https://www.ismaweb.net/2018/05/21/islam-lebih-bahaya-dari-ltte-komunis-dan-evangelis/
Islam lebih bahaya daripada LTTE, Komunis dan Evangelis?
PUAK
sekularis dan liberalis yang diketuai perempuan jahil berambut kuning dan puak
sewaktu dengannya, sibuk mahu melancarkan petition agar
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik perlantikan Maszlee
Malik sebagai Menteri Pendidikan yang baharu. Jawatan tersebut hendaklah
dikembalikan kepada PM sebagaimana yang telah diputuskan sebelum ini. Saya
harap PM tidak akan tunduk kepada tekanan puak ini.
Saya bukanlah dalam kategori yang sefahaman dengan Maszlee, tetapi
sebagai rakyat, saya terima pilihan rakyat dalam PRU14 dan juga perlantikan
yang dibuat PM. PM lebih maklum siapa yang selayaknya memegang jawatan
tersebut. Pokoknya, sudah tentu bukan perempuan pelik berambut kuning itu dan
sewaktu dengannya.
Hanya kerana Maszlee Malik berlatarbelakangkan agama (Salafi) dan
beberapa pandangannya mengenai Zakir Naik dan Morsi (Ikhwanul Muslimin), maka
ia ditakuti. Puak-puak sekularis dan liberalis sedaya upaya mencari apa jua
maklumat yang boleh mengaitkannya dengan ‘kegiatan tidak sihat’ pada pandangan
mereka. Desperado dan
jahat betul. Kita masih buta?
Sebenarnya, Maszlee bukan isu sangat. Dia hanya seorang individu
daripada jutaan rakyat Malaysia. Bukanlah isu besar pun. Isu fundamental yang
sangat takuti oleh puak-puak jahil ini adalah latar belakang beliau yang ada
kaitan dengan pengajian Islam. Jika Maszlee ini dalam kalangan profesional dan
tidak berlatarbelakang Islam serta liberal, rasanya tidak timbul masalah.
Setahu saya, Maszlee ini memang agak liberal. Itupun mereka tidak mahu.
Ramai lagi dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP yang berfahaman
komunis dan sosialis yang pro Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) India dan
pro Komunis China serta Kristian Evangelis yang jauh lebih bahaya, kenapa
perkara ini tidak pernah menjadi kerisauan? Saya boleh tuding satu-persatu,
tetapi saya lihat dahulu.
Berfahaman Salafi dan menyokong perjuangan Zakir Naik dan Morsi,
tidak akan menjadi kita ekstremis. Islam bukan agama ekstrem tetapi berhikmah.
Saya pun menyokong Zakir dan Morsi. So what? Hak masing-masing. Sokong Zakir
Naik tidak boleh, sokong LTTE dan Komunis boleh? Pemikiran rimba apakah ini?
Pada saya lebih baik daripada beliau memegang fahaman Salafi
daripada fahaman LTTE, Komunis, liberalis dan pemberontak, yang jauh lebih
bahaya. Saya bukanlah Salafi. Tetapi sepanjang pengajian saya, Salafi hanya
mahu mengikut sunnah Nabi. Sunnah jauh sekali untuk menganiaya dan menzalimi
manusia. Islam Salafi Maszlee hanya mahu menyantuni rakyat Malaysia secara
berhikmah, saya fikirlah.
Jika kita mengkaji sejarah perancangan jahat musuh-musuh Islam,
sebenarnya mereka amat takut kepada figura berlatarbelakangkan Islam. Mereka
takut negara ini menjadi sebuah negara Islam dan rakyatnya berpegang kepada
Islam.
Mereka takut jika ramai pelajar menutup aurat dan mengikut
ajaran Islam. Mereka ini, kalau boleh mahu semua pelajar Islam memakai
skirt, tidak bertudung dan bergaul bebas, seperti di Barat. Pendek kata, mereka
mahu menjadikan negara ini terus sekular, terpisah dengan agama, liberal dan
pluralis. Apabila umat Islam sudah jahil dan jauh daripada agama, maka mudahlah
untuk mereka menguasai dan memerintah suatu hari ini.
Mereka takut, jika rakyat Malaysia semakin memahami Islam, ini
menyukarkan melunaskan perancangan jahat mereka untuk menguasai negara ini
mengikut faham LTTE, Komunis dan Kristian Evangelis.
Pada hemat saya, masih terlalu awal untuk kita menilai Maszlee.
Kita tunggu dan lihat. Bagi peluang kepada beliau untuk melakukan yang
sepatutnya. Jika pendidikan Islam diberikan perhatian, ia selari dengan
kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Bukan macam perempuan rambut kuning
itu, sembahyang menggunakan getaran hati. Sejauh mana hatinya bergelar.
Tanyalah syaitan yang membisikkan. Saya naik menyampah tengok muka dia.
Tahniah Maszlee Malik di atas perlantikan sebagai Menteri
Pendidikan baharu. Jawatan ini amat penting dalam menentukan halatuju
pendidikan negara. Sudah menjadi budaya Malaysia, setiap kali menteri berubah,
maka berubahlah polisinya. Setiap menteri mahu meninggalkan legasi
masing-masing.
Antara perkara penting yang ditekankan oleh Maszlee ketika
ditemubual adalah; konsep manusiawi dalam pendidikan, membangun potensi
anak-anak, wujudkan lebih banyak sekolah berkonsepkan sekolah wawasan, beban
guru dikurangkan, kuantiti pelajar atau kelas dikecilkan, tidak hanya mengejar
gred atau score, bukan exam-oriented, kuasa otonomi guru, guru dipergunakan
tujuan politik, mengeratkan hubungan sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat,
sekolah mesra pelajar dan sebagainya. Teruskan penambahbaikan ini.
Ya…memang lumrah sedap bercakap. Realitinya bagaimana? Sedar atau
tidak, bahawa Sekolah Wawasan iaitu sekolah yang menggabung semua aliran telah
gagal? Ia tidak mendapat perhatian perhatian orang Cina yang diketuai oleh Dong
Jiao Zong, kerana gabungan atau percampuran ini akan menyebabkan orang Cina
tidak dapat menguasai bahasa Cina sepenuh atau menjadi Cina pisang. Kuning di
luar, putih di dalam. Mereka mahu menjadi secina-cinanya.
Saya harap Maszlee mampu melakukan pembaharuan ini secara tegas
mengikut konsep Sekolah Wawasan? Saya menyokong sepenuhnya, walaupun ia telah
gagal.
Begitu juga dengan pengiktirafan Sijil peperiksaan Bersepadu (UEC)
yang dikeluarkan oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina. Adakah Maszlee akan
lakukan?
Untuk makluman UEC adalah sijil peperiksaan yang dikeluarkan oleh
Sekolah Persendirian Cina tanpa melalui Majlis Peperiksaan Malaysia. Mereka
mahu sijil ini diiktiraf setara SPM bagi membolehkan mereka melanjutkan
pelajaran ke Universiti Awam dan memasuki Perkhidmatan Awam.
Malangnya, kehendak fundamental KPM tidak pernah dipatuhi. Semua
silibus pelajaran dan peperiksaan dilakukan sendiri oleh mereka. Walaupun ia
diiktiraf di peringkat antarabangsa, namun dalam konteks negara kita ia dilihat
sebagai sesuatu yang sangat sensitif kerana bertentangan dengan falsafah dan
matlamat pendidikan negara.
Sehinggakan syarat minima KPM pun mereka tidak mampu untuk penuhi,
termasuk mengambil kertas Bahasa Melayu peringkat SPM dan mesti mendapat kredit
untuk memenuhi kehendak perkhidmatan awam. Apakah kita mahu membenarkan
pembinaan negara dalam negara. Sudah tentu tidak. Banyak lagi tuntutan ultra
kiasu yang bersifat perkauman seperti pembinaan lebih banyak lagi SJKC dan
SJKT.
Ini
tidak termasuk menambah lagi Sekolah Menengah Cina dan paling penting adalah
pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tamil yang pertama. Kepada Menteri
Pendidikan baharu, selamat mengkaji semua tuntutan ini. Semoga berjaya.
Prof
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
0 comments:
Post a Comment