https://www.ismaweb.net/2018/07/23/lindungi-dr-zakir-naik-daripada-ancaman-ltte/
Saya amat mengharapkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan
Harapan yang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamed dapat melindungi Dr Zakir Naik
daripada perancangan jahat ultra kiasu yang pro Harimau Pembebasan Tamil Eelam
(LTTE)
Saudara
pembaca kolum saya dalam ismaweb, mungkin tidak lupa akan artikel saya
bertarikh 21.5.18, bertajuk “Islam lebih bahaya daripada LTTE, Komunis dan
Evangelis”.
Tidak
ramai yang mengetahui apa itu kumpulan pengganas LTTE dan gerakan bawah tanah
yang sangat bahaya yang sudah merebak ke negara kita. Pihak keselamatan mesti
memantaunya secara serius sepert saranan Mufti Perlis. Pengikutnya semakin
ramai di negara lain, meskipun ia telah diharamkan di Sri Lanka. Sebab itu, kita
jangan terlalu bersangka baik.
Selama
ini, bagi tidak menampakkan LTTE ini aktif di Malaysia, mereka menyasarkan Zakir
Naik kerana Zakir Naik adalah ancaman kepada pergerakan mereka ini. Pernah saya
berkata;
“Ramai
lagi dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP yang berfahaman komunis dan sosialis
yang pro LTTE India dan pro Komunis China serta Kristian Evangelis yang jauh
lebih bahaya, kenapa perkara ini tidak pernah menjadi kerisauan? Saya boleh
tuding satu-persatu, tetapi saya lihat dahulu (Ridhuan Tee, Ismaweb 21.5.18).
Apabila
disebut pengganas, musuh-musuh Islam termasuk pemimpin ultra kiasu LTTE Pulau Pinang sering menuding jari
kepada al-Qaeda, Taliban, Boko Haram dan
Negara Islam (IS), serta tidak berkecuali Zakir Naik.
Saya pernah membuat kajian mengenai kumpulan pelampau LTTE ini ketika
menjadi pelajar jurusan Sains Politik di UKM. Kini, diimbaukan kembali betapa
jahatnya LTTE ini yang ditubuhkan pada 5 Mei 1976, di bawah kepemimpinan
Velupillai Prabhakaran.
LTTE adalah antara kumpulan pengganas paling ditakuti. Gerakannya
tersusun dan berdisiplin. Ini diakui oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Dalam
laporannya bertarikh 10 Januari 2008, FBI menyasarkan, LTTE adalah pergerakan
pengganas paling bahaya di dunia, melangkaui IS, ISIS, DAESH dan Taliban yang
selalu disamakan dengan pengganas dalam kalangan orang Islam. FBI juga
mengeluarkan ingatan bahawa LTTE perlu diawasi kerana menjadi ilham kepada
rangkaian pengganas seluruh dunia.
LTTE
memulakan kempen bersenjatanya di Sri Lanka untuk menuntut wilayah Tamil
berasingan pada 1983. LTTE melancarkan perang saudara. LTTE turut terlibat siri
pembunuhan berprofil tinggi, termasuk pembunuhan Presiden Sri Lanka, Ranasinghe
Premadasa pada 1993 dan bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi, pada 1991.
Pembunuhan
Rajiv Ghandhi dilakukan oleh penyerang berani mati. Akhbar The Indian Press
melaporkan pembunuhan dilakukan atas arahan Prabhakaran. Rajiv menjadi sasaran
kerana menggagalkan usaha dan perjuangan Tamil (LTTE). Terbukti, apabila Mahkamah
India (1998), melalui hakim V. Navaneetham 1998 memutuskan pemimpin LTTE itu
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembunuhan Rajiv Ghandhi.
Sri Lanka
dahulunya dikenali sebagai “Ceylon” ketika berada di bawah jajahan British.
Negara ini merdeka pada tahun 1948, selepas India pada pada 1945. Nama Ceylon
menjadi Sri Lanka pada 1972.
Kontoversi
bermula apabila Perdana Menteri ketika itu, Bandaranaike menjadikan bahasa
Singhasa sebagai bahasa rasmi. Majoriti Sinhala berada di selatan, manakala
kaum Tamil Eelam di utara dan timur. Keturunan Tamil ini berasal dari benua
kecil India di bahagian tenggara atau Tamil Nadu.
Keganasan
bermula pada Julai 1983 apabila berlaku
pemberontakan yang dicetuskan oleh Tamil Tiger LTTE. LTTE berjuang menuntut
kemerdekaan daripada kerajaan Sri Lanka atas alasan mereka ditindas dan
dinafikan hak mereka.
Modus
operandi mereka menyasarkan pembunuhan pemimpin berprofil tinggi. Pada tahun 1975
sebelum pembunuhan Rajiv, tindakan pertama mereka dengan membunuhan datuk
bandar Jaffna di
utara Sri Lanka, Alfred Duraiappah. Pada 1977 ahli parlimen Tamil, M
Canagaratnam, dibunuh sendiri oleh Vellupillai Prabhakaran, pemimpin tertinggi LTTE.
Pendek
kata, Sri Lanka tidak pernah aman dengan konflik etnik, perang saudara dan siri
keganasan yang dicetuskan oleh LTTE. Bagaimanapun,
LTTE menerima pukulan hebat dengan terbunuhnya
Prabhakaran pada 18 Mei 2009. Bukti-bukti menunjukkan anggaran 70,000
penduduk maut dalam konflik antara LTTE dengan kerajaan Sri Lanka.
Meskipun pemimpin LTTE telah berjaya dihapuskan, itu tidak
bermakna gerakan tersebut sudah mati. Sebenarnya gerakan ini masih mekar dalam
kalangan pengikut fanatik mereka yang berada di seluruh dunia. Mereka menunggu
masa untuk melancarkan keganasan ke negara lain yang menjadi sasaran. Kumpulan
berselindung atas nama hak asasi dan kepakaran akademik.
Saya amat berharap, pihak polis dapat melakukan siasiatan dengan
beberapa repot yang telah dibuat. Mereka yang ada dikaitkan mesti disiasat
hingga ke akar umbi, terutama dalam parti ultra kiasu. Ultra kiasu ini jugalah
yang melabelkan saya sebagai ‘bigot’ dala kenyataannya bertarikh pada 7 Ogos
2017, kerana menyangkakan saya yang menulis bahawa parti dianggotainya sebagai anti
Islam. Sedangkan tidak.
Dengan
ini saya amat bersetuju dengan saranan Mufti Perlis, yang menyeru pihak
berkuasa menyiasat ultra kiasu ini yang dikaitkan dengan LTTE. Hanya pengganas
sebenar menuduh orang lain sebagai pengganas.
Alasan
beliau setelah berita ini menjadi viral amat tidak munasabah. Beliau berkata
Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE bukanlah sebahagian daripada kumpulan
pemberontak, yang menjadi dalang di sebalik perang saudara yang berlangsung
puluhan tahun di Sri Lanka yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh. Beliau
berkata jawatankuasa itu ditubuhkan oleh kerajaan Sri Lanka selepas perjanjian
damai dicapai antara Colombo dan LTTE.
Beliau
dijemput untuk menjadi sebahagian jawatankuasa itu, yang terdiri daripada
anggota LTTE dan bukan LTTE termasuk ahli akademik dan aktivis dari seluruh
dunia, dikenali sebagai Sekretariat
untuk Menyelaras Proses Damai (SCOPP).
Siapa
yang tidak kenal sosialis ultra kiasu tersebut? Saya telah mengenali beliau
sekian lama semenjak bergelar pelajar. Beliau menafikan sama sekali mengenai bukti sekeping foto
menunjukkan beliau menyembah lambang AK-47 yang menjadi ritual puak pemberontak
LTTE. Ironinya, kenapa terlibat dalam sembahan ekstrem tersebut? Seseorang yang
rasional berpegang kuat kepada amalan Hindu, tidak sama sekali akan melakukan
sesuatu perkara yang tidak diingininya.
Sama
ada beliau pernah menjadi sebahagian daripada LTTE, dan tidak, menyokong
sebarang organisasi pengganas atau pejuang bersenjata, biarlah polis menentukan
melalui siasatan yang akan dijalankan.
Saya
amat mengharapkan pihak keselamatan tidak hanya melihat kumpulan pengganas dan
pelampau ini dalam kalangan orang Islam sahaja. Saya yakin kumpulan Islam yang
dilabelkan itu adalah ciptaan musuh-musuh Islam untuk menutupi kegiatan
pengganas mereka. Pengganas sebenar sedang berada dalam saf kepemimpin negara
yang ada. Maka, lakukanlah penyiasatan secara telus. Kadangkala terfikir juga,
apa ke jadahnya membawa sami yang sebegitu pelik rupa ke parlimen semata-mata
untuk menyaksi majlis angkat sumpah. Apakah ketika itu kita masih membiarkan
dan menyatakan, biarkanlah. Tidak ada apa-apa.
Sepanjang
kajian terhadap agama Islam yang saya anuti buat selama-lamanya ini, Islam
tidak akan menjadi pengganas atau mengganas, jika tidak ditekan dan ditindas
sedemikian rupa. Ini kerana Islam adalah agama, yang adil dan penuh hikmah.
Hari
ini munculnya kumpulan pengganas Islam
kerana mereka tidak mempunyai pilihan. Mereka ditindas, dianiaya,
dizalimi dan dibunuh saban hari seperti di Palestin. Dunia tidak pernah berlaku
adil kepada umat Islam. Apakah pada ketika itu umat Islam hanya melihat sahaja
kekejaman yang dilakukan tanpa sebarang tindakbalas? Saya berpegang kepada
prinsip bahawa Islam tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi Islam
tidak akan menyerang tanpa tentangan.
Benar,
Islam tidak disebarkan melalui kekerasan tetapi melalui hikmah. Tetapi jika
Islam terancam, ketika itu, apakah kita harus berdiam diri?
Apakah
yang akan bakal mendatang nanti, jika kita masih dalam sindrom penafian,
kealpaan yang tidak boleh dilupai. Meskipun berbagai peringatan telah
diberikan. Apakan daya yang menerima impaknya nanti adalah rakyat marhaen.
Justeru, langkah pencegahan amat penting sebelum berlakunya apa yang tidak
diingini nanti.
0 comments:
Post a Comment