(Sinar Harian 24 Mac 2014)
Perjalanan
menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu
menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila
mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati.
Selepas
transit sebentar untuk ke Kota Bharu, saya ingatkan anak kapal MAS akan
melakukan perkara yang sama. Rupanya tidak, anak kapal tidak diingatkan untuk
membesarkan Allah. Di manakah jati diri kita?
Apakah
selama ini MAS tidak mengajar atau melatih anak-anak kapalnya (Islam) apabila
menyampaikan maklumat, paling kurang menyebut Bismillah, dan Alhamdulillah? Kenapa semua ini tidak
dijadikan prosedur dan panduan?
Malu
sangatkah menyebut kebesaran Allah di hadapan menumpang? Kenapa tidak belajar
dari pengajaran MH370? Tonjolkan kepada pelancong, inilah Malaysia, yang
meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Hari
ini, boleh dikatakan semua penumpang ‘sengsara’ menaiki pesawat MAS. Segala-gala
akan diperiksa. Luar dan dalam ‘dirabanya’. Paling ‘sakit hati’ barang yang
dibawa kena scan dua kali. Sebelum ‘check in’ dan selepas.
Apa
nak buat. Keselamatan lebih penting dari segalanya. Kenapa sebelum ini, keselamatan
kita begitu longgar? Kenapa bertindak ‘action oriented’? Apapun hati merasa
lega, setelah berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah-kalimah yang
dikaitkan dengan Allah, walaupun tidak semua melakukannya. Pesawat tambang
murah lain, sekelumit kalimah Allah pun langsung tidak kedengaran.
Saya
bukanlah orang teknikal untuk memberikan komen terhadap kehilangan MH 370.
Meskipun begitu, saya boleh rumuskan insiden ini merupakan konspirasi terancang
pihak Barat dan Yahudi yang mahu memusnahkan Islam dan negara berideologi
komunis yang tidak sehaluan dan memberi ancaman mereka.
Beberapa
perkara yang perlu diambil perhatian daripada insiden ini adalah,
Pertama,
lakukan pemeriksaan ketat seperti yang dilakukan hari ini. Tidak mengapa, saya
rela menanggal dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang
dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan
tanahair tercinta.
Jika
kita berada di luar negara, mereka akan melakukan perkara yang sama, malah
lebih teruk daripada itu sehingga menggunakan anjing.
Setakat
ini keselamatan negara kita begitu longgar. Tidak mustahil negara lain tahu
kekuatan pertahanan dan keselamatan kita. Apatah lagi, insiden ini telah
‘menelanjangkan’ rahsia keselamatan dan pertahanan yang kita ada.
Kedua,
semua anak-anak kapal (Islam), terutama pilot, mesti ditanamkan dengan jiwanya
dengan roh Islam. Mengutamakan jati diri agama, bangsa dan negara. Mereka tidak
boleh hanyut dengan segala ‘keseronokan’ dalam kapal yang dianggap sebagai
kerjaya ‘glamour’.
Ketiga,
elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka meminta arak
itu, adalah kalangan mereka yang biasa minum arak. Maka tidak perlulah kita
jamu peminum arak dengan arak. Alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih
berkhasiat seperti cendol dan sebagainya.
Keempat,
biasakan anak-anak kapal mengingati Allah (Tuhan kepada bukan Islam). Sebutlah
kalimah Bismillah, Alhamdulillah, Salam dan lain-lain. Perkara ini nampak
kecil, tapi impaknya besar.
Kelima,
tutuplah aurat paramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan
rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika paramugari menutup aurat
(Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam.
Amat
menjengkelkan lagi apabila pakaian paramugari yang singkat dan jarang. Lebih
kelakar pakaian paramugari penerbangan tambang murah, yang hanya diselaputi
kebaya putih yang begitu jarang sehingga nampak yang tersurat dan tersirat.
Peliknya semua penerbangan ini, bos-bos yang menjaganya adalah orang Melayu
(Islam).
Keenam,
kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika berada dalam pesawat. Amalkan
budaya-budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam dan selamat
mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak-anak kapal pesawat Thai, Brunei dan
sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara.
Ketujuh,
jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan
memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan
bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat
hari ini. Gunakanlah bomoh untuk mengatasi segala-galanya.
Nabi
Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat. Kenapa dan mengapa
Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan
Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda? Atau dengan bahasa mudah
membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah
diuji dan dicuba?
Jika bomoh
kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura. Apabila
diminum, merekapun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat,
serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga
0.03 sen per 1000 gelen?
Kepada
pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa untuk mencari keredhaan Allah
selagi ada kuasa. Hak ini dijamin perlembagaan. Kita bimbang, apabila sudah
tidak ada kuasa nanti, baru nak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya
bertaubat setelah pencen. Buruk sungguh rasanya.
23 comments:
Salam.... begitulah wajah kita doc.. selalu reaktif dan memilih tu yang tersalah pilih selalu..... Agama dan dakwah tu dijadikan hak individu... so siapa yang sedar dan dapat petunjuk sentiasa beramal yang lain ikut dang jer lah.....
Kengkadang yang sudah kita suratkan pung kita lupa nak guna setepat mungkin... saya teringat masa memuda dulu pegi kursus seorang sahabat pengarah latihan syarikat penerbangan beritahu saya dalam industri ini cara senyum pung diajar siap dengan spec sekali berapa lebar nak senyum masa bila dan bagaimana ikut keadaan.... begitu punya usaha kita mahu puaskan customer....pasal tu mereka tak puas dan jadi buas...
kita tahu mereka berselogan customer always the king sehingga kita lupa kepada Empunya kita King of the kings.... pemilik segala kerajaan dilangit dan dibumi.... kembalilah kelandasan kita.... kalu asyik duk ikut landasan orang lain kita akan menjadi sesat tak dapat dikesan.... wallahualam, DMY
Artikel yg. BERNAS, Dr. Ridhuan Tee.
MALANGNYA MAS makin di "Barat-Zioniskan" akibat menyertai One World Alliance (salah satu agenda New World Order), spt. Etihad dan Qatar Airways! Sebab itu agaknya, paramugari tak ada atau tak dibenarkan yg. BERTUDUNG sdgkan Malaysia NEGARA ISLAM dan MAS adalah penerbangan nasional. Begitu juga dgn. Qatar dan Etihad Airways, yg. penuh dgn. paramugari Barat yg. PENYOIMBONG (pernah saya sendiri lihat keangkuhan mereka layan org. kampong/tak pandai cakap omputih, yg. nak pi Umrah) - dan pakaian paramugrai lansung tak bercorak Islam (pakai skirt) sedgkan itu negara Arab pula dan airport mereka pun diDOMINASI pekerja asing Bukan Islam; sedgkn ramai umat Islam, termasuk dr. kampung, menggunakan penerbangan MAS dan Etihad dan Airport, utk. menunaikan Umrah dan Haji.
Melalui One World Alliance ini, dan insiden terbaru ini, MAS akan dipaksa utk. bergabung dgn. syarikat Barat-Zionis, termasuk Air Berlin - spt. sy. penerbangan Arab-Islam yg. telah di'Barat-Zionis'kan contohnya Qatar dan Etihad Airlines itu (apalagi MAS makin dipenuhi konsultan luar termasuk dari Barat dan lihat di http://theunspinners.blogspot.com/2013/08/idris-jala-cadang-jual-omar-ong-jadi.html, Idris Jala cadang jual, Omar Ong jadi konsultan sebat komisyen?, by The Unspinners, 8/15/2013 )!
Sedangkan Jerman sangat bahaya kerana ia penyokong paling kuat ZIONIS-Israel bersama US/UK - lihat http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Blog pro-pembangakang, Malaysian Insider, promosikan penulisan Dr Ridhuan Tee.
Bagus.
Serve cendol on flight, not beer, says Ridhuan Tee in listing lessons from MH370
The Malaysian Insider - 55 minutes ago
For Ridhuan Tee Abdullah, Muslim female flight attendants should be allowed to wear hijab, because 'it can also prevent hair from dropping on the food'.
Yah right... Stop serving alcoholic drinks and start serving cendol or sirap bandung. We'll see how much worse MAS will become.
It is about running a business that serve people from different religions and countries. Not asking you to run a religious school. Make suggestion that will improve security not asking you to promote Islam teaching.
Pergi makkah pun depa taknheran nk kelubung inikan pula ke CHINA.....
apa kelas tak hidang Arak@tuak nanti kapir2 tak nak naik MAS lagipun kan Ada ummp tayang punggung lentik pramugmGari !..
patutnya setiap bulan MAS Ghaib!
Anonymous 10:48 AM,
Untuk mengtahui betapa buruk dan kejinya usaha usaha Yahudi Zionis di US dll, sila google
The Israel Lobby and US Foreign Policy by professors John J. Mearsheimer and Stephen M. Walt
The Israeli Lobby berjaya menyiku mengheret US dll mengebom Iraq di atas alasan Iraq mempunyai senjata pemusnah massa (Weapons of Mass Destruction) yang tak di jumpai hingga sekarang.
Ayat 120 al baqarah kalau berdegil tunggulah balasanya. Bukan saja ibrahim mat zin dengan tokguru tokguru ditimpa bala bencana.
KKTan,
Don't forget that Islam is "the religion of the Federation" as stated in the Constitution.
Air Asia is also serving nasi lemak and Maggie mee.
Make comments that don't contradict the Constitution. Nobody asks you for your views but when you give them, and not in line with what the Constitution says, be prepared to be whacked back.
Anonymous 6:21 PM,
Cakap macam penjangak kangjar, sepatutnya setiap bulan kamu yang Ghaib!
Ghaib mampus. Pastu hidup semula. Pastu ghaib mampus lagi. Tiap bulan begini.
Amacam, bole?
Bagi mereka yang mengkritik syor syor supaya kalimah Allah di sebut di pesawat dsbnya, ingat lah
1. kamu tidak di minta menyebut nya
2. lubang telinga kamu tak terseumbat mendengar nya
3. jika rasa pudar mendengar nya, beri tahu diri kamu bahawa kamu perlu hormatkan Perlembagaan negara Perkara 3 menyatakan Islam ada lah agama Persekutuan ini dan majoriti rakyat di sini adalah penganut agama Islam
4. Jika pudar lagi, ingat lah bahawa orang orang Kristian di Malaysia nakkan mengguna kalimah Allah, walau pun kalimah Tuhan sudah cukup bagi tujuan mereka
5. Kami mahu kalimah Allah di gunakan bila sesuai di mana mana pun, terutama di penerbangan dalam negara.
Jika penerangan penerangan di atas tak mencukupi juga lagi, naik lah basikal.
I'm not Muslim and obviously not Malay. I have the highest respect for the religion of Islam although I'm a Catholic. And I also have no malice towards the Malays.
I think it's great that you're looking out for the Muslims of Malaysia. Unfortunately, I have to disagree with you. I'm a frequent flyer and I always fly with MAS. From my point of view, the steward and stewardess' uniforms are always neat. There were no indications of it being too translucent and inappropriate. The skirts of MAS stewardess are in no way short, it is a long kebaya-like skirt that reached their ankles. Therefore, I don't see what's wrong here. It may be too short or too translucent to the minds that wished it to be so.
As for saying prayers in flight, I believe that everyone has their way of saying their prayers. Be it in front of everyone else or just by themselves. I for one would always pray before takeoff and landing. I pray in my heart and talk to God in my mind. I believe praying is between you and God not between you, God and everyone else. I'm in no way of condemning how anyone prays but you don't know for certain that the crew members did not pray before or during the flight.
In the instance of our airport security, I agree that it has to be tightened. And with dogs too. Why? Because they will be able to sniff out drugs brought into our country. Most drug dealers are counting on us not using dogs because we are a Muslim country. Malaysia becomes an easy target for drug dealing and things of sort.
I also agree that the food on flight should be healthier but unfortunately cendol is not one of them. There are a lot of calories that goes into a cendol. I'm sure you know this. You could've used a different food item as an example.
I know you care about Malaysia and Islam. You seem to fervently protect and advice young Muslimins and Muslimahs the right way to praise Allah. And for God's sake, Why must you write "Tuhan kepada bukan Islam"? There's no need to input such information in there. That is a very useless fact.
Do not inspire controversy in the minds of young Malaysians instead inspire humility and respect for others. Can't you see how divided this country has become? Racism and extremists are emerging everywhere. How long can Malaysia stay united the way it is now?
These were merely my opinion on this matter, I'm in no way of causing any racial conflicts within the nation.
KKTan,
Dun wari, local flights can promote Islamic values on MAS flights.
Most foreign passengers also are the educated ones - they won't be in this country if not. So, they won't be drinking liquor and get mabuk on half a can of beer kind, they respect he local laws, customs and traditions.
It's only the ungrateful ingrates like the DAP blokes who got citizenship and don't bother about the Constitution of the country, angry when get told to migrate elsewhere. They get told sommore when like that.
(sambung)
(sambung)
KKTan,
BTW, Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Jamil Khir Baharom replied to a question in Parliament that the Federal Territory Islamic Religious Department (JAWI) recorded 4,520 individuals who converted to Islam for the period 2008 until 2012 - figures for Wilayah Persekutuan alone.
So, no reason for non-Muslims to begrudge Muslims wanting to promote Islamic values as more non-Muslims are taking to Islam.
He also said no application by Muslims, including new converts, to renounce Islam. There were only applications to the Syariah courts regarding an individual's status as a Muslim.
"This was in respect of confusion over the person's religious status due to the individual's birth certificate, identity cards and certificate of conversion," he said.
The confusion happened to East Malaysians during birth registration. "In Sabah and Sarawak, there are instances where an individual has a Muslim name but is not a Muslim," he added. YB Idris Jaka is an example - he is a Christian.
Occasionally not rational thinking Christians try to lure Muslims into the Christian faith or or lull them into thinking that there are many Malays who have converted to Christianity. Nonsense. It's against the law to do so. The law prohibits anyone from trying to convert Malays to other religions.
YTB Nurul Izzah of PKR talks nonsense when she says Malays can choose religion. Please don't ask me what "YTB" means.
jangan cakap yang tak berkaitan. Kamu dapat gurantee kalau Kapal terbang halal tak akan terhempas?
Kapal terbang Iran yang pemugarinya tutup aurat and makan makanan halal pun pernah terhempas. refer: http://en.wikipedia.org/wiki/Iran_Air_Flight_277
Alhamdulillah, suatu penerangan yang bernas daripada Ustaz Ridhuan. Memang sewajarnya nilai - nilai Islam menjadi panduan dalam setiap industri penerbangan di Malaysia. Tidak perlu malu dan segan untuk mengetengahkan nilai Islam kerana sesungguhnya telah termaktub dalam perlembagaan negara bahawa Islam adalah agama persekutuan.
Semoga posting Ustaz Ridhuan kali ini dijadikan rujukan oleh para pembesar syarikat penerbangan dan seterusnya perubahan yang positif dapat dilakukan secara berperingkat.
Sesungguhnya Allah beserta dengan orang - orang yang bersabar.
Muhammad Al Fatih
serious.. kagum.. speechless.. hebat ulasan tuan
serious..kagum..speechless.. 1 ulasan yang sangat bagus tuan
Pengalaman saya dalam penerbangan ke Delhi dengan MAS satu ketika dulu...
dalam kapal terbang ditawarkan minuman keras dengan harga bebas cukai...astghafirullah hal azim...taulah dalam kapal banyak orang bukan Islam.
Pengalaman saya naik MAS ketika menunaikan haji tahun lepas ...pandai pulak berpakaian menutup aurat walaupunada kru kabin bukan islam dan pandai pulak menuturkan doa sebelum berangkat. Sejuk hati.
Anonymous,
I stand by what I say. This is why some Muslim are not meant to do business, MAS is about business and making profits. You make changes that do not suit others then be prepared to lose your customers.
I not trying to offend any Muslim or say bad about Islam. I am just speaking out how a business should be run. Try imagine China Airline serving all pork menu. japan airline only serving sushi and soju. British airway read bible and have bible on each passenger seats. Will you feel comfortable taking those flights?
11:32 AM, March 25,
I like your responsible kind of comment.
Overall ok, but writing "Tuhan kepada bukan Islam" is ok, because Tuhan aptly describes the word God, whereas Allah is "the one and only God" that Islam has been explaining it for over 1400 years now.
".. how divided this country has become? Racism and extremists are emerging everywhere. How long can Malaysia stay united the way it is now?" -
We need to go into the origins of racism and extremism in this country and address our complaints and whackings to those who started them.
Malays agreed to the pendatang (this word is not racist, it merely describes those other than local Malayans pre-Merdeka) being given citizenship. Tun Tan Siew Sin and Tun Sambanthan appreciated and thanked the Malays. But the DAP never. Instead hogged on to Mha Racist and Maha Chauvinist Lee Kuan Yew's slogan of so-called Malaysian Malaysia - asking for equality without acknowledging the Special Position of the Malays and the Bumiputeras of Sabah and Sarawak.
Some of them even talked about amending the sensitive clauses of the Constitution, opposed the NEP. Those are clearly racist. Anti-Malay and anti-Islam, their words and actions led to race riots of 1969.
All criticisms should be addressed to them for starting racism and causing the racial tension felt nowadays.
KKTan,
You said, "This is why some Muslim are not meant to do business, MAS is about business and making profits."
I say, "This is why some non-Muslims become a problem in this country - obsession with business, care only making profit, don't care about the Constitution and the position of Islam in it, and bo paluli the sentiment of the Muslims, the majority in this country."
You talk about "You make changes that do not suit others then be prepared to lose your customers."
I say, "the minority must adjust to the ways of the majority. Remember, Chinese men no longer wear pigtails as all men the world over don't. They even cut their pigtails just for the sake of one man - the last Manchu Emperor of China, Pu Yi."
Be reasonable, lorr. We don't expect MAS to play only Nasyid songs or screen Islamic films. So no reason for foreigners not wanting to fly MAS.
Tentunya bagus kalau Ah Tee ada bersama dalam penerbangan itu! Hilangnya Ah Tee bersama penerbangan itu amat kami syukuri! Kami akan adakah kenduri kesyukuran untuk meraikan kehilangan Ah Tee serta berdoa supaya walau sekelumit cebisan AH Tee ditemui!
Post a Comment