(Sinar Harian 7 April 2014)
Artikel saya minggu lalu dijadikan sasaran untuk menghentam saya oleh ultra kiasu Melayu yang mendakwa memperjuangkan Islam, termasuk pemimpin PAS. Ingatan saya, nakal boleh, tapi jangan jadi jahat.
Baca betul-betul artikel saya, Tulisan saya jelas, Banyakkan berselawat ke atas Nabi, bukan puja Nabi. Tiba-tiba ultra kiasu mengulas, berselawat berlebihan boleh membawa pemujaan. Ayat mana saya mengatakan demikian? Saya pula dikaitkan dengan Kasim Ahmad, Wahabi dan Salafi. Nauzubillah. Saya tidak pernah terfikir wajah-wajah ini apabila menulis.
Jauh sekali dalam pemikiran ini untuk menidakkan sesuatu yang sememangnya disuruh oleh Allah SWT supaya berselawat dan mengucapkan salam ke atas Junjungan Mulia Muhammad SAW, malah berselawat beramai-ramai sama ada dalam sesebuah majlis amatlah disokong kerana ianya membuktikan perpaduan ummah Rasullah SAW dalam mendukung serta memperbesarkan syiar Islam.
Akan tetapi, melalui pandangan serba dhaif dari saya, alangkah indah, molek dan sempurnanya jika di samping berselawat ke atas Baginda SAW, ianya ditambah dan diselarikan bersama dengan Zikrullah yakni memperingati Allah SWT kerana pegangan akidah umat Islam pastinya akan mudah goyah dan makin terhakis sekiranya elemen Tauhid dan akidah dalam diri semakin pudar dan tidak ditekankan.
Insan perlu sentiasa dididik dan diingatkan supaya mengenal sifat-sifat Allah SWT, nama-namaNya yang terpuji dan teragung, dan juga perlu ditarbiyah supaya mengejar pahala kebaikan dan menjauhi dosa kemurkaan Allah SWT. Maka barulah sempurna dalam melahirkan umat Islam berkualiti yang berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah serta sumber-sumber hukum syarak yang disepakati.
Seikhlasnya, semoga Allah SWT mengampuni kekurangan dan menambah ganjaran, saya hanya mahukan masyarakat kita memahami akidah dan Tauhid membesarkan Allah SWT. Umpamanya dengan memahami sifat-sifat Allah dan kekuatan lebih 99 namaNya amatlah penting kerana itulah paksi utama yang membentuk peribadi seorang muslim sejati, kemudian perlu disempurnakan dengan pengamalan syariat yang disampaikan oleh utusanNya Nabi Muhammad SAW, dan seterusnya dihiaskan dengan akhlak-akhlak Islamiyah dan nilai-nilai Islam yang menjadikan insan bertaqwa.
Berkali-kali saya ulang, dengan berpegang kepada akidah ahli Sunnah wal Jama’ah, saya menyokong sepenuhnya penganjuran program Selawat Perdana tersebut dan sangat teruja melihat perpaduan ummah dalam memuji Junjungan Mulia dan menegakkan syiar Islam. Jika tidak, masakan saya dan rakan Pencetus Ummah yang lain, begitu bersemangat untuk hadir memeriahkan majlis tersebut, di samping mengejar ganjaran pahala berselawat dan memuji Baginda SAW. Saya juga tahu Allah dan Malaikat berselawat kepada Baginda SAW. Tak payahlah ahli parlimen PAS tersebut mahu mengajar saya.
Saya cuma sarankan beberapa penambaikan, bukan menolak Selawat Perdana tersebut. Perbanyakkan juga aktiviti membesarkan Allah, agar dapat menzahirkan keindahan dan keseimbangan sebenar dalam agama Islam. Hakikatnya, yang terpenting dalam kita berselawat dan mengambil Rasullah SAW sebagai Junjungan Mulia, kita haruslah menitikberatkan pengamalan sunnah Baginda SAW yang semakin lama semakin jauh dan pudar dalam kalangan umat akhir zaman, kerana pengamalan itulah sebenarnya perkara hakiki yang seharusnya dititiberatkan oleh golongan mukmin dan sebenar-benarnya yang diinginkan oleh Rasullah SAW.
Contohi sunnah-sunnah Rasullah SAW, hayati akhlak-akhlak mulia Baginda, ambillah iktibar daripada perjuangan serta pengorbanan mulia Baginda dalam membawa wahyu Allah SWT untuk disampaikan kepada sekalian alam. Maka itulah pelengkap bagi menjadikan diri sebagai umat yang disayangi dan hampir dengan Baginda kelak, InsyaAllah.
Bukan apa, memahami budaya dan cara hidup Melayu, ada segelintir yang taksub, sehingga tidak boleh ditegur. Ingatlah, Nabi SAW melarang kita memujinya berlebih-lebihan seperti yang dilakukan orang Kristian terhadap Nabi Isa. Ambil ingatan ini.
“Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan dalam memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah: Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah (Utusan Allah)” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Baca juga al-Quran yang bermaksud:
Katakanlah: "Aku hanyalah manusia biasa sepertimu yang diwahyukan kepadaku, sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Tuhan yang satu. Maka siapa yang ada mengharap perjumpaan Rabb-nya, maka hendaklah dia beramal dengan amal yang soleh dan janganlah mempersekutukan seorangpun mengabdi kepada Rabb-nya. (Surah 18, ayat 110)
Katakanlah: "Aku hanyalah manusia biasa sepertimu yang diwahyukan kepadaku, sesungguhnya Tuhanmu adalah Tuhan yang satu, maka berlaku luruslah kepada-Nya dan minta ampunlah kepada-Nya. Dan celakalah bagi orang-orang yang musyrik (Surah 41, ayat 6).
Walaupun Nabi melarang memuji dan memujanya tetapi Nabi menggalakkan umatnya berselawat atasnya sebagai tanda kasih umatnya pada Nabi SAW dan Allah SWT tetapi jangan sampai berlebih-lebihan sehingga melebihi kasih kepada Allah SWT. Dan dianggap bakhil barangsiapa yang berat mulutnya untuk berselawat ke atas Baginda SAW.
Saya harap penjelasan ini saya meleraikan kekusutan yang berlaku. Jika ada yang mahu mengambil kesempatan menuduh saya yang bukan-bukan seperti Wahabi dan Salafi, silakan. Saya bukan tergolong dalam kumpulan tersebut.
Apa yang penting, saya hanya memperkatakan perkara yang benar. Ingatlah wahai umat muslimin sekalian, saya pernah menganut agama Kristian sebelum ini. Bagaimana mereka begitu mengagung-agungkan Nabi Isa sehingga dianggap sebagai Tuhan. Sudah tentu kita tidak mahu sama seperti mereka.
15 comments:
sepanjang dari zaman Nabi sampai sekarang,bila ada melaungkan qasidah dan berselawat ke atas Baginda,tak pernah pun seorang umat Islam menganggap Nabi itu anak tuhan dan sebagainya seperti mana puak kristian anggap Isa itu anak tuhan.
jadi kat mana nya bila anjurkan majlis selawat dan berqasidah tu dianggap akan memuja Nabi?tunjukkan satu qasidah yang dikatakan memuja Nabi
artikel mula-mula seolah macam luahan rasa tak puas hati sebab tak seperti yang diharapkan untuk dijemput sekali.siap bandingkan artis astro dan yang lain.dan sekarang pula dikaitkan dengan ultra melayu dan Nabi untuk tutup persoalan yang utama.taktik nak alihkan perhatian utama dengan persoalan yang lain bila dah ada orang tegur.
kamu pun sama je,bila kena tegur melenting dan kaitkan dengan ultra melayu atau pas dan persoalan bangsa.tak salah tegur dan bukankah saling memberi peringatan itu sendiri ada dalam Al-Quran iaitu surah Al-Asr?
jadi tak payah la nak melenting sangat bila orang tegur balik sebab mungkin dia nampak suatu yang tak kena.bukannya pusing ke persoalan lain bila ditegur.
iblis dulu diangkat menjadi ketua malaikat sehinggakan ia sombong tak mahu sujud kepada Adam.lantas segala pangkat dan amalan ketua malaikatnya dulu tak berguna satu pun dan akan dimasukkan ke dalam neraka.sebab tu ada peringatan supaya kita sentiasa menegur ke arah kebaikan untuk mengelakkan sifat sombong macam iblis
Setuju dgn anon 7:21 AM 7/4/14, fikir positif, perbaiki diri dan muhasabah diri dr teguran dan kritikan org, even dr org yg kita tahu tak menyenangi kita sekali pun. Sering kita tak terlihat atau terlepas pandang kekurangan diri yg mungkin tampak pd mrk.
Fenomena yahanana skrg ini saya anggap sbg satu bentuk hiburan yg tiada salahnya dr segi Islam, bahkan pengisiannya; selawat, qasidah, zikrullah dan tazkirah adalah kebaikan, dpt pula menzahirkan kesatuan dan perpaduan umat.
Manusia itu pelbagai sifat kejiwaannya, seseghnya lembut spt Abu Bakr r.a., sesetghnya keras dan tegas spt Umar r.a., sesetghnya tekun berzikir dan bersendiri spt Abdullah bin Amru r.a., Abu Darda' r.a. dan Abu Dzar r.a., sesetghnya pula berjiwa seni spt Abdullah Bin Rawahah r.a., Ka'ab Bin Malik r.a. dan Hassan Bin Tsabit r.a. Apa yg diharamkam Allah swt dan RasulNya saw itu haram, apa yg diwajibkan Allah swt dan RasulNya saw itu wajib. Selain itu terpulang kpd kita, berdasar iman dan taqwa masing masing. Bahkan diungkapkan Rasullullah saw, bnyk perkara yg didiamkan Allah swt bukan kerana lupa, tp adalah rahmat bg kita semua. WaAllahu'alam !
Assalamualaikum Dr. Ridhuan Tee, saya tertarik dengan artikel tuan malah tak kurang hebat juga kritikan pengomen tak bernama tu. Pendapat saya perkara macam ni tak perlulah diperbesarkan kelak nanti makin kritikal jadinya. Bukankah elok kiranya ia di bincangkan secara berhemah.. Apapun kata Dr. hanya saranan penambahbaikan bukannya menghentam penganjurannya. Maaflah saya bukan hebat sangat. Wallahualam..
biasala perangai melayu:sensitif,taksud,baik x bertempat,pekauman..
Apabila sesuatu isu diambil kesempatan dipolitikan, saya saudara Ridhuan Tee patut menjawabnya. Kalau tidak disegi politik kesempatan yang diambil bagi menjatuhkan seseorang boleh menyebabkan kerosakan maruah yg lebih teruk lagi.
salam Dr
komen Dr berkenaan ulasan Siti Jarum dalam Mingguan Malaysia 6/4/2014?
tajuk: Selawat dipertikai, muzik liar diam
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140406/re_14/Selamat-datang-Kris-Dayanti
Alaaaaa .... usah dipedulikan sangat apa orang nak kata. Kalau terlalu sensitif sangat pun susah juga. Akirnya sendiri yang jadi kalang kalibut.
Relax la prof. Anda buat lah apa yang anda rasa baik untuk agama anda tanpa menyebelahi mana2 pihak politik.
Lebai Serabut
Asal Dr Ridhuan Tee buat ikhlas sudah, yang lain kita paserah pada Allah.
Tak akan dapat kita puaskan setiap insan, mesti ada yang bercanggah atau tak kena.
Moga Dr Tee diberi kesihatan dan barakah untuk terus berdakwah.
Amin
Iblis dulunya pun alim dan kerana kealiman dia diangkat menjadi ketua malaikat tapi disebabkan sifat sombong yang ada pada dirinya, dia ingkar perintah Allah agar sujud pada Nabi Adam, dia dilaknat oleh Allah hingga hari kiamat dan akan dicampakkan dalam api Neraka JAhannam buat selama2 nya.
Kerana itu Rasullulah s.a.w diutus oleh ALLAh untuk perbaiki akhlak umat manusia kerana yang menyebabkan seseorang masuk neraka atau syurga bergantung pada AKHLAK bukan amalannya.
Kita pun pernah dengar kisah wanita tua, ahli ibadah tapi jadi penghuni Neraka Jahannam kerana tidak bagi makan pada seekor kuching yang dikurung hinggakan kucing itu mati.
Seorang lagi ahli ibadah yang terkenal disebuah kampung kerana sifat jujur dan amanah tapi apabila orang alim ini meninggal , seorang pemuda yang ada tinggalkan harta dengan orang alim ini kerana merantau bermimpi berjumpa orang alim dilorong ke Neraka Jahannam. Apabila ditanya bagaimana seorang alim dan ahli ibadah sepertinya boleh berada disitu, orang alim itu mengatakan kerana dia tidak pernah ambil tahu tentang adiknya yang tinggal dikampung berdekatan yang hidup serba miskin dan susah.
Ini jadi pengajaran pada ustaz2 dan 'ulama2' PAS, jangan rasa bangga dengan ilmu dan ibadah yang kamu lakukan. Jangan pandang rendah pada orang lain kerana sifat ujub dan sombong ini bakal campak kamu dalam Neraka Jahannam.
Assalamualaikum Dr RIdhuan Tee...
kalau pemimpin2 PAS hentam Tuan dan letakkan Tuan sama dengan Kasim Ahmad dan oh jangan lupa OUTSYED the box juga anti-hadis, saya orang SIngapura nak tanya pemimpin2 PAS sejuah mana kah merka mempratikkan sunnah Nabi, yang saya maksudkan bukan dari segi ibadah tapi yang lebih penting lagi tentang AKHLAK yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w.??
AKHLAK SESAMA ISLAM sebelum akhlak sesama orang Kafir.
DALAM ISLAM, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
Pemimpin2 PAS bertanggung jawab atas tidak tanduk pengikut2 nya.
Berapa ramai mereka yang baca Quran tapi buta Quran.
En Abdul Hadi bin Awang
Saya ini ingin bertanya kepada encik Hadi. Kalau Umno menjadi kafir kerana kononnya Umno menolak perlaksanaan hukum Hudud seperti yang dihukumkan oleh para ulamak tersohor dan ulamak muktabar dalam Pas. Tidak kah PKR dan DAP juga jatuh kafir bila mereka secara terang mengatakan " TIDAK " kepada perlaksaan hukum Hudud.
Saya berpendapat kalau berpegang kepada hukum yang dibuat oleh para ulamak tersohor dan muktabar Pas, maka nampaknya hanya pengikut dan penyokong Pas sahaja lah yang berpeluang masuk syorga sedangkan kami-kami yang menjadi ahli atau penyokong UMNO, PKR dan DAP yang walau pun sembahyang tunggang terbalik serta berpuasa menahan lapar bagai nak putus tali perut tak ada peluang langsung nak mendekati syurga.
Siapa yang tak adil ? Adakah tuhan yang tidak berlaku adil kepada kami ATAU para ulamak muktabar Pas yang memegang anak kunci syurga yang tidak berlaku adil kepada kami. Wallahualam.
Mohon En Abdul Hadi bin Awang dan En Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menjawab di mana-mana saluran media untuk menghilangkan keresahan di hati kami.
Lebai Malang
"Berilmu dan kuat beramal tp berakhlak buruk", boleh jadi satu topik perbincangan. Bagus juga kalau diforumkan.
Sbg satu lontaran persoalan, berimankah org sebegitu.
AH Tee adalah syaitan yang dikenali! Cibai babi!
zaman nabi mana yg ada acara Qasidah dan selawat beramai ramai ni?
hadis nabi mana yg mengajak umat berkumpul, sarung serban, pukul gendang kita selawat ramai2 atas Baginda sbg memuliakan beliau? nyatakan sikit kitab mana buat mcm tu?
Betapa beruntungnya kami
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
Betapa beruntungnya kami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan
Makhluk mana yg duk berzikir atas Rasulullah kat timur dan barat? bila Allah suruh umat zikir atas Rasulullah? Apa beza selawat atas nabi? zikir atas nabi? Qasidah syair utk nabi? camana kita nak beza dan pahamkan?
siapa yg bg syafaat nabi ke Allah?
melayu kata bahasa menunjukkan bangsa. tapi kalau melayu takleh nak beza dan pahamkan bahasa sendiri. Itu ada yg tak kena.
Knp melayu islam pkr yg jelas tolak hudud tak dikafirkan oleh Ulama PAS.
Post a Comment