Kurang seminggu, belum pun kabinet terbentuk sepenuhnya
selepas PRU 14, pertubuhan cina yang sangat berpengaruh dalam kalangan
masyarakat Cina, Hua Zong mula mendesak agar jawatan TPM diwujudkan untuk
mewakili orang Cina. Pelik saya, kita mahu membina negara atau membina bangsa.
Seeloknya, berikan idea untuk pembinaan negara bangsa yang lebih gemilang
berteraskan perlembagaan persekutuan, bantu PM, Tun Mahathir. Ini tidak, dalam
pemikiran mereka, asyik Cina, Cina dan Cina. Sampai bila kita mahu berubah,
tatkala rakyat sudah mahukan perubahan. Bagaimana dengan bangsa lain?
Kenapa menjadi terlalu rasis?. Jika jawatan TPM
diwujudkan untuk kaum Cina, bagaimana dengan kaum lain? lebih-lebih lagi wakil
Sabah dan Sarawak yang saya fikir mereka lebih layak, sebab mereka adalah
penduduk asal. Pembentukan Malaysia berlaku kerana adanya Sabah dan Sarawak
membentuk Malaysia. Jika tidak, negara ini akan kekal dengan nama Tanah Melayu.
Jagalah hati orang lain. Elok juga orang sebegini diajarkan subjek sejarah
negara ini.
Jangan terlalu ultra kiasu ketika rakyat mahukan
perubahan. Saya cuba elakkan istilah ini tatkala rakyat sudah mahukan
perubahan. Tetapi terpaksa juga menggunakannya. Cubalah bersikap seperti
menteri kewangan yang baharu dilantik.
Saya begitu teruja mendengar, apabila Lim Guan Eng
dilantik menjadi menteri kewangan, ketika ditanya wartawan, akan perlantikannya
sebagai menteri kanan iaitu menteri kewangan, yang selama ini dipegang oleh
ahli Parlimen Melayu, kali ini diberikan kepada beliau mewakili kaum Cina,
beliau menjawab dalam bahasa Inggeris,
I am Malaysian, don't see myself as Chinese,
bermaksud, saya anak Malaysia, jangan lihat saya sebagai seorang Cina. Jawapan
inilah yang saya nanti-nantikan selama ini bagi kumpulan yang saya labelkan
sebagai ultra kiasu, bagi mengurangkan persepsi negatif saya selama ini. Saya
harap jawapan ini datang daripada hatinya. Bukan sekadar nak ambil hati.
Saya tidak boleh bayangkan jika soalan ini ditanyakan
kepada MCA atau Gerakan, sudah pasti jawapannya berlainan sekali. MCA dan
Gerakan akan berkata, syukur sangat-sangat, sekian lama jawatan menteri
kewangan diberikan kepada orang Melayu lebih 40 tahun yang lalu, pada kali ini
kaum Cina telah diberikan kepercayaan.
Jika ramai orang Cina bersikap sebegini Menteri
Kewangan ini, saya tidak perlu bimbang lagi.
Namun, kenyataan ketua Hua Zong yang mahukan jawatan
TPM mula merisaukan saya. Kenapa perlu ada jawatan TPM untuk kaum Cina
sahaja.
Adakah selama ini orang Cina tertindas? Sudah tentu
tidak. Justeru, kenapa kenyataan ini dikeluarkan? Kata kata sebegini hanya akan
mengguris hati kaum lain, terutama orang Melayu dan minoriti lain. Apakah TPM
Cina hanya akan menjaga orang Cina sahaja? berapa puluh jawatan TPM lain mahu
diwujudkan mewakili kaum-kaum yang begitu banyak di negara ini?
Berubahlah wahai Hua Zong. Sudah sampai masanya
pertubuhan rasis sebegini berubah dalam.suasana rakyat mahukan perubahan.
Rakyat lebih teruja untuk melihat kerajaan hari ini melakukan perubahan dan
menunaikan janji manifestonya kerana ia mewakili kepentingan semua kaum, bukan
satu kaum sahaja.
Kerajaan hari ini telah berjanji untuk melaksanakan 10
janji dalam masa 100 hari. Sudah tentu saya sendiri mahu melihat perkara
tersebut menjadi realiti Antaranya adalah,
1. Mansuhkan Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST)
2. Siasat
institusi-institusi yang terpalit dalam skandal
3. Memperkenalkan skim
caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah
4. Mengembalikan semula
subsidi minyak secara bersasar
5. Menyamaratakan gaji
minimum
6. Menangguhkan pembayaran
semula pinjaman kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk
individu yang mendapat gaji bawah RM4,000
7. Mengkaji semula langkah
memberi projek mega kepada negara-negara asing
8. Menubuhkan pasukan
bertindak untuk mengkaji memulangkan autonomi yang dijanjikan kepada Sabah dan
Sarawak seperti yang tertakluk dalam Perjanjian Malaysia 1963
9. Menghapuskan
hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda
10. Memperkenalkan inisiatif
jagaan kesihatan nasional
Saya juga begitu teruja untuk melihat apakah kerajaan
yang diterajui PH akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) Sekolah
Menengah Persendirian Cina tanpa syarat sebagaimana yang turut terakru dalam
manifestonya.
Nasihat saya, jika kerajaan mahukan juga UEC ini
diiktiraf, pastikan ia selari dengan falsafah dan matlamat pendidikan nasional.
Syarat-syarat sebelum ini seperti yang dikenakan oleh Kementerian Pendidikan
hendaklah dipatuhi. Ini termasuklah mengambil matapelajaran Bahasa Melayu
peringkat SPM. Begitu juga dengan silibus mata pelajaran lain.
Saya tidak boleh bayangkan jika kerajaan terus
mengiktiraf tanpa sebarang syarat. Jika begitu keadaan, bermakna, walaupun
jawatan TPM itu tidak wujud dalam erti kata yang sebenar, tetapi hakikat
sebenarnya jawatan itu telah wujud, meskipun tidak kelihatan kerana kita telah
tunduk kepada tuntutan Hua Zong yang begitu rasis, sedangkan rakyat mahukan
perubahan ke arah pembinaan negara bangsa.
0 comments:
Post a Comment