Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, December 08, 2014

Pentingkan kematangan bukan usia

10:00 AM Posted by RIDHUAN TEE 11 comments


(SH 8.12.14)

Bukan soal muda atau tua yang utama dalam mencari kepemimpinan terbaik, tetapi soal kematangan. Tidak ada gunakan muda jika tidak matang. Tambah serius, tua, kebudak-budakan. Tua atau muda, yang penting matang. Begitu juga soal pemimpin wanita.

Inilah perkara yang perlu difikirkan secara serius oleh Umno dalam mengenengahkan barisan kepemimpinan pada masa akan datang. Bukan usia atau jantina yang menjadi faktor penentu. Ini tidak, pantang didesak sedikit, mulalah melatah. Calon yang benar-benar berkualiti tidak juga diperolehi.

Lebih malangnya, calon tua yang sudah tidak nampak lagi ciri-ciri kepemimpinannya, hanya dek kerana dia banyak duit, maka dia tetap dikekalkan. Daripada orang tua yang sebegini, lebih baik orang muda yang belum matang lagi. Sekurang-kurangnya boleh juga dibimbing. Saya masih berpegang kepada kata-kata, pemimpin yang umur lebih 40 tahun, tidak juga matang atau berubah, maka kayulah dia.

Nabi amat matang pada usia remaja, tetapi Allah tidak angkat menjadi Rasul sehinggalah Baginda berusia 40 tahun. Bukan bermakna saat remaja tidak penting. Allah mahu beri pengajaran.

Saat ini mereka mempunyai tenaga, kekuatan dan berkebolehan, seperti Panglima Muhammad Al-Fateh, usia di bawah 20 tahun, telah berjaya memimpin bala tentera yang besar dan menang dalam peperangan. Kenapa? Usia remaja tetapi pemikiran amat matang. Inilah pendewasaan. 

Hari ini kita bukan hendak meremajakan parti, tetapi mendewasakan parti. Barulah matang namanya. Sekadar meremajakan, tidak sampai kepada matang. Pendek kata, kita mahukan orang muda berfikiran dewasa. Barulah matang. Hodoh sangat orang tua yang mahu kembali remaja atau muda, ketika kemampuan sudah tidak ada.

Nabi menasihatkan kita supaya menggunakan masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, begitulah seterusnya.

Kita mahu calon yang apabila diletakkan harta, wanita dan takhta di hadapan mata, mereka tidak gelap mata. Malah ketakutannya kepada Allah melebihi segala-galanya. Inilah calon pilihan rakyat.

Sebab itulah, pada hari ini, kita perlu fikirkan bersama, bagaimana mencari pemimpin seperti para khalifah dan sahabat terdahulu, Mahatma Gandhi, Gautama Buddha, Konfucius dan lain-lain. Tidak perlulah saya sebutkan mencontohi para anbiya kerana mereka sangat mulia. Tidak terikut atau tercapainya kita untuk mencontohinya.

Orang yang matang bertindak mengikut akal fikiran, bukan hawa nafsu. Orang matang sentiasa memikirkan soal masa depan berbanding masa kini. Orang matang selalu mendahulukan rakyat berbanding diri sendiri.

Orang matang sentiasa mengutamakan perkara asas daripada rasmi dan protokol. Mereka tidak hairan jika tidak ada gelaran dan pangkat Tun, Tan Sri, Dato dan lain-lain. Ini tidak, pantang tidak dipanggil gelaran itu ketika disapa atau majlis rasmi, maka mengamuklah mereka.

Lebih menjengkelkan lagi, si isteri yang menumpang gelaran suami turut naik tocang apabila tidak dipanggil puan seri, datin dan sebagainya. Hebat sangatkah gelaran tersebut, sedangkan sumbangan tidak seberapa? Kadangkala gelaran tersebut diperolehi atas angin sahaja, bukan kerana jasa atau sumbangan. Hanya dek kerana mereka berharta dan berkuasa, maka gelaran dan pangkat tersebut mudah didapati. Tidak kurang yang dibeli.   

Apalah sangat dunia ini, bila sampai dikubur nanti, malaikat tidak tanya semua pangkat kita itu, termasuk harta, wanita dan takhta. Semua itu akan ditinggalkan. Apa yang kekal dan boleh dibawa bersama adalah iman dan taqwa. Gelaran dan pangkat tidak akan membawa kita ke syurga Allah.

Bagi mereka yang memiliki kematangan emosional, lebih hebat lagi.  Mereka ini lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan baik dan tidak mengalami kecelaruan psikologi.  

Mereka mempunyai kesedaran yang lebih tinggi mengenai kekuatan dan kelemahannya. Sentisa mahu memperbaiki diri, sebab kita manusia biasa.  Mereka juga tidak terlalu egosentrik. Mereka mengambil perhatian akan orang lain.

Kematangan emosi menjadikan mereka dapat mengawal emosi sendiri. Tidak impulsif atau tidak mengikut hawa nafsu. Jiwanya lebih stabil untuk melawan godaan hedonistik dan kemewahan dunia. Emosi mereka stabil. Boleh mengawal amarah dan tidak ekstrem. Juga tidak terlalu bersikap defensif. Bersedia menerima kritikan atau lebih bersedia belajar dari pengalaman.

Pendek kata, menurut Bass (1990) kematangan emosi juga menjadikan kita mudah bekerjasama dengan orang bawahan, rakan taulan dan orang atasan.

Justeru, dalam menentukan kepemimpinan hari ini. Carilah yang matang, bukan usia. Bukan apa, meninjau segelintir ucapan perwakilan, kadangkala kita tidak nampak kematangan tersebut. Sebab itu, janganlah meminta jawatan, jika kita tidak mampu untuk menguasai diri sendiri.

Ingatlah kata-kata Tsun Tzu, kenali diri sebelum kenali musuh, kita akan memenangi ribuan pertarungan. Ultra kiasu sentiasa memerhatikan kita. Menunggu masa untuk menjatuhkan. Satu kesilapan yang kita lakukan, akan dijadikan alat untuk menjatuhkan. Mereka sanggup melupakan seribu kebaikan yang kita buat. Inilah realiti politik hari ini. Justeru, carilah yang matang, bukan usia atau jantina.
 

11 comments:

Anonymous said...

Pemimpin Umno Berillusi

Cuba anda tanya pemimpin Umno untuk melihat harapan mereka kepada pengundi ultra kiasu. Pasti mereka beri jawapan yang membuat mereka selesa. KAMI DEDAH BANYAK KEBURUKAN & KEJAHATAN DAP , RAKYAT TAHU & MENYESAL MEMILIH DAP. Itu jawapan yang mereka dengar dari mulut pemimpin parti komponen. Cuba berborak dengan kenalan cina anda , daripada 100 yang anda temui nak cari 5 yang puji Najib Umno BN pun susah. BRIM itu satu kebaikan kerajaan Umno BN yang tidak boleh dinafikan , tetapi dengar bagimana kenalan cina anda response. Sembang dengan rakan cina anda ..... apa saja isu2 semasa , dari pemerhatian saya tidak ada sedikit pun pujian seperti kaum melayu , kaum melayu bila Najib tambah BRIM tak putus2 puji Najib , mereka sentiasa berharap TAHUN INI BRIM 950 , TAHUN DEPAN MUNGKIN BRIM 1200 , TAHUN PRU14 MUNGKIN BRIM 2000. Itu melayu , tapi cina BRIM BUKAN DUIT NAJIB , ITU DUIT CUKAI YANG KAMI BAYAR TIAP TAHUN.

Fikir lah wahai pemmpin Umno , jangan kena kencing sampai dua kali.

Pak Tua

Anonymous said...

Apa dia kriteria yang perlu di gunakan bagi sesorang itu matang?

Mesti lah patuh ke tidak dia kapada Perlembagaan negara, Rukun Negara dsb nya. Taidak lain, tidak bukan.

Perlembagaan Negara ada lah undang undang yang tertinggi di negara ini. Dari Perlembagaan negara timbul lah berbagai undang undang lain yang bertujuan memenuhi jehendak Perlembagaan negara.

Umpama nya, jika sesiapa yang mahukan Mandarin sebagai bahasa pengantar di sekolah, tidak matang lah dia. Pada hal Mandarin boleh di ajar sebagai mata pelajaran pilihan di Sekolah Kebangsaan.

Sekolah vernakular perlu di serapkan kedalam sistem SK. Supaya ada ha nya satu sistem persekolahan, tidak tiga, saperti sekarang ini. Supaya kanak kanak boleh bergaul sejak mula bersekolah, faham memahami antara berbagai kaum, melebihkan prospek harmoni dan perpaduan di negara ini.

Anonymous said...

Kepincangan negara banyak timbul dari kurang memahami Perlembagaan negara. Ha nya mula tahun 2013 bahru Sejarah di mestikan di sekolah sekolah. Kanak kanak mula di dedahkan, umpama nya, kapada sejarah Kemerdekaan, penggubalan Perlembagaan negara, pendebatan di Parlimen dan kelulusan di atas nya oleh Wakil Wakil Rakyat.

Tahniah kpd TS Muhyiddin bagi keputusan memestikan Sejarah di sekolah sekolah itu. Saya yaakin generasi akan datang akan lebih menghormati Perlembagaan dan sanggup hidup dengan nya.

Masalah nya ia lah generasi sekarang yang terlepas mata pelajaran Sejarah masa di sekolah. Timbul demikian ramai yang tak matang pemikiran, butakan Perlembagaan, dan lebih dahsyat lagi, tak mahu terima beberapa aspek Perlembagaan yang di kategorikan sebagai "Sentitive Articles" dan di lindung oleh Akta Hasutan.

Terutama nya mereka "ungrateful inbgrate" pendatang DAP. Dah dapat hak kerakyatan, tak mahu respek balasan bagi nya - Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Bagus lah keputusan bahru sahaja di buat bagi Akta Hasutan di teruskan. Kalau tidak, melanda landa mereka mengungkit itu ini. Perlu di ingatkan bahawa ungkitan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera itu boleh menarik Melayu dan Bumiputera mengungkit hak kerakyatan pendatang.

Anonymous said...

Senang aje nak di anggap matang. Respek Perlembagaan, jangan langgar undang undang, matang lah.

Tak tahu Perlembagaan dan undang undang? Kena tahu lah. Sebab undang undang kata, tak boleh gunakan alasan tak tahu.

Yang senang - jangan ikut DAP atau Pakatun. Depa selalu langgar undang undang - tak matang.

Anonymous said...

Tak ramai komen masuk, tak spt dulu. Mungkin sebab Prof Ridhuan tak sempat moderate selalu, sibuk sangat. Pengomen mcm saya suka tengok komen saya cepat keluar. Ada komplex sikit - takut tak keluar, hehe

Dan kekadang tulis lebih dari satu komen, takut tak ingat dah tulis tak lama sabelom nya.

Anonymous said...

Sekarang banyak benor benda yang tak semenggah dah jadi "budaya" orang kita. Duit, harta, pompuan, mcm mcm lagi.

Kalau dah gitu, amacam nak kikis. Satu jalan ha nya tukar pemimpin. Kalau dapat yang benar benar berani, tak kira menang kalah kalau di tanding jawatan Presiden UMNO, berazam nak tukar budaya korapsi dsb nya, ada harapan lah.

Kalau tak, jadi mcm sejarah China lah. Korapsi melanda landa sejak lebih 2,000 tahun lalu. Begitu besar negara, paling ramai manusia, di anggap pariah dek negara negara Barat. Ekonomi nya naik ha nya 1-2 dekad yang lalu.

Anonymous said...

Pak Tua,

Mungkin itu pengalaman Sdr di Penang. Di negeri lain ada beza sikit. Ada yang kata ADUN DAP buka meja di tepi jalan, panggil pengundi beri butiran dan membantu mohon BRIM bila keluar lagi.

Itu memang jenis ultra kiasu. Pergi makan di jamuan pun bawa mangkok sia untuk bawak balik makanan.

Tapi pada umum nya saya setuju. Usaha Najib nak pujuk Cina di khuatiri tak begitu berjaya. Dia ptut tak usah pujuk yang ultra kiasu lagi. Suruh MCA, Gerakan dll pergi pujuk yang bukan ahli atau penyokong tegar DAP.

Anonymous said...

Nak ikut Pas kah ?

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof,

Penulisan Prof kali ini tepat pada tajuknya iaitu siapakah ekstremis sebenarnya?

Semasa dalam perkhidmatan kerajaan, apa yang mereka lakukan? Apakah mereka benar-benar memanfaatkan jawatannya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara?

Adakah sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan dahulu, mereka ini semuanya bersih, bebas dari amalan rasuah? Sejauhmana penglibatan mereka dalam NGO selepas bersara atau hanya berjumpa dengan orang-orang pencen?

Sejauh mana pengetahuan agama Islam mereka hendak mempertikaikan institusi agama dan NGO yang dikatakan bertindak bertentangan dengan Perlembagaan dan konsep syura atau digelar ekstremis?

Banyak peroalan yang dikemukakan oleh Prof kali ini adalah penting seperti...Persoalan saya rakyat bagaimana yang ada hak untuk membahaskannya. Adakah terdiri daripada kalangan mereka yang sudah pencen? Adakah mereka ini pakar? Kenapa dahulu semasa bekerja tidak syorkan? Takut bukan? Kenapa terlalu lantang hari ini setelah pencen?

Ungkapan Prof perlu dihayati oleh semua "Jangan hanya pandai mengeluarkan kenyataan. Ekstremis adalah mereka yang bertindak membuta tuli..."

"Dalam Pejabat Perdana Menteri dan badan perunding yang dilantik, sudah terlalu banyak pakar."

Pejabat Perdana Menteri mempunyai banyak pakar dan perbincangan sedang berjalan, tetapi bukan berdebat seperti yang disyorkan. Debat tidak akan selesaikan masalah, kerana debat mencari siapa benar, siapa salah. Sebetulnya, dialog, kerana dialog mencari apa yang benar, apa yang salah.

Kini, ramai hanya berdebat daripada berdialog sehinggakan ramai terpaksa bangun mempertahankan hak masing-masing.

=Adam=

Alex Tee said...

http://www.malaysiakini.com/news/283811

Dol Said said...

Professor DiRaja Kangkung