Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, December 29, 2014

Bila Jahil Mengaku Pandai

8:56 AM Posted by RIDHUAN TEE 10 comments

Bila jahil mengaku pandai (Sinar Harian 29.12.14)

Nampaknya laman web dan NGO ultra kiasu begitu memberi publisiti besar-besaran kepada sarjana Iran Amerika Syarikat, Reza Aslan, mengenai pandangannya terhadap Malaysia, terutama isu berkaitan kalimah Allah dan tindakan pihak kerajaan terhadap stesen radio BFM yang pernah menginterviewnya.  

Katanya, Putrajaya bertindak seperti “ibu bapa” dan bukan kerajaan yang dipilih, apabila mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” di kalangan bukan Islam dan menetapkan bagaimana umat Islam Malaysia perlu mengamalkan kepercayaan mereka.

Pihak berkuasa agama tidak perlu wujud secara berpusat di negara-negara yang mengamalkan ajaran Islam, kerana ia umpama merampas kuasa daripada Nabi Muhammad. Reza mengumpamakan, tindakan kita seperti regim komunis Korea Utara kerana menyekat suara rakyat. Malaysia dikatakan menjadi bahan ketawa dunia.

Kita tidak perlukan nasihat orang luar. Sampah. Ramai pakar dalam negara ini yang lebih baik dan berkebolehan dari beliau.

Apa yang beliau tahu tentang Malaysia, sejarah, perlembagaan dan budaya masyarakat di sini? Peliknya, laman web dan NGO jahat ini begitu beriya-iya  mendapatkan pandangannya.

Biarlah seluruh dunia mentertawakan kita, asalkan kita dapat menjaga negara dan rakyat dengan baik. Apa gunakan menjadi negara sanjungan dunia, tetapi mendapat laknat ALLAH?

Apakah negara barat tidak menjadi bahan ketawa dunia, apabila merendah martabat manusia lebih hina dari binatang atas nama demokrasi, seperti, membenarkan LGBT, hubungan dan perkahwinan sesama jantina?

Kenapa perkara ini tidak ditegur oleh Reza dan kuncu-kuncunya di Malaysia. Saya fikir inilah yang dimahukan oleh puak-puak liberalis, pluralis dan sekularis. Termasuk NGO wanita yang peralatkan nama Islam.

Penyelidik lelakinya, begitu marah terhadap saya apabila saya mengakui saya adalah fundamentalis, bukan moderat. Beliau mahukan saya “shut up” dan melabelkan saya seperti IS di Syria. Ada aku kisah! Janji saya kenal siapa diri saya.

Seperti pakar bahasa Arab lagaknya, beliau berkata, moderat itulah makna wasatiyyah. Saya pula kata, terjemahan wasatiyyah perlu beriringan dengan makna moderat dan fundamental, barulah agak menepati.

Imam Ibnu Al-Qayyim mahukan manusia mengambil sikap moderat dan fundamental, untuk menyelamatkan kita dari pelanggaran. Jadi, kita mendapatkan kedudukan tengah antara dua ekstrem yang paling seimbang dan adil, yang mana seseorang akan menemui semua manfaat dan kemudahan hidup di dunia dan akhirat.

Moderat bukanlah terjemahan yang tepat kepada makna wasatiyyah. Begitu juga dengan maksud sederhana, walaupun kita terpaksa menggunakannya, bagi tujuan penyampaian. Inilah kehebatan bahasa al-Quran berbanding bahasa lain. Satu huruf al-Quran kadangkala membawa makna yang amat dalam. Saya tidak kisah puak liberalis dan pluralis nak kata apa.

Wasatiyyah adalah wasatiyyah. Ummah Wasat, bukan bermakna umat moderat atau sederhana, sehingga menjadi liberalis, pluralis dan sekularis. Tetapi mesti fundamental dan terbaik. Tun Mahathir selalu berkata beliau adalah fundamendalis Muslim.

Sama juga makna kalimah ALLAH, tidak tepat diterjemahkan kepada makna Tuhan. ALLAH adalah ALLAH. Terjemahan Tuhan terlalu umum. Semua orang ada Tuhan. Apa yang membezakan Tuhan mereka dengan Tuhan kita, adalah ALLAH. Saya harap ahli NGO ini menyembah ALLAH, bukan tuhan lain.

Sebab itulah kita amat sensitif apabila kalimah ini mahu direbut oleh orang lain. Bukan kita tidak benarkan. Tetapi kalimah ini terlalu dekat dengan kita dari segi budaya dan sejarahnya. Inilah isu yang tidak difahami oleh orang jahil yang mengaku Islam.

Maaf, saya bukan jenis manusia yang suka pegang anjing tanpa sebab. Kecualilah binatang ini memerlukan pertolongan. Ketika itu, baharulah saya akan memegangnya. Berkempen I want to touch a dog, itu kerja bodoh.

Nasihat saya kepada laman web dan NGO ultra kiasu ini, pertama, selamatkan akidah saudara sebelum bertambah sesat dan terkeluar. NGO wanita ini telah diharamkan di negeri Selangor. Jika suka sangat dengan Reza, pinang sahaja beliau. Lagipun, ramai di situ yang masih bujang. Bila jahil jangan mengaku pandai.

Kedua, bahasa Arab tidak boleh diterjemahkan sesuka hati tanpa merujuk kepada pakarnya. Kenapa kita langsung tidak mahu merujuk kepada pakar apabila terdapat kekeliruan dalam hal ehwal agama? Kenapa memandai-mandai? Bila sakit, tau pula berjumpa pakar ubat. Kenapa dalam isu agama, kita tidak serahkan kepada pakar?

Ketiga, tafsiran NGO wanita ini terlalu moderat sehinggakan ramai pemimpin dan ahlinya yang tidak menutup aurat. Majoriti masih gondol kepalanya. Sejauhmanakah kemampuan memahami arahan al-Quran untuk mengatakan menutup kepala itu tidak wajib jika tidak ada asas bahasa Arab?
Jika begitulah keadaannya, bersolatlah dengan memakai skirt? Begitu juga ketika menziarahi kubur, majlis kematian dan sebagainya. Kenapa perlu  menutup kepala?

Jangankan agama Islam, lihat sahaja pemimpin agama lain, kebanyakannya berpakaian sopan, seolah-olah menutup aurat. Ada yang sanggup botakkan kepala meskipun wanita. Kenapa NGO ini terlalu moderat? Sehingga mahu menghalalkan ratu cantik dan LGBT atas nama hak asasi manusia?

10 comments:

Anonymous said...

TOLONG LAH MEREKA ....

Sebak hati terasa bila menatap keadaan kemusnahan selepas banjir di Manik Urai seperti yang disiarkan oleh akhbar UM hari ni. Rumah hanya tinggal tapak ... dimana kah mangsa banjir nak tinggal selepas ini ? apakah yang hendak dipakai untuk membalut badan mereka selepas ini ? apakah yang hendak dimakan oleh mereka selepas ini ?

Saya & anda2 yang terbaca kiriman ini .... nasib kita berkali2 lebih baik dari mereka .... kita mampu shopping dipasaraya beli barangan berjenama untuk keperluan persekolahan anak2 kita ..... kita mampu singgah di KFC , Mc Donald , Pizza Huts atau apa saja Western Taste Restaurant untuk menjamu anak2 kita .... kita mampu belanja keluarga makan di restoran ikan bakar atau restoren makanan laut walaupun cas 20-30 henggit per head .... kerana kita mampu , kerana kita tak perlu fikirkan apa2 .... kita ada mobil mewah , kita ada rumah besar , kita ada kelengkapan rumah yang lebih dari cukup , kita banyak pilihan makanan yang ada di rumah.

Terima kasih Allah kerana Engkau memurahkan rezeki kami & tidak menimpakan musibah keatas kami.

Anda mungkin BERHAJAT SANGAT hendak menyalurkan bantuan kepada mangsa2 banjir 2014 .... tapi tak tahu cara mana nak lakukan ....

MUDAH SANGAT .. untuk anda menyempurnakan hajat menyumbangkan bantuan kepada yang mangsa2 banjir yang memerlukan ....

ANDA HANYA PERLU CARI MAYBANK & PERGI KE CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) ..... KEMUDIAN MASUKAN WANG SEBERAPA YANG TERMAMPU ke dalam akaun ini ...

TABUNG BENCANA NSTP - MAYBANK ACCOUNT NO 514105320757
(sumber info - Harian Metro 30.12.2014)

Selamat Menderma.....

Ingatlah " Hari Ini Giliran Mereka Memerlukan Bantuan Kita , Entah Besok Entah Lusa Giliran Kita Pula Harapkan Bantuan Yang Serupa "

Jika anda tidak mampu menyumbang wang kepada mereka mangsa2 banjir ..... buat COPY & PASTE .... kemudian FORWARD posting ini kepada setiap contact nombor yang anda ada pun dah dikira sebagai sumbangan derma bantuan.

Terima kasih.

maae said...

Rekaan musuh-musuh Islam itu amat berkesan kepada yang samar akidah dan lemah iman. Ini lah sasaran utama mereka agar kehidupan manusia itu boleh melakukan apa sahaja tanpa berpaksikan yang lain dari kekuasaan iluminati memuja syaitan, kekayaan dan penyembahan kepada manusia syaitan dominan dalam gerak kerja NWO. Semua tersisip indah dalam apa jua bentuk kehidupan harian manusia.

Ekstremisme dan kepengganasan di label dan di didik kepada penganut Islam yang terdesak dalam kemiskinan yang realiti mereka bantu dari segi logistik berterusan hak asasi kehidupan. Bila ini terjadi, maka pengaruh lain amat mudah di serapkan, memesongkan pemikiran serupa tetapi akhir nya percaya kepada kefahaman ciptaan mereka.

Maka lahirlah manusia-manusia seperti Reza. Kelompok ini berkembang pesat di Malaysia dan begitu berani mencabar sistem Islam terpelihara yang amal syariat nya sudah di wartakan dalam Perlembagaan. Ini yang mereka serang sekarang. Meruntuhkan dan memusnahkan.

Sedih nya pentadbiran Najib tidak mengamalkan Maqasid AsSyariah yang di canangkan sebelum ini. Beliau serahkan ke tangan yang bukan pakar dalam ilmu nya. Kini kumpulan menyebelahi fahaman pembangkang sudah mendominasi dan mendefinisikan Islam dalam kesesuaian mereka...

Hanya manusia yang takut kepada manusia mensyirikkan Allah. Manusia beragama yang yakin Tuhan nya satu, yakni Islam, wujud golongan MUKMIN yang menjadi pentadbir kepada kesyumulan nya. Maka mereka lah mesti dan wajib mengetuai dan memperkukuhkan Akidah Islamiyyah memperkuatkan jemaah yang berlapis-lapis.

Serlahkan lah usaha tuan. Allah SWT bersama-sama yang hampir kepada NYA. Anda tidak berkeseorangan...

Anonymous said...

Kepala hotak "sarjana Iran Amerika Syarikat" Reza Aslan mengumpamakan tindakan kita di Malaysia seperti regim komunis Korea Utara kerana "menyekat suara rakyat" konon nya, mengenai isu penggunaan kalimah Allah.

Kalau dia masih rakyat Iran, silap silap sudah kena pancung kepala nya. Dapat cabut dari negara Iran, sudah menjadi rakyat Amerika, naik kepala, mengata juga Malaysia menjadi bahan ketawa dunia.

Sabenar nya dia yang yang mejadi bahan ketawa dunia, si bedebah itu. Sarjana macam mana dia jika tak tahukan Malaysia berbilang bangsa dan agama, ada Bahasa Melayu yang istilah nyaq "Tuhan" ada lah lebih sesuai bagi tuhan Kristian yang berbentuk 3 - "The Father, the Son aand the Holy Ghoest".

Dia juga tidak tahu Perlembagaan Malaysia dan undang undang
negara ini tapi nak mengata macam macam.

Mesti di ulang kata kata yang tepat bagi nya - kepala hotak dia.

Meluat aku baca benda Allah saperti dia nih.

Anonymous said...

Sokong seruan Anon 4:48 PM itu.

Mari lah kita lakukan mana yang boleh.

Mangsa mangsa itu tidak meminta bencana itu menimpa nya. Memang, itu kuasa Tuhan. Kita semua tidak terlepas dari apa ujian yang Tuhan mahu tunjukkan ke atas ummat nya.

Kita tunjukkan lah waspada kita kapada mereka yang menderita dengan menderma setakat yang boleh.

Dan berdo'a akan di agihkan kapada mereka yang benar benar layak menerima nya, tanpa dugaan politik dsb nya.

Anonymous said...

"Biarlah seluruh dunia mentertawakan kita .."

Tidak. Yang mentertawakan kita itu lah yang lucu, kartun.

Kalau tak tahu fasal negara kita, tak tahu latar belakang kenegaraan kita, tak tahu undang undang kita, mereka boleh terjun ke Lautan Pasifik, Atlantik, China Selatan, dsb nya.

Kita teruskan apa yang kita lakukan. Asalkan berdasarkan Perlembagaan dan undang undang kita. Bior mereka mcm berok kena belacan.

Anonymous said...

"Seperti pakar bahasa Arab lagaknya, beliau berkata, moderat itulah makna wasatiyyah."

Orang Iran bukan Arab. Bahasa Iran ada lah Bahasa Farsi. Bukan Arab.

Telah di perkatakan oleh pakar bahasa dll bahawa orang Arab ada lah mereka yang berbahasa Arab. Orang Iraq pun Arab. Sebab berbahasa Arab. Walau pun ada yang puak Shi'ah, yang di praktikkan oleh hampir keseluruh Iran.

Itu fasal Iran telah perang dengan Iraq dahulu. Bedebah.

Pada hal Muslim dan Muslimah amat perlu bersatu. Sekarang di ketawakan dan di eksploitasi dek Yahudi dan Amerika Syarikat yang banyak di kuasai dek Israeli Lobby. Cilaka.

Anonymous said...

Alaaa, takyah nak sibok la . Kerajaan Pas Kelantan boleh handle. Kalau Umno nak tolong gi cari yang sokong Umno jer. Jika tidak Umno akan difitnah sambil menyelam minum air.

Anonymous said...

Yang beragama Islam "Berkempen I want to touch a dog" itu sepatut nya di suruh tidur dengan anjing.

Bukan di katil nya - sebab iu budaya sebahagian orang Eropah dan Amerika.

Suruh mereka tidur di rumah anjing. Atau, kalau takda rumah anjing di bina nya, suruh mereka tidur di lantai serambi rumah di mana anjing nya biasa tidur.

Anonymous said...

2:44,

Ko pigi mati, ler. Nulis pun pada masa ada 44. Itu tanda mati. Dua kali. Tak caya kau tanya DAP. Cina Hokkian nombor 4 atau Si itu jugak bermakna mati.

Depa ramai yang kongsi gelap, penjahat dan gengster. Berbunuh antara depa. Sejarah permula'an Penang menunjukkan pergaduhan bermati-matian antara suku kaum Hokkien dan suku kaum Hakka di Penang.

Kesian si Hakka. Depa lari dari utara China sebab selalu di serang dek Mongol dalam sejarah depa. Sampai ke selatan China, orang di situ pun tak suka depa. Di benci dan di jijik. Tak boleh kawin dengan anak depa dsb nya.

Dah beribu tahun di selatan China, dah berkahwin dengan aboriginal dan hill tribes di selatan China, dah sama keturunan pun, masih tak di terima dek orang Hokkien.

Dah tu, si Lim Kit Siang menipu, ambik gambar berjalan dalam air di tempat bah, pegang kasut di tangan, konon nya. Tapi orang BN ambik gambar dari jauh, tunjukkan dia berjalan dalam 6 inci aiir, di atas jalan raya, van yang dia naik ada 2-3 meter di depan nya.

Gitu jugak ambik gambar dalam boat, tapi kipas enjin boat itu ternaik, sebab ha nya dalam 1 kaki air di atas jalan raya jugak. Penipu tak habis habis, jenis korang nih.

Anonymous said...

"Peliknya, laman web dan NGO jahat ini begitu beriya-iya mendapatkan pandangannya." -

Sabenar nya tak pelik. Laman web ultra kiasu, jenis yang tak reti berterima kasih, akan sentiasa mengeksploitasi apa saja yang di tulis oleh apa yang depa panggil liberal konon.

Liberal kupra worak depa. Takda siapa yang liberal jika membuat komen berkenaan negara ini dengan tidak mengambil kira sejarah nya, latar belakang menderap atau membuat Rang Perlembagaan nagara ini, dan prihatin kapada hal Rang Perlembagaan itu telah di bincang dan di terima oleh berbagai Wakil Rakyat negara ini di Parlimen.

Dua kali - sekali di masa Malaya Merdeka, sekali lagi di masa penubuhan Malaysia.

Ultra kiasu ungrateful ingrate DAP dll yang sekutu dengan depa memang tak mahu terima, tak respek dan tak mahu patuhi Perlembagaan negara sapenuh nya. Memang wajar depa di suruh berhijrah ke negara yang Perlembagaan nya depa respek dan mahu patuhi.