https://www.ismaweb.net/2018/05/28/jadilah-manusia-yang-ada-harga-diri-dan-maruah/
Jadilah manusia yang ada harga diri dan maruah
Tidak perlu dihurung-hurung Perdana
Menteri dan Menteri kabinet yang dilantik. Jagalah harga diri dan maruah diri.
Rezeki, ajal maut dan segalanya di tangan Allah s.w.t. Saya begitu sedih
apabila ada sebahagian daripada kita kerjanya dok hurung PM dan Menteri-Menteri
PH bagi mendapatkan habuan dan pangkat, walaupun sebelum ini mereka menentang.
Saya bukanlah dalam kalangan yang
sealiran dengan pemimpin PH. Saya kenal sebahagian besar mereka. Tetapi bukan
kerja saya hurung mereka meski pun sudah bertaraf menteri. Apa yang penting,
jalankan kerja yang telah diamanahkan.
Malu orang lain tengok, bila kita
seolah-olah tidak ada harga diri dan maruah, hanya mahukan kuasa dan
kepentingan tertentu. Mulianya kita bukan kerana pangkat dan kuasa. Semua itu
hanya sementara. Mulianya kita kerana iman dan takwa serta harga diri dan
maruah.
Saya pun boleh lakukan sedemikian, kerana saya adalah Naib Yang
diPertua PERKIM manakala Tun M adalah Yang diPertua. Paling kurang setahun enam
kali kami akan bermesyuarat sejak 4 tahun yang lalu. Tetapi saya bukan jenis kaki
kipas dan kaki bodek. Saya akan tegur jika ada kesilapan dan kelemahan.
Rezeki kita di tangan Allah bukan
tangan manusia. Saya begitu teruja komen A. Kadir Jasin yang meluahkan rasa
'loyanya' terhadap golongan hartawan 'munafik' yang kembali menghurung PM Tun M.
Beliau berkata, ramai kini muncul kembali, termasuk untuk berbuka puasa bersama
PM Pakatan Harapan itu di Putrajaya. Sebelum ini mereka tidak pernah hadir
dalam majlis buka puasa dan acara lain (melibatkan Mahathir).
Saya minta
Kadir jangan salah mereka. Inilah budaya politik Malaysia yang telah lama
bertapok. Hurung-menghurung. Kita tidak profesional seperti negara maju. Siapa
pun memerintah, bisnes berjalan seperti biasa. Bukan macam kita, pasti bisnes
mereka yang membangkang sebelum ini akan terancam. Berdendam dan membalas dendam.
Ini bukan sifat dan akhlak Islam? Sampai bila nak maju?
Bersikap matanglah. Contohilah
pemikiran negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Britian. Contoh, pemimpin
mereka silih berganti parti, tetapi mereka tidak ada agenda membalas dendam. Meskipun
mereka tidak Islam, tetapi akhlaknya lebih Islam dari orang Islam. Betul kata
Muhammad Abduh, nilai Islam ada pada orang bukan Islam, sedangkan bagi orang
Islam, nilai agamanya semakin jauh.
Ketika Obama (Demokrat) berjaya
menewas Mc Cain (Republican) 2008, McCain kata, dia akan terus menyokong Obama
jika Obama berada di landasan yang betul. Obama dalam pidato kemenangan di
Grant Park, Chicago, Illinois, Amerika Syarikat, berkata;
Senator McCain fought long and hard in this campaign. And he's fought even
longer and harder for the country that he loves. He has endured sacrifices for
America that most of us cannot begin to imagine. We are better off for the
service rendered by this brave and selfless leader. I congratulate him; I congratulate
Governor Palin for all that they've achieved. And I look forward to working
with them to renew this nation's promise in the
months ahead.(CNN 2008)
Lalu, McCain memberikan respon kepada Obama dengan kata-kata:
Senator Obama
has achieved a great thing for himself and for his country. I applaud him for
it, and offer him my sincere sympathy that his beloved grandmother did not live
to see this day. Though our faith assures us she is at rest in the presence of
her creator and so very proud of the good man she helped raise. Senator Obama
and I have had and argued our differences, and he has prevailed. No doubt many
of those differences remain. These are difficult times for our country. And I
pledge to him tonight to do all in my power to help him lead us through the
many challenges we face. I urge all Americans who supported me to join me in
not just congratulating him, but offering our next president our good will and
earnest effort to find ways to come together to find the necessary compromises
to bridge our differences and help restore our prosperity, defend our security
in a dangerous world, and leave our children and grandchildren a stronger,
better country than we inherited. Whatever our differences, we are fellow
Americans.
Lihatlah, betapa profesionalnya mereka. Yang menang tidak sombong
dengan kemenangannya. Yang kalah, tidak mencari-cari alasan untuk menggugat
kemenangan lawan. Menang tanpa dendam, menang tanpa merendahkan pihak lawan.
Bahkan Obama mengharapkan kerjasama dengan McCain untuk melakukan perubahan
bersama demi untuk Amerika Syarikat. Ada
baiknya kita belajar dari Obama dan McCain.
Ketika Umar dilantik menjadi khalifah, beliau meminta rakyat
menegurnya jika melakukan kesalahan. Maka bangun seorang pemuda menghunuskan
pedang seraya berkata: Pedang inilah wahai Umar yang akan membetulkan kamu,
jika kamu menyeleweng. Lalu Umar menjawab: Alhamdulillah, pujian bagi Allah
yang menjadikan kamu dalam kalangan umat Muhammad yang sanggup meluruskan Umar
dengan pedangnya.
Dalam kisah yang lain, Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorang
peminum arak, Umar menerima teguran tersebut dengan dada terbuka. Sahabat yang
melihat merasa pelik dan janggal, lalu bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kenapa
kamu terima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak? Umar menjawab: Ya,
dia berdosa kerana minum arak tetapi teguran dia kepadaku adalah benar.
Pada hemat
saya, menyindir mereka yang menghurung PM dan Menteri kerajaan baharu, dengan
istilah hurung, munafik dan tikam belakang adalah tidak sesuai. Lebih baik kita mencontohi rakyat ketika
pemerintahan para sahabat Saidina Abu Bakar, Umar dan Ali. Ambillah iktibar
perbualan Saidina Ali dan rakyat. Ketika Ali memerintah, seorang rakyatnya
bangun menegurkan dengan berkata, kenapa pada zaman engkau negara asyik berada
dalam keadaan tidak stabil, berbanding dengan zaman Umar aman tenteram. Ali
menjawab: pada zaman Umar, khalifah dapat rakyat seperti aku. Malangnya, pada
zaman aku, aku dapat rakyat seperti kamu.
Ingatan saya kepada mereka yang baharu
naik takhta, ambillah sekali lagi iktibar ketika Abu Bakar memegang kuasa. “Patuhilah
aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhinya
keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku.”
Sepanjang perkhidmatan saya dalam
sektor awam hingga kini, saya telah beberapa kali dikenakan tindakan tatatertib
hanya kerana ada kalanya saya lantang mengkritik pemimpin atau menteri tertentu.
Saya tetap terima dengan seadanya. Pernah saya diberik amaran keras hanya
kerana sepentas berforum bersama Tun M suatu ketika dahulu.
Saya pernah dipanggil oleh Tun M untuk
berbincang mengenai betapa tenatnya rasuah di negara kita. Saya bercakap terus
terang bahawa rasuah adalah lebih hina daripada makan babi. Jika tidak ada
pilihan lebih baik makan babi.
Nasihat saya kepda kabinet yang baharu
dilantik, jalankan tanggungjawab dengan penuh integriti. Pastikan tidak
terlibat dengan gejala yang merosakkan seperti rasuah.Tidak perlu membalas
dendam dan berdendam kepada mereka yang lalu. Jika mereka salah, dakwa mereka.
Hukumlah mereka. Tetapi jangan hukum
rakyat yang menyokongnya. Begitu juga 1000 kebaikan yang dibuat, hanya dengan 1
kesilapan, habis 999 kebaikan hilang begitu sahaja. Berbaloikah politik
sebegini. Dalam kata lain, kita suka orang ditimpa kesusahan. Berubahlah wahai
saudaraku.
Maruah diri itulah
harga diri. Ada maruah adalah harga, tiada maruah, tiadalah harga. Harga diri
tidak boleh dijual beli. Biar miskin, biar papa, tidak mengapa, asalkan ada
harga diri. Tiada guna harta, ilmu di dada, berjawatan, jika tiada maruah. Tiada maruah diri, ibarat
binatang yang hidup berupa manusia.
Jika sudah bersifat
binatang, siapa akan hormati kita. Ingatlah! orang yang bermaruah akhlaknya
mulia, ada sifat malu. Mereka sangat takut dengan Allah. Dengan manusia tidak
meminta-minta. Miskin tidak meminta-minta, kayanya berkhidmat untuk manusia.
Orang marah, dia
selamba. Dendam tiada, pemaaf pula. Ketika hidup miskin, dia macam orang kaya,
kerana tidak meminta-minta. Dengan siapa sahaja dia boleh berkawan, tapi dia
tetap dia, kerana dia tidak melakukan
kerja-kerja hina.
0 comments:
Post a Comment