https://www.ismaweb.net/2019/02/25/malu-apa-bossku-relaks-bossku-jangan-kecoh-kecoh/
“maluapabossku”...relaksbossku, jangan kecoh-kecoh...
Tak semena-mena ada
ustaz melatah dengan troll atau slogan malu apa bossku...haram katanya...terkejut
saya...biasalah tu bossku.....relaks bossku...jangan sakit hati bossku...kita
berada dalam dunia tanpa sempadan...
Tidak ada
yang salah dengan perkataan boss. Selama ini perkataan boss selalu digunakan.
Cuma ada yang tak perasan, sehinggalah dipopularkan oleh bekas PM, Najib Razak
dan geng anak mudanya.
Apa khabar
boss? Nak ke mana boss? Di Terengganu disebut sebagai boh....bereh boh. Justeru, ada apa dengan
perkataan boss? Malah panggilan boss menjadikan kemesraan lebih terjalin.
Persoalannya, kenapa ada segelintir termasuk ustaz yang
panas punggung? Sehingga sanggup berkata kata-kata “maluapabossku” haram
disebut. Beliau dikaitkan dengan hadis
Nabi, malu itu sebahagian daripada iman, iaitu kita kena merasa malu melakukan
maksiat atau kemungkaran. Siapakah yang tidak merasa malu itu?
Sejak bila
pula slogan “maluapabossku” digunakan bagi tujuan mesti malu apabila melakukan
perkara tidak baik, seperti 1MDB? Macam mana jika ada orang malu melakukan
perkara yang baik? Tidak pula dikupas. Kasihan ustaz macam ini bossku... Jangan
begitu bossku. Jangan marah bossku. Relakslah bro.
Sedangkan
semua maklum “malu apa bossku” hanya kata-kata yang tidak membawa apa-apa makna,
apatah lagi tidak malu melakukan kemungkaran dan maksiat. Malu apa bossku,
hanya kata-kata mainan alam sibar. Saya menjadi pelik... Haram kat mana bossku?
Nak kaitkan
tidak malu dengan maksiat. Sejak bila malu apa bossku dikaitkan dengan tidak
malu dengan maksiat atau apa jua penyelewengan seperti rasuah? Ia kata-kata
orang muda. Panas ker bossku?
Macam-macam
ayat boleh dibina dengan perkataan bossku. Mau apa bossku? Ada apa bossku? Apa
khabar bossku? Mau kena ke mana bossku. Begitu juga dengan malu apa bossku?
Sudahlah, ustaz-ustaz kita ni usahlah jadi naif.
Biarkanlah
Najib dengan raja troll nya, tak usah dikacau. Diterima atau tidak, biar rakyat
yang menilai. Rakyat zaman sekarang sudah cerdik. Hatta, atuk-atuk da,
nenek-nenek yang rabun matanya sudah pantai guna telefon pintar. Mereka tahu
menilai kaca dan permata.
Kata akar
boss, dalam bahasa Inggeris merujuk kepada ketua. Penggunaan boss oleh orang
Melayu, sudah kedengaran sejak dahulu, bukan baharu.
Semakan di
Twitter mendapati perkataan slanga 'bossku' (kawanku) didakwa selalu
digunakan oleh orang Sabah, terutama di daerah Tawau. Orang Sabah menggunakan
perkataan bossku terutama bila berjual beli, bagi mewujudkan hubungan dan
transaksi yang mesra.
Perkataan
'boss' bagi orang berniaga, terutama orang Sabah digunakan untuk merujuk
seorang yang kita tak tahu atau tidak kenal. Sama juga perkataan apa khabar
bro, nak ke mana bro, malu apa bro. Bro merujuk kepada brother atau saudara.
Bukankah ia lebih mesra daa lebih dekat. Justeru apa isunya?
Sementara
sebutan 'malu apa bossku” mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek
yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib
Razak. Pemuda tersebut kedengaran menyebut 'bossku' dan disambut oleh Najib
dengan menyebut, 'Malu apa bossku'.
Perang alam
siber atau psywar (psychology warfare) seperti ini adalah suatu perkara yang biasa
dalam dunia tanpa sempadan hari ini. Jika Najib boleh buat troll yang
sedemikian rupa, pemimpin yang lain lakukanlah perkara yang sama. Kemudian kita
lihat, hantaran siapa yang paling popular.
Rakyat tidak
mudah atau akan lupa dengan apa yang telah dan sedang berlaku. Tiada ada
seorang yang mahu menghalalkan 1MDB. Semua mengakui ia satu kesilapan, termasuk
Najib.
Yang sudah,
sudahlah. Kita mahu melihat masa depan, membina masa depan. Rakyat hari ini
marah, apabila mereka masih belum dapat
melihat masa depan seperti yang dijanjikan.
Kerajaan
yang dipimpin PH telah menjanjikan macam-macam dalam manifestonya. Justeru,
berusahalah untuk tunaikan. Sampai bila mahu menyalahi Najib. Najib sudah pun
mengakui. Akan dibicarakanpun. Biarlah mahkamah yang menghakimi sama ada Najib
bersalah atau tidak. Cukup, cukup sudahlah kita menyalahinya.
Dalam banyak
pertuduhan, tak mungkin Najib akan terlepas kesemuanya. Najib tahu dan sudah
bersedia untuk menghadapinya. Jika tidak, mana mungkin Najib terlalu aktif. Lebih
baik dia duduk diam sahaja.
Adakah kita
akan berpesta gembira saudara seagama ditimpa musibah? Bagaimana mereka yang
masih terlepas, disebabkan masih ada hakim yang tidak berpegang kepada neraca
keadilan?
Rakyat mahu
lihat apa yang PH boleh tawarkan untuk
masa kini dan masa akan datang. Harga barang masih tidak turun.
Kehidupan semakin terhimpit dengan jatuhnya harga komoditi. Rakyat sudah bosan
dengan sikap asyik berpolitik. Rakyat mahu perutnya diisi. Menteri asyik
berswafoto sana sini dan dikelilingi dengan bodyguard dan trafik.
Turunlah
berkain pelikat ke kampung-kampung dan Felda, Felcra dan sebagainya. Tidak
usahlah berlagak hanya kerana berjawatan. Kata mahu mencontohi almarhum Umar
Abdul Aziz dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Kehidupan almarhum sangat sederhana.
Pengiring almarhum termasuk bodyguard tidaklah sangat ketika mereka memerintah.
Kedengaran
cakap-cakap di luar sana, mahu jumpa menteri terlalu sukar. Sibuk sokmo sejak
jadi menteri.
Bukan sahaja
menteri yang sibuk, pegawai-pegawai dan orang keliling menteri turut menyibuk.
Ada yang melaporkan RTM atau media kerajaan tidak memberikan liputan meluas
terhadap menteri mereka. Sejak bila pula menteri ini gilakan publisiti?
Media lain
kan ada, seperti TV3, TV Hijrah, dan media-media parti. Kenapa sasarannya
kepada RTM? Ada apa-apa ker? Mahu balas dendam kepada RTM. Lagipun dari segi
populariti, RTM tidaklah sehebat TV swasta yang lain. Ada agenda apa
sebenarnya, bila hanya RTM yang dimangsakan?
Lagipun, nak
buat liputan macam mana, tidak banyak bahan yang dapat dipaparkan dan
dilaporkan. Buat kerja nak bagi orang tengok atau buat kerja demi rakyat. Apa
kisahnya bossku, orang laporkan ke tidak, janjikan khidmat kita dirasai rakyat
hingga ke akar umbi. Ini tidak sibuk mencari publisiti, mau apa sebenarnya
bossku.
Untuk
menyiarkan secara langsung memerlukan kos yang tinggi. Justeru, jika tiada
pulangan, apa perlu liputan dibuat? Malu apa bossku?
Ingatan
saya, semakin kita elergi dengan slogan “maluapabossku” semakin bahang kian
terasa, terutama kepada mereka yang berada di Semenyih.
0 comments:
Post a Comment