(Sinar Harian 17 Mac 2014)
Menggunakan
bomoh dan sihir mencari MH 370 telah menjadi bahan ketawa dunia. Rakyat
Malaysia di luar negara, termasuk anak-anak saya yang berada di Iskandariah,
Mesir, amat malu dengan kejadian ini.
Kita
sering mendakwa, kita adalah negara Islam contoh. Hari ini, kita sedang ditertawakan kerana percaya kepada
perkara-perkara khurafat, tahyol dan tidak masuk akal.
Persoalannya
siapakah yang memanggil bomoh tersebut? Apakah orang tersebut pernah
menggunakan khidmat bomoh? Apakah tujuan khidmat bomoh itu digunakan? Jika
benarlah ‘kesaktian’ bomoh tersebut, buatlah di tempat tertutup, bukanlah tempat
terbuka sebegitu, hingga menjadi perhatian dunia, dengan alat lucu seperti
teropong buluh, tikar, kelapa, labu sayung dan lain-lain
Kejadian
ini mengingatkan saya kenapa ajaran sesat berleluasa? Walaupun tidak masuk
akal, tetapi ramai yang mempercayainya, terutama kalangan orang Melayu.
Bayangkan
bagaimana kita boleh mempercayai ada orang mengakui diri dia tuhan, Imam Mahdi,
Rasul dan sebagainya. Pengikut ayah Pin mempercayai ayah Pin boleh hidup di alam
langit. Begitu juga pengikut Harun yang percaya Harun boleh menjadi tuhan. Ini
tidak termasuk orang Jawa yang mengakui Imam Mahdi.
Jika
ditanya orang kafir sekalipun, walaupun mereka sudah syirik, mereka tidak akan
mempercayai perkara tersebut. Dalam isu kehilangan MH 370, paling kurang, mereka
tampil bermeditasi dan berdoa mengikut cara masing-masing. Penampilan mereka
tidak pelik.
Sebagai
umat Islam, segala tindak-tanduk kita mestilah berteraskan kepada al-Quran dan
Sunnah. Apa jua perbuatan yang bercanggah, hendaklah ditolak kerana boleh
menjejaskan akidah.
Ini termasuk
menggunakan khidmat bomoh, dukun, pawang, penilik nasib atau sesiapa jua yang
mendakwa mengetahui ilmu-ilmu ghaib. Maksud saya, pengetahuan yang tidak dapat
diperolehi melalui deria manusia, seperti khabar yang akan datang, isi hati
manusia dan peristiwa yang tersembunyi.
Ilmu-imu ini hanya
dimiliki oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud, "Dan janganlah engkau (wahai
Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak
mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat
kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat
itu jadilah engkau daripada kalangan orang yang berlaku zalim (terhadap diri
sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus: 106)
Ayat
ini jelas mengharamkan kita meminta pertolongan selain daripada Allah SWT. Kita
dituntut memohon pertolongan dan berdoa secara langsung ke hadrat Allah yang
Maha Esa dan Maha Berkuasa ke atas segalanya.
Selain
itu, Islam juga melarang umatnya daripada menggunakan sihir kerana Rasulullah
SAW bersabda, "Jauhilah 7 perkara yang merosakkan. Golongan sahabat
bertanya, "Apakah 7 perkara itu? Jawab Baginda, " Mensyirikkan Allah,
melakukan sihir, membunuh orang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak
yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan zina".
(Hadis riwayat Bukhari)
Perlu
diingat, umat Islam perlu berhati-hati menggunakan khidmat bomoh supaya tidak
terjebak dalam amalan syirik yang akan menjejaskan akidah. Setiap daripada kita
diwajibkan berusaha dan berikhtiar serta seterusnya bertawakal kepadaNya kerana
Allah saja yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.
Saya
amat bersyukur ramai kalangan kita yang melakukan solat hajat dan berdoa kepada
Allah SWT, mohon petunjuk. Jika di darat tunjukkanlah, jika di laut,
timbulkanlah, jika di udara, turunkanlah. Inilah yang sepatutnya dilakukan.
Serahkan semua kepada Yang Maha Esa dan Maha Kuasa.
Kenapa
kita melakukan tindakan yang pelik-pelik, lebih teruk daripada orang bukan
Islam. Kita menuduh mereka syirik, tetapi kita lebih syirik daripada mereka.
Kepada
orang bukan Islam, ingin saya jelaskan di sini bahawa perbuatan berbomoh
seperti yang dilakukan ini bukan sumber daripada ajaran Islam, meskipun ada
yang mendakwa ia akan mengikut kaedah Islam. Pandanglah agama Islam daripada
sumber agama Islam itu sendiri, bukan daripada perbuatan orang Islam.
Jika
perbuatan umat Islam itu tidak mencerminkan hakikat Islam yang sebenar, maka ia
bukanlah daripada sumber agama Islam.
Ketika
saya memeluk Islampun dahulu, saya mengkaji Islam dan mendalami Islam. Jika
ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH 370 sebegini,
sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam.
Kebimbangan
saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang akan dapat memberi petunjuk dan
menjumpai MH 370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai
kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Justeru,
apa jua yang berlaku dalam pencarian MH 370, kita beriktiar, selebihnya kita
serahkan kepada Allah SWT, yang lebih mengetahui hikmah semua kejadian ini.
Ingat
kata-kata ini, kadang kala Allah hantar orang baik kepada kita, sebab kita
tidak cukup baik. Kadang kala Allah tarik balik mereka semua, Allah mahu
menguji kita sama ada kita jadi baik kerana Allah atau kerana manusia.
17 comments:
Assalam Prof
Ada typo error iaitu dalam perenggan -
'Saya amat bersyukur ramai kalangan kita yang melakukan solat jahat dan berdoa kepada Allah SWT, mohon petunjuk.' - Prof.salah type hajat kepada jahat..
Harap maklum..
sangat cemburu dengan perubatan islam yg sngt hebat
Bomoh bingai..riak.takbur..dh sesat dlm terang.kami tgu d rembau..
KITA SEDANG DITERTAWAKAN
Benar memang benar. Faktanya :
1. Mesti ada pihak yang panggil bomoh untuk mencari MH370. Siapa pihak itu atau siapa VIP itu ? Logiknya kalau tanpa menyebut nama VIP yang menjemput bomoh itu mana mungkin bomoh itu boleh melakukan ritual sebegitu rupa dalam kawasan yang bersekuriti tinggi seperti KLIA. Saya percaya tak sempat dia nak keluarkan teropong, bubu buluh, tikar terbang, buah labu dan lain2 peralatan perbomohan dia dah dihalau oleh polis atau pihak airport security.
Tindakan JAIS nak dakwa bomoh Pak Brahim sangat kita alukan kerana siasatan akan mendedahkan siapa VIP yang panggil Pak Brahim datang ke KLIA. Harap JAIS jangan gempaq saja, buat lah kalau memang dia melanggar undang2.
2. Skop pencarian kita semakin meluas - hampir setengah muka bumi perlu diterokai untuk mencari MH370. Kita harap US ikhlas bila menyampaikan maklumat rekod laluan penerbangan MH370. Yang kita takut cari punya cari, tahu tahu MH370 ditemui sedang pakir disebuah pendaratan yang tak mudah didekati di lautan hindi. Siapa tahu, macam macam boleh terjadi.
Mudah-mudahan MH370 dapat ditemui, tak kira lah dalam apa keadaan sekali pun. Hendaknya MH370 ditemui bersama-sama dengan kotak hitamnya supaya kita tahu apa yang berlaku. Hendaknya janganlah ada pihak-pihak yang berminat hendak ambil kotak hitam itu untuk dijadikan sebagai soveiner kerana sesungguhnya kotak hitam itu sangat bernilai kepada pihak pemerintah Malaysia.
Rakyat Perihatin
KITA SEDANG DITERTAWAKAN
Benar memang benar. Faktanya :
1. Mesti ada pihak yang panggil bomoh untuk mencari MH370. Siapa pihak itu atau siapa VIP itu ? Logiknya kalau tanpa menyebut nama VIP yang menjemput bomoh itu mana mungkin bomoh itu boleh melakukan ritual sebegitu rupa dalam kawasan yang bersekuriti tinggi seperti KLIA. Saya percaya tak sempat dia nak keluarkan teropong, bubu buluh, tikar terbang, buah labu dan lain2 peralatan perbomohan dia dah dihalau oleh polis atau pihak airport security.
Tindakan JAIS nak dakwa bomoh Pak Brahim sangat kita alukan kerana siasatan akan mendedahkan siapa VIP yang panggil Pak Brahim datang ke KLIA. Harap JAIS jangan gempaq saja, buat lah kalau memang dia melanggar undang2.
2. Skop pencarian kita semakin meluas - hampir setengah muka bumi perlu diterokai untuk mencari MH370. Kita harap US ikhlas bila menyampaikan maklumat rekod laluan penerbangan MH370. Yang kita takut cari punya cari, tahu tahu MH370 ditemui sedang pakir disebuah pendaratan yang tak mudah didekati di lautan hindi. Siapa tahu, macam macam boleh terjadi.
Mudah-mudahan MH370 dapat ditemui, tak kira lah dalam apa keadaan sekali pun. Hendaknya MH370 ditemui bersama-sama dengan kotak hitamnya supaya kita tahu apa yang berlaku. Hendaknya janganlah ada pihak-pihak yang berminat hendak ambil kotak hitam itu untuk dijadikan sebagai soveiner kerana sesungguhnya kotak hitam itu sangat bernilai kepada pihak pemerintah Malaysia.
Rakyat Perihatin
Islam agama Kebenaran, tp tindak tanduk sesetgh yg mengaku Islam menyebabkan bukan Islam menjauhi Islam dan terhalang dr asbab utk mendpt hidayah. Mmg beruntunglah yg terpilih utk melihat, mengetahui dan mendalami Kebenaran seterusnya menganut agama Kebenaran ini walau pun dikaburi kabus khurafat, tahyul, kefasikan dan kesyirikkan umat yg mengaku penganut agama Kebenaran ini. Tentu ada kebaikan pd diri seseorg yg dinilai Tuhan utk seseorg menerima HidayahNya.
Mohon diperbetulkan ayat sembahyang jahat kepada sembahyang hajat
AllahyarhamP.Ramlee kalau dia masih hidup,pasti gelak sbb ada jugak org bodoh buat mcm dia buat,tapi dia tak bodoh,dia buat hanya dalam filem aje...utk suka2 dan pengajaran
.....ni nak cari kapalterbang,jauh betul wawasan P.Ramlee....kita ingat dlm filem aje..rupa2 ada yg buat betul....
MasyaAllah, memang betul banyak amalan khurafat dlm masyarakat Islam.
Cuba tanya bomoh tersebut, ada ke sampai ke hari ini dia dah dapat tau lokasi pesawat hilang atau tidak? ada ke tidak pesawat di jumpa semula hingga ke hari artikel Ustat Tee di tulis?
2:43 PM, March 17,
Minat nak tahu apa dia "tindak tanduk sesetgh yg mengaku Islam menyebabkan bukan Islam menjauhi Islam" itu. Kalau boleh, tolong huraikan. Dan berikan 1-2 contoh.
Saya kurang faham bahasa Arab dan tdak mendalam pengtahuan Islam. Kalau boleh, tolong juga huraikan apa dia yang "dikaburi kabus khurafat, tahyul, kefasikan dan kesyirikkan umat yg mengaku penganut agama Kebenaran ini", serta contoh contohnya.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum Ustaz
Anonymous said...
Bro... adakah kemungkinan MH370 ini akibat dr dendam US kepada Tun M dan Malaysia yang berjaya mendapat projek minyak di Sudan?
Apakah ada kaitan dgn perjanjian minyak Petronas dan Shell di Sabah dan Sarawak?
Apakah Malaysia akan kehilangan Kepulauan Spratly dan Pulau Perak?
Apakah Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia?
Maklumat diterim begini:Tahniah petronas..dpt 30% blok minyak disabah..70% amerika..so clue disini 3 for Malaysia. 7 for amerika..penamat MH370...rundingan tamat. Besok for serawak minyak pulak. Republic of china melopong disitu. Nampak tak game disitu. Nnt hujung2 Najib disalahkan...
Assalamualaikum Dr, saya nak menangis bila Dr tulis tajuk ini, Tolong Dr cari jalan bagaimana hendak menghapuskan semua ini...tolonglah dr, kami tak mo dah benda2 khurafat ni......kecian pada yang minat pada islam tapi tak jadi disebabkan hal khurafat ini...tolong dr tolong..........
Andai andaian dianggap ajaran agama, termasuk perbomohan yg dikatakan perbomohan Islam yg tiada nasnya dlm Al Quran atau Hadis yg sahih.
Yg berilmu pula, kerana egonya, bila melakukan kesilapan tidak memperbetulkannya dan membiarkan pengikutnya mengikuti dan berpegang dgn ajaran silapnya, amanat HH 81 adalah antara contohnya. Kaedah kaedah hukum yg digariskan oleh ulama' ulama' ASWAJA diketepikan begitu sahaja, kononnya hanya berpegang dgn Al Quran dan Hadis sahih sahaja. Penafsiran sendiri berleluasa, tafsiran tafsiran ulama' diketepikan kononnya itu takwilan ulama' semata dan mrk adalah golongan yg menjauhi takwilan.
Mudah mudahan kita diberi petunjuk hidayah utk mengikuti jalan Islam yg sebenar. Mulakan langkah dgn memakmurkan masjid masjid Allah swt kerana yg memakmurkan masjid dijanjikan Allah swt "... mudah mudah mrk menjadi org org yg mendpt petunjuk." 9:18.
Bomoh tersebut dan kumpulannya 3-4 orang memakai baju kot, siap dengan tali leher, ada yang mengatakan dia orang berkemampuan kewangan. Takda pulak diberitakan apa kerja dia, apakah dia "bomoh professional", ramai orang politik yang pergi ke bomoh di sa'at sa'at genting nak menelek dan minta do'akan masa depan depa. Saya tahu 1-2, termasuk yang berjawatan tinggi menjumpai bomoh di masa lalu.
Kalau bomoh itu "professional bomoh" yang di gunakan orang besar politik, dapat banyak lah wang, boleh pakai kot dan berkereta besar. Maka pengaruhnya kapada yang lain mahu senang hidup dengan bawak dua biji - kelapa ke apa - teropong buluh dsbnya boleh dapat hidup senang. Maka bertambahlah ajaran sesat, syirik dll.
Tapi, to be fair, bukan Melayu/ Muslim saja yang serupa itu. Cina ada fung shui depa, beribu ringgit di bayar untuk menentukan sama ada ruang pejabat yang mahu di sewa nya, cara mengatur kerusi meja nya akan menjadikan dia millionaire.
Yang pakai fung shui, itu depa punya pasal. Tapi yang pakai bomoh, JAKIM, JAIS dan berbagai JAI bagi negeri negeri di negara ini mesti ambil tindakan bagi mencorotkan depa itu sebab pengaruh tak baiknya kapada agama Islam yang di sebut di Perlembagaan sebagai agama negara ini.
Gejala bomoh bukan budaya, itu angkara.
Semua pihak berusaha dengan kepakaran dan kemampuan yang mereka ada. Tak apa lah. Kita jangan terlalu negatif. Bomoh itu pun nak tolong kalau2 usaha dia berjaya. Jangan mentertawa atau mempersendakan usaha orang lain. Apa usaha anda dalam isu kehilangan MH370 ini ?
10:33 AM,
"Apa usaha anda dalam isu kehilangan MH370 ini ?"
Medo'a, beb. Kapada Allah SWT.
Tak pakai dua biji kelapa ke apa.
Saya tahu bomoh itu tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar. Akan tetapi, persoalan saya adakah tingkahlaku dan percakapan saudara menampilkan agama Islam yang sebenar? Tulisan saudara sentiasa memecah belahkan antara umat Islam dan umat Islam.
Dalam tulisan sebegini pun, saudara masih menggunakan "kafir" untuk merujuk kepada bukan Islam. Saudara tidak pernah menjaga perasaan orang bukan Islam. Sila rujuk tulisan saudara seperti di bawah:
"Jika ditanya orang kafir sekalipun, walaupun mereka sudah syirik, mereka tidak akan mempercayai perkara tersebut"
Post a Comment