Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, April 21, 2014

Fenomena asatizah segera

10:40 AM Posted by RIDHUAN TEE 11 comments
(Sinar Harian 21.4.14)

Kebelakangan ini, malah sebelum ini lagi, sering kedengaran perkara yang pelik-pelik yang dibangkitkan oleh selebriti agamawan segera, yang naik mendadak, berikutan publisiti media, program realiti tv serta penampilan yang dibuat-buat atau ‘over’ bagi menarik perhatian.

Ada yang kerjanya mengkafirkan orang. Orang lain semua tidak betul, dia sahaja yang betul. Tidak kurang pula memberikan pendapat yang pelik tanpa melakukan penyelidikan atau rujukan lebih mendalam.

Lebih teruk lagi, ada yang membawa cerita Israeliat, cerita tidak masuk akal, semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai dan menjadikan mereka  menangis. Lebih menyeramkan ada yang buat-buat suara ‘gatal’ dan mendayu-dayu. 

Lebih dahsyat lagi, ada sudah berani ‘demand’  dengan meletakkan sekian harga untuk ceramah yang ‘biasa-biasa je’. Kami yang lama inipun tidak sebegitu berani. Pendek kata, macam-macam perkara dilakukan untuk menjadikan dirinya popular dan bergelar selebriti 

Terbaharu, ada kalangan mereka yang terlebih berani memberikan pandangan mengenai Bani Tamim, kononnya terdiri daripada kalangan orang Melayu atau merujuk kepada Tanah Melayu, hasil kombinasi huruf ‘ta’ dan ‘mim’. Saya begitu terkejut sekali. Ini belum lagi kontroversi menghalalkan darah Ikhwanul Muslimin, pimpinan Mohamed Morsi, dengan menyokong tindakan kejam zalim Abdel Fattah al-Sissi, di Mesir. 

Sebelum ini, ajaran kumpulan al-Arqam yang dipimpin oleh Ashaari juga mendakwa sedemikian sehingga melahirkan pengikut mereka menjadi begitu  fanatik, seperti ajaran syiah. Akibatnya, kerajaan telah mengharamkan ajaran ini.

Adakah mereka yang membangkitkan perkara ini adalah juga saki baki pengikut fanatik kumpulan Arqam. Wallahua’lam. Mohon Jabatan Agama dan JAKIM buat pemantauan. 

Kontroversi isu ini menjadikan saya berminat untuk membuat pembacaan mendalam mengenai Bani Tamim. Hasilnya, saya tidak berani untuk membuat kesimpulan atau menyokong mana-mana teori yang dikemukakan. Ini kerana, ia memerlukan kajian mendalam dan pengkhususan. 

Kita tidak boleh begitu obsess membuat kesimpulan simplistik. Apatah lagi untuk mengaitkan dengan huruf ‘ta’ dan ‘mim’. Justeru, nasihat saya kepada adik-adik asatizah ‘segera’ ini, jangan terlalu obses untuk menjadi selebriti, sabar. Latih diri dahulu dengan permainan politik lensa.  

Kurangkan bercakap jika ia bukan bidang kita. Ini bukan bermakna, mereka yang bukan bidang, tidak boleh bercakap tentang Islam. Boleh. Tetapi perkara-perkara yang melibatkan pengkhususan, perlu merujuk kepada pakar.

Tidak boleh memberi pendapat semborono. Akhirnya menjadi bahan ketawa dan menjatuhkan imej serta reputasinya sendiri. Kemudian, terhegeh-hegeh untuk membela diri. 

Saya bukanlah berlatar belakangnya agama seperti asatizah yang lain, apatah untuk menjadi pakar, kecuali dalam bidang saya. Lagipun, saya ini hanya mualaf sahaja. Namun, saya sentiasa sentiasa berhati-hati ketika mengeluarkan pandangan. 

Untuk lebih selamat, saya ingin cadangkan beberapa perkara. Pertama, buat penyelidikan dan pembacaan mendalam dahulu sesuatu fakta. Jangan hanya dengar sebelah pihak. Pandangan guru (sheikh) ini dan itu. 

Jika tidak tahu, bertanya kepada yang tahu dan pakar. Kita tidak boleh bercakap semua bidang. Paling selamat, jawablah, “saya tidak tahu, tanyalah kepada yang pakar”. 

Kedua, sambung mengaji ke peringkat yang lebih tinggi. Buat pengkhususan dalam bidang tersendiri. Menjadi pakar dalam pakar sepertil ilmu perubatan. Ini tidak, semua perkara mahu bercakap.  

Bagi yang tiada ijazah atau gagal mendapat ijazah, berpada-pada apabila bercakap atau menulis. Bukan apa, bila mendengar ceramah yang penuh dengan cerita tidak masuk akal atau cerita pelik-pelik, Nampak sangat orang sebegini tidak mengaji, kemudian mengaku mendapat ijazah dari al-Azhar.

Ketiga, kadangkala kita terlalu taksub dengan pandangan mereka yang mengaku dirinya keturunan Rasulullah SAW. Benar, tidak dinafikan keturunan nabi itu adalah mulia dan hebat. Kita sayang kepada keturunan Nabi.

Namun, ia tidak boleh terhenti sekadar keturunan. Keturunan Nabi mesti disertai dengan akhlak mulia dan jejak langkah Nabi. Saya masih teringat seorang keturunan Syed mengaku dia keturunan Nabi, sanggup mendera dan menceraikan isterinya mualaf Cina yang dikahwininya sekian lama, hanya kerana setelah mendapati dirinya keturunan Nabi dan mulia, maka dia tidak layak untuk berkahwin dengan mualaf Cina. Maka, diceraikanlah isteri tuanya dan dicari isteri baru bernama Sharifah.

Ingat, tidak semesti keturunan Rasulullah semuanya baik-baik dan bakal penghuni syurga. Naik muak juga apabila pendakwah dari seberang yang sedang aktif berdakwah di negara kita, maka dibesar-besarkan isu beliau adalah keturunan Nabi. 

Ramai keturunan syed dan sharifah yang saya kenali, perangai dan akhlak mereka tidak macam Nabi. King Jordan juga keturunan Nabi, tetapi menjadi tali barut Yahudi.

Imam As-Shafie pernah berpesan, yang berbunyi, apabila seseorang baru belajar tergesa-gesa ke hadapan (kerana mahu menjadi tokoh),  maka akan terluput daripadanya ilmu yang banyak.

Tidak ada masalah untuk beraksi di media, malah ia amat dituntut dalam perjalanan dakwah moden hari ini. Tetapi cerminlah diri dahulu, kemudian barulah beraksi. 


11 comments:

Anonymous said...

Setuju...sangat

Anonymous said...

Bersangka baiklah.
Anyway, kita pun keturunan nabi jugak, at least keturunan dr dua nabi iaitu Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s.

Anonymous said...

Bila lagi JAKIM nak bertindak terhadap penglipur lara agama ni?

Anonymous said...

"Lagipun, saya ini hanya mualaf sahaja". Saya secara peribadi tidak menganggap tuan seperti petikan diatas. Tuan bukan lagi seorang "mualaf" tetapi seorang "pendakwah" kepada kami orang Melayu yang memang mewarisi ugama Islam dari nenek moyang dulu. Lupakanlah perkataan mualaf" tersebut untuk selamanya! Kami banyak belajar dari saudara kami ini!

Anonymous said...

Dr ada syak dengan pendakwah dari seberang tu? Sy juga begitu..terlalu mengaku keturunan nabi, malah menegaskan dia keturunan nabi. Mcm ada agenda. Dan kerjanya asyik berselawat mega??

Unknown said...

salam Dr jangan lach ckp yang Dr adalah mualaf sahaja, banyak ilmu yang bermanfaat saya dapat dari dari DR walaupon ade sesetengah pendapat Dr saya tak berapa setuju..sangat setuju dgn pandangan Dr, Al-quran dan sunnah adalah rujukan kita..bukan dok main sembrono aje bawak certia karut. Allah permudahkan urusan Dr dunia akhirat.amin

Unknown said...

salam Dr jangan lach ckp yang Dr adalah mualaf sahaja, banyak ilmu yang bermanfaat saya dapat dari dari DR walaupon ade sesetengah pendapat Dr saya tak berapa setuju..sangat setuju dgn pandangan Dr, Al-quran dan sunnah adalah rujukan kita..bukan dok main sembrono aje bawak certia karut. Allah permudahkan urusan Dr dunia akhirat.amin

Anonymous said...

aik...berselawat mega pun nak dikapirkan jugak ke?
amboi...hebat betul orang ilmuwan ni kan

Anonymous said...

Mualaf ni dengki tengok kehebatan orang Melayu berselawat cara bermega. Tak dapat lawan bayaran yang mereka terima tu.

Dia saje yang boleh berlakon hebat kut.

Kan DNA dia masih Cinabeng kuat tersembunyi.

Anonymous said...

Tuan Prof Ridhuan Tee

Saya mohon tuan sudi menulis artikel berkenaan Hudud yang sedangkan dipanaskan (warmed up) oleh kepimpinan Pas Negeri Kelantan. Tak perlulah kita nak pecah kepala memikirkan soal 2/3 sokongan ahli dewan sebab memang tak akan dapat sokongan sebanyak itu (something very very impossible).

Cuma saya lihat dan saya bersetuju dengan Tun Mahathir dan ramai lagi yang kata Hudud yang Pas nak laksanakan di Kelantan itu bukannya Hudud Allah tetapi adalah Hudud Pas. Saya tidak menyesal untuk berkata Hudud yang Pas nak buat itu adalah satu bentuk undang2 yang tidak adil kepada penganut islam sendiri. Satu undang2 yang tidak melindungi pesalah islam tetapi melindungi pesalah bukan islam. Satu undang2 yang terdapat matlamat politik yang tersirat didalamnya.

Saya minta tuan dan lain2 pembaca serta peminat blog ini buka minda dan tanya soalan " ADIL Kah ? "

1. Kes 1 - seorang islam berpakat dengan seorang bukan islam untuk mencuri. Mereka berdua ditangkap dan dibicarakan. Yang islam dibicarakan dimahkamah jenayah Hudud. Yang bukan islam dibicarakan dimahkamah civil. Kedua2nya didapati bersalah. Yang islam kena potong tangan. Yang bukan islam kena penjara beberapa bulan sahaja. ADIL Kah ?

2. Kes 2 - sepasang kekasih telah ditangkap berzina dalam sebuah rumah dengan bersaksikan 4 saksi yang memenuhi syarat Hudud. Pasangan lelaki adalah seorang pemuda bukan islam, manakala pasangan wanita adalah seorang gadis islam. Mereka berdua memang cinta mencintai dan merancang bernikah setelah pemuda itu memeluk islam. Sigadis dibicarakan dimahkamah Hudud kerana dia seorang islam, didapati bersalah dan dihukum rejam sampai mati. Sedangkan sipemuda tidak boleh dituduh dimana2 mahkamah sivil sebab dia tidak melakukan apa2 kesalahan pun (berzina adalah perlakuan seks dengan kerelaan dan tidak menjadi satu kesalahan dibawah undang2 sivil). Nak tuduh si pemuda di mahkamah Hudud, tidak ada peruntukan dalam perundangan Hudud (no provision). Sudahnya sigadis mati kena rejam, sipemuda terlepas tak kena apa2. ADIL Kah ?

Macam mana kalau yang jadi mangsa direjam sampai mati itu adalah cucu Nik Aziz atau cucu Hadi Awang yang ditangkap berzina dengan seorang pemuda bukan islam yang dicintainya dan merancang untuk menjadi suami isteri yang sah pada satu hari nanti selepas pemuda itu mengucap dua kalimah syahadah. Adakah Nik Aziz atau Hadi Awang akan dapat menerima nasib yang dialami oleh cucu mereka sedangkan sipemuda itu terlepas begitu sahaja. ADIL kah ?

Hudud Allah adil kepada semua, siapa buat salah dia kena hukum, tanpa memilih dianya islam atau bukan islam. Sedangkan Hudud Pas, sangat tidak adil, malah ia adalah satu undang2 yang memberi perlindungan kepada perlakuan jenayah oleh orang bukan islam.

Mohon Tuan Prof buat sentuhan atas perkara ini.

Terima kasih.

Ana Muslim

eddeved said...

reading your blog...I come to a conclusion that you are the most sick ustaz ever. I think that you need to see a shrink...perasaan fobia kau dengan orang lain menyebabkan aku yakin mental kau ada masalah...kesian aku dengan kau nih.