Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, March 03, 2014

Belajar bersikap terbuka

7:23 AM Posted by RIDHUAN TEE 23 comments


(Sinar Harian 3 Mac 2014)

Tulisan saya dalam Sinar Harian 24.2.14, bertajuk “Apa sudah jadi dengan Melayu” mendapat perhatian daripada berbagai pihak termasuk seorang wartawan veteran yang saya hormati. Kenyataan saya jelas, tidak salah masuk gereja, kerana saya sendiri ada pergi ke sana (tokong) selepas memeluk Islam atas tujuan dakwah.

Ironinya, isu utama yang ingin saya sampaikan, iaitu paderi yang berceramah di gereja yang menanam kebencian antara kaum tidak pula dibahaskan. Isu gereja dan babi yang disensasikan. Tak pe lah.

Jika orang lain bebas memberi pandangan, apakah saya tidak boleh? Belajar bersikap terbuka. Saya tidak takut meskipun saya masih berada dalam sistem. Kenapa kita hanya berani selepas keluar daripada sistem? Kenapa dahulu ketika berada dalam sistem, kita tidak berani mengkritik kerajaan, malah menjadi pembodek tegar? Adakah ini yang Perdana Menteri mahu?

Ketika dalam kerajaan, menikus. Bila keluar daripada sistem, seolah-olah menjadi jeneral yang berani. Ini bukan budaya Melayu yang saya fahami,  kerjanya tidak lain hanya tahu membodek, yes boss.

Saya sendiri, telah dikenakan bermacam-macam tindakan disebabkan kelantangan ini, adakah itu bermakna saya perlu berhenti bersuara? Tidak sama sekali. Amar makruf nahi mungkar, adalah kewajipan yang mesti ditunaikan. Berkata benar walaupun di hadapan pemerintah yang zalim.

Saya hanya pertikaikan kenapa dahulu orang Melayu jarang melakukan perkara pelik-pelik? Kenapa hari ini begitu berleluasa? Saya tidak hanya tujukan kepada seseorang. Kenyataan saya bersifat umum. Termasuk mereka yang pergi ke Batu Caves. Ada  yang melabelkan saya sebagai pencacai UMNO. Malangnya, saya bukannya ahli UMNO. Saya tidak dapat apa-apa dari UMNO. Apapun label yang diberikan, ada aku kisah!

Persoalan masuk ke gereja (kuil/tokong), belajar di sana, dan apa jua tujuan masuk ke rumah penyembahan ini, tidak menjadi masalah, selagi kita pandai membawa diri. Namun, ia perlu dilakukan secara berhati-hati. Tidak moleklah masuk tanpa tujuan. Apatah lagi pergi berkempen ketika pilihan raya. Nampak sangat kita terlalu terdesak.

Realiti politik perkauman di Malaysia, kita ada wakil-wakil kaum, untuk setiap bangsa dan agama. Bukankah lebih bersopan jika wakil-wakil ini memasuki kawasan tersebut. Biarkan mereka berkempen di sana. Kenapa kita perlu pergi dan menari-nari pula? Bukan apa, takut jadi fitnah.

Jika ada pilihan, sudah tentu saya cuba mengelak untuk ke rumah penyembahan bukan Islam atau pergi suka-suka. Saya tidak mahu bersuhabat. 

Namun, jika tidak ada pilihan, tidak mengapalah. Tetapi jangan ‘over’ sehingga lebih garpu dari sudu. Jangan sampai hilang maruah diri dan jati diri.

Sama juga isu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Dewasa ini ke mana pun saya pergi, jarang sekali melihat atau membaca signage atau nama taman perumahan atau kompleks membeli-belah mempunyai nama-nama kebangsaan. Rata-rata menggunakan bahasa asing, mall sana mall sini, mont sana mont sini, park sana park sini, ainsdale, dan lain-lain. Lekeh sangatkah bahasa kita? Sehinggakan pemaju perumahan Melayu sendiri sudah tidak yakin dengan nama-nama kebangsaan?

Apakah produk nama-nama kebangsaan ini tidak glamour sehingga tidak laku untuk dijual? Apakah kita mahu menjadi Singapura dan Pulau Pinang? Sekurang-kurang Singapura masih kekalkan lagu kebangsaan dalam bahasa Melayu, Majulah Singapura. Begitu juga command tentera mereka.

Persoalan, di manakah peranan majlis bandaraya atau majlis perbandaran? Adakah kita menerima bulat-bulat submission yang dilakukan oleh pihak pemaju. Tidak ada jati diri negarakah? Atau pegawai yang menjaga terlalu jahil kerana terpesona dengan gula-gula rasuah yang diberikan?

Setiap negara ada identiti. Pergilah ke Thailand, Jepun dan China. Lihat papan tanda, nama jalan, nama taman dan apa jua nama, semua ada kaitan dengan jati diri bangsa dan negara mereka. Kenapa negara kita tidak sebegitu? Nama-nama asing semakin berleluasa.

Saya amat bimbang dengan tuduhan barat yang disangkal oleh Syed Hussein Alatas dalam bukunya Motis Pribumi Malas. Barat beranggapan faktor iklim dan lingkungan tropika yang dianggap sebagai punca kemalasan orang Melayu. Iklim sedemikian, jangkitan penyakit serta kemewahan para pemimpin mereka telah menyebabkan rakyat menderita sehingga menjadikan Melayu beku tanpa cita-cita.

Adakah mereka yang berada di majlis perbandaran sudah sedemikian rupanya? Syed Hussein menyangkal dengan berkata, pribumi atau Melayu sebenarnya bekerja keras untuk hidup. Mereka rajin dan mahir dalam bidang masing-masing. Sebagai bangsa yang bermaruah, mereka tidak bersedia menjadi alat pengeluaran kaum kapitalis yang mahu melayani sebagai hamba abdi.

Saya mahu Melayu buktikan kata-kata Syed Hussein. Melayu perlu keluar dari lingkungan kemalasan. Melayu mesti sedar dan kuat jati diri serta menjadi berani sama ada berada dalam sistem atau tidak. Jangan hanya berani selepas pencen atau selepas tidak ada kuasa. Jika tidak, kerjanya membodek sahaja.

Jika tidak Melayu tidak akan ke mana-mana. Melayu akan terus diperalatkan untuk kepentingan lain. Orang lain sudah kaya raya. Melayu masih lagi merangkak-rangkak. Kenapa? Fikirlah sendiri.

23 comments:

eddy said...

Tahniah teruskan dgn kritikan, biar melayu sedar untung nasib di bumi bertuah ini.

Anonymous said...

masa berkhidmat sibuk jaga periuk nasi seolah bukan Allah yang beri rezeki tp manusia...

Anonymous said...

Unity in Malaysia is still a main problem. Why?Malaysians still don't trust each other in many ways in the fields of politics, race, religion and education.Each group has its own motives and claims to be the champion, They never admit their mistakes.

Anonymous said...

10:06 AM,

There'll never be any lasting unity in Malaysia for so long as vernacular schools continue to exist and those calling themselves Malaysians don't mix sufficiently, instead remain cocooned within their own community, sticking to non-Malaysian values, not caring about the National Language, not respecting such things as Islam is the religion of the country, not abiding by the Constitution of the country.

Those who don't respect and abide by the Constitution should migrate to countries whose Constitutions they respect. Then we can begin to hope for long-term unity in this country.

The basis for unity etc must be the Constitution.

Anonymous said...

12.44PM March 03,2014
It takes more for the country Constitution towards unity.There must more interactions between the government and rakyat,between politicals parties(both govt. and oppositions), NGOs (in all fields),religious groups and believe in Rukunegara.

Anonymous said...

RT ni nak ajar orang bersikap terbuka? Lawak betul.

Kenapa sendiri tak bersikap terbuka kepada agama orang lain?

Nak jadi hero apa ni? Sebahagian perjuangan apa?

Tak payah kelentong pada orang Melayu, ler. Ingat orang Melayu Islam bodoh ke?

RT ni masih ada DNA "superiority complex" yang terbawa semasa dia Cinabeng dahulu.

Sekarang ni nak lebih Melayu drp Melayu dan lebih Islamik drp yang lain.

Apa agenda dan motif sebenarnya? Habuan duniawi ke?

Anonymous said...

Huh...jahat kamu ni masuk tempat ibadah orang non muslim nak buat dakwah.
?.x respect agama orang lain ke??? Licik sungguh ah tee ni....

Anonymous said...

To achieve a great nation, there must have mutual understandings and respects among all races in Malaysia.Politicians must sincere to the people and must not say and do anythings that might hurt people feelings.

Anonymous said...

1:24 PM,

This is a democratic country, you have a right to give an opinion, even though my opinion differs slightly from yours.

Since you have said it nicely, with decorum and decency, I will explain my opinion like-wise.

I maintain that if all Malaysians fully respect and abide by the Constitution, that'll be sufficient for the creation and the maintenance of long-term peace and harmony in this country.

The Constitution is the highest set of laws in the country. All other laws come out from it - other laws are enacted by Parliament pursuant to it. For example, the Constitution says there is freedom of expression for everybody. But another law is enacted limiting that freedom, spellng the limits, like not to be seditious, to hurt others' feelings - it's called the Sedition Act.

Therefore the Constitution is the mother of all laws in the country.
If all Malaysians respect and follow all the laws, there would not be any sedition, all sorts of fights and misunderstandings, court cases, those imprisoned or made to pay money to people who sue them feeling bitter, continued animosity, especially when there is racial overtone in such cases.

If all Malaysians respect the Constitution and follow all the laws that come out of the Constitution - all, including politicians - then politics won't be dirty, there wouldn't have been tension between the ruling and the opposition parties.

If all Malaysians respect the Constitution on, for example, the Special Position of the Malays and the Bumiputeras of Sabah and Sarawak, DAP and others wouldn't have tried to question it, wouldn't have dragged on the nasty Lee Kuan Yew's so-called Malaysian Malaysia slogan, wanting equality without acknowledging the Malay and Bumiputera Special Position, and there wouldn't have been the race riots of 1969.

If all fully respect and abide by the Constitution, there should be no ill feelings on the Malays and Bumiputeras for having that Special Position. The Constitution was debated and approved by the representatives of all the major communities in Parliament anyway.

If all Malaysians fully respect and abide by the Constitution, they would respect Bahasa Malaysia under Article 152. All would have been attending Sekolah Kebangsaan, everybody mixing with everybody else right from a young age, not cocooned among members of their own community only, talking in their ethnic languages, adopting values that may not be Malaysian.

I can go on and on explaining but I think it's sufficient for you to understand why just respecting and abiding by the Constitution fully will be adequate for the creation of long-term unity.

Anonymous said...

3:39 PM,

Do read my comment on respect for and abiding by the Constitution fully, which I submitted just now.

Anonymous said...

Kamu ni jahat orangnya. Cakap tak bersopan santun. Jawapan kapada kau pun boleh begitu juga. Supaya boleh mengajar kau sedikit.

Kau budak kecik ke? Mengata RT, seorang Assoc Professor "Lawak betul." Kau Professor apa? Tahi kucing?

"bersikap terbuka kepada agama orang lain"? Kau tak baca ke dia kata tujuannya berdakyah agama Islam. Kau tau ke bahawa Perkara 3 Perlembagaan negara ini dan undang undang lain yang di lulus Parlimen ikutan dengannya ada mengatakan bahawa Islam ada lah "agama negara ini" - "the religion of the Federation". Dan orang orang Islam tak boleh di murtadkan oleh sesiapa.

Tetapi tak ada sebut fasal penganut agama lain. Pendek kata, tidak ada agama lain di sebut di dalam Perlembagaan pun. Oleh itu, Islam ada lah agama yang bertaraf berlainan dari agama agama lain di negara ini.

Kau bukan Islam ke? Kau terimalah dan hormatilah serta patuhilah Perlembagaan negara. Jika tidak, kau berhijrah lah. Orang orang kenamaan di negara ini pun ada yang kata begitu - siapa yang tak suka negara ini, berhijrah lah.

Kau Ingat ler - orang Melayu Islam tak bodoh, kau yang bodoh. Amacam, kau ngata orang, apa rasa bila kau kena kata?

Kau juga mula rasis, mengata RT "Cinabeng dahulu." Kau apa? Binatangbeng ke?

Anonymous said...

3:29 PM,

Kau ni mungkin sama orangnya dengan yang menulis komen komen lain itu.

Kau baca ler apa yang aku tulis di komen komen di atas yang ini.

Kau fahamkan le apa yang tertera di Perlembagaan Negara tuh, Mamat. Kalu tak faham, kau baca ler apa yang aku tulis tu berkali kali. Jangan hati busuk, yer? Jangan pemikiran macam DAP, tau.

PS: Komen aku yang dulu mungkin aku silap tulis dakyah. Yang aku maksudkan ia lah dakwah.

Anonymous said...

No matter how good the Constitution, there are people willing to twist, turn and spin their political mechanics towards the rakyat in this country.

Anonymous said...

I am actually a proud muslim, but I don't like the constitution cause if you look how they define the malay ethnicity in Malaysia is like how the Jews define the Jewish ethnicity based on religion, culture and language.
Sorry no offence my malay brothers.
It's ironic malays criticise Jews very much while the Malaysian constitution define the malay ethnic the same way the Jews define their ethnic. I want our malaysian malay brothers and sisters to rethink of our goverment's constitution.

It is surprisingly that at least the arabs know how to differentiate and separate what is an ethnic and religions. That's why you have terms like Arab Christians and arab Muslims in the middle east. You can still be an arab even if you're born Christian or Muslim and speak arabic as your mother tongue.

Anonymous said...

Aiseh 1:17 PM, because of blokes like the commenter at 3:47 PM, even if your intention is good, people may think it is not.

Explain la a bit so that readers know whether you are shitting blokes like the 3:47 PM commenter.

Anonymous said...

3:47 PM,

Your comment is one of the most stupid I have ever read. It is even provocative, seditious and damned.

You are masquerading as a Muslim arr? You the bastak who always writes hate comments in here arr? A Chinese who does not like Prof Ridhuan Tee arr? You DAP evangelical Christian issit? Writing in English when every one else writes in BM arr? You the same fler at 1:17 PM issit? Pretending to be good in one comment but damn nasty in the next?

What "proud muslim" you talk about, bugger you? How damn stupid to say you don't like the constitution because "they define the malay ethnicity in Malaysia is like how the Jews define the Jewish ethnicity based on religion, culture and language." How else should they define the Malays - to include the DAP Chinese? Chhissh.

Lu sikolah mana to be saying It's ironic malays criticise Jews very much while the Malaysian constitution define the malay ethnic the same way the Jews define their ethnic. Lu sikolah Cina ka?

You want "our malaysian malay brothers and sisters to rethink of our goverment's constitution"? With that kind of talk, don't use the words "our malaysian malay brothers and sisters", stu. Bikin they malu to have you associating with them mah. Tarak kipala punya olang.

And you call it "our goverment's constitution"? You don't even know that the Constitution belongs to all Malaysians, not just the government? So, you don't like the government, you also don't like the Constitution? Lu sikola Yap Sin Tian pakai PhD tipu arr?

What utter ridiculousness to say "the arabs know how to differentiate and separate what is an ethnic and religions." You have no clue about the Arabs being defined as those who speak the Arabic language. And saying "That's why you have terms like Arab Christians and arab Muslims in the middle east" shows you don't even know there are Malaysian Muslims and Malaysian Christians in this country. What, you want to insinuate that there should be Malay Muslims and Malay Christians? Damn you. Damn stupid you. Bloody seditious bastard you.

Saying "You can still be an arab even if you're born Christian or Muslim and speak arabic as your mother tongue" implying that "You can still be a Malay even if you're born Christian or Muslim and speak Malay as your mother tongue", you ought to be lined up against the wall and shot by a firing squad. Or dragged to the seaside, dumped on the sand face downwards and your arsehole shoved with a sharpened bamboo - di-sula, Malacca kingdom-style. By Anwar Al Juburi (pangkat Mat Sabu beri).

Anonymous said...

Salam,

Sebagai Melayu saya merasa amat malu dgn tuan.Tuan memiliki jati diri melayu jauh lebih tinggi dari org2 melayu sendiri.

Berkaitan kurangnya penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda dan nama2 taman..sepatutnya pihak dewan bahasa yg patut lebih perlu memainkan peranan,

PM Najib juga harus menunjukkan sifat jati diri yg tinggi dgn memandang serius tentang pengabaian bahasa kebangsaan ini.

the truth.

Anonymous said...

Prof Ridhuan

Biarlah apa orang nak kata dekat tuan. Biar lah sama ada dia melayu kecil atau melayu besar. Biar lah sama ada dia melayu jahil atau melayu alim. Mereka tidak dapat mengalahkan tuan dalam usaha menyedarkan bangsa melayu dan penganut islam. Mereka cakap berdegar-degar tapi abuk pun tarak. Piiraahhhhhh.

Orang_MuOr said...

Terbaru isu Universiti dari China yang ingin membuka kampusnya di Malaysia. Syarat kuota kemasukan hanya 1/3 pelajar Malaysia boleh memasukinya selebihnya rakyat asing.

Ikuti ulasan oleh blogger parti Melayu Dinturtle mengenai isu ini.

http://dinturtle.blogspot.com/2014/03/batu-asas-tembok-besar-cina-sudah.html

Anonymous said...

Clarification to my comment at 1:35 AM:

".. implying that "You can still be a Malay even if you're born Christian or Muslim and speak Malay as your mother tongue", you ought to be lined up against the wall and shot by a firing squad."

should have been

".. implying that "You can still be a Christian even if you're born a Malay and speak Malay as your mother tongue", you ought to be lined up against the wall and shot by a firing squad .."

Anonymous said...

Atau pegawai yang menjaga terlalu jahil kerana terpesona dengan gula-gula rasuah yang diberikan?

Wah beraninya awak menuduh pegawai melayu rasuah. Tapi memang macam tu lah cite nya. Kalau mereka tak rasuah dah tentu mereka berani berkata TIDAK kepada pemaju yang mengabaikan bahasa melayu.

Kalau tak caya cuba lah bertanya kepada pegawai2 melayu berpangkat besar dalam PBT.

Rasanya last sekali tinggal awak sorang terkonteng2 menjadi orang yang paling hero nak bela bangsa dan bahasa melayu.

Tak ada rasa malu dan rasa terhinakah para cendiakawan melayu dan pemimpin2 melayu bila seorang berbangsa cina seperti Prof Ridhuan Tee ini tak putus2 cuba menyedarkan orang2 melayu.

Melayu nampaknya semakin melayu (Malays are wilting)

Anonymous said...

Mr. 01:45am (05 March 2014),

Before you run your mouth and damned the person to hell, read his comment clearly and think about it.

You and I may read it differently because we may experience life in Malaysia differently.

You say that the Constitution belongs to Malaysians. Sure of course that is true.
But because of Article 153 of the Constitution, an article to safeguard the special position of the Malays and natives of Sabah and Sarawak, in establishing quotas for entry into civil service, public scholarship and public education.

As we all know, Malaysia has various different ethnic backgrounds. The implementation of such article creates an unnecessary racial tension in the nation.

If you say the Constitution belongs to ALL Malaysians, I'm sorry to tell you that it is not. Look at our government universities, offices and facilities. Special treatments are given to ONLY Malays and natives of Sabah and Sarawak.

What about the rest? Are they not Malaysians? Do you think this is fair?

To be fair, I'm a bumi too. And to me this is not fair. Why give special treatment for the other ethnic and not the rest? Aren't we all living in the same country and hold the same MyKad?

Don't curse other people when you yourself can't see past your own judgement. Keep a holistic mind and please don't bring religion into the argument. It's very tacky.

Anonymous said...

Lebih baik kamu hasilkan satu airlines halal yang kamu dapat guarantee tidak akan terhempas. Tak guna kamu cakap yang bukan-bukan dan tiada kaitan.