Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, May 14, 2018

PRU14: Hinanya jika Islam diperkotak-katikkan

9:40 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

Artikel ini telah disiarkan minggu lalu sebelum PRU14


Insiden gambar Tun M dan Anwar Ibrahim dipotong sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita. Semua ini telah dirancang oleh ultra kiasu untuk menagih simpati rakyat bagi mereka beroleh kemenangan. Mereka sudah tunggu untuk merakamkan aksi tersebut. Ibarat kemalangan belum berlaku,lori tunda sudah bersedia untuk menunda. Jika saya seorang juri lakonan, sudah tentu saya akan berikan markah paling tinggi kepada ultra kiasu. Lakonan mereka cukup mantap dan meletop.

Kita jangan tertipu dengan psywar dan psyops ultra kiasu pada saat akhir dalam menagih undi simpati Melayu bagi mendapat majoriti lebih besar dalam PRU14 ini. Bila ultra kiasu mendapat undi simpati Melayu nanti, mereka akan mencanangkan partinya telah diterima Melayu dan tidak rasis.

Ultra kiasu tidak pernah suka kepada Tun M. Ultra kiasu sudah tahu menggantung gambar Tun M yang tidak ada kaitan dengan kawasan mereka adalah satu kesalahan, tetapi mereka tetap lakukan.

Apa relevannya menggantung gambar Tun M dan Anwar Ibrahim di kawasan majoriti Cina yang selama ini mengundi mereka. Tidak lain, ini adalah satu perangkap. Gantunglah gambar siapapun, Majoriti Cina tetap undi ultra kiasu. Iktiraflah UEC untuk sekolah Persendirian Cina, undi mereka tetap kepada ultra kiasu

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, ultra kiasu telah bersedia dengan segala jentera untuk merakam semua perkara bagi menunjukkan zalimnya penguatkuasa (SPR) demi menagih simpati rakyat

Strategi menggunakan logo PKR juga adalah strategi licik mereka untuk meraihkan simpati pengundi Melayu. Mereka sudah tahu, bahawa majoriti Cina tidak akan mengundi BN. Justeru, dengan menggunakan lambang PKR, mereka dapat memancing undi Melayu. Sekali lagi kita terperangkap. Seperti yang kita sedia maklum, Melayu memang elergi dengan logo roket.

Sebelum itu, mereka politikkan isu logo untuk menagih simpati rakyat. Kononnya mereka tidak dapat lagi menggunakan roket atas kezaliman Pendaftar Pertubuhan (RoS). Peluang digunakan sepenuhnya apabila keputusan PH setuju menggunakan logo PKR. Kenapa tidak cadangkan sahaja menggunakan logo Roket, bukankah parti roket ultra kiasu itu lebih lama daripada parti-parti lain dalam PH? Sekali lagi kita terperangkap dalam sandiwara ultra kiasu.

Saya tidak pasti, sama ada ultra kiasu ini benar-benar dilatih oleh Israel, tetapi melihat kepada kelicikan dan perancangan mereka, adalah tidak mustahil.

Ultra kiasu sedaya upaya mahukan kemenangan PRU14. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk menagih simpati, bermain dengan emosi, berlakun, buat drama, video pendek dan sebagainya.

Daripada awal lagi parti ultra kiasu telah berterus terang bahawa mereka bersetuju mengangkat Tun M mengetuai PH hanya untuk menarik pengundi Melayu untuk mengundi Cina ultra kiasu. Apakah kita masih tidak faham kejahatan ultra kiasu ini.

Malangnya, kita terus berpolitik mengikut rentak ultra kiasu. Jika ultra kiasu meletakkan calon Cina/India di kawasan majoriti Melayu dengan pecahan  seperti (45% Melayu-33% Cina-22 India dan lain-lain), BN pun terikut sama meletakkan Cina/India. Kenapa tidak letakkan sahaja calon Melayu kawasan majoriti Melayu seperti yang dilakukan PAS. Misalnya, Parlimen Padang Serai, Kedah (majoiriti pengundi adalah Melayu iaitu 59%, Cina 20% dan India 21%), Alor Setar, Kedah (majoriti pengundi adalah 62%, Cina 32% dan India 4%), Tanjung Malim, Perak (majoriti pengundi Melayu 56%, Cina 26% dan India 13%), Sungai Buloh, Selangor ( majoriti Melayu 66%, Cina 22% dan India 11%), Ayer Hitam, Johor (majoriti pengundi Melayu 58%, Cina 38% dan India 4%) dan banyak lagi kawasan  parlimen lain, ini tidak termasuk DUN.

Kita terikut-ikut rentak musuh Islam meletakkan calon bukan Melayu. Cuma Pas yang meletakkan calon Islam. Bila Pas meletakkan calon Islam, undi Islam (Melayu) berpecah lagi. Sampai bila Melayu boleh menang jika begitu keadaannya. Bukan saya rasis atau tidak menyukai bukan Melayu atau bukan Islam, mereka tetap sahabat saya jika ada rasa hormat terhadap agama negara dan rang undang-undang berkaitan Islam. Ini tidak, kebanyakan mereka yang bertanding adalah dalam kalangan anti Islam.

Secara umumnya pembahagian kerusi mengikut etnik PRU14 yang merugikan kerusi Melayu adalah seperti berikut:

Perlis: Melayu-3
Kedah: Melayu-12, Cina-2, India-1
Kelantan: Melayu-14
Terengganu: Melayu-8
Pulau Pinang: Melayu-4, Cina-8, India-1
Perak: Melayu-12, Cina-10, India-2
Pahang: Melayu-10, Cina-3, India-1
Selangor: Melayu-8, Cina-10, India-4
Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya: Melayu-5, Cina-7
Negeri Sembilan: Melayu-5, Cina-2, India-1
Melaka: Melayu-4, Cina-2
Johor: Melayu-14, Cina-11, India-1
Sabah: Bumiputra Islam-13, Bumiputra bukan Islam-9, Cina-4
Sarawak: Bumiputra Islam-8, Bumiputra bukan Islam-16, Cina-7

Jumlah Keseluruhan: Melayu-99 (mewakili 45% sedangkan populasinya lebih 50%), Cina-66 (30% sedangkan populasinya hanya 23%), India-11 (5% berbanding populasi sebenar), Bumiputra Islam-21 (9%), Bumiputra bukan Islam-25 (11%)

Melayu yang sepatutnya populasi lebih 50%, hanya mendapat kerusi 45%, selebihnya terpaksa dikongsikan dengan parti lain. Peratusannya tidak mencerminkan populasi penduduk sebenar. Siapakah yang untung, kalau bukan orang bukan Melayu dan bukan Islam?

Alahai malang sungguh berpolitik cara Melayu terlalu menjaga hati kawan. Belum tentu kawan dapat menjaga hati kita.

Adakah calon-calon bukan Melayu ini ingin menegakkan agenda Islamisasi di negara ini. Sudah tentu belum jawapannya. Tetapi yang menimbulkan persoalan ialah dalam PRU 14 ini, kelihatan pihak tertentu ingin mematikan agenda Islamisasi dengan menyerang PAS. Bagi mereka apabila PAS hancur kekuatannya khusus di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Maka dengan mudahnya pihak tersebut menguasai UMNO di kemudian hari. Tanpa ada PAS dalam Dewan Rakyat, maka suara agenda Islam akan berkurangan. Akibatnya, agenda Islam di negara ini akan terjejas. Seterusnya dalam PRU 15, UMNO dengan mudah menjadi sasaran untuk dilemahkan segala kekuatannya tanpa ada pertolongan PAS.

Maka dengan ini, PRU 14 adalah disasarkan untuk membuat kejutan Tsunami ke atas PAS dan bukannya UMNO. Seperti yang diketahui, dalam PRU 12 kekuatan blok komponen BN bukan Melayu akan dilemahkan bermula MIC dan Gerakan dan menyebabkan dua buah negeri jatuh. Dalam PRU 13, begitu mudah MCA dan komponen parti-parti bukan Melayu dijatuhkan seperti SUPP, LDP dan sebagainya. Maka dalam PRU 14 ini, untuk melemahkan agenda Islam dan Melayu, sasarannya adalah PAS. Mematikan watak PAS dalam politik Malaysia hanya untuk 5 tahun sudah cukup untuk melengkapkan agenda sekularisasi di amalkan di negara ini. Kekuatan Melayu dan Islam sebenarnya terletak pada UMNO dan PAS. Kedua-dua saling lengkap melengkapi antara satu sama lain walaupun sering bertegah Islam ala PaS atau Islam ala UMNO. Tapi tanpa ada PAS, maka UMNO akan mengikut rentak puak ultra kiasu disebabkan penguasaan kerusi bukan Melayu akan melebihi kerusi Melayu di Dewan Rakyat.

Kita sudah lama terperangkap permainan ultra kiasu. Kesilapan BN ikut rentak ultra kiasu. Akhirnya kawasan majoriti Melayu diwakili oleh Cina atau India. Berbaloikah politik sebegini? Adakah toleransi ini dihargai? Adakah ultra kiasu menyokong cara hidup Islam dan rang undang undang Islam?

Saya fikir kita perlu berpolitik seperti politik orang Kelantan. Rakyat Kelantan lebih bijak berpolitik. Mereka berlawan sesama mereka. Tidak kira siapa yang berjaya, yang penting ia tidak jatuh kepada ultra kiasu. Biar apapun orang bercakap tentang Kelantan, pada saya, Kelantan masih perlu berada di bawah PAS. Kelantan berada di tangan orang yang baik-baik, bukan menafikan orang lain tidak baik. Setakat ini kerajaan Kelantan tidak pernah didakwa dengan salah laku rasuah. Perkara dan kelemahan kecil itu biasa, sebab kita bukan malaikat.

Hujah mengatakan bahawa ramai rakyat Kelantan berada di Kuala Lumpur mencari rezeki adalah sangat dangkal. Adakah Kuala Lumpur hanya perlu dihuni oleh orang Kuala Lumpur sahaja? Jika boleh dibuat perbandingan antara bandaraya Kota Bahru dengan Ipoh. Saya masih mengatakan Kota Bharu mendahului bandar-bandar lain. Kota Bharu adalah tempat persinggahan paling popular pendaratan sebanyak lebih 50 buah kapal terbang sehari.

Kelantan tidak boleh jatuh kepada tangan pengkhianat kerana penghianat ini juga dahulu yang bersama PAS. Selepas dikhianati, tidak ada satupun kebaikan yang ada pada Pas pada pandangan mereka, semuaya buruk. Lebih malang, dibongkarkan perkara-perkara dalam kelambu yang disewajarnya hanya kerana nafsu amarah  gagal dalam percaturan kuasa. Adakah semua ini akhlak Islam. Sedangkan dalam Islam, apabila berlaku perceraian anatra suami isteri, maka kita dilarang menyebarkan aib salah seorang. Ini tidak, semua aib, seolah-olah tidak ada satu pun perkara baik yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Puak-puak penghianat ini selalu menggunakan hujah dan tokoh almarhum Nik Abdul Aziz, semuanya menggunakan perkata “kalau” yang sangat dilarangn dalam Islam, Kalau Nik Aziz  masih hidup pasti PR masih wujud. Nik Aziz sokong PH. Mana mereka tahu? Mereka tidak boleh melebihi kuasa Tuhan.

Saya harapkan pembangkang utama hari ini terutama dalam kalangan Umno dapat memahami keadaan ini. Umno perlu bersyukur, kerana dengan izin Allah berlaku perpecahan dalam PR apabila Pas keluar sehingga tertubuhnya PH. Semua ini adalah ketentuan daripada Allah untuk memberi peluang keapda Umno untuk menyambung tali hayat dan melakukan musahasah. Jika Pas masih dalam PR, pasti kerajaan yang diterajui Umno BN akan tumbang dalam PRU 14. Tetapi kuasa Allah adalah segalanya. Pas membuat keputusan terbaik, keluar daripada PR.

Pas bukan parti sebodoh yang disangka, walaupun nampak keputusan yang dibuat keluar daripada PR itu macam seolah-oleh keputusan bodoh. Mana mungkin sudah berada di ambang puncak kuasa, mengambil keputusan sedemikian. Dalam Pas penuh dengan profesioanal, selain ustaz. Tetapi Pas sanggup ambil keputusan yang tidak popular ini. Kenapa? Ini semua kerja Allah s.w.t. yang berkuasa membolak-balik hati manusia untuk masa hadapan yang lebih gemilang

Muhasabah ini amat penting kepada Umno untuk difikirkan. Saya bukan kata kerajaan Pas Kelantan adalah terbaik, tetapi inilah pilihan yang kita ada. Jangan biarkan penghianat menguasai kerajaan Kelantan kerana mereka bersubahat dengan ultra kiasu yang anti Islam. Bayangkan apabila mereka yang bersubahat dengan anti islam memerintah, ke manakah mahu dibawa kerajaan yang diterajuinya?

Saya tidak pernah melarang Umno merampas kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang kerana sudah sewajarnya kerajaan ini ditumbangkan kerana terlalu bongkak dengan apa yang mereka lakukan. Wal hal tidak seberapa mana pun. Apa yang mereka lakukan adalah penerusan daripada kerajaan sebelumnya. Memanglah wajarlah jika mereka nampak lebih baik sedikit, kerana mereka mesti melakukan sedemikian bagi membolehkan mereka mengekalkan kuasa. Jika mereka melakukan sebaliknya, yakni, lebih buruk, pasti tali hayatnya semakin pendek.

Harapan saya jika kerajaan BN yang diterajui Umno dapat meneruskan kesinambungan legasinya, menerajui kerajaan selepas PRU14 ini, maka bermusahabahlah dan bertaubatlah dengan taubat nasuha untuk melakukan yang terbaik, Pastikan kerajaan yang dibina adalah kerajaan bersih, yang jauh daripada unsur rasuah, kroni dan salah laku yang boleh menghancurkan sesebuah negara. Ingat! Peluang datang hanya sekali, mungkin ia tidak datang lagi pada masa akan datang. Saya tidak boleh bayangkan jika selepas ini Pas kembali kepada PH jika Umno melayan rakan seagamanya seperti musuh, musuh anti Islam.

Berikanlah kemenangan kepada Pas di Kelantan, seburuk-buruk Pas kerajaan Pas masih berada dalam keadaan terkawal. Sebaik-baik PAN (PH)  seperti yang didakwa, belum tentu menandingi kerajaan sedia ada.

Strategi terakhir yang boleh digunakan bagi menyelamatkan Melayu dan Islam adalah, sekiranya Umno dan Pas merasakan kerusi yang ditandingi itu, tidak boleh dimenangi, maka beralihkan kepada salah satu parti itu bagi membolehkan ia menang menewaskan PH. Jika Pas merasakan dia tidak dapat memenangi kawasan Shah Alam misalnya, maka undilah Umno. Sebaliknya jika Umno tidak dapat memenangi kerusi tersebut, maka berikan undi kepada Pas. Jangan sama sekali membiarkan PH menang. Kerana parti-parti majoriti Melayu hanya akan menjadi kuda tunggangan ultra kiasu.  Perkara ini amat penting demi masa depan Malaysia yang gemilang

Paling tidak pun, kekalkan momentum PRU13, BN menang dengan majoriti yang tidak banyak daripada 222 dengan tidak mendapat dua pertiga. Keputusan lebih baik daripada jatuh kepada tangan ultra kiasu yang anti Islam, anti Melayu dan anti perlembagaan. Selamat mengundi….


0 comments: