Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Tuesday, May 15, 2018

Sampai bilakah mahu berubah?

8:54 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

Sampai bilakah mahu berubah?

Ketika rakyat Malaysia sibuk memperkatakan pembinaan negara bangsa pasca PRU14, tiba-tiba Hua Zong, sebuah pertubuhan berpengaruh Cina yang amat berpengaruh dalam menentukan hala tuju orang Cina, mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) turut diberikan dalam kalangan kaum Cina. Rasis betul! Beliau tinggal di mana?

Sementelahan, Majlis Peguam mencadangkan bekas presidennya, Ambiga Sreenevasan dipertimbangkan untuk jawatan Peguam Negara. Majlis Peguam berkata, Ambiga adalah yang terbaik dan mendapat kepercayaan orang awam serta peguam. Ini pun rasis. Sudah tidak ada lagikah peguam-peguam handal di Jabatan Peguam Negara atau di luar sana selain daripada Ambiga?

Apa erti semua ini? Jangan kerana dia orang India, yang cadangkan pun orang India juga. Biarlah YDPA yang menentukan atas nasihat PM. Mereka lebih arif bijaksana, bukan bijaksini seperti Majlis Peguam. Saya menjadi begitu hairan, kenapa kuasa yang menjadi taruhan? Bagilah idea lain yang boleh membina pembangunan negara bangsa. Sudah sampai masa pertubuhan seperti Hua Zong, Majlis Peguam dan ultra kiasu yang lain bersikap terbuka dan menghormati perlembagaan dan sensitif kaum majoriti di negara ini.

Kepada Hua Zong yang mempunyai bangunan sendiri 12 tingkat, di Serdang, tidak cukupkah lagi bantuan kerajaan sebanyak RM5 juta tahun lalu? Bangunan yang tertulis perkataan ‘Hua’ di menaranya  bermaksud ‘Cina’, eloklah juga ditulis dalam bahasa Melayu, supaya tidak nampak terlalu rasis.

Untuk makluman, selain menjadi bangunan pentadbiran, bangunan itu juga turut menempatkan Sekolah Cina dan Kolej berteraskan Cina. Saya cukup teruja untuk melihat Hua Zong mahu mengorak langkah ke arah pembinaan negara bangsa dengan mengambil pendekatan Sekolah Wawasan iaitu sekolah yang menempatkan semua kaum, dan bukannya sekolah Cina semata.

Saya lebih teruja sekiranya rakyat Malaysia ini tampil dengan cadangan-cadangan yang membina bagi membantu membangunkan negara tercinta. Misalnya, memberikan cadangan bagaimana menyelesaikan masalah negara yang didakwa penuh dengan hutang. Mungkin kita boleh mewujudkan Tabung Rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang telah dikayakan oleh sistem yang ada, perlu tampil membantu ketika negara dalam kesusahan. Inilah masanya untuk mereka membuktikan kesetiaan kepada negara melalui kejayaan berbilion yang dijana hasil daripada sistem yang membenarkan mereka kaya. 40 rakyat Malaysia terkaya di Malaysia yang mempunyai harta puluhan bilion ringgit, takkan tidak boleh berkorban untuk negara tercinta.

Jangan asyik membina kekayaan sendiri. Siapakah yang memperkayakan mereka ini jika bukan sistem yang sedia ada yang membenarkan mereka menjadi kaya?

Sebab itu, berhentilah daripada memperkatakan soal jawatan, minta sana dan minta sini. Bercakap soal yang lebih besar. Bantulah PM untuk membina negara bangsa di bumi bertuah ini. Sampai bila kita mahu sedar, sedangkan sudah lebih 60 tahun kita merdeka.

Sedih apabila mendengar, MB Johor yang baharu dilantik apabila ditanya oleh wartawan soal peruntukan untuk kerusi pembangkang, maka jawapannya adalah kita akan buat seperti mana BN buat, iaitu mengabaikan peruntukan kepada pembangkang. Kenapa mesti berkata sedemikian? Dendam kesumat tidak pernah kunjung padam? Sampai bila kita mahu berfikir cara dunia ketiga? Sepatutnya berilah bantuan, malah beri lebih lagi, baharulah matang. Ini macam budak-budak. Yang kita bicara ini adalah saudara seagama, bukan orang lain. Jika orang lain pun, saya tidak setuju diperlakukan sebegini.

Ingat! Jika PH lakukan juga seperti mana yang dilakukan oleh BN pada masa lalu, 5 tahun lagi, rakyat akan menghukum kamu. Adakah salah rakyat memilih pembangkang? Apakah rakyat yang memilih pembangkang tidak ada hak langsung dalam sebuah negara bangsa? Jika begitu namanya apa erti sistem demokrasi yang kita amal? Demokrasi memberikan kuasa kepada  rakyat untuk memilih pemimpin yang terbaik. Hormatilah pilihan itu. Salahkah mereka memilih pembangkang?

Bersikap matanglah. Contohilah pemikiran negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Britian. Contoh, pemimpin mereka silih berganti parti, tetapi mereka tidak ada agenda membalas dendam. Ketika Obama (Demokrat) berjaya menewas Mc Cain (Republican) 2008, McCain kata, dia akan terus menyokong Obama jika Obama berada di landasan yang betul. Contohilah sikap mereka ini, meskipun mereka bukan Islam. Betul kata Muhammad Abduh, nilai Islam ada pada orang bukan Islam, sedangkan bagi orang Islam, nilai agamanya semakin jauh.

Obama dalam pidato kemenangan di Grant Park, Chicago, Illinois, Amerika Syarikat, berkata;

Senator McCain fought long and hard in this campaign. And he's fought even longer and harder for the country that he loves. He has endured sacrifices for America that most of us cannot begin to imagine. We are better off for the service rendered by this brave and selfless leader. I congratulate him; I congratulate Governor Palin for all that they've achieved. And I look forward to working with them to renew this nation's promise in the months ahead.(CNN 2008)

Lalu, McCain memberikan respon kepada Obama dengan kata-kata:

Senator Obama has achieved a great thing for himself and for his country. I applaud him for it, and offer him my sincere sympathy that his beloved grandmother did not live to see this day. Though our faith assures us she is at rest in the presence of her creator and so very proud of the good man she helped raise. Senator Obama and I have had and argued our differences, and he has prevailed. No doubt many of those differences remain. These are difficult times for our country. And I pledge to him tonight to do all in my power to help him lead us through the many challenges we face. I urge all Americans who supported me to join me in not just congratulating him, but offering our next president our good will and earnest effort to find ways to come together to find the necessary compromises to bridge our differences and help restore our prosperity, defend our security in a dangerous world, and leave our children and grandchildren a stronger, better country than we inherited. Whatever our differences, we are fellow Americans.

Lihatlah, betapa profesionalnya mereka. Yang menang tidak sombong dengan kemenangannya. Yang kalah, tidak mencari-cari alasan untuk menggugat kemenangan lawan. Menang tanpa dendam, menang tanpa merendahkan pihak lawan. Bahkan Obama mengharapkan kerjasama dengan McCain untuk melakukan perubahan bersama demi untuk  Amerika Syarikat. Ada baiknya kita belajar dari Obama dan McCain.

Hukumlah mereka yang melakukan kesalahan. Tetapi jangan hukum rakyat yang menyokongnya. Begitu juga 1000 kebaikan yang dibuat, hanya dengan 1 kesilapan, habis 999 kebaikan hilang begitu sahaja. Berbaloikah politik sebegini. Dalam kata lain, kita suka orang ditimpa kesusahan. Berubahlah wahai saudaraku.

Akhirnya, pohon saya kepada bukan Melayu, jangan diungkit-ungkit lagi perkara sensitif berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera dan agama Islam sudah termaktub dalam perlembagaan. Hargai toleransi yang telah kita kecapi selama ini.

0 comments: