Dalam banyak Pilihan Raya Umum (PRU), PRU14
adalah yang paling getir dan kritikal, ibarat antara hidup dan mati, semua
parti-parti politik yang bertanding, terutama BN, PAS dan PH. Sama ada BN dapat
meneruskan kesinambungan legasinya atau tidak, bergantung kepada keputusan
PRU14 itu nanti, yang hanya tinggal lebih kurang seminggu.
Justeru, pengundi mesti membuat pilihan yang
bijak sama ada memilih BN, PAS atau PH. Salah pilih, kita akan merana untuk 5
tahun akan datang. Ada orang berkata, bagilah peluang kepada pakatan ultra
kiasu, tengok dan buat perbandingan mana lebih baik. Jika mereka gagal, tukar
balik 5 tahun lagi.
Persoalannya, bukan mudah untuk ditukar balik,
selepas mereka berjaya memerintah. Contoh, apabila terlepas Pulau Pinang dan
Selangor, bukan senang diambil balik. Ultra kiasu akan pancing hati rakyat
dengan pelbagai insentif dan gula-gula yang akan diberikan. Ultra kiasu ini
bukan bodoh, mereka dalam kalangan orang bijak dan licik. Kita sahaja yang
bodoh, mudah terpedaya dan terperangkap dengan gula-gula mereka.
Ultra kiasu telah sekian lama dapat membaca
psiki dan pemikiran orang Melayu. Ultra kiasu akan suap orang Melayu untuk mencairkan
hatinya, sehingga kita berkata, bagus sungguh dia, walaupun bukan Islam sanggup
membantu kita”. Misalnya, bantuan ultra kiasu kepada masjid dan surau yang mungkin lebih sedikit sebelum ini, seperti
yang dilakukan oleh ultra kiasu Pulau Pinang dan Selangor. Setelah mendapat
bantuan tersebut, maka dalam kalangan kita akan berkata, “bagus sungguh kerajaan
ultra kiasu Pulau Pinang (Selangor). Walaupun bukan Islam, sanggup membantu
masjid dan surau.”
Sebab itu, janganlah terlalu hairan, jika
ultra kiasu memberikan sedikit lebih bantuan kepada rakyat berbanding kerajaan
sebelumnya. Mereka mesti melakukan sedemikian, malah kelihatan seolah-olah lebih
baik. Jika mereka tidak melakukan sedemikian, sudah tentu riwayatnya akan tamat
dalam PRU 15. Justeru, kita mesti bijak membuat pilihan dalam PRU 14 kali ini.
Sekian lama saya menulis, betapa bahayanya
ultra kiasu. Tidak terlepas daripada mendedahkan kebobrokkan ultra kiasu. Dalam
keadaan genting dan kritikal hari ini, saya ulangi lagi, kita mesti menolak
calon ultra kiasu, jangan undi mereka. Alasannya adalah;
Pertama, ultra kiasu anti Islam. Ultra kiasu
hanya mahukan pluralisme. Tidak ada agama yang mengakar, semuanya sama. Islam
dengan agama-agama lain semuanya pukul sama rata. Perkara ini tidak boleh
dibiarkan berlaku. Islam tidak boleh dipukul sama rata dengan agama-agama lain.
Malah agama lain pun tidak mahu disamakan dengan agama Islam.
Islam mesti didaulat seperti mana termaktubnya
Ia dalam perlembagaan. Bukan bermakna, kita mahu menindas agama lain. Tidak
sama sekali. Sejarah Islam membuktikan, Islam tidak pernah menindas bukan
Islam. Rata-rata kita lihat, bukan Islam dapat hidup senang lenang dalam sebuah
negara Islam. Namun, belum tentu Islam dapat hidup aman dalam negara bukan
Islam.
Kedaulatan agalam Islam di Malaysia ini ada sejarahnya.
Islam adalah agama penduduk majoriti pribumi negara ini, agama orang Melayu.
Sebab itu, agama Islam termaktub dalam perlembagaan. Agama yang mengakar Alam
Melayu sekian lama, agama majoriti penduduk Alam Melayu.
Ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia,
ia adalah perkara biasa. Agama majoriti akan mengakar. Sama seperti negara lain
seperti Buddha mengakar di Thailand, China, Sri Lanka dan sebagainya. Di
Thailand misalnya, jangan ada sesiapa pun yang cuba mempertikaikan agama Buddha,
termasuk bangsa Siam sendiri dan rajanya. Semua perkara ini dilindungi. Jika
ada sesiapa yang berani menghina atau merendah-rendahkan, mereka akan
dimasukkan ke penjara.
Kedua, ultra kiasu anti Melayu. Ultra kiasu
tidak mahu orang Melayu yang menjadi ahli dalam parti mereka, yang ada jati
diri Melayu, kuat pegangan Islamnya, hebat akhlaknya dan sebagainya. Ultra
kiasu hanya mahukan Melayu yang liberal, tidak solat, minum arak dan anti
undang-undang Islam. Melayu yang sudah tidak ada jatinya, anti bangsa mereka
sendiri dan anti kepada agamanya sendiri itulah pilihan mereka yang akan
diangkat menjadi calon dan pemimpin mereka. Mereka akan cari dalam kalangan
sosial, komunis dan liberalis. Ini tidak termasuk melaksanakan agenda Kristian
Evangelis mereka.
Saya amat mengharapkan
rakyat dapat menolak parti ultra kiasu dan fahaman komunis yang dibawanya.
Ultra kiasu ini berselindung di bawah sistem demokrasi untuk menyebarkan
ideologi komunis yang dipegang. Sekian lama saya bercakap, kali ini mula
terbukti, terserlah belangnya apabila parti ultra kiasu ini mencalonkan cucu
kepada pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Melayu dalam PRU14. Kenapa tidak letak calon Melayu
ultra kiasu yang lebih baik, seperti bekas wartawan Utusan Malaysia?
Ternyata, orang
seperti bekas wartawan Utusan Malaysia yang ada jiwa Islam, yang menyertai
ultra kiasu, bukanlah pilihan ultra kiasu. Tetapi yang dipilih adalah cucu
pemimpin PKM berfahaman komunis. Tidak puas hati dengan pemilihan ultra kiasu
komunis ini, maka Melayu ultra kiasu yang tidak terpilih itu mencabar cucu
pemimpin PKM untuk berdebat bagi membuktikan dia tidak komunis.
Dakwa Melayu
ultra kiasu tersebut, cucu pemimpin PKM tersebut memasuki DAP pada tahun 2016,
terus diangkat menjadi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan kini diangkat
lagi sebagai calon PRU 14. Ultra kiasu Melayu yang tidak tercalon itu
mengatakan tindak-tanduk dan agenda-agenda yang dilakukan oleh Melayu komunis
ini banyak kepada mirip agenda songsang.
Cucu pemimpin
PKM tersebut menggesa semua pihak tidak
menghakiminya berdasarkan
neneknya, sedangkan sebelum ini, beliau menyatakan neneknya adalah idolanya dan
menyifatkannya sebagai "wirawati dan pejuang bangsa".
Sejak bila
pula PKM menjadi wira pejuang kemerdekaan dan pejuang bangsa? Komunis tetap
komunis. Agenda untuk menguasai Tanah Melayu amat jelas. Setelah Jepun
meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah dalam Perang Dunia Kedua 1945, komunis
telah keluar daripada hutan untuk menguasai Tanah Melayu. Nasib baik, British
cepat sampai dalam tempoh 14 hari, jika tidak pasti negara ini telah diperintah
Komunis.
Sebelum ini
saya turut membaca kenyataan cucu pemimpin komunis tersebut betapa beliau
sangat teruja menjadi ahli parti ultra kiasu kerana perjuangan Malaysian
Malaysia yang dibawa. Apakah cucu PKM ini faham akan maksud Malaysian Malaysia?
Jika tidak faham mari saya ajarkan.
Malaysian
Malaysia adalah perjuangan ultra kiasu sekian lama. Malaysia untuk rakyat
Malaysia. Memang benar, Malaysia untuk rakyat Malaysia. Tetapi apakah kita
faham maksud yang terselindung di sebalik konsep ini? Ternyata bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan. Dalam maksud, mereka mahukan hak-hak istimewa
orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dihapuskan supaya semuanya
menjadi sama.
Ketiga, ultra kiasu anti perlembagaan. Mereka
tidak mahu ada perkara kelebihan yang berkaitan dengan Melayu, seperti
kedudukan Islam, bahasa Melayu, kedudukan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera. Perkara ini amat penting untuk mereka melunaskan agenda
Evangelis Kristian yang dibawanya.
Caranya dengan memecahkan parti-parti politik
Melayu yang menjadi sekutunya supaya dia dapat menguasai.
Lahirnya PKR,
PAN dan PPBM adalah sebahagian perancangan mereka. Setelah parti Melayu berpecah,
ultra kaisu pecahkan dalam kalangan mereka sesama parti untuk melemahkan mereka
lagi. Sekali lagi berjaya. Nasib baik PAS dapat mencium baunya, maka PAS keluar
dan rela bersendirian.
Pendek kata,
politik Malaysia hari ini, tidak boleh berharapkan sesiapa lagi melainkan UMNO
dan PAS. Bukan kerana saya terlalu menyokong kedua parti ini. Tetapi inilah
parti yang masih lagi belum berjaya dikuasai ultra kiasu. Pilihan kita hanya dua, sekiranya kita
menolak Umno, maka beralihlah kepada Pas, kerana itulah sahaja pilihan yang
kita ada
0 comments:
Post a Comment