Bagilah lagi apa yang Cina mahu
Bagilah lagi apa
yang Cina mahu, kerana mereka pasti mengundi BN dan menolak Pakatan Harapan
(PH). Itulah kejayaan besar ultra kiasu Cina dalam meyakinkan pemimpin negara
(BN), dalam mendapatkan apa yang dihajati.
Mengenali ultra
kiasu ini sekian lama, terus terang undi mereka tidak akan beralih kepada BN.
Jika adapun terlalu kecil. BN melalui wakil Cinanya MCA dan Gerakan, akan tetap
kalah di kawasan majoriti Cina. Manakala Cina BN yang begitu bersungguh-sungguh
mahukan kerusi kawasan majoriti Melayu tetap akan menang.
Melayu yang memenang
Cina BN. Sedangkan Melayu di kawasan majoriti Cina, berputih mata. Ini realiti
politik Malaysia hari ini. Kita begitu terbuka, manakala bangsa lain begitu
sempit. Sama juga seperti MIC. Kasihan saya kepada MyPPP. Namun, jika UMNO
masih mahu terus memberikan kerusi majoriti Melayu kepada MCA, Gerakan dan MIC,
tidak mustahil kali ini akan kecundang. Biarkan mereka bertanding di kawasan
majoriti mereka. Ditadkirkan kalah, masih diperlukan dalam kabinet, lantik
mereka sebagai senator untuk menduduki kerusi menteri, jika mereka mahu.
Yakinlah! Kerajaan yang memahami Islam tidak akan menganiaya orang bukan Islam
kerana ia asas hidup beragama.
Terbaharu, Sekolah Menengah Persendirian Cina Choong Hwa,
Sentul, Kuala Lumpur diberikan pajakan sebidang tanah berkeluasan 1.2 hektar
bagi tujuan pembinaan kompleks sukan, selama 99 tahun. Tidak sampai 6 bulan,
dua bidang tanah telah dipajakkan kepada sekolah tersebut di tengah-tengah Kota
Raya, yang harga atau nilai tanah seperti emas. Berilah lagi kepada semua sekolah persendirian
yang ada, saya mahu tengok adakah undi Cina akan beralih kepada BN.
Bersyukur sangat menjadi ultra kiasu ketika menjelang PRU,
mereka akan minta apa yang selama ini mereka tidak dapat.
Siapa untung siapa
rugi? Jawapannya sudah berada di kepala masing-masing. Air mata menitis melihat
Sekolah Agama persendirian seperti Maahad Tahfiz, ibarat hidup segan mati tak
mahu. Sekolah Persendirian Cina yang masih tidak diiktiraf sijil peperiksaannya
(UEC), diberikan layanan sebegitu hebat.
Boleh dikatakan
semua Sekolah aliran perdana tidak ada kompleks sukan kerana keterbatasan
kawasan dan budget, jadi apa istimewanya sekolah persendirian Cina diberikan
pajakan tanah untuk pembinaan kompleks sukan. Ya, tidak dinafikan mereka
membinanya dengan wang sendiri, tetapi wajarkah kera di hutan disusukan anak di
rumah mati tak makan?
Saya tidak mahu
komen panjang, semua orang sudah tahu. Cukuplah dengan melontarkan pertanyaan,
sebenarnya kita mahu membina negara bangsa atau mahu membina bangsa? Kita mahu
membina negara untuk 100 tahun atau membina negara untuk setiap 5 tahun, setiap
kali datangnya pilihan raya?
Jika matlamat kita
untuk 5 tahun. Lima tahun akan datang, kita akan terus memainkan politik
melepaskan tali. Saya bimbang selepas ini tidak ada tali yang boleh dihulurkan
lagi, semuanya sudah menjadi milik orang. Pribumi merempat di bumi sendiri.
Tidakkah kita sedar
bahawa semua sekolah Cina yang beroperasi hari ini, sama ada sekolah bantuan
penuh atau sekolah persendirian, prasarana dan infrastruktur mereka sudah
mengalahkan sekolah berasrama penuh. Ada sekolah (SJKC dan persendirian) yang
kelas sepenuhnya berhawa dingin. Penyata kewangan PIBG mereka setiap tahun
berakhir dengan 7 angka. Baki wang mereka begitu banyak. Ini tidak termasuk
pembinaan demi pembinaan baharu yang dilakukan.
Apa yang ingin saya
sampaikan, sokongan dan bantuan daripada jutawan dan kaum mereka begitu tinggi
bagi memastikan survival bahasa dan bangsa. Apabila kerajaan turut membantu,
sudah tentu ia menjadi mencurah-curah sehingga melimpah. Kerajaan beri gaji dan
bangunan. Jutawan mereka tambah dengan segala kemudahan. Yang paling ironi,
SJKC yang paling kurang murid dengan hanya ada 1 pelajar Cina dan selebihnya 22
pelajar Melayu di Hulu Langat, tidak boleh ditutup hanya kerana namanya SJKC.
Jika perkara yang
sama berlaku kepada sekolah agama atau sekolah kebangsaan, pasti ia sudah lama
ditutup daripada beroperasi. Inilah nasib kita. Saya sudah tidak tahu nak kata
apa. Setiap kali saya mengeluarkan kata-kata, saya akan dituduh macam-macam
kata-kata nista. Biarkan masa yang akan menentukan.
Wahai negarawan dan
pemimpin yang tercinta! Saya sering dilabelkan sebagai rasis, ekstremis dan
berbagai label lagi. Saya terima apa juga label kerana sebagai rakyat Malaysia,
saya mahu membina negara bangsa, bukan mahu membina bangsa. Bangsa tidak akan
kekal. Setiap orang pasti akan mati, tetapi yang akan kekal adalah negara
sehinggalah berlakunya, kiamat.
Ultra kasu amat
bijak dan licik. Hari ini kita berikan mereka sekeping tanah, selepas ini ini
mereka akan membina kompleks. Jutawan mereka akan berbondong-bondong memberikan
derma bagi memastikan kompleks sukan menjadi realiti. Mereka akan minta pengecualian
cukai. Selepas itu, mereka akan mendekati wakil rakyat, kerajaan negeri dan
kerajaan persekutuan untuk mendapatkan dana tambahan.
Strategi terakhir,
mereka akan jemput kepimpinan tertinggi negara untuk merasmikan bangunan
tersebut. Mereka akan minta dana tambahan ketika merasmikan, kemuncaknya mereka
akan dapat lagi tambahan beberapa juta. Inilah yang telah berlaku kepada
beberapa bangunan berasaskan kaum yang telah dibina bagi menyempurnakan
pembinaannya dan kelengkapannya.
Sudah tentu apabila
didekati, sebagai pemimpin, mereka akan beri, sebab mahukan undi mereka. Lihatlah
bangunan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) di Serdang, tersergam indah
di tepi lebuh raya. Bangunan ini berdiri megah dengan bantuan kerajaan. Selain
daripada menjadi tempat operasi dan menempatkan segala kegiatan mereka,
bangunan ini juga menempatkan Universiti merdeka dengan bahasa Cina sebagai
pengantara. Bertambah lagi universiti berasaskan bangsa. Akhirnya, mereka dapat
semua, kita melopong. Undi entah ke mana. Sekolah persendirian agama, tetap
tidak berubah. Apakah berbaloi politik sebegini?
Secara tidak langsung,
pemberian pajakan tanah ini, bermakna kita telah mengiktiraf Sijil Peperiksaan
Bersepadu (UEC), sijil yang dikeluarkan dan dikelolakan sendiri oleh sekolah persendirian
ini. Perlu diidingat, UEC sudah menjadi manifestto BN pada PRU14. Bermakna jika
BN menang, UEC akan diiktiraf dengan beberapa syarat. Manakala, jika PH menang,
lebih cepat lagi untuk diiktiraf kerana dalam manifesto PH akan mengiktiraf UEC
tanpa syarat. PH lebih berani dalam matlamat menghalalkan cara, berbanding BN.
Sudah tentu dalam hal ini BN lebih baik daripada PH. Ternyata PH mahu membina
negara dalam negara. Politik sebegini amat bahaya dan rakyat mesti menolaknya.
Saya tidak kisah langsung,
malah akan menyokong sepenuhnya, jika kerajaan mahu membantu Cina (begitu juga
bangsa lain) yang gelandangan bagi mengeluarkan mereka daripada kemiskinan,
kerana ia amat penting dalam pembangunan negara bangsa. Kemiskinan adalah isu
yang amat besar dalam pembinaan negara bangsa. Tetapi memperkayakan lagi
sekolah mereka yang sudah sedia kaya, maaf, saya terpaksa bersuara walaupun
terpaksa berhadapan dengan risiko.
Tidak timbul saya
sebagai seorang Cina tidak menyokong bangsa sendiri. Maaf, saya lebih
mengutamakan pembinaan negara bangsa daripada pembinaan bangsa. Pembinaan
bangsa hanya akan meruntuhkan sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan
yang selama ini kita bina. Pastinya perpaduan kaum akan tergugat apabila ada
sesuatu bangsa yang merasakan mereka lebih superior daripada bangsa lain. Lebih
malang, apabila mereka tidak dapat dikeluarkan daripada kemiskinan.
0 comments:
Post a Comment