Siakap
senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri
siapa
senohong gelama ikan duri
bercakap
bohong, lama-lama mencuri,
siapa
senohong gelama ikan duri
bercakap
bohong, lama-lama jadi menteri
Apakah
hanya PAS saya berbohong untuk menyelamatkan parti? Apakah parti-parti lain
atau orang lain tidak pernah berbohong?. Sucikah kita semua daripada bohong,
tipu dan dusta?
Terus
terang, saya tidak seratus peratus suci. Tidak suci daripada dosa-dosa kecil,
termasuk terpaksa kadangkala berbohong bagi tujuan tertentu.
Bagaimana
dengan poster-poster kempen pilihan raya yang ditampal sana sini, ketika PRU
14, mengatakan wakil rakyat yang bertanding mempunyai kelulusan ini dan itu.
Tidak itu bohong dan menipu. Bapak pembohong dan bapak penipu.
Kenapa
baru sekarang menafikan apabila isu bohong mengenai kelayakan menteri dan
timbalan menteri tersebut menjadi viral? kenapa tidak dinafikan sejak poster
itu dinaikkan ketika kempen? Takkan menteri tidak tahu. Bila terkena hidung
sendiri, bukan bohong, bila kena pada orang lain bohong, penipu dan sebagainya.
Mana
lebih teruk bohong menyelamatkan diri dengan menyelamatkan parti. Saya fikir
bohong menyelamatkan diri lebih hina daripada parti. Diri sendiri menanggung
dosa, parti tidak menanggung dosa. Parti bukannya manusia.
Pemimpin
ultra kiasu, tidak kira Melayu dan Cina beriya-iya menyerang PAS mengenai
bohong. Apakah mereka tidak pernah berbohong selama ini dengan isteri, parti
dan sebagainya. Berani bersumpah? Tak usahlah nak menjadi malaikat.
Mereka
yang berkahwin dua, tiga dan empat, dok pakat-pakat bohong dengan isteri-isteri
untuk menyelamatkan dan mententeramkan rumahtangga masing-masing. Saya sudah
masak dengan permainan mereka ini.
Apatah
lagi orang politik. Orang yang paling tidak boleh dipercayai jika mengikut
survey yang dibuat pada tahun 2006. Antara 15 profesion kerja, yang paling
tidak boleh dipercayai adalah orang politik.
Jadi,
apakah Pas sahaja yang berbohong, parti lain adalah malaikat? 15 kategori
manusia yang boleh dipercayai. Lihat jadual di bawah

Sumber:
The Star 2006 dan NST, 2006
Apabila
survery atau penyelidikan dibuat, sebahagian percaya bahawa ahli politik yang
paling tidak boleh dipercayai atau paling banyak berbohong. Yang paling boleh
dipercayai adalah doktor, guru, pensyarah, imam, saintis dan lain-lain. Ahli
politik berada pada tahap integriti paling rendah.
Bermaksud,
orang politik yang paling banyak menipu, tidak boleh dipercayai. Tok sah lah
menjadi jadi malaikat yang berselindung disebalik nama, keadilan, amanah dan
apa jua nilai yang diletakkan dalam nama parti.
Apakah
kita tidak berbohong apabila berkempen, hari ini menang pilihan raya, esok
turun harga minyak. Hari ini menang pilihan raya, esok tol dihapuskan. Hari ini
menang pilihan raya, esok buat jalan raya atau lebarkan jalan raya. Ini bukan
sahaja berbohong tetapi bapak pembohong. Mana mungkin perkara ini boleh dibuat
sekelip mata. Semua bohong bossku.
Begitu
juga kes liwat ultra kiasu ini, siapakah yang sebenarnya berbohong? Liwat atau
tidak?
Bagaimana pula dengan “Langkah Kajang”
2014? apakah tidak bohong. Malaikatkah
ultra kiasu ini?
Ultra kiasu ini menidakkan sebarang
usaha untuk menjatuhkan MB ke 14, Khalid Ibrahim daripada jawatannya sebagai MB
Selangor, bagi memberi laluan kepada ultra kiasu ini.
Tidak semena-mena ADUN Kajang letak
jawatan untuk memberi laluan kepada ultra kiasu ini. Tuhan Maha Kaya, tiba-tiba
ultra kiasu ini tidak layak bertanding kerana disabitkan kesalahan oleh
Mahkamah atas tuduhan Liwat 2.0. Ini tipu ke bohong?
Selain bohong, mereka turut berkomplot
untuk menjatuhkan seseorang yang Menteri Besar yang berintegriti. Akhirnya,
ultra kiasu ini terpaksa memohon maaf atas kesilapan itu kepada Khalid Ibrahim di mahkamah.
Dahsyat
sungguh komplot dan diselubungi bohong, tipu daya dan dusta. Sebab itu jangan
mengata dulang, paku serpih. Mengata orang sendiri yang lebih.
Dalam
Islam, bohong itu ‘dibenarkan’ jika boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar.
Apakah parti ultra kiasu Cina tidak pernah berbohong dalam memperjuangkan dan
mempertahankan agenda Cina mereka.
Saya
amat yakin, mesyuarat sesama mereka sendiri, berbeza dengan mesyuarat yang
dihadiri oleh Melayu ultra kiasu dalam kalangan parti mereka sendiri.
Sama
juga isu yang berlaku apabila seorang menteri ultra kiasu membawa isteri
bersama menghadiri mesyuarat rasmi bersama menteri sejawatan di China. Bohong
atau tidak kenyataan bahawa isterinya dibawa bersama atas dasar jemputan.
Jika
dijemput sekalipun, sepatutnya sebagai seorang menteri, beliau sepatutnya
menolak. Isterinya boleh bersama dalam acara tidak rasmi tetapi bukan mesyuarat
dua hala. Atas status apa isteri untuk duduk bersama dalam mesyusrat?
Bagaimana
jika isteri turut bercakap dan memberi pandangan? Begitu juga rahsia kerajaan
yang tidak sepatutnya diketahui oleh orang luar? Bohong atau tidak. Tanyalah
bakal perdana menteri ultra kiasu tersebut.
Saya
belum pernah melihat ada dalam kalangan perdana menteri kita membawa isteri ke
dalam mesyuarat rasmi meskipun dijemput. Biasanya, mereka ada acara tersendiri.
Maka
benarlah apa yang dikatakan oleh seorang menteri sebelum ini, siakap senohong
gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri. Tidak mustahil, juga
bercakap bohong tidak menjadi perdana menteri.
0 comments:
Post a Comment