Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, May 05, 2014

Kenapa Melayu begitu baik?

4:15 PM Posted by RIDHUAN TEE 22 comments


(Sinar Harian 05.05.14)

Ultra kiasu jahat dan licik, dengan sengaja menggunakan isu ucapan Obama dan temuduga biasiswa MARA untuk menekan kerajaan sedia ada dan orang Melayu, agar berbuat sesuatu untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Apa yang pelik adalah, kita begitu cepat melatah tanpa usul periksa. Apa isu sebenarnya? Ingatan saya, kepada orang Melayu jangan jadi bodoh. Mengaku salah tidak tentu pasal. Siasat dan buat penyelidikan dahulu, lepas itu, barulah bincang apa yang benar, apa yang salah. 

Ucapan presiden boneka Yahudi itu mengenai kedudukan bukan Melayu sangat menyakitkan hati. Bukan Melayu dikatakan didiskriminasikan dan ditindas. Tertanya-tanya saya, diskriminasi apa?  penindasan bagaimana yang telah dilakukan kerajaan? Ultra kiasu dengan cepat menyahut, mahukan konsep yang diperjuangkan sejak penubuhannya, Malaysian Malaysia dipraktikkan segera, sama rata dan sama rasa. Ini bermakna, perlembagaan perlu dipinda.

Apa masalahnya? Kenapa tidak dijawab secara akademik? Kenapa orang Melayu begitu baik?

Sistem pendidikan di negara ini, sudah lebih Cina daripada negara China, seperti sekolah jenis kebangsaan dan universiti Cina berasaskan kaum. Sekarang ini, di sana sini, di setiap negeri, ada sahaja, bandar insdustri Malaysia-China diwujudkan. Siapa yang beruntung dalam soal ini?

Kemasukan ke Institusi pengajian tinggi, boleh dikatakan majoriti adalah orang bukan Melayu. Di IPTA, mereka sudah hampir separuh. Di IPTS, majoriti besarnya adalah bukan Melayu. Ini tidak termasuk universiti yang dipunyai oleh parti  politik dan ahli perniagaan berasaskan kaum. Mungkin ada yang membangkitkan UiTM dan Universiti Islam. Persoalan saya, berapa banyak universiti jenis ini berbanding universiti swasta?

Saya amat yakin, Obama yang menjadi boneka Yahudi yang telah dibrainwash oleh musuh musuh Islam sebelum ke mari. Tidak mustahil ia adalah ultra kiasu. Sebab itulah, kita lihat NGO-NGO bukan Islam begitu ghairah bertanya soalan kepada Obama. Soalan-soalan dan pandangan mereka, tidak sedikitpun memuji negara yang didiaminya, sanak saudara dan tempatnya mencari makan secara senang lenang.

Pada saya mudah sahaja, jika di sini,  bukan lagi syurga untuk dijadikan tempat tinggal, carilah tempat lain yang boleh menjanjikan syurga itu. Kenapa mereka tidak berbuat demikian? Jawapannya, mudah. Di sini sudah ada syurga. Kenapa mereka masih meminta dan mendesak? Mereka mahukan syurga yang lebih indah. Kita yang masih buta.

Kita pula terlalu bersangka baik dengan mengharap Obama memuji pentadbiran negara kita. Wal hal, kunjungan Obama sebenarnya agenda untuk memporak-perandakan negara ini.

Begitulah liciknya strategi Yahudi dan bukan Islam, akhirnya mereka yang menang, kita terus berada di pihak yang kalah, sejak dahulu lagi.

Sekarang inipun kita masih tidak mampu untuk menjawab. Saya sudah naik muak, dengan dasar pengecut dan mudah mengalah kita semua.

Timbul pula cerita isu temuduga biasiswa MARA. Apa salahnya jika temuduga turut turut bertanya soalan pasal Islam? Dapat jawab, itu dikira kredit. Tidak dapat jawab, tiada masalah. Bukan bermakna pelajar yang tidak dapat menjawab akan diketepikan. Kuota mereka tetap ada. Saya tidak kata tindakan penemuduga itu betul. Tetapi serangan mereka amat keterlaluan. 

Kita begitu beriya-iya untuk berkongsi kalimah Allah. Ini tidak termasuk kepercayaan kepada Nabi-nabi Islam, Nabi Adam, Musa dan Isa. Kenapa dalam hal ini begitu beremosi? Apa yang tidak relevannya?

Kadangkala dalam temuduga, kita juga ditanya mengenai perbandingan agama yang berkaitan dengan agama lain. Semuanya itu ada dalam subjek sejarah dan moral. Pelajar Melayu tidak pernah bisingpun.

Jika tidak dapat jawab, terus terang sahaja, saya tidak tahu. Apa yang penting kita dapat. Adalah perkara biasa dalam temuduga jika kita tidak dapat menjawab. Itu bukan satu kemaluan yang besar.

Dahulu, ketika saya masih kecil, saya adalah anak pertama bukan Islam Malaysia yang belajar dan mengambil mata pelajaran agama Islam dalam peperiksaan. Ketika itu, saya beranggapan, tidak salah mempelajari ilmu-ilmu Islam kerana ia bersifat universal. Hari ini saya, merasai keuniversalannya. Saya memahami erti adil.

Adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika adil itu adalah Malaysia Malaysia, Malaysia ini sangat tidak adil. Diskriminasi sangat jauh bezanya. Rumah ibadat di negara ini sudah tidak nampak macam negara Islam, tetapi sudah jadi negara bukan Islam, dengan lambakan kuil, tokong dan gereja yang melebihi 500 ribu berbanding surau masjid sekitar 50 ribu, 10 kali ganda

Bahasa Melayu tidak lagi berdaulat. Bahasa asing lebih mengakar terutama bahasa Inggeris dan bahasa Cina. IPTS langsung tidak mempraktikkan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, juga IPTA

Ekonomi dan harta kekayaan negara ini rata-ratanya dibolot dan dikaut oleh bukan Islam. Orang Islam hanya pandai memberikan lesen dan menerima habuan rasuah daripada bukan Islam. Di mana diskriminasi dan penindasan? Kenapa tidak dipertikaikan nasib bangsa Fijian di Fiji yang diperintah India dan orang Melayu yang diperintah Cina di Singapura? Adakah di situ ada sama rata dan sama rasa? Maju sangatkah negara-negara ini dengan konsep sama rata dan sama rasanya?


22 comments:

Anonymous said...

Saya berani mengatakan bahawa siapa yang mengata "Bukan Melayu dikatakan didiskriminasikan dan ditindas" ada lah bodoh bangang.

Kalau di diskrimanasi, mengapa kaum Cina boleh jadi yang terkaya di negara ini? Kenapa mereka yang paling banyak berkelulusan dan memegang jawatan professional di negara ini?

Mengapa Robert Kuok dapat monopoli gula yang di beri oleh Kerajaan pimpinan Melayu salepas Merdeka, sehingga dia menjadi jutawan dan sekarang billionwan.

Mengapa Vincent Tan dapat tongkat lesen loteri yang di beri Daim Zainuddin? Betul, lesen judi saperti itu tak boleh di beri kapada Melayu/ Muslim, tapi kalau bukan Melayu di diskriminasi, tak payah keluarkan lesen judi loteri dll.

Benar, Melayu mesti menjawab, mematah dan menendang tuduhan liar, dakwaan tak munasabah bukan Melayu, malahan pihak pihak luar negara yang termakan/ terpengaruh propaganda bukan Melayu jahat itu.
Hasil dari DEB, sudah ramai yang buat begitu sekarang, tapi perlu lebih ramai lagi, lebih selalu dan lebih keras dan tegas penangan nya.

Ayuh, mari kita buat demikian.

Anonymous said...

Melayu memang baik hati kecuali Melayu celup Mamak Dan Mualaf berperangai lebih Melayu.

Jijiknya Bangsa Melayu dicemur Dan dikotori oleh Melayu celup.

Asyik melaga-lagakan orang Melayu tulen dengan kaum-kaum lain atas Nama Bangsa Dan agama.

Yang hancur akhirnya Negara kerana permainan politik macam ni.

Anonymous said...

Lebih baik mualaf itu daripada melayu tulen yg tak da jiwa melayu...kau ni bukan melayu so jgn nak buat komen bangang mcm ok

Anonymous said...

RBA ni tak ada kerja lain asyik nak hujah yang nampak macam mereka melayu tapi sebenarnya bukan. Harap2 kita jangan terpedaya dengan komen2 mereka!

Mereka kutuk tangan yang beri mereka tempat tinggal dan rezeki. Tiada istilah syukur atau berterima kasih langsung!

Anonymous said...

Malaysia bukan negara Islam.

Anonymous said...

Orang Islam hanya pandai memberikan lesen dan menerima habuan rasuah daripada bukan Islam. (Ridhuan Tee)

Minta biar lah ada orang melayu yang berani cukup (dare enough) menyanggah kenyataan ini.

Buat saya kenyataan ini memang ada kebenarannya. Hanya mereka2 yang terlibat dalam skop tugas itu sahaja yang tahu cerita sebenar dibelakang tabir.

Salah satu punca mengapa Melayu semakin layu dan layu dan layu adalah kerana pegawai melayu dan ahli politik melayu yang diharap menjaga dan membela kepentingan melayu, mereka ini hidup senang lenang dan kaya raya kerana R****H.

Siapa yang beri kepada mereka ?

Anonymous said...

Betul tu bro.. Aku pun dah naik muak dgn Dasar Pengecut dan Mudah Mengalah yg diamalkan oleh Pemimpin Melayu pada masa kini.

Sudah2 la.. Marilah bersama - sama kita mengukuhkan perpaduan di negara ini dengan meletakkan konsep adil yang sebenar. Adil itu bermaksud meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Bukanlah dengan konsep sama rata, sama rasa.

Konsep adil dalam Islam cukup indah. Hasilnya kita dapat melihat rakyat berbilang kaum dapat hidup harmoni. Tetapi malangnya wujud pula golongan ultra kiasu yang tidak tahu bersyukur dan ingin membolot segala2 nya..

Anonymous said...

Perdebatan anda terlalu memihak dalam soal agama. Cuba ketepikan soal agama dan lihat gambaran besar. Dari apa yang saya baca, anda tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hanya cuba untuk mempertahankan apa yang anda percayai. Itu sudah tidak cukup adil.

Anonymous said...

Setuju dgn hujahan saudara RTA

Anonymous said...

3:07 PM,

Tak bijak nampak nya anda nih.

Kalau tak mempertahankan apa yang kita percayai, apa yang patut di pertahankan? Anwar Al Juburi?

Kalu mempertahankan apa yang kita percayai itu tidak cukup adil, apa yang cukup?

Baik aku tak teruskan komen aku ini. Takut nanti mencabul.

Anonymous said...

12:25 PM,

Saya belom membaca artikel RT sepenuhnya, tapi ingin mengkomen secara umum.

Tidak semua orang Islam hanya pandai memberikan lesen dan menerima habuan rasuah daripada bukan Islam. Ha nya segelintir sahaja yang buat demikian. Perlu di keji dan di kutuk sapenuh nya.

Melayu tidak "semakin layu". Walau apa pun kelemahan Melayu, banyak berbeza dari keadaan sabelom Merdeka. Benar ada pegawai melayu dan ahli politik melayu yang merosakkan keadaan, tetapi Dasar Ekonomi Baru, contoh nya, telah menaikkan taraf Melayu dengan banyak dari segi ekonomi, pelajaran, tebaga professional, dll.

Dan saya setuju dengan so'alan anda - "Siapa yang beri kepada mereka?"

Dari banyak segi, yang memberi itu ada lah penjangak yang lebih besar dari yang menerima. Tiada yang memberi, tiada lah rasuah.

Ingin saya tambah: yang memberi itu ada lah pendatang dari negara yang telah mengamalkan rasuah sejak 2,000 tahun yang lalu. Sesiapa yang mahu tahu dengan kanjut, sila lah beri tahu.

Anonymous said...

7:38 PM,

Setuju dengan pendapat anda. Saya fikir ha nya ada sekor sahaja lagi penjangak Red Bean yang tinggal terkontang kanting di sini - Anonymous 5:03 PM itu.

Ayuh, mari kita teruskan membedal dia tiap kali dia masuk ke sini. Dia ke sana ke sini di beberapa blog, pandai BM, tapi sekali sekala BM nya mendedahkan dia sebagai bukan Melayu. Si bedebah laknatullah kafir harbi.

Anonymous said...

http://www.malaysia-today.net/does-hudud-really-exist/

Ridhuan Tee is Ugly said...

Hahaha... I don't really care about what this 'c**t' writes. He's just an @ss licker. Same with all the people who is so delusional into thinking that there is no discrimination in M'sia.
If you are stupid just remain stupid. Don't need all the quota to allow you admission into uni. Waste of $.

Anonymous said...

Hoi stupid 5:44 AM,

You "don't really care" about what is written. Just you, you and solitary you. But ALL OF US don't care a damn about you. At all. We just want you gone. From this country.

You are not delusional. But schizophrenic. Mad. Not taking your psychotic medicine and came in here to make a fool of yourself. With such silly word to use against RT as ugly. Sounds feminine, too, doing so.

You are more stupid than those who got quotas. You are like the Southern Chinese during the time of Manchu Emperors - given the tongkat affirmative action - 25% places in the Chinese civil service reserved for your kind. Who were considered less advanced than the Northern Chinese.

But now is 21st Century. How come you are still so damn stupid? Not understanding the Constitution of the country which has Article 153 stating the Special Position of the Malays and the Bumiputeras of Sabah and Sarawak. And the NEP derived from it.

If you understand but refuse to respect that as the consideration or quid pro quo for you getting Malaysian citizenship that your forefathers didn't have for 150 years in this country before Merdeka, then you better get out of the country fast - migrate, vamoose, scram, do you hear? Been said even by well known personalities in this country.

Bloody ultra kiasu you. Lim Guan Eng, Teresa Kok kind. Seditious blokes - Teresa Kok just got charged in Court, Tian Chua already sentenced for sedition and is appealing. Karpal Singh already sentenced but not executed because he went dead.

Buggers who got citizenship yet don't honour your end of the bargain. Get lost. Pack up and go. Immediately.

Anonymous said...

Tajuk kali ini memang cantik.

Melayu memang baik, baik dalam serba serbi, tak akan jumpa dalam dunia ini bangsa yang sebaik bangsa melayu. Dalam pertubuhan politik pula anda tak akan jumpa dalam dunia ini sebuah parti politik sebaik parti Umno, saya berani kata sampai kiamat pun anda tak akan jumpa.

Cuba tengok Umno, walau pun MCA itu kalah kerana ditolak oleh bangsa cina yang cuba diwakili oleh MCA pada PRU 12 dan PRU 13 tetapi Umno sanggup "menebal muka" menyembah MCA merayu supaya MCA menyertai kabinet. Mana mahu cari itu macam punya hemoi beb.....

Agak2 kamu lah kalau BN itu diterajui oleh MCA dan Umno pula kalah KO dalam PRU, adakah MCA nak sembah Umno merayu supaya Umno masuk kabinet ? Jawab lah siapa yang tahu akan jawapannya....

Ana Muslim

Anonymous said...

Melayu memang baik, walaupun majoriti rakyat MAlaysia adalah orang Islam dan dipimpin oleh kerajaan Islam tapi orang bukan Islam diMAlaysia masih boleh mengejek, mencaci dan menghina bangsa Melayu dan ugama ISlam tanpa dikenakan apa2 tindakan sedangkan SIngapura, walaupun bukan negara Islam dan orang Melayu atau orang Islam adalah kaum minoriti tapi mana2 individu yang mempersendakan atau menghina
akan dengan cepat dikenakan tindakan kerana kerajaan Singapura sedar pentingnya menjaga keharmonian kaum dan mana perbuatan yang boleh merosakkan keharmonian dan keamanan negara harus dibendung dari mula lagi supya tidak menjadi kanser. Malah orang2 seperti pemimpin2 PAKATAN termasuk dalam DAP pun tidak akan berani melakukan apa perkara2 yang dapat merosakkan hubungan atara kaum yang begitu penting sesebuah negara. Kerna itu saya selalu kata, kalau diSIngapura orang2 seperti pemimpin2 PAKATAN sudah lama DiKuburkan'.

Yang baik itu tenang said...

Selamat datang Ridhuan Tee kepada ajaran sempit yang menekan kepada permusuhan,kebencian,perpecahan menggunakan paksaan. Syaitan semakin pintar.

Anonymous said...

Itu la trademark bagi bangsa yang tak pandai berhujah.

Nampak selalu terkemam dan kelu lidah - apakah disebabkan terlalu banyak dirasuah & makan rasuah dan banyak makan dari sumber yg tak halal agaknya bangsa yg satu nie Dr??

Anonymous said...

"konsep sama rata" DAP mahu, "konsep sama rasa" Anwar mahu.

Yang satu mengenepikan Perkara 153 Perlembagaan yang mnyatakan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Yang lagi satu menggunnakan hujah "archaic laws" tapi sabenar nya mahu memuaskan nafsu nya minat depan dan belakang.

Kedua dua pihak itu perlu pigi jahanam untuk mengelakkan negara ini jahanam.

Anonymous said...

ridhuan come back to islam! islam is love. islam is peace.

you lack peace my brother. why are you fearful and restless? go back to God and you'll be fine and peaceful again.

i'm praying for you.

Anonymous said...

Menakutkan. Saya rasa dunia sudah hampir kepada kiamat.

Marilah kita berdamai.