(Sinar Harian 10.3.14)
Belum
pun PRK Kajang bermula, bermacam-macam tuntutan dan desakan telah dikemukakan
kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri oleh parti-parti politik dan NGO
ultra kiasu Cina.
Mereka
tidak segan-segan menuntut, kerajaan mesti mengiktiraf UEC dan menambah lagi
Sekolah Persendirian Cina. Undi hanya akan diberikan kepada parti politik yang
dapat memenuhi hak Cina.
Persoalan
saya, hak bangsa lain pula bagaimana? Ingatan kepada pihak berkuasa, jangan
sampai tiada telur kerana kemarukkan undi.
Cukup!
tidak perlu tambah masalah pendidikan negara ini yang sudah semakin berserabut.
Lebih
berani lagi, kerajaan ultra kiasu Pulau Pinang, mempertikaikan Putrajaya kerana
tidak melayan permintaan mereka yang telah meluluskan Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Tamil (SMJK) di Bagan Dalam, Pulau Pinang.
Kerajaan
ultra kiasu menyalah Putrajaya kerana tidak memenuhi permintaan mereka.
Persoalannya, kenapa perlu dibina institusi perkauman ini lagi? Tidak cukupkah
dengan lambakan SJKC/T yang sedia ada. Sehinggakan kadang kala kita lihat murid
dan gurunya terlalu sedikit bilangannya. Tetapi mereka tetap mahu sekolah ini
beroperasi.
Tidak
cukupkah kita pisahkan mereka sejak kecil? Perlukah kita pisahkan lagi mereka
sehingga dewasa.
Pengerusi
Dong Zong dalam temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkata, peratus
kelulusan keputusan kertas Bahasa Melayu (BM) UPSR SJKC sama dengan Sekolah
Kebangsaan (SK).
Nasihat
saya, berikan data. jangan bercakap kosong dan penuh penipuan. Tidakkah beliau
tahu bahawa kertas BM di SJKC jauh lebih mudah berbanding SK. Lebih menyedihkan
lagi beliau berkata, BM adalah bahasa orang Melayu yang pertama, kedua bagi
orang Cina. Jika pelajar Cina tidak berjaya dalam kertas ini ada justifikasinya.
Kenapa
beliau melihat kertas BM atau BM adalah bahasa pertama untuk orang Melayu?
Bukankah BM adalah bahasa pertama dan utama atau bahasa negara untuk semua
warganegara Malaysia? Di manakah kiblat kita sebenarnya?
Saya
mohon Kementerian Pendidikan paparkan statistik pencapaian BM kalangan pelajar
Cina di SJKC. Jangan biarkan mereka memanipulasikan angka.
Buatlah
kajian di kelas peralihan. Berapa ramai bilangannya. Lebih serius lagi,
kebanyakan mereka langsung tidak boleh menguasai BM mudah. Sedangkan Bangladesh
dan Nepalis yang tinggal di sini buat seketika, boleh menguasai BM. Kenapa kita
yang lahir dan tinggal di sini beratus tahun sukar sekali untuk menguasai BM
Beliau
berkata lagi, kerajaan hanya memperuntukkan 3.6 peratus sahaja peruntukan untuk
sekolah Cina dalam Rancangan Malaysia ke-9. Congak bodoh saya, siapakah yang
menggaji semua guru SJKC dan bantuan buku teks dan kemudahan lain? Jangan ultra
kiasu.
Berhubung
dengan pengiktirafan UEC, katanya, seluruh dunia mengiktiraf UEC, kenapa begitu
sukar bagi kerajaan. Apakah beliau tidak sedar bahawa kerajaan mensyaratkan
supaya Sekolah Persendirian Cina mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan. Kenapa begitu berdegil? Kenapa masih berkiblat
kurikulum daripada Taiwan dan China?
Tidakkah
beliau sedar dengan UEC, pelajar-pelajar ini masih berpeluang untuk memasuki
universiti swasta? Apa lagi yang mereka mahu?
Baru-baru
ini kerajaan telah membuat keputusan, bagi meramaikan orang Cina dalam
menyertai perkhidmatan polis, maka cukup dengan syarat sekadar lulus BM sahaja,
tanpa kredit. Apakah kerajaan masih tidak bertolak ansur dan memenuhi kehendak
orang Cina? Kecinaan bagaimana yang orang Cina mahu lagi?
Sudahlah
kita ada universiti perkauman yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Apakah selepas ini universiti perkauman ini akan menerima pelajar daripada
sekolah perkauman juga. Perkara ini perlu difikirkan secara serius.
Ultra
kiasug sengaja melakukan perkara ini untuk menguji dan memberi tekanan kepada Putrajaya.
Selepas ini mereka ada alasan untuk ditudingkan kepada Putrajaya. Tengok!
Putrajaya yang tidak meluluskan, bukan mereka. Liciknya strategi mereka.
Saya
amat mengharapkan kerajaan pusat tidak akan tunduk kepada tekanan desperado
sebegini. Biar pun kalah dalam PRK Kajang. Pembangunan negara bangsa mesti
diutamakan daripada agenda bangsa dan politik.
Kita
tidak mahu keputusan yoyo. Sekejap ya, sekejap tidak. Tidak ada negara dalam
dunia bertindak sebegini melain kita. Apakah kita mahu menambah masalah yang
sedia menjadi masalah atau menyelesaikan masalah tersebut?
Saya
amat yakin, dalam kempen-kempen PRK DUN Kajang, kita akan menjanjikan bulan dan
bintang. Ingatlah wahai pemimpin, sekali keputusan dan hak terlepas, terlalu
sukar untuk kembali semula.
Ini
strategi licik ultra kiasu, tekan dan minta semaksima mungkin. Mereka tahu
kerajaan akan terkejut. Untuk memberi semua, mustahil. Maka, kerajaan akan
berikan sedikit. Sedikit itu adalah merupakan kejayaan besar kepada mereka.
Apabila
berdebat dengan mereka, saya selalu bertanya, berikan contoh negara-negara yang
ada dalam dunia ini, yang mempraktikkan sistem sebegini. Jawapannya, tidak ada
jawapan. Justeru, kenapa perlu beriya-iya mendesak dan menggugat, Ultra kiasu
akan menyambung, inilah uniknya Malaysia. Malaysia boleh!
24 comments:
Just want an answer from you:
Why you so anti feelings towards your OWN race?
Just want an answer from you:
Why you so anti feelings towards your OWN race?
percayalan encik ridhuan,kerajaan tetap tunduk dgn permintaan mereka.....bukankah sudah menjadi prinsip bulan dan bintang sebagai cagarannya?yang penting undi mesti di utamakan dari yang lain..lihatlah sebelum ni apa yang dah kerajaan lacurkan semata mata nak raih undi,sebagai rakyat tak hairan lagi dengan permainan yoyo pihak kerajaan ni.
Anonymous 8:46 AM
Think HARDER not SMARTER but let your thinking explore the rationale of justified conclusion. You'd be surprised you'll find the answer within yourself!
However, when you think you're smart, you have let yourself to believe that you have reached the UTOPIA within the spectrum of your thoughts and, that limits your potential.
You have a lot to learn before you can propose an authoritative question,. let alone an intelligent one!
Ask that little bird in your brain whether is it worth to give it a try?
Sikap kerajaan menyebabkan mereka tidak patriotik kepada Negara.
Dahlah tak patriotik, nak menjaga ketenteraman /keselamatan negara pun payah. Nak masuk perkhidmatan awam pun memilih.
Sampaikan sanggup mudahkan syarat untuk ajak masuk polis, masuk tentera, masuk perkhidmatan awam.
Apa istimewa sangat kaum ni, makan subsidi dan tongkat banyak juga. Apa yang mereka janjikan untuk taat kepada negara dan perlembagaan menjelang kemerdekaan tak diikut sangat sampai sekarang. Banyak janji manis semata-mata sebab nak dapat kerakyatan.
Kesannya sekarang ni, anak cucu pandang remeh dan lekeh pada asas kenegaraan dan perlembagaan Malaysia.
Salamualaikum, saya rasa di mana suara ahli akademik yg lain? di mana suara mereka(Melayu) yg mendapat PHD ini dalam mempertahankan agenda negara? DR. saya rasa yang tiada telur sebenarnya ialah ahli akademik Melayu..mereka ini pun sebenarnya bukan ahli akademik tapi ahli politik yg bacul. Hanya berani menentang kerajaan dan menyokong pembangkang dalam kuliah. Begitu juga sebaliknya.
Di dunia ini yang akan ke hadapan ialah org yg berani bukan yang pandai. Buktinya ramai ahli akademik Melayu (pandai) tapi berapa ketol yang berani?
Ada Cina dan Singh cakap Melayu pun pendatang, Melayu pure yg bilangannya berjuta hanya DIAM. Yang mempertahankannya ialah " MAMAK" yg dicop sendiri oleh org Melayu yg DIAM itu. Hidup di dunia ini hanya untuk DIAM aku rasa.
Bila dilihat kepada dasar kerajaan yang begitu mudah dan tidak tetap pendirian bagi memenuhi tuntutan demi tuntutan yang menjuruskan kepentingan kaum mengatasi kepentingan negara, aku menjadi semakin risau memikirkan apa yang akan terjadi kepada masa depan generasi dan Negara ini kelak.
Dari dulu,kini dan selamanya aku tetap yakin Malaysia akan gagal untuk menjadi sebuah negara bangsa yang bersatu dan kuat jika agenda rakyatnya yang pelbagai kaum ini masih mengutamakan kepentingan kaum masing-masing dan memperlekehkan demi untuk kepentingan negara.
Sebagai sebuah negara yang berteraskan bangsa melayu maka rakyat negara ini yang bukan berketurunan melayu perlu malah wajib untuk menerima beberapa perkara asas bangsa melayu seperti Bahasa Melayu dan beberapa adat istiadat melayu yang bersesuaian sebagai salah satu elemen dalam mengujudkan satu bangsa Malaysia.
Natijahnya inilah yang berlaku sekarang apabila perkara asas seperti itu diabaikan.Sejak dari negara ini mencapai kemerdekaaan jurang perbezaan kaum dikalangan rakyat negara ini semakin luas. Penggunaan Bahasa Melayu yang diperlekehkan, manakala penggunaan bahasa ibunda setiap kaum pula diperluaskan dan mula kedengaran di tempat-tempat awam. Tak cukup ke penggunaan dalam bahasa melayu untuk rakyat tempatan dan bahasa Inggeris untuk pelancung luar.Bagi rakyat tempatan apakah setelah dilahir dan dibesarkan dinegara ini mereka masih tidak faham dengan bahasa resmi negara mereka sendiri.
Dasar pendidikan kebangsaan yang semakin longgar, Sedikit demi sedikit sekolah vernakular diberi hak dan kebebasan mengikut acuan mereka sendiri yang mengutamakan kepentingan kaum mereka. Percayalah mereka akan terus menuntut kerana mereka tahu kerajaan lambat laun akan memenuhi tuntutan tersebut. Walaupun suara-suara ultra kiasu ini Cuma minoriti serta dakwaan mereka juga tidak berasas tetapi mereka akan sentiasa bermain dengan sentimen bagi meraih simpati dan sokongan.
Kenapa anak RT masih bersekolah di Sekolah Cina?
Kan hipokrit.
Kan hipokrit 8:57 PM,
Kenapa kau otak kecik asyik tanya so'alan tak bijak.
Anonymous 12:58 PM,
Agree with you and support what you said.
Anonymous 8:46 AM's little bird is not in his brain but is in between his legs.
He has no clue about what RT has been saying all along. Or pretends not to know because hati busuk.
Like what HoChoongSin wrote some time back:
It's disgusting how someone who is born a Chinese, then converts to be a Muslim, turns around and bashes his own Chinese race. There is nothing wrong with being a Muslim Chinese. But there is DEFINITELY something wrong with being an anti-Chinese Muslim Chinese. He gives his ancestors a bad name.
Anon 10:30AM dan kepada semua anon anon yang punyai pemahaman yang sewaktu dengannya terhadap Dr.Ridhuan.
Sepanjang aku mengenali Dr.Ridhuan melalui penulisan beliau,aku tak nampak rasionalnya kalau kamu semua menganggap beliau sebagai seorang berketurunan Cina yang cuba untuk menghina kaumnya bahkan jauh sekali untuk memalukan nenek moyang beliau.
Kecaman dan teguran beliau sebenarnya ditujukan kepada mereka-mereka tanpa mengira keturunan yang begitu melampau menuntut sesuatu demi kepentingan kaum sendiri yang mana Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai keturunan ini jika tuntutan-tuntutan yang tidak selari dengan perlembagaan negara ini tidak dibendung atau dikawal akhirnya akan menyebabkan caca marbanya jati diri serta boleh memberi kesan negatif terhadap masa depan dalam aspek keharmonian kaum di Negara ini. Dan inilah sebenarnya yang dirisaukan oleh Dr.Ridhuan.
Kebetulanya pulak kaum Cinalah yang paling banyak dan kadangkala agak ekstrim dalam tindakan mereka. Masalahnya pulak tuntutan-tuntutan mereka ini seolah-olah ingin mengujudkan "sebuah negara dalam negara"
Anonymous 10:30 AM, March 11,
Like what so many others wrote from time to time here:
It's worse than disgusting how you fellows born Chinese whatever, convert to other religions or not, come out and TRY (not successful) to bash RT. There are always us, defending him.
There is nothing wrong for RT to state his views as they are wihtin the law, in line with what the Constitution of the country says.
But there is DEFINITELY something wrong with blokes like you ultra kiasus, and DAPsters, being anti-Malay and anti-Islam, caused the race riots of 1969.
He is not anti-Chinese, he is pro-Malay, being fit to claim to be a Malay by the definition of a Malay under the Constitution. You want to begrudge him for that, that's your hard luck and ultra kiasuness for being anti-Malay, anti-Islam and caused the race riots of 1969.
Pada ketika ini fokus kita ada lah kepada pesawat hilang. Ghaib macam tu sahaja.
Ada bomoh kata dia nya disembunyikan oleh orang bunian. Ada bomoh guna teropong buluh untuk mengesan kedudukan pesawat di langit.
Harap-harap ilmu para bomoh tadi mampu mendahului kecanggihan teknologi ciptaan barat oleh orang kafir.
To Anon 10.30 AM Mar 11:
Who the hell is Ho Choong Sin? Should I even give a damn to what he says? There is nothing wrong with being a Chinese Muslim - true. But to claim that RT bashes his own race? RTOFL... Actually, the problem with majority Malaysian Chinese is that they are so damn retarded that they can't differentiate race, religion and citizenship. Even the Mainland Chinese are smarter than Malaysian Chinese. What do we expect from people who wants to be 'Bangsa Malaysia' anyway? They can't even differentiate between race and citizenship.
If you go other countries, there is no such thing as Bangsa Singaporean, Bangsa American, Bangsa British, etc. Those are all nationalities. If you are Caucasian, you are still referred as a Caucasian. If you are Hispanic, you are still a Hispanic. Only some idiots here wants to be Bangsa Malaysia, whatever that means, when they can't even converse well in the National Language.
It is people like you who wants to be Bangsa Malaysia that denies your own ethnicity, being a disgrace to the Chinese. Why celebrate CNY, Lantern Festival etc then? Just celebrate National Day and Malaysian Day only lar. Chinese who denies their own ethnicity bring a bad name to their ancestors. Shame on you.
Assalamualaikum Mr Tee,
Even if you were damn angry with those Chinese who might have ridiculed you when you chose to be a Muslim or you have failed to convince them to join you but still you do not have the right to ridicule all the Chinese. I believe God never never give you the right ridicule them. Even as Muslim you should be more realiase and understand that God forbid His hamba to ridicule others. Even Prophet Muhammad never did what have done. So are you consider yourself a true Muslim and have carried out the duty as what you suppose to preach for others to see the greatness of the teaching to those who you want them to join you. You actually have 'khianat' to your religion that you want to see it and join you. Taubatlah....
Anon 10:51 AM, March 12,
I agree with most of what you say.
I wanna repeat the wise words you wrote to drum into the minds of those concerned:
"What do we expect from people who wants to be 'Bangsa Malaysia' anyway? They can't even differentiate between race and citizenship."
"Only some idiots here wants to be Bangsa Malaysia, whatever that means, when they can't even converse well in the National Language."
Assalamualaikum Anonymous 5:07 PM,
Surely RT has no intention to "ridicule all the Chinese"? You have not stated which part of his statements and in what context he "ridicule all the Chinese".
I believe you are being ultra kiasu in saying "God never give you the right ridicule them." You are DAP ultra kiasu pretending to talk like a Malay, Assalamualaikun etc. You even sound childish, thinking RT does not know the rights of Muslims. How old are you, btw?
How much do you know about Islam, boy? Didn't read the history of Islam when wars were fought to defend the religion? I'm not saying RT is at war doing this but I don't mind him warring fellows like you.
So what do you consider yourself as, boy? An anti-Malay and anti-Islam fellow? Accusing people of "'khianat' to your religion" without knowing what you are talking about really?
People like you don't know what bertaubat is. You will never bertaubat. Better you jump into the ravine lah.
Most of the comments above are stupid and uncalled for.
"Mereka tidak segan-segan menuntut" -
Depa bukan ada muka. Bukan tahu segan, malu, decorum, decency. Kan depa ultra kiasu. Nak lagi, nak lagi, nak lagi, tak habis habis. Tak kirakan menjejas hak orang lain ke tak.
Ini lah akibat depa terkongkong dalam komuniti depa sendiri saja. Tak bercamur dengan orang lain. Mengaku rakyat Malaysia konon. Jenis Dong Zong kim pong asyik main pingpong.
Satelit depa ada ping pun depa tak mahu pong, diam saja tak beri tau orang lain yang mencari kapal terbang MH370 sampai dah 3-4 hari. Pastu dok mengata pasukan menyiasat Malaysia pulak, desak suruh Malaysia cepatkan siasatan. Kupra worak depa.
Pengundi diKajang dah ramai yang sedar depa yang ultra kiasu tarak berguna, selalu memporak perandakan keadaan. Wakil rakyat PKR yang letak jawatan ADUN tu pun ultra kiasu juga. Hah, memporak perandakan keadaan.
Menyebabkan ramai pihak sibuk mengambil tindakan - rancangkan PRK, tentukan tarikh, kena marah si pemain bontot Anwar kononnya tak beri dia pilih tarik penamaan calon (kupra worak dia), adakan pencalonan, tohmah menohmah, surat layang, risalah layang, dahtu seminggu lagi kena pergi mengundi lagi, tak pasal pasal.
Hanya kerana nafsu nak kuasa ultra kiasu PKR tuh, di sokong DAP, dan PAS Pemuda pun cari peluang nakkan PAS dapat jawatan MB, terutama kalau Wan Jijah kalah.
Dah tunggang langgang pengundi Kajang dibuat depa, ramai pengundi dah fedap dengan Pakatun, penganalisa DAP Selena Tay pun kata sekarang peluang menang hanya 50-50, ramai pengundi Cina dah lari ke calun MCA. Yang mengaku depa "news portal" pun dah tak yaakin Pakatan Rakyat akan pegang kerusi Kajang tu kali ini.
Salam Prof Ridhuan
Tengah orang duk sibuk pasal kehilangan MH370. Prof membisu seribu bahasa. Ada apa masalah dengan Prof ?
Harap Prof turut serta menyumbang buah fikiran dalam isu MH370. Mungkin boleh membantu kerajaan Malaysia untuk menilai segala macam makumat yang disampaikan oleh negara-negara kuasa besar yang berlagak seolah-olah Polis Dunia.
Rakyat Perihatin
Anonymous 10:45 AM, March 15 said,
"Most of the comments above are stupid and uncalled for."
---
No. Only yours is.
Rakyat Perihatin,
Hang pa sumbangan? Dah tarak sumbang apa, awat nak merepek mengata orang kat sini?
Hang ada kepakaran ka? Hang tau radar blip, sonar ping dan China pong ka?
Ka hang tau bol saja.
Post a Comment