Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, March 31, 2014

Selawat Nabi, bukan puja Nabi

12:16 PM Posted by RIDHUAN TEE 20 comments
(Sinar Harian 31 Mac 2014)

Saya ucapkan tahniah atas inisiatif menganjurkan Selawat Perdana Putrajaya, Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul, dengan tema Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan, yang sedang menjelajah seluruh negara masa kini, yang dijayakan hampir seratus peratus oleh pendakwah seberang.

Saya tidak pasti sama ada ia telah menjadi ‘fenomena’ ataupun tidak, di kalangan anak muda, seperti rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis. Saya juga tidak mahu termasuk dalam golongan ‘membidaahkan’ program yang sebegitu baik ini, dalam mendidik hati-hati manusia.

Sejujurnya, program ini amat baik untuk sebagai ‘hiburan’ altenatif kepada masyarakat. Tetapi, agak stereotaip. Jika tidak diberikan penambahbaikan, sekali itulah sahaja. Ia sukar untuk menarik perhatian buat kali kedua, kerana semuanya sama, termasuk tazkirah yang disampaikan sebelum ini,    

Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian adalah;

Pertama, penonjolan kepada Rasulullah terlalu berlebihan sehingga menenggelamkan penonjolan kepada Allah SWT.

Pada hemat saya, perkara ini patut diperbaiki. Majlis ini sepatutnya membawa kita mengingati Allah, kemudian baharulah utusanNya, Rasulullah SAW, seperti mana temanya, Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul. Dalam kata lain, utamakan Allah dalam segala hal. 

Kita memang diminta dan dituntut berselawat ke atas Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW, barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Ini tidak termasuk mendapatkan syafaat Baginda di akhirat nanti.

Cuma, persoalannya, Selawat Perdana terlalu ‘over’ menonjolkan Rasulullah SAW. ‘Lagu-lagu’ Cinta Rasul yang disampaikan seperti Qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan, sehingga membawa kepada tahap ‘pemujaan’ terhadap Nabi.

Adakah Rasulullah mahukan kita memuja Baginda? Sudah tentu tidak. Nasib baiklah Baginda tidak meninggal gambar atau foto Baginda. Jika tidak, saya bimbang, kita akan menyembah Baginda seperti agama lain. 

Memang tidak dapat dinafikan, kita memang dituntut mencontohi Nabi dalam apa jua keadaan dan cara hidup Baginda, tetapi janganlah terlalu berlebih-lebihan sehinggakan mengidolkan Baginda. 

Kita perlu ingat, perkara yang utama dalam Islam adalah akidah. Sebab itu rukun Islam dan rukun iman disusun sedemikian rupa. Rukun iman misalnya, pertama Percaya kepada Allah, diikuti dengan mengimani yang lainnya termasuk kepada para Rasul. 

Begitu juga dengan rukun Islam, pertama mengucap dua kalimah syahadah, diikuti kedua adalah solat. Kalimah Syahadah adalah paling utama.

Solat bukan penanda seseorang itu telah beramal dengan Islam, jika akidah tidak betul. Misalnya, soal mentauhidkan Allah SWT, Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. 

Bersolatlah dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia. Sebab itu, akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain.  Kenalkan manusia kepada Allah SWT, sebelum kenalkan kepada PesuruhNya iaitu Baginda, Rasulullah SAW.

Kedua, nawaitu menganjurkan program ini hendaklah betul. Jika benar malam perpaduan atas nama Islam, lakukanlah, tanpa ada agenda politik tersirat dan tersurat. 

Saya difahamkan semua pemimpin pembangkang mahu hadir dalam Selawat Perdana Perdana. Tetapi PRK Kajang telah menguburkan segala-galanya. Kita lebih sibukkan PRK. Tak apalah, mungkin kita boleh buat kedua kalinya. 

Apapun, pengalaman yang dilalui pada malam tersebut, selaku ‘pendakwah-pendakwah Astro Oasis, Pencetus Ummah, Duniaku Dakwahku, begitu pahit sekali.

Jadual kami telah disusun oleh pihak Astro Oasis bermula jam 7.00 hingga jam 9.00 malam. Malangnya semua tidak menjadi. Seolah-olah ada tangan-tangan yang tidak mahu kami menonjol.

Pihak penganjur seolah-olah sengaja melambat-lambat jadual kami. Pentas, lampu dan sistem pembesar suara (sound system) tidak bersedia. Program kami hanya bermula selepas jam 8.00 malam, itupun dalam keadaan begitu kelam kabut.

Selepas azan Isyak, pihak kami tidak dibenarkan meneruskan program seperti yang dijadualkan. Kesihan pendakwah yang datang dari jauh tidak dapat memberikan persembahan. 

Pihak yang mendakwa dirinya penganjur mahu mengambilalih. Persoalannya, siapakah ‘penganjurnya’? Apa tujuan mengadakan program ini. Ikhlas kerana Allah atau apa?

Sejujurnya, apabila kami dijemput oleh oleh pihak Astro, dengan niat yang murni untuk menghimpunkan semua pemimpin umat Islam tanpa mengira fahaman politik. Kami menjadi begitu teruja dan bersemangat sekali. 

Atas nama Islam, kami menerima jemputan tersebut. Kami lakukan kerana Allah.

Tidak ada keinginan langsung mahu bersaing dengan stesen tv yang mahu berhijrah. Kami sudah ada ‘trade mark’ sendiri. Tidak perlulah terasa terancam dengan kehadiran kami di situ. 

Kepada stesen TV yang mahu berhijrah, buatlah kerja kerana Allah, bukan kerana yang lain. Hodoh sangat melihat stesen TV mahu menonjolkan diri, siapakah yang lebih Islamik, sedangkan pengisiannya hanya biasa sahaja. 


Apapun sekalung tahniah daripada saya kerana telah menjayakan majlis ini. Walaupun targetnya setengah juta tidak kesampaian, dapat limapuluh ribupun kira jadilah.  

20 comments:

Anonymous said...

Salawat Nabi tak salah. Yang salah ialah menggunakan acara tersebut bagi menunjukkan pemerintah macam zuhud. Pada masa yang lain, berjoget dan menari dihari raya dan lain kerja yang Islam tak suruhpun.

Ini mengaburi rakyat yang bodoh sombong seterusnya meneruskan kekuasaan mereka yang alim2 kucing.

Anonymous said...

"...Mk jgnlah kamu menganggap suci (tidak berdosa) dirimu, Dialah yg lebih Mengetahui siapa yg bertaqwa." An Najm 32.
"Org org yg beriman dan tidak mencampur adukkan iman mrk dgn kezaliman (syirik),mrk itulah org org yg mendpt keamanan dan mrk itulah org org yg mendpt petunjuk." Al An'aam 82.

Anonymous said...

Anon, hang ni sakit. Buruk sangka.Macam mana hang nak mengadap Tuhan dalam keadaan hati hang yang hitam legam ?

Anonymous said...

Terima kasih saudara Ridhuan.

Anonymous said...

Askm dr,
cinta kepada nabi secara automatik adalah cinta juga kepada ALLAH swt.Syahadah pertama tidak akan diterima tanpa syahadah ke dua. Sebab itu ianya dipanggil dua kalimah syahadah.

Anonymous said...

Askm dr,

Amalan membaca qasidah untuk memuji nabi saw telah diamalkan sejak ribuan tahun.Ianya bukan perkara baharu. Sekiranya ia akan hilang kembali dibawa angin zaman. Satu masa yang lain ia akan muncul kembali dengan izin daripadaNya. Allah swt yang menetukan segalannya.
Ketika ini ianya berkembang subur di tanah airku seperti puluhan dan ratusan lalu. Janganlah kiranya datang hujan panas yang akan merencatkan kesuburannya.

Anonymous said...

macam geng PAS la kan alim alim kucing tu.....

siap kata Nabi tu macam mamat-mamat kampung.....

sambut maulid Nabi bidaah masuk neraka.....

nuwar pun berjoget tapi takde plak orang tegor.siap dengan tanda hindu kat dahi lagi
sokong peliwat plak tu...ops....

mr ridhuan tee..Nabi ni ikutan terbaik dan contoh manusia paling mulia didunia ini.tak timbul pun memuja Nabi sebab setiap selawat dan qasidah inshaAllah dapat menambahkan mahabbah ke dalam hati.bila kita cinta kepada Nabi,sudah tentu kita ingin lebih mengenali Nabi dan mengikut Baginda kerana Baginda adalah ikutan sepanjang zaman.

bagaimana hendak cinta Allah?ialah dengan mencintai Nabi terlebih dahulu..
kalau tak cinta Nabi,jadilah seperti golongan khawarij yang tidak ada kasih sayang sesama makhluk dan umat Islam tetapi lebih percayakan orang kafir.ataupun menyembah Allah tetapi dalam masa yang sama terdapat patung latta dan uzza dan berhala lain seperti arab jahiliyah sebab tiada panduan.

penganjur pun mempunyai kelemahan dan setiap orang ada kelemahan.boleh jadi setup tersebut agak lewat dan telah mencuri sedikit masa.kenapa tidak meminta penjelasan selepas tamat sebaliknya seolah berbangga plak dengan label 'artis astro' dan membandingkan dengan stesyen tv.

tak perlu nak kejar siapa lebih glamour sangat kalau sesuatu tak terjadi seperti yang kita harapkan.boleh jadi ada hikmah disebaliknya sebab sekian lama kita diatas dan mungkin Allah mahu kita berada dibawah pula supaya tidak meninggi diri.

Anonymous said...

Salam Dr.Tahniah kerana berani menegur ( memperbetulkan ) program majlis cinta Rasul..!! Sebenarnya, saya sudah lama tertanya2 dan muskhil apa ada disebalik penganjuran program itu? Dari segi nak himpun muslim muslimat oklah,nampak semua islamik,cintakan Rasul,tapi apa yg saya rasa budaya ini kadang kadang menimbulkan curiga pula.Hadirin seolah olah khayal seperti dalam konsert ( orang muda ) bukan menjiwai cintakan Rasul.Lagi pula ianya datang dari tanah seberang yg was was tujuannya untuk pengaruhi pemimpin2 utama negara kita mengizinkan program ini.
Saya menonton melalui tv...bila di close up nampak body language Habib tu...semacam aje...matanya liar meleret,senyumannya bermakna,nampak senyuman puas kerana dpt tarik jumlah yg ramai,dengan PM sendiri kali ini.Saya rasa seperti ada yg tersirat.....entahlah! bukan saya anti selawat tapi ada rasa takut dgn budaya himpunan dlm jumlah ramai begitu.( bagaimana penganjur berjaya kumpul hadirin begitu ramai).
Pertama kali..selawat cinta Rasul...lps itu Selangor selawat,Kedah selawat,Terengganu slawat,Malaysia selawat......si Habib tu semakin...gah..?? macam puak syiah dgn upacara pemujaan pula jadinya....Dr. harap faham maksud saya.Pemimpin2 lslam kita memang kerap alpa agenda tersembunyi orang luar,bila dah terjadi baru nak kaji dah terlewat......??

peminat program pencetus ummah

Anonymous said...

Salam Dr.Tahniah kerana berani menegur ( memperbetulkan ) program majlis cinta Rasul..!! Sebenarnya, saya sudah lama tertanya2 dan muskhil apa ada disebalik penganjuran program itu? Dari segi nak himpun muslim muslimat oklah,nampak semua islamik,cintakan Rasul,tapi apa yg saya rasa budaya ini kadang kadang menimbulkan curiga pula.Hadirin seolah olah khayal seperti dalam konsert ( orang muda ) bukan menjiwai cintakan Rasul.Lagi pula ianya datang dari tanah seberang yg was was tujuannya untuk pengaruhi pemimpin2 utama negara kita mengizinkan program ini.
Saya menonton melalui tv...bila di close up nampak body language Habib tu...semacam aje...matanya liar meleret,senyumannya bermakna,nampak senyuman puas kerana dpt tarik jumlah yg ramai,dengan PM sendiri kali ini.Saya rasa seperti ada yg tersirat.....entahlah! bukan saya anti selawat tapi ada rasa takut dgn budaya himpunan dlm jumlah ramai begitu.( bagaimana penganjur berjaya kumpul hadirin begitu ramai).
Pertama kali..selawat cinta Rasul...lps itu Selangor selawat,Kedah selawat,Terengganu slawat,Malaysia selawat......si Habib tu semakin...gah..?? macam puak syiah dgn upacara pemujaan pula jadinya....Dr. harap faham maksud saya.Pemimpin2 lslam kita memang kerap alpa agenda tersembunyi orang luar,bila dah terjadi baru nak kaji dah terlewat......??

peminat program pencetus ummah

Anonymous said...

jaga2 dr,ramai kat malaysia dah jadi pentaksub sihabib ni..

Anonymous said...

Saya tak lihat progam itu dan belom sempat baca penuh rencana RT ini.

Ha nya nak kata sekarang: segala apa yang Shi'ah, atau mirip Shi'ah, ada lah haram di negara ini.

Shi'ah tidak memperakui Hadith - kata kata, tauladan dll dari Nabi Muhammad, ha nya setakat apa yang di perakui oleh Imam-Imam mereka hingga yang ke 12.

Dengan itu, saya jangka Shi'ah tidak memperagungkan Nabi Muhammad sejauh mana kita puak Sunni lakukan.

Anonymous said...

Cuba lihat kurang ajar ini Anwarul Al Juburi punya Malaysia Chronicle dan Pakatan Rakyat MPs -

NOW IN M'SIA, EVEN FAITH BY BRIBERY!: Special rights for Muslim converts ...

Malaysia Chronicle

KUALA LUMPUR - A former judge's proposal to extend Bumiputera privileges to Muslim converts would reduce Islam to a commodity, Pakatan Rakyat (PR) MPs said today when denouncing the call.

Kangjor punya manusia tak mahu terima bahawa mereka yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamali cara hidup Melayu seharian ada lah Melayu mengikut definasi Melayu di dalam Perlembagaan negara.

Anonymous said...

ntah la pada saya smua yang cuba buat walau berbentuk islamik akan dikutuk dengan alasan apa ada pd niat depa,,pd sy xyh dok ty niat depa la,,,,janji benda itu tidk mendatang maksiat udahla...kita diajar utk bersangka baik...dok rasa itu rasa ini simpan aje dan berserah...

Anonymous said...

Yang Habib no.2, Habib Zainal Abidin tu dah dapat slot tv Alhijrah, prgram 'Muhamad ku' ..pengisian biasa biasa saja.ustaz2 kita pun mampu buat lebih baik.tak semestinya orang dari seberang itu lbh pakar dan dalam ilmunya.Buat renungan pihak pihak yg ada kuasa ingat jangan ALPA, orang luar sedang memerhati ruang dan peluang yg ada,untuk samada mencari ,rezeki, pengaruh ,kedudukan dan hatta kpd agenda yg 'tersembunyi ' diatas kebaikan dan kelemahan mana mana pemimpin negara atau pihak yg ada kuasa.Saya masih ingat seorang pendatang Bangla kata, Malaysia Bolih! disalah erti maksudnya....serba bolih buat apa saja,semua dibenarkan.

Anonymous said...

Ada agenda jahat untuk memburuk2kan Habib Zainal kerana Habib Zainal mampu untuk menyatukan umat Islam seperti yang dituntut oleh Allah dan Rasulnya. Apa yang disampaikan adalah dari Quran dan Hadis, tidak ada kepentingan politik sedikit pun tidak seperti ustaz2 Malaysia yang sebahgian mereka ada kepentingan politik. Ceramah yang disampaikan tidak mendekatkan diri dengan maksud untuk menanam perasaan benci sesama umat ISlam sedangkan Allah dan Rasulnya melarang kita dari benci membenci sesama ISlam. Malah penyampaian ceramah dengan memperli orang2 tertentu dan merendah2 kan mereka jadi perkara biasa dalam ceramah2 mereka.
Akhir zaman ini hanya tinggal segelintir saja ilmuan Islam atau ulama2 yang menyampaikan mesej yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w. dan Habib Zainal adalah salah seorang dari mereka. Ceramah Habib Zainal mampu menginsafkan kita dan mendekatkan kita dengan Allah. Mana2 majlis ilmu yang yang tidak dapat meningkatkan iman dan ketaqwaan pada Allah sebaliknya hanya menambah benci sesama ISlam adalah sia2 malah takut kita turu berdosa duduk bersama mereka yang suka mencerca sesama ISlam.
Zuhud tidak terletak pada pakaian atau luaran seeorang tapi ZUHUD TERLETAK DALAM HATI dan hanya ALLAH saja yang dapat lihat hati
manusia.
Berapa ramai ustaz2 atau 'ulama2' yang memandang rendah pada orang lain malah pada ulama2 lain pun kerana menganggap mereka lebih alim, lebih Islam dari orang lain. Ulama sebenar tidak akan mencerca ulama lain.

Pecinta Islam.


Anonymous said...

Pada Anon 7.27 :
Semua orang ISlam adalah bersaudara.
Apa salah nya kalau Habib Zainal dapat slot diTV. Habib Zainal hanya menjalankan kewajiban sebagai seorang yang diberi ilmu oleh Allah untuk berdakwah dan sampaikan mesej yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w. Bukan kah itu tuntutan ISlam...untuk berdakwah. Umat ISlam sangat memerlukan ustaz atau ulama seperti Habib Zainal kerana diakhir zaman ini ramai 'ustaz2' atau'ulama2' palsu atau ulama2 politik yang sedikit pun tidak membantu untuk meningkatkan iman dan ketakwaan kita pada Allah.
Anon ini patut bersyukur masih ada ulama 2 seperti Habib Zainal dan Sheikh Afifudeen yang dengan penyampaian ilmu mereka dapat memantapkan lagi iman kita.

Jai said...

Alhamdulillah. saya menyokong apa yang dikatakan.. masih banyak yang perlu diperbaiki..

Anonymous said...


Salamun alaika ya dr riduan

Alhamdulillah ...selawat itu cubalah kita perhatikan ...cuba lihat pada kalimah Allahumma ..bukankah dimulaikan dengan kalimah Jalalah ..

Kalimah Jalalah itu ada 2 yakni kalimah Allah dan kalimah Allah yang dimasuki mim yakni Allahuma ..tentulah Allahu Taala di dahulukan di agungkanNya ...halusi lagi akan makna Allahumma ini

..yakni kalimah ini bermakna Ya Rabbi ...maka kalimah ini memenuhi tuntutan Uluhiyyah lagi Rububiyah ...

Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad , wa 'ala alihi wa sohbihi Muhammad ...

w.a.b.s

Unknown said...

cc Dr. Ustaz Ridhuan Tee Abdullah http://pondokhabib.wordpress.com/2014/03/21/apakah-maksud-hadith-jangan-berlebih-lebihan-melampau-lampau-memuji-rasulullah/

Anonymous said...

Saya suka ustaz yabg berpaksi kepada ilmu dan mempraktikalkan ilmu untuk zaman semasa mcm ustaz zahruddin dan uztaz2 yg kurang masuk tv.ramai sebenarnya. Habib Zainal cuma penyampai..bila dia diajukan soalan baharu dia mcm tergagap nak jawab dan jawaban dia tak berapa memuaskan hati. Pengisian dia tetap sama, sama ada di tv3 atau alhijrah..ayat sama.
UAI pula kaedah jawab soalan tak lebih daripada itu, orang tanya dia jawab. Prof Muhaya memang minta maaf, asyik2 analisis hati orang lain mcm pro sedangkan kita tahu hati kita hanya Allah yang tahu.
Cuba baca blog fuad latip...saya lebih suka cara untuk mengenal tuhan..sederhana.