(Sinar Harian 28.04.14)
Bercakap tentang harimau, menjadikan saya teringat sifat-sifat binatang Zodiak Cina ini, antara yang amat dibanggakan, termasuk naga. Ramai beranggapan, apabila ibu harimau telah pergi, anak-anak harimau akan bertempiaran, mencari tempat berpaut dan mungkin tidak akan mengaum lagi. Ternyata, sangkaan itu salah.
Anak-anak harimau yang ditinggalkan, semakin cepat dewasa. Malah, taringnya semakin tajam dan panjang. Ngaumannya semakin kuat. Serangannya, malah lebih dahsyat dari dahulu. Langsung tidak takut kepada rakan sezodiaknya iaitu naga yang selalu dikaitkan dengan keturunan raja. Dalam kes ini saya merujuk kepada orang Melayu.
Kita ingatkan bila anak harimau kehilangan ibu, ia akan menjadi jinak. Rupanya tidak. Malah, sentiasa menunggu peluang membaham mangsanya, termasuk naga.
Inilah realiti politik di Malaysia. Nasib Melayu di bumi Melayu. Musuh menjadi kawan, meskipun dia tahu musuh itu berniat jahat. Kawan yang sepatutnya menjadi kawan terus dilawan, walaupun dia tahu kawan tersebut boleh dibelai dan seterusnya dikawani, agar menjadi akrab. Lebih menakutkan lagi, kita sanggup menjadikan musuh kawan untuk melawan kawan.
Persoalannya, sampai bila mahu berpolitik bodoh seperti ini? Menunggu kawan jatuh, kemudian bersama-sama musuh menghenyak dan menghentak kawan sehingga tidak boleh bangun lagi. Saya tidak nafikan kawan ini perlu ditegur dan perlu diberikan pengajaran. Tetapi janganlah sampai sanggup membunuh kawan, kerana kita tetap seagama. Kawan masih positif dengan hudud.
Berbanding dengan harimau yang langsung tidak berubah pendirian terhadap hudud. Bukan itu sahaja, apa jua yang perkara untuk mendaulatkan Islam, harimau tidak pernah bersetuju. Negara ini mesti kekal sekular. Peliknya kenapa kita masih tidak kenal musuh ini? Kita terus bersangka baik, sedangkan mereka sentiasa bersangka buruk terhadap kita (hudud).
Amat dangkal sekiranya kita berkata, harimau hanya menentang hudud kerana perlaksanaannya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, ibu harimau dan kuncu-kuncunya begitu kuat menentang semua perkara berkaitan dengan Islam.
Misalnya, kedudukan mahkamah syariah, pengislaman anak-anak di bawah umur, menggalakkan seks bebas dengan menyokong tindakan Comango dan banyak lagi.
Rakan sebantal harimau, berkata mereka hendak mengkaji dahulu hudud PAS. Apa yang perlu dikaji? Nampak sangat mereka tidak percaya kepada PAS. Tidakkah mereka sedar, di dalam PAS penuh dengan ulamak. Sedangkan dalam pakatan ini penuh dengan bekas ahli UMNO dan golongan sosialis sekularis yang sentiasa menunggu peluang untuk menjadi menteri jika berjaya menguasai Putrajaya?
Saya bukanlah pakar dalam bidang perundangan Islam, tetapi saya serahkan perkara ini kepada yang pakar. Sama ada hudud berjaya atau tidak, biar Allah yang menentukan. Apa yang penting kita bersangka baik dahulu. Ini tidak, belum apa-apa lagi sudah bersangka buruk
Ketika kita memilih sistem demokrasi dahulu, kenapa kita tidak bersangka buruk? Kenapa kita menerima bulat-bulat? Adakah demokrasi lebih baik daripada Islam?
Baik atau buruk, kita yang menilai. Apakah kita tidak sedar bahawa sistem demokrasi telah menghancurkan tamadun manusia? Manusia sudah tidak berakhlak seperti manusia, tetapi sudah menjadi seperti haiwan kerana mahukan kebebasan melampau.
Atas nama demokrasi, mereka mahukan kita menghalalkan seks bebas, hubungan sesama jantina dan sebagainya. Kenapa kita masih memilih demokrasi? Kenapa jika ada satu sistem yang agak berbeza, yang menjadi alternatif dan mahu menyelamatkan manusia, kita begitu beriya-iya menentang?
Saya menyarankan orang Melayu agar mengambil iktibar daripada harimau yang menjadi kepercayaan orang Cina. Harimau merupakan haiwan yang dikenali sebagai berani, garang dan ditakuti. Harimau mewakili simbol sifat dan tenaga kewanitaan Yin, yang berlawanan dengan semangat simbol kejantanan Yang iaitu naga.
Orang Cina beranggapan bahawa naga merupakan simbol Diraja, manakala harimau adalah simbol ketenteraan yang tertinggi mewakili semangat tidak gentar dan kejayaan. Kekuatan dan kehebatan harimau banyak mempengaruhi gerakan-gerakan dalam ilmu kungfu.
Masyarakat Cina suka kepada harimau kerana personaliti yang licik. Harimau suka berterus-terang, tidak dapat dijangka dan menarik, pandai di dalam menyusun strategi dan taktik. Selalunya mempunyai agenda tersembunyi. Penuh dengan syak wasangka.
Pada masa sama, harimau juga mempunyai jiwa yang penakut dan mudah panik. Ada kepercayaan bahawa harimau sebenarnya sangat menghindari manusia yang berani dan tegas seperti naga.
Bagi harimau, bertemu atau melihat manusia adalah suatu kesialan. Dengan bertemu dengan manusia, harimau-harimau itu akan bernasib sial. Selama berminggu-minggu ia akan kesulitan mendapatkan mangsa untuk makan. Maka, harimau yang panik itu akan memangsa manusia, agar kesialannya hilang.
Manusia itu adalah kita yang beragama Islam, yang tidak mustahil dianggap soal. Apakah kita masih terus mahu bersangka baik dan terus menjadi musuh itu kawan untuk melawan kawan? Sedarlah wahai umatku! Bangunlah dari tidurmu sebelum terlambat.
32 comments:
Logo Fam pun harimau, logo persekutuan malaysia pun harimau, logo PDRM pun harimau, ada logo negeri pun pakai harimau, logo askar pun pakai harimau, jangan lupa serbuk cuci baju dan cecair pun pakai nama harimau, ada biskut harimau, petrol esso loho harimau, sukan bola sepak pun pakai harimau malaya, ada mendiang orang politik dap pun a nickname atau gelaran glamor Harimau Jelutong....jadi...apa salahnya bersikap harimau....x kan nak jadi pak turut.....saya tau kamu ni nak hina pkr, dap dlm isu hudud...x apa...kalau jadi pun orang muslim je yg kena.....tapi keadilan undang undang dah x ada kerana hikuman tidak setimbangnya....
12:41 AM,
Terasa orang "nak hina pkr", ye? Terima lah jika di hina. Terutama jika patut di hina.
Awat tak pertahankan pkr? Dalam kes ini, awat tak kasi sebab sebab pkr tak buat pendirian tegas sokong ke tak sokong Hudud? Anwar takut dia yang kena Hudud sebab sodomi ke?
Awat tarak cadangan pun mcm Timbalan Presiden UMNO TS Muhyiddin buat semalam? Tubuhkan suatu jawatan kuasa teknikal peringkat nasional mengandungi pakar pakar Hudud, termasuk dari luar negara. Kaji, keluarkan pendapat, beri syur jika Hudud sesuai atau tidak di negara ini. Timbalan Menteri Besar Kelantan pun dah setuju, kata dia.
Dan beri penerangan sapenuhnya kapada semua rakyat - Islam dan bukan Islam. PAS yang mahukan Hudud, dah dalam agenda depa berpuluh tahun, awat PAS tak beri penerangan yang cukup dan memuaskan hati dan menghilangkan rasa takut majoriti rakyat? Dan pkr tu rakan sekatil pas, awat tak tolong hebahkan penerangan fasal Hudud?
Awat ketua wanita pkr pulak kata gomen pimpinan UMNO yang perlu buat penerangan? Rakan hangpa pas yang mahukan Hudud, tak mahu buat kerja, hangpa tak mahu tolong depa, suruh orang lain buat kerja? Dah songsang ke hangpa?
dah ramai tak faham (buat2 tak faham) bahasa sindiran. pedas ke ? benda betul nak pusing macam mana lagi.banyak lagi guna nama harimau kecuali parti PAS je jadi harimau Bapuk.leguh legah cerita tentang islam bila disergah kecut telo. kalau sesama islam hei.. mau dibahamnya. Dah Berkawan dengan Kafir nak buat cmno..
Tak hendak demokrasi, kenapa tak bubar kan Parlimen dan DUN? Biarlah Raja-raja memerintah semula. Buat apa nak Negara Islam jenis PAS ke atau UMNO?
Mencuri karya intelek orang lain dengan apa Alasan pun dianggap Mencuri jugak sama seperti rasuah iaitu Mencuri duit rakyat.
Bila kau nak kena potong tangan mu?
Dlm diri ada musuh yg sudah menguasai. Bagai manusia kerasukan jin, dah tak kenal mana kawan dan mana lawan.
Tuan Prof Ridhuan Tee
Saya mohon tuan sudi menulis artikel berkenaan Hudud yang sedangkan dipanaskan (warmed up) oleh kepimpinan Pas Negeri Kelantan. Tak perlulah kita nak pecah kepala memikirkan soal 2/3 sokongan ahli dewan sebab memang tak akan dapat sokongan sebanyak itu (something very very impossible).
Cuma saya lihat dan saya bersetuju dengan Tun Mahathir dan ramai lagi yang kata Hudud yang Pas nak laksanakan di Kelantan itu bukannya Hudud Allah tetapi adalah Hudud Pas. Saya tidak menyesal untuk berkata Hudud yang Pas nak buat itu adalah satu bentuk undang2 yang tidak adil kepada penganut islam sendiri. Satu undang2 yang tidak melindungi pesalah islam tetapi melindungi pesalah bukan islam. Satu undang2 yang terdapat matlamat politik yang tersirat didalamnya.
Saya minta tuan dan lain2 pembaca serta peminat blog ini buka minda dan tanya soalan " ADIL Kah ? "
1. Kes 1 - seorang islam berpakat dengan seorang bukan islam untuk mencuri. Mereka berdua ditangkap dan dibicarakan. Yang islam dibicarakan dimahkamah jenayah Hudud. Yang bukan islam dibicarakan dimahkamah civil. Kedua2nya didapati bersalah. Yang islam kena potong tangan. Yang bukan islam kena penjara beberapa bulan sahaja. ADIL Kah ?
2. Kes 2 - sepasang kekasih telah ditangkap berzina dalam sebuah rumah dengan bersaksikan 4 saksi yang memenuhi syarat Hudud. Pasangan lelaki adalah seorang pemuda bukan islam, manakala pasangan wanita adalah seorang gadis islam. Mereka berdua memang cinta mencintai dan merancang bernikah setelah pemuda itu memeluk islam. Sigadis dibicarakan dimahkamah Hudud kerana dia seorang islam, didapati bersalah dan dihukum rejam sampai mati. Sedangkan sipemuda tidak boleh dituduh dimana2 mahkamah sivil sebab dia tidak melakukan apa2 kesalahan pun (berzina adalah perlakuan seks dengan kerelaan dan tidak menjadi satu kesalahan dibawah undang2 sivil). Nak tuduh si pemuda di mahkamah Hudud, tidak ada peruntukan dalam perundangan Hudud (no provision). Sudahnya sigadis mati kena rejam, sipemuda terlepas tak kena apa2. ADIL Kah ?
Macam mana kalau yang jadi mangsa direjam sampai mati itu adalah cucu Nik Aziz atau cucu Hadi Awang yang ditangkap berzina dengan seorang pemuda bukan islam yang dicintainya dan merancang untuk menjadi suami isteri yang sah pada satu hari nanti selepas pemuda itu mengucap dua kalimah syahadah. Adakah Nik Aziz atau Hadi Awang akan dapat menerima nasib yang dialami oleh cucu mereka sedangkan sipemuda itu terlepas begitu sahaja. ADIL kah ?
Hudud Allah adil kepada semua, siapa buat salah dia kena hukum, tanpa memilih dianya islam atau bukan islam. Sedangkan Hudud Pas, sangat tidak adil, malah ia adalah satu undang2 yang memberi perlindungan kepada perlakuan jenayah oleh orang bukan islam.
Mohon Tuan Prof buat sentuhan atas perkara ini.
Terima kasih.
Ana Muslim
10:18 AM, April 27, 2014
Saudara Ridhuan Tee
Tak ada bahasa yang dapat saya kata kepada saudara. Tak habis2 dan tak jemu2 saudara cuba untuk menyedarkan orang melayu khasnya orang Pas tentang bahayanya LAWAN DIBUAT KAWAN, KAWAN DIANGGAP LAWAN.
Peristiwa 1
Saya terkilan sangat dengan komen anak Nik Aziz berhubung sokongan Umno kepada cadangan mengusulkan Hudud di Dewan Rakyat. Saya tak tahu siapa Setan dan siapa Malaikat. Adakah anak Nik Aziz itu yang Malaikat, dan Umno adalah Setan. ATAU adakah Umno itu malaikat, dan anak Nik Aziz adalah Setan.
Peristiwa 2
Timbalan MB Kelantan cakap dalam paper, bila Hudud dikuatkuasakan urusan potong tangan pesalah akan dibuat oleh doktor pakar. Hari ini Menteri Kesihatan jawab secara PUKULAN MAUT, " bukan kerja doktor nak suka2 potong tangan orang kalau tidak kerana masalah perubatan/penyakit, tak beretika punya doktor seperti yang ditetapkan dalam Akta Perubatan ".
Ulasan saya adalah..... Pemimpin Pas ini tahap pemikiran mereka sangat rendah dan hina.
1. Kes anak Nik Aziz. Sepatutnya dia terima kasih kepada Umno bila Umno kata nak sokong Pas bawa usul Hudud, maknanya Umno galakkan Pas bawa usul Hudud. Selama ini Pas duk kata Umno lah yang menjadi penghalang besar dalam isu Hudud. Hari ini Umno dah lembut hati, dah berubah daripada jauh kepada nak semakin dekat kepada islam. Sebab itu saya tak rasa berdosa nak kata itulsh dia rupa sebenar Setan Berserban yang tidak pernah mahu berbaik sangka sesama islam. Sedangkan dengan orang kafir yang terang2 serta dengan kurang ajar menolak Hudud, Setan Berserban tadi boleh pulak buat kawan. Astaghfirullah...
2. Kes Timbalan MB Kelantan. Malu besar kalau saya yang kena. Saya malu sebab saya ada maruah. Saya malu sebab saya orang yang reti. Bila Menteri Kesihatan jawab semacam itu, secara simboliknya menteri nak beritahu bahawa Timbalan MB itu sorang yang tak reti undang2, dia cakap ikut sedap mulut dia sahaja. Saya rasa orang kampong yang tak belajar tinggi pun kalau nak bercakap mereka berhati2 takut orang lain nampak bodoh bebenor dia. Tapi Timbalan MB Kelantan ini tak rasa dirinya BODOH BEBENOR. Cuma saya nak kata, MENTERI KESIHATAN yang Hindu itu bercakap guna Kepala Otak, sedangkan TIMBALAN MB KELANTAN yang islam itu bercakap guna Kepala Lutut. Betul2 memalukan islam... satu dunia malu.
Saya nak tanya yang lain2. Kalau melihat kepada 2 Peristiwa yang saya bentangkan tadi, ADAKAH ANDA YAKIN UNTUK MENYERAHKAN PEMERINTAHAN NEGARA INI KEPADA PEMIMPIN2 PAS ? Lingkup tuan2.
Saudara Ridhuan Tee. Tolong siarkan apa saya tulis. Saya bukan niat nak menghina, tetapi itu lah yang ada didepan mata kita. Mudahan2 orang melayu dan orang islam dapat membezakan diantara MALAIKAT TAK BERKOPIAH dengan SETAN BERSERBAN. Kalau saudara Ridhuan Tee yang bukan bangsa melayu niat hendak selamatkan melayu kerana saudara adalah cina islam apa lagi lah saya yang berbangsa melayu dan menjadi islam sejak dari dalam perut ibu lagi.
Ana Muslim
Jangan lupa bukan islam x boleh jadi saksi dlm hudud. Kalau seorang non muslim jadi saksi dlm satu kes jenayah macam rogol, curi, bunuh, zina, rasuah, rompak, ragut da macam macam.....saksi ni akan ditolak....macamana yg muslimat dirogol non muslim, sudah tentu yg gadis tu dihina , disepat atau dibaling batu sampai mati....laki non muslim tu mungkin boleh lepas diri pasal x ada mangsa lagi di civil court....kalau nak jatuh hukuman ke laki non muslim tu pun x boleh pasal federal constitution dah nyatakan kekecualian non muslim dlm hal elwa islam....jadi disini pulak ada persoalan ketidak adil perundangan. Undang undang mesti adil dipihak mangsa dan pihak tertuduh....
Ana Muslim,
Komen pukul 2:00pm hang tu ...
KES 1 - bila sudah ada hudud, siapa suruh kasi pakat? Lagi-lagi cari pasal mencuri. Kalau masih degil mencuri, ana yang muslim kena kasi potong tangan lah. Itulah hebatnya hudud. Jangan asyik berkropomi!
KES 2 - bila sudah ada hudud, kalau masih tak takut kena rejam, bikinlah zina terang lagi suluh disaksikan ramai orang lagi! Itulah hebatnya hudud. Maksiat akan dikurangkan.
-Saya sokong hudud-
Ana Muslim,
Komen hang pada pukul 3 petang ...
Peristiwa 1 - Sudah mengaku tak tahu...eloklah diam! Kan Prof dah dendangkan - biarlah pakar yang bicara.
Peristiwa 2 - Otak hang mereng kot? Apa yang kena mengena ngan pukulan maut ngan jawapan Menteri Kesihatan? Doktor bukan macam kau, suka menulis tak tentu pasal. Memanglah kerja doktor bukan suka2 potong tangan. Coba hang tilik definasi doktor dalam kamus. Apakah kerja doktor kasi potong tangan?
Biarlah yang pakar membicarakan. Jangan mencemarkan benda yang baik.
-Saya sokong hudud-
Ana Muslim,
Dua kali Sdr masukkan komen yang sama ke dalam blog ini, sudah tentu Sdr patut menerima sambutan, dan ini sambutan dari saya dengan sukarela.
Fasal anak Nik Aziz - Abduh ke apakenamanya, saya fikir antara UMNO dan dia, dia lah yang syaitan. Macam bapak dia dulu, asyik mengampu DAP Karpal Singh, hingga pergi ke rumah orang itu menyambut hari jadinya, walau pun orang itu menghentam Hudud Nik Aziz tak habis habis hingga mati. Nik Aziz yang dendamkan UMNO berpuluh tahun, Islam apakenamanya macam itu. Saya fikir anaknya tak banyak beza dengannya.
Fasal Timbalan MB Kelantan kata pemotongan tangan pesalah Hudud akan di lakukan oleh doktor pakar - itu lah yang Tun Dr Mahathir kata bahawa Hudud PAS berbeza dengan Hudud di Qur'an, atau yang di lakukan di negara negara lain.
Saya langsung tak besetuju dengan Hudud yang di cadangkan oleh PAS.
Tugas dan mutlamat doktor ada lah
menyelamat nyawa, memulihkan sakit, membaikki kecacatan anggota dan badan manusia, bukan sebaliknya. Cadangan Timbalan MB Kelantan itu akan membebankan para doktor di Kelantan dengan tugas yang tidak sejajar dengan piagam mereka sejak beratus tahun adanya instutusi kedoktoran. Saya berani mengatakan bahawa cadangan itu ada lah mengarut.
Ana Muslim,
Sabenarnya PAS belom memberi penerangan yang lanjut dan memuaskan berkenaan Hudud yang mereka mahu laksanakan di Kelantan itu. Mereka sepatutnya telah berbuat demikian. Sekarang ini bukan sahaja orang bukan Islam takut dengan Hudud PAS itu, orang Islam pun masih tidak faham dan asyik tertanya tanya.
Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin, 2 hari yang lalu telah mencadangkan supaya di tubuhkan suatu jawatankuasa teknikal peringkat nasional, terdiri dari pakar pakar - termasuk pakar pakar luar negara - bagi mengkaji, mengeluarkan pendapat dan mengesyorkan konsep Hudud yang sabenarnya mengikut agama Islam, dan sama ada Hudud patut di laksanakan di negara demokratik berbilang kaum dan agama saperti di Malaysia ini.
Dia mencadangkan itu di lakukan sabelom Hudud di bincangkan di Parlimen. Kata nya, Timbalan Menteri Besar Kelantan telah memberi reaksi yang positif terhadap cadangannya.
Saya fikir itu ada lah cadangan yang bijak, amat perlu dan sesuai dengan keadaan di negara ini.
Ana Muslim,
Kapada so'alan Sdr ADAKAH ANDA YAKIN UNTUK MENYERAHKAN PEMERINTAHAN NEGARA INI KEPADA PEMIMPIN2 PAS ?
Saleps 2 komen saya di atas ini, nyata lah bahawa saya tidak yaakin PAS boleh merintah negara ini dengan adil, saksama dan membawa kemajuan tahap biasa. Lihat lah Kelantan, berpuluh tahun di bawah PAS, kilang kilang dan indastri pun amat berkurangan, pelabur segan, malahan takut, melabur di Kelantan di bawah PAS.
Akibatnya, muda mudi Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri negeri lain untuk mencari kerja.
Benar, jika PAS memerintah negara, akan lingkup negara. Saya tidak ahli mana mana parti politik pun. Pendapat saya ini ada lah pendapat sendirian yang saya keluarkan dengan ikhlas.
Kepada Anon 1144pm @ 28.4.14
Terima kasih kerana kata saya " Otak Mereng ". Ikhlas saya tak marah kepada anda. Sebab dari situ saya tahu setakat mana ilmu anda. Saya boleh agak anda tidak tergolong dalam orang yang berilmu. Taraf pemikiran anda sama saja dengan taraf pemikiran para pemimpin Pas. Anda pandang sesuatu hanya dari satu sudut sahaja. Pada anda doktor ini satu kerja yang tidak terikat dengan undang2. Anda bersusah payah mencari definasi " doktor " dalam dictionary ... terima kasih saja lah.
Hang sangat jahil dan tak layak untuk aku nak buang masa memberitahu kepada hang berkenaan Tafsiran Doktor mengikut Akta Perubatan.
Untuk pengetahuan hang, aku sokong Hudud semacam hang juga tapi hanya kepada Hudud yang adil semacam undang2 sivil yang duk ada, kalau bersalah tak kira lah melayu kah cina kah india kah atau islam kah kristian kah hindu kah buddhist kah ... kalau hukum gantung sampai mati semua kena hukum yang serupa, kalau hukum penjara semua kena hukum yang serupa, baru lah adil. Tapi kalau ikut Hudud Pas Kelantan yang islam kena hukum berat dan yang kapiaq terlepas atau dihukum rengan ... ADIL pekejadahnya.
Ana Muslim
Saudara Ridhuan Tee
Terima kasih kerana siarkan posting saya. Insyallah saya akan terus menyumbang untuk MENYEDARKAN PIHAK YANG TERSALAH MEMILIH KAWAN.
Semuga mereka nampak SEBUSUK2 SAUDARA SEISLAM AKHIRNYA BERTEMU JUGA DALAM SYURGA ALLAH SWT SELEPAS MASING2 SELESAI MENERIMA PEMBALASAN ATAS DOSA SEMASA HIDUP. Inilah yang Allah janjikan kepada kita umat islam.
Saya nak ingatkan SEBAIK ATAU SEAKRAB MANA SEKALI PUN PERSAHABATAN DIANTARA NIK AZIZ ATAU HADI AWANG DENGAN KARPAL SINGH MEREKA BERTIGA TETAP TIDAK AKAN DAPAT BERSAMA DIAKHIRAT NANTI KERANA KARPAL SINGH TELAH SAH MATI SEBAGAI SEORANG KAFIR YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA SELAMA2NYA. Ini lah ketetapan yang Allah tentukan.
Semoga peringatan saya ini sampai kepada Nik Aziz kepada Hadi Awang dan kepada seluruh ahli Pas. JANGAN TERLALU MEMUSUHI AHLI UMNO YANG ISLAM KERANA PADA AKHIRNYA KALIAN AKAN SAMA2 MENJADI PENGHUNI SYURGA ALLAH SWT DI AKHIRAT NANTI. Ini lah yang Allah janjikan kepada kita.
Ana Muslim
11:35 PM,
Kalo hang sokong Hudud, awat hang tak tolong PAS bagi penerangan apa baiknya Hudud di negara berbilang bangsa dan agama nih? Mcm mana nak laksanakan, mcm mana nak ada keadilan - contoh saksi bukan Muslim tak boleh pakai dll tuh.
Awat hang dok tuduh oang mereng kepala? Lagu tu camna hang nak dapat rakyat terima Hudud?
9:53 AM dan 9:56 AM,
Ko orang yang sama selau mencela saja, takda kerja lain di sini. Ko bukan Melayu, cakap pun "Bila kau nak kena potong tangan mu".
bubar kan Parlimen dan DUN? Biarlah Raja-raja memerintah semula? Kalau jadi gitu pebdatang yang pemikiran jahat kena buang negori, amacam?
Hukum Hudud
Jika ianya diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulamak bahawa Hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas itu adalah bertepatan dengan perintah Allah yang adil kepada semua manusia (islam atau bukan islam) dalam menetapkan hukum keatas pesalah, maka WAJIB lah bagi semua wakil rakyat yang beragama islam sama ada mereka dari Umno mahu pun PKR atau dari DAP sekali pun MENYOKONG USUL PERLAKSANAAN HUDUD di Negeri Kelantan. Menentang atau menolak usul tersebut sama lah seperti MENENTANG atau MENOLAK PERINTAH ALLAH atau MENENTANG ISLAM.
Jangan lah menjadikan diri kamu sebagai seorang lagi KARPAL SINGH.
Ana Muslim
Di negeri Selangor - Masalah air tak cukup. Di negeri Pulau Pinang - Masalah para peniaga dan penjaja melayu susah nak cari makan, mereka dihalau dihambat macam anjing kurap selongkar tong sampah. Di negeri Kelantan - Muda mudinya bertaburan diserata negeri orang sebab di Kelantan susah nak hidup tak ada kerja sebab tak ada kilang dan industri.
Semua negeri yang saya sebut itu adalah negeri2 yang rakyatnya buat keputusan supaya diperintah oleh Pakatan Rakyat. Tak siapa pun yang paksa mereka supaya undi PR pada PRU13 dulu. Mereka sendiri yang pilih dengan rela dan redho kerana mereka rasa Umno(BN) dah tak boleh nak bagi kesenangan lagi kepada mereka.
Dan sekarang adalah musim mereka menuaikan hasil yang mereka usahakan sejak sekian lama. Dan alhamdulillah mereka dapat apa yang mereka idamkan .... Air Tak Cukup, Susah Nak Berniaga Cari Makan dan Berdagang Bergelandangan Merempat Mencari Makan Di Negeri Yang Diperintah Oleh Umno(BN).
Maka atas kejadian yang menimpa2 itu mereka (rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan) seharusnya banyak2 bersyukur diatas nikmat menghadapi kesulitan hidup yang mereka sendiri pilih. Terutamanya rakyat yang berbangsa melayu beragama islam di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ... jangan merintih, jangan bersungut sebaliknya BERSYUKUR LAH kerana anda dipilih oleh Allah untuk merasai nikmat kesulitan sedangkan rakan2 anda di negeri2 bawah Umno(BN) tidak berpeluang mendapat nikmat sepahit yang anda dapat.
Ana Muslim
Wahai Prof Ana Muslim,
1. Islam adalah cara hidup yang secara menyeluruh meliputi zahir dan batin, kini dan hidup selepasnya. Ia bukanlah sekadar kepercayaan yang boleh disalahtafsirkan tetapi ia juga merupakan pemerhatian dan pelaksanaan menyeluruh di dalam kehidupan manusia meliputi berbagai bidang seperti ekonomi, perniagaan, pendidikan, politik dan juga kesihatan.
2. Undang-undang syariah Islam termasuk Hudud, hanyalah melibatkan jenayah berat seperti mencuri, membunuh, pelakuan seks terlarang. Setiap kesalahan ini akan dihukum oleh mana-mana undang-undang tanpa pengecualian.
3. Hudud adalah undang-undang yang kompleks di mana ia menarik perhatian mereka yang selama ini tidak pernah sedar bagaimana cara dan pelaksanaannya. Undang-undang Hudud sesungguhnya adalah sangat adil, saksama dan terpelihara.
4. Tujuan diturunkan syariah (Maqasid Syari’ah) adalah untuk memelihara keadilan dan kepentingan awam (maslahah ammah). Mahkamah Syariah dengan itu diberi mandat untuk melaksanakan hukum syariah tanpa takut dan memihak.
5. Allah memerintahkan pelaksanaan Hudud dilakukan di hadapan orang ramai adalah bertujuan untuk mendidik dan menginsafkan semua. Ia bukanlah untuk memalukan si pesalah. Semua yang terlibat adalah mereka yang terlatih dan dilantik. IMAM percaya ahli professional yang terlibat adalah mereka yang bertauliah. Sehinga kini sebarang pelaksanaan undang-undang di Malaysia akan dilakukan dengan kehadiran ahli perubatan bertauliah. Begitu juga dengan pelaksanaan hudud di negara Islam yang lain.
6. Seperti di dalam angkat sumpah ahli perubatan Islam, para doktor tidak dibenarkan untuk menjalankan pemotongan anggota badan manusia di mana tiada perubatan yang sesuai untuk pelumpuhan anggota badan manusia. Para doktor yang hendak membuang anggota badan yang terkena gangrene, perlu membuatnya di dalam keadaan pesakit dibius terlebih dahulu supaya mereka tidak merasa sakit.
Hukuman Hudud ini diadakan supaya timbul rasa sakit, takut dan bertaubat kepada pesalah dan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan.
Melalui pelaksanaan Hudud, bius sama sekali tidak dibenarkan.
Walaubagaimanapun ia terbuka kepada perdebatan dan IMAM bersedia menerima mana-mana pendapat berdasarkan hujah Syariah yang berkaitan untuk diamalkan oleh doktor-doktor Islam.
7. Islam adalah agama yang terbuka dan berlandaskan Sunnatullah. Sudah tentunya ia menghormati pendapat dan peraturan yang diamalkan oleh agama lain. Setiap Muslim adalah berhak diperintah di bawah undang-undang Syariah dan kita perlu memahami undang-undang Islam untuk kepentingan umat Islam sendiri. Paling tidak, pihak IMAM meminta semua pihak lain agak menghormati Islam dan juga undang-undang Syariah.
PROF DATUK DR ABD RAHIM MOHAMAD
Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM)
Wahai PROF DATUK DR ABD RAHIM,
Betulkah anda "Prof, Datuk dan Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM)"?
Saya tak pernah dengar pertubuhan tersebut. Tapi cara anda menujukan komen anda itu dengan menggunakan perkataan "Wahai" dan memberi pangkat "Prof" kapada Ana Muslim (yang saya fikir ada lah orang biasa saperti saya) membikin saya ragu jika seorang Prof, Datuk dan Presiden IMAM saperti yang anda tuntut itu betul atau tidak.
Munyindir secara langsung (direct) bukan tanda seorang Prof, Datuk, atau Presiden IMAM. Mungkin tanda seorang Datuk, sebab bermacam Datuk timbul kebelakangan ini, termasuk yang menipu, menjenayah dsbnya. Namun demikian, jangan rasa tersinggung, saya hanya menyuarakan pendapat secara bebas, saperti anda juga telah melakukannya.
Sedikit komen/ pertanyaan di atas komen anda -
1. Ramai yang berkata, termasuk Tun Dr Mahathir yang saya hormati, bahawa Hudud PAS berlainan dengan Hudud yang lain. Saya tak faham. Kalau anda suka menerangkan dari segi kedoktoran beza Hudud di berbagai negara, saya akan berterima kasih.
2. Gambar gambar Taliban di Afghanistan/ Pakistan melaksanakan Hudud, saperti di atas seorang perempuan di sebuah padang stadium (di Afghanistan?) tidak nampak ada doktor pun. Mungkin ini kes terkecuali dan di guna sebagai propaganda anti-Hudud, tapi jika anda atau IMAM ada pendapat, saya pun ingin mendengarnya.
3. Saya tak tahu sabelom ini, dan amat minat di atas kenyataan anda -
".. pelaksanaan Hudud, bius sama sekali tidak dibenarkan."
Bagus lah IMAM mahu berdialog fasal ini. Dan saya fikir ini makan masa yang lama bagi mendapat konsensus.
Maka, bukan kah tugas pihak yang mahukan Hudud di negara ini menjalankan segala usaha yang perlu bagi mendapat rakyat negara ini setujukan Hudud. Terutamanya PAS. Benar itu hal politik, tapi kita rakyat yang menghadapi realitinya jika / bila Hudud di laksanakan. Dan kita negara demokratik.
Saya fikir IMAM patut mengeluarkan pendirian - kalau boleh, sokongan - di atas panggilan Timbalam Perdana Menteri, TS Muhyiddin, supaya di adakan suatu jawatankuasa teknikal peringkat nasional, terdiri dari pakar pakar, termasuk pakar pakar luar negara, mengkaji, mengeluarkan peneragan, pendapat dan syor syor - termasuk tentang sesuai atau sebaliknya - berkenaan perlaksanaan Hudud di negara berbilang bangsa dan agama saperti Malaysia.
Setuju dan sokong seruan anda supaya semua pihak lain menghormati Islam dan juga undang-undang Syariah. Tidak lain dan tidak bukan. Sebab "Islam ada lah agama negara ini (agama Persekutuan)", terkanun di Perkara 3 Perlembagaan negara.
Sekian, terima kasih.
Orang Biasa.
PROF DATUK DR ABD RAHIM,
Kenapa teragak agak meminta pihak lain menghormati Islam dan juga undang-undang Syariah?
Buat lah mcm Pembangkang, DAP terutamanya - depa demand, tuntut, walau pun ada yang di tuntut tak nyata atau melampau.
Kita nyata ada hak menuntut - agama Islam agama negara ini.
Berkeras lah dengan bukan Islam berkenaan agama kita.
Tapi fasal Hudud, runding lah dulu dan beri penerangan sapenuhnya - ramai orang Islam belom faham apa Hudud yang PAS mahu dan apa Hudud yang sabenarnya. Juga isu bius membius, mcm Dr kata.
Apa pun komen2 yang dikemukakan disini, setelah ditimbang balik digolek dicanai hukum HUDUD patut telah lama dilaksanakan, bukan ketika setiap PRU. Sebenarnya hukum Allah bagi orang2 muslim tak payah nak ambil kira orang2 kafir atau orang yang seumpamanya. Apa yang nak ditakutkan bagi orang2 muslim sekiranya kita tidak melanggar hukum2 Allah. Hukum Allah sangat2 adil. Demi menjaga masyarakat kaum muslim, kita tak payah minta pandangan orang2 kafir kerana mereka tak layak bersuara. Sebenarnya mereka kaum naga, bagi raja2 Melayu jangan disamakan dengan naga, Orang Melayu Islam takkan guna binatang sebagai simbol kelahiran. Kita manusia mana sama dengan haiwan. Apabila kehidupan yang dijadikan oleh Allah nyata terang2 derhaka kepada Allah swt, sebab tu perangai pun apa kurangnya dengan haiwan. Kalau dah rumah tuhan lebih kecil daripada rumah manusia, lepastu boleh pulak letak kat tepi tangga, tepi rumah, kat mana2 lagilah yang dieorang suka, take namanya secara tak langsung menghina bangsa dan agama mereka. Selama ni kita tak pernah mencaci agama mereka, tetapi apabila cacing dah naik kemata, maka sekali-sekala kita jawap juga. Sebagai orang muslim takutlah kepada Allah, jangan takut pada manusia.
Apa pun komen2 yang dikemukakan disini, setelah ditimbang balik digolek dicanai hukum HUDUD patut telah lama dilaksanakan, bukan ketika setiap PRU. Sebenarnya hukum Allah bagi orang2 muslim tak payah nak ambil kira orang2 kafir atau orang yang seumpamanya. Apa yang nak ditakutkan bagi orang2 muslim sekiranya kita tidak melanggar hukum2 Allah. Hukum Allah sangat2 adil. Demi menjaga masyarakat kaum muslim, kita tak payah minta pandangan orang2 kafir kerana mereka tak layak bersuara. Sebenarnya mereka kaum naga, bagi raja2 Melayu jangan disamakan dengan naga, Orang Melayu Islam takkan guna binatang sebagai simbol kelahiran. Kita manusia mana sama dengan haiwan. Apabila kehidupan yang dijadikan oleh Allah nyata terang2 derhaka kepada Allah swt, sebab tu perangai pun apa kurangnya dengan haiwan. Kalau dah rumah tuhan lebih kecil daripada rumah manusia, lepastu boleh pulak letak kat tepi tangga, tepi rumah, kat mana2 lagilah yang dieorang suka, take namanya secara tak langsung menghina bangsa dan agama mereka. Selama ni kita tak pernah mencaci agama mereka, tetapi apabila cacing dah naik kemata, maka sekali-sekala kita jawap juga. Sebagai orang muslim takutlah kepada Allah, jangan takut pada manusia.
4:05 PM,
Betul, takutlah kepada Allah, jangan takut pada manusia.
Karpal Singh pun dah mati, masa hidup pun orang tak takut, lagi dah mati.
(Nak cakap "mampus" tapi takut Allah tak suka, tak takut manusia tak suka - dia dan DAP melampau kpd Melayu, Islam.
PROF DATUK DR ABD RAHIM,
Hendaknya awak memang betul2 punya Prof dan betul2 punya Dr.
Saya tidak bantah perlaksanaan Hudud. Cuma saya tak mahu Hudud Pas. Hudud Pas yang saya pernah terbaca dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan ..... semua hukuman yang dinyatakan dalam undang2 itu hanya melibatkan orang islam, orang islam tidak ada pilihan sedangkan orang bukan islam diberi kebebasan memilih mahkamah untuk membicarakan kes melibatkan mereka. Adakah ADIL jika terkena pada diri anda sendiri ? Adakah ALLAH adil kepada hamba2nya jika hamba yang menyembahnya dihukum manakala hambanya yang menyembah berhala atau tuhan lain dilepas begitu sahaja ? Saya redho dengan Hudud jika hukumannya adil kepada setiap pesalah sebagaimana yang ditentukan dalam undang2 civil.
Hukuman potong tangan guna ubat bius ? Lari dari matlamat Hudud atau apa undang2 sekali pun. Perlu kita sedar bahawa tujuan menghukum adalah untuk memberikan kesedaran dan pengajaran. Kalau menerima hukuman tanpa merasai sakit pedih, tak ada makna lah. Kalau macam tu ada baiknya orang yang nak menjalani hukuman sebat dengan rotan dibiuskan sebelum sebat, orang yang nak jalani hukum gantung juga dibiuskan sebelum digantung, orang yang kena hukum pancung dibiuskan sebelum pancung, orang yang nak kena hukum rejam dibiuskan sebelum rejam. Adakah anda bersetuju ?
Saya tak bersetuju dengan Timbalan MB Kelantan, nak potong tangan pesalah minta doktor potong. Doktor boleh ada tapi setakat standby untuk merawat selepas tangan dipotong oleh tukang potong tangan. Tangan pesalah pula hendaklah dipotong hidup2 walau pun yang kena potong itu meraung dan meronta sakit. Baru lah akan beri pengajaran kepada dia dan kepada orang yang menyaksikannya supaya tidak mencuri. Itulah matlamat Hudud yang betul, mencegah kemungkaran.
Kalau tak sampai hati atau ada perasaan kasihan kepada pesalah, maka tak payah lah bersusah payah memecah kepala atau bertegang urat nak laksana Hudud, praktik saja undang2 civil yang sedia ada. Anda bersetuju ?
Ana Muslim
Petunjuk Dari Allah
Semoga Pas buka mata dan nampak Yang Mana Satu Kawan Yang Pada Akhirnya Menjadi Lawan dan Yang Mana Pula Lawan Dan Pada Saat Genting Menjadi Kawan.
Hudud telah menzahirkan segala2nya.
Hubungan Pas dengan DAP, sangat akrab ibarat isi dan kuku. Sampaikan pemimpin besar Pas Nik Aziz sanggup mencemar diri datang ke rumah Karpal Singh untuk meraikan harijadi Karpal. Sedangkan Karpal tidak pernah buat semacam itu kepada Nik Aziz.
Kini sahabat karib Nik Aziz itu telah pergi meninggalkan Nik Aziz untuk kekal hidup bahagia didalam Neraka Jahanam.
Umno yang sejak sekian lama dilabel sebagai musuh oleh Pas, malah pernah di kafirkan oleh Hadi Awang dan Nik Aziz, pada saat Pas berseorangan berdepan tentangan kuat dari DAP dan PKR hanya kerana Pas nak laksanakan Hudud di Kelantan, Umno mengukuhkan jambatan dengan niat mahu membantu Pas supaya niat menghududkan Kelantan menjadi kenyataan. Itu lah hati budi Umno yang selama ini dilihat kafir oleh Pas.
Masih kawan lagikah DAP kepada Pas bila tak bersetuju dengan Hudud langsung menghalau Pas keluar daripada Pakatan Rakyat ? Masih sahabat lagikah PKR kepada Pas bila disaat DAP menghalau Pas keluar Pakatan Rakyat PKR pula bertindak seperti mencurah cuka ke dalam luka Pas.
Itu lah sebabnya sebelum daripada ini saya berani berhujah SEBUSUK2 UMNO KEPADA PAS, PADA AKHIRNYA HIDUP BERSAMA JUGA MEREKA BERDUA DI DALAM SYURGA JANNAH.
Ingatlah wahai Nik Aziz, wahai Hadi Awang bahawa Tuhan kamu Allah, Nabi kamu Muhamad, Kitab kamu Quran dan Tuhan Najib tuhan Muhyidin juga Allah, Nabi Najib nabi Muhyidin juga Muhamad, Kitab Najib kitab Muhyidin juga Quran.
Wahai Nik Aziz wahai Hadi Awang. Adakah Tuhan Karpal Singh tuhan Lim Kit Siang tuhan Lim Guan Eng juga Allah, Nabi Karpal Singh nabi Lim Kit Siang nabi Lim Guan Eng juga Muhamad, Kitab Karpal Singh kitab Lim Kit Siang kitab Lim Guan Eng juga Quran.
Jika kamu jawab YA maka ajaklah mereka bersama2 kita untuk meneggakkan hukum Allah, jika kamu jawab TIDAK maka tinggalkan mereka DAP dan PKR, dan bawalah semua pengikut kamu untuk menyambut Salam Persaudaraan Islam daripada pengikut Umno.
Wahai Nik Aziz dan Hadi Awang, Jadikan Lah Hudud Ini Sebagai Jambatan Penghubung Diantara Pas dengan Umno.
Wahai Nik Aziz dalam usia mu yang tidak berapa hari sahaja lagi akan hampir ke garisan penamat, Rebut Lah Peluang Keemasan Yang Dianugerah Allah Ini Untuk Menebus Dosa Mu Terhadap Bangsa Mu Yang Berpecah Teruk Gara2 Termakan Hasutan Mu. Cukup cukup lah wahai Nik Aziz, teramat besar dosa mu terhadap bangsa melayu, lakukan yang terbaik supaya orang melayu akan sebut nama mu sampai bila2 selepas kamu sudah mati ... yang mana satu kamu pilih :
1. Nik Aziz punca melayu pecah belah dan hancur
ATAU.....
2. Nik Aziz akhirnya berjaya menyatu padukan melayu melalui HUDUD.
Ana Muslim
Prof Ridhuan Tee dan Yang Lain2nya
Saya memang ada beli Deraf Kanun Jenayah Syariah 2 Negeri Kelantan 1993 dengan harga RM10.00 dalam satu ceramah Pas lamaaa duluuu. Tapi sayang entah dimana saya simpan, nak cari nak selongkar dalam setor saya terlalu sibuk. Tapi isi kandungannya lebih kurang saya ingat lagi.
Yang saya pertikaikan :
1. Yang kena hukum hanyalah pesalah islam walau pun pesalah bukan islam sama2 berpakat dan berkongsi hasil jenayah yang dilakukan.
2. Tuduhan berzina hanya diterima jika ada 4 saksi dan saksi itu pulak ada syaratnya untuk membolehkan keterangannya diterima. Saya tak tahu adakah dalam Hudud bukti forensik boleh diguna pakai, dalam undang2 sivil tanpa saksi pun sudah boleh jatuh hukum keatas perogol hanya berdasarkan bukti forensik DNA. Adakah Hudud boleh mensabitkan tuduhan zina dengan bukti DNA jika tak cukup 4 saksi ?
Mungkin JK Kajian Hudud yang ditubuhkan boleh fikir2kan dan timbang2kan. Bukan pelik, selepas Hudud dikuatkuasakan, tidak ada satu pun kes zina yang lekat untuk dibicarakan atas sebab tidak cukup bilangan saksi atau ada cukup bilangan saksi tapi ada saksi yang hilang kelayakan. Pada akhirnya Hudud gagal mencegah zina sama sekali.... zina will goes on as before, pembuangan bayi luar nikah juga will goes on as before.
Malah lebih menakutkan, bukan aneh jika bukan islam akan mengambil kesempatan menggoda gadis atau wanita islam sehingga terlanjur berzina. Jika tertangkap, kalau cukup 4 saksi yang berkelayakan, hukuman keatas gadis atau wanita islam boleh dijalankan, manakala pemuda atau lelaki bukan islam itu just walk off like that berlalu pergi sambil sendawa kekenyangan " Ooooouuukkkkkkk ". Dan kalau tak ada cukup saksi maka kedua2nya akan sendawa panjang kekenyangan serentak " Ooooooouuuuuuukkkkkkk .... "
Kita berkeras nak buat Hudud kerana kita yakin Hudud boleh mencegah kemungkaran. Tetapi kalau Hudud gagal kita akan ditertawakan oleh bukan islam yang selama ini menentang keras perlaksanaannya.
Kita masih banyak masa, tak perlu gopoh. Gembelingkan buah fikiran semua pihak, ulamak Umno ulamak Pas dan ulamak tak berparti termasuk ulamak luar negara, peguam sivil beragama islam peguam syarie termasuk peguam syarie luar negara. Kalau semua lubang dan lompang yang dijangka terjadi semasa penguatkuasaan telah ditutup rapat sehingga menampakkan Kesempurnaan dan Keberkesanan Hudud maka baru lah digerakkan majlis2 penerangan atau promosi Hudud kepada muslim dan non muslim rakyat negara ini. Selepas itu kalau non muslim nak terima atau tidak .... " go to hell with them "
Ana sekadar beri buah fikiran sebab ana tak bimbang sikit pun dengan Hudud sebab ana mencuri tidak merompak menyamun tak pernah, membunuh orang jauh sekali, nak pukul orang pun ana tak berani, nak berzina pun tak pernah terlintas dihati sebab bini ana cantik dari mula kenal sampailah ke hari ini walau pun sudah ada menantu cuma belum ada cucu sampaikan bila berdua2an diluar ada orang ingat ana bawa janda atau bini orang maklumlah cara duduk macam orang sedang bercinta, makan sepinggan bergilir sudu, minum segelas bergilir hirup, bersembang berbisik macam pakwe makwe.
Terima kasih Allah kerana menjadikan diri ini seorang manusia yang punyai sifat2 tidak merosakan sesama manusia.
Ana Muslim
Prof A.Rahim Mohamad, medical register 24137.
Betul ke "Prof A.Rahim Mohamad, medical register 24137" nih?
Awat Anonymous pulak yang kasi tahu, awat dia sendiri tak balas komen komen di atas?
Sebenarnya Hukum Hudud ni tak payah kita pening2. Sepatutnya gulungan ulamak bergabung dan adakan majlis fatwa. Hukum hudud tetap dilaksanakan mengikut perintah Allah swt. Cuma cara Sesuatu hukuman itu dilaksanakan boleh mengikut cara siasatan sedia ada mengikut keadaan masakini. Pada masa sekarang kemudahan untuk memutuskan kesalahan pelaku banyak cara boleh digunakan dengan teknologi moden. Cara siasatan forensic, DNA dan macam2 lagi mengikut teknologi masakini. Dan bagi orang Islam HUKUM HUDUD dilaksanakan dan bagi bukan orang Islam gunapakai hukum Civil, mana boleh setiap orang yang membuat kesalahan dilepaskan begitu saja. Barulah keadilan dapat dijalankan. Dan selama ni hukum hudud digembar-gemburkan dengan penerangan yang yang tidak betul. Ada yang tekankan mesti ada saksi empat mata. Disinilah sepatutnya ulama2 dikumpulkan untuk membuat fatwa yang boleh diguna pakai mengikut sisatan pada masakini. Sebagai orang awam dan bukan beragama Islam tak payah sebok2.
Serah saja pada para2 ulamak kami orang Islam menguruskannya.
Ini tidak yang tak tahu ni pandai2 saja menentang hukum Allah. Yang pelik dan lebih parah dah awak tu bukan orang Islam nak guna pakai nama Allah yang maha suci dan maha agung sedangkan diri sendiri pun tak sesuci orang Islam yang sentiasa bersuci akan diri sendiri dengan mandi dan berwuduk. Dan makanan juga dijaga kesuciannya. Begitu juga menjauhi dua jenis najis Mughalazah iaitu anjing dan babi. Ini adalah perentah Allah swt. Allah ialah zat yang ujud dengan sendirinya dan tidak dibekaskan oleh yang lain zat yang memiliki segala kesempurnaan. Tuhan yang mempunyai sifat ketuhanan yang berhak disembah dengan sebenar2nya iaitu Istinaq dan Istiqar. Itinaq terkaya Allah daripada yang lain dan Istiqar berkehendak kepada Allah oleh yang lain (sekelian makhluk) Dan petikan daripada Ayatulqursi. KEPUNYAAN ALLAH APAYANG ADA DILANGIT DAN DIBUMI DAN KURSI ALLAH MELIPUTI LANGI DAN BUMI. Kalau saya salah sesiapa yang sudi tolong betulkan. terima kasih
Pencuri idea orang atau penciplak harus dipotong tangan mengikut hudud....kah...kah..kah
Post a Comment