https://www.ismaweb.net/2019/02/18/ridhuan-tee-antara-hijrah-ezra-kong-dan-emma-maembong/
Islam bukan agama kedai kopi, suka-suka keluar, suka-suka
masuk. Buka.. tutup..buka
Sebagai
otai artis TV (agama), saya turut mengikut perkembangan artis dan hiburan
tanahair. Menarik sungguh perkembangannya pembuka tirai tahun 2019. Dua isu dunia
artis yang hangat dibicarakan warganet dan tular.
Pertama,
mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL33) yang dimenangi oleh komposer dan penulis
lirik lagu “Haram” iaitu Ezra Kong. Lagu beliau dinyanyikan oleh Hael Husaini (komposer dan
penulis lirik) dan Dayang Nurfaizah.
Ketika
juara lagu AJK33 diumumkan, Ezra Kong naik ke pentas, penyanyi wanita lagu
beliau, Dayang Nurfaizah datang menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan
Ezra Kong, tetapi ditolak dengan cara paling berhikmah oleh Ezra Kong dengan
meletakkan tangan di dada.
Ketika
memberikan ucapan, Ezra Kong memulakan dengan memberi salam, “Assalamua’laikum”
diikuti dengan salam 1Malaysia dan salam Malaysia baru. Boleh dikatakan semua
warganet yang belum mengenali beliau terkejut, rupa-rupanya Ezra Kong adalah
seorang Muslim. Sejak bila beliau memeluk Islam? saya pun tidak tahu. Ingin
sekali saya mengenalinya.
Aksi
Ezra Kong mendapat pujian warganet. Antaranya oleh Lany Bakerren:
“Dalam
pada artis bukan muhrim bersalam, berpegangan tangan naik ke pentas. Dia
menolak pelawaan salam artis perempuan dengan sopan dengan meletak tangan di
dada. Subhanallah bagusnya dia. Inilah contoh Islam yang sebenar. Tahniah@Ezra
Kong!#AJL33”. Komen saya, menolak salam tangan, bukanlah contoh Islam sebenar,
mash banyak lagi, tetapi itulah tanda dan ciri ke arah kefahaman sebenar.
Lagi
melucukan bila membaca dialog warganet,
Ezra
Kong: Assalamua’laikum
Meleis:
Ezra Kong ni Islam ker? Ingatkan Cina!
Apa
bendae lah! Cina tu bangsa, Islam tu agama. Tolonglah jangan stereotype kan
Islam tu untuk Melayu je
Nyata
sekali, kefahaman kita terhadap Islam masih cetek. Islam sebagai agama
rahmahtan lil alamin, tidak dapat dibezakan dengan bangsa. Dalam segelintir orang
Islam, masih berpandangan Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Jika ada Cina
masuk Islam, maka dikatakan jadi Melayu, masuk Melayu. Maka timbullah kata-kata
“ingatkan dia Cina”. Apakah dengan memeluk Islam, hilanglah kecinaannya? Sedangkan
agama dan bangsa adalah dua isu berbeza. Bangsa apapun boleh memeluk Islam,
tanpa menjadi Melayu.
Kedua,
tidak seperti kisah Ezra Kong, cerita sensasi Emma Maembong membuka semula
tudung yang telah dipakai sebelum ini selama lima (5) tahun turut mendapat
perhatian warganet. Sudah tentu sebelum ini, apabila bertudung, seluruh peminat
dan warganet bersyukur dan memuji, sebab berhijrah kepada yang lebih baik.
Namun, apabila dibuka semula, reaksi warganet sudah dapat dijangkakan. Ribuan
komen mengkritik dan hentam, terlampau sedikit memuji. Inilah adalah perkara
biasa dalam dunia artis.
Dalam
memberikan respon membuka tudung, Emma Maembong berkata:
“Apa sebabnya biarlah saya sendiri
yang simpan. Biarlah, ia antara saya dengan Allah…. “Apa yang saya boleh cakap,
saya mahu jadi diri sendiri. Itu sahaja. Dalam masa sama saya tidak mahu
sembunyikan kesalahan yang saya buat dengan melarikan diri… “Ya, saya tegaskan
di sini janganlah ikut tindakan saya yang tidak baik ini. Saya akui dan tahu ia
contoh yang tidak baik”. “Saya sudah melalui pelbagai dugaan sepanjang menjadi
anak seni…. “Dalam berpuluh-puluh ribu komen, setahu saya hanya ada empat komen
yang positif…. Sebaliknya yang lain semua memaki hamun sehingga ada yang
mendoakan saya mati”.
Ingin saya bertanya kepada Emma,
sudah berapa lama sudah menjadi anak seni? 10 tahun? 20 tahun? Sudah tahu tidak
baik, kenapa dibuat balik? Ada artis yang seumur hidupnya menjadi anak seni,
tidak pula mereka berubah-ubah. Lebih baik dia tidak bertudung sampai ke
penghujung hayatnya daripada tutup buka balik. Tindakan ini memalukan dan
merosakkan imej Islam. Jika belum bersedia pakai, jangan pakai lagi.
Buka…tutup…buka.. hodoh sangat rupanya.
Saya
sebenarnya tidak mahu komen pasal kehidupan artis, kerana kita tahu kenapa
mereka mahu jadi artis. Namun, apabila mereka berubah, sudah tentu menarik
perhatian. Apatah lagi setelah berubah, kembali jahil.
Kita tidak boleh salahkan netizen
atau warganet. Mereka berhak memberikan pandangan orang menjadi ‘pujaan’ suatu
ketika dahulu.
Sebelum ini saya ada menulis mengenai rasa muak saya dengan
telatah dan tingkah laku artis yang bergelar pelakon dan penyanyi. Ada yang
begitu berani melakukan maksiat secara terang-terang dengan merakam dan
menghantar gambar. Ada yang lain pula, mengandung dan beranak pun nak bagi tahu
orang. Apabila gambar menjadi viral, marahkan orang.
Begitu juga dengan kisah seorang artis yang menghantar
gambar dia memeluk pemain bola sepak Brazil, Roberta Carlos. Sebelum ini, ada
artis yang membuat pelancaran tudung dalam kelab malam The Zouk. Bila dikritik,
dijawab dengan selamba, ‘aku tau apa yang aku buat’.
Hina betul orang seperti ini. Berbangga dengan maksiat
yang dilakukan. Yakinlah, orang sebegini, apabila menjelang usia nanti, apabila
sudah tidak laku dalam dunia seni, sibuk pula mahu berhijrah dengan bertudung,
kemudian berniaga tudung. Pada mereka, berhijrah itu adalah bertudung. Bertudung
itu namanya hijrah. Mereka tidak faham roh bertudung dan roh menutup aurat.
Bertudung tidak semestinya menutup aurat, belum tentu
berhijrah. Ada orang bertudung, tetapi pakaiannya macam sarung nangka. Sendat
sana sini, tertonjol dan menonjol. Menutup auratkah kalau macam itu, jika sudah
boleh nampak urat-urat? Itu masih belum berubah atau berhijrah, kerana hanya
fizikal sahaja berubah, kefahaman masih belum. Dalam Islam, gabungan jasmani
dan rohani amat penting difahami.
Wahai artis! Jika jahil mengajilah agama. Cuba fahami
dan hayati sepertimana Ezra Kong. Tak malukah kita dengan Ezra Kong. Usahkan
buka aurat, menolak bersalaman dengan wanita. Jika kitalah, dapat bersalaman
dengan artis dan composer, sudah tentu sangat teruja. Mungkin sampai tak tidur
malam.
Apakah kita sudah lupa bagaimana anak gadis kita
memeluk artis K Pop Korea yang membuat persembahan di Kota raya suatu ketika
dahulu?
Kepada Emma Maembong, saya yakin, apabila menjelang
bulan Ramadhan nanti, pasti apabila Emma Maembong keluar berjalan, Emma pasti
akan menutup kepalanya. Paling kurang dengan selendang mak indang selendang. Bulan
Ramadhan jadi mujahid, masuk bulan syawal dan seterusnya, jadi muhajat.
Jika inilah pemahaman kita terhadap Islam, seolah-olah
ada hari atau bulan tertentu kena jadi baik, ada bulan tertentu tidak perlu
jadi baik, iaitu boleh berjahat atau bermaksiat, maka sampai bila-bila pun
mereka akan berkelakuan seperti yang disebutkan di atas tadi, seperti memeluk
jantan, buka…tutup…buka.
Justeru, sudah sampai masa artis-artis bertudung tidak
sekadar bertudung, tetapi pada masa sama mereka perlu ada ilmu dan meningkatkan
ilmu. Kena mengaji agama seperti Allahyarham Azmil Mustapha, Shamsul Ghau Ghau,
Iwan dan lain-lain.
Saya cukup bimbang artis hanya bertudung untuk mencari
populariti. Walhal sebenarnya mereka tidak faham roh bertudung. Bertudung
sekadar fesyen untuk mencari wang tambahan bagi melariskan tudung. Tidak pasti
pula saya yang membuka tudung semula mahu berniaga apa.
Jika benar-benar kamu mahu berhijrah, berhijrah dengan
dengan sebenar-benar hijrah. Hayatilah penghijrahan itu melalui pembelajaran
dan penghayatan ilmu. Berhijrah bukan sekadar bertudung. Bertudung itu belum
tentu menutup aurat. Banyak lagi perkara yang perlu diketahui apabila
bertudung, bagi menjaga maruah dan harga diri seorang Muslimah.
Islam bukan agama seperti kedai kopi, boleh masuk
keluar sesuka hati. Buka..tutup…buka. Ini berat namanya. Contohilah Ezra Kong,
istiqamah beliau berada pada tahap tinggi. Ingin sekali saya berjumpa
dengannya.
Jika
diberi pilihan antara Ezra Kong dan Emma Maembong, saya pasti memilih Ezra
Kong, meskipun sepatutnya saya memilih Emma Maembong sebab dia wanita, tidak
sejenis saya. Cantik pulak tu. Biasalah lelaki tertarik kepada wanita.
Namun,
Ezra Kong menjadi pilihan kerana ada nur Islam di wajahnya. Bukan selayaknya
saya menghukum Emma Maembong. Mohon ibu bapa Emma Maembong untuk menasihati
anaknya, kembalilah ke pangkal jalan, sebelum sesat di hujungnya.
Ezra
kong dan Emma Maembong,
satu
mualaf, satu lagi tidak,
hidup
ni janganlah berlagak sombong,
entahkan
syurga, entahkan tidak.
pencipta
lagu bernama Ezra Kong
pelakon
baru Emma Maembong
Jadi
artis baru setahun jagung
Tuntutlah
ilmu, baru jiwa tak kosong
0 comments:
Post a Comment