nordin lagi, bagi MCA menghapuskan sekolah Cina samalah seperti menghapuskan sejarah kejayaan lampau parti mereka yang mereka guna untuk meraih sokongan kaum mereka kepada MCA.
Akibatnya hari
ini generasi baru kaum Cina masih gagal menguasai bahasa kebangsaan negara
sendiri seperti mana kaum mereka di Thailand, Indonesia dan Filipina. Malah
pendatang asing dari Bangladesh dan Myanmar lebih fasih menguasai bahasa
kebangsaan Malaysia berbanding warganegara Malaysia yang berbangsa Cina ini.
Pada satu
sudut, MCA berjaya mengekalkan sekolah vernakular Cina tetapi di sudut yang
lain MCA gagal meletakkan anak bangsa mereka setara dengan bangsa lain yakni
beridentitikan “anak jati tempatan” atau “Anak bangsa Malaysia”.
Hari ini kaum
India nampaknya lebih berjaya menguasai bahasa kebangsaan berbanding kaum Cina.
Itu yang patut MCA fikirkan kerana orang Melayu sendiri lebih senang berkawan
dengan kaum India kerana mereka boleh berkongsi satu bahasa dan memahami antara
satu dengan yang lain.
Ketiga, kerajaan mesti memantau sekolah vernakular
setiap masa, setiap ketika. Garis panduan dan indeks penunjuk prestasi (KPI)
mesti diwujudkan. Pastikan operasinya tidak lebih Cina dari negara China.
Rakan saya dari negara China, menggeleng-geleng
kepala melihat betapa beruntungnya Cina di Malaysia mendapat hak pendidikan di
sini, seolah-olah membenarkan wujudnya negara dalam negara. Di negara merekapun
tidak secina di sini. Saya semakin menjadi tidak faham, kenapa dalam sebuah
negara yang mendaulatka BM, ada segelintir yang mahu menjadi secina-cinanya.
Pernahkan mereka terfikir soal pembangunan negara bangsa?
Akhirnya, saya amat mengharapkan masyarakat Cina
di Malaysia tidak terlalu mendesak atau menekan kerajaan. Jika tidak pasti akan
wujud banyak lagi Perkasa dan Isma.
22 comments:
JANGAN KITA MEMBUANG MASA DENGAN perkasa. ISMA OK LAH. MARI KITA WUJUDKAN LEBIH BANYAK RIDHUAN TEE SUPAYA ISLAM MENJADI LEBIH HEBAT LAGI.
Betul tu bila anda kata Umno membisu kerana takut hilang kuasa. Kalau president Umno tak berani bersuara menegur keceluparan ultra kiasu BN maka pemimpin2 bawahan terpaksa lah ikut rentak president. Kecuali Kahiry Jamaludin sorang saja yang berani menongkah arus. Syabas KJ.
Ahli Umno
Muka tak malu, dah dapat peruntukan dalam bajet 2015 (sebenarnya ketirisan sebab tak sepatutnya ada), ada hati lagi cakap tak cukup padahal dalam PRU13 mereka juga yang tikam belakang.
Duit untuk sjkc nak, kau sentuh cakap rasis. Tapi dia sendiri biarkan akhbar the star milik sendiri mainkan isu perkauman dan menyentuh sensitiviti Islam.
Tambahan kepada saranan Dr tentang perkara yang perlu diberi perhatian adalah subjek adab perlu diwajibkan di sjkc. MCA yang mendakwa mewakili kaum cina gagal untuk mendidik bangsa sendiri supaya beradab dan tidak kurang ajar!
CB,
Tak boleh ketepikan PERKASA, bang oi. Baca lah pos RT itu, fahamkan dan fikirkan implikasi nya. Tak boleh biarkan depa nak naik kepala.
PERKASA mesti ada di masa yang sama dengan ISMA. Kalau tak, bukan sahaja Perkara Perkara mustahak di dalam Pelembagaan di abaikan mereka, Kedudukan Istimewa Melayu pun nak di dera depa.
Mana boleh. Bak kata Karpal yang dah naik kapal selama lama nya, "Over my dead body".
5:59 PM,
Sedap dengor Sdr Ahli UMNO bersuara di sini. Harap dapat dengor lebih selalu.
Saya amat gembira bila "sekurang kurang nya 170 dari jumlah 191 Bahagian UMNO" di laporkan mahu Akta Hasutan di teruskan. Menyunsung arus yang Presiden UMNO mahukan. Bermakna "pemimpin2 bawahan" yang Sdr sebutkan itu tak mendiamkan diri bila yang tak betul Presiden lakukan. Syabas.
Semua tingkah laku Presiden selama ini nampaknya ada lah kerana dia gelojoh hendakkan taraf negara maju dengan cepat. "In a few years," dia kata di Perhimpunan Agong MCA. Saya cukup tak senang hati dan rasa marah kpd pendirian dia itu. Sebab nakkan taraf negara maju tak kira apa.
Di ketepikan nya DEB (placed on the back burner, kata Tun Dr Mahathir), di buat nya berbagai "liberalisasi", buang ISA, nak buang Akta Hasutan yang melindung hak dan kepentingan Melayu dalam Perlembagaan, menyenangkan bedebah DAP dll mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu dsb nya.
Dia buat begitu semua sebab nakkan negara negara Barat beri cap "taraf negara maju" itu. World Bank, IMF dsb nya. Yang di penuhi orang Amerika, kebanyakan nya Yahudi, Zionis, saperti Presiden World Bank bernama Wolf apekenama penuhnya nya yang kena berhenti sebab beri kemudahan kpd gufreng nya secara tak semenggah.
Maka saya amat berharap Majlis Tertinggi UMNO, Ketua Ketua Bahagian, serta majoriti ahli UMNO, mengambil tindakan menggantikan Presiden UMNO dengan seorang yang akan menjaga, mempertahankan dan mempromosikan hak dan kepentingan Melayu, yang UMNO bersumpah melakukan nya di masa penubuhan nya lk 60 tahun dahulu.
Tak boleh. Menambahbaik sekolah vernakular tak boleh. Tak selari dengan Perkara 152 Perlembagaan berkenaan BM. Pendek kata, melanggar Peruntukan itu.
Peruntukan yang mengatakan bahasa ibunda (Mandarin bukan bahasa ibunda pun) boleh di gunakan "SELAIN DARI UNTUK TUJUAN RESMI". Dan sekolah ada lah tujuan rsmi mana mana negara.
Alamak ini sistem nak buktikan bukan robot mencerewetkan. Hilang komen aku agaknya lewat respon kehendak si robot.
Tapi kalau untuk mengelakkan ultra kiasu Red Bean mengacau taruk virus dsb nya, tak apa. Tak lama lagi akan jadi biasa dan tak cerewet lagi.
Apa inikah yang saya tulis tadi hilang di makan dek robot. Sekarang saya cuba taip semula.
Tak boleh benarkan Menambahbaik sekolah vernakular. Tidak selari dengan Perlembagaan. Pendak kata, melanggar Perkara 152 Perlembagaan yang mengatakan bahasa ibunda (Mandarin bukan bahasa ibunda pun) boleh di gunakan SELAIN DARI UNTUK TUJUAN RESMI. Dan sekolah ada lah tujuan resmi di mana mana negara.
Sekolah vernakular patut di serapkan ke dalam sitem Sekolah Kebangsaan. Supaya ada ha nya SATU - TIDAK 3, 4 sistem persekolahan. Single Stream Education. Yang Najib kata di blog nya 1Malaysia di permulaan dia jadi PM bahawa sistem itu akan di laksanakan bila rakyat mahukan nya. Tapi rakyat mahukan nya sejak 5, 10, 20, 57 tahun dahulu.
Dengan Najib sibuk nakkan taraf negara maju dengan cepat, tak kira apa, tak boleh harap Single Stream education itu di laksanakan nya. Namun demikian, kita perlu laungkan nya berterusan dari masa ke masa.
Semangkin kelam nampak nya tulisan di robot itu. Saya cuba tulis lagi, insyaAllah.
Senang sahaja nak serapkan sekolah vernakular itu ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan. Arahkan mereka gunakan BM sebagai bahasa pengantar dan syllabus yang di gunakan di SK.
Latihkan semula guru guru, gunakan guru guru lain sementara waktu, kemudian letakkan semula guru asal, di campur dengan guru guru lain supaya berwatk SK. Tapi jangan buang guru guru vernakular dan setaf mereka itu. Serapkan juga ke dalam sekim perkhidmatan di SK.
Tak payah murid murid tukar sekolah dsb nya. Lama kelamaan sekolah itu jadi SK biasa.
Berkenaan asset saperti tanah, bangunan, harta pesaka makmal sains dll boleh di runding dengan Kerajaan.
Harap di lakukan di suatu masa tak lama dari sekarang.
Fakta dr tee saya ragui......
jangan kamu bandingkan cina Thailand, filipina.....Cina sana dah jadi presidents negara berkali kali term....disebabkan cina sana dah macam localized...maka semua jadi terkaya raya sampai satu negara pun dibawah pengaruh dia orang...
tiada seorang pun berani soalkan ...
adakah anda bersedia PM di bawah orang kafir?
12:55 PM,
Tak bersedia PM di bawah orang kafir. Perkara 3 Perlembagaan kata "Islam ada lah agama Persekutuan ini."
Apa pun, tak mungkin bukan Islam di negara ini akan pakai nama tempatan, pakaian tempatan, makanan pakai tangan, saperti di Thailand, Philippines dan Indonesia.
Melainkan tentera merintah, saperti di Thailand dan Indonesia dulu. Dan kerahkan mereka assimilasi dengan orang tempatan.
Ahli Umno,
Mana dia KJ berani menongkah arus? Setahu aku ha nya dia hentam Bar Council nakkan Akta Hasutan di buang. Itu pun salepas berita sekurang kurang nya 170 dari jumlah 191 Bahagian UMNO nakkan Akta Hasutan di teruskan.
Bukan kah Najib tak beri dia apa apa jawatan selapas jadi Ketua Pemuda? Tak pernah berlaku dalam sejarah UMNO. Lama juga merapong. Masa tak ada jawatan Kerajaan, tak pulak ada berita dia ke sana sini seluruh pelusuk negara mengajak pemuda pemuda pergi berdaftar, dan menurat undi, lama sabelom PRU13 dulu.
Ada ke dia cakap fasal sistem sekolah satu aliran? Sekurang kurang nya Najib ada kata di blog 1Malaysia nya "Sistem Sekolah Satu Aliran akan di laksanakan bila rakyat mahukan nya." Kita tahu le dia cakap politik, tapi dia ada cakap. KJ amacam?
Bila BN menang, walau pun lebih teruk dari zaman Pak Lah, dia sibuk mengarah Azeez ke siapa Pemuda berdiri di barisan depan masa Najib berucap fasal menang. Dia nak tunjukkan Najib konon nya Pemuda yang membawa kemenangan itu. Betul ke? Ada bukti ke?
Sori le, aku tak suka KJ nih. Dulu bila Anwar keluar dari penjara, dia melulu bawakkan paspot baru Anwar kapada Anwar untuk pigi berubat belakang dia di Germany ke mana ke. Ada macam macam lagi yang aku rasa teruk negara kalau KJ naik. Harap tidak.
Bila mereka melompat dengan mengatakan tidak boleh sama sekali sekolah vernakular dihapuskan, kita pun perlu melompat juga, dengan cara tak melanggar undang undang, tak seditious.
Mengatakan bahawa sekolah vernakular mencanggah Perkara 152 Perlembagaan yang mengatakan bahasa ibunda BOLEH DI GUNAKAN HA NYA SELAIN DARI UNTUK TUJUAN RESMI. TIDAK BOLEH DI SEKOLAH KERANA SEKOLAH IA LAH TUJUAN RESMI.
Sekolah agama ada lah berlainan sebab Perkara 3 Perlembagaan menyatakan bahawa "Islam ada lah agama negara ini."
Biar kita ulang berkali kali, sehingga masuk dalam kepala yang berkenaan dan supaya yang perlu, mengambil tindakan yang sewajar nya.
Mereka tidak boleh samakan kedudukan sekolah vernakular dengan kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Mengarut bila buat begitu.
Tidak bijak sama sekali berbuat begitu. Malahan merupakan "seditious tendency". Mana boleh kedudukan Raja Raja di persendakan dan menyamakan kedudukan Raja Raja dengan sekolah vernakular ada lah kurang ajar. Biadap, saperti kata Tengku Aziz, Naib Pengerusi DAP, kapada Lim Guan Eng, boss DAP, semasa dia cabut keluar dari DAP.
Mereke yang mirip kapada kurang ajar DAP yang buat begitu. Mesti di kutuk, di kecam, di bangkang dan di bantah se boleh boleh nya.
Ini berita baik bagi rakyat yang mahukan Pemerintah ikut nada Perkara 152 Perlembagaan berkenaan Bahasa Malaysia -
'Time Is Ripe For A Single-Stream Plan'
malaysiandigest.com
KUALA LUMPUR: AN Umno leader yesterday said the time has come for the government to implement a single-stream school system.
Serdang Umno deputy chief Major (rtd) Abdul Rahim Mohd Amin said the country could only achieve unity through a ...
Syabas Major. Aiyoh, kita bantah dan bangkang depa yang nak menambah baikkan sekolah vernakular.
Kita laungkan apa yang Mejar kata itu di mana mana dan seberapa selalu yang boleh. Tertama nya di PAU November ini.
Salam, selamat sejahtera semua.
Tak perlu tambah baik atau tambah buruk. Tukar semua sekolah varnokular kepada aliran kebangsaan. Bahasa ibunda cina dan Tamil diajar kepada semua murid sebagai subjek bahasa tambahan. Aman negara , bersatu padu rakyat.
Masalah tak sekor pun menteri Umno berani usul hapus sekolah itu.
Lim Guan Eng mengatakan bodoh bagi orang yang mencadangkan Sekolah Cina di hapuskan ada lah dengan sendiri nya bodoh.
Sistem sekolah saperti itu nyata bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan berkenaan BM sebagai bahasa negara ini.
Sekolah Cina ada di negara ini sejak 60 lebih tahun tidak bermakna betul apabila negara ini merdeka dan bergerak berdasarkan Perlembagaan negara.
Ha! Ha! Ha! Isu terkini yang didedahkan oleh Prof. Dr. Teo Kok Seong "604 peserta PLKN cina dan india langsung tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu". Dah tentulah daripada sekolah SJKC dan SJKT.
Tambah menarik lagi isu pelatih PLKN tidak faham Bahasa Melayu tetapi lulus SPM. Ini membuka ruang agar disiasat juga bagaimana mereka lulus; adakah disebabkan isu kertas bocor atau pun ada kerja orang “dalam” yang membantu memberi markah kepada mereka?
Ini amat penting kerana mana mungkin cemerlang dan lulus jika sepatah haram pun mereka tidak tahu bercakasp bahasa melayu.
Apa kata ultrakiasu, MCA, Gerakan, DAP? Minta SPRM masuk mencelah!
“Bajet 2015 sepatutnya memberi fokus kepada pembangunan di negeri Terengganu dan Kelantan, namun (Bajet 2015) lebih banyak beri kelebihan kepada orang Cina dan India. Bagaimana pula dengan nasib orang Melayu? (President ISMA)
Dalam kalangan ulama sendiri berpecah, ada pelbagai pendapat, mufti kata ini, ulama itu kata ini, berlaku telagah dan akhirnya kata siapa kita mahu pegang dan celaru pemikiran umat Islam,” (Mufti Negeri Kelantan)
Masyarakat Malaysia tanpa mengira keturunan perlu tampil dengan identiti sendiri..
Masih jelas jurulatih badminton China Lee Yong Boo meneriak keras kepada Lin Dan yang Lee Chong Wei bukan orang Cina jati ketika sukan olimpik 2010.
Malangnya masih ramai kaum Cina di luar sana tidak langsung faham bahasa rasmi Malaysia. Sedangkan kaum pendatang dari Myanmar, India, Bangladesh mahupun Vietnam hanya memerlukan tak sampai 6 bulan untuk belajar bahasa Malaysia.
Mereka hidup di alam fantasi mungkin menyangka mereka masih berada di Beijing. Paling mudah sombong dan ego.
Don't forget that you are a Cina too Ridhuan. Masuk Islam bukan masuk Melayu.
Post a Comment